You are on page 1of 4

BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI MALAYSIA.

Seperti di Amerika, Malaysia juga berkembang dengan pesatnya aktiviti perkhidmatan


Bimbingan dan Kaunseling. Ianya makin berkembang selepas mencapai kemerdekaan.
Sosiolasi, politik dan ekonomi Malaysia sentiasa berubah dengan pesatnya. Proses
urbanisasi dari desa ke kota dan dari perlombongan, perladangan mahupun pertanian
bertukar menjadi industri. Keperluan yang drastik ini melahirkan pelbagai cabaran
dalam Bimbingan dan Kaunseling. Keperluan aktiviti bimbingan ini merupakan
keperluan dan kemestian kepada negara.

Sistem pendidikan juga turut terlibat dalam perkembangan bimbingan ini. Contohnya
pada seawal tahun 60-an, banyak kelas-kelas bimbingan diwujudkan untuk
membimbing pelajar-pelajar supaya berjaya di dalam pelajaran. Kegiatan panduan ini
menjadi sangat penting bagaimana membantu pelajar-pelajar memilih kerja selepas
persekolahan. Di peringkat Kementerian Pelajaran , pejabat pelajaran negeri, daerah
dan sekolah sama-sama berganding bahu melibatkan diri dalam perkhidmatan panduan
ini.

Seawal tahun 60-an UNESCO telah memperakukan terhadap perkhidmatan bimbingan


ini di sekolah-sekolah di negara kita.  Pada tahun 1962 – 1963 seorang pakar
perunding dari Kanada telah datang ke Malaysia untuk memberikan latihan kepada
pegawai-pegawai kanan pelajaran. Pegawai-pegawai kanan ini pula memberikan
kursus-kursus  kepada guru-guru untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Guru-guru
yang mengikuti kursus ini akan menjadi kaunselor.

Di peringkat Universiti pula pada tahun 1981, beberapa universiti menawarkan program
pengajian peringkat bacelor yang dikenali sebagai Bacelor Pendidikan ( Bimbingan dan
Kaunseling ). Bimbingan dan Kaunseling kemudiannya terus berkembang sebagai satu
bidang pengajian di universiti-universiti di Malaysia.

Melalui pekeliling pada tahun 1985, Pekeliling KP ( BS ) 8591 / Jld. 11 ( 29 )


Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan sekolah-sekolah menubuhkan
Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah dan Pekeliling KP 1573 / 17 / Jld. 8 /   ( 78 )
pula menegaskan adanya bananda kewangan terhadap kegiatan Bimbingan dan
Kaunseling. Pada tahun 1996 diperuntukkan supaya di setiap sekolah menengah
mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa. Manakala di sekolah rendah pula
mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa bermula tahun 2002.

Perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah  berkembang dengan


pesatnya . Lahirnya kaunselor-kaunselor yang diiktiraf dan berkelayakan sehinggakan
wujudnya Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) yang didaftarkan pada tahun
1989. Tujuan –tujuan professional perkama ialah ;

 Memajukan amalan kaunseling secara professional


 Menggalak dan membantu penyelidikan dalam kaunseling.
 Menggalak pertumbuhan ilmu pengetahuan, kefahaman dan penerimaan
kaunseling dalam konteks pelbagai budaya di Malaysia.

 Memajukan perkembangan professional ahli-ahlinya.

 Memperteguhkan identity, harmoni, dan kerjasama di kalangan ahli-ahli yang


terdiri dari pelbagai disiplin melalui perkongsian maklumat dan pengalaman.

Dengan adanya PERKAMA bermakna profesion kaunselor telah diiktiraf setanding


dengan profesion-profesion yang lain. Akhirnya pada tahun 1998, Akta Kaunseling telah
diluluskan oleh kerajaan dan diwartakan pada 1 Disember 1998.

6.0 PERKEMBANGAN SEMASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


DI SEKOLAH.

Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran  (1979)


menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan Bimbingan dipertingkatkan lagi di
sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 1979 yang berbunyi:

“Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah


hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah
menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan
kerjaya sahaja”.

Sekarang ini terdapat satu jawatan khas di sekolah menengah dan rendah di sekolah
iaitu kaunselor. Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha
mengembangkan segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa dia di
sekolah. Di sekolah menengah dan rendah, Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu
tanggungjawab yang besar yang perlu dimainperanankan oleh seseorang kaunselor.

Setiap rancangan pendidikan seharusnya beroperasi dengan andaian bahawa setiap


penuntut mestilah berusaha untuk mencapai perkembangan peribadi yang maksimum.
Perkhidmatan pendidikan mestilah mengiktiraf matlamat-matlamat peribadi setiap
pelajar dan menolong mereka membuat rumusan dengan jelas dan realistik. Dalam
usaha memenuhi hak-hak pelajar itu, mereka yang terlibat mungkin akan menghadapi
beberapa masalah dan halangan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang
merupakan aktiviti yang berterusan akan menolong pelajar meneliti, menilai dan
memilih matlamat peribadi yang realistik serta memastikan mencapai matlamat yang
mereka perlukan.

Sebagai seorang kaunselor, ia berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dan


kaunseling dengan disokongbantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatat dalam buku Panduan
Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ada mengariskan
beberapa prinsip. Anataranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses
pendidikan, iaitu proses yang dirancang dan berterusan. Para pelajar mempelajari
pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat majmuk di
Malaysia.

Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang


pertolongan khidmat bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka berhak
mendapat pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa menuju
proses perkembangannya. Mereka dilayan untuk perkembangan potensi dan
kebolehannya supaya berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-
tahap dan perkembangannya.

Para pelajar akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan
menerokai tujuan hidupnya . Disamping menolong mereka memilih serta merancangkan
hidupnya dengan berkesan dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Oleh
itu pelajar akan tegas diri, boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-
tanduknya masa kini dan masa hadapan. Para pelajar diharap akan menyedari
kelemahannya dan kemudian dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya
melalui aktiviti pencegahan.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tugas bersama terutama


semasa melaksanakan program dan aktiviti bimbingan di sekolah. Para guru, pihak
sekolah, ibu bapa, dan rakan-rakan sebaya patut berkerjasama. Maklumat yang banyak
perlu disebarkan kepada pelajar. Juteru itu, kaunselor hendaklah mengenali diri
pelajarnya dari memahami pelajar itu secara menyeluruh.

Beberapa perkara yang perlu dikaji sebagai persediaan awal menghadapi tugas
sebagai kaunselor di sekolah ialah seperti populasi di sekolah, perkembangan sedia
ada kaunseling di sekolah berkenaan, masalah-masalah terdapat di sekolah, apakah
peranan yang boleh dimainkan sebagai kaunselor dan kesan kehadirannya sebagai
kaunselor di sekolah tersebut.

Dari segi populasi warga sekolah contohnya di sekolah menengah biasanya terdiri
antara 800 hingga 2000 orang pelajar. Bagi sekolah menengah gred A mempunyai
pelajar lebih 1200 orang, 80 orang guru dan 10 orang kakitangan. Manakala sekolah
menengah gred B pula pelajar dalam lingkungan 800 orang hingga 1200 orang, guru 40
orang dan staf 6 orang. Pelajar sekolah menengah terdiri dari pelajar yang meningkat
remaja dari umur 13 hingga 19 tahun. Sekolah harian biasa atau asrama penuh biasa
mempunyai pelajar kedua jantina. Sekolah campuran satu jantina sahaja mempunyai
permasalahan tersendiri yang perlu diselesaikan oleh seseorang kaunselor. Ini
merupakan cabaran kepada kaunselor kerana pelajar sekolah menengah ini merupakan
pelajar remaja yang mengalami perubahan psikologi yang mendadak menuju
kedewasaan. Pelbagai masalah wujud di kalangan pelajar, guru dan staff di sekolah
menjadikan kaunselor perlu berperanan sebagai orang tengah dan pencipta
keharmonian sekolah.

Berpandukan Perakuan di atas Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah


dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah. Namun masih banyak kelemahan dan
kekurangannya. Dengan wujudnya kaunselor sepenuhnya masa maka perkhidmatan
berikut dapat dilaksanakan.

Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan.
Pelajar dididik atau dibimbing untuk memiliki pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan
kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat di Malaysia.

Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan dan bimbingan


mengikut keperluan mereka tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau
kepercayaan.

Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi


perkembangan potensi dan kebolehan mereka secara optimum mengikut tahap
perkembangan dirinya.

Bimbingan dan Kaunseling berorientasi masa sekarang dan masa depan. Usaha-usaha
bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar itu lebih tegas diri, pandai
menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya dalam jangkamasa
pendek dan panjang.

Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakan


program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling semua pihak di sekolah dan pihak yang
berkenaan patut bekerjasama dan saling berunding antara satu sama lain.

Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling dengan


tujuan memelihara kebajikan pelajar.

Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijadikan rangkaian perkhidmatan membantu


bersama agensi-agensi luar dan badan sukarela sebagai satu usaha permuafakatan
dalam mengwujudkan suasana harmonis dan penyayang

http://www.angelfire.com/alt/afindi/bimbingan.htm#bimbingan ( 4 jan 2011, 11.35 a.m)

You might also like