Professional Documents
Culture Documents
Abstract : Pendidikan Negara bermatlamat menghasilkan modal insan seimbang dalam empat domain
utama; kognitif, psikomotor, afektif dan sosial. Kemahiran Keusahawanan pula merupakan antara
kamahiran penting dalam Kemahiran-kemahiran Insaniah (Soft Skills) yang harus dimiliki oleh pelajar-
pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Kajian dengan metod Analisis Kandungan (Content Analysis) ini
dijalankan untuk meninjau sejauh mana buku-buku teks bahasa Arab yang digunapakai oleh pelajar-
pelajar Fakulti Pengurusan & Muamalat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
mengandungi ciri-ciri kamahiran keusahawanan seperti keupayaan meneroka peluang, membangunkan
kesedaran tentang risiko (risk awareness), kreativiti serta inovasi dalam aktiviti berkaitan dengan
pengurusan perniagaan. Kajian ini mencadangkan supaya beberapa pindaan perlu dibuat terhadap
kandungan buku-buku tersebut terutama penambahan kosa kata, frasa dan ayat yang berkaitan dengan
bidang keusahawanan atau perniagaan. Contoh-contoh situasi yang ada kaitan dengan kehidupan dan
pengkhususan pelajar dapat menyumbang kepada peningkatan minat dan kemahiran bahasa mereka.
Justeru, pendekatan, reka bentuk buku serta kaedah penyampaiannya yang memenuhi keperluan, semasa
dan bersifat mesra pelanggan seharusnya dititikberatkan.
Pengenalan
Di antara faktor utama yang menyumbang kepada keberkesanan proses P&P ialah buku
teks. Buku teks yang baik dapat menambah minat dan kecenderongan pelajar untuk mengikuti
kursus yang ditawarkan, menghayati serta menerokai disiplin seterusnya menjejaki
perkembangan ilmu yang dibincangkan di dalamnya. Buku teks yang baik seharusnya disusun
dengan berasaskan kajian yang meliputi bahasa, konteks dan budaya. Buku yang berkualiti,
dengan mudah meraih sambutan pelajar jika sesuai kandungannya dengan peringkat umur, latar
belakang dan keperluan mereka.
Latarbelakang Kajian
Pertumbuhan ekonomi negara amat bergantung kepada modal insan terutamanya dalam
proses Malaysia mencapai status negara maju. Dalam tempoh RMKe-9, kerajaan amat
bergantung kepada modal insan yang dihasilkan oleh sistem pendidikan kebangsaan. Kerajaan
akan memastikan tidak ada pihak yang tercicir dari sistem pendidikan dan setiap pelajar yang
melalui sistem ini bukan sahaja dapat memenuhi kehendak pasaran dalam negara malah kehendak
peringkat antarabangsa. Menyedari kepentingan ini, kerajaan akan terus berusaha menggembleng
tenaga dengan pelbagai pihak yang berkepentingan untuk membangun modal insan yang bukan
sahaja mempunyai kecemerlangan akademik tetapi memiliki nilai-nilai insaniah.
Bagi tujuan pembangunkan modal insan yang mantap, RMKe-9 memberi fokus kepada
perkara berikut:
1. Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar
2. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan
3. Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan
409
Prosiding SKIKS 08
Strategi pelaksanaan supaya dapat memupuk para pelajar memiliki kemahiran dan
keterampilan ialah:
1. Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai jenis kemahiran hard and soft skills
2. Membina penampilan diri yang positif
3. Memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi
bahasa dan adab
4. Menekan aspek nilai murni termasuklah keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K)
dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti kokurikulum
5. Menekan aspek keselamatan, kebersihan dan kesihatan pelajar
6. Melipatgandakan program pembangunan insan bagi menangani gejala sosial melalui
penerapan nilai-nilai murni
7. Memantapkan program 3K.
Usaha yang sedang giat dijalan oleh pihak pengurusan Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam mengadunkan granduannya dengan 7 kemahiran insaniah
amat tepat pada masanya. Keutamaan dan kesungguhan dapat dilihat menerusi pelancaran
Formula 7K 7 Kemahiran Insaniah pada 26 Mac 2008 yang lalu. Antara mesej penting yang
dimuatkan dalam formula tersebut ialah (KUIS 2008: 7): “Dengan fokus kepada pembentukan
graduan yang berkemahiran (soft skills), formula 7K digarap perlu merentas perlaksanaan p&p
bagi menghasilkan output yang diharapkan disamping mengukuhkan lagi formula 6M sebelum
ini. Formula ini merupakan adunan pelbagai kemahiran yang dirasakan amat perlu dimiliki oleh
setiap bakal graduan. Malah formulasinya adalah berdasarkan pengalaman KUIS dalam
memenuhi permintaan dan keperluan semasa pasaran kerjaya. Ia juga amat relevan dengan misi
nasional untuk membangunkan modal insan berkualiti, Pencerakinan 7K dalam proses
pengajaran dan pembelajaran P&P yang merentas 4 domain (kognitif, psikomotor, afektif dan
sosial) mampu menghasilkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi pencapaian
akademik malah juga hebat dari aspek penampilan dan kebolehan individu. Dengan itu, proses
penerapannya perlu berterusan disamping sensitif terhadap perkembangan dan keperluan
semasa. 7K menjadi satu cabaran khususnya dalam kursus-kursus yang diketahui umum sebelum
ini secara tradisi sebagai khazanah klasik dunia Islam seperti ilmu Fiqh, Usuluddin, Tafsir dan
sebagainya. Bagaimanapun ia perlu diketengahkan dengan kerangka yang praktikal dan mampu
menangani keperluan masyarakat kini. Kebijaksanaan tenaga pengajar dengan bantuan silibus
pengajaran yang komprehensif mampu menggembleng pengalaman pelajar terhadap
kesinambungan ilmu dan amal, teori dan praktik serta matlamat dan cara. Justeru, keyakinan
ilmu yang mantap dan latihan amali atau praktikal yang cukup mampu mendorong ke arah
pembentukan sahsiah pelajar yang benar-benar versatil dengan keperluan masyarakat”.
410
Kemahiran keusahawanan
1. Human skills, non-technical skills, generic skills, essential skills, employability skills
2. A wide variety of basic knowledge, values, and life skills that are necessary to obtain
a job and keep it
3. Kemahiran yang dianggap penting bagi membolehkan seseorang pekerja untuk
berjaya –smarter not harder-.
Kemahiran Insaniah dapat diterapkan kepada pelajar-pelajar instutusi pengajian tinggi awam
atau sewasta melalui 3 kaedah pembangunan (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2006: 15-
16):
Melalui aktiviti formal P&P, Kemahiran Insaniah dilaksanakan menerusi dua model iaitu
model Matapelajaran Mandiri (stand alone subject) dan model Terapan (embedded).
Oleh kerana halaman kajian ini telah dihadkan, memaksa tumpuan perbincangan dan
kajian kertas kerja ini kepada keupayaan penerapan kemahiran keushawanan -salah satu
kemahiran insaniah- melalui model terapan. Kajian akan menumpukan penelitian terhadap
kandungan buku teks bahasa Arab yang digunapakai oleh pelajar-pelajar di Fakulti Pengurusan &
Muamalah KUIS mampu untuk menerapkan kemahiran keusahawan di kalangan pelajar.
411
Prosiding SKIKS 08
Pembelajaran
sepanjang hayat
Kemahiran
&pengurusan
berkomunikasi
infomasi
dan berpasukan
Pemikiran Kemahiran
Kritikal & pengurusan dan
Pendekatan keusahawanan
Saintifik
KEMAHIRAN INSANIAH
1. Kategori Mesti (must have): merupakan kemahiran yang mesti dimiliki oleh setiap
pelajar IPT. Jika kemahiran ini tiada, pelajar dianggap tidak kompeten.
2. Kategori Tambahan (good to have): merupakan kemahiran generik yang memberi
nilai tambah kepada pelajar. Jika kemahiran ini dimiliki bersama dengan kemahiran
kategori tambahan, ia boleh dianggap memiliki kompeten cemerlang.
412
Kemahiran keusahawanan
Para pengkaji telah menetapkan beberapa ciri penting bagi sebuah buku teks bahasa Arab
yang baik untuk pelajar-pelajar peringkat IPT di Malaysia seperti berikut (Ab Halim 2003: 238):
1. Objektif
2. Bersepadu
3. Peringkat pelajar
4. Latihan
5. Contoh
6. Konteks
7. Faedah
8. Perlu
9. Berperingkat-peringkat
10. Penting
11. Jelas dan senang
Ciri yang berkait dengan kertas kerja ringkas ini ialah ciri konteks (ciri ke-6). Maksud
konteks di sini ialah segala bentuk perkataan dan frasa yang hendak diajar mestilah diletak dalam
konteks yang sesuai, sama ada dalam konteks bahasa (linguistic context), konteks emosi
(emotional context), konteks situasi (situational context) atau konteks kebudayaan (cultural
context).
Atan Long (1980: 29) dalam gesaan beliau supaya pembelajaran perlu dikaitkan dengan
situasi kehidupan yang sebenar pernah menulis: sedapat-dapatnya pengajar hendaklah
mengadakan situasi yang sebenar pembelajaran, para pelajar hendaklah dibimbing untuk
menyedari bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di tempat belajar sebahagian daripada
kehidupan.
Dari keterangan di atas dapat dirumuskan bahawa ayat-ayat, frasa, kosa kata dan contoh-
contoh yang ada kaitan dengan kehidupan pelajar dapat membantu para pelajar
mempertingkatkan kemahiran bahasa mereka (Muhammad Haron Husaini 2007: 53).
Kajian ringkas ini terbatas skopnya dengan memilih dua buah buku yang telah disusun oleh para
pensyarah Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Buku tersebut sedang
digunapakai oleh pelajar-pelajar di Fakulti Pengurusan dan Muamalah KUIS. Deskripsi buku
yang menjadi subjek kajian ini adalah seperti berikut:
413
Prosiding SKIKS 08
Buku 1:
Judul buku : ﻛﺘﺎب اﻟﻠﻐﺔ اﻟﻌﺮﺑﯿﺔ ﻣﻨﮭﺞ ﻣﺘﻜﺎﻣﻞ ﻓﻲ ﺗﻌﻠﯿﻢ اﻟﻠﻐﺔ اﻟﻌﺮﺑﯿﺔ ﻟﻐﯿﺮ اﻟﻨﺎﻃﻘﯿﻦ ﺑﮭﺎ اﻟﻜﺘﺎب
BAR 2102/BAM2103 اﻟﺜﺎﻧﻲ
Penerbit : Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
KUIS
Bilangan Juzuk : 1
Matlamat Buku : Tiada
Panduan Pengajar : Tiada
Bahan Bantu : Tiada
Pendahuluan Buku : Tiada
Senarai Kandungan : Tiada
Saiz Buku : A4
Jumlah Halaman : 71
Jumlah Unit : 6
Halam dalam Unit : 9-15
Unit paling banyak Unit 6
halaman :
Unit paling sedikit Unit 3
halaman :
Judul-judul Unit ( ھﯿّﺎ ﻧﺘﻌﺎرفMari Berkenalan)
Buku 2:
414
Kemahiran keusahawanan
اﻟﺒﺤﺚ ﻋﻦ اﻟﻌﻤﻞ
ﻣﺸﻜﻼﺗﮭﺎ وﻣﻌﺎﻟﺠﺘﮭﺎ:اﻷزﻣﺔ اﻻﻗﺘﺼﺎدﯾﺔ
إﯾﺠﺎﺑﯿﺎﺗﮭﺎ وﺳﻠﺒﯿﺎﺗﮭﺎ:اﻹﻧﺘﺮﻧﺖ
Deskripsi di atas menunjukkan buku BAR 2102/2103 memiliki saiz dan jumlah halaman
yang sesuai. Jumlah unit dan halaman yang dimuatkan mampu dikendalikan dalam tempoh 14
minggu atau 42 jam. Beberapa halaman penting seperti senarai kandungan buku tidak dimuatkan
mungkin menyulitkan pengguna untuk mengesan tajuk, judul atau perbincangan tertentu dengan
pantas. Terdapat juga jurang perbezaan yang agak ketara antara jumlah halaman setiap satu unit,
sebagai contoh perbezaan antara jumlah halaman unit 6 hampir 100% lebih besar berbanding unit
3.
Judul-judul bagi ke enam-enam unit yang dimuatkan di dalam buku ini kesemuanya
berkonsepkan keagamaan kecuali unit pertama yang berlatarkan komunikasi.
Meskipun buku yang menjadi subjek kajian direka untuk pelajar-pelajar Fakulti
Pengurusan dan Muamalah, namun terdapat 1 sahaja frasa yang dapat dikaitkan dengan bidang
keusahawanan atau perniagaan iaitu frasa ( إدارة اﻷﻋﻤﺎل اﻟﺘﺠﺎرﯾﺔpengurusan aktiviti perniagaan).
Frasa tersebut dapat dikesan pada halaman 4 dan tidak berulang di lain-lain halaman.
Dua kosa kata yang berasal daripada akar kata yang sama didapati di halaman 22. Kedua-
dua kosa kata tersebut ialah ( زﺑﻮنpelanggang) dan pluralnya زﺑﺎﺋﻦ. Dua perkataan seerti ﺿﻤﻦ/ﺗﻜﻔﻞ
(insuran/jaminan) didapati sekali sahaja iaitu dalam halaman 60. Ke empat-empat kosat kasa
tersebut tidak berulang lagi di mana-mana halaman lain.
Terdapat kosa kata tambahan dalam ruang penyendal halaman 27 yang boleh dikaitkan
dengan keusahawana iaitu ( ﺳﻮقpasaran), tetapi kemunculan kosa kata ini seperti kosa kata-kosa
kata lain sebelum ini yang hanya muncul sekali sahaja. Di halaman 37, terdapat dua kata plural :
( دﻛﺎﻛﯿﻦkedai-kedai runcit) dan ( ﻣﺤﻼتpusat beli-belah).
Dalam bentuk ayat pula, terdapat satu ayat sahaja dalam latihan kemahiran bahasa
halaman 39: ( ﯾﻌﻠﻖ أﺻﺤﺎب اﻟﺪﻛﺎﻛﯿﻦ ﻋﺒﺎرات اﻟﺘﮭﻨﺌﺔ ﺑﺪﺧﻮل ﺷﮭﺮ رﻣﻀﺎنpemilik kedai-kedai runcit
menggantung ungkapan tahniah sempena ketibaan bulan Ramadhan) –pelajar dikehendaki
menambah kata kerja ﯾﻌﻠﻖditempat kosong-, manakala pada halaman 36 ayat yang sama dengan
sedikit pengubahsuaian berulang lagi dalam latihan berbentuk tanda alamat betul atau salah.
Buku 2 (BAR 3102) terdapat sedikit perbezaan dari sudut judul-judul bagi ke enam-
enam unit yang dimuatkan di dalamnya. Terdapat satu judul sahaja yang berkonsepkan
keagamaan iaitu unit pertama. Unit 2, 3, 4 dan 5 pula berkonsepkan pekerjaan, ekonomi atau
perniagaan manakala unit 6 berlatarkan komunikasi.
Terdapat perbezaan yang ketara antara jumlah frasa atau ayat yang berkaitan
keusahawanan dan perniagaan dalam buku BAR 3102 dengan BAR 2102. Jika frasa tersebut
jumlahnya satu sahaja dalam BAR 3102 tetapi peningkatan mendadak berlaku sehingga 31 frasa
dalam BAR 3102. Berikut adalah senarai frasa dan yang dapat dikaitan dengan bidang
keusahawanan atau perniagaan dalam BAR 3102:
415
Prosiding SKIKS 08
26
36
36
36
36
36
36
37
41
416
Kemahiran keusahawanan
58
58
63
63
63
Peningkatan ketara juga terdapat pada kosa kata yang dimuatkan dalam BAR 3102
berbangding BAR 2102. Terdapat 36 kosa kata yang boleh dikaitkan dengan bidang
keusahawanan atau perniagaan. Kosa kata tersebut adalah seperti berikut:
( ﺗﺮوﯾﺞhlm. 8/12), ( اﻟﺘﺠﺎرhlm. 10), ( اﻟﺘﺴﻮقhlm. 12), ( إﯾﺪاعhlm. 15/19), ( اﻟﻘﺮضhlm. 15/24), اﻻﺳﺘﺜﻤﺎر
(hlm. 15/21/22/24/27/36), ( ﺻﺮفhlm. 15), ( ﺗﺄﻣﯿﻦhlm. 15), ( ﻣﺼﺮفhlm. 16/22/40/49), ( اﻹدﺧﺎرhlm.
16/19/24/27), ( ﻣﻌﺎﻣﻼت16/18), ( اﻟﻤﻀﺎرﺑﺔhlm. 16/18/20/24), ( اﻟﻤﺮاﺑﺤﺔ16/18/20/24), ( اﻟﻤﺘﺎﺟﺮةhlm.
16/18/24), ( اﻟﻮداﺋﻊhlm. 16), ( ﻣﺘﺎﺟﺮاتhlm. 16/18), ( ﻛﻔﺎﻟﺔhlm. 19), ( ﺿﻤﺎن19), ( اﻧﺴﺤﺎبhlm. 19),
( اﺳﺘﮭﻼكhlm. 19), ( اﺗﻔﺎقhlm. 19), ( ﻋﻘﺪhlm. 19), ( اﻟﺘﺎﺟﺮhlm. 26/33), ( دﻛﺎنhlm. 29/32/33), ﺑﻀﺎﻋﺔ
(hlm. 29/32), ( اﻟﺘﺠﺎرhlm. 29/32/33), ( ﻣﻔﻠﺲhlm. 29/33), ( ﺧﺴﺮhlm. 33), ( اﻟﺘﻌﺎونhlm. 35), ( اﺣﺘﻜﺎرhlm.
36), ﯾﺔ/( اﻟﺮأﺳﻤﺎلhlm. 36), ( اﻟﻤﯿﺰاﻧﯿﺔhlm. 37), ( اﻹﻋﻼنhlm. 40), ( ﻣﻨﺘﺠﺎتhlm. 57/58), ( اﺳﺘﻮردhlm. 61),
( اﻟﺘﺠﺎرةhlm. 61/65).
Terdapat beberapa ayat dalam unit 2 yang boleh diklasifikasikan sebagai elemen
pembantu kepada kemahiran keusahawan kategori mesti. Kemahiran keusahawanan kategori ini
sering dikaitkan dengan kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan. Ayat-ayat berikut setidak-
tidaknya memapar dan menggalakkan supaya pelajar menceburi bidang keusahawanan:
ﯾﻨﺒﻐﻲ ﻷﻓﺮاد اﻟﻤﺠﺘﻤﻊ اﻟﺘﺸﺠﯿﻊ ﻋﻠﻰ اﻻﺳﺘﺜﻤﺎر ﻓﻲ اﻟﺒﻨﻚ اﻹﺳﻼﻣﻲ: gesaan supaya berlabur di bank Islam
seharusnya berlaku dan memberi ruang kepada semua anggota masyarakat (hlm 22).
ﺟﺎھﺪ ﻛﻞ ﺷﻌﺐ ﻓﻲ ﺗﺄﻣﯿﻦ اﻟﺒﻼد اﺳﺘﻘﺮار اﻗﺘﺼﺎدھﺎ: keseluruhan rakyat telah berusaha kea rah mengekalkan
keamanan negara dan kesejahteraan ekonomi (hlm. 23).
ﺗﺤﺪّث ﻣﻮﻇﻒ اﻟﺒﻨﻚ اﻹﺳﻼﻣﻲ ﻣﻊ ذي ﻣﺎل ﻋﻦ أھﻤﯿﺔ اﻻﺳﺘﺜﻤﺎر واﻹدﺧﺎر: pegawai bank itu bercakap dengan
pemunya harta tentang kepentingan pelaburan dan menabung.
Petikan utama dalam unit 3 mengandungi nilai dan semangat keusahawanan yang tinggi.
Kandungan petikan tersebut menceritakan satu peristiwa buruk menimpa ke atas seorang peniaga,
lantas rakan-rakannya tampil membantu dan akhirnya pengusaha tersebut memulakan usahanya
untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya (hlm. 30):
417
Prosiding SKIKS 08
Petikan utama unit 4 pula mengandungi elemen yang boleh merangsang para pelajar
supaya merebut peluang pekerjaan. Perenggang terakhir petikan itu menceritakan watak utama
(Omar) bergegas ke cyber cafe’, mengunjungi web site yang menawarkan pekerjaan, memuat
turun borang dan seterusnya mengisi borang tersebut:
وﺟﺪ ﻋﻤﺮ اﻻﺳﺘﻤﺎرة ﻓﻲ. وﻓﺘﺢ اﻟﻤﻮﻗﻊ اﻟﻤﺸﺎر،أﺳﺮع ﻋﻤﺮ إﻟﻰ ﻣﻘﮭﻰ اﻹﻧﺘﺮﻧﯿﺖ
أﻣﻸ ﻋﻤﺮ اﻻﺳﺘﻤﺎرة ﺛﻢ أرﺳﻠﮭﺎ إﻟﻰ اﻟﺠﮭﺔ اﻟﻤﻌﻨﯿﺔ ﻣﻊ.ذﻟﻚ اﻟﻤﻮﻗﻊ وﻗﺎم ﺑﻄﺒﺎﻋﺘﮭﺎ
.اﻟﻤﺘﻄﻠﺒﺎت اﻷﺧﺮى اﻟﻤﻄﻠﻮﺑﺔ
Kesimpulan
Buku BAR2102/BAM2103 mengandungi hanya 6 kosa kata, 1 frasa dan 1 ayat sahaja
yang dapat dikaitkan dengan bidang keushawanan atau perniagaan. Elemen bertaraf kemahiran
keusahawanan kategori mesti (must have) berhubung kebolehan mengenal pasti peluang
perniagaan, tidak didapati. Elemen-eleman bertaraf kemahiran keusahawanan kategori tambahan
(good to have) seperti kebolehan merangka perancangan perniagaan, kebolehan membina,
meneroka, merebut peluang pekerjaan dan perniagaan atau kebolehan bekerja sendiri,
kewujudannya sudah tentu amat sukar diperolehi. Pindaan perlu dibuat terhadap kandungan buku
tersebut khususnya pemilihan serta penambahan kosa kata, frasa dan ayat yang sesuai dalam
konteks keusahawanan atau perniagaan. Oleh kerana buku ini disusun khas untuk para pelajar di
Fakulti Pengurusan dan Muamalah, contoh-contoh situasi yang ada kaitan dengan kehidupan dan
pengkhususan pelajar dapat membantu mereka mempertingkatkan minat dan kemahiran bahasa.
Justeru, pendekatan, reka bentuk buku serta kaedah penyampaiannya yang memenuhi keperluan
dan bersifat mesra pelajar seharusnya dititikberatkan.
Buku BAR 3102 pula mengandungi 31 frasa dan 36 kosa kata yang boleh dikaitkan
dengan bidang keusahawanan atau perniagaan. Buku ini dicadangkan supaya dapat disamaratakan
taburan frasa-frasa dan kosa kata – kosa dalam setiap unit, atau dapat diperbanyakkan lagi petikan
yang mengandungi nilai-nilai murni seperti kesetiaan persahabatan atau elemen-elemen lain
seperti mengintai dan mengenal pasti peluang perniagaan, merebut peluang pekerjaan dan
perniagaan atau kebolehan bekerja sendiri.
Rujukan
Atan Long. 1980. Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ab Halim. 2003. Buku Teks Bahasa Arab di Malaysia: Antara Teori Pengajaran dan Realiti,
dalam Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 3. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
Muhammad Haron Husaini. 2007. Tahlil Kutub Ta’lim al-Lughah al-Arabiah bi al-Muassasat al-
Islamiah al-Ulya al-Khassah. Tesis Phd. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
KUIS. 2008. Formula 7K 7Kemahiran Insaniah, Risalah edaran sempena pelancaran formula 7K.
Auditorium KUIS, 26 Mac 2008.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2006. Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft
Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra
Malaysia.
418
Kemahiran keusahawanan
Abstrak: Kemahiran generik dalam menjalankan perniagaan merupakan elemen asas yang mesti dikuasai
oleh seseorang usahawan yang meliputi tiga domain utama iaitu kemahiran dalam pembuatan keputusan
pengurusan perniagaan, pemasaran dan kewangan. Kajian ini telah dijalankan bagi mencapai dua objektif
iaitu: untuk mengenal pasti kemahiran generik yang dimiliki usahawan Malaysia (KeGUM) dan menjejak
pengalaman yang dilalui usahawan bagi mengukuhkan penguasaan KeGUM. Dengan menggunakan
pendekatan kualitatif melalui temubual mendalam, pemerhatian dan analisis dokumentasi, usahawan yang
menjalankan perniagaan makanan di sebuah kawasan perbandaran di utara Malaysia telah dikaji dan
kutipan data telah dibuat melalui temu bual semi struktur ke atas lima orang usahawan yang terlibat
menguruskan lima cawangan perniagaan berkenaan. Analisis secara kualitatif telah dibuat terhadap
transkripsi temu bual dan tema utama hasil temu bual telah dikategorikan mengikut domain KeGUM.
Ketiga-tiga domain iaitu membuat keputusan pengurusan perniagaan, pemasaran dan kewangan
disenaraikan sebagai kemahiran mesti di kalangan usahawan yang ditemu bual dan bagi mengukuhkan
penguasaan dalam domain berkenaan, setiap usahawan yang telah menceritakan langkah-langkah yang
perlu dilakukan untuk menjamin mereka terus berdaya saing dan bertahan dalam suasana perniagaan
yang semakin kompetitif. Walaupun kajian ini adalah merupakan kajian kes dan tidak boleh
digeneralisasikan kepada semua usahawan, kemahiran yang telah dikenal pasti dianggap oleh para
usahawan sebagai elemen wajib dikuasai dan ditambahbaik untuk menjamin daya tahan perniagaan.
Sebagai cadangan, satu kerangka model KeGUM disarankan sebagai panduan usahawan Malaysia.
Pengenalan
419
Prosiding SKIKS 08
Domain Pengurusan
Domain pertama ialah kemahiran pengurusan. Madura (2007) dan Zimmerer &
Scarborough (2005) menerangkan bahawa kemahiran pembuatan keputusan pengurusan
perniagaan adalah kemahiran utama yang melibatkan pembuatan keputusan mengenai
penggunaan sumber manusia atau modal insan dan lain-lain sumber untuk digunakan dalam
perniagaan. Secara amnya kemahiran yang disenaraikan perlu mampu menjawab soalan-soalan
berikut:
1. Apakah barangan atau keluaran yang akan dihasilkan dan dijual oleh perniagaan?
2. Apakah jenis peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan produk perniagaan?
3. Berapa ramaikah pekerja yang diperlukan?
4. Apakah sumber utama yang mesti diproses untuk menghasilkan produk yang
akan dijual?
5. Bagaimana semua sumber yang ada akan dapat digabungkan bagi memastikan
bahawa matlamat perniagaan dapat dicapai?
Dalam aktiviti penyelarasan pengurusan perniagaan pula terdapat empat aktiviti penting
yang perlu dilaksanakan iaitu merancang, menyelaras, memimpin dan mengawal aktiviti
perniagaan (Longenecker, Moore, Petty & Palich, 2006). Proses merancang adalah aktiviti
pertama yang akan dijalankan untuk menentuarahkan aktiviti perniagaan supaya selari dengan
matlamat organisasi. Ini diikuti dengan aktiviti penyelarasan dan usahawan yang mempunyai
kemahiran akan dapat menentukan bahawa pengumpulan, penyusunan dan penggunaan semua
sumber perniagaan mampu menghasilkan produk atau keluaran yang dapat memenuhi kehendak
pelanggan. Sebagai pemimpin pula, usahawan wajar membimbing dan memotivasikan pekerja
bawahannya supaya pekerja akan sentiasa terdorong untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh,
jujur dan tekun bagi mencapai objektif perniagaan. Akhirnya, usahawan juga perlu mampu
mengadakan pemantauan secara berterusan ke atas prestasi perniagaannya supaya pencapaian
semua objektif perniagaan dapat diukur. Secara ringkas, pusingan pengurusan ini dapat
digambarkan seperti Rajah 1 di bawah.
420
Kemahiran keusahawanan
Merancang
Memantau Menyelaras
Memimpin
Domain Pemasaran
Domain kedua kemahiran yang disenaraikan oleh Madura (2007) ialah kemahiran
pemasaran. Empat aktiviti utama dalam domain ini ialah membangunkan produk, menentukan
harga, mempromosikan dan mengedarkan produk atau perkhidmatan perniagaan. Pengetahuan
mengenai keperluan dan kehendak pengguna adalah signifikan supaya usahawan dapat
menyediakan barangan atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak atau keperluan pelanggan
dan dalam masa yang sama produk yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan sampai kepada
pelanggan atau pengguna. Harga jualan mestilah kompetitif dan dapat membawa pulangan yang
diharapkan oleh perniagaan. Harga yang rendah mungkin membawa tanggapan bahawa barangan
mempunyai kualiti yang kurang baik manakala jika harga terlalu tinggi mungkin tidak dapat
menarik pelanggan untuk membelinya. Persekitaran pemasaran juga perlu mengambil kira faktor
lain seperti persekitaran politik dan perundangan; persekitaran sosial dan budaya; persekitaran
teknologi; persekitaran ekonomi; dan persekitaran persaingan kerana semua faktor ini boleh
memberikan kesan kepada perniagaan (Zaidatol Akmaliah & Habibah, 1998).
Barangan pula tidak sepatutnya dipasarkan dengan menggunakan satu kaedah sahaja.
Pelbagai kaedah pemasaran perlu dicuba dalam perniagaan lebih-lebih lagi dengan terdapatnya
perkembangan pesat dalam teknologi maklumat. Menurut Longenecker, Moore, Petty dan Palich
(2006), kemahiran dalam mempromosikan barangan melalui pelbagai kaedah amat penting untuk
usahawan memberitahu pengguna mengenai keluarannya dan seterusnya bagi mempengaruhi
pengguna supaya membeli keluaran yang disediakan oleh perniagaan. Sasaran pasaran harus
ditentukan dengan bijak di samping tidak berbelanja berlebihan untuk pengiklanan. Selain itu,
usahawan juga perlu pandai membaca strategi pesaing supaya perniagaan dapat mengambil
langkah yang lebih ke hadapan berbanding pesaing.
Domain Kewangan
421
Prosiding SKIKS 08
Selain itu, untuk memulakan perniagaan misalnya terdapat beberapa pilihan seperti memulakan
perniagaan sendiri atau membeli perniagaan sedia ada atau meneruskan perniagaan keluarga atau
pun memulakan perniagaan francais (Longenecker, Moore, Petty & Palich, 2006). Setiap opsyen
melibatkan penggunaan sumber kewangan.
Kajian ini telah dijalankan untuk mencapai dua objektif iaitu: untuk mengenal pasti
kemahiran generik yang dimiliki usahawan Malaysia dan menjejak pengalaman yang dilalui
usahawan bagi mengukuhkan penguasaan dalam domain utama kemahiran usahawan. Pandangan
van Galderen (2007) memberikan dua pendekatan untuk menjalankan kajian mengenai kemahiran
keusahawanan iaitu pertama untuk menjawab persoalan “Apakah kemahiran penting yang mesti
dikuasai?” iaitu dengan menjalankan kajian literatur dan menanyakan kepada usahawan dalam
usaha menyenaraikan kemahiran yang dimaksudkan. Pendekatan kedua, ialah untuk menjawab
persoalan “Apakah kemahiran yang berkaitan dengan kejayaan perniagaan?” iaitu dengan menilai
hubungan kemahiran terhadap kejayaan perniagaan serta kerjaya sebagai seorang usahawan.
Kajian ini telah mengguna pakai pendekatan pertama yang disarankan oleh van Galderen iaitu
untuk mengetahui apakah kemahiran asas yang mesti dikuasai usahawan dan seterusnya untuk
mengetahui apa yang mereka lakukan untuk meningkatkan kemahiran yang dimiliki. Bagi
mencapai tujuan kajian ini, temu bual telah dijalankan ke atas lima orang usahawan yang
menguruskan perniagaan makanan di sebuah kawasan perbandaran di utara Malaysia.
Terdapat tiga soalan utama yang ingin dijawab melalui kajian ini iaitu:
422
Kemahiran keusahawanan
Kaedah Kajian
Kajian ini mengguna pakai pendekatan kualitatif melalui temu bual terhadap lima orang
usahawan bagi mengetahui sebab utama usahawan menceburkan diri dalam perniagaan, apakah
kemahiran yang miliki, dan apakah strategi yang diambil untuk meningkatkan kemahiran dalam
menguruskan perniagaan mereka. Maklumat yang diperlukan lebih mudah untuk diperolehi
kerana temu bual secara mendalam akan dapat mencungkil banyak maklumat serta pandangan
sebenar responden yang lazimnya sukar diperolehi melalui penggunaan soal selidik. Kesesuaian
soalan yang ditanya berdasarkan protokol soalan yang dibina dirujuk kepada pensyarah yang
mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan keusahawanan dan perbandingan juga dibuat
dengan saranan mengenai kemahiran keusahawanan oleh Madura (2007) dan Scarborough &
Zimmerer (2006). Setiap temu bual telah mengambil masa antara satu hingga satu setengah jam
dan dengan kebenaran mereka yang ditemu bual, setiap sesi telah dirakamkan dan hasilnya telah
ditulis semula bagi membolehkan analisis kualitatif seperti yang diterangkan oleh Creswell
(2005), Miles & Huberman (1994) dan Strauss & Corbin (1998) dibuat. Tema utama kepada hasil
temu bual telah dikategorikan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian ini.
Soalan Kajian 1: Apakah Sebab Utama Usahawan Menceburkan Diri Dalam Perniagaan?
Penghijrahan daripada negara asal ke Malaysia untuk membina penghidupan yang lebih
baik merupakan satu perkara asas yang telah membawa kepada pembukaan perniagaan ini.
Pengasas perniagaan ini berasal dari India dan telah berhijrah ke Malaya bersama bapa dan
abangnya sekitar tahun 1940an. Hasil temu bual menunjukkan bahawa perniagaan ini lebih mirip
kepada perniagaan warisan keluarga. Pewaris sulung kepada perniagaan (Usahawan 1) ini ialah
anak sulung daripada enam beradik anak kepada pengasas perniagaan ini, manakala Usahawan 2
ialah adik kepada Usahawan 1. Usahawan 3 ialah cucu kepada pengasas perniagaan, Usahawan 4
dan Usahawan 5 ialah anak Usahawan 1. Apabila ditanya mengenai idea perniagaan ini
Usahawan 1 telah menjelaskan bahawa keadaan hidup bapanya telah membuatkannya ingin
membuka perniagaan ketika mula berhijrah ke Malaysia pada tahun 1940an. Penciptaan menu
tersendiri hasil dari pengalaman bekerja sebagai tukang masak di restauran saudaranya telah
menjadi titik tolak kepada perniagaan ini. Resepi itulah yang menjadi rahsia sehingga kini dan
diakui oleh Usahawan 1 bahawa kunci utama kepada perniagaannya ialah kelainan kepada
makanan yang dijualnya. Satu kemahiran yang penting bagi perniagaan makanan ialah kemahiran
memasak kerana inilah yang menjadi tunggak kepada perkembangan perniagaan.
423
Prosiding SKIKS 08
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan mengakui bahawa semasa bersekolah lagi beliau telah
terlibat membantu keluarganya berniaga. Beliau menjelaskan bahawa :
(Usahawan 3)
Kesimpulannya, perniagaan ini yang merupakan perniagaan warisan keluarga yang telah
dijalankan lebih daripada 50 tahun yang lalu. Walaupun telah diakui oleh usahawan yang ditemu
bual bahawa tidak semua di kalangan mereka berminat untuk berniaga atas alasan telah
menceburi bidang lain, mereka tetap merasakan bahawa perniagaan ini perlu diteruskan kerana ia
adalah satu perniagaan yang mempunyai peluang untuk terus berjaya. Bagaimanapun, bagi
mengekalkan pencapaiannya, kemahiran memasak menjadi tunggak perkembangan perniagaan di
samping resepi rahsia yang kekal turun temurun sehingga kini.
Kemahiran yang dimiliki usahawan yang ditemu bual telah dikategorikan sebagai
kemahiran dalam pengurusan perniagaan, kemahiran dalam aspek pemasaran dan kemahiran
dalam pengurusan kewangan. Setiap satunya dibincangkan seperti dalam perenggan berikut.
Kemahiran menguasai aspek pengurusan mesti dimiliki oleh usahawan. Perkara pertama
dalam konteks ini ialah untuk menentukan barangan yang ingin dijual oleh perniagaan yang
dijalankan. Keputusan pengurusan secara langsung akan melibatkan kos perbelanjaan yang akan
ditanggung oleh perniagaan dan menurut usahawan yang ditemui jika mereka tersilap membuat
anggaran tentang perbelanjaan, belanja yang perlu ditanggung akan menjadi tinggi dan
menjejaskan keuntungan perniagaan. Ada enam (6) komponen utama dalam domain pengurusan
yang diberikan perhatian oleh usahawan yang ditemu bual iaitu:
Produk berkualiti menjadi teras kepada perniagaan ini. Dua jenis makanan yang
menjadi teras kepada perniagaan ialah mee rebus dan rojak yang berkualiti yang
sehingga kini masih terus menjadikan restauran-restauran yang diusahakan sebagai
pilihan pengunjung.
424
Kemahiran keusahawanan
Penghayatan agama Islam menjadi nadi kepada pengurusan perniagaan ini dan
usahawan-usahawan yang ditemui amat percaya dan yakin bahawa kejayaan
perniagaan mereka adalah rezeki kurniaan Allah. Oleh itu, telah menjadi amalan
kepada perniagaan ini untuk mengadakan majlis tahlil dan doa selamat di samping
memberi sedekah.
Pekerja disifatkan sebagai aset yang penting kepada perniagaan ini dan pengurusan
yang baik dapat memelihara hubungan yang baik dengan pekerja yang bekerja di
cawangan-cawangan perniagaan ini.
Dalam konteks ini untuk menjadi pengurus yang baik usahawan perlu memiliki
pertamanya pengalaman, kedua sabar dan ketiga rajin.
Kemahiran kedua yang ada di kalangan usahawan yang ditemu bual ialah kemahiran
mengurus pemasaran. Terdapat empat (4) komponen utama dalam domain pemasaran yang
diamalkan oleh perniagaan ini iaitu harga, layanan, promosi dan strategi perniagaan. Setiap
komponen berkenaan diterangkan di bawah ini.
Harga makanan perniagaan ini adalah berpatutan dan jika dibandingkan dengan
pengusaha lain harganya dilihat kompetitif. Walaupun mempunyai lima cawangan,
harga yang dikenakan di setiap cawangan adalah seragam yang bertujuan
mengelakkan persaingan yang tidak sihat di antara cawangan-cawangan perniagaan
ini.
“Customer is always right”, itulah konsep yang menjadi cogan kata perniagaan yang
dijalankan. Oleh itu, mereka sentiasa terbuka kepada cadangan atau teguran daripada
pelanggan yang datang dan sentiasa berusaha untuk memperbetulkan sebarang
kesilapan atau kekurangan.
425
Prosiding SKIKS 08
Promosi yang telah dilakukan termasuklah menerusi rencana dalam akhbar New
Straits Times yang menceritakan mengenai kehebatan mee rebus dan rojak
perniagaan yang telah menggelarkannya sebagai ‘The Best Mee in town’.
Kemahiran mengurus kewangan adalah satu lagi kemahiran mesti di kalangan mereka.
Ada tiga (3) komponen utama dalam domain pengurusan kewangan iaitu komponen pengurusan
akaun, pembayaran gaji dan imbuhan, dan pengurusan pendapatan jualan.
· Mengurus akaun :
Mengurus akaun kewangan dengan baik adalah kunci kepada kejayaan mengurus
kewangan perniagaan. Para usahawan mengakui pada peringkat awal memang
mereka tidak arif tentang selok belok perakaunan dan simpan kira tetapi kini telah
faham mengenai kepentingannya serta sanggup mendapatkan khidmat firma
perakaunan untuk memastikan semua urusan kewangan diselenggara dengan baik
termasuklah untuk penyediaan penyata kewangan.
Pembayaran gaji adalah berasaskan kepada peranan dalam perniagaan, dari pemilik
hinggalah pelayan restauran. Semuanya dibayar gaji yang bersesuaian dan yang
paling penting menurut usahawan yang ditemu bual ialah bayaran gaji dibuat tepat
pada masanya mengikut kadar yang berpatutan dengan kerja yang dijalankan.
Kutipan jualan penting untuk diselenggara dengan betul dan jujur. Oleh itu, kutipan
jualan harian dilakukan oleh pengurus atau pemilik sendiri.
426
Kemahiran keusahawanan
Usahawan yang ditemui ingin terus meningkatkan kemahiran yang dimiliki. Hasil temu
bual menunjukkan terdapat empat (4) komponen pengurusan yang menjadi fokus pengurusan
iaitu:
· Rancangan masa depan :
Survival perniagaan ini bergantung kepada perancangan yang teliti. Usahawan ingin
meneruskan perniagaan ini dengan menurunkannya kepada generasi keluarga supaya
perniagaan warisan ini akan diteruskan oleh generasi yang akan datang.
Semua usahawan yang terlibat mengakui bahawa mereka perlu menguasai warisan
resepi supaya kualitinya terjamin.
Pengusaha yang ditemui telah menyebut tentang hasrat untuk membuat penyelidikan
dan pembangunan kerana mereka bercita-cita ingin menjadikan produk yang dijual
mempunyai kualiti global setanding dengan produk antarabangsa.
· Pengalaman berniaga :
Pengalaman amat dititik beratkan dan menjadi cita-cita usahawan supaya setiap ahli
keluarga yang ingin meneruskan perniagaan ini bekerja dahulu di perniagaan ini dari
peringkat awal lagi supaya dapat menimba pengalaman yang sesuai dengan alam
perniagaan.
Kemahiran dalam mengurus pemasaran menerusi lima aktiviti utama akan diberikan
tumpuan:
Falsafah yang diamalkan pada masa sekarang yang melayan pelanggan dengan
berkonsepkan customer is always right adalah menjadi pegangan perniagaan.
· Lokasi strategik :
Lokasi yang strategik adalah penting dan sebagai tambahan kepada kedudukan yang
baik, perniagaan turut memastikan bahawa premis perniagaan mereka berhampiran
dengan tempat untuk meletak kenderaan.
427
Prosiding SKIKS 08
· Promosi :
· Pelanggan sasaran :
Terdapat dua kelompok utama pelanggan iaitu pelanggan sedia ada dan pelanggan
baru. Mereka akan memastikan bahawa pelanggan sedia ada akan terus datang ke
restauran mereka dan akan mengajak kenalan yang lain untuk datang. Manakala
pelanggan baru pula mereka akan memastikan bahawa pengalaman pertama datang
ke restauran ini akan membuatkan mereka untuk kembali semula.
Bagi mengurus kewangan pula dua langkah utama diambil bagi meningkatkan
kemahiran:
Mereka sentiasa menghadiri kursus kewangan sama ada anjuran MARA atau agensi
Kerajaan lain. Mereka juga sentiasa mendapat bimbingan daripada pegawai MARA
dalam aspek kewangan.
Seorang ahli keluarga sama ada isteri atau anak bertugas sebagai juru wang untuk
mengurus kutipan harian. Menurut mereka, urusan berkaitan dengan kewangan seboleh-
bolehnya dikendalikan oleh ahli keluarga kerana amat sukar untuk mencari pembantu
kedai yang benar-benar jujur apabila berurusan dengan kewangan.
Hasil daripada kajian yang dijalankan, kami telah cuba merumuskan kemahiran-
kemahiran yang dimiliki usahawan yang ditemu bual dan mencadangkan satu kerangka
dinamakan Model Kemahiran Generik Usahawan Malaysia (KeGUM). Rajah 2 menunjukkan
perkaitan di antara tiga domain kemahiran yang diperlukan dengan komponen setiap domain dan
kesannya kepada aktiviti perniagaan. Dalam setiap domain tersebut terdapat elemen-elemen yang
nyata telah dimiliki serta dikuasai oleh usahawan yang ditemu bual.
Dalam Rajah 2 juga, kami cuba menunjukkan ikatan yang penting di antara ketiga-tiga
domain kemahiran yang dianggap sebagai kemahiran generik dan setiap domain mampu
memberikan impak kepada permintaan terhadap produk, jualan dan pendapatan perniagaan.
Secara umumnya, usahawan yang ditemu bual telah menceritakan mengenai ikatan yang perlu
ada di antara komponen-komponen berkaitan bermula dari penentuan barangan yang ingin dijual
kerana pemilihan yang betul mengenai produk yang dijual boleh mempengaruhi permintaan
pelanggan. Harga yang ditetapkan juga boleh mendatangkan kesan kepada permintaan dan
selepas jualan dibuat, kemahiran dalam mengurus pendapatan perniagaan memberikan impak
kepada prestasi keseluruhan perniagaan. Bagi mengukuhkan penguasaan dalam setiap domain
berkenaan, para usahawan telah menceritakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk
428
Kemahiran keusahawanan
menjamin mereka terus berdaya saing dan bertahan dalam suasana perniagaan yang semakin
kompetitif. Bagaimanapun, pada peringkat ini kami belum menentukan tahap penguasaan
kemahiran yang dikuasai kerana fokus kami ialah untuk mengetahui apakah kemahiran yang
mesti ada untuk seseorang usahawan menceburi perniagaan.
· Harga kompetitif
Pemasaran · Hubungan
dengan pelanggan
· Promosi Jualan
· Pasaran produk
Kewangan · Akaun
· Gaji Pendapatan
· Jualan perniagaan
Kesimpulan
Kajian ini telah cuba menjawab tiga persoalan penting dalam bidang keusahawanan iaitu
apakah yang menyebabkan seseorang usahawan memilih bidang keusahawanan, apakah
kemahiran yang mesti dimiliki dan bagaimana usahawan meningkatkan kemahiran mereka.
Ketiga-tiga kemahiran iaitu kemahiran pengurusan, pemasaran dan kewangan semuanya boleh
dipelajari dan dengan kesabaran, minat dan komitmen yang tinggi semuanya boleh
dipertingkatkan. Dengan menggabung jalinkan kemahiran yang mesti ada, impak yang
diharapkan melalui aktiviti perniagaan harus dapat dicapai dan objektif utama perniagaan untuk
mendapat keuntungan sewajarnya dalam gapaian usahawan. Kerangka yang dihasilkan adalah
sesuai untuk dijadikan rujukan dan langkah yang berikutnya yang perlu difikirkan ialah untuk
mengetahui tahap penguasaan yang dimiliki di kalangan usahawan. Perkara ini boleh dicapai
melalui kajian lanjut. Kesimpulannya ialah Kemahiran Generik Usahawan Malaysia (KeGUM)
adalah satu kerangka yang perlu dikuasai usahawan sebelum menceburkan diri dalam bidang
perniagaan dan peningkatan mesti dibuat dari masa ke semasa supaya usahawan terus berdaya
saing dan mampu untuk bertahan dalam arus perniagaan yang semakin pelbagai dan tidak
menentu.
429
Prosiding SKIKS 08
Rujukan
Rosnani Jusoh
Fakulti Pengajian Pendidikan
Email: rj@educ.upm.edu.my
430
Kemahiran keusahawanan
Kahirol Mohd. Salleh, Wan Nur Hidayah Ibrahim, Nor Lisa Sulaiman,
Badaruddin Ibrahim & Mohamad Zaid Mustafa
Abstrak: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan ciri-ciri kemahiran
employability yang diterapkan oleh pensyarah kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM) dan pelajar tahun akhir kejuruteraan di UTHM dengan industri. Selain itu, kajian ini juga ingin
mengkaji kekuatan hubungan yang wujud di antara penerapan pensyarah, penguasaan dan kehendak
industri terhadap elemen kemahiran employability. Seramai 610 responden terdiri daripada 405 pelajar
tahun akhir fakulti kejuruteraan di UTHM, 149 pensyarah fakulti kejuruteraan di UTHM dan 56 personel
yang bekerja di dalam bidang kejuruteraan. Responden bagi pelajar dan pensyarah dipilih secara rawak
manakala responden bagi kumpulan industri dipilih berdasarkan persampelan kebetulan. Kajian ini
merupakan kajian deskriptif secara tinjauan yang menggunakan borang soal-selidik untuk mengumpulan
data. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Packege for the Social Sciences
(SPSS 11.0 for Windows). Dapatan kajian menunjukkan, wujud perbezaan dari pemberatan elemen apabila
pensyarah cenderung untuk menerapkan kemahiran komunikasi pada pelajar. Manakala pihak industri
lebih mementingkan sifat tanggungjawab. Pelajar pula lebih menekankan kemahiran bekerja bersama
orang lain. Kajian juga jelas menunjukkan perhubungan di antara penerapan pensyarah dan kehendak
industri adalah positif kuat. Manakala, perhubungan di antara penguasaan pelajar dengan kehendak
industri pula adalah positif sederhana. Bagi penerapan pensyarah dengan penguasaan kemahiran
employability pelajar, dapatan menunjukkan perhubungan yang positif sederhana wujud di antaranya.
Secara kesimpulan, pensyarah sedar akan kehendak semasa industri tetapi penguasaan pelajar masih di
tahap sederhana.
Pengenalan
Dalam merapatkan jurang kemahiran ini, pendapat dan persepsi bagi setiap pihak yang
terlibat harus di ambil kira dan di teliti di mana sebenarnya punca kewujudan jurang tersebut.
Malah menurut NAM et al. (2001), turut menekankan bahawa kejayaan dalam pembangunan
431
Prosiding SKIKS 08
tenaga kerja bergantung kepada pendekatan yang strategik yang melibatkan kerjasama antara
kesemua pihak iaitu pekerja, majikan, pensyarah, graduan dan pihak berkuasa (kerajaan) untuk
menjamin keberkesanannya. Selain persepsi yang melibatkan kesemua pihak seperti graduan,
pensyarah dan pihak industri harus di ambil kira, penerapan elemen ini di dalam pengajaran juga
harus ditekankan (M. Z. Kamsah, 2004). Sebagai seorang pensyarah yang bertanggungjawab di
dalam pembentukkan kemahiran graduan, strategi pengajaran dan pendekatan pembelajaran
pensyarah dilihat sebagai satu aspek yang mampu menyediakan mengubah permasalahan ini.
Faktor berlakunya jurang ini dikaji oleh beberapa penyelidik (Saunders et al., 2005;
Raybould & Wilkins, 2005) yang menyatakan kewujudan perbezaan pendapat di antara
pensyarah dan industri berlaku kerana pemberatan yang tidak sama ke atas elemen kemahiran
teknikal dan kemahiran employability. Selain itu, sistem pendidikan juga dikatakan kurang
memberikan pendedahan kepada graduan dengan situasi sebenar dunia pekerjaan (NAM et al.,
2001). Malah, sistem pendidikan disarankan mengkaji semula kurikulum dengan membina
sebuah kurikulum yang mampu menyediakan graduan dengan kemahiran yang diperlukan agar
jurang ini dapat di perkecilkan. Selain itu, perbezaan pendapat turut terjadi di antara pelajar dan
industri. Jika dilihat kembali pada kajian yang di jalankan oleh Saunders et al. (2005), pelajar
lebih memberi penekanan ke atas kemahiran teknikal berbeza dengan pemberatan pihak industri
yang meletakkan kemahiran employability dan kebolehan pekerja dalam mengaplikasikan sesuatu
kemahiran sebagai pemberatan utama mereka. Perbezaan pendapat ini dilihat sebagai satu faktor
kenapa graduan gagal menguasai kemahiran yang dikehendaki oleh industri.
Skop Kajian
Kajian yang dijalankan hanya tertumpu kepada tiga kumpulan responden sahaja.
Kumpulan pertama merupakan pensyarah kejuruteraan di ketiga-tiga fakulti kejuruteraan iaitu
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakuti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar serta
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
yang dijadikan populasi kajian. Manakala kumpulan kedua pula terdiri daripada pelajar ijazah
tahun akhir kejuruteraan juga di ketiga-tiga fakulti di UTHM yang dijadikan populasi kajian.
Kumpulan yang terakhir iaitu kumpulan ketiga pula terdiri daripada beberapa syarikat yang
mewakili pihak industri di dalam bidang kejuruteraan.
Elemen kemahiran employability yang hendak dikaji secara dasarnya meliputi 46 elemen
kemahiran employability yang telah dikenalpasti sebagai elemen kemahiran yang perlu dimiliki
oleh pekerja. Elemen-elemen kemahiran employability tersebut dikelompokkan pula kepada 9
sub-kemahiran dan 3 kumpulan kemahiran employability utama merujuk kepada kategori yang
diketengahkan oleh The Conference Board of Canada seperti berikut:
432
Kemahiran keusahawanan
Metodologi Kajian
Kajian yang dijalankan merupakan kajian kuantitatif berbentuk deskriptif secara tinjauan
yang bertujuan untuk mengkaji jurang perbezaan kemahiran yang wujud di antara elemen
kemahiran employability pada penerapan pensyarah dan penguasaan pelajar dibandingkan dengan
kehendak industri. Instrumen kajian ini diubahsuai daripada soal-selidik dan instrumen-
instrumen kajian yang pernah dijalankan dalam bidang berkenaan. Pengubahsuaian dilakukan
oleh pengkaji berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang hendak dikaji. Borang soal-selidik
yang diubahsuai digunakan bertujuan untuk melihat jurang perbezaan kemahiran yang wujud di
antara elemen kemahiran employability pada penerapan pensyarah dan penguasaan pelajar
dibandingkan dengan kehendak industri Terdapat tiga set soal-selidik yang digunakan untuk
tujuan kajian ini. Secara umumnya setiap set borang soalselidik mengandungi beberapa bahagian
. Bahagian A adalah soal-selidik untuk pensyarah yang mengandungi maklumat latar belakang
responden, dan elemen kemahiran employability yang diterapkan oleh responden di dalam
pengajaran. Bahgaian B adalah soal-selidik untuk pelajar yang mengandungi maklumat latar
belakang responden dan penilaian tahap kemahiran yang dikuasai responden.Manakala Bahagian
C, adalah soalselidik untuk industri mengandungi maklumat latar belakang responden dan elemen
kemahiran employability yang di anggap penting.
Dapatan Kajian
Hasil dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan skor min dan tahap skor min. Nilai
min keseluruhan yang diperolehi bagi setiap faktor ditafsirkan mengikut skala yang ditetapkan
sebagai ukuran. Interpretasi tahap julat skor min adalah seperti berikut:
Bagi tafsiran korelasi pula, pengkaji merujuk kepada tafsiran korelasi yang di ambil dan
diadaptasikan daripada Alias Baba (1995).
433
Prosiding SKIKS 08
Hasil dapatan kajian pada Jadual 1a menunjukkan perbezaan nilai min industri dan
pensyarah. Berdasarkan jadual tersebut enam nilai perbezaan bagi sub-kemahiran yang
memberikan nilai negatif. Nilai negatif tersebut menggambarkan nilai min penerapan pensyarah
adalah melebihi penetapan kepentingan industri. Manakala bagi nilai perbezaan yang positif pula
bermakna penetapan kepentingan industri/majikan adalah melebihi min penerapan pensyarah.
Merujuk kepada jadual 1a, enam daripada nilai perbezaan itu merupakan nilai negatif
manakala, tiga daripadanya bernilai positif. Ini menunjukkan bahawa keseluruhannya nilai min
pensyarah lebih tinggi daripada nilai min industri. Jika diabaikan tanda negatif tersebut, didapati
sub-kemahiran, kemahiran menggunakan nombor menunjukkan nilai perbezaan yang paling besar
iaitu 0.2883. Manakala sub-kemahiran yang menunjukkan perbezaan yang paling sedikit pula
ialah kemahiran bekerja bersama orang lain iaitu dengan nilai perbezaan hanya 0.0064. Perbezaan
nilai min keseluruhan di dalam jadual 1a menunjukkan perbezaan keseluruhan ialah 0.8771.
Nilai yang menghampiri satu ini merupakan perbezaan yang tidak terlalu besar. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa perbezaan yang wujud di antara pensyarah dan industri tidak ketara dan
boleh dinyatakan sebagai tidak mempunyai perbezaan.
434
Kemahiran keusahawanan
Jika merujuk kepada nilai perbezaan keseluruhan yang ditunjukkan di dalam jadual 1b,
perbezaan keseluruhan bagi rank kedudukan nilai min pensyarah dan industri adalah sebanyak
1.875. Nilai ini menunjukkan bahawa perbezaan yang agak besar wujud di dalam penyusunan
rank kedudukan nilai min bagi sub-kemahiran pensyarah dan industri.
435
Prosiding SKIKS 08
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penyediaan graduan lepasan universiti yang
memiliki kemahiran yang dikehendaki oleh pihak industri bermula dengan pendekatan dan
pemberatan elemen kemahiran tersebut oleh pensyarah ketika sesi pengajaran berlaku. Pensyarah
fakulti kejuruteraan di UTHM sedar akan kepentingan dan sudah pun menerapkan unsur tersebut
di dalam pengajaran mereka selaras dengan kehendak Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah
(Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Dapatan ini selari dengan hasil dapatan
kajian oelh pengkaji lepas (Khairul Faizah, 2007) yang menunjukkan bahawa tahap penerapan
elemen kemahiran employability oleh pensyarah kejuruteraan adalah tinggi iaitu dengan nilai
min=4.36 keseluruhannya.
Penerapan elemen ini di dalam sesi pengajaran pensyarah dapat membantu penguasaan
pelajar agar kehendak industri dapat dipenuhi. Seorang pensyarah harus mengetahui dengan jelas
perkara yang perlu diterapkan dengan perkara yang dikehendaki oleh industri selaras dengan
salah-satu fungsi kurikulum iaitu menyediakan pelajar atau bakal graduan untuk berkhidmat di
dalam industri. Walaupun penerapan elemen ini bukanlah satu-satunya jalan bagi menghasilkan
graduan yang berkemahiran employability namun, ia merupakan satu elemen di dalam
keseluruhan pembangunan kemahiran tersebut di kalangan pelajar IPTA (KPTM, 2006). Malah,
jika dilihat pada analisis dapatan, min keseluruhan penerapan pensyarah (min=4.36) adalah lebih
tinggi dari nilai min kehendak industri (min=4.29). Dapatan ini turut disokong oleh kenyataan
Smith & Kats (2005), bahawa 24% dari guru mengatakan piawai kehendak industri merupakan
elemen utama di dalam pengajaran mereka manakala 76% lagi mengatakan bahawa piawai
kehendak industri elemen yang penting di dalam pengajaran mereka.
Walaupun secara keseluruhannya, nilai min kehendak industri (4.3634) melebihi nilai
min penerapan pensyarah (4.2937) namun, pemberatan terhadap elemen-elemen tersebut adalah
berbeza. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pensyarah meletakkan kemahiran komunikasi
436
Kemahiran keusahawanan
sebagai kemahiran yang mempunyai pemberatan yang paling tinggi (rank=1) di dalam
pengajaran. Ini agak berbeza dengan pemberatan kehendak industri di dalam kajian ini di mana,
pihak industri di dalam kajian ini meletakkan pemberatan yang paling tinggi pada sub-kemahiran
bertanggungjawab. Dapatan ini berbeza dengan Lee & Tan (2003), di mana kemahiran
berkomunikasi merupakan kemahiran yang mempunyai nilai tertinggi paling dikehendaki
industri. Malah, dapatan kajian ini juga berbeza dengan dapatan Khairul Faizah (2007), yang
menunjukkan kemahiran membuat keputusan merupakan kemahiran yang paling banyak
diterapkan oleh pensyarah. Elemen membuat keputusan di dalam kajian ini merupakan
sebahagian daripada kemahiran menyelesaikan masalah.
Ciri-ciri kemahiran employability yang dimiliki oleh pelajar tahun akhir kejuruteraan di
UTHM yang dengan kemahiran employability yang dikehendaki oleh industri.
Kajian juga bertujuan untuk melihat perbezaan di antara ciri-ciri kemahiran employability
yang dikuasai oleh pelajar kejuruteraan dengan kemahiran employability yang dikehendaki oleh
industri. Ringkasan data yang telah diperolehi ditunjukkan di dalam Jadual 2a dan Jadual 2b
mengikut kelompok sub-kemahiran.
Jadual 2a. menunjukkan perbezaan nilai min industri dan pelajar. Nilai perbezaan
tersebut di kira menggunakan formula; Nilai Perbezaan = Min Industri – Min Pelajar.
Berdasarkan jadual tersebut hanya satu nilai perbezaan bagi sub-kemahiran yang memberikan
nilai negatif. Nilai negatif tersebut menggambarkan nilai min penerapan pensyarah adalah
melebihi penetapan kepentingan industri. Manakala bagi nilai perbezaan yang positif pula
bermakna penetapan kepentingan industri/majikan adalah melebihi min penerapan pensyarah.
Jadual 2a. juga menunjukkan hanya terdapat satu sub-kemahiran yang memberikan nilai
negatif iaitu kemahiran matematik dengan nilai perbezaan sebanyak -0.1187. Sub-kemahiran
437
Prosiding SKIKS 08
matematik juga merupakan sub-kemahiran yang memberikan nilai perbezaan min yang terkecil.
Manakala. sub-kemahiran yang mempuanyai nilai perbezaan min yang paling besar di antara
pelajar dan industri ialah kemahiran berkomunikasi dengan nilai perbezaan sebanyak 1.1338.
Manakala, nilai perbezaan min secara keseluruhannya ialah 0.5936. Nilai perbezaan ini
menunjukkan perbezaan yang tidak ketara di antara industri dan pelajar.
438
Kemahiran keusahawanan
Rajah 2 menunjukkan nilai perbezaan rank kedudukan industri dan pelajar. Berdasarkan
rajah tersebut terdapat tiga sub-kemahiran yang berada di bawah aras kosong dengan memberi
nilai negatif pada perbezaan tersebut. Ini bermaksud bahawa pada sub-kemahiran tersebut rank
kedudukan pelajar adalah lebih tinggi berbanding rank kedudukan industri bagi elemen tersebut.
Manakala, nilai perbezaan positif pula membawa maksud sebaliknya dan nilai perbezaan kosong
pula dikatakan tidak mempunyai perbezaan dari segi rank kedudukan sub-kemahiran tersebut.
Berdasarkan analisis dapatan kajian ini, setiap elemen yang dikaji mempunyai
kekurangan penguasaan oleh pelajar berbanding apa yang dikehendaki oleh industri. Dapatan ini
selari dengan dapatan Lee & Tan (2003). Berdasarkan analisis kajian ini, kemahiran yang paling
kurang dikuasai oleh pelajar ialah kemahiran berkomunikasi (min=3.24). Walaupun, kemahiran
ini mempunyai nilai min yang terendah namun, ia masih berada di tahap sederhana. Diikuti
dengan kemahiran menguruskan maklumat (min=3.46), kemahiran menyelesaikan masalah
(min=3.68), dan kemahiran mengunakan nombor (min=3.70). Manakala kemahiran yang paling
dikuasai pelajar ialah sub-kemahiran yang tergolong di dalam kemahiran berpasukan iaitu
kemahiran bekerja bersama orang lain. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang mempunyai
nilai min tertinggi dengan tahap penguasaan tinggi (min = 3.92 ). Jika dibandingkan dengan
dapatan Tan & Lee (2003), kemahiran komunikasi interpersonal merupakan kemahiran yang
rendah penguasaan bagi graduan bidang kejuruteraan. Dapatan ini saling bersonsangan dengan
dapatan kajian ini. Faktor persekitaran tempat belajar dan penekanan kurikulum dilihat sebagai
salah satu faktor kedua-dua dapatan ini berbeza di antara satu lain.
439
Prosiding SKIKS 08
Jika dilihat analisis dapatan, item soalan yang mempunyai nilai min yang terendah ialah
‘menjelaskan idea utama’ (min=2.97), di dalam kelompok sub-kemahiran berkomunikasi.
Manakala rank kedudukan yang kedua terbawah iaitu item yang mempunyai min kedua terendah
(min=3.10), turut tergolong dalam kumpulan yang sama iaitu item ‘mengenalpasti idea utama’.
Malah, satu lagi item yang berada di kelompok ini iaitu item ‘memberi penerangan yang jelas’
juga berada di rank kedudukan yang agak rendah iaitu di rank yang ke-36 daripada keseluruhan
46 item (min=3.65). Dapatan itu, jelas membuktikan bahawa pelajar tahun akhir fakulti
kejuruteraan paling kurang menguasai elemen kemahiran berkomunikasi.
Rumusan
Secara keseluruhan hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa perbezaan di antara tahap
penerapan elemen kemahiran employability di dalam pengajaran pensyarah kejuruteraan di
UTHM dengan tahap kepentingan elemen kemahiran employability bagi pihak industri di dalam
kajian ini tidak jauh berbeza. Malah, pensyarah di UTHM bergiat aktif di dalam menyerapkan
dan menyediakan pelajar kejuruteraan ke alam pekerjaan yang sebenar. Pensyarah lebih
menekankan elemen ini di dalam pengajaran berbanding apa yang dikehendaki oleh pihak
industri di dalam kajian ini. Ini merupakan sesuatu dapatan yang positif.
Rujukan
Khairul Faizah (2007), ”Tahap Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar Diploma Pendidikan
Lepasan Ijazah (DPLI).” UTHM: Tesis Sarjana.
Lee F.T dan Tan J.H (2003). “Project Management Skills Demand For Engineering Graduates in
Malaysia.” dalam Institute of Engineers, Malaysia “Buletin Bulanan IJM: Jurutera. Edisi
June 2003. ” Selangor: Dimension Publishing Sdn. Bhd. 16-25.
M. Z Kamsah (2004). ”Developing Generic Skills in Classroom Environment: Engineering
Students’ Perspective.” Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
National Association of Manufacturers (NAM), Andersen & Center for Workforce Success (
2001). “The Skills Gap, 2001”. National Association of Manufacturers.
http://www.nam.org/Docs/CenterforWorkforceSuccess/27473_2001SkillsGap.pdf?DocT
ypeID=9&TrackID=Param=@CategoryID=958@TPT=The%2BSkills%2BGap%2B200.
Dicapai pada 19 Ogos 2007.
Raybould M. dan Wilkins H.(2005) “Over Qualified And Under Experienced: Turning Graduates
Into Hospitality Managers.” International Journal of Contemporary Hospitality
Management. 17(3). 203-216.
Saunders M.N.K, Skinner D. And Beresford R. (2005). ”Mismatched Perception Expextations:
An exploration of stakeholders’ views of key and technical skills in vocational education
and training.” Journal of European Industrial Training. 29 (5). 369-382.
Smith B.P dan Kats S. (2005), “Employability Standards: Teachers’ Perceptions of Inclusion in
Family and Consumer Sciences Secondary Curriculum.” Career and Technical
Education Research, 30(3), 189-211
440
Kemahiran keusahawanan
441
Prosiding SKIKS 08
442
Kemahiran keusahawanan
Abdul Rasid Abdul Razzaq, Nurhaini Sawah, Jailani Md.Yunos, Jamaluddin Hashim,
M. Zaid Mustaffa, Mohd Yusof Hadi & Ahmad Rizal Madar
Abstrak : Industri perhotelan memerlukan pekerja yang memiliki kemahiran teknikal dan kemahiran
generik. Penguasaan kemahiran generik adalah menjadi satu keutamaan kepada pihak industri dalam
proses pemilihan bakal pekerja mereka. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
tahap penerapan kemahiran generik dan penguasaan di kalangan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi program Diploma Pengurusan Hotel dan Katering di Politeknik. Selain daripada itu
kajian ini juga melihat samada terdapat perbezaan penerapan kemahiran tersebut berdasarkan politeknik
yang berbeza. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai
instrumennya. Seramai 226 orang pelajar tahun akhir bagi program Diploma Pengurusan Hotel dan
Katering di dua buah politeknik iaitu Politeknik Johor Bahru, Politeknik Melimau, Melaka, Politeknik
Sabak Bernam, Selangor dipilih sebagai sampel dalam kajian ini.. Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Sciences (SPSS) versi 12 untuk mendapatkan nilai
peratus, skor min dan ujian t tidak bersandar. Dapatan kajian menunjukkan penerapan dan penguasaan
kemahiran generik di kalangan responden adalah tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat
perbezaan tahap penerapan kemahiran generik melalui pembelajaran teori di antara Politeknik Johor
Bahru dan Politeknik Merlimau, Melaka. Walaubagaimanapun tidak terdapat perbezaan tahap penerapan
melalui pembelajaran amali dan latihan industri di kedua-dua politeknik tersebut.
Pengenalan
443
Prosiding SKIKS 08
Sehingga ke hari ini, hanya terdapat lima buah politeknik sahaja yang menawarkan program ini
iaitu Politeknik Johor Bahru, Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Merlimau, Melaka, Politeknik
Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor dan Politeknik Arau, Perlis. Graduan yang
dikeluarkan oleh politeknik perlulah menguasai kemahiran bukan sahaja kemahiran teknikal
tetapi juga kemahiran generik. Ini adalah kerana industri perhotelan adalah industri yang
berasaskan kepada perkhidmatan yang mana komponen penting dalam penyediaan perkhidmatan
adalah manusia.
Terdapat beberapa definisi yang menerangkan tentang kemahiran generik. Namun begitu
kebanyakkanya adalah menyentuh elemen asas yang berkaitan dengan kemahiran asas, kemahiran
berkaitan manusia, kemahiran konseptual atau berfikir, kemahiran dan ciri personal, kemahiran
perniagaan dan kemahiran kemasyarakatan. Kemahiran generik juga dikenali dengan pelbagai
istilah lain tetapi membawa fokus yang sama seperti core skills, essential skills, basic skills,
employability skills, soft skills, transferable skills dan key competencies. Australian Chamber of
Commerce and Industry & Business Council of Australia (2002) dan Austalia Education Council,
Mayer Committee (1992) mendefinisikan kemahiran generik sebagai kemahiran-kemahiran
utama yang diperlukan untuk tujuan pekerjaan, pembangunan diri, kemasyarakatan dan menjadi
warganegara yang aktif.
Masalah yang dihadapi oleh industri perhotelan ialah sumber tenaga yang menguasai
pelbagai kemahiran yang penting seperti kemahiran interpersonal dan generik. Masalah ini bukan
sahaja berlaku di Negara maju tetapi juga di negara membangun seperti Malaysia (Mustafa et al.,
2003). Menurut job street dalam kajian yang dijalankan mendapati antara faktor penting yang
menyebabkan pihak industri tidak berminat mengambil pekerja semasa sesi temuduga adalah
disebabkan kurang penguasaan kemahiran generik. Ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh
Packer (1992) di mana industri masa kini bukan sahaja memerlukan pekerja yang mahir dalam
bidang teknikal, malah mereka juga mahukan pekerja yang memiliki kemahiran yang lebih luas
termasuklah kemahiran employability . Begitu juga kajian oleh Harvey, & Green, (1994)
mendapati bahawa majikan industri mahukan para lulusan institusi latihan kemahiran mempunyai
kemahiran intelek, bersedia untuk terus belajar, berkemahiran mengurus diri, bekerja dalam satu
pasukan dan juga mempunyai kemahiran interpersonal.
Menurut Murnane & Levy (1996) pula menyatakan bahawa kemahiran teknikal masih
dianggap penting dan menampakkan pertambahan keperluannya. Walau bagaimanapun, majikan
berpendapat bahawa satu kategori kemahiran baru yang membolehkan pekerja bekerja secara
smart dan tidak berat adalah kemahiran bukan teknikal. Menurut mereka ramai majikan berasa
sukar untuk mendapatkan jenis pekerja yang mereka perlukan. Berdasarkan Graduate
Employment and Training Report (1998) dalam Holden dan Jameson (1999) mendapati majikan
mengalami kesukaran untuk mengambil pekerja yang mahir dalam komunikasi, penyelesaian
masalah dan kemahiran teknikal. Melalui laporan-laporan tersebut, majikan berpendapat pelajar-
444
Kemahiran keusahawanan
pelajar belum dapat menguasai sesetengah elemen-elemen kemahiran generik yang diperlukan
dalam semua bidang termasuk bidang perhotelan. Adalah menjadi satu cabaran bagi pendidikan
teknik dan vokasional untuk menghasilkan sumber tenaga yang menguasai kemahiran tersebut.
Politeknik memegang peranan yang besar sebagai salah sebuah institusi yang melahirkan
pekerja separa mahir bagi memenuhi keperluan sektor industri khususnya perhotelan. Program
Pengurusan Hotel dan Katering merupakan satu program yang memerlukan kemahiran teknikal
dan generik. Terdapat tiga kunci utama dalam mempelajari program perhotelan iaitu menguasai
kemahiran generik, latihan praktikal dan pengalaman penyeliaan ( Brennan dan McGeevor’s
1987). Pendekatan perlaksanaan Program Pengurusan Hotel dan Katering di politeknik
melibatakan 60 peratus berasaskan teori, 40 peratus amali dan juga latihan industri selama 6
bulan. Sehubungan dengan itu kajian ini dijalankan untuk melihat dari perspektif pelajar tentang
tahap penerapan kemahiran generik oleh pensyarah menerusi proses pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan teori, amali dan juga latihan industri selama 6 bulan. Selain itu kajian ini juga
melihat tahap ketrampilan kemahiran generik yang dikuasai oleh pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di politeknik serta adakah terdapat perbezaan penerapan kemahiran
berdasarkan politeknik yang berbeza.
Objektif Kajian
1. Mengenal pasti tahap proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek teori, amali
dan latihan industri ke arah membantu menerapkan kemahiran generik pelajar
bagi program Pengurusan Hotel dan Katering dari perspektif pelajar.
2. Mengenal pasti tahap keterampilan kemahiran generik yang di kuasai oleh pelajar
dalam program Pengurusan Hotel dan Katering.
Hipotesis Kajian
Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara Politeknik Johor Bahru dan
Politeknik Merlimau, Melaka terhadap tahap penerapan kemahiran generik dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran.
Skop Kajian
Skop kajian ini adalah tertumpu kepada pelajar- pelajar Diploma tahun akhir semester
lima dan enam bagi program Pengurusan Hotel dan Katering di Politeknik Johor Bahru dan
Politeknik Merlimau, Melaka. Dari aspek tahap penerapan, pengkaji akan melihat tiga skop
utama iaitu teori, amali dan Latihan Industri. Manakala dari aspek tahap penguasaan, pemilihan
elemen-elemen kemahiran generik ini adalah berdasarkan keperluan sebagai seorang pekerja
industri perhotelan . Dalam skop kajian ini, terdapat enam elemen kemahiran generik yang ingin
di kaji iaitu :
445
Prosiding SKIKS 08
Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan kajian berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk mengenal pasti
elemen penerapan dan penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar bidang hotel katering
di politeknik. Kaedah tinjauan digunakan, di mana satu set soal selidik di edarkan sebagai
instrumen kepada responden. Analisis data dilakukan berdasarkan item-item dan bahagian-
bahagian yang dikemukakan di dalam borang soal selidik. Data-data dan maklumat yang
diperoleh berdasarkan borang soal selidik dikumpulkan dan seterusnya perlaksanaan analisis
menggunakan Perisian SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences) 12.0 for Windows.
Kaedah penganalisaan data yang ditentukan adalah berdasarkan kepada persoalan kajian yang
telah dinyatakan sebelum ini.
Borang soal selidik yang digunakan dipecahkan kepada 3 bahagian utama seperti di
jadual 1.2 di bawah:
446
Kemahiran keusahawanan
Data bagi bahagian A adalah dalam bentuk bilangan atau peratusan. Manakala bagi
bahagian B dan C adalah data dalam bentuk skala likert. Oleh itu data yang dianalisis di bahagian
ini dipersembahkan dalam bentuk skor min. Skor min yang diperolehi hasil daripada analisis
adalah berpandukan jadual 1.3 di bawah:
Dapatan Kajian
1. Mengenal pasti tahap proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek teori,
amali dan latihan industri ke arah membantu menerapkan kemahiran
generik pelajar bagi program Pengurusan Hotel dan Katering dari
perspektif pelajar.
Jadual 1.4 : Skor min penerapan kemahiran generik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
Manakala jadual 1.5 di bawah adalah merupakan nilai skor min dan tafsiran tahap bagi
setiap item Pembelajaran Teori.
447
Prosiding SKIKS 08
Jadual 1.6 di bawah adalah merupakan nilai skor min dan tafsiran tahap bagi setiap item
Pembelajaran Amali.
448
Kemahiran keusahawanan
Jadual 1.7 Skor min dan tafsiran tahap bagi setiap item Latihan Industri
Hasil analisis yang dijalankan, respondan berpendapat Latihan Industri yang dilakukan
adalah paling tinggi menerapkan kemahiran generik dalam proses P&P. Skor min keseluruhan
yang diperolehi ialah 4.08 dan item yang mempunyai skor min tertinggi ialah item pertama iaitu
4.27 di mana respondan terlibat secara aktif dalam setiap event yang diadakan, manakala nilai
skor min terendah ialah item kedua dengan nilai 3.79 yang menunjukkan penglibatan pelajar
dalam mesyuarat kurang menerapkan kemahiran generik.
Tinjauan yang dilakukan dalam bahagian ini pula adalah untuk melihat tahap penguasaan
pelajar terhadap elemen-elemen kemahiran generik yang diperolehi semasa proses P&P. Terdapat
enam elemen kemahiran generik yang di kaji dalam bahagian ini. Jadual 1.8 menunjukkan secara
keseluruhan skor min dan tafsiran bagi setiap elemen dalam kemahiran generik. Melalui dapatan
tersebut, secara keseluruhan penguasaan pelajar terhadap elemen-elemen kemahiran generik
adalah pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai 3.88.
449
Prosiding SKIKS 08
Jadual 1.8 Skor min dan tafsiran penguasaan ketrampilan pelajar terhadap elemen
kemahiran generik dalam proses P&P
Terdapatkah perbezaan yang signifikan di antara Politeknik Johor Bahru dan Politeknik
Merlimau, Melaka terhadap tahap penerapan kemahiran generik dalam proses P&P? Analisis
ujian t-tidak bersandar telah digunakan untuk melihat perbezaan tersebut dan untuk menjawab
hipotesis yang telah dibentuk. Hipotesis tersebut ialah :
Ho = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara Politeknik Johor Bahru dan
Politeknik Merlimau, Melaka terhadap tahap penerapan kemahiran generik dalam proses P&P.
Proses P&P dari aspek teori, nilai t yang diperolehi adalah lebih kecil daripada aras
signifikan 0.05 (p= 0.049). Ini bermakna hipotesis null (Ho) ditolak, dengan kata lain terdapat
perbezaan yang signifikan terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam pembelajaran
teori yang dapat membantu menerapkan kemahiran generik di antara Politeknik Johor Bahru dan
Politeknik Merlimau, Melaka.Manakala proses Pengajaran dan Pembelajaran dari aspek amali
dan Latihan Industri, nilai t yang diperolehi adalah lebih besar daripada aras signifikan 0.05
(p=0.08 dan 0.83). Ini bermakna hipotesis null (Ho) tidak berjaya ditolak, dengan kata lain tidak
terdapat perbezaan yang statistik terhadap proses P&P dalam pembelajaran teori dan Latihan
Industri yang dapat membantu menerapkan kemahiran generik di antara Politeknik Johor Bahru
dan Politeknik Merlimau, Melaka.
450
Kemahiran keusahawanan
Kesimpulan
Rujukan
Brennan, J. dan McGeevor, P.A. (1987). “CNAA Graduates: Their Employment and Their
Experiences After Leaving College.” Summary Report, Publication No. 13, CNAA.
Harvey, L. & Green, D. (1994) Employee Satisfaction Summary. Birmingham, UK: Quality in
Higher Education Project.
Holden.R dan Jameson. S. (1999). “Employing Graduates in Hospitality Small to Medium-Sized
Enterprise: Context and Issues.” New York: Publisher.
Malaysia Today (2005). “Masalah Pengangguran Siswazah.” Laporan Parlimen Ke-11.
Diperolehi pada 30 September 2005 dari http://malaysiatoday.net/parlimen/index.htm
Mustafa Mohd Hanefah, Samihah Ismail, Kasumalinda Alwi dan Rapiah Mohamed (2003). “The
Skills Necessary For Workplace Malaysian Accountants’
Perception.” Akauntan Nasional. 16. 23-28.
Murname, R.j., & Levy, F. (1996). Teaching the new basic skills: Principles for Educating
Children to Thrive in A Changing Economic. New York: Free Press.
Packer, A.H (1992). Taking Action on the SCANS Report.Educational Leadership. 49(6).27-31.
Politeknik KPTM (2005). “Maklumat Am Politeknik KPTM.” Diperolehi pada 29 September 2005
dari http://www.politeknik.edu.my/webfeb05/maklumatamJul05.htm
Politeknik Merlimau Melaka (2005). Jabatan Hospitaliti. Melaka. Diperolehi pada 29 September
2005 dari http://www.pmm.edu.my/pages/awam.html
The Conference Board of Canada (1996). Employability skills profile: The critical skills required
of the Canadian workplace. The Corporate Council on Education, a program of the
National Business and Education Center. Ottawa Ontario
451
Prosiding SKIKS 08
452
Kemahiran keusahawanan
Abstrak: Penawaran kursus-kursus umum merupakan salah satu rangka untuk mereformasi kandungan
pendidikan semasa sejajar dengan kehendak semasa. Ianya dilihat harus mencakupi persoalan ilmu
pengetahuan dan kemahiran insaniah yang penting dan menyeluruh meliputi disiplin yang tidak disajikan
melalui disiplin pengkhususan. Oleh itu Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia telah
meletakkan beberapa kursus sebagai kursus umum yang wajib diambil dan wajib lulus oleh setiap pelajar
universiti. Kajian ini merupakan kajian berbentuk analisis deskriptif dan inferensi yang menggunakan
pendekatan pengumpulan maklumat melalui soalselidik. Pemilihan sampel adalah mengikut prosedur
persampelan rawak. Seramai 1278 responden yang terdiri daripada pelajar tahun akhir daripada empat
institusi iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga Nasional
(UNITEN) dan Universiti Multimedia (MMU). Penentuan saiz sampel adalah dengan menggunakan
penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Kajian mendapati bahawa responden daripada
keempat-empat institusi mempunyai majoriti terhadap tahap kemahiran pengurusan maklumat dan
keusahawanan yang tinggi. Seterusnya, tidak terdapat perbezaan yang ketara antara tahap kemahiran
pengurusan maklumat dan keusahawanan di antara pelajar IPTA (UM dan UPM) dan IPTS (UNITEN dan
MMU). Kesimpulannya, kursus-kursus umum bertaraf wajib dan elektif wajib di peringkat IPT berjaya
mencapai objektif, misi dan visi penawarannya di samping membekalkan kemahiran tambahan kepada
pelajar.
Pengenalan
Sejajar dengan perkembangan dunia semasa, pelajar perlu dilengkapkan dengan pelbagai
kemahiran yang dapat membantu mereka menjadi individu yang berketerampilan pada masa
hadapan. Aspek kemahiran ini perlu diketengahkan kepada semua peringkat umur khususnya
pelajar di peringkat pengajian tinggi bagi melengkapkan mereka sebagai insan yang berilmu
dalam pelbagai aspek kehidupan. Justeru itu, semua institusi-institusi pengajian tinggi di
Malaysia kini menawarkan pelbagai kursus umum berbentuk wajib dan elektif wajib kepada
pelajarnya yang diharap dapat mengimbangi keperluan akademik dan kemahiran di luar akademik
seperti kemahiran pengurusan maklumat dan keusahawanan. Kursus-kursus ini sebenarnya
merupakan kursus pelengkap kepada disiplin yang ada di Institusi-institusi Pengajian Tinggi di
Malaysia dan menyumbang kepada menambahkan ilmu pengetahuan pelajar kepada pelbagai
kemahiran tambahan yang bersifat menyeluruh dan holistik.
453
Prosiding SKIKS 08
Penawaran Kursus Umum Bertaraf Wajib Dan Elektif Wajib Di Institusi Pengajian Tinggi
Sebagaimana pelbagainya Objektif, Misi dan Visi setiap kursus umum itu diperkenalkan
di setiap Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, begitu jugalah rencamnya panggilan dan kategori
yang digunakan terhadap kursus-kursus umum ini. Analisis terhadap kursus umum bertaraf wajib
universiti dan wajib mengikut program serta kursus umum bertaraf elektif wajib mendapati
bahawa kursus umum bertaraf wajib juga dikenali sebagai kursus universiti, kursus wajib
universiti, subjek universiti, subjek wajib LAN manakala wajib mengikut program ada juga
dikenali sebagai kursus universiti, kursus asas major dan kursus wajib fakulti mengikut panggilan
Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta masing-masing. Manakala Kursus umum bertaraf
elektif wajib juga dipanggil sebagai kursus umum elektif luar fakulti, kursus umum elektif dalam
fakulti, elektif umum, elektif bebas dan subjek ko-kurikulum mengikut panggilan Institusi
Pengajian Tinggi Awam dan Swasta masing-masing.
Kesemua kursus umum universiti bertaraf wajib dan elektif wajib di Institusi Pengajian
Tinggi di dapati ditawarkan dan dikendalikan oleh samada oleh satu Pusat Tanggungjawab atau
gabungan beberapa Pusat Tanggungjawab. Penawaran dan pengendalian kursus umum di Institusi
Pengajian Tinggi Awam lebih bersifat pelbagai manakala penawaran dan pengendali kursus di
Institusi Pengajian Tinggi Swasta lebih berpusat. UPM contohnya menawarkan kursus-kursus
umum yang dipanggil sebagai Kursus Universiti melalui Jabatan Pengajian Kenegaraan dan
Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Fakulti Pertanian, Fakulti Bahasa Moden serta Pusat
Kokurikulum. UNITEN pula menawarkan subjek wajib LAN, Kokurikulum dan elektif wajib
melalui IKAL iaitu Institute of Liberal Studies.
454
Kemahiran keusahawanan
Antara kursus-kursus yang termasuk di dalam kategori kursus umum bertaraf wajib di
Institusi Pengajian Tinggi Awam ialah Kursus Pertanian dan Manusia, Kenegaraan Malaysia,
Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Hubungan Etnik, Kemahiran berinteraksi dan menulis dalam
Bahasa Inggeris, Kemahiran berfikir, Kemahiran Maklumat, Pengajian Islam, Pengajian
Malaysia, Bahasa Melayu, Pengenalan keusahawanan Siber, Etika dan Moral, Bahasa Perancis
dan ko-kurikulum. Daripada kursus-kursus di atas, kursus yang didapati menjurus ke arah
kemahiran secara khusus adalah seperti di dalam Jadual 1.
Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan kajian berbentuk analisis deskriptif dan inferensi yang
menggunakan pendekatan pengumpulan maklumat melalui soalselidik. Pemilihan sampel adalah
mengikut prosedur persampelan rawak. Pelajar-pelajar yang dipilih adalah merupakan pelajar
tahun akhir yang melalui tempoh pengajian tiga tahun ataupun empat tahun. Rasional pemilihan
responden daripada pelajar tahun akhir adalah kerana mereka telahpun melengkapkan hampir
semua kursus umum universiti samada wajib mahupun elektif wajib dan telah mendapat impak
daripada penawaran kursus-kursus umum kemahiran ini. Pemilihan Universiti Malaya dan
Universiti Putra Malaysia adalah kerana ia antara Institusi Pengajian Tinggi Awam yang terawal
ditubuhkan. Manakala Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia pula dipilih kerana
statusnya sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang bertaraf Universiti dan mempunyai
bilangan pelajar tahun akhir melebihi 1000 orang. Keempat-empat universiti ini terletak di sekitar
Lembah Kelang.
Dengan menggunakan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970), sebanyak 364
minimum responden yang perlu diperolehi dalam kajian ini dan bilangan tersebut telah dipatuhi
di mana sebanyak 379 serta 370 soal selidik bagi responden dari UM dan UPM telah diperolehi.
Bilangan ini melebihi bilangan minimum data responden yang diperlukan. Manakala sebanyak
237 dan 293 bilangan soal selidik bagi responden UNITEN dan MMU telah dianalisis.
455
Prosiding SKIKS 08
Nilai Interpretasi
min penilaian kemahiran
3.67 – Tinggi
5.00
2.34 – Sederhana
3.66
1.00 – Rendah
2.33
1. Latarbelakang Responden
456
Kemahiran keusahawanan
2. Meninjau tahap kemahiran pelajar UM, UPM, UNITEN dan MMU dalam
kursus umum universiti.
457
Prosiding SKIKS 08
Tahap
Institusi Peratus Kekerapan
Kemahiran
UM Rendah 2.1 10
Sederhana 20.6 78
Tinggi 77.2 292
UPM Rendah 1.6 6
Sederhana 6.8 25
Tinggi 91.6 338
UNITEN Rendah 1.3 3
Sederhana 9.3 22
Tinggi 89.5 212
MMU Rendah 2.4 7
Sederhana 18.7 55
Tinggi 78.9 232
458
Kemahiran keusahawanan
Jadual 6 : Ujian t : Perbezaan pelajar IPTA dan IPTS terhadap aspek kemahiran
pengurusan maklumat dan keusahawanan dalam kursus umum universiti
Institusi n Min SD t
IPTA 747 7.8514 1.36723 4.119
IPTS 530 7.8453 1.41909
459
Prosiding SKIKS 08
graduan, namun kemahiran insaniah ini juga merupakan bonus kepada graduan
itu sendiri.
Daripada analisis dapatan kajian ini yang menunjukkan nilai positif dan
tiada perbezaan antara pelajar IPTA dan IPTS, maka percambahan kepentingan
aspek kemahiran insaniah di dalam kursus umum universiti adalah merupakan
salah satu cara yang efisyen untuk mempelbagaikan kemahiran dalam diri
pelajar. Sebagai contoh, elemen kemahiran keusahawanan merupakan suatu
komponen yang dapat menerapkan nilai keusahawanan di dalam diri pelajar.
Cabaran yang perlu di tanggung ialah bagaimana untuk merealisasikan kaedah
pengajaran di dalam kelas kepada situasi dan senario sebenar dunia perniagaan
yang semakin maju. Jika hanya kuliah yang diterangkan di dalam kelas sahaja
tanpa dapat diaplikasikan kepada situasi sebenar, maka usaha untuk menerpakan
ilmu keusahawanan ini ibarat “melepaskan batuk di tangga”. Jadi, penyelarasan
dari segi kaedah, modul dan latihan yang perlu di beri kepada pelajar perlu
dilaksanakan supaya aspek ini akan semakin berkembang.
Rumusan
Rujukan
Abdul Latif Samian. (2000). Hala Tuju Pengajian Umum di Alaf Baru dalam Abdul Latif Samian
dan Mohamad Sabri Haron (eds), Pengajian Umum Di Alaf Baru. Bangi. Pusat pengajian
Umum.
Hashim Fauzy Yaakob (2006, Jun 13- 14). Halatuju Pengajian Umum: Membina Kompetensi
Melalui Komunikasi Sebagai Kemahiran Asas. Kertas dibentangkan di Seminar
Kebangsaan Pengajian Umum (SKPU 2006).
Mohamad Shah Kassim, Mohd Hassan M., O., (2006, Jun 13- 14). Keusahawanan Kerjaya
Pilihan: Keberkesanan IPTA Meningkatkan Kompetensi Keusahawanan di Kalangan
Pelajar. Kertas dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengajian Umum (SKPU 2006).
Norhani Bakri, Noor Zainab Razak, Hamidah Rahman, Ishak Mad Shah, Roziana Shaari dan
Fadillah Zaini (2006, Jun 13-14). Persepsi Pensyarah Terhadap Persekitaran
Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Umum Universiti di UTM, Skudai. Kertas
dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengajian Umum (SKPU 2006).
Buku panduan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat sesi 2006/2007.
Buku panduan Fakulti Ekologi Manusia sesi 2007/08.
Buku panduan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) sesi 2006/07.
Buku panduan PrasiswazahPusat Pengajian Umum sesi 2006/2007.
Rancangan Malaysia Ke-9, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
460
Kemahiran keusahawanan
Zarina Muhammad
Jayum Jawan (Prof. Dr.)
Zaid Ahmad (Dr.)
Normala Othman
Siti Aishah Misri
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
Tel: 89467882
zbm@putra.upm.edu.my
461
Prosiding SKIKS 08
462
Kemahiran keusahawanan
Introduction
Brockhaus (2001) as cited in Kirby (2004) noted that Harvard Business School offered its
first courses in entrepreneurship or small business in 1947. Peter Drucker taught another early
course at New York University in 1953. However, it was only in the last two decades of the
twentieth century that any considerable attention was paid by academia to the role of higher
education in the creation of graduate entrepreneurs.
Since the beginning of the 1980s, interest in entrepreneurship and small business
enterprise has been growing around the world (Klofsten, 2000). This is marked by the
introduction of new courses in the subject and the development of different training programmes
for entrepreneurship offered at universities around the world. The Malaysian Government also
has shown continuous support and commitment in the effort to promote entrepreneurship among
the population especially the Bumiputeras, which is seen as lagging behind the rest of the
population. Under the Ninth Malaysia Plan, 80,000 participants will undergo entrepreneurship
463
Prosiding SKIKS 08
training and another 102,000 will be given coaching and advice services. Until 30th November
2005, TEKUN has provided loans to 104,202 small business enterprises which amounted to
RM495, 165,500. Recently the government through the Ministry of Entrepreneurship and
Development (MECD) had announced plans to establish the Entrepreneur Development Board
(Majlis Pembangunan Usahawan – MPU) in all major towns throughout the country. This is
mentioned as part of the government’s effort in creating more new entrepreneurs in the country.
Venkatraman (1996), cited by Henry (2005) has commented that the interest in
entrepreneurship education refelects an “emerging economic environment created by the
confluence of changes in the corporate world, new technology and emerging world markets”.
Entrepreneurship can prove to be beneficial in the light of such changes, as illustrated by Gibb
and Cotton (1998) in Figure 1.
Figure 1. Why it is important to get it right – education and the Changing World
According to Gibb and Cotton (1998) at the global level (Figure 1), the reduction of trade
barriers, together with the advancements in telecommunications, technology and transportation,
all combine to provide more opportunities, as well as more uncertainty in the world. At the
societal level, privatisation, deregulation, new forms of governance, mounting environmental
concerns and the growing recognition of the rights of minority groups are all presenting society
with greater complexity and uncertainty. At the organisational level, decentralisation, downsizing,
re-engineering, strategic alliances, mergers and the growing demand for flexibility in the
workforce, all contribute to an uncertain climate. Finally, at the individual level, the individual is
now faced with a wider variety of employment options, the probability of ending up with a
portfolio of jobs, more responsibility at work and more stress (Gibb and Cotton, 1998).
Given the above, it is apparent that, at all levels, there will be a greater need for people to
have entrepreneurial skills and abilities to enable them to deal with life’s current challenges and
an uncertain future. Furthermore, whatever their career choice or personal situation, individuals,
will be able to benefit from learning an innovative approach to problem solving; adapting more
readily to change; becoming more self-reliant and developing their creativity through the study of
entrepreneurship. There is no doubt that in any economic climate such learning could have far
reaching benefits for society. It could be argued, therefore, that the need for entrepreneurship
education and training has never been greater. This may be supported by a UK survey by the
Small Business Research Trust (1988) which indicated that only 13 per cent of the survey sample
believed that entrepreneurial skills could not be acquired by a process of learning (Kirby, 2004)
464
Kemahiran keusahawanan
On the same note Keogh and Galloway (2004) identified five main ways in which
entrepreneurship teaching can benefit student entrepreneurs:
· Entrepreneurship teaching aims to increase the awareness and develop an understanding
of the importance of new business creation.
· Entrepreneurship education contributes to the understanding of operations or the running
of a business where business strategy, applied marketing, understanding key management
skills such as negotiation, and elements of purchasing are taught.
· It gives students the opportunity to simulate a business start-up within a “safe”
environment.
· Future graduates will be encouraged and better prepared for “real life” business creation
if and when they choose to pursue this option.
· It allows students to recognise that entrepreneurship in their industry (for an engineering
student) is achievable.
Gorman et al. (1997) presented that the learning needs of entrepreneurs will vary at
different stages of development of the business venture. Bridge et al. (1998) have more
specifically identified that the training needs of an individual will vary according to a particular
stage of development such as awareness, pre start-up, start-up, growth and maturity.
Jamieson (1984) as cited by Henry et al. (2005) has forwarded clearly a three-category
framework by which to organize entrepreneurship education. He distinguishes between education
about enterprise, education for enterprise and education in enterprise, and in so doing recognises
the roles different types of education have to play. The first category, education about enterprise,
deals mostly with awareness creation, and has the specific objective of educating students on the
various aspects of setting up and running a business mostly from a theoretical perspective. The
emphasis involved at this level focuses on “to fostering skills, attitudes and values appropriate to
starting, owning, managing or working in a successful business enterprise (Jamieson, 1984).
The second category, education for enterprise, deals more with the preparation of aspiring
entrepreneurs for a career in self-employment with the specific objective of encouraging
participants to set-up and run their own business (Jamieson, 1984).
The third category, education in enterprise, deals mainly with management training for
established entrepreneurs and focuses on ensuring the growth and future development of the
business. Management development and growth training programmes, as well as specific product
development and marketing courses, might fit into this category (Jamieson, 1984).
465
Prosiding SKIKS 08
Hisrich and Peters (1998) suggested that the key learning aims of entrepreneurship students
should include developing an understanding of the strengths and weaknesses of different types of
enterprises, as well as the opportunity to assess one’s own entrepreneurial skills. In addition,
knowing the essentials of marketing, finance, operations planning, organisation planning and
venture launch planning, together with obtaining resources, were also considered essential.
Hence, Hisrich and Peters (1998) categorize the various skills required by entrepreneurs as
follows.
· Technical skills: includes written and oral communication, technical management and
organizing skills.
· Business management skills: includes planning, decision-making, marketing and
accounting skills.
· Personal entrepreneurial skills: includes inner control, innovation, risk taking and
innovation.
In addition, Hisrich and Peters (1998) stress that the development of particular skills, namely
inner control, risk taking, innovativeness, being change oriented, persistent and having visionary
leadership, differentiates an entrepreneur from a manager.
466
Kemahiran keusahawanan
Rae (1997) commented that while students still need to develop their business skills and
understanding, more attention needs to be paid to the development of their entrepreneurial skills,
attributes and behaviours. This means introducing modules and courses specifically designed to
develop in students the awareness and characteristics of the entrepreneur which should include
among others:
· communication skills, especially persuasion;
· creativity skills;
· critical thinking and assessment skills;
· leadership skills;
· negotiation skills;
· problem-solving skills;
· social networking skills; and
· time management skills.
Interestingly, Timmons et al. (1987) suggest that that there is a limit to what can be taught in
entrepreneurship training programmes, and that the only way to learn is through one’s own
personal experience. With this in mind, they see the quality of the resulting business plan as a key
measure of effective experiential learning. Financial management and marketing have also been
highlighted as critical areas where entrepreneurs require help in the various surveys reported on
by Dunsby (1996).
It is clear from the literature that the learning methods employed in entrepreneurship
education and training programmes vary considerably from lectures, presentations and handouts
to video and case study-based learning, with group discussion and role-plays (Henry et al. 2005).
In addition, both traditional and non-traditional approaches to learning are featured. Some
commentators, such as Davies and Gibb (1991) for example, are critical of the adoption of
traditional education methods, which focus mainly on theory and a didactic approach, suggesting
that they are “inappropriate” in the teaching of entrepreneurship. Young (1997) supports this view
when he questions the relevance and value of a theoretical approach to a subject which deals
almost exclusively with activity, suggesting that the experience and practical skills used by
entrepreneurs are possibly not something that can be acquired through conventional teaching
methods. However, Shepherd and Douglas (1996) criticise the use of the less traditional case
study, role play, simulation and problem solving teaching methods, arguing that, in the confines
of the classroom where guidelines are provided and outcomes are known, such mechanisms are
actually promoting logical rather than creative or entrepreneurial thinking.
Gibb (1987) as cited by Henry et al. (2005) identified several main differences between
the classroom and the real world entrepreneurial learning situation as illustrated in Table I.
467
Prosiding SKIKS 08
Understanding and recalling the information Understanding the values of those who transmit
itself and filter information
Seeking verification of the truth by study of Making decisions on the basis of judgement of
Information trust and competence of people
Understanding basic principles of society in the Seeking to apply and adjust in practice to basic
metaphysical sense principles of society
Seeking the correct answer with time to do it Developing the most appropriate solution under
pressure
Gleaning information from experts and Gleaning information personally from any and
authoritative sources everywhere and weighing it up
Garavan and O’Cinneide (1994) suggested three basic activities to be adopted within the
university context which includes:
i. Creation and maintenance of an enterprising culture on the whole at the university.
Entrepreneurship should permeate all the activities of the university concerning
courses, research and external activities. Here, PBL (problem-based learning) –
which is used to develop creative problem-solving students – is one example.
ii. Separate courses in entrepreneurship, where students can learn more about
entrepreneurship as a subject itself. Here, it can be a question of credit courses of
468
Kemahiran keusahawanan
Klofsten (2000) emphasised that the ideal situation with regards to Garavan and O’Cinneide’s
(1994) suggestion is to have all these instruments to work together in parallel and enrich each
other.
Conclusion
The development of entrepreneurship, as both concept and activity, has been growing in
importance in Malaysia. The perceived importance of entrepreneurship to the growth of
Malaysia’s economy is evidenced by the large amount and variety of supporting mechanisms and
policies that were initiated by the government for entrepreneurship development, including
funding, physical infrastructure and business advisory services.
In a developing nation like Malaysia, the awareness among the people of the need for
entrepreneurship knowledge and the desire to venture in the business world are important. This is
because the people of a nation are its greatest asset. Hence, efforts by the government and
universities to instil such awareness through the integration of entrepreneurship skills in the new
soft skills module should be applauded. The government should further support the universities
by promoting an enterprise culture so that parents understand the importance of entrepreneurship
to the economy and to open up opportunities for the students’ development. Further funds and
development to provide finance for young people leaving university with substantial debt should
also be on the government’s agenda. However, challenges and barriers in the training of
entrepreneurs should also be identified and addressed accordingly. For example, many studies
pointed out the difficulties of implementing entrepreneurial education and training activities at
our universities, if anything is undertaken, it is a question of small and short term initiatives
(Gibb, 1985).
References
Bridge, S., O’Neill, K. and Cromie, S. (1998). Understanding Enterprise, Entrepreneurship &
Small Business. London: Macmillan Publishing.
Cox, L.W. (1996). The goals and impact of educational interventions in the early stages of
entrepreneur career development, Proceedings of the Internationalising
Entrepreneurship Education and Training Conference, Arnhem.
Davies, L.G. and Gibb, A.A. (1991). Recent research in entrepreneurship, Proceedings of the
3rd International EIASM Workshop. Gower, London.
Fiet, J.O. (2000a). The theoretical side of teaching entrepreneurship theory, Journal of Business
469
Prosiding SKIKS 08
470
Kemahiran keusahawanan
Huzili Hussin
huzili@unimap.edu.my
471
Prosiding SKIKS 08
472