You are on page 1of 1

Fakta

Pelajaran amat penting kepada para pelajar. Tuliskan sebuah karangan tentang langkah-langkah
untuk memastikan kejayaan dalam pelajaran.

Langkah-langkah Untuk Memastikan Kejayaan Dalam Pelajaran

Pelajaran amat penting kepada para pelajar. Oleh itu, kita mestilah menuntut ilmu sejak kecil lagi. 
Langkah-langkah untuk memastikan kejayaan dalam pelajaran seperti menumpukan perhatian
semasa guru mengajar. Jika kita tidak faham, kita hendaklah bertanya dengan guru. Ini akan
memudahkan kita untuk memahami apa yang diajar oleh guru.

Kita hendaklah membuat jadual waktu di rumah. Kita mesti mengikuti jadual waktu yang dibuat. Jika
kita pandai membahagikan masa, kita akan berjaya dalam pelajaran.

Disiplin diri juga merupakan langkah-langkah untuk berjaya dalam pelajaran. Kita mestilah mematuhi
peraturan sekolah, mendengar nasihat guru dan ibu bapa. Oleh itu, kita akan berjaya dalam pelajaran.

Kita mestilah menjaga kesihatan untuk berjaya dalam pelajaran. Jika badan kita sihat, kita akan
terhindar daripada penyakit. Oleh itu, kita akan dapat belajar dengan selesa.

Pelajaran amat penting kepada kita. Orang yang berilmu akan dipandang mulia. Oleh itu, tanamkan
sikap ingin berjaya dalam pelajaran.

You might also like