You are on page 1of 15

LUKISAN

(a) Definisi Lukisan

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata
untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau
menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran
ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti
catan, kolaj, montaj dan cetakan.

Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti
pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan,
rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.

(b) Alat, Media dan Bahan

- Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras


- Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
- Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
- Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
- Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
- Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut
- Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
- Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
- Marker pelukisan (rendering marker)
- Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal
(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan

• Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
• Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
• - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
• Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia
terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk
lukisan pastel
• Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas
taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.

(d) Teknik

i. Coreng / conteng
ii. Garisan kontur
iii. Titik
iv. Pangkah silang
v. Garisan selari.
Menentukan Tema atau Subjek
(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan
(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa
(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio

Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa
aspek seperti berikut:
(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
(iv) Kesan cahaya pada imej
(v) Pembentukan bayang-bayang
(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)
(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding
CATAN

Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan
rata. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan
menggunakan berus. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama
ada yang nyata atau abstrak

Contoh karya

Alatan dan bahan

Jenis Warna
1. Warna Poster
2. Warna Air
3. Cat Akrilik
4. Cat Minyak
5. Cat Tempera
6. Cat Gouache

Bahan

- Berus warna
- Kanvas
- Kertas
- Kekuda
- thinner ( untuk cat minyak )
Proses catan

1. Buat lakaran kasar dengan pensel atau arang

2. Warnakan latarbelakang mengikut warna objek

3. Warnakan bahagian depan dengan warna yang lebih pekat. Gunakan berus yang
bersaiz sederhana.

4. Gunakan berus yang bersaiz kecil dan sederhana untuk proses memperincikan
jalinan pada objek- objek yang dilukis. Biarkan gubahan kering sepenuhnya.
5. Basahkan berus dan warnakan objek yang dijadikan fokus dengan lebih teliti.
Warnakan secara bertindih dengan ton yang semakin gelap. Perkemaskan kesan
jalinan. Kekalkan keadan harmoni, kontra dan penegasan pada objek yang dijadikan
fokus.

Contoh-contoh catan terkenal tempatan

Bathing at Asnieres, Georges Seurat, 1883.

The Sunflowers, Vincent van Gogh, 1888.


KOLAJ

Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal,


menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.Bahan yang digunakan untuk
menghasilkan kolaj adalah dari bahanbahan terbuang, jenis kekacang, berbagai
jenis kertas dan fabrik.

Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolajperlu fikirkan tema terlebih
dahulu. Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur
murid.

Alatan dan bahan

- Gam
- Pelbagai kertas
- Pisau dan gunting

proses

Penggunaan bahantara yang bersesuaian dengan tema


atau tajuk catan juga perlu diambil kira apabila menjalani
proses kolaj. Berikut ialah contoh teknik yang paling
mudah bagaimana seseorang itu boleh menghasilkan
sebuah kolaj:

 tema atau tajuk yang hendak dihasilkan supaya mesejnya sampai


 Sediakan dan racik/koyak/gunting bahan-bahan seperti kertas atau fabrik yang diperlukan untuk
kolaj tersebut.
 Dapatkan kertas pelbagai warna untuk menimbulkan kesan jalinan, harmoni, kontra pada kolaj
anda.
 Buat lakaran pada kertas lukisan untuk menyenangkan kerja-kerja menampal
 Sapukan gam pada permukaan kertas.
 Gam cebisan kertas atau fabrik mengikut gaya tersendiri untuk mendapatkan satu hasil kerja
kolaj yang baik
 Apabila sudah kering sapukan pula gam di atas lapisan pertama untuk menampal kertas bagi
menimbulkan kesan objek.
MONTAJ

Montaj ialah menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu


permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran,
kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar

 Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk
menghasilkan satu tajuk atau tema.
 Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal
satu bahan ke atas bahan yang lain.
 imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imej.
 Hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah,
cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.
 komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai
cebisan gambar dengan cara yang kreatif.
 Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara
satu sama lain.
 Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian
gambar atau imej.
Cetakan Stensil

Cetakan stensil merupakan kaedah yang paling mudah bagi pemula-pemula atau
pelajar-pelajar yang baru diperkenalkan dengan cetakan ini kerana bahan yang
digunakan adalah lebih mudah. Anda sebagai guru yang baru mengenali cetakan
juga boleh mempraktikkannya di sekolah. Pelajar-pelajar agak suka menghasilkan
kerja cetakan ini terutama sekali jika cetak pada kemeja T mereka

Peralatan dan bahan yang dikehendaki

sekuji (digunakan untuk mencetak)

Peralatan bahan yang diperlukan ialah:-


1. Skrin
2. Dye fabrik atau pewarna
3. Sekuji
4. Kain organdi (untuk diregangkan pada skrin)
5. Kain atau kertas untuk cetakan
6. Kertas (untuk melukis imej)
7. Cutter/pisau (untuk memotong imej)
8. Pita pelekat
9.Stepler gun
Proses

Sediakan skrin dengan meregangkan kain organdi dengan menggunakan stapler


gun. Pastikan kain tersebut benar-benar tegang

Lukis imej yang dikehendaki pada kertas seperti imej flora, tulisan atau logo tertentu.

Potong bahagian positif imej dan tinggalkan bahagian negatifnya.

Lekatkan imej yang telah siap dipotong tadi pada bahagian belakang skrin dengan
kemas dan lekatkan pita pelekat agar imej tidak tertanggal semasa mencetak
Skrin telah sedia untuk dicetak. Letakkan kain atau kemeja T di bahagian bawah
skrin, jika menggunakan kemeja T, pastikan bahagian dalam kemeja T hendaklah
dilapik dengan kertas tebal atau kadbod agar tidak terkena pada bahagian belakang
baju.

Tuang dye fabrik di atas hujung skrin sebanyak yang dikehendaki

 Cetak menggunakan sekuji, anda hendaklah memastikan skrin tidak bergerak-gerak


semasa cetakan kerana ini akan mengakibatkan imej yang dicetak akan rosak,
sekuji juga hendaklah dicondongkan sedikit bagi mendapat kesan yang sempurna.
Jangan cetak berulang-ulang kali kerana ini mungkin akan merosakkan imej atau
dye akan masuk terlalu banyak.

Karya cetakan yang telah siap


GOSOKAN

Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu
permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan
yang hendak dipindahkan.
Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar,
meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.

Teknik gosokan

• Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja


• Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama
secara berulang kali
• Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
• Gosokan secara pusingan
• Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
• Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja.
• Gosokan potongan kertas

Alat dan Media

 Media kering, pensil, pensil warna, kapur, arang.

 Kertas.

 Bahan yang digunakan ( mempunyai permukaan bertekstur )


RESIS

 Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-
warna basah dan contengan lilin.

Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal
atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.

Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di
atas permukaan kertas

Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke
permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.

Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan
lilin pada corak batik.

Contoh karya resis

Alatan dan bahan

- Lilin
- Kertas lilin
- Warna air
- Alatan cat air
proses resis

 Letakkan kertas lilin di atas kertas lukisan.

 Lukis secara kuat dengan memberikan tekanan pada permukaan kertas lilin tersebut
menggunakan pensel atau hujung kayu. Tekanan kuat pada kertas lilin ketika melukis akan
memindahkan lilin di atas kertas lukisan tersebut.

 Alihkan kertas lilin tersebut dan warnakan permukaan lakaran yang terdapat di atas kertas
lukisan dengan menggunakan warna-warna lembut. Kesan garisan lilin yang terdapat pada
permukaan kertas lukisan tersebut akan timbul dalam keadaan warna putih dan lutsinar.

 Melukis dengan menggunakan lilin paraffin atau lilin biasa akan menghasilkan kesan yang
sama juga.
MOZEK

Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan
tertentu di atas permukaan rata.

Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat
tetapi masih meninggalkan ruang latar.

Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi atau buatan manusia
mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.

Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam
sekolah dan pada bangunan- bangunan di luar sekolah.

Contoh mozek

Alat dan Media

 Berbagai jenis kertas seperti kadbod, kertas lukisan, kertas menaip, kertas nota, kertas surat
khabar, kertas binaan (construction paper).
 Berbagai jenis pelekat seperti gam biasa, gam putih, gam kayu, gam simen.
 Bahan semula jadi seperti bunga-bunga kering, berbagai daun kering, rumput
 Pelbagai jenis biji-bijian atau objek semula jadi
 Pensel, pen, tali,
 Kertas berbagai warna, kertas majalah berwarna, gambar-gambar berwarna

You might also like