You are on page 1of 3

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

1. PENDAHULUAN
Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam tempoh
tiga tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami
banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu
amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan
sekolah yang lebih komprehensif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM
) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health
Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak,
Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS "
yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia
dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi
nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan
PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan
kesihatan sekolah.
2. RASIONAL
Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) adalah
berdasarkan rasional berikut :

Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu


2.1 diselaraskan di bawah satu program bersepadu
2.2 Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif serta
menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa
2.3 Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan
rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah
2.4 Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan
impak serta dapat dinilai keberkesanannya
2.5 Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan
antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan
Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu
dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu
Berdasarkan pernyataan di atas PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di
setiap sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk
melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti
3. MATLAMAT PBSS
Melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke
arah pencapaian wawasan negara.
4. VISI PBSS
Generasi yang berilmu, sihat dan progresif
5. MISI PBSS
Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan kesihatan
6. OBJEKTIF PBSS
Objektif PBSS adalah agar setiap sekolah dapat

Menetapkan polisi / dasar kesihatan sekolah


6.1
6.2 Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria ,
selamat dan sihat
6.3 Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara
hidup sihat
6.4 Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan
kesihatan supaya setiap warga sekolah yang bertanggungjawab terhadap
penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat
6.5 Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program
kesihatan sekolah
6.6 Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi

Menilai taraf kesihatan murid


6.6.1
6.6.2 Memberi khidmat rawatan dan rujukan
6.6.3 Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan
dan masalah kesihatan murid
6.6.4 Memberi penjagaan / rawatan kecemasan terhadap penyakit-
penyakit di sekolah
6.6.5 Mencegah dan mengawal kejadian penyakit
6.6.6 Mengenalpasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak
kurang upaya
7. TERAS UTAMA PBSS
Enam teras PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan
bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan
sekolah sihat adalah seperti berikut:

Polisi Kesihatan Sekolah sebagai sumber mempromosikan kesihatan


7.1
7.2 Persekitaran Fizikal Sekolah
7.3 Persekitaran Sosial Sekolah
7.4 Penglibatan Komuniti
7.5 Kemahiran Kesihatan Diri
7.6 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
8. PELAKSANAAN
PBSS hendaklah melibatkan seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat. Dalam
pelaksanaan PBSS, pendidikan kesihatan hendaklah dilaksanakan secara formal atau
tidak formal. Di samping itu warga sekolah hendaklah sentiasa mengamalkan amalan
kesihatan yang baik.Warga sekolah hendaklah memainkan peranan masing-masing
supaya PBSS dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan berkesan. Jawatankuasa
PBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh guru-guru dan pasukan kesihatan.
Jawatankuasa PBSS Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir

Pn. Rosalind Chan Leng Neo


Penasihat
Pengerusi Pn. Hjh. Zaiton bte Hj. Ahmad ( GPK HEM )
Setiausaha Pn. Maznah Adam
AJK Pn. Rozinah bte Mat Jizat
Pn. Goh Chin Guan
En. Chee Kiow Wee
En. Shahrani Tawil
Pn. Norazah bte Daud
Pn. Rahimah Din
Pn. Zamzura Azis
En. Kamarudin Abu Hassan
Pn. Siti Eisah bte Songip
En. Ilangovan
Pasukan Kesihatan Sekolah
Pasukan Kesihatan Gigi
9. PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya,
pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah yang
digunakan :

Rekod Kesihatan Murid


9.1
9.2 Rekod Rancangan Makanan Tambahan
9.3 Laporan Bulanan
9.4 Laporan Tahunan
9.5 Pengiktirafan kepada Kelas Terbersih
10. PENUTUP
Pelaksanaan PBSS adalah satu usaha untuk mempromosikan kesihatan di kalangan
warga sekolah. PBSS juga akan menjadi teraju utama dalam mencapai cita-cita
warisan budaya negara. Setiap warga sekolah bertanggungjawab mempastikan agar
PBSS dihayati. Melalui PBSS ini diharap akan lahir masyarakat yang mengutamakan
kesihatan dalam setiap aspek.

http://skbhilir.tripod.com/pbss.htm

You might also like