You are on page 1of 12

SULIT SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2)

011
Bahasa
Malaysia
Kertas 1
Mac
2010
50 minit

UJIAN BULANAN
MAC 2010

BAHASA MALAYSIA
TAHUN 4

KERTAS 1
Lima Puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU.

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang
betul.

MARKAH

Kertas ini mengandungi 12 halaman bercetak [Lihat sebelah]

1
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat iaitu A,B,C dan D. Antaranya terdapat satu sahaja jawapan yang betul.
Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian pada kertas jawapan kamu,hitamkan ruangan yang mempunyai
huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih itu.

Soalan 1 hingga soalan 20.

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Yin Ning merebus keladi itu sehingga __________.

A mentah
B empuk
C nipis
D lemau

2. Encik Nathan ialah Guru Besar kami yang baru. Sebelum ini _____________
bertugas di sebuah sekolah di Pulau Pinang.

A ia
B dia
C beliau
D baginda

Soalan 3 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

3. Rusa itu ....................... hendak melepaskan diri daripada ranting kayu itu.

A tergapai-gapai
B meronta-ronta
C terkial-kial
D melonjak-lonjak

4. ___________lah ke majlis hari lahir saya pada hari Ahad nanti.

A Jemput
B Tolong

2
C Minta
D Usah

5. Janganlah __________ bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu
selesaikan.

A asyik
B tekun
C sering
D kurang

Soalan 6 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

6. Nizam sekeluarga beriadah di taman itu ___________ menikmati udara segar.

A dan
B lalu
C sambil
D supaya

7. Sayur-sayuran yang ditanam oleh Pak Samad sungguh __________ kerana


selalu disirami air.

A sihat
B ceria
C subur
D molek

8. Hukuman yang dijatuhkan kepada setiap pesalah itu diharapkan


supaya tidak mengulangi __________ yang sama.

A kesalahan
B kejahatan
C kezaliman
D kesilapan

3
9. Halim tetap dengan pendiriannya untuk berhijrah ke bandar __________
ditentang oleh ibunya.

A sementara
B walaupun
C sejak
D agar

Soalan 10 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

10. Arshad makan sepuluh __________ sate dan tiga __________ nasi himpit di
warung Mak Cik Gayah.

A batang ... potong


B cucuk ... ketul
C ketul ... ulas
D bungkus ... butir

11. Seramai lima orang murid miskin di sekolah ini akan menerima ___________
pakaian seragam sekolah sumbangan daripada PIBG.

A pendermaan
B pemberian
C anugerah
D bantuan
12. Budak lelaki itu dipanggil oleh pengawas kerana___________ gula-gula
getah semasa berada di dalam kelas.

A menelan
B menggigit
C mengerit
D mengunyah

13. “___________ hantarkan surat ini ke Syarikat Tuan Razak,” kata pengurus itu
kepada pembantu am pejabatnya.

4
A Harap
B Sila
C Tolong
D Minta

Soalan 14 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

14. Perajurit yang gagah berani itu telah _______________ sewaktu mempertahankan tanah airnya.

A pengorbanan
B berkorban
C terkorban
D dikorban

15. Tanah sawah itu ___________ kerana kekurangan air apabila tiba musim kemarau.

A kering - kontang
B segar-bugar
C pucat lesi
D basah kuyup

16. “Kalau ___________izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,”
sembah ahli nujum kepada sultan.

A tuan
B tuanku
C baginda
D beliau

17. Ketua kelas yang terpilih ini merupakan murid yang mempunyai kriteria ___________ dan berwibawa.

A pimpin
B pemimpin
C kepimpinan
D kepemimpinan

5
Soalan18 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

18. Pakaian ayah menjadi __________ kerana terkena tanah semasa dia menggembur tanah tersebut.

A compang - camping
B comot-comot
C calar-balar
D corak carik

Soalan 19 dan Soalan 20


Pilih kata seerti yang paling sesuai bagi kata yang bergaris.

19. Pengawas sekolah mesti melaksanakan tanggungjawab dengan cekap dan amanah.

A jujur
B rajin
C dedikasi
D tanggungjawab

20. Sonata Smart-Dodd merupakan orang yang mula-mula menyambut Hari Bapa.

A melangsungkan
B mengumumkan
C mengadakan
D meraikan

Soalan 21 dan Soalan 22

6
Pilih kata berlawan yang paling sesuai bagi kata yang bergaris.

21. Haris disayangi oleh guru-guru kerana sikapnya yang jujur dalam melaksanakan
tugasan yang diamanahkan.

A amanah
B curang
C mungkir
D sopan

22. Ketua kelas mesti memastikan murid-murid mematuhi disiplin.

A mengikut
B melanggar
C memungkiri
D melaksanakan

Soalan 23 dan Soalan 24


Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk penyataan dan tempat kosong di bawah ini.

23. Semenjak kematian isterinya, Encik Amri telah memelihara anak-anaknya


dengan penuh kasih sayang.

A bagai isi dengan kuku


B bagai duri dalam daging
C bagai melepaskan batuk di tangga
D bagai menatang minyak yang penuh

24. Tajul dan kawan-kawannya telah ___________ untuk pergi memancing di


kolam itu pada hujung minggu nanti.

A berat hati
B bulat hati
C ikut jejak
D kata putus

Soalan 25 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

25. I. Enjin kereta itu masih hidup walaupun dimasuki sedikit air hujan.
II. Hidup petani di kampung itu sangat susah sejak dilanda kemarau.
III. Nenek senang hidup api dapurnya untuk memasak nasi.
IV. Pokok bunga kertas itu masih hidup walaupun tidak disirami air.

A I dan IV
B II dan III
C I, II dan III
D I, III dan IV

7
Soalan 26 dan Soalan 27
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat yang diberikan.

26. Kerja membaiki jambatan yang rosak itu dilakukan oleh semua
penduduk kampung.

A Siapakah yang melakukan kerja membaiki jambatan yang rosak itu?


B Mengapakah penduduk kampung membaiki jambatan yang rosak
itu?
C Benarkah penduduk kampung bersetuju untuk membaiki jambatan
yang rosak itu?
D Bagaimanakah penduduk kampung itu membaiki jambatan yang rosak itu?

27. Di kampung, Mak Lijah sering berendam air mata.

A Bagaimanakah keadaan Mak Lijah di kampung?


B Benarkah Mak Lijag sering berendam air mata?
C Mengapakah Mak Lijah berendam air mata?
D Bilakah Mak Lijah berendam air mata?

Soalan 28 dan Soalan 29


Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.

28. Puan Mary meminta Marimutu datang awal ke rumahnya pada pagi esoknya.

A “Marimutu, lain kali datang awal pagi ke rumah saya,” nasihat Puan Mary.
B “Marimutu, datanglah awal ke rumah saya setiap pagi,” pesan Puan Mary.
C “Marimutu, esok kamu datang awal ke rumah saya,” kata Puan Mary.
C “Marimutu, mengapakah kamu datang awal ke rumah saya?” tanya Puan Mary.

29. Kata Siti kepada Wei Ling, “Baju ini dijahit oleh ibu saya.”

A Siti memberitahu Wei Ling bahawa baju itu dijahit oleh ibunya.
B Siti memberitahu Wei Ling bahawa ibu saya telah menjahit baju itu.
C Siti memberitahu Wei Ling bahawa baju itu dijahit oleh ibu Wei Ling.
D Siti memberitahu saya bahawa baju itu dijahit oleh Wei Ling.

Soalan 30
Pilih ayat yang betul.

30. I “Apakah yang kamu fikirkan, Hafiz?” tanya Lim.

8
II “Ibu juga memiliki insurans keluarga,” kata Puan Ani.
III “Ayah, inilah borang permohonan untuk membeli insurans?” tanya Nadia.
IV “Hanya saya yang memiliki insurans pelajar di sekolah ini,” kata Nadia.

A I dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C I , II dan IV sahaja
D I , II , III dan IV

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Encik Haiqal Izham selaku Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Tropicana, guru-guru, para ibu bapa, dan rakan-rakan pelajar sekalian. Pada
pagi ini saya akan menyampaikan syarahan bertajuk “Kebaikan Bersukan”.

Hadirin sekalian,

Banyak faedah yang diperoleh daripada aktiviti bersukan. Kebaikan yang paling nyata ialah
aktiviti ini boleh menyihatkan badan. Semasa bersukan, kita akan mengeluarkan peluh. Berpeluh
merupakan satu cara untuk menyingkirkan bahan buangan daripada badan. Selain itu, bersukan juga
boleh menguatkan jantung dan otot seseorang.

Bersukan juga boleh mengisi masa lapang seseorang. Melalui aktiviti bersukan, seseorang itu
akan dapat menghabiskan masanya dengan lebih berfaedah. Aktiviti ini boleh dilakukan apabila kita
mempunyai masa lapang atau pada hujung minggu.

Bersukan juga boleh merapatkan hubungan sesama kita. Kita boleh melakukan aktiviti ini
bersama keluarga, kawan-kawan, atau jiran tetangga. Aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini juga
akan membangkitkan perasaan saling menghormati.
Hadirin sekalian,

Sesungguhnya banyak lagi manfaat yang boleh diperoleh daripada aktiviti bersukan.
Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk memudahkan aktiviti ini dilakukan. Marilah
kita memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan.

9
Sekian, terima kasih.

31. Siapakah Haiqal Izham?

A Guru besar
B Pengerusi Majlis
C Tetamu jemputan
D Pelajar Sekolah Kebangsaan Tropicana

32. Bagaimanakah bersukan boleh menyihatkan badan?

A Mengubati penyakit
B Menguatkan jantung
C Membekalkan khasiat
D Mendapatkan kulit yang lebih cantik

33. Bersukan biasanya boleh dilakukan

A pada hujung minggu


B pada musim perayaan
C semasa mengunjungi rakan
D semasa diadakan pesta keraian

34. Berikut merupakan kebaikan bersukan, kecuali..

A menyihatkan badan
B mengisi masa lapang
C mengeratkan perhubungan
D boleh menjadi sumber pendapatan

35. Rangkai kata paling nyata dalam petikan bermaksud

A amat ramai
B amat tinggi
C amat cantik
D amat terserlah

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberi.

Kursus Kepimpinan Ketua Kelas Tahap Dua telah diadakan di dewan Sekolah Kebangsaan Seri
Indah, Selangor pada 12 Mac 2010. Peserta terdiri daripada ketua-ketua kelas dari lima buah sekolah.
Seramai 40 orang ketua kelas telah menyertai kursus kepimpinan tersebut.

Pada pukul 10.00 pagi, kami diminta mendaftarkan diri. Selepas mendaftar, sesi suai kenal
diadakan. Pada pukul 11.00 pagi, kami didedahkan dengan ceramah yang bertajuk “Peranan Ketua
Kelas dalam Era Siber”. Kami begitu tekun mendengarnya. Sejam selepas itu, kami menyertai
bengkel yang dibimbing oleh guru-guru yang berpengalaman. Pada pukul 1.00 tengah hari, kami
makan tengah hari di dewan makan sekolah tersebut.

10
Ceramah yang kedua pula diadakan pada pukul 2.00 petang. Ceramah yang bertajuk “Pemimpin
Berwawasan” amat bermanfaat untuk melatih kami menjadi ketua kelas yang bertanggungjawab dan
amanah dalam melaksanakan tugas.

Acara penyampaian sijil diadakan pada pukul 4.30 petang. Tepat pukul 5.00 petang, majlis
bersurai. Sebelum pulang, kami dijemput untuk menikmati minum petang.

36. Siapakah peserta yang menyertai kursus kepimpinan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Indah?

A. Ketua-ketua kelas Sekolah Kebangsaan Seri Indah.


B. Ketua-ketua kelas dari lima buah sekolah.
C. Ketua-ketua kelas tahap dua dari lima buah sekolah.
D. Ketua-ketua kelas tahap dua dari Sekolah Kebangsaan Seri Indah.

37. Bilakah bengkel “Peranan Ketua Kelas dalam Era Siber” diadakan?

A. 10.00 pagi
B. 11.00 pagi
C. 12.00 tengah hari
D. 01.00 tengah hari

38. Apakah manfaat yang diperolehi oleh peserta melalui ceremah “Pemimpin Berwawasan”?

A. Melatih peserta menjadi ketua kelas yang berwawasan.


B. Melatih peserta menjadi ketua kelas yang bertanggungjawab dan amanah.
C. Melatih peserta menjadi ketua kelas yang berani dan cekal.
D. Melatih peserta menjadi ketua kelas yang cemerlang dalam pelajaran.

39. Berikut merupakan fakta yang betul, kecuali..

A. Setiap peserta dikehendaki mendaftar diri pad apukul 10.00 pagi.


B. Bengkel dibimbing oleh guru-guru yang berpengalaman.
C. Sesi ceramah hanya diadakan pada pukul 2.00 petang.
D. Majlis tamat pada pukul 5.00 petang.

40. Rangkai kata suai kenal dalam petikan bermaksud

A. bengkel
B. ceramah
C. kudapan
D. orientasi

Disediakan oleh : Disemak oleh :

11
____________________________ _______________________________
(Puan Siti Zarina bt Md Israry) (Puan Asma binti Ibrahim)
Ketua Panitia Bahasa Malaysia

12

You might also like