You are on page 1of 10

Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010

Program Peningkatan Pencapaian Akademik


Secara umum, program utama yang menjadi asas kepada usaha semua guru di SMK. Narinang
untuk meningkatkan pencapaian akademiknya ialah:
i) Program Headcount semua tingkatan.
ii) Program Menganalisis pencapaian pelajar setiap kali peperiksaan /ujian topikal /Program
Excel diadakan. Antara bentuk analisa yang dilakukan ialah analisis item dan analisis
penguasaan pelajar bagi setiap mata pelajaran.
iii) Merancang strategi untuk menangani isu yang dikesan berdasarkan analisa yang yang
dilakukan. Program ini melibatkan panitia mata pelajaran, Guru Kanan Bidang dan pihak
pentadbir.

Ketiga-tiga program utama ini adalah selaras dengan perancangan strategik sekolah serta usaha-
usaha yang telah dinyatakan untuk mencapai tiga objektif utama School Improvement Program
(SIP).

Tiga Objektif Utama Peningkatan Akademik School Improvement Program (SIP)

Objektif KPI 2009 2010 2011 2012


1.1 - Meningkatkan pencapai Meningkatkan peratus lulus dan 61.2% GPS. GPS GPS
pelajar dalam peperiksaan PMR. meningkatkan kualiti pencapaian GPS 2.99 2.94 2.89 2.84
pelajar berdasarkan peningkatan
kualiti GPS
1.2 Meningkatkan pencapaian Meningkatkan peratus lulus dan 99.61% GPS GPS GPS
pelajar dalam peperiksaan SPM meningkatkan kualiti pencapaian GPS 5.57 5.52 5.47 5.42
pelajar berdasarkan peningkatan
kualiti GPS
1.3 - Meningkatkan pencapaian Pencapaian 100% kelulusan PNGK PNGK PNGK PNGK
pelajar dalam peperiksaan menjelang Tahun 2011 dengan 2.14 2.21 2.25 2.30
STPM. PNGK 2.25

Program Peningkatan Akademik Standard


Antara strategi standard yang telah dilakukan oleh semua panitia mata pelajaran dan telah
dilaksanakan sepanjang tahun 2010 untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam peperiksaan
awam adalah seperti berikut:
i) Program kelas tambahan bertujuan membolehkan guru menghabiskan sukatan pelajaran
mengikut takwim yang telah dirancang.
ii) Program latih tubi bertujuan membiasakan para pelajar dengan format soalan sebenar serta
melatih pelajar agar dapat memenuhi kehendak soalan.
iii) Program motivasi untuk mempersiapkan pelajar dalam aspek mental untuk menghadapi
cabaran menghadapi peperiksaan.
iv) Pendedahan mengenai teknik menjawab mengikut mata pelajaran bertujuan memantapkan
kefahaman dan kecekapan pelajar untuk menjawab mengikut kehendak soalan.
v) Membuat kajian tindakan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai kekuatan dan
kelemahan serta mencari penyelesaian berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran.
vi) Program Pecutan Terakhir – Program berbentuk latih tubi selepas Peperiksaan Percubaan
/Excel 2 menggunakan soalan-soalan bertaraf peperiksaan dari pada sekolah-sekolah
berwibawa seperti MRSM, SBP serta peperiksaan yang dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran
Negeri lain.
vi) Pemberian insentif seperti hadiah khas jika mencapai 7A dalam Peperiksaan PMR, 9/10A
dalam Peperiksaan SPM, 4A/5A untuk Peperiksaan STPM serta kupon yang boleh ditunaikan
di kantin jika mencapai sasaran dalam program headcount sekolah.
Program-program standard yang dinyatan di atas dirangka dengan matlamat untuk meningkatkan
pencapaian pelajar secara menyeluruh dari segi kualiti dan kuantiti. Oleh sebab itu bermula pada
tahun ini penekanan telah dibuat untuk menangani fenomena near miss cemerlang dan near miss
lulus khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia kerana ianya merupakan penentu kepada
peningkatan dalam pencapaian pelajar di dalam peperiksaan SPM.

Lain-lain Program Peningkatan Akademik


a) Mengadakan perkongsian pintar dengan membawa masuk guru-guru cemerlang /guru
berpengalaman dari sekolah lain untuk memantapkan pengetahuan /pengalaman guru di sekolah
ini. Ini penting bagi mata pelajaran yang baru ditawarkan seperti Pengajian Perniagaan.
b) Program near miss cemerlang dan near miss lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Program ini telah dibuat dalam dua fasa.
i) Fasa Pertama – Program dikendalikan oleh guru mata pelajaran masing-masing yang
diintergrasikan dalam masa pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul khas
yang dihasilkan oleh Encik Juilis Mokujal (GC).
ii) Fasa Kedua – Pelajar dikumpulkan mengikut kategori masing-masing (kategori near-
miss cemerlang dan kategori near-miss lulus) dalam satu program selama satu sesi
persekolahan dan dikendalikan khas oleh Encik Juilis Mokujal (GC) dengan bantuan
guru-guru Bahasa Malaysia yang lain menggunakan modul khas yang bersesuaian
dengan tahap pelajar.
c) Aktiviti-aktiviti sokongan mata pelajaran seperti lawatan sambil belajar serta aktiviti-aktiviti
sempena bulan jabatan seperti yang telah dilaksanakan oleh Panitia Ekonomi Asas, Panitia Sains
Pertanian dan Panitia Geografi.

Pencapaian Pelajar Tingkatan 5 Berdasarkan Peratus Lulus

120
100
80
60
40

20
0
BM BI MT Sn SJ PM

Semester 1 65 53.1 33.6 37.1 40.2 79.8


Excel 2 73.1 59.8 39.7 47.7 41.9 81.1
Sasaran 2010 98.8 76.2 86.2 93.2 83.1 94.3

Graf 1: Pencapaian pelajar secara perbandingan dalam 6 mata pelajaran teras Tingkatan 5,
Semester 1 dengan Excel 2/Percubaan Serta Sasaran Bagi Tahun 2010
150

100

50

0
ICT AddSn Pak Tw rIs PAI Muzik

Semester 1 92.3 71.9 10 0 40 60


Excel 2 73.3 15.6 13.8 100 57.1 60
Sasaran 2010 84.6 100 100 80 93.3 83.3

Graf 2: Pencapaian pelajar secara perbandingan dalam mata pelajaran Elektif Tingkatan 5,
Semester 1 dengan Excel 2/Percubaan Serta Sasaran Bagi Tahun 2010

150

100

50

0
GF PSV LKJ SPtn PDG EA ERT

Semester 1 72.5 92.4 15 32.5 23.5 79.4 63.4


Excel 2 85 98.9 35 40 14.3 70.6 80.5
Sasaran 90 96.8 100 65 97.2 80 100

Graf 3: Pencapaian pelajar secara perbandingan dalam mata pelajaran Elektif Tingkatan 5,
Semester 1 dengan Excel 2/Percubaan Serta Sasaran Bagi Tahun 2010
200

100

0
Fiz Kim Bio AddMath

Semester 1 77.4 16.4 72.7


Excel 2 22.6 16.4 50.9 8.2
Sasaran 2010 100 100 100 88.5

Graf 4: Pencapaian pelajar secara perbandingan dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 5,
Semester 1 dengan Excel 2/Percubaan serta sasaran bagi tahun 2010
Jadual 1: Analisa Pencapaian Pelajar Tingkatan 5 Berdasarkan Peratus
Penguasaan Pelajar Secara Perbandingan Dalam Peperiksaan Semester 1 dan
Excel 2

Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu

Add. Science
Pen. Moral
Matematik

Chemistry
Add Math
Sejarah

Physic
Sains
PSK
PJK
PAI
Semester 1 46.4 39.2 36 35.8 55.1 37.4 63.8 63.3 34.2 16 47.7 26.3 53.2
Excel 2 49.1 45.1 39.3 35.9 58.6 43.2 Nil Nil 37.4 14.8 33.7 30.8 29

Tasawwur Islam
Sains Pertanian
Ekonomi Asas
Prinsip Akaun

Perdagangan
Sains Sukan

Geografi
Biology

Muzik
ERT
PSV

LKJ
ICT

Semester 1 46.6 57.5 23.5 45 48.8 34 54 50.5 35.8 35 43.4 27.3 46.5
Excel 2 43 47.7 30 43.1 49.9 33 54 55.9 34 54 49.4 27.2 49

Berdasarkan rekod di atas, jika dinilai dari aspek peratus penguasaan didapati bahawa 53.8%
atau sebanyak 14 mata pelajaran menunjukkan peningkatan ketara berbanding 34.61% atau 9 mata
pelajaran merekodkan penurunan. Selain itu satu mata pelajaran iaitu Geografi mengekalkan peratus
penguasaannya manakala 2 mata pelajaran tidak dapat dibuat perbandingan kerana tidak ada data.

Peningkatan peratus penguasan dalam kebanyakan mata pelajaran banyak dibantu oleh
program-program panitia yang telah mereka laksanaka seperti yang dijelaskan dalam jadual berikut:

Mata Pelajaran Program Yang Telah Dilaksanakan Oleh Panitia Mata


Pelajaran
Bahasa Melayu a. Bengkel teknik menjawab soalan SPM
b. Ceramah Motivasi SPM
c. Latih tubi menjawab soalan modul
d. Program Bulan Bahasa Melayu dan Kemerdekaan
(Pertandingan Penghasilan Karya)
e. Program Near Miss Cemerlang dan Near Miss Lulus
Bahasa Inggeris a. English Month (Mac)
b. Action Research by English Teachers
c. 1 Teacher 1A Programme
d. Answering Techniques –SPM
e. Latih Tubi SPM
Sejarah a. Penggunaan Courseware Sejarah
b. Latih tubi
c. Penggunaan soalan-soalan dari sekolah berwibawa seperti
MRSM dan SBP
Pendidikan Moral a. Latih tubi berdasarkan soalan-soalan SPM tahun
sebelumnya.
b. Buku latihan khas untuk aktiviti lanjutan (Kerja Rumah).
c. Mengedarkan nota nilai-nilai dan definisi nilai
d. Perbincangan profesional guru-guru PM untuk
meningkatkan kaedah penyampaian dan keberkesanan pnp.
Matematik a. Analisis item – mengenalpasti tajuk /bab yang sukar
b. Teknik menjawab kertas 1 dan kertas 2
c. Pendedahan kepada soalan-soalan mirip peperiksaan
sebenar
d. Program pengukuhan pelajar near miss
e. Klinik matematik kepada pelajar lemah (asas) oleh guru
mata pelajaran.
Sains Sukan a. Program Latih Tubi
b. Aktiviti Praktikal di luar kelas (padang, gelanggang, mini
gim)
c. Kelas Tambahan
Pendidikan Muzik a. Folio Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
b. Latihan dalam kelas menggunakan Buku Kerja Muzik yang
berkualiti dan mengikut aras.
c. Pemeriksaan nota pelajar dan latihan secara berterusan.
d. Latih tubi soalan-soalan subjektif.
e. Latihan praktikal di luar jadual.
Tasawwur Islam a. Latih tubi soalan-soalan percubaan dari negeri lain (Perak,
Kelantan, Melaka dan Pahang).
b. Perbincangan terbuka antara pelajar senior (Tingkatan 5)
dengan junior (Tingkatan 4).
c. Program Kerja Rumah Semasa Cuti – Permuafakatan
(KRSC-P).
Jadual 2: Program-program Peningkatan Akademik Tingkatan 5 Kendalian Panitia Mata
Pelajaran

Di sebalik usaha-usaha yang telah dilaksanakan, beberapa mata pelajaran didapati masih
berada di bawah tahap yang diharap-harapkan. Berikut adalah faktor-faktor penurunan peratus
pencapaian bagi mata pelajaran yang mencatatkan penurunan.

Mata Pelajaran Faktor Penurunan Pencapaian


Additional Science a. Pelajar kurang bahan rujukan kerana penerbit tidak banyak
menerbitkan buku-buku berkaitan mata pelajaran ini.
b. Guru matra pelajaran tidak berjaya mendapatkan koleksi
soalan latih tubih dalam pasaran.
c. Pelajar kurang berusahan dan suka membuat persediaan di
saat-saat akhir.
d. Penggredan sekolah yang berbeza dengan penggredan
SPM.
Physic a. Soalan peperiksaan yang terlalu sukar terutama soalan
program Excel.
b. Soalan didapati tidak menepati standard peperiksaan SPM
yang mana terdapat penggunaan istilah physic yang kurang
sesuai.
c. Terdapat soalan (Program Excel) yang kurang jelas dan
mengelirukan.
d. Pelajar kurang bersedia.
Jadual 3: Faktor-faktor Penurunan Pencapaian Pelajar Tingkatan 5 Bagi Mata pelajaran
Yang Menurun

Satu cabaran yang belum diatasi sepenuhnya ialah kecenderungan pelajar yang tidak begitu
melihat program Excel sebagai sama penting dengan ujian yang ditadbir oleh sekolah sepenuhnya.
Bersadarkan maklumbalas guru-guru didapati bahawa ramai pelajar yang kurang berusaha dalam
peperiksaan Excel oleh kerana mengharapkan adanya peperiksaan sekali lagi yang ditadbir
sepenuhnya oleh guru-guru mereka. Persepsi ini banyak mempengaruhi pencapaian pelajar serta
keberkesanan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh guru-guru. Selain itu terdapat juga rungutan di
pihak guru mengenai kualiti kertas soalan Excel yang mengandungi banyak kelemahan seperti
mengandungi banyak kesilapan serta penggunaan istilah yang jarang-jarang digunakan dalam kertas
peperiksaan biasa. Walau bagaimanapun, bancian yang dilakukan oleh Pejabat Pelajaran Daerah
menunjukkan kebanyakan guru SMK Narinang bersetuju Excel dikekalkan.
Walau bagaimanapun, berdasarkan analisa peratus penguasaan ini terdapat petanda jelas
trend peningkatan yang kita harapkan akan berterusan dalam peperiksaan sebenar. Saya yakin,
berdasarkan pengalaman yang lalu, dan jika disandarkan dengan usaha-usaha yang kita telah
jalankan sepanjang tahun ini, pencapaian pelajar akan lebih baik dalam peperiksaan sebenar. Ini
kerana keputusan peperiksaan ini belum menggambarkan usaha keseluruhan guru oleh kerana kita
belum melihat hasil di bawah program ‘Pecutan Terakhir’ yang telah dijalankan selepas
Peperiksaan Percubaan /Program Excel 2.

Program Kendalian Guru Kanan Bidang Tahun 2010


Bidang Kemanusian

Bil Aktiviti Catatan


1 Menyemak/memeriksa Buku Rekod Mengajar 11 orang guru, Jan-Nov, 2010
2 Mesyuarat Jabatan Kemanusiaan 2 kali
3 Mengikuti mesyuarat Panitia 3 kali: Sejarah, Geografi, Sivik
dan Kenegaraan
4 Mencerap guru di bawah Jabatan Kemanusiaa 11 kali
5 Memeriksa stor PJK & Sains Sukan 1 kali
6 Memeriksa Bilik Muzik 2 kali
7 Mengadakan Kursus Skema Pemarkahan 2 kali Pendidikan Moral & Sejarah
SPM
8 Perbincangan Strategi PMR Geografi & Sejarah 2 kali
9 Memastikan Panitia menyiapkan analisis keputusan 2 kali - Semester 1, Excel 1 @
peperiksaan 2
10 Memantau P & P sidang petang 4 kali
11 Merancang dan memantau P & P khas pelajar-pelajar 2 kali
Islam SPM
Bidang Sains dan Matematik
Bil Aktiviti Catatan
1 Menyemak/memeriksa Buku Rekod Mengajar 16 orang guru pagi sahaja,
petang 14 orang guru buku
rekod diperiksa oleh penyelia
petang ( Jan-Nov, 2010)
2 Mesyuarat Jabatan Sains dan Matematik 2 kali
3 Mengikuti mesyuarat Panitia 2 kali: Sains, Matematik,
Kimia, Biologi, Sains
Tambahan dan
Fizik(penyelarasan sahaja
dibuat)
4 Mencerap guru di bawah Jabatan Sains Matematik 4 kali (pagi), 6 kali Petang
5 Memeriksa stor PPSMI 2 kali
6 Memeriksa makmal Sains 4 kali
7 Mengadakan Kursus Skema Pemarkahan 1 kali Sains dan Matematik-PMR,
SPM (Kemuanya dijalankan
minggu pertama hingga
minggu ke empat saptember
2010.
8 Perbincangan Strategi PMR Sains dan Matematik 4 kali Matematik(cg. Albert), 2
Sains (cg. Jerry)
9 Memastikan Panitia menyiapkan analisis keputusan 2 kali - Semester 1, Excel 1 @
peperiksaan 2
10 Memantau P & P sidang petang 8 kali Termasuk menyemak
penghantaran nota dan latihan
pelajar
11 Merancang dan pengendalian PBS-Mata pelajaran Sains, 3 kali – Prapersediaan,
Bio, Fizik dan Kimia Pengendalian, dan pemasukkan
markah untuk pelajar calon
SPM
12 Pemantauan penggunaan alat bantu P & P 4 Periksa Penggunaan rekod
penggunaan
13 Penggunaan makmal oleh guru-guru Sains 6 kali (Jan-Sept 2010)
14 Penggunaan peralatan makmal oleh guru-guru sains 10 kali ( Rujukan borang
pesanan alat)
15 Pemeriksaan fail panitia 2 kali (setiap kali mesyuarat)

Bidang Bahasa
Bil Aktiviti Catatan
1 Menyemak /Memeriksa Buku Rekod Mengajar 10 Orang Guru
2 Mesyuarat Jabatan Bahasa 3 Kali
3 Mengikuti Mesyuarat Panitia Panitia Bahasa Melayu 2 Kali
4 Mencerap guru di bawah Jabatan Bahasa 8 Kali
5 Memeriksa Bilik Bahasa Melayu dan SAL 4 Kali
6 Memantau P&P Sidang Petang 3 Kali
7 Program /Aktiviti Lain Jabatan
a. Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu
b. Seminar Teknik Menjawab Bahasa Inggeris
c. Bengkel Memeriksa Kertas Bahasa Melayu SPM
d. Bulan Bahasa
e. Aktiviti ‘Pecutan Terakhir’ untuk pelajar-pelajar
Tingkatan 5

Bidang Teknik dan Vokasional


Bil Aktiviti Catatan
1 Menyemak/memeriksa Buku Rekod Mengajar 6 orang
2 Mesyuarat Jabatan Teknik Dan Vokasional 2_____kali
3 Mengikuti mesyuarat Panitia 2 kali -Panitia KH & LKJ
4 Mencerap guru di bawah Jabatan Teknik& Vokasional 7 kali
5 Memeriksa stor KH 5 kali
6 Memeriksa Bilik Komputer 3 kali
Memeriksa bilik ERT 6 kali
Memeriksa tapak kebun Pertania 2 kali
10 Memantau P & P sidang petang 6 kali
11 Program /Aktiviti lain
a. Contoh: Bengkel /Seminar Teknik Menjawab 7 kali
b. Lawatan sambil belajar 1 kali. (Ekonomi Asas)
c. Bulan Teknik & Vokasional 1 kali

Cabaran Guru dan Aspek Yang Memerlukan Penambahbaikan Sepanjang


Tahun 2010
Di sebalik usaha semua pihak khususnya Jawatan Kuasa Kurikulum dan guru-guru yang
bertanggungjawab menterjemahkan perancangan strategik sekolah, masih banyak ruang yang boleh
ditambah baik pada masa hadapan. Antara yang penting diberikan perhatian ialah mengenai
keperluan latihan. Semua pihak yang terlibat perlu merancang bersama bentuk latihan yang perlu
untuk semua guru sama ada guru-guru senior mahupun guru-guru junior. Guru-guru junior perlu
dimantapkan dengan realiti sebenar dunia pendidikan manakala guru-guru senior perlu bersedia
membimbing guru-guru junior agar dapat bersama-sama melonjakkan pencapaian di sekolah ini.
Selain itu guru-guru senior juga perlu meneruskan pendidikan sepanjang hayat supaya tidak
ketinggalan dengan perubahan kurikulum dan ilmu-ilmu semasa. Pengetahuan yang dipelajari 15
tahun di maktab atau universiti tentunya tidak dapat dijadikan modal ilmu selama-lamanya. Oleh itu
guru-guru yang ada di sekolah ini dalam kategori ini perlulah proaktif meningkatkan pengetahuan
agar kekal relevan dengan perubahan kurikulum yang telah dilaksanakan serta tuntutan negara.
Sehubungan itu Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) perlu dirancang dengan baik.
Penggunaan Analisis Keperluan mungkin boleh digunakan sebagai instrumen untuk menentukan
bentuk latihan yang diperlukan guru supaya ianya dapat disisih mengikut prioriti. Dalam hal ini
input dari semua guru adalah penting supaya latihan yang benar-benar diperlukan oleh guru dapat
diperolehi. Menurut maklumbalas daripada guru-guru, latihan-latihan berbentuk perkaedahan dan
kemahiran menggunakan teknologi maklumat merupakan pilihan utama guru-guru. Saya percaya
dengan perancangan teliti, lebih banyak program latihan berkualiti yang dilaksanakan akan menjadi
realiti pada tahun-tahun akan datang.
Anggota Jawatan Kuasa Kurikulum khususnya Panitia Mata Pelajaran juga perlu
memainkan peranan dengan lebih proaktif. Berdasarkan laporan awal panitia pelajaran, selain
daripada panitia Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu serta sebilangan kecil panitia lain, didapati masih
terlalu kurang bermesyuarat secara formal. Terdapat panitia mata pelajaran pada tahun 2010 yang
hanya melaporkan sekali mengadakan perbincangan /mesyuarat formal. Saya percaya, perbincangan
profesional dalam kalangan panitia boleh menjadi penentu kepada kejayaan panitia mata pelajaran.
Perbincangan formal membolehkan perancangan dapat dibuat dengan teliti serta dapat dipantau
pelaksanaannya. Oleh sebab itu, jadual mesyuarat pada tahun 2011 telah dimasukkan dalam takwim
induk sekolah agar panitia dapat diingatkan untuk melakukan mesyuarat masing-masing.
Perbelanjaan Peruntukan PCG semua mata pelajaran pada tahun ini telah dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, pihak pentadbir mendapati masih memerlukan penambahbaikan khususnya
dalam pelaksanaannya. Sekali lagi panitia mata pelajaran dituntut untuk membuat perancangan
lebih jelas supaya peruntukan itu dapat memanfaatkan pelajar khususnya. Ini termasuklah
merancang perolehan yang benar-benar relevan dengan keperluan pelajar. Prosedur perlu menepati
peraturan-peraturan kewangan perlu dititik beratkan untuk mengelakkan masalah audit. Dalam hal
ini semua Guru Kanan Bidang dan Ketua Panitia perlulah menurunkan ilmu yang telah diperolehi
melalui bengkel-bengkel sebelunya untuk membantu pembantu tadbir memantapkan pengurusan
kewangan di sekolah kita.
Pada tahun ini, timbul juga dilema guru yang terpaksa meninggalkan sekolah kerana
bertugas di luar sekolah. Perkara ini sememangnya jelas khususnya kepada guru yang aktif dalam
sukan dan terpaksa menguruskan atlet sekolah dalam kegiatan sukan di luar sekolah. Selain itu
terdapat juga guru-guru yang telah mendapat kepercayaan sekolah lain untuk membantu
meningkatkan pencapaian pelajar mereka. Dari satu segi, situasi ini sememangnya tidak dapat
dielakkan. Guru-guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu mempunyai
tanggung jawab sosial untuk membantu rakan-rakan dari sekolah lain. Beberapa guru lagi dari
sekolah ini seperti mantan Ketua Panitia Bahasa Melayu, Encik Juilis Mokujal, Guru Cemerlang
Ekonomi Encik Choo Han Chyi, Penyelaras Mata Pelajaran Prinsip Akaun yang juga merupakan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Zamri Ahmad terus mendapat kepercayaan pihak Jabatan
Pelajaran Sabah (JPNS) dan sekolah-sekolah lain untuk mengendalikan ceramah dan bengkel bagi
membantu sekolah lain. Sebagai sebuah institusi pendidikan, sekolah juga tidak boleh menekankan
aspek kurikulum sahaja kerana pelajar juga mempunyai potensi lain dalam bidang ko-kurikulum.
Sepanjang tahun 2010, ramai pelajar sekolah yang turut cemerlang dalam kegiatan ko-kurikulum
seperti bidang olahraga, sukan dan permainan, koir, tarian dan sebagainya yang sudah tentu
mencapai kecemerlangan hasil bimbingan dan komitmnen guru. Tidak hairanlah terdapat
peningkatan bilangan guru yang bertugas di luar sekolah kerana diberikan kepercayaan oleh pihak
Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud untuk membantu menguruskan program JPNS di peringkat
daerah. Situasi ini sesungguhnya tidak dapat dielakkan tetapi langkah tertentu perlu dilakukan agar
ketiadaan mereka di sekolah tidak menghambat usaha pihak sekolah mempertingkatkan pencapai
pelajar di sekolah ini. Sebarang aktiviti luar yang melibatkan guru di sekolah ini perlu dirancang
sebegitu rupa agar tidak menganggu penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Peranan Guru Jadual Ganti dan Ketua Panitia amat diperlukan untuk mempastikan perlaksanaan
kurikulum tidak terganggu. Selain itu, mungkin sudah tiba masanya agar kita menguatkuasakan
arahan dalaman agar program guru memberikan ceramah di luar sekolah hanya dilakukan di luar
masa mengajar guru tersebut. Selain itu kira perlu mempertimbangkan situasi menang-menang
dengan mencari guru-guru pakar dari sekolah lain untuk membantu kita memantapkan perlaksanaan
kurikulum di sekolah ini.
Satu lagi isu yang perlu diambil perhatian ialah pengurusan Jadual Waktu. Sejak dahulu lagi,
kita sememangnya berusaha untuk memantapkan pengurusan jadual waktu tetapi semua pihak
haruslah memahami bahawa pengurusan jadual waktu bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai
sebuah sekolah Gred A dan mempunyai lebih 100 orang guru, memang agak mustahil kita dapat
menghasilkan jadual waktu mengajar yang benar-benar ‘zero rungutan’. Antara isu yang timbul
ialah pengagihan jadual waktu yang tidak seimbang dari segi bilangan masa mengajar, rungutan
guru yang tidak mendapat mata pelajaran opsyen, pilihan mengajar di sidang petang atau sidang
pagi, pilihan mengajar mata pelajaran peperiksaan dan bukan peperiksaan, mengelakkan diri
mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan banyak
lagi isu lain. Mulai tahun 2009, Jawatan Kuasa Kurikulum telah mengeluarkan dasar pengagihan
jadual waktu iaitu antara lainnya ialah memberikan suara dan peranan yang lebih besar kepada
Ketua Panitia untuk memilih guru yang sesuai dengan mengambil kira opsyen guru serta kesesuaian
dan pengalaman guru sebagai asas pemilihan guru mengajar. Pilihan itu turut diteliti oleh Guru
Kanan Bidang dan dibentangkan dalam Mesyuarat Pentadbir. Walau bagaimanapun pihak pentadbir
tidaklah dapat menjamin 100 peratus bahawa pilihan itu dapat memuaskan sepenuhnya guru oleh
kerana kekangan opsyen yang tidak menentu. Terdapat mata pelajaran yang mempunyai bilangan
opsyen lebih daripada sepatutnya manakala terdapat pula opsyen yang kurang atau tiada langsung
dalam sesetengah mata pelajaran.
Dalam tahun akan datang ini, pihak sekolah akan terus memberikan penekanan kepada guru-
guru yang mengajar di kelas-kelas menengah rendah dengan mengambil kira keperluan bagi
matapelajaran kritikal seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Ini kerana
penguasaan mata pelajaran ini dianggap penting dan juga merupakan kunci kepada kejayaan mereka
dalam peperiksaan PMR mahupun peperiksaan SPM. Pihak sekolah harus berusaha mengenalpasti
kualiti-kualiti guru yang dianggap pali sesuai diberi kepercayaan untuk membina kefahaman pelajar
mengenai mata pelajaran ini bermula dengan tajuk-tajuk awal. Selain itu, guru-guru yang
mempunyai kualiti tertentu yang boleh membangkitkan minat para pelajar mempelajari mata
pelajaran ini adalah asas yang kritikal yang akan menentukan kejayaan para pelajar di peringkat
selanjutnya.
Umum mempercayai sumbangan dan peranan masyarakat khususnya ibubapa dalam meraih
kejayaan yang lebih besar terhadap pendidikan anak-anak . Sepanjang tahun 2010, sekolah telah
mendapat sokongan dan bantuan Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) dalam pelaksanaan program yang
memerlukan penglibatan mereka. Salah satu program yang menonjol adalah Program Kerja Rumah
Semasa Cuti-Permuafakatan (KRSC-P) di mana pihak PIBG telah menaja kertas yang digunakan
untuk menjayakan program ini. Walau bagaimanapun, jaringan kerjasama ini perlu dipertingkatkan
dan diperluaskan. Sebagai badan yang mewakili kepentingan ibubapa PIBG boleh membantu pihak
sekolah dalam aspek kawalan disiplin. Selain itu mereka boleh membantu pihak sekolah untuk
mempertingkatkan tahap kehadiran pelajar terutama sekali kehadiran ke kelas tambahan yang masih
berada pada tahap kurang memuaskan. Memandangkan latar belakang ibubapa pelajar sekolah ini
yang berasal dari luar bandar dengan majoritinya bekerja sebagai petani dan penoreh getah,
kefahaman dan kesedaran ibubapa terhadap isu yang menyentuh kepentingan pendidikan, penjagaan
kesihatan serta pemakanan perlu didedahkan kepada mereka kerana semua perkara ini turut
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam bidang akademik.

Penutup
Secara keseluruhannya, Jawatankuasa Kurikulum dan semua guru telah melaksanakan tugas
sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, di sebalik usaha-usaha yang telah dijalankan, berdasarkan
penilaian dan maklum balas guru masih banyak ruang yang boleh ditambah baik untuk
memperbaiki pencapaian sekolah pada masa akan datang. Walau bagaimanapun sekalung tahniah
dan ucapan terima kasih wajar ditujukan kepada semua guru kerana telah berusaha memberikan
yang terbaik sepanjang tahun 2010. Keputusan peperiksaan PMR pada tahun 2010 baru-baru ini
yang mencatatkan peratus kelulusan sebanyak 69.14% berbanding 61.2% pada tahun 2009 serta
pertambahan bilangan pelajar yang memperolehi semua A dalam peperiksaan daripada 2 orang pada
tahun 2009 kepada 7 orang pada tahun 2010 adalah yang terbaik sekurang-kurangnya dalam 9 tahun
dan merupakan petunjuk peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti. Peningkatan ini membuktikan
komitmen guru serta kerjasama yang ditunjukkan untuk memperbaiki pencapaian sekolah dalam
peperiksaan awam. Pentadbiran sekolah khususnya pengetua yang telah memberikan penekanan
kepada aspek penganalisaan serta pembinaan strategi untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang
dikesan telah terbukti membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun, semua guru tidak harus
berpuas hati dengan kejayaan ini. Usaha-usaha sedia ada akan terus diperhalusi dipertingkatkan dan
akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

You might also like