You are on page 1of 54

A.

AYAT AKTIF:
i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat)
manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’.
iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah
benda kena buat)

B. AYAT PASIF:
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai
subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh
menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan
kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
Contoh :
i. Ikan itu dipancing oleh Ali.
ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:


Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah
barunya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh
bapa saudara saya.

2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai
lencana sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi
oleh guru disiplin yang garang tersebut.

3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas
pesakit tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doktor yang
berkaca mata tebal itu.

4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.


Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.

5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.


Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.
D. LATIHAN:
Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.

1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar


Melaka.

2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.

3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat


Semenanjung Malaysia.

4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut
pada pagi tadi.

5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.

6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.

7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang
nanti.
Jalan raya menuju ke sungai itu patut kalian seberangi pada sebelah petang nanti.

8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.

9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa
depan.

10. Kamu jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan
datang.
11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut.
12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di
mahkamah.
13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya
sendiri.
14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang
membaca buku.
15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang.
E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.

1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.


Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.

2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di
bandar.
Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan
perasaan gadis tersebut.

3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan
lalu.
Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu
pada awal bulan lalu.

4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari
Amanah Saham Nasional.
Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan
maklumat tentang pelaburan saham tersebut.

5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para
pekerja di bahagian pemprosesan.
Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah
diproses itu ke dalam bekas plastik.

F. LATIHAN :
Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif.

1. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang
ekonomi negara yang sedang menghadapi kemelut ekonomi.

2. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan
bagi menarik penyertaan orang ramai.

3. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi
memudahkan keluarga yang menetap di situ.

4. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank
saudagar di Kuala Lumpur.

5. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah


bagi semua mata pelajaran teras.

6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta
rasmikan pada akhir bulan itu.

7. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan
apabila dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.

8. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang
berasal dari Sumatera, Indonesia pada sekitar tahun 1520'an.

9. Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga
diskaun sehingga 50 peratus oleh pemilik pusat terbabit.

10. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh
pihak kerajaan bagi memacu pendapatan golongan tersebut.
11. Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi kerja
mereka pada setiap akhir tahun.
12. Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar kecil
sejak ditinggalkan oleh pemiliknya.
13. Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas rantai emas sempena
ulang tahun kelahirannya.
14. Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh peserta lumba basikal
itu dalam pertandingan Jelajah basikal di negeri tersebut.
15.Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan
sawah padinya pada petang kelmarin
A. AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH.

a. Langkah menukarkan ayat:

1. Jangan mengubah makna asalnya.

2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)

3. Lakukan perubahan perkataan:


contoh:
- saya .....................dia..................................- kamu ...............................dia
- kami ....................mereka..........................- hamba..............................dia
- di sini...................di situ/di sana...............- begini................................begitu
- kini.......................ketika itu.......................- dan sebagainya.

4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.


contoh:
- mengapa..............punca/sebab................- bagaimana........................cara/keadaan
- berapa..................jumlah/harga...............- bila....................................masa

5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.


contoh:
i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan
sebagainya yang sesuai dengan situasi.
ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.
iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
iv. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.
vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.
vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah,
hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".

6. Contoh penukaran ayat:

i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.
Jawapah: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah
tersebut.

ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.
Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana
berlakunya penipisan ozon.

iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.
Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari
tersebut.
iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.
Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.
Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya supaya makan ubat yang diberinya
itu.

vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada
Michelle.
Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun
sudah pukul 11.00 pagi.

vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.


Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.

b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan:

Contoh 1:
Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.


Samad .....: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi
yang indah.
Aziz .........: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti
Indonesia, .................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
....................tempatan .pelancong di dalam negeri.
Kamariah.:.Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi
.................... potongan .harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi
pusat
.....................percutian mereka.
Samad .....: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri
perlu ditanam
....................dalam diri.

Jawapan:
...............Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang
banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh
samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih
dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai
orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia,
Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu.
Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk
menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan
pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti
pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada
pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula
mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah
melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan
pendapat itu.

Contoh 2:

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan
cakap pindah.

Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu
Hassan di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu.
Redwan ada di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.
“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan
“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.
“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, “
Kamarul memberikan alasan.

Jawapan:
1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan
sangat rapat.
2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah
dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.
3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan
Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di
dalam rumah.
4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan
bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.
5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak teratur.
6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah
kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.
................................................
c. Latihan Pengukuhan...........................................
Latihan 1
Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan
menggunakan cakap pindah.

“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.


“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. .....
.......[ 6 markah ]

Salleh bertanyakan kepada Ani tentang rancangannya.Ani bertanyakan kepada Salleh


tentang perancangan yang dimaksudkan. Salleh memberitahu Ani tentang rancangan
untuk mendaki gunung yang Ani katakan kepadanya tempoh hari. Ani menjelaskan
bahawa rancangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Sabtu depan. Salleh memuji
Ani dan menyokong rancangan tersebut.Ani berasa gembira apabila mendengar pujian
daripada Salleh.

Latihan 2:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”


“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok
anak itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak
ada”,jelas anak itu hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya .

....................................[ 6 markah ]

Ani memberitahu bahawa dia keseorangan.Tuk Yahya melarang Ani tinggal di situ
kerana bahaya sambil meneliti mata belolok Ani.Ani merengek lagi lalu memberitahu
bahawa dia tidak mempunyai sesiapa lagi..Tuk Yahya mengiakan kata-kata
Ani.Hampir meraung Ani memberitahu bahawa dia tidak mahu tinggal di rumah kerana
takut bom akan jatuh lagi . Lagi pun datuknya tidak ada. .Tuk Yahya memujuk Ani dan
mengatakan bahawa dia dan Comot masih ada.
Latihan 3:

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.


“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih
belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit
tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang
dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan
perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim. .....[ 6 markah ]

Nizam bertanyakan sebab Salim kelihatan muram sahaja. Dengan perasaan sayu,
Salim memberitahu bahawa pagi tadi Cikgu Khairul telah bertanyakan kepadanya
tentang yuran peperiksaan yang masih belum dibayarnya. Dengan perasaan
hairan, Nizam menanyakan tentang duit biasiswa Salim dan menggunakan duit
biasiswa yang diterimanya untuk membayar yuran tersebut. Salim menjelaskan
bahawa duit biasiswa tersebut telah digunakan baru-baru ini untuk perbelanjaan
rawatan abangnya yang telah dimasukkan ke hospital. Nizam mencadangkan
supaya Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan perkara yang
sebenarnya. Salim menyatakan bahawa dia takut untuk berjumpa Cikgu Khairul
kerana beliau sangat garang.

Latihan 4:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah

MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?


FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia. ............
`.......[ 6 markah ]

Mawi memuji keenakkan mi yang dimakannya lalu bertanya nama mi tersebut


kepada Felix .Felix memberitahu bahawa nama mi tersebut ialah Mi Pedas . Mawi
mengakui bahawa mi tersebut memang pedas tetapi dia ingin mengetahui nama
sebenar mi tersebut .Felix meyakinkan Mawi bahawa nama mi tersebut ialah Mi Pedas
kerana Dollah memberitahunya. Mawi mulai perasan bahawa sememangnya tujuan
Felix ke kedai itu ialah semata-mata untuk makan mi pedas.Felix bersetuju dengan
kata-kata Mawi kerana dia telah berjanji untuk belanja Mawi , dan Mi Pedas itulah
yang dimaksudkannya..
.......................
Kkjbhhbj ddd AWNNMMMMYERYWUNX MMMMAWI ....................

...................................................
Latihan 5:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?


Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah
kita
...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit. ........................................................[ 6
markah ]
............................................................................................................................................
.....................
....................................................................................
........................................................
B. AYAT CAKAP PINDAH KEPADA AYAT CAKAP AJUK.

a. Langkah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk:

1. Ada dua cara: (anda boleh memilih mana-mana cara di bawah)


i. Menggunakan dialog biasa dalam bentuk perenggan.
ii. Menggunakan dialog seperti wawancara.

2. Jaga penukaran ayat yang telah dipelajari. Anda hanya perlu menukarkannya semula
kepada bentuk asal seperti yang telah dipelajari dalam “menukarkan ayat cakap ajuk
kepada ayat pindah”. Jika anda lupa, sila rujuk semula.

3. Jaga penggunaan tanda bacaan, tanda kata, tanda seruan dan sebagainya untuk
mengelakkan markah anda ditolak.

b. Contoh soalan dan jawapan:

Contoh 1:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang
mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh
Samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih
dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai
orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia,
Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu.
Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk
menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan
pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti
pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada
pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula
mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah
melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan
pendapat itu. ...........[ 6 markah ]

Jawapan :

Kamariah ...: Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Samad ........: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi
...................... yang ..indah.

Aziz............. : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti
Indonesia,

....................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.

Kamariah : Saya bersetuju dengan pandangan awak itu.

Samad .........: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong

....................... tempatan melancong di dalam negeri.

Kamariah.... : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi

potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi

pusat percutian .mereka.

Samad.......... : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri

perlu ditanam dalam diri.

Kamariah & Samad : Kami bersetuju dengan pendapat itu.

Contoh 2:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam
keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak
berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan
agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut
suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu isterinya bahawa dia hendak
meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara
suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop
menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk
membeli sebuah bas.
Jawapan:

Mak Limah ......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?
Pak Usop......... : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah...... : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.
Pak Usop .........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi
itu.
Mak Limah ......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?
Pak Usop .........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.

...................................................................................
c. Soalan Latihan:

Latihan 1:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

...............Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke


bandar. Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak
mahu Azman memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung
mereka pun tiada kurangnya berbanding dengan bandar. Yahya menegaskan bahawa
dia sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah. Azman
cuba menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja
sebagai petani itulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali lagi Yahya
menegaskan bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi dia tetap
hendak ke bandar. Azman tetap mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di kampung
mereka kerana hasilnya tentu lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman
sahaja mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di bandar.

Azman: Bagaimana dengan keputusan awak hendak ke bandar?

Yahya : Ya,keputusan saya adalah muktamad dan saya tidak mahu awak memujuk
saya lagi.

Azman:Apa kurangnya di kampung kita berbanding dengan di bandar?

Yahya : Saya sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah

Azman : bukankah kita sama – sama lulus dalam lulusan bidang pertanian dan bekerja
sebagai petani,itulah yang sepatutnya menjadi pilihan kita.

Yahya:kamu sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi saya tetap hendak ke Bandar.

Azman;Marilah kita mengerjakan tanah terbiar di kampung kita ini kerana hasilnya
lumayan
Yahya;Saya tetap akan ke Bandar dan kamu sajalah pergi mengerjakannya sendiri.
Saya hendak bekerja makan gaji di bandar

Latihan 2:

Tukarkan karangan di bawah dalam bentuk perbualan.

Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan
sangat rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman
rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.Setelah berada di
tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke
rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada
mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu
akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.Redwan memohon maaf
kerana keadaan rumahnya belum berkemas. Kamarul pula menjelaskan bahawa
mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru
selesai dua hari sebelumnye

Kamarul:Ya,kami berada di dalam rumah

Kamarul:Jemputlah naik cikgu,Redwan ada di dalam rumah

Cikgu Hassan;Tentulah saya akan naik,kalau tidak masakan saya datang ke sini?

Redwan :Cikgu saya minta maaf kerana rumah belum dikemaskan lagi.

Kamarul : Kami tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi

baru selesai dua hari yang lalu.


Jawapan soalan 1:

Azman : Sudah muktamadkah keputusan engkau hendak ke bandar?


Yahya : Ya, aku sudah nekad. Engkau jangan pujuk aku lagi.
Azman : Apa kurangnya kampung kita berbanding dengan bandar?
Yahya : Aku bosan, hari-hari bermain lumpur di sawah.
Azman : Bukankah pengkhususan kita bidang pertanian? Jadi, bertanilah pilihan kita.
Yahya : Kalau engkau hendak engkau sahajalah yang buat, aku tetap hendak ke bandar.
Azman : Lebih baik kita usahakan tanah terbiar itu, tentu hasilnya lumayan.
Yahya : Engkau sahajalah yang kerjakan, aku hendak makan gaji.

Jawapan soalan 2:

Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di
halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di
dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.
“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan
“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.
“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, “
Kamarul memberikan alasan.

JAWAPAN SOALAN 1:

1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.


2. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh.
3. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung
dengan rancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya suatu hari dahulu.
4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada
hari Sabtu akan datang.
5. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan menyokongnya.
6. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.

JAWAPAN SOALAN 2:

1. Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan


2. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sanan kerana tempat itu
bahaya sambil meneliti mata belolok Ani.
3. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai sesiapa .
4. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut .
5. Ani hampir meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu tinggal
di rumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di situ.Tambahan pula datuknya
sudah tiada lagi.
6. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia dan Comot

JAWAPAN SOALAN 3:

1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja.


2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul
bertanyakan tentang yuran peperiksaan yang belum dijelaskannya.
3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi belum
menjelaskan yuran peperiksaannya.
4. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk perbelanjaan
rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan
menjelaskan perkara yang sebenarnya.
6. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau merupakan
seorang yang sangat garang.

JAWAPAN SOALAN 4:

1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya
kepada
Felix.
2. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas.
3. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan
kepastian
namanya sekali lagi daripada Felix.
4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas.
5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya
semata-
mata makan Mi Pedas.
6. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi
makan dahulu.

JAWAPAN SOALAN 5:

1) Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam.
2) Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan
menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah di rumah.
3) Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia
menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama
menanggung kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama berkawan.
4) Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit
AYAT MUDAH DAN AYAT MAJMUK.

A. MAKSUD AYAT:
1. Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat tunggal.
- ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu predikat sahaja.
2. Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat panjang.
- ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek dan/ atau lebih daripada satu
pradikat.

B. MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK :

Syarat penukaran:

i. Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi.

ii. Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti didahulukan.

iii. Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan kata hubung.
a. Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan sebagainya.
b. Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab….maka, walaupun
….namun
dan lain-lain.

iv. Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali ‘atau’ digunakan.

v. Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan soalan yang diberi.

vi. Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang
berlainan daripada perkara yang sebelumnya.

vii. Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan.

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK 1 :


1. Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli
gula. Mereka membeli ikan.
Ayat majmuk : Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan.

2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.


Ayat majmuk : Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus.

3. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga.


Ayat majmuk : 1. Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka digalakkan melabur.
2. Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.
4. Dia malas belajar. Dia gagal dalam peperiksaan itu.
Ayat majmuk : Oleh sebab malas maka dia gagal dalam peperiksaan itu.

5. Dia sangat kaya. Dia kedekut.


Ayat majmuk : Walaupun kaya tetapi dia sangat kedekut.

D. CONTOH LATIHAN MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA MAJMUK :

Contoh 1 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan
pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual
berharga murah. Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala
Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu
sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke
pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan.

Jawapan :
1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu
menjual pelbagai barang dengan harga yang murah.

2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk
menikmati suasana pasar malam yang meriah tersebut.

3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu
bersama ibu bapa dan rakan-rakan.

Contoh 2 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan
persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai
pemilik kenderaan masih engkar. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas.
Kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Pesalah akan ditangkap. Mereka akan
didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang ketiga itu akan
disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.

Jawapan :
1. Walaupun kerajaan telah memberi amaran tegas kepada pemilik kenderaan
persendirian supaya memasang tali pinggang keselamatan ketiga tetapi ramai pemilik t
masih engkar.

2. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas untuk menguatkuasakan undang-


undang dengan menangkap pesalah dan didenda RM300.
3. Baik pemilik kenderaan tersebut mahupun penumpang ketiga itu akan disaman
supaya dapat dijadikan pengajaran.

E. LATIHAN :
Tukarkan ayat-ayat mudah di bawah supaya menjadi 3 ayat majmuk.

Soalan 1 :
Mereka dijemput hadir. Mereka hadir untuk menjamu selera. Jamuan itu ialah jamuan
hari jadi. Jamuan itu sempena hari jadi anak Tok Mudim. Ramai tetamu yang hadir.
Mereka dating dari seluruh kampung itu. Mereka meraikan hari jadi anak Tok Mudim.
Hari jadi itu ialah hari jadi yang ke lima. Banyak makanan disediakan. Makanan itu
untuk para tetamu. Mereka menjamu selera. Mereka sungguh gembira.

Soalan 2 :
Tanaman getah telah diperkenalkan di Malaysia. Tanaman itu ditanam pada tahun
1930-an. Tanaman itu oleh penjajah Inggeris. Kini tanaman itu sangat penting.
Tanaman itu menjadi tanaman kedua utama. Tanaman itu telah dieksport. Tanaman itu
dieksport ke seluruh dunia. Tanaman itu semakin berkurangan. Banyak tanah telah
ditebus guna. Tanah itu dijadikan kawasan industri. Tanah itu dijadikan kawasan
tanaman kelapa sawit.

Soalan 3 :
Rakyat Malaysia diseru supaya bersabar. Rakyat Malaysia diseru supaya berjimat
cermat. Harga minyak sedang melambung tinggi. Harga barangan pengguna sedang
meningkat. Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah. Kerajaan akan membantu
meringankan beban rakyat. Kerajaan akan memulihkan harga minyak. Kenaikan harga
minyak ini adalah fenomena luar biasa. Harga minyak dunia meningkat dengan
mendadak. Harga minyak meningkat sehingga US45 setong.

Soalan 4 :
Tiga buah Negara telah menjajah negara kita. Negara tersebut ialah England, Portugal
dan Jepun. Mereka mula menjajah sejak tahun 1511. Mereka menjajah selama lebih
400 tahun. Semasa penjajahan rakyat hidup menderita. Ramai mangsa telah dibunuh.
Mereka dibunuh dengan kejam. Ramai pejuang tanah air telah sedar. Mereka
menubuhkan pelbagai persatuan. Mereka menentang penjajah. Mereka ingin
mendapatkan kemerdekaan tanah air.

F. LATIHAN DAN JAWAPAN

Panduan kepada pelajar :

1. PADAMKAN PERKATAAN BERHURUF TEBAL ATAU BERWARNA MERAH


UNTUK MENDAPAT JAWAPAN YANG BETUL!!!!!!!!!!!!!!!!

2. PERKATAAN CONDONG IALAH PERKATAAN PERLU DITAMBAH.


LATIHAN spm 1
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang
liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar
tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia.
Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan
pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah
dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh
dilakukan.

1) Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita binatang-binatang
liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu
2) Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang Kepupusan ini berpunca
daripada kegiatan manusia seperti manusia berburu sesuka hati mereka dan
Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan.
3) Antara langkah untuk membendung hidupan liar adalah dengan mengadakan
kempen kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

LATIHAN SPM 2

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk
memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek.
Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai
masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat
telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan
ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para
penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka
menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.

1) Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang televisyen direka untuk
memberikan manfaat kepada manusia manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek
2) Malangnya, Akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai
masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat
telah dilakukan dan hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan
ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat
3) Malangnya, Para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut
dan mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang
dipaparkan
LATIHAN SPM 3

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen.


Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut
terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak
keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-
kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan
remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak
bijak menilai sesuatu yang buruk juga

1) Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen yang


rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM dan rancangan-rancangan tersebut
terdapat di TV3 juga.
2) Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat
dan hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur
tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja.
3) Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik dan mereka tidak bijak
menilai sesuatu yang buruk juga

LATIHAN SPM 4

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan


ini adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-
alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan
dalam bidang berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar.
Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada
pelajar luar bandar mempelajari komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat
pelajar mendalami bidang komputer juga.

1) Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer.


pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini.
2) Langkah Kementerian Pelajaran dialu-alukan oleh ibu bapa demi hal ini kerana
langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan yang
kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar.
3) Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada
pelajar luar bandar mempelajari komputer serta langkah ini diharapkan dapat menarik
minat pelajar mendalami bidang ini komputer juga.
LATIHAN SPM 5
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel
kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama
Syahid bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak. Mereka
terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana
akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

1) Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. buku ini tergolong dalam jenis novel
kanak-kanak. buku ini yang dikarang oleh Darulsalam.
2) Buku itu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bercuti ke Pulau
Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama
dengan rakannya ketika mereka bercuti ke Pulau Sayak
3) Tanpa disedari mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tetapi tanpa
disedari. nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan
kumpulan itu.

LATIHAN SPM 6
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak
beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor
ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari
rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai
keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh
segolongan rakyat asing .

1) Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat . kepesatan ini berlaku sejak
beberapa tahun yang lalu serta kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan
2) Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah
untuk mencari rezeki.
3) Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan
yang disediakan walaupun keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh
segolongan rakyat asing .
LATIHAN SPM 7

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan
manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba
manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka
berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini
mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut
termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

1) Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan keadaan ini mencemaskan
manusia di seluruh dunia.
2) Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia yang manusia
memperlakukan bumi sewenang-wenangnya tujuan mereka berbuat demikian adalah
untuk mengaut keuntungan.
3) Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil.
Fenomena-fenomena tersebut termasuklah seperti peningkatan suhu dan penipisan
lapisan ozon.

LATIHAN SPM 8
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. Usaha ini adalah
selaras dengan Dasar Pertanian Negara. Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-
pakar perikanan tempatan. Pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama.
Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan
tempatan. Usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara. Usaha ini bertujuan
memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.

1) Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. usaha ini adalah
selaras dengan Dasar Pertanian Negara.
2) Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan dan pakar
perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama.
3) Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan
tempatan untuk usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara serta usaha ini
bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.
LATIHAN SPM 9
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat. Mereka terdiri daripada pelbagai
keturunan. Peringkat umur mereka pun pelbagai. Kehadiran mereka menimbulkan
suatu keadaan yang tidak menyenangkan kita. Kehadiran mereka menimbulkan
pelbagai kesan negatif kepada negara. Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan.
Usaha tersebut adalah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Usaha tersebut
dapat menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan. negara.

1) Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat dan mereka terdiri daripada
pelbagai keturunan serta peringkat umur mereka pun pelbagai.
2) Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan kita serta
Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara.
3) Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan usaha tersebut adalah untuk menarik
pelancong datang ke Malaysia dan usaha tersebut dapat menggalakkan perkembangan
perusahaan pelancongan negara.

LATIHAN SPM 10

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. Hal ini berikutan rumusan yang dicapai
daripada sidang Puncak Bumi. Sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan
Jun 1992. Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal.
Langkah berhati-hati perlu diambil. Tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya
pelbagai masalah alam sekitar. Antara masalah alam sekitar itu termasuklah
pencemaran air, dan pencemaran udara. Selain itu pencemaran berlaku daripada
aktiviti pembangunan yang tidak terancang.

1) Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. hal ini berikutan rumusan yang dicapai
daripada sidang Puncak Bumi yang sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada
bulan Jun 1992.
2) Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal dan langkah
berhati-hati perlu diambil. tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai
masalah alam sekitar.
3) Antara masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan pencemaran
udara dan selain itu pencemaran yang berlaku daripada aktiviti pembangunan yang
tidak terancang.
LATIHAN SPM 11
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. Perubahan itu
bertujuan mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah. Menteri pelajaran
mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem pendidikan sebagai punca
bertambahnya penganggur dalam kalangan siswazah. Sistem pendidikan ini sudah
ketinggalan zaman. Sistem tersebut hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi
“keperluan semalam”. Yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk “keperluan
esok”.

1) Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. perubahan itu
bertujuan untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah.
2) Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem pelajaran
sebagai punca bertambahnya penganggur dalam kalangan siswazah.
3) Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman kerana sistem tersebut hanya
mengeluarkan tenaga siswazah bagi “keperluan semalam” sedangkan yang diperlukan
ialah siswazah yang terlatih untuk “keperluan esok”.

LATIHAN SPM 12

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah. Masalah tersebut terpaksa dipikul
oleh anggota keluarga. Masalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota
masyarakat juga. Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial. Masalah tersebut
begitu rumit. Masalah tersebut kian bertambah. Pertambahan masalah kenakalan
remaja ini berlaku mengikut peredaran masa. Yang dimaksudkan dengan perlakuan
yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat.
Perlakuan tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat. Perlakuan tersebut
mewujudkan konflik.

1) Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah yang masalah tersebut terpaksa
dipikul oleh anggota keluarga dan masalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota
masyarakat juga.
2) Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial yang masalah tersebut begitu
rumit dan masalah tersebut kian bertambah pertambahan masalah kenakalan remaja ini
berlaku mengikut peredaran masa.
3) Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang
melanggar norma-norma masyarakat dan perlakuan tersebut mengaibkan kepentingan
masyarakat serta perlakuan tersebut mewujudkan konflik.
LATIHAN SPM 13

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri. Perasmian sukan
itu dilakukan di Stadium Negara. Suasana ketika perasmian sukan itu sungguh meriah.
Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta. Rekod penyertaan yang terbanyak
dicatat dalam kejohanan ini. Sambutan hebat diberikan oleh syarikat korporat dari luar
negara. Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita. Hal ini
membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut.

1) Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri perasmian sukan
itu dilakukan di Stadium Negara dan Suasana ketika perasmian sukan itu sungguh
meriah.
2) Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta kerana rekod penyertaan yang
terbanyak dicatat dalam kejohanan ini serta sambutan hebat diberikan oleh syarikat
korporat dari luar negara.
3) Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita dan hal ini
membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut

LATIHAN SPM 14

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja
tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal. Penggubalan itu berlangsung pada


Ogos 1971. Penggubalan itu ialah hasil daripada persidangan di kalangan para
cendekiawan Melayu. Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu. Resolusi itu
berasaskan tiga prinsip utama. Prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan
hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Prinsip yang kedua ialah
unsur-unsur kebudayaan kebangsaan. Prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur
yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.. Dasar Kebudayaan
Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum. Rusuhan itu berlaku pada 13 Mei
1969. Rusuhan itu mencatat sejarah hitam negara.

1) Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan penggubalan itu berlangsung


pada Ogos 1971. penggubalan itu ialah hasil daripada persidangan di kalangan para
cendekiawan Melayu.
2) Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu yang resolusi itu berasaskan tiga
prinsip utama prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan hendaklah
berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini , prinsip yang kedua ialah unsur-unsur
kebudayaan kebangsaan dan prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur yang
penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.
3) Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum. rusuhan itu
berlaku pada 13 Mei 1969 dan rusuhan itu mencatat sejarah hitam negara.
Membina perkataan hampir sama bunyi:

Perhatian:

1. Jangan lakukan kesalahan tatabahasa atau ejaan. ( potongan setengah markah )


2. Jangan letakkan sebarang imbuhan pada kata yang diberikan. ( 0 markah )
3. Jangan gandakan kata yang diberikan. ( 0 markah )
4. Jangan bentuk Kata Nama Khas daripada kata yang diberikan. ( 0 markah )
5. Jangan gunakan kata yang diberikan sebagai simpulan bahasa atau cogan kata. ( 0
markah )
6. Jangan bentuk kata yang diberikan sebagai kata majmuk. ( 0 markah )
7. Untuk kata nama tidak berimbuhan, anda boleh menggunakan ayat dialog:
Contohnya - tebang ("Jangan tebang pokok buluh itu", kata Chong Meng.)
8. Jangan buat ayat yang tidak menunjukkan makna. ( 0 markah )
Contohnya - tebang (Saya bertanya guru saya maksud perkataan tebang.)

Bina ayat daripada perkataan yang diberi di bawah bagi menunjukkan anda
faham penggunaan dan maksudnya.

1. hemah / hemat

2. kerangka / rangka
3. perap / perah

4. melarik / melirik
5. mentaksir / mentafsir

6. menjurus / menjirus
7. mengubah / menggubah

8. menghembuskan / menghemburkan
9. menatap / meratap

10. meraung / melaung


11. menyumpah / menyampah

12. rencam / rencah


13. diharap / digarap

14. laksana / laksamana


15. sering / seiring

16. menghidap / menghadap


17. secocok / secucuk
18. sasaran / sesaran
19. tergolong / tergulung

20. sepadan / sempadan


21. persatuan / penyatuan

22. menembuk / menembok


23. sembang / sumbang.

24. menyeluruh / menyeloroh


25. belot / belut

26. mengindahkan / mengendahkan


27. menyerap / mencerap

28. mengabaikan / mengaibkan


29. tapak / tepak

30. menyuraikan / menyuarakan


31. bertitah / bertatah

32. gumpal / gempal


33. mencolek / menculik

34. memerah / memeras


35. melencong / melancong

36. bertelur / bertelor


37. berkenan / berkenaan.

38. menempa / menempah


39. menyurut / menyorot

40. melagakan / melegakan


41. melayukan / melayurkan

42. mengibas / mengimbas


43. pedalaman / pendalaman

44. merimaskan / meramaskan


45. benteng / beting

46. menuntun / menonton


47. pujuk / pojok.
48. beradat / beradab
49. hempas / hampas

50. lengan / lengang


51. tabik / tabib

52. resmi / rasmi


53. padan / pandan

54. perah / perap


Contoh ayat bagi perkataan hampir sama bunyi.

1. hemat – “Pada hemat saya, mesyuarat hari ini perlu ditangguhkan dahulu”,kata pengetua.
....hemah - pelajar itu memiliki hemah yang terpuji.

2. kerangka - Kerangka bangunan itu hampir siap dibina dengan menggunakan kayu.
....rangka - Mereka menemui rangka manusia di tepi sungai itu.

3. perap - "Jangan perap daging ayam itu terlalu lama", kata ibu kepadaku.
....perah - "Tolong perah kain basah itu sebelum dijemur", kata emak kepada kakak.

4. melarik – Ali melarik buluh itu dengan pisau supaya licin dan kemas.
....melirik - Gadis itu melirik sambil tersenyum kepada Encik Santosh.

5. mentaksir - Pegawai itu mentaksir pendapatannya pada setiap tahun.


....mentafsir - Abu cuba mentafsir kata-kata yang diucapkan kepadanya tadi.

6. menjurus - Soalan itu menjurus pada soalan bentuk pilihan.


....menjirus - Hayati menjirus badannya dengan air untuk menghilangkan panas.

7. mengubah - Lin Cheng Heng mengubah meja itu ke belakang kelas.


....menggubah - Ajila Ajijul menggubah lagu untuk ibunya yang tersayang.

8. menghembuskan - Yow Weng Fei menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam.


....menghemburkan - Pemuda itu menghemburkan kata-kata kesat kepada pemandu bas.

9. menatap - Hamreesh menatap muka gurunya yang bengis itu.


....meratap - Jibon meratap dengan sedih apabila bapanya meninggal dunia.

10. meraung - Hak Le meraung kesakitan apabila kakinya tersepak batu.


......melaung - Mathew melaung dengan kuat sambil memanggil nama Jibon.

11. menyumpah - Peter menyumpah pelajar yang suka berludah di atas lantai itu.
......menyampah - Cikgu menyampah melihat pelajar yang suka berbual di dalam kelas.

12. rencam - Dia melakukan tugas-tugas rencam di pejabat pada setiap hari.
......rencah - Suka duka merupakan rencah kehidupan manusia di muka bumi ini.

13. diharap - Santoshlah yang diharap mewakili sekolah dalam acara badminton.
......digarap - Puisi itu digarap dengan penuh teliti dan kreatif.

14. laksana - Mukanya berseri-seri laksana bunga mawar yang sedang berkembang.
......laksamana - Hang Tuah menjadi laksamana semasa pemerintahan Sultan Muzaffar.
15. sering - Peter sering ponteng sekolah kerana berkunjung ke kafe siber.
......seiring - Tong Mang Kok berlari seiring dengan pelumba dari Johor itu.

16. menghidap - Yow Weng Fei menghidap selesema H1N1 sejak minggu lepas.
......menghadap - Dia menghadap ke tingkap sambil memerhatikan burung berkicau.

17. secocok - Pasangan pengantin baru itu sungguh secocok.


......secucuk - Santosh makan secucuk sate yang dibelinya di kedai Pak Mat.

18. sasaran - Tendangan penalti pemain Mancister itu menepati sasaran.


......sesaran - Proses mampatan akan menghasilkan sesaran pada lapisan bumi.

19. tergolong - Malaysia tergolong dalam kumpulan negara sedang membangun.


......tergulung - Semasa saya tiba, tikar getah itu masih tergulung dengan rapi.

20. sepadan - Pasangan kekasih di atas kerusi itu amat sepadan.


......sempadan - Sungai Muar menjadi sempadan di antara Johor dengan Melaka.

21. persatuan - "Kamu mesti menghadiri aktiviti persatuan pada petang ini", katanya.
......penyatuan - Penyatuan masyarakat hanya akan terbentuk jika ada sikap menghormati.

22. menembuk - Cik Mat menembuk kertas itu dengan menggunakan jarum.
......menembok - Pihak sekolah akan menembok kawasan tepi sekolah dengan tembok batu.

23. sembang - "Buat kerja kamu dan jangan sembang sahaja", kata Encik Kulasingam.
......sumbang - "Suara nyanyian kamu tadi amat sumbang sekali", kata pengadil itu.

24. menyeluruh - Kemajuan di kampung ini akan dilaksanakan secara menyeluruh.


......menyeloroh - Sikapnya yang suka menyeloroh membuat kami tidak kering gusi.

25. belot - "Kami telah menangkap mereka yang belot itu", kata ketua tentera itu.
......belut - Pak Kasim berjaya menangkap tiga ekor belut di tepi sungai tersebut.

26. mengindahkan - Pihak kerajaan telah mengindahkan kawasan bandar bagi menarik
pelancong.
......mengendahkan - Yow Meng Thoi tidak mengendahkan nasihat yang diberi oleh ibunya.

27. menyerap - Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap gas Karbon Dioksida.


......mencerap - Pengetua sedang mencerap pelajar di kelas 5 Sains 2.

28. mengabaikan - Kita tidak boleh mengabaikan pelajaran kita.


......mengaibkan - Perbuatan buruknya itu telah mengaibkan keluarganya sendiri.

29. tapak - Tapak bangunan lama itu akan dimajukan sebagai pusat pelancongan.
......tepak - Encik Gundu memberi tepak berisi sireh kepada tetamunya.

30. menyuraikan - Encik Chew telah menyuraikan pelajar yang berkumpul di kantin.
......menyuarakan - Dia menyuarakan kekesalannya kerana tidak dapat hadir semalam.

31. bertitah - Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana.


......bertatah - Rantai leher yang dipakainya bertatah berlian dan permata.

32. gumpal - Kami menemui tiga gumpal wang kertas lama di dalam gua itu.
......gempal - Badannya kelihatan agak gempal dan kulitnya keputih-putihan.

33. mencolek - Adik mencolek sedikit kek itu dengan jarinya.


......menculik - Penjahat itu menculik anak Encik Tong untuk mendapatkan tebusan.

34. memerah - Hamreesh sedang memerah susu kambing di belakang rumahnya.


......memeras - "Jangan cuba untuk memeras pelajar yang lemah", kata Encik Chew.

35. melencong - Pagi itu dia tidak ke sekolah tetapi melencong ke tempat lain.
......melancong - Pada cuti penggal pertama dia melancong ke Bangkok.

36. bertelur - Penyu itu sedang bertelur di tepi pantai.


......bertelor - Pemuda itu bertutur dengan bertelor Kelantan.

37. berkenan - Ibu amat berkenan dengan baju yang bercorak batik itu.
......berkenaan - Ceramah itu adalah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah.

38. menempa - Ahli sukan itu telah menempa nama dalam bidang karate.
......menempah - Puan Chong menempah makanan daripada pekerja di kantin itu.

39. menyurut - Air banjir di kampung itu semakin menyurut sejak semalam.
......menyorot - Pada waktu lapang, dia suka menyorot sajak-sajak di buku lama itu.

40. melagakan - Dialah yang telah melagakan Ah Chong dengan Ayapan sehingga bergaduh.
......melegakan - Air kelapa itu dapat melegakan tekak yang kering.

41. melayukan - Cuaca panas itu melayukan sayur-sayuran yang ditanamnya.


......melayurkan - Ibu melayurkan ulam-ulaman itu ke dalam air yang sedang mendidih.

42. mengibas - Chong Jun Nam mengibas habuk di badannya dengan menggunakan tuala.
......mengimbas - Hilmi mengimbas kembali kenangan manisnya ketika bersama Hayati.

43. pedalaman - Kawasan pedalaman di Sabah akan dilengkapi dengan jalan raya.
......pendalaman - Kerja pendalaman sungai itu menelan belanja yang amat tinggi.
44. merimaskan - Cuaca yang panas ini amat merimaskan para pelajar.
......meramaskan - beliau meramaskan limau itu kedalam air lalu digunakan sebagai air
mandian.

45. benteng - Pasukan Chalsi membina benteng untuk menyekat kemaraan penyerang pasukan
Mancister.
......beting - Beting di tepi pantai itu terhakis apabila dilanda ombak besar.

46. menuntun - Ibu menuntun tangan adik ketika melintas jalan.


......menonton - Setiap malam, dia akan menonton rancangan berita di televisyen.

47. pujuk - Budak yang sedang menangis itu telah kami pujuk.
......pojok - Di pojok bilik itu terdapat sebuah kerusi dan sebuah meja lama.

48. beradat - Hidup kita mestilah beradat agar dihormati oleh orang lain.
......beradab - Hong Wei seorang pelajar yang tidak beradab dan sombong.

49. hempas - Gelas itu saya hempas ke lantai sehingga pecah.


......hampas - Semua hampas kelapa itu boleh dijadikan makanan ternakan.

50. lengan - Lengan Foo Siow Wooi luka kerana terkena kaca.
......lengang - Pada Hari raya, jalan raya di bandar raya itu amat lengang.

51. tabik - Tentera itu memberi tabik ketika diperiksa oleh ketuanya.
......tabib - Dia bertemu tabib untuk mengubati penyakitnya.

52. resmi - Sudah menjadi resmi manusia, suka berbelanja apabila banyak duit.
......rasmi - Majlis hari ini ialah majlis yang rasmi dan kita mesti berpakaian kemas.

53. padan - Baju yang dipakainya itu amat padan dengan bentuk tubuhnya.
......pandan - Mereka menggunakan pandan supaya makanan itu bertambah harum
PERIBAHASA

Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini
dinyatakan di bawah:

A. Membina ayat daripada peribahasa:


Contoh:
1. bagai menatang minyak yang penuh
Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang
minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa.

2. seperti katak di bawah tempurung


Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia
berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung.

3. seperti paku dengan penukul


Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat
meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus


Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang
kaji pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:


Contoh: Beri tiga peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi.

1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang
sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya
itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah
membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima
hukuman yang setimpal.

i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang)
ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)
iii. anak emas (anak kesayangan)
iv. air muka (diri, peribadi)

2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari
hidup sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar dan jika ada perselisihan
pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa sikap tolak
ansur sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan perasaan kasih sayang
akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku.

i. bagai pinang dibelah dua.


ii. sedangkan lidah lagi tergigit.
iii. bagai embun di hujung rumput.
C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:
Contoh:

1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa
pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.
* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke
kampung halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram.
* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang
lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.
* bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:


Contoh:

1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika
mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada
sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama …………(i)…………… Mereka
sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-
kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ……(ii)
…….. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk
menyelesaikan masalah …………(iii)………..nya itu supaya dapat memuaskan hati
semua pihak.

i. rumah siap pahat berbunyi


ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya.
iii. anak buah

Latihan 1:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa
tersebut.

1. bagaikan kera mendapat bunga


2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
3. burung terbang dipipiskan lada
4. menegakkan benang yang basah
5. bagaikan telur dihujung tanduk
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
8. matinya semut kerana gula
9. air dicincang tidak akan putus
10. bagaikan embun di hujung rumput

Latihan 2:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa
tersebut.

1. seperti mendukung biawak hidup


2. sudah jatuh ditimpa tangga
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
9. bagai mencurah air ke daun keladi
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak

Latihan 3:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa
tersebut.

1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi


2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
4. seperti pelanduk dua serupa
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
6. seperti ular kena palu
7. mati semut kerana gula
8. bagai mendapat durian runtuh
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
Latihan 4:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya
itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut
mempunyai maksud yang tertentu.

2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang
bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.

3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki,
namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung
halamannya.

4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng
Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut.

5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya
terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang
ramai.

6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah
itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.

7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah
diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam
peperiksaan itu dengan cemerlang.

8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil
bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.

9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan
menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.

10. Perbuatan Tong Kuan Yee menasihati kekasihnya yang bernama Wong Du Hou itu
supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh
Wong Du Hou.

Latihan 5:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki


komputernya tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat
digunakan sama sekali.
2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk
memikat hati adik perempuan Santos yang cantik itu.

3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan
berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing.

4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat
berambut panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan
kakinya patah.

5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak
menunjuk-nunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut.

6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya
semakin sombong dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya.

7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki,
pendatang asing mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.

8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali
janji-janji yang telah diucapkannya kepada mereka.

9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah


namun berita kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh daerah Cheras.

10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang
garang dan pandai bersilat itu.

Latihan 6:
Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai
dengan cerita dan situasi tersebut.

1. Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan. Ayahnya, Encik Poon Tan
Chook benar-benar kecewa akan tindakan anak kesayangannya. Encik Poon sentiasa
memenuhi kehendak Poon Ooi Yee dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Tindakan Poon Ooi Yee menjual kereta Mercedes milik Encik Poon tanpa
pengetahuannya sangat melampau. Hancur luluh hati isteri Encik Poon yang turut
menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak menyangka kebaikan yang telah diberi
kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas dengan perbuatan yang tidak baik tersebut.
Encik Poon berjanji akan menghukum anaknya yang tidak tahu mengenang budi dan
jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon Ooi Yee itu sungguh tidak bertanggungjawab.
2. Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana
bagi mereka, kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan
janji manis yang ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai
berkata-kata dengan menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi
jutawan sekiranya menjual tanah mereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau
bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa kerana pegawai itu tidak dapat
menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu separuh jalan.
Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat
disempurnakannya.

3. Sikap Koh Shu Yin yang selalu ponteng kerja tidak disenangi oleh majikannya.
Rakan-rakannya telah menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan buruk itu tetapi
nasihat mereka sia-sia belaka. Malahan Koh Shu Yin mula berani tidur ketika
majikannya tiada di pejabat. Pada satu hari, perbuatan buruk Koh Shu Yin tidak dapat
disembunyikan lagi. Dia telah dimarahi oleh majikannya. Pada bila-bila masa sahaja dia
boleh dibuang kerja. Nasibnya kini bergantung kepada budi bicara majikannya.

Latihan 7:
Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai
dengan cerita dan situasi tersebut.

1. Dalam keadaan sedih bercampur gembira, Lim Pei Pei akan menempuh alam
perkahwinan mendahului kakaknya yang sulung. Bakal suaminya pula bukanlah
sebangsa atau rakyat Malaysia tetapi berasal dari negara barat iaitu seorang rakyat
Perancis. Selepas berkahwin, bakal suaminya akan membawanya bercuti selama dua
minggu ke Eropah.

2. Setelah meninggalkan kampung halamannya lebih daripada 20 tahun, tiba-tiba Kou


Chee Pet mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi menabur khidmat
baktinya sebagai guru. Kata beliau, walaupun dia beroleh pelbagai kesenangan ketika
bertugas di bandar, namun keseronokan yang diperolehnya di kampung tidak sama
dengan keseronokan ketika bertugas di Bandar. Setelah kepulangannya ke kampung
itu, beliau telah menjadi tajuk perbualan masyarakat kerana beliau merupakan seorang
guru yang berdedikasi.

3. Sikap Yow Weng Fai yang malas amat dibenci oleh ibu bapanya terutama dalam
aspek pelajaran. Sekali suruh barulah dia mahu memegang buku. Jika tidak, dia
sentiasa asyik tidur. Cikgunya iaitu Encik Nazri sering menasihatinya bahawa semua
pelajar boleh mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun
seseorang itu sangat lemah dalam pelajaran, namun jika mereka berusaha, mereka
pasti akan Berjaya. Perkara yang penting ialah seseorang itu mesti mempunyai
kemahuan. Jika kita tidak mempunyai kemahuan atau keinginan, sudah tentulah kita
tidak akan berjaya.

LATIHAN TAMBAHAN PERIBAHASA


Beri maksud peribahasa di bawah:

1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi


2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa
6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
7. umpama mintak setitik, di laut sekalipun timbul juga
8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
9. bagai lebah menghimpun madu
10. cepat kaki, ringan tangan

11. genggam bara api biar sampai jadi arang


12. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
13. malas bergarit perut perit
14. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
15. seperti anai-anai makan kayu
16. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang
17. bagai beliung dengan asahan
18. biduk berlalu kiambang bertaut
19. buang yang keruh ambil yang jernih
20. cubit peha kanan peha kiri terasa juga

21. enggang dengan enggang, pipit dengan pipit, baru boleh terbang bersama
22. ibarat telur semangkuk/ sesangkar, pecah sebiji pecah semua
23. ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu juga
24. jauh bau bunga, dekat bau tahi
25. kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
26. mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak
27. seperti pungguk rindukan bulan
28. ikut hati mati, ikut rasa binasa
29. nasi sudah menjadi bubur
30. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

31. sudah terantuk baru tengadah


32. air yang tenang jangan disangka tiada buaya
33. alah membeli menang memakai
34. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah
35. biar titik jangan tumpah
36. cencaru makan petang
37. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
38. cicir dipungut, hilang di cari
39. ukur baju di badan sendiri
40. sediakan paying sebelum hujan
41. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
42. seperti air dalam kolam
43. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
44. cacing hendak menjadi naga
45. membujur lalu melintang patah
46. bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat
47. hati gajah sama di lapah, hati nyamuk sama dicicah
48. ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni
49. air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut
50. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

51. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah


52. kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya
53. masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek
54. seperti kerbau dicucuk hidung
55. seperti belut pulang ke lumpur
56. seperti gagak pulang ke benua
57. seperti ikan pulang ke lubuk
58. setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga
59. jangan bermain di air keruh
60. ke tengah boleh, ke tepi pun boleh

61. diam ubi berisi, diam besi berkarat


62. bagaikan harimau sembunyikan kuku
63. jauhari juga yang mengenal manikam
64. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
65. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
66. air yang dingin juga dapat memadamkan api
67. bagai menjaga intan dicanai
68. karam sambal oleh belacan
69. kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan
70. kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan

71. bagai menatang minyak yang penuh


72. bagai ditatang di anak lidah
73. kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai seberang
74. pandai menyelam air dangkal
75. timba air mandikan diri
76. yang tegak disokong, yang lemah ditopang
77. bagai duduk dengan cupak dan gantang
78. seduit dibelah tujuh
79. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan terserak
80. umpama jari di tangan ada bercincin ada tidak

81. nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati


82. orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya
83. bagai kaduk naik junjung
84. bagai laying-layang terputus talinya
85. alah bias tegal biasa
86. ditelan mati emak, diluah mati bapa
87. beras secupak tak akan jadi segantang
88. kerana nyamuk seekor kelambu dibakar
89. bagaikan hidup segan mati tak mahu
90. bagaikan itik pulang petang

Jawapan Latihan 4:

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya
itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut
mempunyai maksud yang tertentu.
Jawapan: Ada udang di sebalik batu / Seperti menanam tebu di tepi bibir (janji yang ada
sesuatu di sebaliknya)

2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang
bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.
Jawapan: Biduk berlalu kiambang bertaut (perselisihan faham akan kembali tenang/
baik semula)

3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki,
namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung
halamannya.
Jawapan: Bagai itik pulang petang (tiada perubahan sebelum atau selepasnya)

4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng
Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut.
Jawapan: Meriam buluh (kelihatan garang tetapi sebenarnya baik dan lemah lembut)

5. Walaupun keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya
terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang
ramai.
Jawapan: Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat ditutup / bangkai
gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun/ pelepah. (sesuatu berita yang tidak baik
akhirnya akan tersebar juga)

6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah
itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
Jawapan: Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit / kerana nila setitik,
rosak susu sebelanga (seorang ahli berbuat keburukan, nama baik kumpulannya akan
tercemar)
7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah
diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam
peperiksaan itu dengan cemerlang.
Jawapan: Belakang parang jika diasah lagikan tajam (Orang yang bodoh jika diajar
akan menjadi pandai)

8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil
bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.
Jawapan: Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga (Jika tidak ada
kemampuan janganlah melakukan sesuatu yang kita tidak mampu lakukan)

9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan
menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
Jawapan: Bagai ikan pulang ke lubuk/ bagaikan belut pulang ke lumpur (balik semula
ke kampung halaman setelah lama tinggal di tempat orang)

10. Perbuatan Tong Kuan Yee menasihati kekasihnya yang bernama Wong Du Hou itu
supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh
Wong Du Hou.
Jawapan: Mencurah air ke daun keladi (membuat kerja yang sia-sia)

Jawapan Latihan 5:

1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki


komputernya tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat
digunakan sama sekali.
Jawapan: Bagaikan tikus membaiki labu (menjadikan sesuatu lebih teruk rosaknya)

2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk
memikat hati adik perempuan Santos yang cantik itu.
Jawapan: batu loncatan (menggunakan seseorang untuk mencapai sesuatu maksud)

3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan
berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing.
Jawapan: Bagai itik pulang petang (balik dalam keadaan berbaris-baris)

4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat
berambut panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan
kakinya patah.
Jawapan: ikut rasa binasa, ikut hati mati (melakukan perbuatan tanpa berfikir akan
menyebabkan kesan yang buruk)

5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak
menunjuk-nunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut.
Jawapan: Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi (Orang bijak yang tidak suka
menunjuk-nunjuk)

6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya
semakin sombong dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya.
Jawapan: seperti kaduk naik junjung (semakin berlagak setelah mendapat kenaikan
pangkat)

7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki,
pendatang asing mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.
Jawapan: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak / di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung (mengikut adat resam di mana kita berada)

8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali
janji-janji yang telah diucapkannya kepada mereka.
Jawapan: Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. (manusia
dipercayai jika menunaikan janjinya)

9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah


namun berita kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh daerah Cheras.
Jawapah: Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung (berita kejayaan yang
tidak seberapa tetapi menjadi riuh di seluruh tempat)

10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang
garang dan pandai bersilat itu.
Jawapan: Kecil-kecil cili padi (walaupun berbadan kecil tetapi amat berani)

Jawapan Latihan 6:
1. Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan. Ayahnya, Encik Poon Tan
Chook benar-benar kecewa akan tindakan anak kesayangannya. Encik Poon sentiasa
memenuhi kehendak Poon Ooi Yee dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Tindakan Poon Ooi Yee menjual kereta Mercedes milik Encik Poon tanpa
pengetahuannya sangat melampau. Hancur luluh hati isteri Encik Poon yang turut
menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak menyangka kebaikan yang telah diberi
kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas dengan perbuatan yang tidak baik tersebut.
Encik Poon berjanji akan menghukum anaknya yang tidak tahu mengenang budi dan
jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon Ooi Yee itu sungguh tidak bertanggungjawab.
Jawapan:
-anak emas
-bagai menatang minyak yang penuh
-susu diberi, dibalas tuba
2. Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana
bagi mereka, kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan
janji manis yang ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai
berkata-kata dengan menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi
jutawan sekiranya menjual tanah mereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau
bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa kerana pegawai itu tidak dapat
menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu separuh jalan.
Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat
disempurnakannya.
Jawapan:
-ada udang di sebalik batu
-tanam tebu di tepi bibir
-(cikgu lupa!!!!!!!! bagi kemudian)

3. Sikap Koh Shu Yin yang selalu ponteng kerja tidak disenangi oleh majikannya.
Rakan-rakannya telah menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan buruk itu tetapi
nasihat mereka sia-sia belaka. Malahan Koh Shu Yin mula berani tidur ketika
majikannya tiada di pejabat. Pada satu hari, perbuatan buruk Koh Shu Yin tidak dapat
disembunyikan lagi. Dia telah dimarahi oleh majikannya. Pada bila-bila masa sahaja dia
boleh dibuang kerja. Nasibnya kini bergantung kepada budi bicara majikannya.
Jawapan:
-curi tulang
-bagai mencurah air ke daun keladi
-bagai telur di hujung tanduk.
-
Jawapan Latihan 7:

1. Dalam keadaan sedih bercampur gembira, Lim Pei Pei akan menempuh alam
perkahwinan mendahului kakaknya yang sulung. Bakal suaminya pula bukanlah
sebangsa atau rakyat Malaysia tetapi berasal dari negara barat iaitu seorang rakyat
Perancis. Selepas berkahwin, bakal suaminya akan membawanya bercuti selama dua
minggu ke Eropah.
Jawpan:
-langkah bendul
-atas angin
-bulan madu

2. Setelah meninggalkan kampung halamannya lebih daripada 20 tahun, tiba-tiba Kou


Chee Pet mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi menabur khidmat
baktinya sebagai guru. Kata beliau, walaupun dia beroleh pelbagai kesenangan ketika
bertugas di bandar, namun keseronokan yang diperolehnya di kampung tidak sama
dengan keseronokan ketika bertugas di Bandar. Setelah kepulangannya ke kampung
itu, beliau telah menjadi tajuk perbualan masyarakat kerana beliau merupakan seorang
guru yang berdedikasi.
Jawapan:
-belut pulang ke lumpur/ ikan pulang ke lubuk
-hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
-(cikgu lupa!!!!!!! bagi kemudian)

3. Sikap Yow Weng Fai yang malas amat dibenci oleh ibu bapanya terutama dalam
aspek pelajaran. Sekali suruh barulah dia mahu memegang buku. Jika tidak, dia asyik
tidur. Cikgunya iaitu Encik Nazri sering menasihatinya bahawa semua pelajar boleh
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun seseorang itu
sangat lemah dalam pelajaran, namun jika mereka berusaha, mereka pasti akan
Berjaya. Perkara yang penting ialah seseorang itu mesti mempunyai kemahuan. Jika
kita tidak mempunyai kemahuan atau keinginan, sudah tentulah kita tidak akan berjaya.
Jawapan:
-seperti paku dengan penukul
-belakang parang kalau diasah lagikan tajam
-di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
JAWAPAN LATIHAN PERIBAHASA

Maksud peribahasa:

1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi


Jawapan: Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin merendah diri sifatnya.

2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang


Jawapan: Mengikut sifat orang berilmu yang suka merendah diri daripada bersikap
sombong.

3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali


Jawapan: Berbuat baik biarlah berpatutan tetapi janganlah berbuat jahat sama sekali.

4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama


Jawapan: Perkara yang selalu dikenang apabila seseorang telah tiada ialah nama
baiknya.

5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa


Jawapan: Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri dan masyarakat dan jangan
berbuat jahat.

6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau


Jawapan: Orang yang berketurunan baik, ke mana dia pergi akan menjadi baik juga
akhirnya.

7. umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga


Jawapan: Orang yang baik jika berada di mana-manapun akan dimuliakan orang juga.

8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan


Jawapan: Setiap perbuatan mesti dilakukan bersungguh-sungguh sehingga mendapat
hasil yang baik.

9. bagai lebah menghimpun madu


Jawapan: Orang yang sangat rajin mencari ilmu atau harta.

10. cepat kaki, ringan tangan


Jawapan: Orang yang rajin dan cekap bekerja.

11. genggam bara api biar sampai jadi arang


Jawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sehingga mendapat hasil.
12. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Jawapan: Kita tidak akan mendapat hasil jika kita tidak berusaha.

13. malas bergarit perut perit


Jawapan: Sikap malas berusaha akan menyebabkan kita mendapat kesusahan.

14. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan


Jawapan: Orang yang malas tidak akan maju.

15. seperti anai-anai makan kayu


Jawapan: Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin.

16. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang
Jawapan: Sesuatu hasil yang dihajatkan mestilah diikuti dengan usaha yang rajin
kerana rezeki tidak datang dengan sendiri.

17. bagai beliung dengan asahan


Jawapan: Perhubungan sahabat yang sangat rapat.

18. biduk berlalu kiambang bertaut


Jawapan: Dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada
penghasutnya.

19. buang yang keruh ambil yang jernih


Jawapan: Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik
sahaja.

20. cubit peha kanan peha kiri terasa juga


Jawapan: Jika orang yang rapat dengan kita mendapat kesusahan, kita akan
merasakan kesusahan itu juga.

21. enggang dengan enggang, pipit dengan pipit, baru boleh terbang bersama
Jawapan: Perhubungan yang sama taraf.

22. ibarat telur semangkuk/ sesangkar, pecah sebiji pecah semua


Jawapan: Jika seseorang ahli dalam sesuatu kumpulan mendapat susah, ahli yang lain
juga turut merasai kesusahannya.

23. ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu juga


Jawapan: Jikalau ada jodoh, di mana-mana pun akan ditemukan juga.

24. jauh bau bunga, dekat bau tahi


Jawapan: Kaum keluarga yang tinggal berjauhan akan berasa rindu tetapi jika tinggal
berdekatan akan selalu berkelahi.
25. kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Jawapan: Sesuatu perkara tidak akan berlaku jika melibatkan seorang sahaja.

26. mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak


Jawapan: Hubungan anak dengan bapa yang sangat baik dan saling bertolongan.

27. seperti pungguk rindukan bulan


Jawapan: Seseorang yang sentiasa mengingati dan merindui kekasihnya.

28. ikut hati mati, ikut rasa binasa


Jawapan: Orang yang mengikut kehendak nafsu akan musnah hidupnya.

29. nasi sudah menjadi bubur


Jawapan: Perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak dapat diubah lagi.

30. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan


Jawapan: Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu pekerjaan agar
tidak menyesal kemudian hari.

31. sudah terantuk baru tengadah


Jawapan: Sudah ditimpa kemalangan barulah hendak beringat-ingat/ berhati-hati.

32. air yang tenang jangan disangka tiada buaya


Jawapan: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

33. alah membeli menang memakai


Jawapan: Biarlah membeli barang yang berkualiti dan lebih mahal harganya asalkan
barangan itu tahan lama.

34. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah


Jawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati.

35. biar titik jangan tumpah


Jawapan: Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak.

36. cencaru makan petang


Jawapan: Mendapat keuntungan atau kemenangan pada saat-saat akhir.

37. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar


Jawapan: Seseorang itu mestilah berhati-hati apabila bercakap atau memberi pendapat
tentang sesuatu perkara.

38. cicir dipungut, hilang di cari


Jawapan: Jangan membazirkan sesuatu makanan hanya kerana ingin berjimat.
39. ukur baju di badan sendiri
Jawapan: Berbelanja atau melakukan sesuatu perkara biarlah mengikut kemampuan
diri kita sendiri.

40. sediakan payung sebelum hujan


Jawapan: Berjaga-jaga lebih baik sebelum bencana atau perkara buruk berlaku.

41. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu


Jawapan: Sekali kita tertipu, akan membuatkan kita lebih berhati-hati.

42. seperti air dalam kolam


Jawapan: Orang yang bersifat dan kelihatan tenang.

43. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya


Jawapan: Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan
orang lain.

44. cacing hendak menjadi naga


Jawapan: Orang biasa yang cuba bertindak seperti orang besar/ berpengaruh.

45. membujur lalu melintang patah


Jawapan: Seseorang yang tidak takut pada halangan atau cabaran.

46. bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat


Jawapan: Mencapai kata sepakat.

47. hati gajah sama di lapah, hati nyamuk sama dicicah


Jawapan: Pengagihan yang adil dan sama banyak.

48. ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni


Jawapan: Perhubungan yang sama akrab sehingga susah dan senang sanggup
dihadapi bersama.

49. air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut
Jawapan: Kita hendaklah patuh pada adat dan undang-undang di tempat kita berada.

50. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung


Jawapan: Kita hendaklah patuh undang-undang dan peraturan di mana kita menetap.

51. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah


Jawapan: Semasa hidup kita mesti mengikut peraturan dan adat, tetapi setelah mati
kita akan mengikut hukum Tuhan.

52. kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya


Jawapan: Manusia akan dipercayai jika menepati segala janji.
53. masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek
Jawapan: Seseorang itu mestilah menyesuaikan diri dengan tempat di mana dia
berada.

54. seperti kerbau dicucuk hidung


Jawapan: Seseorang yang hanya tahu mengikut kehendak atau arahan orang lain.

55. seperti belut pulang ke lumpur


Jawapan: Orang yang kembali ke tempat asalnya setelah lama merantau.

56. seperti gagak pulang ke benua


Jawapan: Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah lama merantau.

57. seperti ikan pulang ke lubuk


Jawapan: Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah lama merantau.

58. setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga


Jawapan: Sejauh manapun seseorang itu merantau, akhirnya dia akan kembali ke
tempat asalnya semula.

59. jangan bermain di air keruh


Jawapan: Perbuatan yang negative janganlah ditiru.

60. ke tengah boleh, ke tepi pun boleh


Jawapan: Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

61. diam ubi berisi, diam besi berkarat


Jawapan: Orang yang berilmu biasanya diam kerana berfikir tetapi orang yang tidak
berilmu selalunya banyak bercakap.

62. bagaikan harimau sembunyikan kuku


Jawapan: Orang berilmu yang menyembunyikan kelebihan dirinya.

63. jauhari juga yang mengenal manikam


Jawapan: Orang yang bijaksana sahaja tahu menilai kelebihan sesuatu perkara.

64. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga


Jawapan: Sekiranya tiada ilmu untuk melakukan sesuatu perkara, lebih baik jangan
melakukannya.

65. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi


Jawapan: Orang yang sama taraf atau sepadan.

66. air yang dingin juga dapat memadamkan api


Jawapan: Kata-kata yang lemah lembut akan dapat meredakan kemarahan seseorang.
67. bagai menjaga intan dicanai
Jawapan: Kasih sayang yang amat tinggi.

68. karam sambal oleh belacan


Jawapan: Seseorang yang dikasihi tetapi merosakkan harta benda yang diberi
kepadanya.

69. kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan


Jawapan: Kasih ibu bapa terhadap anak-anaknya berkekalan selama-lamanya, tetapi
kasih anak kepada ibu bapa biasanya tidak tetap.

70. kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan


Jawapan: Mengasihi anak dan isteri biarlah berpatutan dan jangan terlalui dimanjai bagi
mengelakkan perkara buruk berlaku.

71. bagai menatang minyak yang penuh


Jawapan: Menjaga anak yang dikasihi dengan penuh kasih dan sayang

72. bagai ditatang di anak lidah


Jawapan: Orang yang terlalu kasih akan anak dan isterinya.

73. kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai seberang


Jawapan: Orang yang pandai membawa diri, ke mana-mana pun mereka pergi pasti
akan selamat.

74. pandai menyelam air dangkal


Jawapan: Orang yang pandai membawa diri

75. timba air mandikan diri


Jawapan: Berusaha sendiri dengan tidak mengharapkan pertolongan orang lain.

76. yang tegak disokong, yang lemah ditopang


Jawapan: Orang kaya dimuliakan manakala orang miskin diberi pertolongan.

77. bagai duduk dengan cupak dan gantang


Jawapan: Rakyat yang hidup di bawah kepimpinan yang adil.

78. seduit dibelah tujuh


Jawapan: Pembahagian yang sama rata.

79. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan terserak
Jawapan: Bijaksana dalam menyelesaikan masalah.

80. umpama jari di tangan ada bercincin ada tidak


Jawapan: Melaksanakan hukuman secara tidak adil.
81. nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati
Jawapan: Orang yang berkuasa dan bebas untuk melakukan apa-apa sahaja.

82. orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya


Jawapan: Setiap orang berkuasa di rumah masing-masing.

83. bagai kaduk naik junjung


Jawapan: Orang yang mengada-ngada.

84. bagai layang-layang terputus talinya


Jawapan: Hidup yang tiada berpedoman.

85. alah bisa tegal biasa


Jawapan: Kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah.

86. ditelan mati emak, diluah mati bapa


Jawapan: Terlalu sukar membuat keputusan.

87. beras secupak tak akan jadi segantang


Jawapan: Kehidupan seseorang atau kemiskinan yang tidak mungkin dapat diubah.

88. kerana nyamuk seekor kelambu dibakar


Jawapan: akibat marah akan seseorang, semua orang dipersalahkan.

89. bagaikan hidup segan mati tak mahu:


Jawapan: Hidup dalam keadaan ala kadar/ sesuatu yang tidak sempurna

90. bagaikan itik pulang petang


Jawapan: Berjalan dalam keadaan berbaris-baris dalam satu kumpulan

You might also like