You are on page 1of 25

Penyelidikan Ilmiah/ Saintifik

Maksud penyelidikan :
Tuckman (1999): Penyelidikan adalah cara sistematik bagi mwndapatkan jawapan
untuk sesuatu soalan.
Kerlinger (1964) Penyelidikan saintifik adalah penyiasatan sistematik terkawal,
bercorak empirikal dan kritikal mengenai perhubungan di kalangan fenomena

Ahmad Mahdzan (1992): Penyelidikan adalah usaha-usaha bagi mencari jawapan


kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah.

Oleh itu boleh dirumuskan penyelidikan adalah satu usaha untuk menyelesaikan sesuatu
masalah khusus secara sistematik, terkawal, intensif dalam pengumpulan data secara
saintifik bagi menambahkan ilmu pengetahuan terkini dalam sesuatu bidang

Tujuan Penyelidikan

1. Penyelidikan dapat membantu manusia mencari makna dan kebenaran tentang


fenomena dunia. Kebenaran boleh terhasil daripada penyelidikan yang baik
(sistemmatik, saintifik dan dinamik) (Mohd Najib 1999).
2. Melalui penyelidikan juga kita dapat mengekploitasikan sumber kemanusiaan (sikap,
kemahiran, ilmu, kecerdasan dan amalan), membuat inovatif atau mereka cipta sesuatu
yang baru bagi tujuan memudahkan kehidupan manusia atau mengesahkan sesuatu
yang dianggap benar/ tidak oleh seseorang atau kumpulan manusia .
3. Menjadi tuntutan agama mencari kebenaran, (Al-Quran Surah Yunus, 36)
“Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melaiankan sesuatu sangkaan sahaja,
(pada hal)sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak
menentukan sesuatu dari kebenaran(iktikad). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”.

Ciri-ciri Penyelidikan saintifik/ ilmiah ( dalam Rusinah Joned 2002)


1. Penyelidikan sebagai proses yang saintifik iaitu sesuatu penyelidikan itu perlu
proses yang teratur, tersusun, dan mempunyai langkah-langkah yang harus
dipatuhi.

1
2. Sesuatu penyelidikan mestilah berorientasikan maslah. Penyelidikan hanya
dilakukan jika penyelidik merasakan wujud masalah dan menjadi keperluan
untuk dikaji maslah tersebut bagi menyelesaikannya.
3. Penyelidikan berbentuk empirikal iaitu kajian tersebut adalah merupakan
kombinasi antara pengalaman dan pengetahuan yang dilakukan mengikut
kaedah-kaedah tertentu (Simon 1969)

2
Contoh Jadual Ringkas Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan/ Proposal

1. PENDAHULUAN Pengenalan/Latar Pengenalan kepada isu


Kenapa, belakang masalah secara umum dan ikuti
Mengapa menjalankan perbincangan berkaitan
penyelidikan maslah yang dikaji secara
khusus.
Pernyataan masalah 1. Apa masalah yanh
hendak dikaji
2. Mengapa masalh itu
perlu dikaji
Objektif kajian/ Tujuan
penyelidikan dibuat kajian/penyelidikan
Persoalan kajian Apakah soalan yang
hendak diuji
Hipotesis kajian Jangkaan penyelidik
terhadap hasil kajian
Batasan kajian Apakah kekangan-
kekangan yang dihadapi
oleh oleh seseorang
pengkaji bila menjalankan
kajian
Definisi Istilah/takrifan Beri penjelasan sesuatu
sesuatu konsep/ penting konsep atau istilah
dalam sesuatu kajian
2. SOROTAN KAJIAN/ Sorotan yang berkaitan
TINJAUAN dengan isu yang dikaji
LITERATUR atau ada landasan
empirikL. Ada sorotan
yang mungkin menyokong
atau berbeza dalan hasil
dapatan yang hendak
dikaji
3. METODOLOGI Kaedah/ Prosedur Cara bagaimana
Bagaimana? Sampelan dan populasi Siapa yang dikaji
Siapa? Dan Tempat penyelidikan Dimana dikaji
Bila? Instrumentasi Apakah alat yang
digunakan untuk
mendaptkan data
kuantitatif/ kualitatif
Jangkamasa Bila masa dijalankan/
sertakan jadual
penyelidikan
4. Keputusan Pendahuluan Maklumbalas ringkasan
metodologi dan proses
Keputusan deskriptif Jadual dan graf tentang
sampel
Keputusan Inferensi Jadual dan graf merujuk
kepada populasi
5. Perbincangan dan Pendahuluan Nyatakan ringkasan
3
kesimpulan latarbelakang masalah,
prosedur dan keputusan
dalam bab 4,
Perbincangan hasil Membincangkan
dapatan keputusan denagn
membuat implikasi
berdasarkan sorotan
penulisan
Kesimpulan Sintesis dan penilaian
Cadangan Cadangan penyelidikan
akan datang,
Cadanagn pada pihak-
pihak tertentu

4
Proses membina permasalahan kajian atau pernyataan masalah.

Latar belakang masalah;


Dalam bahagian ini seseorang pelajar wajar terus membincangkan subjek yang hendak
dikaji atau senario yang berkaitan dengan masalah yang dikaji secara umum.

*Perlu diingat pelajar perlu terus membincangkan apa yang hendak dikaji secara umum
tanpa membincangkan senario yang besar secara panjang lebar tetapi senario yang
berkaitan apa yang hendak dikaji.

Membuat pernyataan masalah


Masalah yang hendak dikaji boleh di peroleh melalui pengalaman, pemerhatian ataupun
bacaan. Pada kebiasaannya bila membuat pernyataan masalah atau mencari masalah
yang di kaji seseorang individu wajar menanyakan beberapa soalan.
1. APA YANG HENDAK DI KAJI?
2. MENGAPA/ KENAPA IA PERLU DIKAJI?
3. APA PENTINGNYA KAJIAN ITU?
4. KEPADA SIAPA KAJIAN ITU RELEVAN?
5. BOLEHKAH IA DI KAJI?
6. APAKAH BATASAN -BATASAN YANG DIHADAPI?

Dari segi permasalahan yang hendak dikaji, terdapat pelbagai bidang yang boleh
dibuat kajian. Dalam konteks sekolah menengah bidang-bidang yang boleh dibuat
kajian adalah seperti berikut; (LIHAT LAMPIRAN YANG DIBERI)

Cuba kenal pasti masalah dan jawab soalan-soalan berikut:


1. APA YANG HENDAK DI KAJI?
2. MENGAPA/ KENAPA IA PERLU DIKAJI?
3. APA PENTINGNYA KAJIAN ITU?
4. KEPADA SIAPA KAJIAN ITU RELEVAN?
5. BOLEHKAH IA DI KAJI?
6. APAKAH BATASAN -BATASAN YANG PERLU DIHADAPI?

5
Objektif kajian.
Objektif kajian adalah ”Apakah yang hendak dicapai dalam sesuatu kajian”.
”Pada kebiasaannya, kita memulakan sub topik ini dengan
”Objektif kajian ini ialah”
1. Mengetahui jenis vitamin yang terdapat dalam 2 jenis makanan ringan misalnya
(kentang goreng dan keropok ikan)
2. Mengetahui adakah pertalian antara makanan ringan tertentu (kentang goreng
dan keropok ikan) dengan penyakit tertentu
3. Mengetahui kesan makanan ringan misalnya (kentang goreng dan keropok ikan)
Ke atas penyakit tertentu

Persoalan / Soalan Kajian (berkaitan dengan objektif kajian).


Persoalan kajian yang dibina harus merujuk objektif kajian yang hendak dicapai.
Contohnya:

1. Apakah jenis vitamin yang terdapat dalam makanan ringan (kentang goreng dan
keropok ikan) tersebut?
2. Adakah terdapat pertalian di antara makanan ringan (kentang goreng dan
keropok ikan) tersebut dengan penyakit?
3. Adakah terdapat kesan yang signifikan jenis makanan ringan dengan penyakit
tertentu?

Definisi Istilah/Definisi Operasi


Definisi istilah atau definisi operasi bermaksud pengkaji memberikan maksud
sesuatu istilah yang digunakan dalam konteks kajiannya.
Contoh:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan vitamin? Jenis vitamin?
2. Apakah maksud kentang goreng? kentang goreng yang macam mana? Yang
dikeluarkan oleh individu atau syarikat dibuat sendiri atau kilang dan lain-
lain.
3. Apakah maksud penyakit? Kumpulan penyakit ke atau jenis penyakit,
penyakit apa?

6
*Pendefinisian istilah yang tepat akan memudahkan seseorang pengkaji itu
mengkaji dan mengukurnya

PENYELIDIKAN SAINTIFIK

1. Pengenalan
Penyelidikan saintifik adalah penyelidikan yang dijalankan secara tersusun, sistematik
dan mempunyai pembolehubah yang terkawal. Penyelidikan saintifik bersifat empirik
iaitu perlu ada eviden tentang pernyataan-pernyataan yang dibuat melalui analisis data
dan maklumat yang dikumpul untuk membuktikan suatu hipotesis atau teori.
Penyelidikan saintifik melibatkan :
a) pengukuran
b) kebolehpercayaan (reliability)
c) kesahihan (validity)
d) kawalan pembolehubah
e) kerawakan (randomization) sampel
f) generalisasi hasil kajian

a) Pengukuran
Proses memberi nilai kepada pembolehubah untuk membolehkan pengkaji
membuat analisis data dan seterusnya dapat membuat kesimpulan bagi
penyelidikan yang dilakukan.

b) Kebolehpercayaan
Ciri-ciri pengukuran yang dapat memberi nilai atau gambaran yang sama apabila
diuji pada sampel yang berlainan. Walaubagaimana pun, semua pengukuran
terdapat ralat (error). Semakin kecil ralat yang diperolehi, semakin tinggi
kebolehpercayaan alat ukur (instrumen) yang digunakan. Contoh instrumen
kajian ialah soal selidik.

c) Kesahihan
Kebolehan suatu instrumen untuk mengukur pembolehubah tertentu. Contoh,
pembaris meter hanya sesuai untuk mengukur panjang dan tidak sesuai untuk
mengukur suhu. Oleh itu pembaris mempunyai kesahihan yang tinggi apabila

7
digunakan untuk mengukur panjang dan mempunyai kesahihan yang sangat
rendah jika digunakan untuk mengukur suhu. Pengkaji perlu mengenalpasti
instrumen yang digunakan mempuyai kesahihan yang tinggi untuk mengukur
suatu pembolehubah supaya data yang diperoleh lebih tepat.

d) Kawalan pembolehubah
Konsep asas penyelidikan saintifik yang lebih bersifat kajian berbentuk
eksperimen. Pembolehubah boleh dibahagikan kepada pembolehubah
manipulasi (manipulated variable), pembolehubah bergerak balas (responding
variable) dan pembolehubah yang dimalarkan (fixed variable). Pengkaji yang
ingin membuat kajian tentang keberkesanan baja organik kepada penghasilan
buah naga di Air Paabas perlu mengenal pasti dahulu pembolehubah-
pembolehubah yang terlibat. Kemudian mengkategorikan pembolehubah-
pembolehubah tersebut mengikut kajian yang akan dijalankan.
Bagi semua penyelidikan saintifik berbentuk eksperimen, pengkaji perlu
membuat satu ekperimen kawalan untuk melihat kesan sebenar keatas
eksperimen tersebut. Bagi melihat keberkesanan baja organik ke atas
penghasilan buah naga, kita perlu ada sebatang pokok buah naga yang tidak
diberi baja organik. Satu pokok lain diberikan baja. Kemudian pengkaji akan
bandingkan penghasilan buah naga dari kedua-dua pokok tersebut.

e) Kerawakan sampel
Teknik pemilihan sampel secara rawak berasaskan semua sampel mempunyai
kemungkinan yang sama untuk dimasukkan dalam kumpulan eksperimen atau
kumpulan kawalan. Pemilihan sampel yang baik secara rawak dapat
menghasilkan suatu kajian yang representatif kepada satu populasi di mana
kajian dilakukan.

f) Generalisasi hasil kajian


Biasanya diperoleh di akhir kajian yang memberi gambaran sama ada
kesimpulan kajian yang dihasilkan dapat mewakili (representatif) kepada
kumpulan sampel atau populasi yang berlainan. Hasil kajian yang dilakukan
boleh dibuat generalisasi yang baik jika perkara-perkara di atas telah diambil
kira sepangjang kajian itu berjalan atau dilakukan.
8
2. Keperluan Penyelidikan Saintifik

Penyelidikan saintifik memerlukan beberapa perkara seperti :


a) teori
b) pernyataan masalah
c) hipotesis
d) Bantuan dan peralatan
e) Bebas daripada bias

a) Teori
Penyelidikan saintifik memerlukan teori yang melibatkan konsep, definisi secara
operasi , eviden dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tentang
suatu fenomena. Teori yang baik hanya ada satu idea utama yang mudah untuk
difahami dan ia merupakan dsasar penyelidikan saintifik. Teori dalam
penyelidikan saintifik dapat mengurangkan kekeliruan semasa hendak membuat
kajian

b) Pernyataan masalah
Pernyataan yang bertujuan untuk mengwujudkan satu keadaan yang
menggerakkan seseorang untuk menyelesaikan dan membahaskannya. Oleh itu,
pernyataan masalah perlu dilakukan secara lebih kritis.

c) Hipotesis
Perumusan jawapan sementara tentang suatu permasalahan dan berusaha untuk
mencari untuk mencari jawapan yang sebenarnya melalui eksperimen.
Penyelidikan yang baik biasanya mempunyai beberapa hipotesis untuk
dibuktikan kebenarannya. Hipotesis yang baik mempunyai ciri seperti berikut :
i) dinyatakan mengikut perkara yang hendak diteroka oleh pengkaji.
ii) jelas, sederhana dan terbatas.
iii) dapat diuji, diukur dan dibuat perbandingan.

9
d) Bantuan dan peralatan
Penyelidik perlu mendapatkan pelbagai bantuan dari pakar luar dan peralatan
yang canggih untuk mendapat keputusan yang lebih tepat. Perkara ini mungkin
memerlukan sedikit perancangan yang lebih teratur untuk mendapatkan data.

e) Bebas daripada bias


Penyelidikan memerlukan kebebasan mental dan materai untuk membuat kajian.
Tujuan penyelidikan ialah untuk mencari kebenaran. Oleh itu penyelidik perlu
mempunyai sifat ikhlas dan tidak bias (berat sebelah) semasa hendak membuat
kajian atau membuat keputusan. Sebagai seorang penyelidik ia harus
bertanggungjawab terhadap apa yang telah dikaji.

10
Contoh Penyelidikan Saintifik

11
PENGENALAN

Tinjauan literatur ialah mengkaji hasil karya yang pernah dilakukan oleh orang
lain. Tinjauan ini dilakukan berpandukan kepada bahan-bahan bercetak seperti buku,
jurnal, tesis, dan surat khabar. Buku dan jurnal dirujuk boleh didapati di perpustakaan.
Selain daripada bahan bercetak, tinjauan juga boleh dilakukan melalui media elektronik
dalam laman-laman web dalam internet.

Tinjauan literatur amat penting kerana ia dapat memberikan idea dan hala tuju
mengenai penyelidikan yang akan dilakukan. Umumnya ia ditulis mengikut susunan
subtopik tertentu mengikut minat dan kaedah yang dipegang oleh seseorang pengkaji.

Terdapat dua komponen utama dalam tinjauan literatur :

1. Kerangka teori (Theoritical framework)


2. Kajian yang berkaitan berdasarkan sesuatu tajuk penyelidikan

Manakala untuk kajian yang berkaitan, sekurang-kurangnya terdapat tiga gaya


penulisan:

1. Pemecahan subtopik kepada kajian dalam negeri dan luar negeri, atau
2. Pemecahan subtopik berasaskan pembolehubah-pembolehubah yang terlibat
dalam penyelidikan berkenaan.
3. Pemecahan subtopik mengikut objektif kajian

Jika penulisan berdasarkan pemecahan sub-topik kepada kajian dalam dan luar negeri,
maka, senarai susunan keutamaan adalah seperti berikut :

1. Tinjauan literatur tajuk sama dalam negeri


2. Tinjauan literatur tajuk sama luar negeri
3. Tinjauan literatur bidang sama dalam negeri
4. Tinjauan literatur bidang sama luar negeri
5. Tinjauan literatur tajuk hampir sama dalam negeri
6. Tinjauan literatur tajuk hampir sama luar negeri
7. Tinjauan literatur bidang hampir sama dalam negeri
8. Tinjauan literatur bidang hampir sama luar negeri

12
TUJUAN

1. memberi idea mengenai pembolehubah


2. mengumpul maklumat mengenai kerja-kerja penyelidikan yang telah dibuat.
3. mengetahui status kajian itu diluar.
4. memperolehi makna dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah.
5. mengenalpasti masalah sebenar
6. membina hipotesis kajian
7. merancang metodologi yang sesuai

STRATEGI PENCARIAN LITERATUR (LITERATURE SEARCH STRATEGY)

Kerja-kerja yang berkaitan dengan pencarian kajian literatur boleh menjadi sesuatu
yang menggembirakan atau membosankan.

• Bagaimana dan di mana kita harus bermula?


• Apakah strategi yang paling sesuai digunakan untuk mencari literatur yang
relevan?
• Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang telah sedia ada di perpustakaan untuk
kemudahan pencarian?

Terdapat banyak strategi yang telah digunakan oleh para pengkaji, tetapi tiada satu
pun yang terbaik untuk semua orang. Ini disebabkan oleh proses pencarian maklumat
banyak bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada pada seseorang. Ini
bermakna, seseorang yang langsung tiada pengetahuan asas tentang sesuatu topik
tertentu akan mempunyai titik permulaan dan urutan yang berbeza dengan mereka yang
telah biasa dan mahir.

Sesetengah orang lebih cenderung memulakan pencarian mereka dengan


menggunakan komputer (on-line database). Memang kaedah ini amat baik dan berguna,
namun ianya mempunyai beberapa kelemahan yang perlu disedari:

1. Hanya rujukan terkini yang boleh didapati melalui pencarian berkomputer,


kerana ia banyak bergantung kepada pengkalan data yang disediakan.

13
2. Sukar mendapatkan latar belakang dan overview yang lebih luas (broad
overview) tentang sesuatu masalah daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh
individu-individu tertentu.

Bagi sesetengah orang, sumber sekunder (secondary sources) seperti buku dan
ensaiklopedia, merupakan titik permulaan yang baik dalam proses pencarian maklumat
kerana ia dapat memberi gambaran yang lebih luas tentang sesuatu masalah atau topik
yang ingin dikaji. Seterusnya, sumber primer (primary sources) digunakan untuk
mengukuh dan memantapkan sesuatu idea atau dapatan yang diperolehi sebelumnya.

Secondary sources – sources of data in research in which an author has


evaluated and summarized previous research. Eg: text books, encyclopedias

Primary sources – Firsthand source of data in research; the original study.


Eg: Journals, Dissertation or theses abstracts.

14
ENAM LANGKAH DALAM PENCARIAN LITERATUR (SIX STEPS IN THE
LITERATURE SEARCH)

• Tulis pernyataan masalah


• Rujuk sumber sekunder (secondary sources)
o Ensaiklopedia
o Research reviews
• Tentukan descriptors
• Akses sumber preliminary (preliminary sources)
o Abstrak
o Indeks
o Bibliografi
o Sistem maklumat perpustakaan
o Pencarian berkomputer
ƒ Adjusting the scope of the search
ƒ Obtaining the primary sources
ƒ Personal computer
o Perkhidmatan lain di perpustakaan
• Baca dan rekod literatur
• Tulis sorotan literatur

(i) Menulis pernyataan masalah (Write the problem statement )

Pernyataan masalah perlu ditulis dengan lengkap (complete) dan jitu (concise).
Daripada pernyataan masalah, kita boleh tentukan persoalan dan objektif kajian.
Sebagai contoh, katakan seorang pengkaji ingin menyiasat perbezaan pengetahuan
matematik dan amalan pengajaran di antara guru berpengalaman dan guru baru. Antara
persoalan yang boleh ditimbulkan ialah:

Sejauh manakah tahap pengetahuan matematik yang dimiliki oleh guru berpengalaman
dan guru baru?

15
Adakah tahap pengetahuan matematik mempengaruhi amalan pengajaran ?
Apakah sumber pengetahuan matematik bagi seseorang guru ?

Persoalan-persoalan ini akan membantu pengkaji menjuruskan pencarian literatur yang


benar-benar relevan dan menyeluruh.

(ii) Rujuk sumber sekunder ( Consult secondary sources )

Langkah ini akan membantu kita mendapatkan overview bagi sesuatu topik.
Walau bagaimanapun ianya boleh diabaikan jika pengkaji telah memiliki pengetahuan
yang mendalam tentang perkara tersebut. Sumber sekunder seperti buku dan
ensaiklopedia akan membantu apabila seseorang pengkaji memiliki pengetahuan yang
amat terhad tentang topik yang ingin dikaji. Ianya akan memberi maklumat latar
belakang dan gambaran yang lebih luas hasil penelitian terhadap ringkasan beberapa
kajian terdahulu.

Antara sumber sekunder yang terkenal ialah :

Ensaiklopedia – Ensaiklopedia menyediakan satu gambaran keseluruhan bagi sesuatu


maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian dan ringkasan pengetahuan tentang
sesuatu bidang. Contoh ensaiklopedia ialah; Encyclopedian Of Educational Research,
Handbook Of Research On Teaching, Encyclopedia Of Physical Education, dll

Research Review – Research review adalah sumber maklumat yang terbaik kerana;

• Pengumpulan literatur terkini dalam research review telah disediakan oleh


mereka yang pakar dan berpengetahuan tinggi.
• Selain daripada koleksi literatur, pengarang juga telah membuat penerangan
yang kritikal dan mensistesiskannya dalam ringkasan yang bersepadu.
• Pengarang (reviewer) selalunya mencadangkan bidang-bidang yang memerlukan
kajian lanjutan.

Antara contoh research review ialah: Review Of Educational Research, Annual Review
Of Psychology, Psychological Review, dll.

16
(iii) Tentukan descriptors (Determine descriptors)

Descriptors adalah terma-terma yang boleh membantu untuk meneroka sumber


yang berkaitan dengan sesuatu topik. Untuk contoh kajian: An Investigation Of
Pedagogical Content Knowledge And Teaching Practices Among Experienced And
Novice Mathematics Teachers, antara descriptors yang jelas ialah; PCK (Pedagogical
Content Knowledge), teaching practices, mathematical knowledge, expert teacher,
subject matter knowledge, classroom practices, professional knowledge, dsb.

Descriptors boleh diklasifikasikan sebagai major dan minor. Descriptor major


seperti ‘mathematics expert teacher’ akan menjuruskan lagi hasil pencarian. Sebahagian
daripada pengkalan data (database) mempunyai descriptors yang tersendiri untuk
sesuatu topik.

(iv) Mencari sumber preliminary (Search preliminary sources)

Biasanya kita menggunakan sumber preliminary untuk mendapatkan sumber


primer, khususnya pencarian melalui komputer. Sumber preliminary biasanya terdiri
daripada abstrak dan indeks.

Abstrak – Abstrak ialah ringkasan yang padat (concise summary) bagi sesuatu hasil
kajian. Ianya merupakan sumber maklumat yang amat bernilai, khususnya kepada para
pengkaji. Antara sumber abstrak yang terbesar ialah; “Dissertation Abstracts
International” (http://wwwlib.umi.com/cresearch/main), yang mana mengandungi
abstrak bagi disertasi daripada kebanyakan kolej dan universiti di Amerika Syarikat;
“Psychological Abstracts”, “Resources in Education”, dan “Current Index to Journals
in Education”.

Indeks – Beberapa indeks menyediakan rujukan kepada majalah dan artikel jurnal yang
berkaitan dengan sesuatu topik khusus. Kebanyakan bahan abstrak dan indeks
mengandungi makalah jurnal dan kertas kerja persidangan. Terdapat juga judul-judul
yang meliputi buku-buku, penerbitan rasmi, dan filem. Antara contoh indek yang
digunakan secara meluas dalam penyelidikan pendidikan ialah seperti; ERIC1
(http://www.askeric.org), “Education Index”, “Social Science Index”, “Physical
Education Index”, “PsycINFO2”, dan “Current Content3”.

17
1
ERIC (Educational Resources Information Center) is the world's largest
source of educational information, with more than 1 million abstracts of
documents and journal articles on education research and practice. ERIC,
established in 1966, is supported by the U.S. Department of Education, Office
of Educational Research and Improvement, and the National Library of
Education. It also corresponds to the printed indexes Resources in Education
(RIE) and Current Index to Journals in Education (CIJE)
[http://www.askeric.org ]

2
PsycINFO – A computer search in the field of behavior science. PsycINFO
selects key words and lists appropriate titles, identifying authors and journals.

3
Current contents – This small weekly magazine, published by the Institute
for Science Information, contains the table of contents of journals published
recently within a general content area and divides journals by subarea.

Bibliografi – Bibliografi menyenaraikan buku-buku dan artikel berkenaan sesuatu


topik. Terdapat dalam berbagai bentuk, bergantung kepada bagaimana maklumat itu
disenaraikan. Semuanya mengandungi nama penulis, tajuk buku / artikel, nama jurnal,
dan maklumat penerbitan. Sebahagian daripada bibliografi adalah beranotasi
(annotated), iaitu mempunyai penerangan ringkas tentang nature dan skop sesuatu
artikel atau buku.

Perlu diingat bahawa seseorang pengkaji tidak wajar mengambil atau mencatat
bulat-bulat mana-mana rujukan yang terdapat dalam sesuatu buku atau artikel, tanpa
membacanya sendiri. Ini akan dapat meyakinkan kita bahawa sumber-sumber berkenaan
benar-benar wujud dan kandungannya relevan dengan topik kajian. Ingatlah bahawa :

• Penulis sebelumnya mungkin cuai dan memetik sumber atau sumber-sumber


yang tidak betul.
• Penulis sebelumnya mungkin memperolehi dapatan kajian yang terkeluar dan
berbeza daripada maksud penulis asal atau fahaman kita sendiri.

18
Antara contoh koleksi bibliografi ialah; “Annotated Bibliography on Movement
Education”, “Completed Research in Health”, “Physical Education”, dll

Sistem maklumat perpustakaan – Penggunaan kad katalog yang mengandungi


maklumat penulis dan subjek sudah dianggap ketinggalan zaman. Hampir semua
perpustakaan universiti pada hari ini telah menggunakan sistem pengkalan data
berkomputer dan berada dalam talian (on-line) serta boleh diakses di mana-mana. Kita
boleh memilih sama ada ingin membuat pencarian dengan berdasarkan nama
pengarang, judul buku, atau nombor panggilan. Status dan kedudukan buku-buku yang
dikehendaki akan dapat diketahui dengan mudah dan cepat. Antara sistem yang
digunakan oleh kebanyakan perpustakaan universiti ialah “On-line Public Access
Catalog” ( OPAC - TelNet ) / “Virtual Integrated Library System” ( VTLS ).

Pencarian berkomputer – Kemudahan perkhidmatan komputer telah memberi


sumbangan besar kepada bidang penyelidikan, khususnya dalam mencari kajian
literatur. Ianya menjadikan pencarian lebih sistematik, efektif, dan efisen. Terdapat
beberapa pengkalan data (database) yang boleh diakses melalui komputer peribadi sama
ada di sekolah atau di rumah. Pencarian boleh dibuat sama ada secara on-line atau
dengan menggunakan CD-ROM. Pengkalan data yang besar (seperti ProQuest dan
EBSCOHost) perlu dilanggan (subcribe), manakala beberapa terbitan lain boleh diakses
secara percuma.

Pencarian berkomputer secara on-line memerlukan kemahiran berikut:

• Penyelarasan (adjusting) skop pencarian dengan menggunakan “boolean”.


• Memilih artikel berkaitan dari sumber primer, menyimpan (save) dan edit fail
(artikel yang dipaparkan)
• Menggunakan kemudahan Internet seperti search engine (eg: www.google.com),
FTP, Newsgroup, e-group, dan sebagainya.

Perkhidmatan lain di perpustakaan – Perkhidmatan yang boleh didapati di


perpustakaan bergantung kepada institusi di mana anda berada. Selain daripada
perkhidmatan yang biasa (seperti katalog, OPAC, interlibrary loan, dan sebagainya),
kebanyakan perpustakaan universiti menyediakan koleksi CD-ROM terkini dalam
pelbagai bidang dan langganan-langganan terbaru dengan beberapa pengkalan data
secara on-line. Dapatkan kata nama (username) dan kata laluan (password) daripada
19
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) di universiti-universiti berkenaan, untuk akses
masuk ke pengkalan data atau jurnal tertentu. Sebahagian daripada pengkalan data dan
e-journal adalah untuk akses dalaman sahaja (accessible in campus only).

(v) Membaca dan merekod literatur (Read and record the liteature)

Setelah literatur yang berkaitan dibaca dan difahami, maka ianya perlu direkod.
Perekodan melibatkan proses menulis maklumat utama (spt: penulis, judul artikel/buku,
nama buku/jurnal, dan maklumat penerbitan) dan membuat ulasan serta abstrak bagi
setiap literatur yang terpilih. Ulasan dan abstrak yang baik umumnya mengandungi
sekurang-kurangnya lima bahagian utama:

1. Tajuk kajian
2. Tujuan dan hipotesis kajian
3. Metodologi
o Reka bentuk kajian
o Persampelan
o Instrumen
o Analisis statistik
4. Dapatan kajian
5. Perbincangan dan kesimpulan

Selain daripada mengguna kad-kad yang bersaiz 5” x 3”, maklumat utama, ulasan dan
abstrak boleh dikumpul dengan menggunakan perisian berkomputer. Contohnya: Biblio
Reference Manager

(http://www.biblioscape.com/downloadreq.htm).

Kaedah ini akan menjadikan segala kerja kita lebih mudah, sistematik dan terkini.

(vi) Menulis kajian literatur (Write the literature riview)

Setelah semua bahan literatur dikumpul, dibaca dan difahami sepenuhnya, proses
menulis boleh bermula. Kajian literatur biasanya mengandungi tiga bahagian utama:

• Pengenalan (Introduction)
• Isi (Body)
• Ringkasan dan kesimpulan (summary and conclusions)
20
KEMAHIRAN AKADEMIK
KAEDAH PENYELIDIKAN SAINTIFIK

REKA CIPTA

1. MENGENAL PASTI DAN MENGANALISIS MASALAH

BIL KRITERIA
1.1 Menyatakan masalah yang hendak
diselesaikan dengan jelas
1.2 Mengumpul data/maklumat yang Sumber data / maklumat
berkaitan dengan masalah dinyatakan
Borang soal selidik berkaitan
1.3 Menghuraikan data / maklumat dengan
tepat
1.4 Merumus masalah dengan jelas Dapat menghubungkait antara
data / maklumat dan masalah

Pernyataan Masalah
1. Terangkan situasi dan keperluan orang yang terlibat untuk menunjukan masalah
yang timbul.
2. Perlu menggunakan kata kunci untuk menerangkan situasi yang menjurus
kepada penyelesaian masalah:
Contoh kata kunci:
Susah/lambat/bahaya/sakit/penat/membazir tenaga/tidak tepat/tidak tahanlasak
3. Setiap pernyataan masalah mesti ada:
i.) Situasi masalah
ii.) Kata kunci

Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data:
„ disarankan mengumpul data melalui soal selidik sekurang-kurangnya 5 soalan
yang berkaitan dengan masalah yang dikenalpasti (soalan mesti dilampirkan)
„ perlu menyatakan tarikh,masa,lokasi
„ bilangan responden sekurang-kurangnya 30 orang
„ sediakna jadual hasil soal selidik bagi setiap soalan

Huraian Data
Pelajar perlu menghuraikan data yng diperolehi bagi setiap soalan samada dalm bentuk
„ peratusan
„ carta
„ graf

Rumusan Data
„ Rumusan mesti dapat menyokong masalah yang dikenalpasti dinyatakan dalam
bentuk peratusan atau bilangan :
„ contohnya : seramai 80% responden mengatakan tangan mereka tercedera
sewaktu mengupas durian
„ Peringatan : pelajar jangan sekali-kali menyatakan alat yang hendak dihasilkan
dalam bahagian ini
21
2. MEMBUAT PENYELIDIKAN DAN PENYIASATAN BERHUBUNG
DENGAN REKA CIPTA

BIL KRITERIA
2.1 Mengumpulkan data atau maklumat reka Nyatakan sumber data:
ciptaan yang sedia ada (inovasi) Maklumat / bahan bacaan /
ATAU media cetak / media
Mengumpul data/maklumat mengenai reka elektronik / pengalaman
ciptaan yang baru (penemuan baru) sendiri / pengalaman orang
lain / soal selidik / temubual

2.2 Menganalisis fungsi reka ciptaan yang


sedia ada dengan jelas (inovasi)
ATAU
Menganalisis teori-teori yang menerangkan
fungsi berkaitan (penemuan baru)

2.3 Menyenaraikan hasil dapatan daripada Wajib menyenaraikan


maklumat yang diperolehi sekurang-kurangnya dua reka
ciptaan dari segi kelemahan
dan kekuatan fungsi (untuk
inovasi sahaja)

2.4 Membuat rumusan daripada hasil dapatan


dengan jelas

Produk Sedia Ada


1. Setiap sumber rujukan dan data yang diambil mesti ada kaitan dengan
penyelesaian masalah yang telah dikenal pasti.
2. Menganalisis fungsi reka ciptaan yang telah dikenal pasti
3. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua (2) reka ciptaan dan menerangkan
tentang kelebihan fungsi dan kelemahan fungsi sumber rujukan itu.
4. Membuat rumusan yang menyokong kepada pembinaan produk baru bagi
mengatasi masalah yang telah dikenalpasti.

Penemuan Baru
1. Mengumpul teori-teori mengenai penemuan baru
2. Menganalisis teori-teori mengenai penemuan baru dengan menaplikasi teori /
prinsip hukum alam,
contoh :
Geseran/tekanan/gravity/apungan/sejatan/Tegangan/putaran/memontum dan
lain-lain.
3. Menyenarai maklumat yang diperolehi dari teori-teori yang dianalisis
4. Membuat rumusan mengenai teori-teori yang berkaitan dengan masalah yang
dikenalpasti.

22
3. MENJANA DAN MEMBENTUK BERBAGAI-BAGAI IDEA KE ARAH
PENYELESAIAN MASALAH

BIL KRITERIA
3.1 Mengenal pasti dua kaedah atau prinsip yang
berbeza dan menghasilkan idea dalam bentuk
lakaran berlabel
3.2 Menjana idea melalui lakaran perkembangan Sekurang-kurangnya dua
idea dijana
3.3 Mensintesis idea dengan menunjukkan hasil
gabungan dalm bentuk lakaran berlabel
3.4 Membuat perbandingan dari segi kefungsian Sekurang-kurangnya dua
idea yang digunakan berbeza dengan alat idea darisegi kekuatan dan
sedia ada. kelemahan fungsi.

Pelajar dikehendaki :-
• Menyenaraikan sekurang-krangnya 2 idea yang berlainan cara penyelesaian.
• Menjana setiap idea dengan lakaran belabel.
• Menerangkan fungsi idea secara ringkas dan jelas.

Langkah-langkah Penghasilan
• Menyatakan prinsip/idea/konsep/hukum am/hukum alam/sifat tabii dll.
• Bagaimana prinsip/idea/konsep/hukum am/hukum alam/sifat tabii dll berfungsi
dalm menyelesaikan masalah.

Sintesis Idea (Gabungan Idea)


1. Contoh : Saya menggabungkan Idea 1 iaitu pengisaran dengan Idea 2 iaitu
putaran kerana dirasakan pengisaran dan purata dapat menghancur serta
melupuskan kertas.
2. Bila disebut gabungan, ianya mestilah melibatkan lebih daripada 1 idea.
3. Pelajar perlu menunjukkan hasil penyataan gabungan itu dalam bentuk lakaran
berlabel.

Membuat Perbandingan Dari Segi Kefungsian Idea


− Sekurang-kurangnya dua idea dari segi kekuatan dan kelemahan fungsi
− Boleh dinyatakan dalam bentuk jadual atau lakaran berlabel.

4. Mencipta dan mereka bentuk reka ciptaan

BIL KRITERIA
4.1 Menghasilkan lakaran Menghasilkan ilustrasi melalui
perkembangan reka bentuk yang pandangan perspektif
berlabel
4.2 Mempamerkan gambaran awal reka
ciptaan yang berlabel
4.3 Menghasilkan lakaran reka bentuk Lakaran berlabel dan
sebenar secara terperinci berdimensi
4.4 Mengaplikasi rupa bentuk sebenar Menghasilkan ilustrasi
secara lukisan “rendering” berwarna

23
Lakaran Perkembangan Reka Bentuk
„ Pelajar perlu melakar perkembangan rekabentuk dan aspek seperti rekabentuk,
saiz, susun atur serta menerangkan pada bahagian yang difikirkan perlu.
„ Pelajar perlu juga menghasilkan lakaran dengan beberapa peringkat
perkembangan sehingga terhasilnya gambaran awal rekaciptaan.
„ SEKURANG-KURANGNYA 2 LAKARAN BERLABEL

Gambaran Awal Reka Bentuk


Pelajar perlu mempamerkan gambaran awal rekciptaan dalm bentuk 3 dimensi dengan
lakaran yang dilabelkan.
Ukuran dalm dan luar produk tidak dikira sebagai label.
Contoh label seperti tangkai, motor, suiz, penutup dll.
(TAK PERLU DIWARNA)

Menghasilkan Lakaran Reka Bentuk Sebenar Secara Terperinci


Lakaran berlabel dan berdimensi
TAK PERLU DIWARNA

Mengaplikasi Rupa Bentuk Sebenar Secara Lukisan


Menghasilkan ilistrasi berwarna

5. Perancangan pembinaan reka ciptaan

BIL KRITERIA
5.1 Menyediakan rekod kerja (diari) dan carta alir Carta alir menggunakan
kerja individu simbol yang betul

5.2 Menyenaraikan bahan / komponen yang sesuai


untuk pembinaan reka ciptaan

5.3 Menganggarkan kos pembinaan reka ciptaan

5.4 Memilih sistem dan fungsi yang berpotensi dan


berseuaian dengan reka bentuk reka ciptaan

Rekod Kerja dan Carta Alir


1. Menulis maklumat mengenai semua kerja-kerja penghasilan folio dan artifak
kedalam Jadual Rekod Kerja
2. Menyediakan carta alir kerja individu dengan menggunakan simbol yang betul
3. Kesalahan Umum :
• Jadual Kerja tiada pengesahan guru pembimbing
• Carta alir menggunakan simbol yang salah
• Pengisian maklumat dalam carta alir tidak menerangkan kerja individu
yang dilaksanakan
Bahan
1. Menyebutkan semua bahan termasuk komponen tambahan.
2. Menyenaraikan semua bahan/ komponen yang digunakan dalam penghasilan
prototaip, kuantiti/unit serta anggaran kos bagi setiap bahan
3. Bahan kitar semula atau guna semula atau percuma perlu juga dianggarkan
kosnya ( nilai skrap )
24
Kos Pembinaan
1. Komponen kos pembinaan ialah, Kos bahan, kos upah dan Kos sampingan
2. Kos pembinaan ialah kos untuk membina satu unit produk.
3. Kesalahan Umum
• Kos upah dan sampingan tidak dimasukkan

Memilih Sistem dan Fungsi yang Berpotensi dan Bersesuaian dengan Reka Bentuk
Reka Ciptaan
Contoh : sistem hidrolik, electromagnet, tuas dll

6. Pembinaan reka ciptaan

BIL KRITERIA
6.1 Menghuraikan langkah-langkah
pembinaan reka ciptaan dengan
lakaran berlabel
6.2 Menyenaraikan peralatan kerja
pembinaan
6.3 Menyatakan spesifikasi reka ciptaan -Fungsi
-Saiz
-Had kemampuan
-Dan lain-lain
(mana-mana dua)

6.4 Mencadangkan pengubahsuaian model Cadangan dari segi


berfungsi / prototaip proses/ kaedah / bahan

Langkah-Langkah Pembinaan Artifak


1. Lakaran kerja pembinaan yang penting mesti dilakarkan dengan berlabel
mengikut turutan kerja
contohnya cara mengimpal, memotong, dan lain-lain.
2. Sekurang-kurangnya 2 langkah pembinaan

Peralatan Kerja Pembinaan


• Menyenaraikan Peralatan
• Menerangkan Kegunaan

Spesifikasi Artifak dan Bahan


1. Spesifikasi sekurang-kurangnya 2 kategori
contohnya:
• Saiz/ukuran/dimensi
• had kemampuan
• komponen
• sumber tenaga

Mencadangkan Pengubahsuaian Model/Prototaip


Dari segi proses/kaedah/bahan

25

You might also like