You are on page 1of 17

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Terdapat dua bentuk ujian yang diberikan kepada pelajar iaitu ujian di dalam bentuk kertas

objektif dan ujian dalam bentuk esei. Kedua-dua bentuk ujian tadi memerlukan semakan jawapan

yang berbeza. Hal ini kerana, bentuk ujian di dalam kertas objektif perlu di jawab di dalam kertas

OMR manakala ujian berbentuk esei perlu dijawab secara bertulis oleh pelajar. Bagi jawapan di

dalam soalan objektif adalah mudah bagi guru memeriksa iaitu dengan cara menebuk kertas

jawapan ‘master’ dan seterusnya menanda pada skrip jawapan pelajar. Bagi yang menggunakan

kertas jawapan OMR pula adalah lebih mudah dengan hanya memproses melalui mesin khusus

memproses kertas jawapan OMR. Sebaliknya soalan esei atau karangan pula memerlukan guru

memeriksa dengan teliti dan tidak boleh disemak oleh sesiapa sahaja berbanding dengan skrip

jawapan objektif. Lazimnya pemeriksaan skrip jawapan esei memerlukan guru-guru yang pakar

dalam sesuatu mata pelajaran berkenaan.

Pemarkahan soalan berbentuk esei atau karangan adalah boleh dijadikan alat pengukuran

yang berkesan jika dilengkapkan dengan peraturan memberi markah (PMM). Namun PMM

perlulah diperiksa oleh pemeriksa yang cekap dan ada penyelarasan antara pemeriksa. Hal ini

kerana, kecekapan dan keselarasan pemeriksa adalah perkara mesti, jika ujian itu ialah ujian

pencapaian dan pemeriksanya lebih seorang. PMM juga adalah salah satu perkara mesti bagi

soalan esei walaupun pemeriksanya hanya seorang. Selain itu, memeriksa kertas berbentuk esei

terdapat berbagai faktor diluar dan di dalam diri si pemeriksa itu sentiasa sahaja mempengaruhi

kebolehpercayaan pemarkahan.

Memeriksa skrip jawapan bagi soalan esei atau karangan merupakan proses mengukur dan

menilai di mana memerlukan kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan dalam pemarkahan

jawapan karangan atau esei berkait rapat dengan tujuan dan tugasan soalan. Kriteria tersebut

terbahagi kepada tiga iaitu kriteria isi kandungan, kriteria pengolahan dan kriteria proses. Kriteria

1
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

kandungan yang merujuk kepada penguasaan maklumat dan fakta yang berkaitan mengikut

kehendak soalan. Bagi kriteria pengolahan adalah merujuk kepada kemahiran menghuraikan

maklumat, fakta dan idea secara logik dan matang serta penggunaan bahasa yang tepat. Kriteria

yang terakhir adalah kriteria proses iaitu merujuk kepada aspek ketepatan, kemunasabahan,

kelengkapan, ketekalan, keaslian, dan kreativiti dalam teknik penulisan. Walaubagaimanapun,

PMM perlu disediakan. Hal ini kerana ujian sumatif contohnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

(UPSR) telah disediakan PMM oleh pihak yang bertanggungjawab.

2
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

SOALAN 1 : APAKAH MAKSUD ISTILAH ANALITIK DAN HOLISTIK?

a) Pemarkahan Analitik

Pemarkahan analitik merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara lebih

terperinci yang mana markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci. Ia mengandungi

nilai isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus. Kaedah pemarkahan analitik

bermaksud kaedah memberi markah secara point iaitu ia memerlukan skema pemarkahan yang

terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan. Dalam kaedah ini, markah

diperuntukkan kepada unsur-unsur penting yang merangkumi kriteria kandungan, pengolahan dan

proses itu dikesan dan diberi markah secara berasingan. Ini bermakna bahawa jika unsur-unsur tiga

kriteria tersebut banyak terdapat dalam jawapan pelajar, maka tinggilah markah yang akan

diberikan kepada pelajar. Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur

isi atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan kesepaduan unsur-unsur berkenanan.

Pemarkahan analitik juga dikelaskan kepada enam peringkat markah iaitu dari 0 sehingga

6 tetapi ia adalah lebih terperinci dengan setiap peringkat dipecahkan pula kepada 5 bahagian

setiap satu. Berikut merupakan contoh skema pemarkahan secara analtitik yang digunakan oleh

guru semasa menanda kertas peperiksaan pelajar.

3
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Marka Sebutan Kefahaman Tatabahasa Perbendaharaan Kelancaraan


h kata

5 Sebutan baku, Faham Guna Luas dan Lancar dan


tidak ada dengan tepat tatabahasa menepati konteks gaya yang
pengaruh dialek dan cepat. dengan tepat penggunaan. sesuai dan
atau bahasa Gerak balas dalam ayat- menarik.
ibunda tepat dan ayat dan
pantas. membawa
makna yang
jelas dan tepat
4 Terdapat Faham Ada kesilapan Luas dan terdapat Lancar dan
kesilapan sebutan dengan baik tetapi tidak kesilapan tetapi masih ada
yang tidak serius tetapi masih serius. Ayat kurang ketara. kelemahan
tidak masih jelas dan yang kurang
memenuhi bermakna. ketara.
kriteria.
3 Terdapat Daya Ada kesilapan Perbendaharaan Sederhana.
kesilapan sebutan kefahaman bahasa yang kata kurang Terdapat
yang ketara atau sederhana. jelas tetapi meluas tapi gangguan
dipengaruhi Boleh keseluruhannya masih boleh tetapi tidak
dialek atau memberikan masih jelas dari menggunakan menonjol.
bahasa ibunda. gerak balas segi makna dengan betul
tetapi agak
lambat dan
kurang tepat
2 Terdapat banyak Daya Terdapat Perbendahraan Tidak lancar.
kesilapan sebutan kefahaman kesilapan yang kata terbatas, Ada
yang ketara atau yang amat banyak dan terdapat gangguan dan
dipengaruhi lemah. menunjukkan kesilapan dalam penyampaian
dialek atau Lambat penguasaan penggunaan kurang
bahasa ibunda memberikan yang agak tatabahasa dalam menarik
yang nyata gerak balas minimum ayat
dan kurang
tepat
1 Sebutan yang Lemah. Terdapat Terbatas. Amat sukar
minimum. Hanya Lambat banyak sekali Terdapat bertutur,
boleh menyebut memberikan kesilapan kesilapan lambat dan
sahaja gerak balas sehingga penggunaan di tergagap-
dan tidak petuturan amat sana sini gagap
tepat sukar difahami

0 Langsung tidak Tidak faham Tidak Hanya boleh Bertutur


dapat menyebut langsung menguasai bertutur sepatah hanya
dengan betul langsung dua kata beberapa
patah kata

4
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

b) Pemarkahan Holistik

Pemarkahan holistik ialah skema yang disediakan secara umum sebagai panduan untuk

memberi markah kepada jawapan pelajar. Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei

yang markahnya diberi berdasarkan kepada impresi. Pemarkahan secara holistik memerlukan

pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelas

pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi

sesuatu soalan. Pelajar bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak

soalan. Pemeriksaan secara holistik memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar

menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan.

Pemarkahan holistik boleh dikelaskan kepada enam kriteria berdasarkan dari markah 0

sehingga 6. Di sini terdapat contoh bagaimana skema pemarkahan holistik ditentukan oleh guru :

Markah Kriteria
5 Cemerlang – menguasai semua objektif serta dapat berhujah dengan baik dan

berkesan
4 Baik – menguasai kebanyakan objektif dan dapat memberikan hujah dengan dan

berkesan
3 Memuaskan – hampir sebahagian objektif dan memberikan hujah dengan

memuaskan
2 Lemah – menguasai sebahagian kecil objektif dan hujah adalah lemah
1 Kurang memuaskan – belum menguasai sebarang objektif dan hujah adalah lemah
0 Gagal – gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah amat lemah

Kaedah yang lazim digunakan untuk pemarkahan holistik ialah kaedah ordinal dan nominal.

Kaedah Ordinal:

5
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat dengan menggunakan kaedah ordinal, pemeriksa

perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut:

 Memeriksa setiap skrip jawapan pelajar secara keseluruhan.

 Menyusun skrip-skrip jawapan pelajar mengikut prestasinya, iaitu prestasi terbaik

diletakkan di atas dan prestasi terburuk diletakkan di bawah.

 Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberi gred A, B, C, D dan E sebagainya.

 Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan peratusan pelajar

yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred.

Kaedah Nominal:

Dalam pemarkahan yang menggunakan kaedah nominal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-

langkah yang berikut:

 Menentukan skema pemarkahan terlebih dahulu sama ada menggunakan markah atau gred.

Misalnya, gred A = Cemerlang, B= Kepujian, C = Lulus, D = Gagal. Gred berdasarkan

kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses.

 Pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan pelajar sekali lalu untuk memperoleh

gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar, berdasarkan kriteria kandungan, kriteria

pengolahan, dan kriteria proses.

 Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip kali kedua untuk menetapkan gred yang

difikirkan sesuai diberikan kepada skrip tersebut berdasarkan skema pemarkahan yang

disediakan.

 Pemeriksa dikehendaki membaca skrip kali ketiga untuk membuat pengubahsuaian, jika

ada, pada gred-gred yang telah diberikan.

SOALAN 2: BEZAKAN ANTARA PENILAIAN HOLISTIK DAN ANALITIK?

6
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Berikut adalah jadual yang menunjukkan perbezaan antara pemarkahan analitik dan pemarkahan

holistik.

Perkara Pemarkahan Analitik Pemarkahan Holistik


Skema Pemarkahan Sangat terperinci berdasarkan Sangat subjektif (Berdasarkan
unsur-unsur yang terkandung di andaian bahawa pelajar
dalam jawapan mempunyai pandangan
menyeluruh ke atas keseluruhan
soalan)
Kriteria pemeriksa Semua guru boleh menggunakan Hanya guru yang berpengalaman
teknik ini termasuk yang kurang dan menguasai bidang
pengalaman berkenaanmampu menggunakan
teknik ini
Unsur-unsur penting Kandungan, pengolahan dan Apa sahaja aspek baik yang
dalam jawapan proses terdapat di dalam jawapan

Kegunaan Peperiksaan Awam (peperiksaan Soalan berbentuk


biasa) pengkonsepsian

Skala Pemarkahan Skala Interval Skala Nominal dan skala Ordinal

Penyelarasan Skema pemarkahan dihuraikan Mesyuarat penyelelarasan oleh


pemarkahan secara terperinci (meningkatkan ketua pemeriksa dan pemeriksa
keobjektifan dan berkenaan diperlukan
kebolehpercayaan) boleh
disediakan secara bertulis
Bentuk soalan Berstruktur iaitu setiap soalan Sesuai untuk soalan karangan
diperuntukkan markah tertentu atau esei.
secara terperinci

Bentuk jawapan Perlu dijawab secara terperinci, Jawapan tidak semestinya


seragam dan berstruktur seragam seperti skema yang
disediakan dimana sesuatu esei
memberikan pelbagai bentuk
luahan pemahaman pelajar

Bentuk markah Secara pecahan eg. 7/10 A,B,C,D,E atau pangkat 1-5
(Cemerlang – gagal)

Masa Panjang Bergantung kepada tahap


kemahiran pemeriksa

Contoh Skema Pemarkahan Analitik berbanding Holistik.

7
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Contoh Kaedah Pemarkahan Analitik

Nyatakan tiga jenis pencemaran. Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk mengatasai

masalah tersebut.

Skema pemarkahan

Kriteria kandungan

a) Pencemaran air, udara dan bunyi.

(1 markah x 3 fakta = 3 markah)

Kriteria pengolahan

b) Punca pencemaran air.

Punca pencemaran bunyi.

Punca pencemaran udara.

(3 x 2 markah = 6markah)

Kriteria proses

c) Keaslian cadangan yang dikemukakan.

(2 x 3 markah = 6 markah)

Gred / Ciri Jawapan


Markah

8
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Kriteria Taarif Bahasa Isi Huraian Pengolahan

Tepat Lancar, bersih Cukup Jelas dan Susunan


Gred A mencukupi yang teratur
dan kemas
(75% -100%)

Gred B Masih tepat Masih lancar Hampir cukup Agak jelas dan Susunan
mencukupi teratur tapi
(60% -74%) kurang
kemas
Gred C Kurang Tedapat beberapa Isi kurang Kurang jelas Tiada
tepat kesalahan tatabahasa keseragaman
(40% -59%) tetapi masih
dimaafkan
Gred D Kurang Ada kesalahan yang Terpesong sipi Tidak jelasTidak teratur
difahami tak dapat dimaafkan dan tidak
(30% -39%) seragam
Gred E Tidak Kesalahan yang Terpesong sama Tiada huraian Tiada olahan
difahami banyak dan kelam sekali atau tidak jelas atau tidak
(0 -29%) langsung kabut sama sekali seragam
sama sekali

Contoh Skema Pemarkahan Holistik.

9
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Gred / Ciri Jawapan


Markah
 Takrif yang tepat terhadap tajuk karangan yang dipilih.
 Bahasa lancar dan bersih daripada segala aspek kesalahan.
Gred A  Terdapat keragaman struktur ayat dengan susunan yang sangat
menarik.
(75% -100%)  Isinya cukup dan berkembang dengan contoh yang sesuai.
 Hujah sangat logis dan memperlihatkan ciri-ciri kematangan
fikiran.

Gred B  Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih masih tepat.


 Isinya cukup dan pengolahannya agak menarik.
(60% -74%)  Bahasa memuaskan. Keragaman struktur ayat agak sedikit.
 Masih terdapat ciri-ciri kematangan fikiran dalarn penulisan.

Gred C  Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih kurang tepat.


 Isinya kurang, ada yang sesuai dan ada yang tidak.
(40% -59%)  Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat dimaafkan.
 Tiada keragaman struktur ayat. Kosa kata agak terhad.

Gred D  Takrif terhadap tajuk karangan kurang difaharni.


 Isinya terpesong sipi. Pengolahannya agak lemah dan kurang
(30% -39%) teratur.
 Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang tidak dapat
dimaafkan.
 Penguasaan bahasa dan kosa kata kurang cekap.

Gred E  Takrif terhadap tajuk karangan tidak difahami langsung.


 Isinya terpesong sama sekali. Pengolahannya tidak teratur.
(0 -29%)  Penguasaan bahasanya lemah dengan susunan ayat yang kelam
kabut dan kesalahan kosa kata yang banyak.

SOALAN 3: APAKAH KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PEMARKAHAN HOLISTIK?

10
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

a) Kebaikan pemarkahan secara holistik.

Antara kebaikan pemarkahan holistik adalah pelajar bebas memberikan jawapan asalkan

tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Ini bermaksud, pemeriksa boleh memberikan

markah selagi jawapan pelajar tidak menyeleweng daripada kehendak soalan.

Selain itu, pemeriksaan skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang kerana

pemeriksaan dibuat secara umum tanpa memberi penekanan pada aspek isi kandungan, pengolahan

bahasa dan sebagainya. Di samping itu juga, pemeriksaan skrip jawapan dibuat oleh lebih daripada

seorang pemeriksa dan juga pemarkahan dibandingkan antara pemeriksa dalam kumpulan untuk

memastikan bahawa setiap pemeriksa memberi markah yang sama antara mereka.

Kelebihan yang lain ialah pemeriksaan holistik ini dapat menilai jawapan secara

keseluruhan dalam aspek penguasaan pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yang lain

terutamanya kemahiran aras tinggi seperti kebolehan mengolah idea dan membuat rumusan

tentang sesuatu perkara atau keadaan. Ini bermaksud, pemeriksa dapat menilai dan memberi

markah sekiranya pelajar memberi idea yang yang di luar jangkaan pemeriksa dan idea tersebut

dapat di terima dan tidak menyeleweng dari kehendak soalan. Kelebihan yang terakhir ialah

pemeriksa mengikhtiraf dan memberi ganjaran kepada pelajar yang memberi jawapan secara

kreatif dan inovatif.

b) Kelemahan pemarkahan secara holistik.

11
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Antara kelemahan pemarkahan holistik adalah pemeriksaan secara holistik ini memerlukan

pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan

sebagai pemeriksa. Ini kerana, dalam pemarkahan holistik, pemeriksaan secara menyeluruh di

lakukan di mana skima jawapan tidak disediakan secara terperinci dan cara ini amat subjektif

kerana pemeriksa perlu membaca kritikal untuk menyemak jawapan pelajar.

Di samping itu juga, pemarkahan holistik adalah pemarkahan secara umum tanpa memberi

perhatian kepada aspek khusus penulisan karangan seperti isi, tatabahasa, gaya dan lain-lain. Cara

ini lebih sesuai digunakan untuk menilai penulisan pelajar di pusat pengajian tinggi kerana pelajar

di IPT sepatutnya sudah menguasai kemahiran menulis. Kesilapan bahasa adalah minimum.

Selain itu, terdapat kemungkinan perselisihan dalam memberikan markah antara pemeriksa

dan sukar hendak dijelaskan. Ini kerana setiap pemeriksa mempunyai pengalaman, pengetahuan

serta idea masing-masing dalam menentukan markah pelajar. Oleh sebab itu, mesyuarat

penyelarasan perlu diadakan untuk memastikan setiap pemeriksa memberi markah serta

memeriksa secara seragam dan sama di antara satu sama lain.

Pemarkahan holistik juga kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor lain yang

tidak relevan seperti bentuk tulisan dan kekemasan skrip jawapan. Kelemahan yang terakhir ialah

Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa dipengaruhi oleh pengetahuannya

tentang latar belakang pelajar. Kesan halo merujuk kepada situasi pemeriksa memberikan markah

tinggi untuk satu jawapan yang sederhana atau kurang baik kerana calon dikenalinya sebagai

pelajar yang cergas. Sebaliknya kesan horn pula merujuk kepada keadaan satu jawapan baik diberi

markah yang rendah kerana jawapan itu datangnya daripada calon yang dianggap kurang

berkebolehan.

SOALAN 4: APAKAH KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PEMARKAHAN ANALITIK?

12
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

a) Kelebihan Pemarkahan Analitik

Skrip jawapan pemarkahan secara analitik boleh diperiksa oleh pemeriksa baru yang kurang

berpengalaman memeriksa dan yang tidak begitu menguasai bidang berkenaan. Ini kerana

pemarkahan diberi berdasarkan kepada skrip jawapan yang telah disediakan. Pemeriksa tidak perlu

mengambil masa yang lama untuk menimbang jawapan pelajar sama ada tepat, kurang tepat atau

tidak betul. Pemarkahan secara analitik memperincikan bidang pemarkahan sesebuah karangan.

Contohnya, sesebuah karangan dibahagikan pemarkahannya mengikut isi, perbendaharaan kata,

imbuhan, tanda baca dan ejaan. Justeru, pemeriksa yang kurang mahir akan dapat mempelajari

bagaimana untuk menilai sesebuah karangan yang baik.

Selain itu, skrip jawapan yang menggunakan kaedah analitik memadai diperiksa sekali

sahaja oleh pemeriksa. Hal ini demikian kerana pemarkahan diberikan adalah berdasarkan skrip

jawapan. Jika jawapan yang diberikan oleh pelajar adalah di luar skrip jawapan, maka pemeriksa

tidak akan memberikan markah untuk jawapan tersebut. Namun, jika jawapan pelajar tidak tepat

sepenuhnya, sebahagian daripada markah penuh boleh diberikan kepada pelajar. Skema

pemarkahan yang terperinci juga memudahkan proses pemberian markah dengan tepat. Melalui

kaedah pemarkahan secara analitik, tugas pemeriksa menjadi lebih mudah kerana skema

pemarkahan atau skrip jawapan yang disediakan adalah terperinci dan jelas.

Pemarkahan secara analitik juga memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan

markah. Oleh sebab itu, cara pemarkahan ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian pelajar tinggi

atau rendah. Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan prestasi pelajar dan

menyampaikan maklumat ini kepada pelajar. Pelajar juga akan dapat melihat serta menilai di mana

dan apa kelemahan mereka dengan jelas dengan menggunakan pemarkahan secara analitik.

Mereka berupaya untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka. Justeru, mereka dapat

memperbaikinya untuk menjamin kecemerlangan dalam bidang penulisan kelak.

13
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Pemarkahan secara analitik lebih objektif dan ketekalannya dapat dikekalkan sekiranya

pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti. Dengan adanya penyediaan skema jawapan yang

terperinci dengan menyenaraikan fakta yang dikehendaki dan pembahagian markah yang

sepatutnya, maka keobjektifan dan kebolehpercayaan sesuatu pemarkahan dapat ditentukan oleh

pemeriksa. Keobjektifan pemarkahan boleh ditingkatkan dengan menentukan berapakah markah

yang akan diberi kepada pelbagai jenis jawapan yang kurang tepat.

b) Kelemahan Pemarkahan Analitik.

Terdapat beberapa kelemahan dalam kaedah pemarkahan analitik. Di antaranya ialah

pengambilan masa yang agak lama untuk memeriksa setiap skrip jawapan terutamanya apabila

bilangan calon terlalu ramai. Hal ini akan memberikan sedikit tekanan kepada pemeriksa untuk

memeriksa kertas jawapan pelajar-pelajar kerana pemarkahan secara analitik memerlukan

pemeriksa untuk membandingkan jawapan pelajar dengan skrip jawapan satu persatu. Dengan itu

barulah markah dapat diberikan kepada pelajar mengikut jawapan yang diberikan oleh mereka.

Selain itu, kaedah pemarkahan secara analitik melibatkan pemeriksaan yang dilakukan

secara fakta dan kurang memberi penekanan pada kemahiran penulisan. Kemahiran penulisan

merujuk kepada aspek khusus penulisan iaitu isi, tatabahasa, gaya bahasa dan lain-lain.

Pemarkahan secara analitik yang menekankan aspek kemahiran penulisan adalah pemarkahan

bagi subjek bahasa dan tidak diperlukan bagi subjek lain.

Pemarkahan secara analitik hanya memberi penekanan kepada fakta atau jawapan secara

terperinci semata-mata. Apabila penekanan hanya diberikan kepada fakta semata-mata, secara

tidak langsung akan menyebabkan pelajar hanya terlalu bergantung kepada skima jawapan dalam

mengulangkaji pelajaran. Mereka juga tidak akan mengambil kira aspek kemahiran penulisan

14
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

dalam penulisan karangan mereka seperti penggunaan peribahasa, gaya bahasa yang menarik,

tatabahasa dan sebagainya apabila menjawab soalan berbentuk esei.

Dalam pemarkahan secara analitik, pemeriksaan boleh bersifat negatif kerana apabila

pelajar membuat kesilapan dalam sesuatu aspek, maka markah yang diperuntukkan untuk aspek

tersebut akan ditolak. Apabila hal sedemikian berlaku maka pelajar cenderung untuk mendapat

skor yang rendah bagi soalan esei atau subjektif

KESIMPULAN

15
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Pemarkahan holistik dan pemarkahan analitik mempunyai banyak perbezaan terutama dari

segi skema pemarkahan, masa, bentuk jawapan, bentuk soalan dan lain-lain. Di samping itu,

pemarkahan holistik dan pemarkahan analitik mempunyai kebaikan dan kelemahan yang

tersendiri. Penambahbaikan dapat dijalankan dengan menggunakan kedua-dua kaedah analitik dan

holistic. Dalam menggunakan kaedah gabungan yang dipanggil pemarkahan elektik, di mana

contoh jawapan hendaklah disediakan semasa membina soalan kerana ini dapat membantu

menentukan ketepatan fakta. Selain daripada itu kaedah gabungan membolehkan perhatian diberi

kepada aspek perincian fakta dan pengolahan jawapan.

RUJUKAN

16
SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

 Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan

 http://www.scribd.com/doc/6938792/PEMARKAHAN-KARANGAN

 Modul Asas Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Baru IPTA

 http://cadenet.upm.edu.my/eSATRIA/courses/NEWLECTRR1/document/pengujian

,_pengukuran_dan_penilaian.pdf?cidReq=NEWLECTRR1

17

You might also like