You are on page 1of 31

CONTOH KAJIAN

TINDAKAN
1) TAJUK

MESTILAH MENGGAMBARKAN
ISU/MASALAH YANG INGIN
DIKAJI.DINYATAKAN DALAM
ORIENTASI TINDAKAN.
TAJUK MESTILAH RINGKAS,
TEPAT DAN PADAT
TAJUK

• MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMAHAMI SOALAN ESEI
MIKROEKONOMI MELALUI KAEDAH
PENGAJARAN BERASASKAN SOALAN
DAN KATA KUNCI.
2) NAMA PENYELIDIK

• RICHARD SAMIE KIOU


3) ABSTRAK

• Contoh: Kajian tindakan ini bertujuan untuk


meningkatkan kemahiran pelajar memahami
kehendak soalan esei Mikroekonomi STPM.
• Kajian ini melibatkan 9 orang pelajar daripada
Tingkatan 6 Atas Cerdas
• Kaedah kajian adalah melalui pemerhatian,P&P
berasaskan kepada soalan dan penekanan
terhadap kata kunci.
• Tempoh kajian ialah selama 3 bulan…
• Data dikutip dan dianalisis secara kualitatif
dan kuantitatif.
• Hasil kajian mendapati kaedah ini telah
berjaya meningkatkan bilangan pelajar
yang lulus..
4) Latar Belakang
Kajian/Refleksi P&P
• Dapat menerangkan konteks kajian secara
umum(pengalaman, situasi)
• Perasaan secara umum tentang permasalahan
yang ingin diperbaiki
• Reflek tentang diri sendiri
• Nyatakan secara umum dahulu. Apa yang
berlaku dalam kelas? Apa yang anda rasakan
sebagai seorang guru? Apa yang perlu
diperbaiki/diubah?
Contoh Latar Belakang..
• Sewaktu saya mengajar di kelas 6 Atas Cerdas bagi
matapelajaran mikroekonomi, didapati masalah
pelajar saya ialah tidak memahami kehendak soalan
esei.
• Buktinya, semasa saya membuat semakan ujian
setara pada bulan Mac, saya dapati pelajar memberi
fakta jawapan yang tidak menepati kehendak
soalan.Contoh: Huraikan faktor yang mempengaruhi
keanjalan permintaan. Kebanyakkan pelajar
memberikan fakta faktor yang mempengaruhi
permintaan sebagai jawapan.
Sambungan..

• Apabila melihat situasi ini, saya rasa bersalah


dan saya perlu memperbaiki kelemahan yang
ada pada pelajar dan diri sendiri..
• Adakah saya terlalu menumpukan kepada aspek
kandungan semata-mata sehingga tumpuan
kepada teknik menjawab soalan terabai?Apakah
teknik termudah dan menarik untuk membantu
pelajar menjawab soalan tanpa berlaku
penyelewengan fakta?
5) Pernyataan masalah kajian
tindakan
• Kenyataan yang menjelaskan masalah
sebenar. Fokuskan kepada satu isu. Apa?
Kenapa? Jika masalah ini tidak diatasi
apakah perkara-perkara yang dijangka
akan berlaku?
Contoh: Walaupun saya mengesan banyak masalah
yang dihadapi oleh pelajar saya,saya akan fokuskan
kajian saya ini ialah kepada masalah memberikan fakta
dan huraian berdasarkan kehendak soalan.
Walaupun pelajar mempunyai banyak fakta, tetapi jika
pelajar gagal menghubungkait kehendak soalan
dengan sesuatu topik, pelajar akan tetap memberikan
fakta yang salah. Fakta yang salah dianggap
menyeleweng dan tidak menghasilkan markah. Jika
tiada markah sudah tentu pelajar akan mendapat
gagal.
6) Objektif Kajian
• A) Objektif umum
• Saya dapat meningkatkan keupayaan pelajar
memahami kehendak soalan
• B) Objektif Khusus
• Pelajar dapat menyatakan fakta dan huraian
berdasarkan kehendak soalan
• Pelajar dapat menyatakan soalan itu daripada
tajuk yang mana
• Pelajar dapat mengenalpasti kata kunci soalan
7) Kepentingan Kajian

• Kajian ini penting dilaksanakan kerana..


• A) mengenalpasti kaedah pengajaran yang
sesuai bagi mengatasi kegagalan pelajar
memberi fakta yang berkaitan dengan kehendak
soalan
• B) kaedah ini boleh digunakan oleh
matapelajaran lain yang mengalami masalah
yang serupa dengan matapelajaran ekonomi
8) Tindakan yang dicadangkan
(Methodologi)
• Kajian dijalankan dengan langkah berikut:
• A) Analisis markah ujian setara untuk mengenalpasti jawapan
yang tidak menepati kehendak soalan
• B) mengadakan temubual dengan pelajar mengapa masalah
berlaku
• C) Mengubah kaedah pengajaran, dengan menulis tajuk
soalan esei dan diikuti dengan penyataan fakta dan huraian
fakta
• D) Membimbing pelajar memberi fakta yang tepat
• E) Menggariskan kata kunci dan menentukan kata kunci itu
berada di topik yang mana
• F) Peperiksaan semester 1 dijadikan sebagai alat pengukur
keberkesanan kaedah yang diperkenalkan.
9) Tindakan yang dijalankan
• Tindakan yang telah saya jalankan adalah seperti
berikut:
• Aktiviti 1: Menjalankan proses P&P Berpandukan soalan
dan Kata Kunci
• Langkah 1: Guru menulis tajuk pelajaran hari ini di
Papan hitam. Contoh: Huraikan 3 kebaikan Pasaran
Persaingan Sempurna[6m]
• Langkah 2 : Guru akan memberikan fakta yang
berkaitan dengan kehendak soalan berserta huraian dan
contoh yang sesuai
• Langkah 3 : Pelajar di minta mencatat fakta
• Langkah 4 : Selepas pelajar selesai menyalin fakta,
pelajar diminta membuat sebuah esei penuh berkaitan
dengan tajuk yang diberikan.
• Langkah 5: Guru memberi penekanan untuk membuat
ulangkaji(membaca jawapan esei) yang kerap agar
pelajar dapat mengetahui kehendak soalan berdasarkan
kata kunci, menyatakan fakta yang tepat juga secara
tidak langsung mengingati fakta.
• Langkah 6: Minta pelajar mengenalpasti soalan itu dari
topik yang mana.
• Langkah 7: Menggariskan kata kunci soalan
8) Mengumpul dan mengurus data
Data yang dikumpul dalam kajian ini ialah
Bil Nama Pelajar Markah Ujian Markah
Setara Peperiksaan
Semester 1
1 Azfar Arshad 35 55
2 Chrlley Wimik 37 54
3 Erda Sariman 45 55
4 Jessica Hong 35 56
5 Liza Hakim 22 40
6 Metahlyn Ogosie 44 58
7 Mohd Firdaus Sunsai 25 43
8 Raymond Solupin 12 54
9 Syivero Patrick 50 71
Bilangan pelajar yang lulus dalam ujian setara dan
Peperiksaan semester 1.
(markah lulus 40%)

Lulus Ujian Setara 3 orang pelajar


Lulus Peperiksaan 9 orang pelajar
Semester 1
Peratus lulus dan gagal dalam ujian setara
dan peperiksaan semester 1

33.3%
Peratus Lulus Ujian Setara
Peratus Gagal Ujian Setara 66.3%
Peratus Lulus Peperiksaan Semester 1 100%
Peratus Gagal Peperiksaan Semester 1 0%
9) Analisis Data
• Data-data yang dikumpul dalam kajian ini dianalisis
menggunakan analisis kualitatif dan kuantitatif. Analisis
kualitatif bermakna, kajian akan melihat perubahan
dalam diri pelajar. Guru akan membuat pemerhatian
terhadap perubahan tingkah laku pelajar. Manakala
analisis kuantitif akan mengambil kira bilangan pelajar
yang dapat menjawab mengikut kehendak soalan
sebelum dan selepas kaedah ini diperkenalkan. Oleh
kerana responden hanya 9 orang sahaja, pengkaji hanya
menggunakan program Microsoft Excel untuk tujuan
mengira peratus lulus dan gagal dalam ujian setara dan
peperiksaan semester.
10) Perbincangan
• Melalui kaedah pengajaran melalui soalan esei saya
memberi penekanan terhadap fakta yang tepat. Secara
tidak langsung pelajar telah membiasakan diri dengan
bentuk soalan sebenar. Dengan membuat ulangkaji
berterusan terhadap soalan dan jawapan yang disediakan
oleh guru, pelajar tidak akan memberi fakta yang salah. Ini
kerana, dalam soalan dan jawapan itu guru juga akan
menekankan kepada kata kunci dalam soalan. Misalnya,
soalan ”huraikan faktor yang mempengaruhi keanjalan
permintaan. Kata kunci soalan ini ialah ”keanjalan
permintaan” dan bukannya ”permintaan”.
• Huraikan kebaikan pasaran persaingan sempurna? Kata
kuncinya ialah kebaikan, sebab pelajar selalu keliru fakta
kelemahan dan ciri-ciri.
• Kajian tindakan ini telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang
positif. Jika sebelum kaedah ini diperkenalkan, daripada 9 orang pelajar, 6
orang pelajar memberi jawapan yang salah, tapi selepas kaedah ini
digunakan, 9 pelajar tersebut berjaya menjawab dengan betul. Ini adalah
hasil daripada mengikuti langkah-langkah pengajaran berasaskan soalan
dan jawapan. Walaupun 6 orang pelajar itu berada pada aras sederhana,
tetapi dengan menggunakan teknik ini, kemudian, kesemua pelajar ini
berjaya memberi fakta yang betul sesuai dengan kehendak soalan. Ini
bermakna sebelum kaedah ini diamalkan, bilangan pelajar yang berjaya
memberikan fakta yang betul hanya 33%. Selepas saya memperkenalkan
kaedah itu, hasilnya 100% pelajar berjaya menjawab dengan betul. Dalam
erti kata yang lain, fakta yang diberikan menepati kehendak soalan.
Walaupun pelajar tidak mencapai keputusan cemerlang dalam markah
peperiksaan semester 1, pelajar berjaya mengatasi masalah yang boleh
menyebabkan kegagalan. Sekurang-kurangnya pelajar telah berjaya
meningkatkan kemahiran dalam satu aspek yang penting dalam soalan
peperiksaan iaitu kemahiran memahami kehendak soalan dan memberikan
fakta yang sesuai dengan soalan yang dikehendaki.
• Selain itu, perubahan positif juga telah ditunjukkan oleh
pelajar melalui usaha mereka. Jika sebelum kaedah ini
diperkenalkan, mereka tidak mengurus nota mereka
dengan baik, kini pengurusan nota mereka lebih jelas dan
mudah difahami. Ini kerana mereka dapat menunjukkan
dengan jelas fakta-fakta dan bentuk soalan untuk
memudahkan pemahaman mereka.
• Amalan menggaris kata kunci soalan juga telah mula
dilakukan. Ini mengurangkan kemungkinan untuk
berlakunya kesilapan mentafsir kehendak soalan dan
seterusnya memberikan fakta yang salah dalam jawapan.
11.0 Refleksi

• Saya bersetuju bahawa kaedah yang


diguna dalam kajian ini berkesan. Kaedah
ini baik bagi pelajar, dengan syarat
mereka mesti bukan setakat pandai
menghafal tapi mengenalpasti soalan
tersebut berada di topik mana. Kaedah ini
terbukti berjaya membimbing pelajar
menjawab soalan mengikut kehendak
soalan.
• Antara kekuatan kajian tindakan yang saya lakukan ialah
kaedah yang saya gunakan menjimatkan masa kita
sebagai guru. Jika selama ini, tumpuan kita adalah untuk
menghabiskan sukatan pelajaran sahaja. Maka kita
kurang memberi latihan kepada pelajar. Kaedah ini
umpama 2 dalam 1. Pertama, kita memberikan ilmu
pengetahuan dan kedua, kita sedang memberikan
latihan. Malah tindakan susulan seperti menghasilkan
esei lengkap, membuat ulangkaji dan pembacaan
berterusan dapat membantu mengingat fakta dan
mengenalpasti soalan yang dikemukakan ini berada di
topik mana.
• Kaedah ini berkesan untuk pelajar dalam
aras sederhana dan lemah. Pelajar dalam
kategori ini boleh dibimbing sebaik
mungkin agar mereka mempunyai
kemahiran memahami kehendak soalan..
• Kaedah soalan dan jawapan sangat baik
untuk membiasakan diri dengan soalan
peperiksaan sebenar
• Antara kelemahan tindakan yang saya lakukan kajian ini ialah:
• Kajian ini memerlukan tempoh yang lama untuk menilai
keberkesanan dan kejayaan tindakan. Sebenarnya 3 bulan masih
belum mencukupi. Jika kajian ini dibuat untuk tempoh 1 tahun (2
ujian+2 peperiksaan), kebolehpercayaan kita terhadap kaedah ini
lebih tinggi.
• skop tajuk yang luas. Mungkin untuk 3 bulan, pengajaran belum
mencakupi semua sukatan pelajaran. Jadi keberkesanan kaedah
boleh dipertikaikan.
• Kaedah yang saya gunakan belum tentu boleh diaplikasikan untuk
semua mata pelajaran kerana setiap mata pelajaran mempunyai
format peperiksaan yang berbeza
• Kaedah ini hanya sesuai untuk pelajar aras sederhana dan lemah.
Pelajar pandai tidak memerlukan kaedah ini. Bagi mereka, sistem
pengajaran konvensional sudah memadai.
11.0 Keputusan Kajian ke arah
tindakan yang baru
• Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya
perolehi hasil daripada kajian tindakan ini, saya
berasa masih perlu melakukan kajian tindakan
dalam mengatasi masalah pembelajaran
terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami
oleh pelajar. Oleh itu, saya bercadang untuk
menjalankan kajian seterusnya berkaitan dengan
bagaimana meningkatkan prestasi Mikroekonomi
di tahap maksimum.
• Saya percaya, memang ada kaedah yang dapat memudahcarakan
pembelajaran Ekonomi. Sebenarnya, saya telah menemui sedikit
rahsianya. Ini kerana sejak tahun 2004-2008, saya dapati pelajar
akan mendapat gred yang lebih baik dalam Makroekonomi
berbanding Mikroekonomi. Contohnya tahun 2008, peratus pelajar
yang mendapat Makro lebih baik ialah 60.8% berbanding Mikro
hanya 6.5% dan 34.6% pelajar mendapat gred yang sama untuk
Mikro dan Makro. Tetapi tahun 2009, terdapat sedikit kejutan
berlaku. Peratus pelajar yang mendapat gred Mikro lebih baik telah
meningkat kepada 41.8% berbanding Makro turun kepada 37.2%.
Manakala peratus pelajar yang mendapat gred yang sama ialah
20.9%. Adakah ini hanya satu kebetulan? Saya akan teruskan untuk
menggunakan kaedah ini untuk meyakinkan saya bahawa kaedah
ini berkesan.
• Walau bagaimanapun, kajian ini masih
berterusan. Disamping mencari kepastian
bahawa kaedah inilah yang menyebabkan
pelajar mendapat gred Mikroekonomi yang
lebih baik, saya akan terus mencuba
kaedah baru dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dari masa ke semasa.

• Sekian
• Selamat mencuba..
• Terima kasih atas perhatian anda

You might also like