You are on page 1of 12

Contoh Kertas Kerja Gimrama

1.0 RASIONAL

Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istemewa dan menarik perhatian.
Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan
kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta
gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid
perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur.

Keunikan sukan gimrama sebagai salah satu sukan yang istimewa khasnya untuk kaum wanita merupakan
asas kepada penganjuran sukan ini di peringkiat Daerah Kota Marudu. Kejohanan Sukan Gimrama bukan
sahaja akan memberi ruang kepada gimnas-gimnas untuk bertanding malah bakal melahirkan atlit-atlit sukan
gimrama yang berbakat seterusnya boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Penganjuran kejohanan sukan gimrama khususnya di Daerah Kota Marudu merupakan titik permulaan
pengembangan sukan tersebut kepada generasi muda di daerah ini memandangkan kejohanan sukan gimrama
belum pernah dianjurkan oleh badan-badan sukan sama ada melalui belia atau pun menerusi aktiviti-aktiviti di
sekolah.

Dalam kejohanan gimrama ini kemahiran menggunakan peralatan (gelang, reben dan belantan) merupakan
aspek yang akan dinilai. Begitu juga dengan kemahiran menggabungkan beberapa pergerakan dengan diiringi
muzik turut diberi perhatian. Peserta yang berjaya mempamerkan persembahan yang menarik, kemas dan
teratur akan mendapat kemenangan.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Kejohanan Gimrama peringkat Daerah Kota Marudu diadakan untuk memberi ruang kepada gimnas-gimnas
dalam daerah ini terutamanya dari sekolah-sekolah menengah dan rendah untuk mengembangkan bakat yang
sedia ada. Di samping itu kejohanan ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang faedah
menyertai sukan gimrama.

2.1 Objektif
Kejohanan Gimrama peringkat daerah Kota Marudu mempunyai beberapa objektif seperti berikut,
1. Selepas penganjuran kejohanan sukan gimrama adalah diharap agar lebih ramai gimnas-gimnas akan
menyertai kejohanan ini bukan sahaja dari sekolah-sekolah menengah malah penglibatan atlit-atlit dari
sekolah rendah juga akan bertambah.
2. Penganjuran sukan gimrama ini diharap memberi kesedaran kepada masyarakat khasnya di Kota Marudu
tentang keunikan dan kelebihan gimrama. Dalam masa yang sama diharap ibubapa akan menggalakkan anak-
anak mereka bergiat aktif dalam sukan gimrama.
3. Penganjuran sukan gimrama ini juga diharap dapat memupuk budaya bersukan di kalangan generasi muda
seterusnya meningkatkan perpaduan di antara kaum yang pelbagai di Kota Marudu, Sabah.
4. Dengan menyertai kejohanan sukan gimrama ini, para atlit akan bertambah yakin dengan kemahiran sedia
ada dan akan berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam gimrama. Selain dari itu, atlit terlibat
akan lebih berusaha lagi untuk menyertai kejohanan-kejohanan yang lebih tinggi seperti kejohanan gimrama
di peringkat kebangsaan.
5. Selepas kejohanan gimrama ini diharap lebih ramai jurulatih akan tampil untuk menyumbangkan tenaga
untuk meningkatkan mutu gimrama daerah Kota Marudu.
3.0 ORGANISASI

3.1 Ahli Jawatankuasa Induk Kejohanan Sukan Gimrama Daerah Kota Marudu

Penaung : Pengarah Pelajaran Sabah


Penasihat : Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Marudu
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu
Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu
Naib Pengerusi : Pengetua-Pengetua Sekolah Daerah Kota Marudu
Guru-guru Besar Daerah Kota Marudu
Setiausaha Agung : Ketua Unit SPPK Daerah Kota Marudu
Penolong Setiausaha : Penyelia Sukan Daerah Kota Marudu.
Bendahari : Unit Akaun Jabatan Pendidikan Gabungan Kota Marudu,
AJK : Setiausaha-setiausaha sukan sekolah menengah
Setiausaha-setiausaha sukan sekolah rendah
Juruaudit : Unit akaun SMK Kota Marudu.

3.2 Ahli Jawatankuasa Kerja Kejohanan Sukan Gimrama Daerah Kota Marudu

Penaung : Pengarah Pelajaran Sabah


Penasihat : Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Marudu
Pengerusi : Pengetua SMK Kota Marudu
Timbalan Pengerusi . : Penolong Kanan SMK Kota Marudu
Naib Pengerusi : Pengetua-Pengetua Sekolah Daerah Kota Marudu
Guru-guru Besar Daerah Kota Marudu
Setiausaha : Penolong Kanan Kokum SMK Kota Marudu
Penolong Setiausaha : Setiausaha Sukan SMK Kota Marudu.

Bendahari : Unit Akaun SMK Kota Marudu,


Pengerusi Teknik : Puna Hamina Binti John @ Nornaini Ismail
Pegawai Meja : Penyelia Sukan Daerah Kota Marudu
Urustia kejohanan : Setiausaha Sukan SMK Kota Marudu. Dan AJK
Perasmian Pembukaan/ : Pengetua SMK Marudu 2 dan AJK Penutupan
Sambutan dan Protokol : Pengetua SMK Bandau dan AJK
Buku Aturcara dan Buletin : Pengetua SMK Langkon dan AJK
Hadiah dan Cenderahati/ : Pengetua SMK Bengakongan dan AJKBunga Rozet
Publisiti dan dokumentasi : Pengetua SMK Tandek dan AJK
Jawatankuasa Tajaan : Pengetua SMK Kota Marudu dan AJK
Pemeriksaan Dokumen : Pengetua SMK Marudu 2 dan AJK Peserta
Pengangkutan : Guru Besar SK Marudu 2 dan AJK
Kebajikan : Guru Besar SRJK Khoi Ming dan AJK
Keselamatan : Guru Besar SK Pekan Kota Marudu dan AJK
Kebersihan : Guru Besar SK Langkon dan AJK
Penyimpanan & : Setiausaha Sukan SMK Kota Marudu dan AJK Keselamatan Peralatan
Penyediaan Arena : Setiausaha Sukan SMK Marudu 2 dan AJKPertandingan
Hakim pertandingan : Penyelaras Teknik dan AJK
Juri rayuan : PPD Kota Marudu dan AJK
Meja Kerusi : PK Kokum SMk Kota Marudu
Penghias Astaka : PK Kokum SMK Bandau dan AJK
Makan dan minum : Pengetua SMK Kota Marudu dan AJK Perasmian pembukaan Penutupan
Persembahan : PK Kokum SMK Bengkongan dan AJK Pembukaan/penutupan
Perangkaan : Setiausaha Sukan SMK langkon dan AJK
P.A System : Setiausaha Sukan SMK Bandau dan AJK
Tag Nama Pegawai : Guru Besar SRA Goshen dan AJK
Tugas-tugas khas : PK Kokum SMK Tandek dan AJK

4.0 ATURCARA TENTATIF

Aturcara tentatif kejohanan sukan gimrama peringkat daerah Kota Marudu meliputi aturcara Majlis Perasmian
Pembukaan/penutupan Kejohanan dan aturcara kejohanan gimrama.

4.1 Aturcara Majlis Perasmian Pembukaan kejohanan sukan Gimrama Daerah Kota Marudu

Tarikh : 10 Jun 2008


Tempat : Dewan Serba Guna SMK Kota Marudu 2

Masa Acara

Ketibaan Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Marudu

Ketibaan Perasmi Ahli parlimen P168 kota Marudu, Sabah.

Lagu Negaraku dan sabah tanah Airku

Bacaan doa

Ucapan alu-aluan pengerusi Pengelola kejohanan


Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu

Ucapan Pegawai Gabungan Kota Marudu

Ucapan Dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Gimrama Oleh Perasmi Ahli parlimen P168 kota
Marudu, Sabah.

Pembacaan Ikrar

Persembahan

Penyampaian Cenderahati

Jamuan

Bersurai.

4.2 Aturcara Majlis Perasmian Penutupan kejohanan sukan Gimrama Daerah Kota Marudu

Tarikh : 12 Jun 2008


Tempat : Dewan Serba Guna SMK Kota Marudu 2

Masa Acara

Ketibaan Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Marudu


Semua kontinjen dan Pegawai kejohanan mengambil tempat

Lagu Negaraku dan sabah tanah Airku

Bacaan doa

Ucapan alu-aluan pengerusi Pengelola kejohanan


Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu

Ucapan Dan seterusnya merasmikan Penutupan Kejohanan Sukan Gimrama Oleh pegawai pelajaran
Gabungan Kota Marudu, Sabah.

Penyampaian hadiah, piala kemenangan dan cenderahati

Jamuan

Bersurai.

4.3 Susunan Acara Kejohanan Sukan Gimrama Daerah Kota Marudu

Hari Pertama
10 Jun 2008

Hari Kedua
11 Jun 2008

Hari Ketiga
12 Jun 2008

5.0 PERALATAN

Peralatan yang diguna seperti radio (sumber muzik), tali, bola, gelung, reben dan belantan dalam kejohanan
ini disediakan oleh pengelola. Berikut adalah senarai peralatan yang diguna dalam kejohanan sukan gimrama.

5.1 Gelung

Gelung merupakan suatu peralatan gimrama yang memerlukan ruang semasa melakukan pergerakan.
Kemahiran pergerakan gelung sambil mengikut rentak muzik sangat penting dalam kejohanan ini.

5.2 Reben

Reben merupakan gerakan alatan dalam gimrama yang agak menarik. Ini adalah kerana reben kelihatan cantik
dan menarik serta menyeronokkan. Oleh itu reben boleh digunakan dengan berkesan dalam semua
pertunjukkan. Persembahan reben memerlukan ruang yang besar dan koreografi yang baik terumatanya
apabila pergerakan dibuat mengikut rentak muzik

5.3 belantan

Dalam mengendalikan belantan gimnas perlu menunjukkan kemahiran kedua-dua belah tangan. Gimnas
memerlukan kemahiran dan koordinasi yang baik untuik menyeleraskan pergerakan badan dengan pergerakan
belantan di tangannya..
Semua peralatan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh pengelola terlebih dahulu sebelum digunakan
untuk pertandingan.

5.4 Sumber Muzik

Radio yang menghasilkan audio/muzik akan disediakan oleh pengelola. Radio akan diletakan di atas tempat
yang sesuai dan dapat didengar dengan jelas oleh gimnas. Pita kaset atau CD untuk tujuan pertandingan
disediakan oleh pasukan terlibat. Setiap pita kaset/CD perlu dilabelkan dengan nama Gimnas, kumpulan
Umur, Giliran, alatan/symbol dan tempoh muzik. Tempoh muzik ditetapkan bagi individu ialah selama satu
minit tiga puluh saat.

5.5 Arena Pertandingan

Pertandingan akan diadakan di Dewan SMK Kota Marudu 2 kerana ruangnya luas dan strategi untuk sukan
tersebut. Setiap peserta perlu berada dalam kawasan arena pertandingan 10 minit lebih awal bagi mengelak
dari dikenakan pemotongan mata. Para peserta juga wajar mengikuti peraturan pertandingan seperti dalam
lampiran 1.

6.0 BELANJAWAN

Perbelanjaan mengelolakan kejohanan sukan gimrama termasuklah perbelanjaan semasa Majlis perasmian
pembukaan, Majlis Perasmian Penutupan dan perbelajaan sepanjang kejohanan tersebut.

JUMLAH RM4510.00

6.2.. SUMBER KEWANGAN

JUMLAH RM4510.00

Untuk tujuan mendapatkan sumbangan pengerusi pengelola akan memohon sumbangan dari Ahli Parlimen
P168 Kota Marudu, sabah.

BAHAGIAN B

1.0 LANGKAH KESELAMATAN

Dalam melaksanakan Kejohanan Sukan Gimrama yang julung kalinya diadakan di Daerah Kota
Marudu,langkah-langkah keselamatan perlu diberi perhatian supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak
berlaku. Antaranya termasuklah
Keselamatan di arena pertandingan
Keselamatan alatan yang digunakan
Keselamatan penyimpanan alatan
Keselamatan peserta dan peralatan peserta.

1.1 Keselamatan di arena pertandingan

Arena pertandingan hendaklah dalam keadaan selamat dan sesuai untuk pertandingan gimrama. Berikut
adalah langkah-langkah keselamatan di arena pertandingan.

Lantai kawasan pertandingan hendaklah bersih, selamat dan tidak terdapat sebarang benda yang boleh
menjejaskan pergerakan para peserta. AJK kebersihan dan keselamatan arena hendaklah sentiasa memastikan
arena pertandingan dalam keadaan selamat.
AJK Pertolongan cemas hendakalah sentiasa bersedia untuk memberi bantuan terutamanya ketika peserta
sedang melakukan disiplin. Petugas-petugas Pertolongan cemas hendaklah cekap, pentas dan berwaspada,
sepanjang kejohanan berlangsung.
Kedudukan hakim garisan, pembantu hakim, dan penjaga masa hendaklah pada kedudukan yang betul seperti
dalam lampiran bagi keselamatan sepanjang pertandingan. Para penonton adalah di larang untuk memasuki
arena pertandingan.
Kedudukan jurulatih dan gimnas simpanan dengan gelanggang persembahan ialah pada jarak lebih kurang 8
m.

1.2 Keselamatan alatan yang digunakan

Setiap alatan yang digunakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh penganjur bagi mempastikan alatan
tersebut selamat digunakan. Alatan yang diragui keselamatannya akan dibatalkan. Ciri-ciiri alatan yang
selamat adalah seperti berikut,
tidak terdapat tanda-tanda kerosakan atau kecacatan pada alat tersebut.
setiap peralatan hendaklah bersih
Setiap alatan mematuhi spesifikasi alatan seperti yang terkandung dalam Peraturan teknikal FIG terbitan
2005.
Radio yang diguna dalam pertandingan hendaklah berfungsi dengan baik. Justeru itu radio hendaklah diuji
terlebih dahulu sebelum digunakan.
Setiap kaset/CD yang diguna oleh para peserta hendaklah diuji terlebih dahulu supaya tidak berlaku
pemotongan markah disebabkan oleh masalah teknikal.
Setiap alatan yang diguna seperti jam randik dan sebagainya dalam keadaan baik dan berfungsi dengan
sempurna.

1.3 Keselamatan penyimpanan alatan

Pihak penganjur perlu menyediakan satu tempat khas untuk penyimpanan peralatan yang diguna sepanjag
kejohanan tersebut. Tempat penyimpanan alatan tersebut hendaklah berkunci dan sentiasa selamat sepanjang
kejohanan tersebut.

Dalam hal ini setiap pengurus pasukan hendaklah mempastikan peralatan yang mereka gunakan disimpan di
tempat yang telah ditentukan oleh penganjur dan menyimpan kunci dengan selamat.. Ciri-ciri bilik
penyimpanan alat
Sentiasa berkunci di mana kunci disimpan oleh pengurus setiap kontinjen yang mengambil bahagian.
Bilik penyimpanan hendaklah bersih, selamat dan tidak mudah dimasuki oleh pelajar luar.
terdapat kunci pendua yang hanya boleh diambil sekiranya berlaku kehilangan kunci bilik penyimpanan.
Setiap pengurus kontinjen hendaklah menjaga keselamatan bilik penyimpanan peralatan masing-masing.

1.4 Keselamatan peserta dan peralatan yang diguna oleh peserta.

Pihak penganjur hendaklah mempastikan keselamatan setiap peserta terjamin terutamanya semasa berada
dalam arena pertandingan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah
Memberi penjelasan/taklimat tentang langkah-langkah keselamatan sepanjang kejohanan berlangsung.
Mempastik setiap peserta memperolehi manual peraturan dan disiplin yang perlu dipatuhi sepanjang
kejohanan.
Melarang tindakan agresif oleh jurulatih terutamanya semasa pertandingan sedang berjalan.
Meningkatkan kawalan kesalamatan di arena pertandingan.
2.0 SPESIFIKASI ALAT

Nama Alat Bahan Panjang Berat Diameter

Gelung Kayu/plastik 300 gram 80 – 90 cm


Belantan Kayu sintatik 40 – 50 cm 150 gram/satu 18 – 20 cm
Reben Satin/bukan satin 50 – 6- cm 46 cm lebar
6 m P18
5 m P12 & P15
Tali Ham/sintatik
Bola Getah/sintatik/plastik 400 gram 18 – 20 cm

Setiap pasukan yang menyertai kejohanan Gimrama peringkat Daerah Kota Marudu hendaklah mendapatkan
pengesahan spesifikasi alatan dan sticker pengesahannya. Pemeriksaan alatan akan dilakukan sebelum disiplin
latihan dipertandingkan. Pemeriksaan lanjutan bagi alatan boleh dilakukan selepas sesuatu disiplin latihan
yang dipertandingkan tamat atas permintaan juri.

Alatan yang tidak disahkan akan dibatalkan penggunaannya walaupun alatan itu telah disahkan pada
pertandingan yang lain.

______________________________________________________________________
BIBLIOGRAFI

Modul HBPE2103 Pergerakan dan Pendidikan Pergerakan OUM

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan


Jasmani Kuala Lumpur Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lo Joo Sim (19930, Siri rukan Popular Fajar Bakti Gimrama, Fajar Bakti
Kuala Lumpur.

Buschner, C.A (1994) Teaching Children Movement Concepts and Skills


Champaign II, : Human Kinetics.
Pendidikan Pergerakan

PERGERAKAN ASAS LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR DENGAN MENGGUNAKAN


ALATAN

1.0 PENGENALAN

Pergerakan asas ialah proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi
teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang
berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan
ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Pergerakan asas dibahagikan kepada
dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan
iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan asas memberikan penekanan
kepada aspek-aspek yang berikut iaitu ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan, kemahiran
gimnastik.

Pergarakan lokomotor diistilahkan sebagai aktiviti gerak edar dalam ruang am iaitu berubah dari satu tempat
yang lain. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, merangkak, mengguling, skip, galop serta
polka.

Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan statik dalam ruang diri. Ia melibatkan keupayaan pergerakan
bahagian tubuh badan atau anggota badan seperti melakukan regangan, fleksibiliti, putaran, kilasan tubuh
perubahan daya.

Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan. Misalnya, melambung dan
menyambut bola, meleret gelung rotan, ketinting sepanjang sepanjang tali, berlari sambil menggerakkan
reben, membaling dan menangkap pundi kacang dan sebagainya.

Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan sama ada secara individu, berpasangan atau berkumpulan.
Pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan
badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang sengaja dipilih.

2.0 MATLAMAT

Matlamat penghasilan kertas kerja ini ialah meningkatkan pengetahuan tentang pergerakan asas dan
meningkatkan kefahaman serta kesedaran bahawa tubuh badan sebagai perantaraan untuk pergerakan.

3.0 OBJEKTIF

Kertas kerja yang disediakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

1. Memberi kebebasan untuk mencurahkan idea dan parasaan.


2. Memberi peluang untuk menjana pemikiran kreatif, mereka cipta serta meneroka pergerakan yang
melibatkan tubuh badan.
3. Meningkatkan kesedaran tentang pergerakan yang sesuai digabungkan dengan manipulasi alatan.
4. Mempelajari bagaimana menyusun atur pergerakan mengikut aliran dan ruang.

TARIKH : 21-23 APRIL 2008

5.0 MASA : 8.00 pagi

6.0 TEMPAT : Gimnasium Ungku Aziz


7.0 KUMPULAN SASARAN : Murid tahun 3

8.0 PANDUAN PERLAKSANAAN DEMONSTRASI

8.1 Prosedur pelaksanaan demonstrasi

A) JENIS PERGERAKAN

Pergerakan Huraian
Pergerakan 1
lokomotor Polka sambil membawa gelung rotan. Sebelah tangan memegang gelung rotan.
Pergerakan 2
Bukan lokomotor Melakukan imbangan bangau sambil memutarkan gelung rotan di atas lantai.
Pergerakan 3
lokomotor Melakukan gulingan balak di atas tilam. Gelung rotan diletakkan di sebelah tilam tempat akhir
gulingan, dan gulingan dilakukan.
Pergerakan 4
lokomotor Gallop sambil memegang gelung rotan dengan kedua-dua tangan.
Pergerakan 5
Bukan lokomotor Memusingkan badan 360º dengan imbangan satu kaki sambil memegang gelung rotan
dengan kedua-dua tangan.
Pergerakan 6
lokomotor Melakukan gripwine di atas bangku dan tangan kanan memegang gelung rotan di angkat ke atas.
Pergerakan 7
Bukan lokomotor Melakukan imbangan di atas satu kaki (kaki kiri) sambil tangan kanan yang memegang
gelung rotan diunjur ke sisi.
Pergerakan 8
lokomotor Skipping dengan menggunakan gelung rotan
Pergerakan 9
Bukan lokomotor Melentik ke belakang sambil tangan kanan memegang gelung rotan dan diletakkan di
hujung kaki manakala tangan kiri memegang tumit kaki kiri.
Pergerakan 10
lokomotor Melambung gelung rotan dan melompat serta memyambut kembali gelung rotan tersebut.
Pergerakan 11
Bukan lokomotor Melakukan regangan dengan membuka sedikit kaki sambil kedua-dua tangan memegang
gelung rotan dan di angkat ke atas.
Pergerakan 12
lokomotor Melakukan chasse dengan kedua-dua tangan memegang gelung rotan.
Pergerakan 13
Bukan lokomotor Berdiri sambil mengilas badan ke belakang. Gelung rotan digerakkan ke hadapan. Badan
kembali normal dan tangan kiri menahan gelung rotan tersebut dengan pantas.
Pergerakan 14
lokomotor Berjalan sambil memusing gelung di tangan.
Pergerakan 15
Bukan lokomotor Berdiri tegak dan membuai-buai sambil kedua-dua tangan memegang gelung rotan dan
diangkat ke atas.
Pergerakan 16
lokomotor Berlari sambil melambung gelung rotan dan melakukan lompatan dekam serta menyambut kembali
gelung rotan tersebut dengan kedua-dua tangan.
Pergerakan 17
Bukan lokomotor Meringkuk di dalam gelung rotan yang diletakkan di atas peti lombol.
Pergerakan 18
lokomotor Melambung gelung rotan dan melakukan lonjakan pendek untuk menyambut gelung rotan.
Pergerakan 19
Bukan lokomotor Gelung rotan diletakkan di pinggang dan menggelek mengikut rentak.
Pergerakan 20
Bukan lokomotor Duduk di dalam gelung rotan yang jatuh ke lantai selepas menggelek.

Prosedur

Pergerakan 1: lokomotor

1) Melakukan polka sambil membawa gelung rotan.


2) Sebelah tangan memgang gelung rotan.
3) Gelung rotan digerakkan bersama.

Pergerakan 2: bukan lokomotor

1) Melakukan imbangan bangau.


2) Kaki belakang diluruskan dan tangan yang memegang gelung rotan juga diluruskan.
3) Sebelah tangan lagi di depakan dan diluruskan.
4) Gelung rotan diputar di atas lantai.
5) Imbangan dilakukan untuk beberapa saat.

Pergerakan 3: lokomotor

1) Gelung rotan dilempar di hujung tilam.


2) Melakukan gulingan balak di atas tilam.
3) Badan diluruskan dan kedua-dua tangan dirapatkan ke dada.

Pergerakan 4: lokomotor

1) Melakukan gallop.
2) Kedua-dua tangan memegang gelung rotan di hadapan.

Pergerakan 5: bukan lokomotor

1) Memusingkan badan 360º dengan imbangan satu kaki.


2) Gelung rotan dipegang dengan kedua-dua tangan.

Pergerakan 6 : lokomotor

1) Melakukan gripwine di atas bangku.


2) Tangan kanan memegang gelung rotan dan diangkat ke atas.
3) Sebelah tangan lagi didepakan ke sisi.

Pergerakan 7 : bukan lokomotor


1) Melakukan imbangan di atassatu kaki.
2) Tangan kanan memegang gelung rotan dan diunjurkan ke sisi.
3) Kaki yang melakukan imbangan diluruskan dan juga tangan.
4) Gelung rotan dipegang dalam keadaan pegun tanpa ada pergerakan.

Pergerakan 8 : lokomotor

1) Melakukan skipping dalam gelung rotan.


2) Badan sedikit dibongkokkan supaya dapat melalui gelung rotan.
3) Kaki di langkah satu persatu.

Pergerakan 9 : bukan lokomotor

1) Melentik ke belakang.
2) Lutut menyokong badan sebagai tapak.
3) Tangan kanan memegang gelung dan diletakkan di hujung kaki.
4) Tangan kiri di bawa ke belakang dan memegang tumit kiri.

Pergerakan 10 : lokomotor

1) Melambung gelung rotan.


2) Melompat serta menyambut kembali gelung rotan tersebut.

Pergerakan 11 : bukan lokomotor

1) Melakukan regangan.
2) Kaki di buka sedikit seluas bahu mengikut keselesaan.
3) Kedua-dua tangan memegang gelung rotan.
4) Dari bawah, gelung rotan yang dipegang di bawa ke atas dalam keadaan meregang.

Pergerakan 12 : lokomotor

1) Melakukan chasse.
2) Kedua-dua tangan memegang gelung rotan.

Pergerakan 13 : bukan lokomotor

1) Kaki di buka sedikit seluas bahu dan mengikut keselesaan.


2) Badan dikilas ke belakang dari kanan.
3) Gelung rotan rotan di pegang dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diunjur ke sisi dalam keadaan
lurus.
4) Gelung rotan digerakkan ke hadapan.
5) Badan kembali normal.
6) Tangan kiri menahan gelung rotan tersebut dengan pantas.
Pergerakan 14 : lokomotor

1) Berjalan melintasi kon dalam bentuk ’zig-zag.’


2) Gelung rotan dipusing dengan sebelah tangan.
3) Sebelah tangan lagi didepakan dan diluruskan.

Pergerakan 15 : bukan lokomotor

1) Berdiri tegak.
2) Membuai-buai ke kiri dan ke kanan.
3) Kedua-dua tangan memegang gelung rotan dan diangkat ke atas.

Pergerakan 16 : lokomotor

1) Belari dengan pantas.


2) Melambung gelung rotan itu ke atas.
3) Melakukan lompatan dekam.
4) Menyambut kembali gelung rotan tersebut dengan kedua-dua tangan.
5) Berhenti dalam keadaan statik dan pegun.

Pergerakan 17 : bukan lokomotor

1) Gelung rotan diletakkan di atas peti lombol.


2) Meringkuk di dalam gelung rotan.

Pergerakan 18 : lokomotor

1) Melambung gelung rotan.


2) Melakukan lonjakan pendek.
3) Menyambut gelung rotan kembali

Pergerakan 19 : bukan lokomotor

1) Kaki dibuka sedikit seluas bahu dan mengikut keselesaan.


2) Gelung rotan diletakkan di pinggang.
3) Pinggang digelek mengikut rentak.

Pergerakan 20 : bukan lokomotor

1) Duduk di dalam gelung rotan yang jatuh ke lantai selepas menggelek.


2) Satu tangan di angkat ke atas dengan lurus.

You might also like