Professional Documents
Culture Documents
Terdapat banyak kaedah bagi kita mempelajari tentang persekitaran dunia ini. Kita menggunakan deria kita
- melihat, mendengar, menyentuh, menghidu, dan merasa. Para saintis juga menggunakan kesemua deria
mereka. Malahan, mereka membina alat-alat yang membantu deria mereka untuk mengumpul maklumat.
Mereka menggunakan kaca pembesar atau mikroskop untuk melihat sesuatu benda yang kecil secara
jelas dan halus. Pakar astronomi menggunakan teleskop untuk melihat benda yang sangat jauh. Pakar
kimia pula membina alat yang membantu mereka "menghidu" kuantiti kecil bahan dalam sesuatu
campuran yang mana tidak mungkin mereka dapat mengesannya dengan hidung semata-mata ataupun
terlalu berbahaya untuk mereka menghidunya secara langsung.
Apabila para saintis ingin mengkaji sesuatu benda yang mereka tidak boleh sentuh, lerai atau hubungi
secara langsung, mereka sering membuat pemerhatian terhadap benda tersebut dengan menggunakan
teknik yang dipanggil penderiaan jauh. Melalui kaedah ini, maklumat tentang sesuatu benda itu
dikumpulkan dari jauh, iatu tanpa menyentuh objek berkenaan, bahkan tanpa melihatnya pun secara
langsung. Dengan itu, penderiaan jauh ialah sains mendapatkan dan menganalisis maklumat tentang
objek atau fenomena dari jauh. Ia merupakan suatu alat yang amat berharga bagi melihat, menganalisis,
menciri dan membuat keputusan tertentu tentang persekitaran kita. Ia melibatkan interaksi antara sinaran
tuju dan sasaran yang menjadi tumpuan. Dalam penderiaan jauh satelit, alat atau penderia jauh diletakkan
di dalam satelit berkenaan dan digunakan untuk menangkap maklumat tentang permukaan dan atmosfera
Bumi.
Semua objek pada suhu lebih daripada sifar mutlak memancarkan, menyerap dan memantul sinaran
elektromagnet (EMR). Tenaga ini, diukur dalam unit foton, bergerak dalam bentuk gelombang pada
pelbagai panjang gelombang. Julat lengkap panjang gelombang tersebut dikenali sebagai spektrum
elektromagnet. Spektrum tersebut dipecahkan kepada bahagian-bahagian mengikut panjang gelombang
yang ditetapkan. Dalam pergerakan sinaran melalui atmosfera, sebahagian terpantul dan sebahagian
terserap dan terpancar semula. Penderia yang berada di dalam satelit akan merekod sinaran yang
terpantul, dan daripadanya kita dapat mencirikan fitur yang menghasilkan tindak balas seperti yang
direkodkan oleh penderia. Ini bermakna sinaran elektromagnet adalah asas bagi teknologi penderiaan
jauh.
1.1 PERSPEKTIF SEJARAH
Pengkajian penderiaan jauh sebagai satu pendekatan dalam kajian ilmiah bermula
setelah Perang Dunia Kedua. Bagaimanapun prinsip fotograf telah dikemukakan lama
sebelum kamera diperkenalkan. Perkataan fotografi itu sendiri berasal daripada perkataan
Yunani yang diertikan sebagai menulis atau mencatat dengan sinar. Aristotle (384 - 322
SM), misalnya, mengemukakan prinsip sinar untuk pemotretan yang dikenal dengan nama
camera obscura yang membawa maksud sinar yang dimasukkan ke lubang kecil di dalam
ruang gelap dapat membentuk bayang-bayang atau gambaran. Seterusnya rekaan lensa pula
Ciptaan proses fotografi pula disumbangkan oleh ramai individu yang melakukan
ujikaji ke atas pelbagai alat dan bahan kimia sejak tahun 1700 sehingga abad yang ke 19.
Antara yang terlibat dalam kemajuan ini ialah William Henry Fox Talbot yang
mengumumkan proses negatif-positif dalam tahun 1939. Ia merupakan proses asas yang
digunakan untuk kajian penderiaan jauh. George Eastman dan Rochester NY membina
proses piring kering pada tahun-tahun 1870an. Manakala pada 1888 beliau memperkenalkan
Kodak No. 1, iaitu sebuah kamera yang boleh dipegang dan mudah alih. Pereka ini telah
Dalam abad yang ke-19 beberapa pengkaji mula memahami bahawa sinaran
Hershel (inframerah), Ritter (ultralembayung) dan Hertz (gelombang radio). Dalam tahun
1863 Maxwell mengemukakan teori gelombang elektromagnet yang menjadi asas kepada
Pengambilan fotograf daripada ruang udara yang dihasilkan oleh Gaspand Fellix
Tournachon pada 1859 mungkin merupakan jenis yang pertama dibina. Fotografi ini diambil
daripada belon yang berada di ketinggian 80 m dari paras bumi. Ciptaan pesawat ini juga
diperkemaskan lagi aplikasinya pada perang dunia kedua yang memerlukan maklumat untuk
tujuan risikan dan ketenteraan. Kegunaan meluas secara akademik hanya bermula selepas
ini.
penderiaan jauh dikaitkan terus dengan disiplin yang berkaitan dengannya. Oleh itu, disiplin
dalam rangkuman sains persekitaran biasanya merujuk kepada penggunaan penderia sinaran
elektromagnet bagi merakam imej persekitaran yang digunakan untuk memberi tafsiran
maklumat yang berguna. Definisi penderiaan jauh lain lebih umum, iaitu suatu sains yang
mendapatkan maklumat mengenai sesuatu objek, kawasan atau fenomena melalui analisis
data yang diperolehi daripada peralatan yang tidak menyentuh objek yang dikaji itu.
penyelidik di institusi pengajian tinggi seluruh dunia. Data sedemikian membantu data
empirik yang dikutip di lapangan dan sekaligus merangsangkan lagi penyelidikan. Banyak
manfaat yang diperolehi daripada data satelit terutama yang memerlukan kawasan yang luas,
pandangan menyeluruh secara global, perulangan data yang kerap dan sesuai, serta imej yang
Satelit sumber bumi untuk kegunaan awam mula difikirkan oleh Jabatan Dalam
Negeri Amerika Syarikat pada awal tahun 1960an. The National Aeronautics and Space
pemonitoran bumi untuk kegunaan pengurus sumber dan para saintis secara umum. Pada
tahun 1970an U.S. Geological Survey (USGS) dan NASA telah bekerjasama untuk
mengambil tanggungjawab bagi mengurus arkib data serta menyebar produk data satelit yang
berkaitan. Pada 23 July 1972, NASA melancarkan siri pertama satelit yang direkabentuk
khas untuk memberi imej litupan permukaan bumi secara berulang-ulang. Pada mulanya,
satelit ini, dikenali sebagai Satelit Teknologi Sumber Bumi atau Earth Resources Technology
Satellite (ERTS-A). Satelit ini menggunakan pentas NIMBUS yang diubahsuai untuk
membawa sistem penderia dan peralatan penyampaian data. Apabila satelit ini beroperasi ia
dinamakan semula sebagai ERTS-1. Satelit ini terus berfungsi lebih lima tahun sehingga 6
Januari 1978. Sesi kedua satelit sumber bumi dikenali dengan nama ERTS-B yang
kemudiannya dilancarkan pada 22 Januari 1975. Satelit ini diberi nama semula sebagai
Landsat 2 oleh NASA dan ERTS-1 pula dinamakan semula sebagai Landsat 1. Sebanyak tiga
lagi satelit sumber bumi dilancarkan pada 1978 (Landsat 3), 1982 (Landsat 4) dan 1984
(Landsat 5).
Landsat 1 dan 2 mempunyai kadar pusingan 28 hari dan boleh mengesan empat
spektrum warna, iaitu hijau, merah, dekat inframerah dan dekat inframerah. Landsat 4 dan 5
mempunyai satu lagi tambahan penderia yang dipanggil Thematic Mapper. Peranchis juga
tidak ketinggalan dalam teknologi angkasa ini kerana pada Februari 1986 Sistem SPOT 1
Pankromat.
SPOT 2 dilancarkan pada Februari 1990 dan SPOT 3 pada 1993 manakala SPOT 4
dan SPOT 5 dijangkakan beroperasi dengan ciri-ciri tambahan pada penderia. SPOT 2 juga
menggunakan jalur cahaya nampak dan jalur hampir inframerah dengan Penderia High
Resolution Visible (HRV). Resolusi temporal satelit ini ialah 18 hari dan resolusi ruang ialah
20 m pada mod multispekturm dan 10 m pada mod pankromat. SPOT 4 membawa jalur
jalur dua. SPOT 5 bercadang mengesani jalur multispektrum beresolusi ruang 10m x 10m dan
data pankromat beresolusi ruang 5m x 5m. Kelebihan satelit ini berbanding dengan satelit
dari
paksi nadir sama ada ke kiri atau ke kanan orbit. Konsep ini dikenali sebagai sistem
pandangan off-nadir dan boleh mengurangkan resolusi temporal kepada empat hingga lima
hari. Keadaan ini membolehkan penglihatan 3 dimensi pada imej, satu lagi kelebihan yang
Satelit Marine Observation (MOS-1) dilancarkan oleh Jepun pada 1987. Satelit ini
mempunyai resolusi temporal 17 hari dan ia membawa 3 jenis penderia iaitu Multispectral
(VTIR) dan Microwaver Scanning Radiometer (MSR). Sistem penderia pada satelit ini
memang direka khas untuk tujuan pengawasan di kawasan marin. MESSR mempunyai swath
selebar 100 km manakala VTIR mempunyai swath selebar 1500 km dan swath untuk
(European Space Agency) pada 1991. Untuk tujuan mengkaji hal-hal berkaitan alam sekitar.
Satelit ini menggunakan gelombang mikro aktif untuk membuat pengimbasan dan boleh
membuat pengesanan tanpa bergantung kepada cahaya matahari ataupun keadaan cuaca.
Keistimewaan satelit ini berbanding dengan penderia lain ialah keupayaannya untuk
mengukur parameter seperti keadaan laut, kelajuan dan arah angin permukaan laut, arah arus
lautan dan aras laut serta suhu permukaan laut dengan ketepatan yang lebih tinggi. Satelit ini
mempunyai lebar swath 100 km, beresolusi ruang 20 meter lebar dan 15.9 meter panjang
serta tempoh resolusi selama 35 hari. Sebanyak lima jenis penderia dipasang pada satelit ini,
iaitu Active Microwave Instrument (AMI) yang beroperasi dengan tiga mod; Radar Altimeter
(RA), Along Track Scanning Radiometer (ATSR), Precise Range and Range-rate Equipment
(PRARE) dan Laser Retro-reflector (LRR). Data digit daripada satelit ini hanya boleh
ERS-2 dilancarkan pada 1995 untuk mengambil alih ERS-1. Satelit alam sekitar ini
boleh mengukur kandungan ozon di atmosfera dan memantau perubahan litupan tumbuhan
lebih berkesan. Penderia yang dibawa adalah AMI dan RA untuk mengukur jarak dari
permukaan lautan dan ketinggian ombak. Penderia ATSR beroperasi pada jalur inframerah
dan cahaya nampak. Sistem penderia lain termasuklah GOME, MS, PRARE, LRR dan
Satelit Jepun MOS-1 (Marine Observation Satellite) dilancarkan pada 1987 dan
MOS-1b pada 1990. Penderianya ialah MESSR, VTIR, MSR. Satelit NOAA pula adalah
dilancarkan oleh WWW (World Weather Watch) menerusi projek WMO. Lima lagi satelit
meteorologi geopugun adalah METEOSAT (ESA), INSAT (India), GMS (Jepun), GOES-E
masa hadapan. Instrument The Moderate Resolution Imaging Spectrometer (MODIS) telah
direka bentuk untuk memperbaiki lagi kaedah pemonitoran daratan, lautan dan atmosfera dari
Advance Very High Resolution Radiameter (AVHRR) dengan penderia Thematic Mapper
Landsat. MODIS mempunyai pertambahan jalur spektrum Inframerah tengah dan Inframerah
panjang (IR) manakala resolusi ruang pula adalah pada 250m, 500 m dan 1 km. MODIS
pertama akan dilancarkan atas pentas pagi EOS (AM1). MODIS berupaya menyediakan imej
sedunia hampir setiap hari dan menjadi pelengkap dari segi litupan spektrum, ruang dan
tempoh pusingan. Instrumen penyelidikan lain yang dibawa di atas pentas AM1
(ASTER); Multiangle Imaging Spectro Radiometer (MISR) dan Cloud and Earth's Radiant
Energy System (CERES). Pengguna imej beresolusi kasar untuk penyelidikan perubahan
global semakin diminati kini dan MODIS berupaya mengesani perubahan global sebegini.
Pentas satelit EOS-AM1 yang membawa penderia MODIS dan ASTER bersama Landsat 7
Kesemua data daripada satelit sumber bumi mendapat pasaran akademik yang sangat
memuaskan dan telah merangsangkan lagi penyelidikan. Banyak faedah yang boleh
diperoleh daripada data satelit ini terutama penyelidikan yang meliputi kawasan kajian yang
luas dan menangani isu secara global serta memerlukan tempoh perulangan data yang kerap.
Penggunaan kaedah penderiaan jauh juga boleh membantu data yang dikumpul daripada
lapangan.
Antara pengguna utama kaedah penderiaan jauh ini adalah para penyelidik perubahan
mengenai masalah alam sekitar dan cara-cara menanganinya. UNEP juga aktif memajukan
sistem pemonitoran persekitaran global atau GEMS yang menyediakan asas data alam sekitar
untuk kegunaan antarabangsa. IGBP pula penaja projek yang besar dan
secara global. Penekanan IGBP adalah untuk mengumpul data sistem maklumat dunia
supaya boleh dijadikan teras untuk membuat keputusan mengenai penyelenggaraan alam
sekitar dunia. Dalam mengumpul dan menyediakan data ini IGBP menggunakan kaedah
Dalam tahun 1980an beberapa masalah alam sekitar yang lebih komplek dan
menyeluruh telah dikenalpasti. Kaedah penderiaan jauh sangat sesuai digunakan untuk
membantu kajian sebegini dan antara kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:
i. Perubahan Iklim: Kajian kini menunjukkan perubahan iklim berlaku disebabkan oleh
pertambahan ini dikaitkan dengan aktiviti pembakaran bahan api fosil, pertanian dan
antara 1.5
C ke 4.5
C dan ini boleh mencairkan kawasan salji dan kepingan ais polar
dan membawa pada kenaikan paras laut sedunia. Kesan kenaikan paras laut pula akan
mempergiatkan lagi hakisan pantai dan kejadian bencana banjir terutama di kawasan
rendah. Kajian untuk melihat perubahan suhu ini dapat dibuat melalui kajian
perubahan pada litupan tumbuhan dan guna tanah dunia dan kaitannya dengan punca
dan benam karbon dioksia. Kajian perubahan guna tanah secara global banyak
lapisan ozon di stratosfera. Ini juga menjadi penyebab utama berlakunya 'lubang
ozon' yang telah dikesani melalui imej satelit di kawasan polar pada masa-masa
tertentu. Pengurangan ozon dianggap serius oleh para saintis kerana lubang ozon
memberi laluan pada sinaran ultra lembayung untuk sampai ke permukaan bumi dan
iii. Hujan Asid. Kejadian hujan asid semakin kerap berlaku dan memudaratkan kerana
pemendapan asid boleh merosakkan bangunan, tasik, tumbuhan dan tanih. Hujan asid
berlaku apabila sebatian sulphur yang terkandung dalam pembakaran bahan api fosil
yang berleluasa telah mengurangkan kawasan hutan dunia secara keseluruhan. Ini
v. Kajian Plum: Kajian plum daripada sungai utama mudah dikesan daripada imej
satelit terutama pada jalur hijau. Kajian plum selalunya untuk melihat pergerakan
jauh. Kerja pemantauan jangka panjang juga kerap dilakukan menerusi penderiaan jauh. Data
pemonitoran dapat digunakan untuk mengambil langkah tebatan yang sesuai bagi mengawal
Satu mesyuarat telah diadakan oleh Pengarah Pemetaan Nasional pada 1 Ogos 1977
bertujuan untuk mewujudkan satu agensi koordinasi khas untuk penderiaan jauh di Malaysia.
Hasil daripada mesyuarat tersebut, jawatankuasa Penderiaan Jauh Nasional dibentuk.
penderiaan jauh termasuk penyelidikan yang menggunakan data daripada pelbagai pentas
seperti menerusi helikopter, pesawat udara dan satelit angkasa. Di Malaysia, pesawat udara
sebagai pentas penderia telah menghasilkan fotograf udara hitam putih. Pengambilan fotograf
udara dari semasa ke semasa oleh Bahagian Pemetaan Nasional bertujuan untuk
mengemaskini imej terbaharu untuk keperluan beberapa jabatan kerajaan dan institusi
pengajian tinggi. Fotograf udara berskala 1:25,000 meliputi seluruh Malaysia, manakala
kawasan terpilih seperti kawasan bandar dan pinggir bandar diambil dengan fotograf udara
berskala 1:10,000. Peta guna tanah Malaysia pada 1966, 1974 dan 1990 kesemuanya
Mulai 1990, semua urusan penderiaan jauh di Malaysia diuruskan oleh Pusat Remote
menubuhkan MACRES di bawah kendalian Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
Pusat ini terletak di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur dan dirasmikan pada 6 September 1990.
ii) mempromosi penggunaan penderiaan jauh dan teknologi berkaitan secara meluas bagi
tujuan pengurusan sumber perlindungan alam sekitar dan perancangan strategik negara
(MACRES, 1991).
merupakan sumber utama bagi MACRES mendapat data untuk kawasan Malaysia. Data yang
diedarkan adalah dalam bentuk pelbagai format. Data baru yang diperoleh dari NRCT
termasuk juga data TM Landsat dari Amerika Syarikat yang meliputi seluruh Malaysia dan
data SPOT-1 dari Perancis bagi negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia. MACRES
juga memperoleh data MOS-1 dari pusat Remote Sensing Technology Centre of Japan
(RESTEC). Data MESSR dibawa oleh MOS-1 dengan resolusi ruang 50 m dan merangkumi
kira-kira 90 peratus kawasan pantai Malaysia. MACRES sedang berusaha mendapatkan data
Pada awal 1996 kerajaan Malaysia telah mengumumkan pembinaan mikrosatelit hasil
daripada usahasama antara ahli saintis Malaysia dengan luar negara. Mikrosatelit yang
dipanggil Tiongsat akan dilancarkan ke angkasa sebelum akhir abad ini. Keupayaan
mikrosatelit ini ialah melakukan kerja-kerja penderiaan jauh secara luas seperti mengesan
mikrosatelit, Malaysia merancang pelancaran minisatelit yang beratnya 100 kg dan berharga
2.0 PENGENALAN
Data-data penderiaan jauh pada masa ini telah banyak digunakan di dalam
kajicuaca, pemetaan, perancangan bandar dan sumber air. Di dalam bab ini
b) Geologi,
c) Sumber air,
d) Kajicuaca,
e) Pemetaan dan
f) Perancangan bandar.
c) Pengawasan penyakit.
Oleh itu alat pengesan berbilang spektrum yang mempunyai jalur-jalur tertentu
amat sesuai digunakan kerana rasionalnya merangkumi keperluan sumber alam.
1 0.5 – 0.59 µ m
(hijau)
2 0.61 – 0.68 µ m
(merah)
3 0.79 – 0.89 µ m
(infra merah)
merah (0.65 µ m). Secara keseluruhan, keadaan kandungan klorofil pada daun
Rajah 1 di atas juga menunjukkan julat inframerah dapat menembusi tumbuhtumbuhan dengan
sepenuhnya. Oleh itu proses tersebut amat bergantung
tebal mengalami ketiga-tiga proses di atas lebih tinggi berbanding dengan daun
nipis.
dipengaruhi oleh jalur penyerapan air pada panjang gelombang 1.4µ m, 1.9µ m
dan 2.7 µ m.
Rajah 1 C5646-TOPIK 2
Rajah 2
Geraf pembalikan spektrum bagi tanah (rajah 2) di atas adalah lebih mudah
i. Kandungan air,
lembab adalah lebih rendah dari tanah yang kering. Ini disebabkan oleh proses
penyerapan tenaga berlaku lebih tinggi pada tanah lembab.
P e m ba l i k a n
4 6 8 10 12 14 16 18 20 24 26
10
20
30
40
Panjang Gelombang
x 10
-1
Tanah kering
Tanah lembab
P e m ba l i k a n
4 6 8 10 12 14 16 18 20 24 26
10
20
30
40
Panjang Gelombang
x 10
-1
Air keruh
Air jernih
Rajah 3 C5646-TOPIK 2
Mohamad Abdul Rahman
amat tinggi pada jalur tersebut. Oleh itu pembalikan tenaga menjadi terlalu
rendah. Walau bagaimanapun butiran air boleh juga dikenali melalui jalur
inframerah.
Dalam spektrum julat nampak pula, didapati pembalikan spektrum bagi air
i. permukaan air,
tumbuh-tumbuhan air.
Bagi air jernih didapati hanya proses penyerapan berlaku pada panjang
gelombang yang > 0.6 µm. Oleh itu kebanyakan daripada pembalikan tenaga
berguna bagi menentukan corak kedalaman air tersebut. Bagi air yang keruh
pula hasil pembalikan tenaga adalah tinggi jika dibandingkan dengan air jernih.
yang dikandungnya dan dasar air. Maklumat-maklumat yang diperolehi ini boleh
PERHUTANAN.
Eropah.
dan perhutanan, data dari satelit Landsat dan SPOT boleh digunakan. Dengan
menggunakan data-data tersebut beberapa kelebihan dapat diutarakan. Di
antaranya:
dihasilkan.
dengan matahari.
bumi.
penyakit.
berdasarkan kepada jumlah keluasan yang telah dikira oleh komputer mengikut
kelas-kelasnya.
Statistik purata hasil pengeluaran dalam unit tan/hektar bagi sesuatu jenis
atau melalui soal selidik di lapangan. Dari kedua-dua maklumat statistik di atas,
kajian telah dijalankan di negara Jepun dalam dua tahun berturut-turut untuk
Didapati ketepatan perangkaan yang diperolehi pada tahun pertama adalah 90%
dan ditahun kedua 95%. Hanya terdapat perbezaan lebihkurang 10% daripada
dipertingkatkan lagi jika data satelit berleraian tinggi seperti SPOT digunakan.
Walau bagaimanapun, faktor masa dan kos yang digunakan melalui kaedah
oleh bakteria atau binatang perosak didapati berbeza jika dibandingkan dengan
tersebut juga dapat dibezakan melalui analisa imej satelit serta lawatan di
lapangan.
pengesan berbilang spektrum dari satelit Landsat dan SPOT boleh membezakan
yang diperolehi dari data satelit kawasan yang mengalami kerosakan banjir
dapat ditentukan melalui satelit penderiaan jauh pada jalur terma inframerah.
Jalur ini boleh memberikan maklumat mengenai haba atau objek yang panas
dengan jelas. Melalui penelitian terhadap gambaran imej yang dipengaruhi oleh
kandungan asap kebakaran dari satelit SPOT boleh juga digunakan bagi
2.6 GEOLOGI
perkara-perkara berikut:
butiran linar.
c. Kajian bahan-bahan galian
langsung dengan batu batan yang sejenis atau terdiri dari berbagai-bagai
kandungan bahan mineral. Masalah yang dialami ialah bagi menilai pembalikan
seperti kajian secara geobotani (iklim, litupan tumbuhan dan jenis tanah), kadar
neutrin (zink dan tembaga) yang terdapat dalam tanah pula menjadi penghalang
Kajian terhadap kadar hakisan dapat dijalankan melalui analisa secara ruang.
penderiaan jauh berbanding dengan jenis ignius atau metamopik. Pada imej
satelit kesan hakisan yang berbeza-beza pada batu tersebut boleh dikenali. C5646-TOPIK 2
Disamping itu liputan kawasannya juga adalah luas. Batu jenis extrusive igneous
dapat dikenal melalui kesan aliran lava. Batu jenis intrusive egneous pula sukar
untuk dikenal memalui imej satelit kecuali ia telah terdedah akibat hakisan yang
adalah bergantung kepada leraian dan skala imej satelit. Bagi menentukan
bentuk dataran benua dan lautan yang luas, dimana ukuran saiznya melebihi
1000 km, data satelit yang sesuai digunakan adalah dari satelit NOAA dan
Meteosat.
kepulauan, rekahan lurah, kawah gunung berapi, kesan lipatan batu dan
gelinciran yang berukuran antara 10 ~ 100 km, data satelit Landsat, SPOT dan
Pengurusan terhadap sumber air merangkumi aspek yang luas seperti hidrologi,
pencemaran air dan kaitan antara hidrologi dengan keadaan alam sekitar.
a. Inventori lokasi bagi kawasan empangan, tasek dan kolam air. Butiranbutiran yang tersebut di atas
dapat ditentukan dengan mudah melalui analisa
imej satelit, samada dari satelit Landsat atau SPOT. Masalah yang mungkin
pada kawasan pertanian dapat digambarkan dengan jelas oleh satelit SPOT
berbanding dengan gambaran yang ditunjukkan oleh peta berskala kecil. C5646-TOPIK 2
membuat penelitian pada imej satelit leraian tinggi seperti SPOT, maklumatmaklumat dan gambaran
secara kasar bagi kawasan yang dijangka mengalami
dikesan melalui penderiaan jauh. Data satelit HCMM dan Meteosat boleh
digunakan untuk mengesan kawasan tumpahan minyak yang luas melalui jalur
ini mempunyai ketinggian 36,000 km di atas satah khatulistiwa. Oleh itu ia boleh
berguna kepada ahli kajicuaca bagi membuat analisa ramalan keadaan cuaca.
2.9 PEMETAAN
Dengan adanya data satelit leraian tinggi dari SPOT yang boleh
dapat dikemaskini dari masa kesemasa melalui gambaran imej yang telah
pertanian, kawasan perhutanan, sistem perairan boleh dikemaskini jika terdapat C5646-TOPIK 2
10
sebarang perubahan. Dengan cara ini faktor masa dan kos dapat dikurangkan
Penderiaan jarak jauh merupakan pemerolehan maklumat berskala kecil atau besar bagi sebarang
objek atau fenomena, dengan menggunakan peranti penderiaan masa benar atau rakaman yang
tidak bersentuhan atau dengan jarak dekat (seperti kapal terbang, kapal angkasa, satelit, belon,
atau kapal). Sebagai latihan, penderiaan jarak jauh merupakan pengumpulan melalui pelbagai peranti
untuk mengumpulkan maklumat bagi objek atau kawasan yang diberikan. Maka, platform
pengumpulan cerapan Bumi atau satelit cuaca, platform belon cuaca mencerap lautan dan atmosfera,
memerhati kandungan melalui ultrabunyi, Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), Tomografi
Pancaran Positron (PET), dan penyiasat angkasa semuanya menggunakan pendeiaan jarak jauh.
Dalam kegunaan moden. istilah lazimnya merujuk kepada penggunaan teknologi penderiaan imej
termasuklah peralatan di atas kapal udara dan kapal angkasa, dan berbeza dengan bidang yang
melibatkan imej seperti pengimejan perubatan.