You are on page 1of 24

OLEH:

SOLAHUDDIN TAHIR
NOR AZLAN ARIFFIN
AHMAD ISMAIL
SOALAN 8:
KEBERKESANAN PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DALAM BILIK DARJAH BERGANTUNG
KEPADA KUALITI PENGURUSAN
BILIK DARJAH. BINCANGKAN
PERNYATAAN INI BERASASKAN
PENGALAMAN MENGAJAR ANDA,
DENGAN MEMBERI CONTOH-
CONTOH YANG SESUAI.
Pengurusan bilik darjah ialah satu
usaha mentadbir murid dan
mengurus bilik darjah supaya
suasana persekitarannya tersusun
dan ceria serta menggalakkan
aktiviti pembelajaran
Ia melibatkan aktiviti pengajaran,
pembelajaran dan pengendalian
murid-murid serta peralatan
Konsep Bilik Darjah
 Konsep bilik darjah berubah mengikut perkembangan pendidikan.
 Sebelum kedatangan British, sistem pendidikan adalah terhad
kepada sekolah pondok.
 Pendidikannya terhad kepada aspek agama sahaja.
 Oleh itu, bilik darjah pada masa itu adalah surau, masjid dan
pondok
 Apabila negara dijajah oleh british, sisitem pendidikan mengalami
perubahan. Mata pelajaran selain agama ditambah. Bertujuan
untuk membolehkan rakyat pada masa itu mempunyai
pengetahuan yang membolehkan mereka terlibat dalam
perkembangan ekonomi, sosial dan ekonomi.
 Konsep bilik darjah menjadi luas.
Sambungan…..

 Bilik darjah adalah tempat sekumpulan murid sedang mendengar


penerangan guru atau berbincang dengan guru atau sedang
membuat aktiviti.
 Susunan fizikal bilik darjah juga berbagai-bagai mengikut
keperluan pengajaran dan pembelajaran.
 Sebuah bilik dilengkapi dengan kerusi, meja murid, meja guru dan
papan tulis
 Bilangan murid adalah antara 30 hingga 45 orang dan mereka
selalunya mempunyai umur yang hampir sama dan di bawah
kawalan seorang guru.
JENIS-JENIS
JENIS-JENISBILIK
BILIK
DARJAH
DARJAH

Bilikdarjah
darjah Bilikdarjah
darjah Bilikdarjah
darjah Bilikdarjah
Bilik darjahKBSR
KBSR
Bilik Bilik Bilik danKBSM
KBSM
tradisi
tradisi terbuka
terbuka Prasekolah
Prasekolah dan
-Pengajaran dan
-Pengajaran dan
pembelajaran
-Meja dan kerusi -Diperkenalkan oleh -Menarik dan pembelajaran
-Meja dan kerusi -Diperkenalkan oleh -Menarik dan berpusatkan pelajar
disusun mengikut baris Nyquist (1974) menggambarkan minat berpusatkan pelajar
disusun mengikut baris Nyquist (1974) menggambarkan minat -Interaksi guru dengan
-Guru berada di -Diubahsuai daripada kanak-kanak -Interaksi guru dengan
-Guru berada di -Diubahsuai daripada kanak-kanak pelajar dan pelajar
hadapan dan berjalan susunan tradisi - Kerja kanakkanak pelajar dan pelajar
hadapan dan berjalan susunan tradisi - Kerja kanakkanak dengan pelajar
- Guru menggunakan -Ruang pembelajaran ditampal di dalam dengan pelajar
- Guru menggunakan -Ruang pembelajaran ditampal di dalam ditekankan
teknik mengajar yang ditempatkan di beberapa kelasuntuk menjadikan ditekankan
teknik mengajar yang ditempatkan di beberapa kelasuntuk menjadikan - Susunan fizikal kelas
berpusatkan guru lokasi bilik tersebut menarik - Susunan fizikal kelas
berpusatkan guru lokasi bilik tersebut menarik adalah berbentuk
- Murid mendengar dan -Guru berperanan dan ceria adalah berbentuk
- Murid mendengar dan -Guru berperanan dan ceria kumpulan
mencatat nota sahaja sebagai fasilitator kumpulan
mencatat nota sahaja sebagai fasilitator - susunan bilik darjah
- Murid bebas bergerak - susunan bilik darjah
- Murid bebas bergerak disesuaikan mengikut
untuk mmenjalankan disesuaikan mengikut
untuk mmenjalankan aktiviti pembelajaran
aktiviti aktiviti pembelajaran
aktiviti
1. FAKTOR FIZIKAL
a. Penyusunan peralatan

b. Suasana Am bilik darjah

c. Saiz dan iklim

d. Kawalan kelas
A. Penyusunan Bilik Darjah
Bilik darjah yang menarik adalah kondusif untuk
pembelajaran
Guru bertangungjawab sepenuhnya terhadap penampilan
dan keselesaan bilik darjah
Guru perlu memastikan susun atur meja dan kerusi pelajar,
meja guru, almari, rak buku, papan kenyataan dan lain-lain
Susunan bilik darjah adalah perlu untuk membantu
pengajaran dan pembelajaran serta menolong
mengekalkan disiplin murid
Susunan tempat duduk hendaklah menghala ke arah papan
tulis kerana tumpuan bilik darjah berlaku di situ
B. Suasana Am Bilik Darjah
Guru boleh menghiasi dinding bilik darjah dengan berbagai
gambar dan lukisan yang berwarna- warni berkaitan
dengan pelajaran murid.
Gambar dan lukisan ini boleh ditukar dari semasa ke
semasa.
Dinding bilik darjah juga boleh dihiasi dengan hasil kerja
murid termasuk pertukangan tangan murid.
Langsir bagi tingkap dan bunga bagi meja guru juga akan
menambahkan keindahan sesebuah bilik darjah.
Sebuah almari yang menyimpan dan mempamerkan hasil
pertukangan tangan murid dan juga buku-buku akan
mengindahkan bilik darjah.
Guru juga boleh menyediakan carta tempat duduk untuk
memudahkan guru mengenal pelajar dalam kelasnya.
C. Saiz dan Iklim
Suasana juga fizikal juga melibatkan keadaan cahaya,
kelembapan dan suhu.
Guru perlu memastikan lampu bilik darjah cukup terang dan
peredaran udara baik.
Bilik darjah yang panas dan lembab membuatkan murid mudah
berasa letih dan mengantuk.
Bilik darjah yang kurang cahaya menyebabkan sesetengah murid
tidak nampak dengan jelas tulisan di papan hitam.
Semua murid memang lebih suka belajar dalam satu persekitaran
bilik darjah yang segar, bersih dan indah daripada satu
persekitaran bilik darjah yang panas, kotor dan gelap.
Bilik darjah yang panas, kotor, sesak dan gelap atau bising akan
mengganggu pembelajaran.
D. Kawalan Kelas
Guru hendaklah memainkan peranan yang utama alam
mengawal tingkah laku murid dan disiplin murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.
Guru hendaklah mewujudkan peraturan yang boleh dipakai
oleh semua murid agar mereka dapat mengawal tingkah
laku
Bilik darjah juga perlu dalam keadaan bersih dan cantik.
Murid- murid boleh ditugaskan untuk menjaga kebersihan
bilik darjah mengikut giliran.
Selain itu guru mesti memastikan seluruh kelas memberi
kerjasama dalam hal kebersihan dengan mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditentukan seperti
membuang sampah di atas lantai.
Guru mestilah memastikan semua murid menjalankan
tugas mesing-masing mengikut jadual yang ditetapkan.
2.FAKTOR KEMANUSIAAN
a. Hubungan murid dengan murid
 Guru hendaklah menggalakkan suasana
interaksi yang baik antara murid sesama murid
 Guru hendaklah menjalankan aktiviti
berkumpulan supaya wujud interaksi dua hala
antara murid yang cerdas dengan murid yang
sederhana dan yang lemah
 Motivasi dalaman hendaklah sentiasa
diterapkan di dalam diri murid-murid agar
objektif pembelajaran tercapai dan mereka
dapat mewujudkan suasana mesra dikalangan
mereka
b. Hubungan guru dengan murid

 Guru hendaklah mewujudkan interaksi dua hala antara murid


kerana semasa proses P&P berjalan, guru merupakan fokus utama
murid dalam mendapatkan ilmu
 Komunikasi dua hala antara murid dan guru juga dapat
mewujudkan hubungan mesra dan mengelakkan perasaan segan
untuk bertanya dan mereka mempunyai minat yang mendalam
untuk mendekati guru sekiranya terdapat sebarang permasalahan
 Guru yang penyayang dapat berinteraksi dengan baik
membuatkan proses P&P berjalan dengan lancar dan dapat
mengurangkan tekanan terhadap guru mahupun murid
a. Gaya kepimpinan Guru
 Guru hendaklah bersifat demokratik, saling berkongsi
tanggungjawab, hormat menghormati dan percaya terhadap
anak didiknya
 Emosi guru hendaklah sentiasa stabil dan ceria
 Emosi dapat menambahkan keseronokan kepada pengalaman
murid- murid setiap hari
 Emosi murid adalah berbeza
 Murid lebih gemar mendampingi guru yang mengambil berat
tentang personaliti dan emosi murid-murid sekelilingnya
 Kawalan emosi yang baik daripada guru akan memberi impak
yang positif kepada murid-murid dalam pembelajaran
b. Motivasi
 Guru hendaklah sentiasa memotivasikan murid dengan
menyarankan agar mereka giat berusaha untuk
memajukan diri mereka dalam menimba ilmu pengetahuan
 Sebagai contoh aktiviti berkumpulan mampu meningkatkan
motivasi murid, dimana mereka dapat berkongsi masalah
dan pengalaman baru dari rakan-rakan
 Pengurusan bilik darjah yang baik akan membolehkan
pengajaran dijalankan tanpa gangguan dan memberi
motivasi kepada murid-murid

c. Suasana yang penuh dengan aktiviti


 Guru yang pandai mengurus bilik darjah dengan baik harus
memastikan yang bilik darjah beliau merupakan satu
tempat yang sibuk yang penuh dengan aktiviti supaya
dapat merangsang pelbagai deria murid
d. Orientasi tugas
 Guru mesti peka dengan tugasan yang diberikan kepada
murid-muridnya
 Guru mesti memastikan yang orientasi setiap tugasan yang
diberikan ialah kepada peningkatan interaksi dan
pertumbuhan kognitif dikalangan murid-muridnya
e. Ruang untuk eksplorasi intelektual
 Guru mesti menentukan yang terdapat eksplorasi
intelektual yang optima untuk murid-murid dalam bilik
darjah
 Dengan menyediakan buku-buku yang mengandungi
aktiviti pengayaan dan menggunakan pelbagai jenis
motivasi yang dapat menggerakkan murid-murid untuk
membuat semua tugasan mereka pada tahap optima
3.FAKTOR TEKNIKAL DAN
PENGURUSAN MASA
 Merujuk kepada teknik-teknik yang digunakan untuk merangsangkan
minat semangat dan kesediaaan belajar.
 Faktor ini merangkumi merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan
penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan masa
 serta aktiviti-aktiviti yang boleh merangsangkan aktiviti pembelajaran
seperti perbahasan, deklamasi sajak, kuiz, lakonan dan sebagainya.
 Guru yang mempunyai kemahiran mengajar, serta kebolehan
menggunakan alat bantu mengajar dengan pengurusan masa yang
berpatutan merupakan fektor teknikal yang penting untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
 Aktiviti- aktiviti projek dan pertandingan berunsurkan akademik dapat
merangsangkan semangat belajar murid.
4. FAKTOR KEMUDAHAN
SUMBER
 Kemudahan sumber ini penting dalam meningkatkan lagi
keberkesanan pencapaian proses pengajaran dan pembelajaran
 Penglibatan pelbagai deria dikalangan murid dalam proses P&P
dapat meningkatkan lagi tahap pemahaman dan ingatan murid
 Sumber- sumber pengajaran ini juga dapat memudahkan
pembelajaran murid
 Contoh: sukatan, buku panduan, buku sumber, buku kerja, alat-
alat elektronik seperti video, televisyen, komputer dan peralatan
tulis.
 Guru perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya dalam
memikul sumber-sumber pengajaran yang relevan dan menepati
tajuk
 Guru juga perlu fikirkan cara-cara menggunakan alatan sumber
dengan lebih berkesan untuk memberi yang terbaik untuk murid-
murid
Ciri-ciri bilik darjah yang kondusif
Wujudsatu
satukeadaan
keadaanyang
yang Perhubunganyang
Perhubungan yangsaling
saling
Wujud hormat- menghormati
setiap murid melibatkan
setiap murid melibatkan hormat- menghormati
diantara guru dan murid
diridalam
diri dalamkegiatan
kegiatan diantara guru dan murid
keilmuan pada setiap
keilmuan pada setiap
kesempatan
kesempatan

Ciri-ciri
Ciri-ciriiklim
iklimbilik
bilikdarjah
darjahyang
yang
kondusif
kondusif

Perasaan kekitaan yang Kesukarelawanmurid


murid
Perasaan kekitaan yang Kesukarelawan
timbul diantara guru dan menerima aspirasi dan
timbul diantara guru dan menerima aspirasi dan
muridsebagai
murid sebagaisebuah
sebuah peraturan bilik darjah
peraturan bilik darjah
keluargayang
keluarga yangmesra
mesradan
dan yangdiaturkan
yang diaturkanoleh
oleh
bahagia
bahagia pihak pentadbiran
pihak pentadbiran
sekolah
sekolah
KESIMPULANNYA…….

Pada amnya, faktor-faktor ini tidak bertentangan diantara satu


sama lain, malah saling lengkap- melengkapi. Ini bermakna
pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja bergantung kepada
bagaimana sekolah mengorganisasikan kemudahan-kemudahan
yang terdapat di dalam bilik darjah dan kawalan emosi murid-
murid tetapi juga bergantung kepada sifat dan gaya guru
mengajar, serta kecekapan dan kemahirannya dengan
penggunaan alat bantu mengajar dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah
RUJUKAN
Mok Soon Sang(2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI.
Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Abdul Rahim M.Ali(2001). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI.


Kuala Lumpur. Utusan Publication& Distributors Sdn. Bhd

Mok Soon Sang. (1993). Asas Pendidikan 1: sekolah dan


Bilik Darjah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Isahak Haron(1982). Asas-Asas dalam pedagogi. Kuala


Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005). Panduan Ulangkaji


Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
KPLI Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. bhd

You might also like