You are on page 1of 29

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

(KPR 5063)

TAJUK PROPOSAL:
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN
PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN LANGKAH-
LANGAH YANG BERKESAN BAGI MENINGKATKANNYA, DARI
PERSEPSI PELAJAR, SMK JITRA, KEDAH

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. MOHD NASIR BIN MASRAN

DISEDIAKAN OLEH:
RAZIS BIN ROSLI L20101005802
MOHD HAFIZ ZAINON L20101005805
MOHD ROSIDI BIN ISHAK L20101005813

PROGRAM:
PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN (AT03D)

TARIKH:
21 SEPTEMBER 2010

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH 3

1.1.2 PERNYATAAN MASALAH 5

1.3 OBJEKTIF KAJIAN 7

1.4 PERSOALAN KAJIAN 8

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN 8

1.6 SKOP DAN BATASAN KAJIAN 8

1.7 DEFINISI ISTILAH 9

2.0 KAJIAN LITERATUR 10

3.1 METODOLOGI KAJIAN 13

3.2 REKA BENTUK KAJIAN 13

3.3 PARTISIPAN 13

3.4 INSTRUMEN KAJIAN 14

3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA 14

3.6 PROSEDUR ANALISIS DATA 15

4.0 PELAN TINDAKAN 16

5.0 KESIMPULAN 19

BIBLIOGRAFI

2
1.0 PENGENALAN

Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan. Merujuk Subperaturan 3(1)


dalam Peraturan-peraturan Kurikulum Kebangsaan 1997, Kurikulum Kebangsaan ialah suatu
program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan. Aktiviti kokurikulum mestilah dilaksanakan seperti aktiviti
kurikulum, iaitu aktiviti-aktiviti pembangunan kognitif yang pada asasnya merangkumi lima fasa
teras iaitu perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penyeliaan, penilaian serta
penambahbaikan.

Sebagai kegiatan kependidikan yang menjadi wadah pelaksanaan kurikulum kebangsaan,


maka program atau aktiviti kokurikulum hendaklah dilaksanakan dengan tujuan untuk
membantu merealisasikan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Negara,
khususnya Wawasan 2020 di samping melahirkan warganegara cemerlang yang menghayati
sepenuhnya Rukunegara. Sebagai sebahagian daripada program pendidikan, maka setiap
kegiatan atau aktiviti kokurikulum hendaklah mempunyai kurikulum yang jelas, praktis dan
realistik, di samping mempunyai aspek-aspek yang boleh diukur atau dinilai bagi menentukan
keberkesanannya dan untuk menghasilkan dapatan-dapatan yang boleh dimanfaatkan sebagai
panduan dan rujukan dalam usaha menambahbaiki pelaksanaannya pada masa hadapan.
Kegiatan dan aktiviti kokurikulum, sebagai sebahagian daripada proses pendidikan hendaklah
dikelola dan dikendalikan oleh mereka yang berkelayakan, berkemahiran dan berpegalaman
(Ramlan Abd Wahab, 2004).

Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di


sekolah adalah wajib (Rujuk Syeksen 18, Akta Pendidikan 1996). Merujuk Subperkara 5.1
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. 11 (29) bertarikh 2 Januari
1985, matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang
pelajar yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar hendaklah
mengambil sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam (badan
beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan.

3
Subperkara 5.2 pula menekankan penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi
memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah.

Kokurikulum lahir daripada kurikulum dan membawa makna dimensi pendidikan yang terletak di
luar daripada ruang pendidikan di bilik darjah. Perkembangan kemudiannya membuatkan pakar
pendidikan mengubah sikap lalu menganggap program kokurikulum itu sama pentingnya dalam
proses membina sahsiah yang seimbang bagi setiap pelajar. Oleh yang demikian, program
yang dahulunya dianggap sebagai tambahan, kini dianggap sama pentingnya dengan program
kokurikulum. Dari kaca mata kasar, dapat dikatakan bahawa kokurikulum adalah aktiviti amali
sebagai lanjutan kepada mata pelajaran blik darjah. Pengetahuan dari mata pelajaran-mata
pelajaran lain diintegrasikan dalam aktiviti praktikal semasa menjalankan gerak kerja
kokurikulum dalam bentuk gunaan. Pandangan yang diperolehi dengan cara ini akan
meluaskan pandangan, pengetahuan, kefahaman mereka serta menghasilkan perkembangan
dan kematangan jasmani, mental, sosial dan emosi mereka melalui situasi yang mana terdapat
interaksi sosial yang sihat dan positif dalam suasana yang lebih bermakna, riang dan
menyeronokkan (Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman, 2008).

Terdapat tiga kategori aktiviti kokurikulum yang perlu dilaksanakan di sekolah iaitu sukan dan
permainan, kelab dan persatuan, serta unit beruniform. Pelajar di sekolah dalam sistem
persekolahan kita dikehendaki mengambil bahagian dalam ketiga-tiga kategori aktiviti tersebut.
Setiap kategori aktiviti tersebut mempunyai sumbangan yang tersendiri. Aktiviti sukan dan
permainan dapat memberikan sumbangan kepada kesuburan fizikal, kemahiran, kecergasan
dan ciri sosial yang juga terdapat dalam aktiviti badan beruniform mahupun dalam kelab dan
persatuan. Unit beruniform dapat menyumbangkan perkhidmatan kepada masyarakat manakala
kelab dan persatuan pula mendorong pelajar mempelopori atau mengkaji sesuatu bidang
dengan lebih luas serta memperkayakan pengetahuan. Penglibatan pelajar dalam ketiga-tiga
kategori aktiviti kokurikulum membolehkan pelajar itu mengalami atau merasai bentuk aktiviti
yang akan ditemui dalam alam dewasa kelak. Aktiviti kokurikulum juga dilihat sebagai
pengalaman perantaraan antara alam persekolahan dengan alam luar dan seterusnya alam
dewasa (Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman, 2008).

Sistem pelajaran sebelum ini khususnya di Malaysia, terlalu mementingkan kecemerlangan


akademik sehingga menyebabkan pelajar mengabaikan aspek bukan akademik. Akibatnya,
sekolah telah melahirkan lulusan yang berpengetahuan tetapi kosong dari beberapa segi,

4
seperti kesetiaan kepada negara, bertolak ansur, ingin membantu dan mempunyai semangat
kejiranan serta semangat ingin maju. Kita tidak mahu ada pertentangan nilai dan perbezaan
dan citarasa terus berlaku dalam masyarakat (Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman, 2008).

Justeru itu, kajian ini akan melihat sejauh manakah faktor-faktor yang mempengaruhi
penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum. Di dalam kajian ini penyelidik akan mengkaji
kegiatan kokurikulum dan faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar untuk
menyertainya. Menurut Crawford dan Godbey (1987) terdapat tiga faktor yang menghalang
penglibatan iaitu:

1) Faktor struktur ialah faktor-faktor seperti kekurangan kemudahan, peralatan, masa,


wang dan maklumat.
2) Faktor interpersonal ialah faktor-faktor yang melibatkan interaksi atau hubungan
antara individu seperti kesulitan mencari pasangan yang sesuai untuk bermain
dalam sukan badminton.
3) Faktor intrapersonal ialah faktor melibatkan keadaan psikologi individu yang
bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan. Ini termasuklah tekanan,
kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan, serta kemampuan dan kemahiran diri
yang dimiliki.

Dalam kajian ini, penyelidik akan memberi penekanan terhadap faktor-faktor yang
mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK JITRA), Kedah dan apakah langkah-langkah yang difikirkan berkesan dalam
usaha untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum. Kajian ini akan
dijalankan di SMK Jitra, Kedah iaitu kepada pelajar tingkatan empat pelbagai aliran, dan tanpa
mengira jantina mereka.

.1 LATAR BELAKANG MASALAH

Penekanan baru kepada gerak kerja kokurikulum di sekolah-sekolah adalah sesuai dengan
masa dan keperluan pendidikan di negara kita sekarang. Ini akan menjadikan pendidikan yang
menyeluruh merangkumi bidang akademik dan kokurikulum. Kedua-dua bidang ini seharusnya
digabungkan, diberi penekanan baru, dan diberi penilaian dan pengiktirafan yang sesuai supaya
keseluruhan pelajar dan guru dapat memahami konsep pendidikan yang berasaskan kepada

5
penekanan yang sama kepada bidang kokurikulum dan bidang akademik (Dato Abdul Rahman
Hj Arshad, 1985). Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar tidak memperoleh pengalaman-
pengalaman tertentu di bilik darjah, maka gerak kerja kokurikulum boleh menyediakan
pengetahuan dan pengalaman tersebut bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani,
rohani, dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

Kajian ini akan menyentuh tentang masalah yang melibatkan kurangnya penglibatan pelajar
dalam kegiatan kokurikulum. Memandangkan kepentingan kokurikulum dalam proses
pembelajaran dan menjadi alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pelajaran kebangsaan,
maka Laporan Kabinet 1979 telah mengusulkan supaya semua murid digalakkan mengambil
bahagian secara aktif dalam kegiatan kokurikulum yang berunsurkan kebudayaan kebangsaan
serta kegiatan sukan dan pasukan pakaian seragam (Perakuan 44, 50, 51 dan 53). Azizah
Nordin (1991) menyatakan kokurikulum memberi sumbangan kepada murid-murid dengan
menyediakan peluang, memperkembangkan minat dan menimbulkan minat baru. Ia
menekankan konsep kepimpinan, persahabatan, kerjasama dan berdikari, menguatkan fikiran
dan kesihatan fizikal murid-murid dan menyediakan perkembangan pelajar yang menyeluruh
dan melatih murid-murid untuk daya cipta sepenuhnya.

Kekeliruan mengenai kokurikulum sebagai sebahagian daripada proses pendidikan adalah


salah satu daripada faktor yang menyebabkan pelaksanaannya di sekolah kurang
memberangsangkan. Ini berlaku apabila konsep, dasar dan prinsip kokurikulum itu tidak
difahami dan dihayati sepenuhnya dalam konteks kependidikan dan pembangunan
kemanusiaan yang menyeluruh dan berterusan demi melahirkan murid-murid yang mewarisi
dan menghayati ciri-ciri insan seimbang dan cemerlang, serta sanggup memberi sumbangan
kepada usaha memajukan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara seperti yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, salah
satu sebab yang mempengaruhi pelajar dalam aktiviti kokurikulum ialah kekurangan kemahiran
pengurusan oleh guru penasihat (Faridah, 1988). Guru memainkan peranan yang penting
dalam kokurikulum. Setiap guru wajib menjadi guru penasihat bagi sekurang-kurangnya satu
kegiatan kokurikulum (Abd Alim, 1994). Pengurusan kokurikulum termasuk membuat
perancangan, melaksana aktiviti yang telah dirancang serta menilai kejayaan aktiviti yang telah
dilaksanakan.

6
Adnan (1990) menyatakan antara alasan guru tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah
apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah,
dan terlalu banyak tanggungjawab. Terdapat juga guru yang mengendalikan kegiatan
kokurikulum kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah. Pelaksanaan kokurikulum di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak
mendapat sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan
pelajar kurang berminat untuk mengambil bahagian.

Selama ini perancangan, pentadbiran dan pengelolaan kokurikulum dijalankan sambil lewa
kerana penumpuan utama diberi kepada mata pelajaran akedemik sahaja (Mohamed Nor,
1985). Akibatnya, kurikulum sekolah di Malaysia seperti yang banyak digambarkan oleh
pengkritik-pengkritik, terlalu berorientasikan pencapaian akademik. (Faridah Karim, 1981). Oleh
sebab itu ibu bapa selalunya menghendaki anak-anak mereka menumpukan perhatian
sepenuhnya kepada aktiviti-aktiviti akademik yang terdapat di dalam bilik darjah, manakala
aktiviti kokurikulum diabaikan, lebih-lebih lagi bagi murid-murid yang berada di kelas
peperiksaan. News Straits Time, (18 Ogos 1985).

Daripada kenyataan di atas, penyelidik sepakat untuk melakukan penyelidikan berkaitan faktor-
faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan langkah-langkah
yang berkesan dalam usaha mempertingkatkan penglibatan pelajar dalam bidang yang sama
pentingnya dengan bidang akademik ini.

.2 PERNYATAAN MASALAH

Dalam kajian ini pemasalahan yang hendak ditimbulkan ialah mengenalpasti faktor utama
sebab-sebab yang diberikan oleh pelajar untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum
di SMK Jitra, Kedah. Di samping itu, kami juga ingin mengetahui apakah langkah-langkah yang
difikirkan berkesan untuk meningkatkan penglibatan pelajar-pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
Kajian ini akan menyentuh tentang masalah yang melibatkan kurangnya penglibatan pelajar
dalam kegiatan kokurikulum. Ramai pelajar beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting
dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan
akademik. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan
pengendalian program - program yang tidak sempurna. Sebagai contoh terdapat aktiviti pada
hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh kumpulan pelajar yang sememangnya kurang

7
berpengalaman tanpa pemantauan dari guru terlibat. Kesannya pelajar sekolah tidak berminat
untuk melibatkan diri.

Kementerian Pelajaran menggalakkan pelajar-pelajar supaya melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti kokurikulum di sekolah. Kementerian Pendidikan (1989), menyatakan gerak kerja ko-
kurikulum adalah gerak kerja yang bercorak pendidikan dan menyediakan pengalaman-
pengalaman pembelajaran. Gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum
sekolah dan setiap pelajar perlu melibatkan diri. Mengikut Md. Idris Mansor (1985), kokurikulum
adalah satu bidang pelajaran yang berasaskan pelbagai gerak kerja terancang dan perlu
dilakukan dalam masa persekolahan.

Secara amnya, kokurikulum adalah aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di
luar bilik darjah. Kokurikulum lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung atau tidak
formal. Aktiviti kokurikulum lebih menekankan perkara dan aspek yang tersembunyi seperti
nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Aktiviti ini juga dikenali sebagai
kurikulum tersembunyi. Kebiasaannya aktiviti kokurikulum dilaksanakan pada waktu petang
atau hujung minggu. Sesetengah aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan di dalam bilik darjah,
mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti seperti ceramah, kuiz, syarahan dan sebagainya. Namun,
masih ada segelintir pelajar yang kurang berminat dan tidak memberikan kerjasama kepada
pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum.

Menurut Ahmad Badawi (1984), dewasa ini pelajar terlalu mementingkan peperiksaan
hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian daripada pembelajaran tidak mendapat
perhatian. Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Kajian beliau
disokong oleh Lim Yen Yen (1991) yang mendapati faktor utama kurangnya penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana mereka tidak mempunyai semangat
kesukanan. Mereka juga menganggap sukan kurang penting dan lebih menganggap pelajaran
atau hiburan adalah lebih penting untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang.
Kebanyakan pelajar tidak berminat menyertai kegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan
kerana tiada wujud kepuasan disebabkan kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan
sebagainya. Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor lain antaranya seperti yang
dinyatakan oleh Mohd Suzli (1987) dalam kajiannya di mana beliau mendapati sekolah yang
dikaji menghadapi masalah kewangan yang tidak mencukupi dan sistem penjadualan yang
tidak teratur dan sistematik.

8
Penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dimestikan kepada pelajar lelaki dan pelajar
perempuan di semua sekolah. Ini memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk melibatkan
diri dan menimba pengetahuan melalui kegiatan kokurikulum. Walau bagaimanapun pelbagai
faktor boleh menghalang penglibatan kegiatan kokurikulum pelajar lelaki dan perempuan.
Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mohd Suzli (1997) menyatakan pelajar
tidak melibatkan diri kerana mereka terpaksa menolong ibu bapa mereka di rumah. Pelajar-
pelajar di sekolah menengah terdiri daripada pelbagai bangsa. Pelajar-pelajar ini terdiri
daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pelajar-pelajar ini datang dari kawasan-
kawasan penempatan yang berlainan. Mereka ini menganut agama Islam, Buddha, Hindu dan
sebagainya. Kebanyakan mereka ini mempunyai alasan dan sebab tersendiri menghalang
mereka melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum sukan.

Pelbagai perancangan telah dilakukan samada dari pihak Kementerian Pelajaran melalui
Jabatan Pelajaran Negeri di bawah Unit Kokurikulum telah menyediakan peruntukan untuk
memastikan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah dijalankan menurut kehendak dan
Falsafah Pendidikan Negara. Tujuan peruntukan diberikan untuk menjamin peralatan dan
kemudahan disediakan untuk pelajar menjalankan kegiatan mereka. Ramai di kalangan guru
dihantar berkursus untuk mempertingkatkan ilmu dan mampu memberi tunjuk ajar kepada
pelajar di sekolah mereka. Tetapi agak malang dewasa ini ramai di kalangan pelajar yang tidak
hadir semasa kegiatan kokurikulum dijalankan. Oleh itu kajian ini perlu dilakukan untuk
mengenal pasti masalah utama pelajar tidak hadir semasa kegiatan kokurikulum.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan adalah:

1) Untuk melihat apakah faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum.
2) Untuk melihat apakah langkah-langkah yang berkesan untuk meningkatkan penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

9
1.4 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian dalam penyelidikan ini adalah untuk mengetahui:


1) Apakah faktor utama yang mempengaruhi pelajar daripada melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum?
2) Apakah langkah-langkah untuk menggalakkan minat pelajar menglibatkan diri dalam
aktiviti kokurikulum?

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan oleh penyelidik untuk membantu guru, pengetua sekolah, jawatankuasa
kerja sekolah, unit kokurikulum Jabatan Pelajaran Peringkat Daerah dan Negeri, dan agensi
yang berkaitan dalam merancang program kokurikulum di sekolah. Kajian ini juga bertujuan
untuk membantu mempertingkatkan lagi penyertaan pelajar dan kualiti program kokurikulum di
sekolah agar lebih teratur dan efisen. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu mengalakkan
penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum seterusnya masyarakat akan lebih perihatin
terhadap kepentingan kokurikulum demi masa depan pelajar.

1.6 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini memfokuskan kepada faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum dan mengkaji apakah langkah-langkah yang mampu meningkatkan
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Kajian ini membataskan kepada pelajar-pelajar di
SMK Jitra, Kedah. Responden dalam kajian ini adalah pelajar-pelajar tingkatan empat tanpa
mengira aliran sains mahupun aliran sastera. Jumlah pelajar tingkatan empat di SMK Jitra,
Kedah ialah seramai 200 orang. Oleh itu, sebanyak 200 borang soal selidik akan diedarkan
kepada semua pelajar tingkatan empat yang terdiri daripada lapan buah kelas melalui guru
tingkatan masing-masing. Hasil kajian ini hanya digunakan bagi sekolah-sekolah harian biasa.

10
1.7 DEFINISI ISTILAH

Definisi-definisi istilah yang akan diterangkan pada bahagian ini merupakan istilah-istilah yang
bersesuaian dengan konteks kajian ini sahaja.

Faktor
Menurut Kamus Dewan (1990), faktor adalah keadaan peristiwa dan lain- lain yang
mempengaruhi terjadinya sesuatu. Faktor boleh dimaksudkan sebagai faktor atau tenaga yang
mempunyai pengaruhnya atas hasil daripada sesuatu (Kamus Dewan Edisi Baru, 1994). Melalui
The Oxford English Dictionary, faktor membawa maksud sesuatu elemen yang terdapat dalam
komponen tertentu yang membuatkan hasil atau sebagai agen.

Penglibatan
Menurut E Pei Sze (2007), penglibatan bermaksud pendaftaran dan penyertaan pelajar di
dalam sesuatu aktiviti pembangunan pelajar yang dirancang dan dijalankan di sekolah.
Manakala, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penglibatan membawa maksud perihal
melibatkan diri (persatuan dan sebagainya) dalam sesuatu hal (perkara dan sebagainya).

Pelajar
Menurut Kamus Dewan (1996), mentakrifkan pelajar sebagai murid atau penuntut. Pelajar
adalah golongan orang yang belajar atau menuntut di sekolah, maktab atau universiti. Pelajar
pula membawa maksud, “sesiapa yang berada di bangku sekolah dan bertujuan untuk
mendapatkan pelajaran secara formal sama ada di sekolah menengah ataupun sekolah
rendah”. Manakala, dalam Rang Undang-undang Pendidikan 1995 pula, pelajar atau murid
bermaksud seseorang tanpa mengira umurnya, yang kepadanya pendidikan atau latihan
diberikan di suatu institusi pendidikan.

Kokurikulum
Akta Pendidikan 1996 mendefinisikan kegiatan kokurikulum sebagai kegiatan yang dirancang
lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan
murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang dipelajari di bilik darjah. Abdul Alim Abdul Rahim (1985) mendefinisikan kokurikulum
pada amnya merupakan aktiviti dan pengalaman yang dijalankan di luar bilik darjah secara
formal. Laporan Jawatan Kuasa Kabinet (1979) pula memberi pengertian bahawa kokurikulum

11
bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari dan
berkemahiran dalam sasuatu lapangan yang mereka sertai. Melalui Kamus Dewan (Edisi
Ketiga), Dewan Bahasa dan Pustaka (2002), kegiatan kokurikulum adalah kegiatan atau aktiviti
selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai kursus
pendidikan murid di sekolah (misalnya kegiatan dalam persatuan-persatuan, kegiatan sukan
dan lain-lain).

2.0 KAJIAN LITERATUR

Pengenalan

Kajian literatur ini berkaitan dengan kajian-kajian yang terdahulu yang berkaitan dengan tajuk
yang dibincangkan iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah. Ianya dikaji bertujuan untuk menerangkan, menilai dan membuat
andaian ke atas pembolehubah bebas (iaitu faktor diri sendiri, faktor guru, faktor keluarga dan
faktor rakan sebaya) serta membuktikan ianya relevan dengan tajuk kajian ini.

Faktor Diri Sendiri

Mohd Sufi (1999) telah melakukan kajian untuk mengenal pasti sikap pelajar tentang aktiviti
kokurikulum sukan di tiga buah sekolah di Kelantan. Sejumlah 83 sampel dipilih secara rawak
untuk mengetahui faktor-faktor utama mendorong pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan
dan faktor yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap sukan. Keputusan kajian mendapati
sikap pelajar adalah positif terhadap sukan berdasarkan beberapa faktor yang mendorong
penglibatan pelajar terhadap sukan.

Kajian yang dilakukan oleh Matros Ishak (1998) mengenai sikap pelajar terhadap kegiatan
kokurikulum mendapati faktor yang menyebabkan pelajar tidak menyertai kegiatan kokurikulum
kerana pembiayaan atau kos dalam menyertai kegiatan tersebut. Selain itu, dapatan kajian juga
menunjukkan beberapa pembolehubah penyebab seperti kurang berminat, aktiviti tidak dapat
memberikan keseronokan dan faktor kewangan telah menyebabkan pelajar tidak menyertai
aktiviti kokurikulum.

12
Menurut kajian oleh Mohd Lotpi (1997) mendapati ramai yang beranggapan aktiviti kokurikulum
mampu membentuk peribadi positif pelajar. Kajian dibuat ke atas 200 orang pelajar tingkatan
empat di empat buah sekolah menengah di daerah Larut, Matang dan Selama, Perak yang
terlibat dalam aktiviti kokurikulum, bertujuan untuk memperlihatkan kesan aktiviti kokurikulum ke
atas peribadi pelajar. Hasil kajian membuktikan bahawa wujud perhubungan di antara tahap
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dengan peribadi pelajar di mana dapat memberi kesan
yang positif ke atas peribadi pelajar.

Faktor Guru

Faktor-faktor mendorong kurangnya penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ialah


penyertaan guru-guru semasa mengendalikan kegiatan tersebut. Melalui kajian Abu Bakar
(1991), beliau menyatakan bahawa penyertaan guru adalah sangat penting. Peranan serta
penyertaan guru diperlukan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja
kokurikulum sekolah-sekolah. Hal ini akan mengalakkan pelajarnya hadir dan melibatkan diri
dalam kegiatan kokurikulum.

Kajian juga telah dilakukan oleh Mohd. Suzli (1997) yang bertujuan mengenal pasti masalah-
masalah yang terdapat dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah agama
Yayasan Islam Kelantan di daerah Pasir Mas. Hasil kajian mendapati sekolah-sekolah yang
dikaji menghadapi masalah kewangan, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi di
samping penjadualan yang tidak bersistem yang menghalang kegiatan ini dijalankan dengan
baik. Kajian ini juga menunjukkan kebanyakan guru kokurikulum tidak mempunyai kemahiran
yang diperlukan. Seterusnya kajian menunjukkan kebanyakan pelajar yang melibatkan diri
secara aktif didorong oleh diri sendiri, guru, kawan dan ibu bapa. Pelajar yang tidak terlibat pula
memberi alasan bahawa mereka terpaksa membantu ibu bapa di rumah dan juga disebabkan
oleh kekurangan peralatan dan kemudahan kokurikulum di sekolah.

Fretwell (1931) menyarankan guru menerima tugas dan mengendalikan aktiviti kokurikulum
dengan sepenuh hati. Long (1977) menyatakan terdapat masalah kekurangan masa selain
daripada tenaga terlatih yang terhad di bidang kokurikulum. Masalah guru kurang terlatih juga
disebut oleh Jonson dan Ronald (1952). Mereka menyatakan tidak semua program kokurikulum
dijalankan dengan baik kerana setengah guru yang menyelia adalah kurang terlatih.

13
Faktor Keluarga

Mustafa Kamal (2000) mendapati kebanyakan ibu bapa kurang mendorong penglibatan anak-
anak dalam kegiatan kokurikulum. Sebaliknya, kajian dari Zulkefli Manaf (2000) membuktikan
pelajar-pelajar mendapat sokongan kewangan dan moral dari keluarga mereka untuk menyertai
aktiviti kokurikulum ini. Kajiannya meliputi pelajar bandaraya, bandar, luar bandar dan pinggir
bandar di 12 negeri di Malaysia iaitu melibatkan pelajat tingkatan satu peralihan hingga ke
tingkatan enam seramai 2731 orang. Hasil kajian juga menunjukkan pelajar berasa seronok
dalam menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah mereka.

Dalam kajian Spritzer dan Synder (1976), beliau mendapati bahawa seseorang individu akan
terus menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan kepada pengalaman,
penglibatan semasa kecil dan dorongan daripada keluarga mereka. Mereka mendapati bahawa
keluarga yang menggalakkan anak mereka melibatkan diri dalam sukan mengalami perubahan
gaya hidup bersesuaian dengan bidang sukan yang diceburi. Selain daripada ibu bapa yang
mempunyai kemahiran dalam bidang sukan yang diceburi oleh anak mereka, sikap dan
dorongan yang diberikan akan mempengaruhi penglibatan anak mereka.

Faktor Rakan Sebaya

Ariffin (1984) menyatakan individu memerlukan kawan. Dalam konteks ini penglibatan pelajar
dalam aktiviti sukan memenuhi keperluan ini. Penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan banyak
dipengaruhi rakan.

Kesimpulan

Setelah melihat beberapa hasil kajian yang terdahulu, dapatlah dirumuskan bahawa keempat-
empat faktor yang dinyatakan menjadi penyumbang terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah. Untuk itu, kami telah merancang beberapa pelan tindakan bagi
membantu menangani masalah ini.

14
3.0 METODOLOGI KAJIAN

Mengikut Mouly (1970) dipetik dari Fullan (1991) dalam Atan Husain (1996), penyelidikan boleh
dianggap sebagai satu proses untuk menyelesaikan sesuatu masalah melalui perancangan,
pengumpulan, penganalisaan dan pentafsiran data yang sistematik.

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik yang digunakan dengan
mengedarkannya melalui guru tingkatan setiap kelas tingkatan empat kepada responden di
SMK Jitra, Kedah. Matlamat utama kajian ini adalah untuk melihat apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di SMK Jitra, Kedah dan mengkaji
apakah langkah-langkah yang berkesan dalam usaha untuk mempertingkatkan penglibatan
mereka dalam aktiviti kokurikulum.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk dalam kajian ini adalah secara deskriptif iaitu kajian yang bertujuan untuk
memberikan penerangan secara sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri bidang yang dikaji
secara fakta dan tepat. Kajian ini hanya untuk kumpulan yang dikaji sahaja. Dapatan kajian ini
hanya untuk kumpulan yang dikaji saja dan tidak boleh digeneralisasikan ke dalam populasi.
Kajian secara deskriptif di mana statistik deskriptif menggunakan peratus dan min untuk
menganalisis kajian. Maklumat-maklumat yang diperolehi dalam kajian ini adalah berdasarkan
jawapan soal selidik, buku-buku, jurnal dan kajian terdahulu yang berkaitan dengan kajian yang
dijalankan.

3.2 PARTISIPAN

Kajian ini akan dijalankan di SMK Jitra, Kedah. Partisipan untuk kajian ini adalah terdiri daripada
pelajar-pelajar yang belajar di SMK Jitra, Kedah yang berlainan latar belakang. Pelajar yang
dipilih adalah melibatkan semua pelajar-pelajar tingkatan empat. Sekolah ini merupakan
sekolah harian biasa dan terdapat dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang.
Borang soal selidik akan diberikan melalui guru tingkatan setiap kelas untuk diagihkan kepada
responden. Subjek kajian adalah terdiri daripada 200 orang pelajar tingkatan empat di SMK
Jitra, Kedah.

15
3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian untuk mengumpul
maklumat mengenai latar belakang sampel kajian serta menjawab item-item soalan yang
berkaitan dengan kajian ini. Rasionalnya kami menggunakan set soal selidik ini adalah
berasaskan kepada pendapat Majid Konting (1993) yang berpendapat bahawa soal selidik
digunapakai untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan,
kehendak dan sebagainya. Tuckman (1985), berpendapat bahawa soal selidik merupakan satu
cara berkesan untuk mendapatkan maklumat daripada responden selain daripada pemerhatian
terhadap tingkahlaku. Isaac dan Michael dalam Ghazali (2002) juga mengutarakan idea yang
hampir sama iaitu soal selidik digunakan untuk memperolehi maklumat mengenai fakta,
kepercayaan, perasaan dan sebagainya.

Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Set soal selidik
ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A terdiri daripada
maklumat tentang diri responden iaitu jantina, umur, bangsa, aliran dan aktiviti kokurikulum
yang disertai manakala bahagian B pula terdiri daripada faktor-faktor yang mempengaruhi
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum seperti diri sendiri, keluarga, guru dan rakan
sebaya. Bahagian C pula terdiri daripada langkah-langkah yang dicadangkan oleh penyelidik
dalam usaha untuk mempertingkatkan aktiviti kokurikulum di sekolah berkenaan seperti
mempertingkatkan prasarana dan kemudahan di sekolah, memberikan penghargaan kepada
pelajar yang mengharumkan nama sekolah dan pengurusan kokurikulum yang sistematik.

3.4 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Data-data yang ingin dikumpulkan akan diperolehi daripada borang soal selidik yang telah akan
kami agihkan kepada responden melalui guru kelas tingkatan empat SMK Jitra, Kedah. Selepas
menyerahkan borang soal selidik kepada guru tingkatan, penyelidik akan memberikan sedikit
penerangan kepada guru tingkatan tentang bagaimana prosedur untuk melaksanakan sesi
menjawab soal selidik, di mana setiap guru tingkatan dari lapan kelas tingakatan empat perlu
menerangkan dengan jelas kepada pelajar bahawa mereka harus menjawab kesemua
bahagian dalam soal selidik iaitu bahagian A, B dan C.

16
Guru tingkatan haruslah menyerahkan borang soal selidik kepada pelajar (responden), memberi
taklimat secara terperinci tentang prosedur menjawab soal selidik, dan mengumpulkan kembali
borang soal selidik yang telah dijawab pada hari yang sama. Jika ada di kalangan pelajar yang
tidak hadir pada masa borang soal selidik diagihkan, guru tingkatan perlu memberikan borang
tersebut untuk dijawab pada hari yang berikutnya. Ianya rasional dengan masa yang telah
ditetapkan oleh penyelidik dengan membataskan masa selama lima hari kepada guru tingkatan
untuk mengagihkan borang soal selidik kepada responden.

Selain itu, data sekunder juga digunakan dalam kajian ini. Data sekunder ini merujuk kepada
sumber maklumat dan informasi tentang kajian lepas yang sama atau hampir sama dengan
permasalahan kajian yang dijalankan oleh penyelidik. Data ini diperolehi dari buku, jurnal-jurnal,
kajian-kajian lepas dan laporan akhbar yang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan.

3.5 PROSEDUR ANALISIS DATA

Data-data yang diperolehi akan dianalisis berdasarkan tujuan dan objektif kajian. Data-data
yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer dengan program yang digunakan ialah
Stastistical Package of Social Science (SPSS/PC) (Norusis & SPSS Ins. 1993). Penganalisisan
data berstatistik menggunakan perisisan pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan
yang tepat dan kerana itu bebas daripada ralat (Majid Konting, 1990). Sub-program yang
digunakan ialah Ujian t, Anova sehala dan Post Hoc Test Scheffe. Selain daripada itu statistik
deskriptif juga digunakan seperti min, kekerapan dan peratusan. Aras signifikan ialah p < 0.05.

Namun yang demikian, jika terdapat ralat dari responden, di mana pelajar enggan memberikan
kerjasama dalam menjawab borang soal selidik tersebut, ia akan menyebabkan soal selidik
tidak dijawab sepenuhnya oleh 236 pelajar dan ini akan memberi kesan kepada keputusan
analisa. Oleh itu, penyelidik telah mengambil inisiatif dengan mengambil kira 80 peratus dari
respon soal selidik pelajar (responden) akan digunakan untuk proses analisis data.

17
4.0 PELAN TINDAKAN

Pengenalan

Pelan tindakan adalah teknik rawatan, idea atau cadangan kami untuk mengatasi
permasalahan kajian. Berdasarkan faktor-faktor di atas, kami telah mencadangkan beberapa
langkah-langkah yang kami fikirkan berkesan dalam usaha meningkatkan penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum. Kami mencadangkan agar pihak sekolah mempertingkatkan
kemudahan dan prasarana, memberi penghargaan kepada pelajar yang mengharumkan nama
sekolah dan pengurusan kokurikulum yang bersistematik di sekolah.

Mempertingkatkan Kemudahan Dan Prasarana Di Sekolah

Faktor yang mempengaruhi penglibatan pasif pelajar dalam aktiviti kokurikulum ialah
kekurangan kemudahan dan peralatan kokurikulum di sekolah. Pihak pengurusan sekolah perlu
menyediakan kemudahan peralatan yang mencukupi serta menambahbaikkan dan menaik taraf
tempat perjumpaan pelajar bagi menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam kegiatan
kokurikulum sekolah. Kemudahan peralatan sukan merangkumi pelbagai jenis bola mengikut
jenis sukan, raket dan badminton, kayu hoki, dan sebagainya. Pengunaan alatan pada waktu
yang telah ditetapkan oleh guru sukan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang
kepada kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Bagi mengatasi masalah ini,
dicadangkan pihak sekolah menyediakan satu jadual yang lebih sistematik di mana pelajar
boleh menggunakan peralatan sukan pada masa lapang. Pihak sekolah hendaklah menyusun
penggunaan alatan mengikut waktu kesenggangan pelajar pada waktu agar mereka dapat
menggunakan kemudahan alatan bagi mereka bersukan. Kebiasaannya pihak sekolah hanya
menyediakan alatan pada waktu kokurikulum sukan sahaja dan pada hari-hari lain kemudahan
alatan tidak disediakan.

Kebanyakan sekolah mempunyai peralatan yang tidak mencukupi berbanding jumlah pelajar
yang ramai. Hal ini menyebabkan pelajar-pelajar terpaksa berkongsi alatan dengan rakan
mereka semasa menjalankan aktiviti sukan. Bagi mengatasi masalah ini pihak Kementerian
Pelajaran hendaklah menambah peruntukan pembelian alatan sukan mengikut jumlah pelajar
dalam sesebuah sekolah. Selain itu pihak sekolah juga hendaklah berusaha mencari sumber
lain dalam membeli peralatan sukan seperti memohon bantuan daripada Persatuan Ibu Bapa

18
dan Guru sekolah. Selain itu pihak sekolah juga boleh memohon bantuan daripada Ahli Dewan
Undangan Negeri, orang perseorangan dan lain badan dalam membantu menambah peralatan
sekolah. Dengan adanya usaha-usaha ini pihak sekolah akan dapat menambah peralatan
sukan dan seterusnya menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti sukan di sekolah.

Memberikan Penghargaan Kepada Pelajar

Dalam usaha untuk membentuk masyarakat pelajar yang mempunyai perwatakan peribadi yang
tinggi, kokurikulum memainkan peranan yang amat penting. Semua gerak kerja kokurikulum
adalah bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri manusia yang berakhlak
tinggi. Oleh yang demikian, untuk menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum, pihak sekolah dengan bangganya mengambil pendekatan dengan memberikan
penghargaan kepada pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah. Sehubungan dengan
itu, bersempena hari sukan peringkat daerah yang akan diadakan hujung tahun ini, pihak
sekolah menghantar wakil pelajar yang berjaya memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga
dalam sukan olahraga peringkat rumah sukan sekolah untuk bertanding ke peringkat daerah.
Atlet sukan ini akan bertanding dalam kategori olahraga dan bersaing dengan atlet-atlet dari
sepuluh buah sekolah di daerah tersebut.

Seramai enam belas pelajar akan dipilih untuk menyertai pertandingan tersebut di mana
mereka akan bertanding dalam pelbagai kategori olahraga seperti larian 100 meter, 200 meter,
200 meter berpagar, 800 meter, lontar lembing, lontar cakera dan lompat tinggi. Pertandingan
ini akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar dan seramai empat orang guru akan
mengiringi mereka. Di samping itu juga, guru pasukan akan mengadakan latihan sukan bagi
memantapkan persediaan mereka untuk ke pertandingan tersebut. Latihan ini akan diadakan
pada setiap hari isnin, khamis dan sabtu serta mengambil masa selama dua jam bagi setiap
sesi latihan. Guru yang berpengalaman dalam aktiviti kokurikulum akan memantau tahap
prestasi mereka dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

Sebagai penghargaan kepada mereka yang berjaya kelak, pihak sekolah akan
menganugerahkan sijil penghargaan beserta insentif yang berbentuk wang tunai sebanyak RM
100.00 seorang di mana ianya adalah sumbangan dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
serta sumbangan dari sekolah. Pencapaian cemerlang pelajar-pelajar ini akan diumumkan

19
dalam perhimpunan mingguan sekolah. Pelajar-pelajar ini berhak mendapat penghargaan atas
usaha mereka.

Pengurusan Kokurikulum Yang Sistematik

Dalam pelaksanaan pengurusan kokurikulum yang sistematik sebagai langkah untuk


meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, peranan guru penasihat sama ada
dalam Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan mahupun Badan Beruniform adalah amat
penting. Guru sebagai individu yang berperanan sebagai pemimpin kepada pelajar seharusnya
dapat membimbing pelajar memahami betapa pentingnya aktiviti kokurikulum terhadap diri
mereka. Guru berperanan memimpin dan membimbing pelajar menjadi insan yang seimbang
selaras dengan matlamat pendidikan kebangsaan. Oleh itu, guru haruslah mempertingkatkan
usaha mereka bagi menarik minat dan seterusnya mencungkil bakat yang terpendam dalam diri
pelajar.

Selain itu, guru juga harus sentiasa berusaha meraih pengetahuan dan kemahiran mereka
dalam bidang yang berkaitan. Sebagai langkah untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran guru dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum dalam
kalangan pelajar, pihak sekolah dicadangkan supaya menganjurkan kursus dan latihan.
Contohnya, satu Bengkel Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) perlu dianjurkan oleh pihak
sekolah dalam tempoh 2 bulan semasa pelaksanaan teknik rawatan kajian ini. Bengkel tersebut
bakal dikelolakan olah penceramah jemputan iaitu guru penasihat kokurikulum di salah sebuah
sekolah yang telah mencapai kecemerlangan yang menonjol dalam bidang kokurikulum
berbanding sekolah lain yang terdapat di sekitar Kedah. Hal ini bertujuan untuk memotivasikan
semua guru penasihat kokurikulum di SMK Jitra, Kedah tentang pengalaman yang pernah
dilalui oleh para guru di sekolah tersebut sebelum mencapai kejayaan cemerlang para
pelajarnya dalam bidang kokurikulum. Di samping itu, bengkel ini juga bertujuan untuk memberi
pendedahan tentang kemahiran dan pengetahuan dalam mengurus dan mengendalikan
organisasi kokurikulum dengan berkesan. Justeru itu, kemahiran yang dimiliki oleh para guru
tersebut akan menambah keberkesanan pelaksanaan dalam kegiatan kokurikulum di sekolah.

Untuk meningkatkan tahap pengurusan kokurikulum, pihak sekolah juga perlu menyediakan
jadual yang lebih sistematik di mana pelajar boleh menggunakan kemudahan dan peralatan
sukan pada masa lapang yang biasanya akan berlaku selepas tamat sesi pengajaran dan

20
pembelajaran dalam kelas. Memandangkan SMK Jitra, Kedah adalah sebuah sekolah yang
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dua sesi iaitu sesi pagi dan petang, maka
pihak sekolah hendaklah menyusun penggunaan alatan mengikut kesesuaian waktu lapang
pelajar tanpa mengira pelajar sesi pagi mahupun pelajar sesi petang agar mereka dapat
menggunakan kemudahan dan alatan tersebut untuk aktiviti sukan. Hal ini bukan sahaja
menggalakkan pelajar bersukan, malahan dapat menghindar pelajar daripada aktiviti tidak
berfaedah seperti melepak, berbual kosong, menganggu pelajar lain dan sebagainya.

5.0 KESIMPULAN

Penilaian aktiviti 10 peratus kokurikulum sekolah menengah boleh merangsang pelajar untuk
bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Oleh itu, pihak pengurusan sekolah perlu
mempertingkatkan kemudahan dan prasarana, memberi penghargaan kepada pelajar yang
mengharumkan nama sekolah dan mengamalkan pengurusan kokurikulum yang bersistematik
supaya dapat mempengaruhi penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan kokurikulum di
sekolah. Bagi pelajar yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi
penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk
mencapai cita-cita mereka.

Aktiviti kokurikulum lebih menekankan perkara dan aspek yang tersembunyi seperti nilai, bakat,
peranan, kepimpinan dan sosial. Bidang kokurikulum juga dapat membantu pelajar untuk maju
dalam pelajarannya , kerana melalui kegiatan yang dijalankan oleh para pelajar secara tidak
langsung akan memperolehi ilmu pengetahuan tanpa disedari atau secara tidak formal. Dengan
mengikuti aktiviti kokurikulum yang diadakan dapat membantu pelajar dalam perkembangan
dari aspek sahsiah, rohani, mental dan disiplin diri di mana potensi mereka dapat
dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu.

21
BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin, Ikhsas Othman (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. (Edisi Kedua).
Tanjong Malim, Perak: Quantum Books.

Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof, Borhan Yusof (2002). Kokurikulum: Peranan
dan Implikasi. (Edisi Pertama). Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn.
Bhd.

Mok Soon Sang. (2009). Literatur dan Kaedah Penyelidikan. (Edisi Pertama). Puchong,
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Omardin Ashaari (1996). Pengurusan Sekolah: Suatu Panduan Lengkap. (Edisi Pertama).
Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Ramlan Abd Wahab (2004). Panduan Pengurusan Kokurikulum di Sekolah. (Edisi Pertama).
Kuala Lumpur: Banter Sdn. Bhd.

Aminuddin Bin Abdul Rahman (2004). Penglibatan Pelajar Secara Aktif Dalam Kegiatan
Kokurikulum Dan Kesan Ke Atas Pencapaian Akademik Satu Tinjauan Di Sekolah
Menengah Kebangsaan Pekan Nanas, Pontian, Johor. Diakses Ogos 24, 2009 dari
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/AMINUDINBP010123D2004TTP.p
df

Mohd Jaflus Bahari (2008). Faktor-faktor yang Menghalang Penglibatan Pelajar dalam Kegiatan
Kokurikulum Sukan di kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah
Seremban. Diakses Ogos 26, 2009 dari http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/jaflus.pdf

Ooi Hon Bu (1998). Prestasi Kegiatan Kokurikulum dengan Pencapain Akademik. Diakses
Ogos 11, 2009 dari http://eprints.uum.edu.my/1751/1/OOI_HON_BU_-
_Prestasi_kegiatan_kokurikulum_dengan_pencapaian_akademik.pdf

22
Siti Hajar binti Ismail (2001). Satu Kajian Mengenai Hubungan Pengurusan dengan Pencapaian
dalam Bidang Kokurikulum. Diakses Ogos 24, 2009 dari
http://eprints.uum.edu.my/1429/1/Siti_Hajar_binti_Ismail,_2001.pdf

Abu Bakar bin Mohd Husain (2006). Kedudukan Kokurikulum di Sekolah; Persepsi Guru dan
Persepi Pelajar. Diakses Ogos 14, 2009 dari
http://www.scribd.com/doc/14532615/Kedudukan-Kokurikulum-Di-Sekolah-Persepsi-Guru-
Pelajar.pdf

23
ANGGARAN PERUNTUKAN KEWANGAN

KOD PERKARA RM RM

2100 Perbelanjaan perjalanan 600.00

[5 kali x (100km sehala x 2) x RM 0.60 sen]

27000 Perbelanjaan percetakan 280.00

I. Soal selidik (200 set) 50.00

II. Kertas cadangan kajian (5 set) 20.00

III. Pembentangan kertas cadangan (50 set) 60.00

IV. Laporan kajian (5 set) 150.00

29000 Perbelanjaan mesyuarat 100.00

21000 Sara diri (Perjalanan) 1000.00

23000 Perbelanjaan Komunikasi 300.00

JUMLAH 2280.00

JADUAL PELAKSANAAN

24
BIL PERKARA TARIKH

1 Mesyuarat Jawatankuasa 20 Julai 2010

2 Penulisan Kertas Cadangan 21-27 Julai 2010

3 Mesyuarat Perancangan 28 Julai 2010

4 Mesyuarat Pembentukan Ujian Soal Selidik 30 Julai-2 Ogos 2010

5 Menghantar Ujian Soal Selidik kepada guru tingkatan 3 Ogos 2010

6 Mengutip Ujian Soal Selidik daripada guru tingkatan 7 Ogos 2010

7 Analisis Data Ujian Soal Selidik 9-13 Ogos 2010

8 Mesyuarat Perancangan Untuk Teknik Rawatan 14 Ogos 2010

9 Melaksanakan Teknik Rawatan 16 Ogos -16 Oktober 2010

10 Renungan / Penilaian Kendiri 20-25 Oktober 2010

11 Penulisan Laporan Kajian 26 Oktober -1 November 2010

12 Pemurnian Laporan 5 November 2010

BORANG SOAL SELIDIK

Bahagian A: Demografi

Tandakan ( √ ) pada kotak yang berkenaan.

25
1. Jantina : Lelaki Perempuan

2. Umur : tahun

3. Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain

4. Aliran : Sains Sastera

5. Nyatakan penglibatan anda dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

Jawatan

a. Sukan / Permainan

b. Persatuan / Kelab :

c. Unit beruniform :

Bahagian B: Kedudukan Kokurikulum di Sekolah


Dengan mengikut skala 1 - 5 seperti dinyatakan di bawah, nyatakan pendapat anda terhadap
pernyataan-pernyataan di bawah dengan membulatkan nilai skor yang diberi.

1 – Sangat tidak setuju, 2 – Tidak setuju, 3 – Tidak pasti, 4 – Setuju, 5 – Sangat setuju

1. Faktor Diri Sendiri


No Tahap
Pernyataan
. Persetujuan
1 Saya sangat komited semasa manjalani aktiviti kokurikulum. 1 2 3 4 5
2 Saya sangat berdisiplin semasa mengikuti aktiviti kokurikulum. 1 2 3 4 5

26
Saya sentiasa mematuhi arahan guru/ jurulatih semasa
3 1 2 3 4 5
mengikuti aktivit kokurikulum.
4 Saya menyertai aktiviti kokurikulum kerana saya memang minat 1 2 3 4 5
Saya menyertai pertandingan kokurikulum kerana semangat
5 1 2 3 4 5
perjuangan yang tinggi.

2. Faktor Keluarga
No Tahap
Pernyataan
. Persetujuan
Keluarga lebih suka saya mencapai kejayaan dalam bidang
1 1 2 3 4 5
akademik daripada bidang kokurikulum.
Keluarga saya lebih suka saya belajar di rumah atau pusat
2 1 2 3 4 5
tuisyen daripada melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
Keluarga saya memaksa saya membantu mereka di rumah
3 1 2 3 4 5
pada waktu petang.
Keluarga saya sentiasa memberi sokongan moral / kewangan
4 1 2 3 4 5
kepada saya untuk menyertai aktiviti kokurikulum.
Keluarga saya turut membantu mengajar / membimbing saya
5 1 2 3 4 5
dalam aktiviti kokurikulum.

3. Faktor Rakan Sebaya


No Tahap
Pernyataan
. Persetujuan
Saya tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
1 kerana lebih sukakan hiburan di luar sekolah yang lebih 1 2 3 4 5
menarik.
Saya dan rakan-rakan lebih suka mengadakan pembelajaran
2 1 2 3 4 5
secara berkumpulan daripada terlibat dalam aktiviti kokurikulum.
Rakan membantu saya dalam membuat pilihan aktiviti
3 1 2 3 4 5
kokurikulum yang ingin disertai.
Saya menyertai aktiviti kokurikulum kerana ingin bersaing
4 1 2 3 4 5
dengan rakan-rakan saya.
Rakan sering memberi dorongan supaya saya aktif dalam
5 1 2 3 4 5
aktiviti kokurikulum.

4. Faktor Guru
No Tahap
Pernyataan
. Persetujuan
Saya menyertai aktiviti kokurikulum kerana diwajibkan oleh
1 1 2 3 4 5
pihak sekolah.
Kemesraan guru penasihat menarik minat saya untuk mengikuti
2 1 2 3 4 5
aktiviti kokurikulum.
Saya suka menyertai aktiviti kokurikulum kerana guru-guru
3 1 2 3 4 5
penasihat mahir dalam bidang kokurikulum.
Pelbagai aktiviti kokurikulum menarik yang dijalankan oleh guru
4 1 2 3 4 5
telah mendorong saya menyertainya.
5 Saya tidak suka menyertai aktiviti kokurikulum kerana pihak 1 2 3 4 5

27
sekolah lebih mementingkan pencapaian akademik.

Bahagian C: Langkah meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

Dengan mengikut skala 1 - 5 seperti dinyatakan di bawah, nyatakan pendapat anda terhadap
pernyataan-pernyataan di bawah dengan membulatkan nilai skor yang diberi.

1 – Sangat tidak setuju, 2 – Tidak setuju, 3 – Tidak pasti, 4 – Setuju, 5 – Sangat setuju

1. Meningkatkan Kemudahan dan prasarana di Sekolah


No Tahap
Pernyataan
. Persetujuan
1 Kemudahan kokurikulum di sekolah saya tidak mencukupi. 1 2 3 4 5
Pihak sekolah perlu memperbanyakkan peralatan supaya
2 1 2 3 4 5
pelajar dapat menjalankan aktiviti kokurikulum.
Kemudahan yang disediakan di sekolah tidak dapat
3 1 2 3 4 5
menampung keperluan pelajar.
Tempat perjumpaan ahli persatuan/kelab adalah selesa untuk
4 1 2 3 4 5
ahli menjalankan aktiviti kokurikulum.
Stor sukan tidak dibuka setiap hari dan menyukarkan
5 1 2 3 4 5
mendapatkan alatan.

2. Penghargaan kepada Pelajar


No Tahap
Pernyataan
. Persetujuan
Saya mendapat manfaat dan faedah dari penglibatan dan
1 1 2 3 4 5
penyertaan saya dalam aktiviti kokurikulum.
Pihak sekolah saya memberi anugerah yang setimpal dengan
2 1 2 3 4 5
pencapaian kokurikulum pelajarnya.
Sijil kokurikulum diberi kepada semua pelajar yang aktif dalam
3 1 2 3 4 5
menyertai aktiviti kokurikulum.
Pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam aktiviti
4 kokurikulum diberikan insentif dalam Majlis Anugerah 1 2 3 4 5
Cemerlang Sekolah.
Majlis Pengiktirafan Pemimpin diadakan sebagai penghargaan
5 1 2 3 4 5
kepada pelajar yang memegang jawatan dalam kokurikulum.
3. Pengurusan Kokurikulum yang Sistematik
No Tahap
Pernyataan
. Persetujuan
Guru penasihat sering menghadirkan diri untuk memantau
1 1 2 3 4 5
perjalanan aktiviti kokurikulum.
Guru penasihat kokurikulum saya tidak pilih kasih dalam
2 1 2 3 4 5
pemilihan pelajar.
Aktiviti kokurikulum sentiasa dijalankan mengikut masa yang
3 1 2 3 4 5
telah ditetapkan.
Guru penasihat mempunyai kemahiran untuk mengendalikan
4 1 2 3 4 5
sesuatu aktiviti kokurikulum.
5 Kesediaan guru penasihat membimbing pelajar ketika dalam 1 2 3 4 5

28
menjalankan aktiviti kokurikulum telah menarik minat saya untuk
menyertainya.

29

You might also like