P. 1
Masalah Pengangguran Di Malaysia Akibat Kejatuhan Ekonomi Dunia

Masalah Pengangguran Di Malaysia Akibat Kejatuhan Ekonomi Dunia

4.0

|Views: 43,461|Likes:
Published by Izzwandy

More info:

Published by: Izzwandy on Jan 05, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX or read online from Scribd
See more
See less

07/02/2015

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SCHOOL OF SOCIAL SCIENCES
MASTER OF PUBLIC ADMINISTRATION
SPA 507 : ISU-ISU EKONOMI MALAYSIA DR. SAIDATULAKMAL MOHD

MASALAH PENGANGGURAN DI MALAYSIA: KESAN TERHADAP NEGARA DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA.

By : MUHAMAD IZZWANDY BIN MAMAT (P-SM0081/09)

MASALAH PENGANGGURAN DI MALAYSIA AKIBAT KEJATUHAN EKONOMI DUNIA: KESAN TERHADAP NEGARA DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA.

PENGENALAN Dalam krisis ekonomi pada masa ini, pekerja dalam syarikat dan kilang akan mudah diberhentikan oleh majikan apabila permintaan ke atas produk negara daripada rakan dagangan utama seperti Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mulai mengecil dan menyebabkan kejatuhan eksport. Syarikat±syarikat besar juga akan merasai kesannya seperti kekurangan modal dan pelaburan akan memaksa beberapa syarikat untuk mengurangkan operasi atau muflis. Syarikat-syarikat seperti GM Motors, Citigroup, Intel, IBM dan banyak lagi syarikat multinasional yang mengalami proses mengurangkan pekerja.

Implikasinya, nasib pekerja dalam syarikat dan kilang yang mudah terjejas dengan krisis ekonomi khususnya syarikat dan kilang milik tempatan dan multinasional yang berorientasikan eksport yang mana pasaran mereka tertumpu di luar negara. Kesan dari krisis ekonomi ini akan menyebabkan menyebabkan puluhan ribu hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.

Pengangguran dikategorikan sebagai tenaga buruh tetapi tidak menyumbang kepada keluaran negara. Pengangguran boleh didefinisikan sebagai tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang aktiviti ekonomi tetapi giat mencari pekerjaan dalam ekonomi. Masalah pengangguran di Malaysia masih rendah berbanding negara maju. Jerman misalnya, kadar penganggurannya kira-kira 12 peratus, Perancis (9 peratus), Amerika Syarikat (5.5 peratus) dan Jepun antara 4 hingga 5 peratus pada 2004.

PERNYATAAN MASALAH

Sejak kebelakangan ini pengangguran yang semakin meningkat, oleh itu pelbagai usaha telah diambil untuk menambah peluang latihan semula pekerja, antaranya adalah melalui

penggunaan lebih meluas Tabung Pembangunan Sumber Manusia. Pada masa yang sama, untuk mengeluarkan tenaga buruh terlatih untuk jangka masa panjang terus diberi keutamaan selaras dengan permintaan ekonomi baru. Terdapat pelbagai langkah yang ditumpukan untuk mempercepatkan pertumbuhan

ekonomi, seperti perkembangan permintaan dalam negeri dan sebagainya telah dilaksanakan oleh kerajaan. Justeru, prospek pekerjaan baru dijangka wujud dalam bidang berkaitan teknologi maklumat, dengan bilangan jawatan yang kekal tinggi. (Sumber : Pelan atasi pengangguran, Jabatan Tenaga kerja Malaysia 2010)

Biarpun masalah pengangguran negara ini masih dalam keadaan terkawal, sebagai langkah persediaan, kerajaan perlu merangka pelan strategik bagi mengatasi kemungkinan yang dijangka boleh berlaku. Pelan Tindakan Pekerjaan Nasional (NAPE) 2008-2010 yang dilancarkan bakal menjadi landasan kepada kerajaan memberi tumpuan kepada usaha menangani masalah pengangguran di negara kita. Pelan itu bertindak sebagai langkah persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan peningkatan dalam kadar pengangguran pada masa hadapan. ( Pelan Tindakan Pekerjaan Nasional (NAPE) 2008-2010)

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini di jalankn untuk mengetahui dan memahami masalah pengangguran yang sentiasa berlaku di malaysia. Selain itu kajian ini juga adalah untuk: 1. Mengatahui punca berlakunya pengangguran 2. Kajian ini juga adalah untuk mengatahui jenis-jenis penganguran yang wujud di Malaysia. 3. Selain itu kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui kesan-kesan pengangguran terhadap negara dari segi ekonomi dan social. 4. Dan seterusnya mencari dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya.

DEFINISI PENGANGGURAN

Menurut Slamon, J. (1999) penganggur ialah mereka yang tidak bekerja walau pun berusia di dalam lingkungan umur orang bekerja tetapi mereka sedia ada untuk bekerja mengikut kadar gaji semasa.

Manakala di dalam Kamus Dewan (Edisi Empat), pula menyatakan perihal menganggur adalah di mana keadaan seseorang itu tidak mempunyai pekerjaan disebabkan oleh kesukaran untuk mendapat kerja ataupun akibat dari pengurangan pekerja oleh kerajaan dan disebabkan keadaan cuaca yang tidak membolehkan sesuatu pekerjaan dilaksanakan.

Mengikut Lai (2000) didalam buku mikroekonominya menyatakan pengangguran bergantung dan berkaitan dengan : 1. Jumlah penduduk dalam sesebuah negara boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu: a) Tenaga buruh ± penduduk yang sanggup bekerja, b) Bukan tenaga buruh ± penduduk yang tidak sanggup bekerja. 2. Pengangguran berlaku apabila penduduk dalam kumpulan tenaga buruh gagal mendapatkan pekerjaan. 3. Tenaga buruh adalah penduduk yang berumur di antara 15 ± 64 tahun, sihat dari segi mental dan fizikal serta bersedia mencari pekerjaan. 4. Penduduk dalam kumpulan bukan tenaga buruh merujuk kepada mereka yang berumur kurang daripada 16 tahun atau lebih daripada 63 tahun, cacat, pelajar dan suri rumahtangga adalah contoh-contoh penduduk bukan tenaga buruh. 5. Pendek kata, pengangguran merupakan satu masalah ekonomi yang merujuk kepada sebilangan penduduk yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapatkan pekerjaan. 6. Kadar pengangguran mengukur peratus tenaga buruh yang menganggur dalam Negara. Ia dapat dihitung dengan rumusan berikut:

Kadar pengangguran = Jumlah Penganggur x 100% Jumlah Tenaga Buruh

Menurut Jomo & Ishak (2003) pengangguran boleh di takrif sebagai keadaan apabila sebahagian dari tenaga buruh yang ingin berkerja pada kadar upah yang tertentu dipasaran tetapi tidak mendapat sebarang pekerjaan. JENIS-JENIS PENGANGGURAN Pengangguran dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti pengangguran geseran atau normal, pengangguran struktur, pengangguran kitaran, pengangguran teknologi, Menurut Jomo (2003) Pengangguran normal/geseran berlaku apabila dalam suatu ekonomi terdapat pengangguran sebanyak dua atau tiga peratus dari jumlah tenaga buruh maka ekonomi itu sudah dipandang sebagai mencapai gunatenaga penuh. Pengangguran sebanyak dua atau tiga peratus tersebut dinamakan pengangguran normal atau geseran. Para penganggur ini tidak ada pekerjaan bukan kerana tidak dapat memperolehi kerja, tetapi kerana sedang mencari kerja lain yang lebih baik. Dalam ekonomi yang melambung, pengangguran adalah rendah dan pekerja susah diperoleh. Maka pengusaha menawarkan upah yang lebih tinggi. Ini akan mendorong para pekerja untuk meninggalkan pekerjaannya yang lama dan mencari pekerjaan baru yang lebih tinggi gajinya atau yang lebih sesuai dengan kemahirannya. Boleh dikatakan juga Pengangguran geseran berlaku untuk sementara waktu sahaja. Pekerja tidak puas hati dengan pekerjaan sekarang dan sedang berusaha untuk mencari pekerjaan lain yang lebih baik. Penganguran bermusim pula hanya berlaku pada masa-masa tertentu sahaja dan cenderung wujud dalam sektor utama seperti sektor pertanian dan sektor perikanan.

Pengangguran struktur berlaku disebabkan perubahan struktur ekonomi dalam sesebuah negara. Pada masa dahulu sektor pertanian memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada tenaga buruh. Dengan perkembangan sektor industri dan pembinaan, penyumbang terbesar dalam penyediaan peluang pekerjaan telah beralih ke sektor tersebut. Oleh kerana sebilangan tenaga buruh tidak mempunyai kelayakan dan kemahiran maka berlakulah pengangguran. Perubahan sektor ini juga berlaku kerana kurangnya penawaran dari sektor pertanian atau terdapat kekurangan permintaan terhadap keluarannya. Kekurangan permintaan ini adalah disebabkan berlakunya peningkatan kos pengeluaran, persaingan, terdapatnya keluaran baru dalam pasaran dan sebagainya. ( Ooi, 1996)

Manakala pengangguran kitaran wujud akibat daripada ekonomi tidak selalu berkembang dengan teguh. Ada kalanya permintaan agregat lebih tinggi, dan ini mendorong pengusaha menaikkan pengeluaran. Lebih banyak pekerja baru digunakan dan pengangguran berkurang. Akan tetapi pada masa lainnya permintaan agregat merosot dengan banyaknya. Misalnya, dalam kes Malaysia, ini boleh berpunca dari kejatuhan harga-harga komoditi eksport. Kemerosotan permintaan agregat ini mengakibatkan perusahaan-perusahaan mengurangi pekerja atau menutup perusahaannya, maka pengangguran akan bertambah Pengangguran teknologi boleh pula ditimbulkan oleh adanya penggantian tenaga manusia oleh jentera-jentera dan bahan kimia. Racun lalang dan rumpai, misalnya, telah mengurangi penggunaan tenaga buruh untuk membersihkan ladang. Begitu juga jentera telah mengurangi keperluan tenaga buruh untuk membuat lubang, memotong rumput, membersihkan kawasan, dan memungut hasil. Manakala di kilang-kilang, adakalanya robot telah menggantikan kerja-kerja manusia. Pengangguran yang ditimbulkan oleh penggunaan jentera dan kemajuan teknologi lainnya dinamakan pengangguran teknologi. Pengangguran teknologi juga berlaku

apabila penggunaan tenaga buruh dalam proses pengeluaran telah diambil alih oleh mesin dan robot. Ini disebabkan berlakunya perkembangan teknologi yang telah berjaya mencipta alatan yang lebih baik untuk meningkatkan pengeluaran dengan kos pengeluaran yang semakin berkurangan. (Jomo & Ishak, 2003) Berasaskan ciri-ciri pengangguran yang berlaku, Jomo & Ishak (2003) mengatakan pengangguran dibezakan pula menjadi: pengangguran terbuka, pengangguran tak ketara (tersembunyi),dan pengangguran bermusim,

Pengangguran sukarela atau terbuka berlaku apabila tenaga buruh secara sukarela enggan bekerja apabila ditawarkan pekerjaan. Ini disebabkan oleh pekerjaan yang ditawarkan tidak sesuai dengan kelulusan, kemahiran, pengalaman dan sebagainya dengan tenaga buruh. Pengangguran ini juga mungkin wujud sebagai akibat pertambahan peluang pekerjaan yang lebih rendah daripada pertambahan tenaga buruh.

Sebagai akibatnya dalam ekonomi akan terdapat tenaga buruh yang tidak dapat memperolehi pekerjaan. Maka di dalam suatu jangka masa yang cukup panjang mereka tidak melakukan sebarang pekerjaan. Jadi mereka menganggur secara nyata dan sepenuh masa, dan oleh kerananya dinamakan pengangguran terbuka. Pengangguran terbuka boleh wujud sebagai akibat dari kegiatan ekonomi yang merosot, dari kemajuan teknologi yang menjimat penggunaan tenaga buruh, atau sebagai akibat dari kemerosotan perkembangan sesuatu industri.

Pengangguran tersembunyi atau ketara berlaku apabila terdapatnya lebihan penggunaan tenaga buruh dalam sesuatu ekonomi.. Kehadiran tenaga buruh yang berlebihan ini tidak akan menambahkan pengeluaran dan ketiadaan tenaga buruh ini juga tidak akan menjejaskan pengeluaran. Pengangguran ini kebanyakan wujud disektor pertanian atau perkhidmatan. Setiap

kegiatan ekonomi memerlukan tenaga buruh, dan jumlah tenaga buruh yang digunakan bergantung kepada banyak faktor. Antara lain faktor yang perlu dipertimbangkan adalah: saiz perusahaan, jenis kegiatan perusahaan, jentera yang digunakan (sama ada intensif buruh atau intensif modal) dan tingkat pengeluaran yang dicapai.

Di banyak negara membangun kerapkali didapati bahawa jumlah pekerja dalam suatu kegiatan ekonomi adalah lebih banyak daripada yang sebenarnya diperlukan supaya ia dapat menjalankan kegiatannya dengan cekap. Kelebihan tenaga buruh yang digunakan digolongkan dalam pengangguran tersembunyi. Contoh-contohnya ialah pelayan restoran yang lebih banyak daripada yang diperlukan dan keluarga petani yang mengerjakan saiz tanah yang sangat kecil.

Pengangguran bermusim pula jarang berlaku dan kebanyakannya berlaku di sektor pertanian dan perikanan. Pada musim hujan penoreh getah dan nelayan tidak dapat melakukan pekerjaan mereka dan terpaksa menganggur. Pada musim kemarau pula para pesawah tidak dapat mengerjakan tanahnya. Di samping itu pada umumnya para pesawah tidak begitu aktif di antara masa di atas para penoreh getah, nelayan dan pesawah tidak melakukan pekerjaan lain maka mereka terpaksa menganggur.

STATISTIK GUNA TENAGA, TENAGA BURUH DAN PENGANGGURAN DI MALAYSIA PADA TAHUN 1996-2000

Butir Jumlah tenaga buruh

1996

1997

1998

1999

2000

8 641.4 (µ000) Jumlah guna tenaga 8 426.5 (µ000) Jumlah pengangguran 214.9 (µ000) Kadar pengangguran 2.5 (%)

9 038.2

8 880.9

9 010.0

9 194.0

8 817.4

8 596.9

8 741.0

8 928.0

220.8

284

269

266

2.4

3.2

3.0

2.9

Berdasarkan jadual di atas Kadar pengangguran dapat dihitung seperti berikut;

Dari jadual jelas menunjukkan kadar pengangguran dari tahun 1996 hingga tahun 2000 adalah turun naik. Pada tahun 1996 dan 1997, kadar pengangguran turun dari 2.5% kepada 2.4%. Pada tahun 1998, kadar pengangguran semakin meningkat kepada 3.2% dan kemudiannya terus menurun dari 3.0% dalam tahun 1998 ke 2.9% dalam tahun 2000. (Sumber: Laporan Ekonomi Tahun 2000, kementerian kewangan Malaysia)

BILANGAN DAN KADAR PENGANGGURAN MENGIKUT NEGERI BAGI SUKU TAHUN KEDUA 2009 (Q2 2009)

NO

NEGERI

BILL (,000)

KADAR PENGANGGURAN (%)

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

MALAYSIA PULAU PINANG MELAKA KELANTAN WP. KUALA LUMPUR PAHANG PERLIS JOHOR SELANGOR TERENGGANU N.SEMBILAN PERAK KEDAH SARAWAK SABAH / LABUAN

415.7 16.6 7.5 13.2 19.6 17.9 2.8 43.5 78.0 15.1 15.2 39.7 31.9 47.1 67.5

3.6 2.3 2.5 2.5 2.8 2.9 3.2 3.2 3.6 3.7 3.7 4.1 4.3 4.5 4.8

y

Melaka mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 2.5% bagi suku tahun kedua 2009; meningkat berbanding 0.9% pada suku tahun kedua 2008.

y

Malaysia pula mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 3.6% bagi suku tahun kedua 2009; lebih tinggi berbanding 3.5% pada suku tahun kedua 2008.

y

Kadar pengangguran tahunan terendah telah dicatatkan pada tahun 1999 ± 2001 dan 2004 ± 2006; pada tahun 2002-2003 Pulau Pinang telah mengatasi Melaka dan pada tahun 2007 diatasi oleh Johor.

y

Melaka kembali mencatatkan kadar pengangguran tahunan terendah pada tahun 2008. Bilangan penganggur Melaka pada suku tahun kedua 2009 adalah seramai 7,500 orang; lelaki = 5,200 orang, perempuan = 2,300 orang

y

Bilangan penganggur teramai: dari segi umur ialah 15 ± 24 tahun : 5,000 orang (66.7%); dan dari segi pendidikan ialah lepasan menengah : 5,700 orang (76%)

( Sumber: Direktorat Pelaksanaan Negeri (DPN), Jabatan Ketua Menteri Melaka 20 Oktober 2009 dan Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia )

PUNCA-PUNCA PENGANGGURAN

Pengangguran yang berlaku sekarang juga berpunca daripada penggantian buruh dengan mesin, kemunduran dalam industri, kemelesetan ekonomi dunia dimana dan sebab sebab lain. Selain itu, masalah pengangguran selalu berlaku dalam ekonomi kerana permintaan agregat adalah kurang daripada penawaran agregat yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran. Oleh itu, pada sebarang masa tertentu, terdapat faktor-faktor pengeluaran yang tidak digunakan oleh ekonomi. Ada kalanya, kegiatan ekonomi mencapai tingkat yang sangat tinggi sehingga semua tenaga buruh di dalam ekonomi digunakan sepenuhnya. Keadaan ini dikatakan sebagai guna tenaga penuh ( Sodono, 1992).

Kitaran ini berulang lagi apabila dunia mengalami resesi pada awal tahun 90-an dan disusuli dengan perkembangan ekonomi dunia pada pertengahan 90-an. Krisis matawang Asia pada akhir tahun 90-an yang mengakibatkan ekonomi Asia jatuh dengan teruknya. Kini, pada awal abad ke-20 ini, kita kembali pula kepada fasa perkembangan ekonomi yang pesat.

Menurut Slamon, J. (1999) Isu pengangguran mengikut satu kitaran (cyclical) turunnaik persis seperti ekonomi dunia dan kedua-duanya saling berhubung kait di antara satu sama lain. Pada awal 80-an, kadar pengangguran meningkat akibat resesi (recession) yang melanda dunia ketika itu. Tetapi pada pertengahan 80-an, kadar pengangguran kembali turun, hasil daripada perkembangan (expansion) ekonomi dunia. Kitaran ini berulang lagi apabila dunia mengalami resesi pada awal tahun 90-an dan disusuli dengan perkembangan ekonomi dunia pada pertengahan 90-an.

Secara am juga Sikap rakyat tempatan yang tidak mahu bekerja dalam persekitaran kotor merupakan antara sebab utama belia menganggur dan kekosongan itu direbut oleh warga asing. Sikap memilih kerja dikalangan belia tempatan itu menyebabkan mereka sukar mencari pekerjaan dan mendorong pertambahan jumlah warga asing di negara ini. Gaji yang berpatutan dibayar kepada pekerja tempatan berbanding pekerja asing, namun mereka hanya bertahan sehingga dua atau tiga minggu dalam perkhidmatan seperti hospitaliti, pelancongan dan penyediaan serta penjualan makanan. Peluang pekerjaan yang terdapat dalam sektor ini tidak dihargai oleh belia tempatan dan mereka rela menjadi penganggur sehingga mendapat kerjaya yang diminatirakyat tempatan menganggur kerana tidak mahu bekerja dalam sektor yang menjadi tumpuan warga asing. Pekerja yang gemar menukar tempat kerja, mereka ini tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Pekerja sekarang mudah jemu dengan apa yang dilakukan. Mereka ingin mencari pekerjaan baru. Oleh itu mereka akan menukar tempat kerja. Sebab atau alasan yang sering mereka gunakan ialah ingin menukar angin ataupun suasana. Antara alasan yang sering mereka gunakan ialah majikan tidak mengambil berat tentang pekerja dan peluang untuk mereka memajukan diri di tempat kerja tersebut adalah terhad.

\

KESAN-KESAN PENGANGGURAN Kesan Negatif Ekonomi 1. Pengangguran bermakna tenaga buruh tidak digunakan dengan sepenuhnya dan faktorfaktor pengeluaran lain iaitu modal tetap seperti kilang serta faktor tanah seperti tanah pertanian dibazirkan. Keadaan ini akan mengurangkan KNK benar yang dicapai dan seterusnya ini akan mengurangkan KNK benar < KNK potensi. 2. Pengangguran menyebabkan pembaziran faktor-faktor pengeluaran. Kesannya ialah firma mengalami ketidakcekapan dalam pengeluaran. Had kemungkinan pengeluaran tidak tercapai dalam ekonomi. 3. Pengangguran menyebabkan pembaziran faktor-faktor pengeluaran. Keadaan ini juga merendahkan keupayaan pengeluaran semasa dan seteusnya menghalang pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan. 4. Pengangguran mengurangkan KNK benar dan seterusnya mengurangkan pendapatan negara. Apabila bilangan penduduk bertambah, pendapatan per kapita negara berkenaan akan jatuh. Kesannya ialah taraf hidup rakyat menurun. 5. Pengangguran menambahkan kadar kemiskinan dalam negara. Kenaikan kadar pengangguran menjejaskan usaha kerajaan untuk meninggikan kemajuan ekonomi (Jomo & Ishak, 2003) Masalah pengangguran amat membimbangkan kerana kadar pengangguran tinggi boleh mengurangkan pendapatan negara dan memberi kesan yang langsung kepada Negara. kerajaan akan kekurangan dana dan sumber pendapatan. Ia akan melambatkan proses pembangunan negara apabila kerajaan tidak dapat menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk

menjana pertumbuhan ekonomi di samping menambahkan lagi jurang kemiskinan dalam masyarakat. Kesan Negatif Sosial 1. Pengangguran menyebabkan penganggur kehilangan pendapatan. Ini seterusnya menyulitkan penganggur membuat perbelanjaan ke atas barang-barang keperluan serta perkhidmatan penting seperti pendidikan. Kesulitan tersebut mungkin memaksa penganggur melakukan jenayah seperti merompak dan mencuri. Keadaan ini akan menjejaskan ketenteraman social dalam negara. 2. Kehilangan pendapatan dan kemampuan berbelanja akan mengakibatkan masalah kewangan dalam keluarga penganggur. Ini seterusnya memburukkan perhubungan kekeluargaan. 3. Pengangguran menambahkan bilangan keluarga miskin dalam masyarakat. Pengangguran juga menyebabkan penganggur kehilangan keyakinan diri, malahan mengalami tekanan jiwa. Oleh itu, pertambahan bilangan penganggur akan mengancam kesejahteraan sosial (Jomo & Ishak, 2003). Dengan kata lain masalah pengangguran amat membimbangkan kerana kadar pengangguran tinggi boleh mengurangkan pendapatan negara dan memberi kesan langsung kepada jumlah pungutan cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat. Kerajaan akan kekurangan dana dan sumber pendapatan. Ia akan melambatkan proses pembangunan negara apabila kerajaan tidak dapat menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk menjana pertumbuhan ekonomi di samping menambahkan lagi jurang kemiskinan dalam masyarakat.

Pengangguran jika tidak dikawal dan ditangani secara holistik akan memberi kesan kepada struktur sosial dan budaya yang boleh mewujudkan suasana tidak tenteram dalam keluarga dan masyarakat di samping meningkatkan kejadian antisosial. Ini akibat masalah kewangan daripada pengangguran yang teruk. Penganggur sanggup merompak, culik, bunuh dan sebagainya untuk mendapatkan wang serta meningkatkan masalah tekanan jiwa dan tiada keyakinan diri seseorang.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI Rancangan menggalakkan penyesuaian dan mobiliti dalam pasaran pekerjaan sangat perlu bagi memastikan komitmen dan pengekalan sumber tenaga kerja serta menggalakkan pembangunan modal insan dan pembelajaran berterusan. Pekerja berpengalaman dan berusia sangat penting diberi perhatian serta layanan agar kepakaran dan kemahiran mereka dapat dimaksimumkan dan menjadi aset utama kepada sesebuah organisasi. Usaha mengukuhkan lagi kesamaan gender dalam setiap bidang pekerjaan yang bersesuaian hendaklah dilaksanakan agar tidak wujud rasa tidak puas hati kepada mana-mana individu.

Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang dan peluang pekerjaan semakin terbatas, kerajaan bakal berdepan dua cabaran besar iaitu memastikan rakyat mempunyai pekerjaan dan mengekalkan pekerjaan mereka serta lepasan universiti mempunyai tempat dalam pasaran. Masalah kedua pula mengekalkan aliran kredit bagi memastikan pemilik perniagaan dapat meneruskan operasi perniagaan dengan dana latihan yang diperuntukkan kerajaan. Oleh itu, masalah pengangguran rakyat diyakini dapat dikurangkan seminimum mungkin pada masa hadapan. (Siti Rohani, 1990)

Pada masa kini, terdapat ahli ekonomi di setengah-setengah negara yang mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan dasar perlindungan untuk mengatasi pengangguran di negara mereka. Menurut mereka, dengan menyekat kemasukan barang-barang import, industri tempatan dapat dilindungi dan seterusnya menjamin peluang kerajaan kepada rakyat tempatan. Secara amnya, ahli ekonomi tidak bersetuju dengan dasar perlindungan kerana ia mengehadkan perkembangan perdagangan antarabangsa dan seterusnya. Di samping itu, apabila sebuah Negara mengamalkan dasar perlindungan, negara lain juga akan turut berbuat demikian sebagai tindakan balas. Akibatnya, semua pihak akan mengalami kerugian. Dari segi praktiknya, sesebuah kerajaan itu patut berhati-hati apabila melaksanakan dasar-dasar tertentu untuk mengatasi masalah pengangguran dengan berkesan. Misalnya, masalah pengangguran di sesebuah negara itu mungkin bukan disebabkan oleh faktor-faktor yang lain seperti dalam kes pengangguran struktur. Oleh yang demikian, dasar yang dibentuk harus sesuai dalam menghadapi jenis pengangguran yang wujud. Dengan mengetahui sifat pengangguran tersebut, kerajaan boleh mengelakkan daripada membuat dasar yang tidak sesuai atau yang kurang berkesan. (Jomo & Ishak, 2003). Mengikut Lai (2000), Bagi menambahkan permintaan untuk buruh, pelaburan perlu ditambahkan. Penggunaaan intensif buruh perlu digalakkan. Kerajaan boleh menarik pelaburan dari negara asing dengan member insentif seperti taraf perintis (pengecualian cukai syarikat) dan dengan penyediaan kawasan industri. Kerajaan boleh menambahkan mobiliti pekerja. Kerajaan boleh menambahkan mobiliti geografi dan mobiliti pekerjaan dengan member kemudahan pengangkutan dan kediaman serta latihan semula. Mobiliti buruh juga boleh ditambah melalui pendidikan terutama sekolah vokasional dan teknik untuk menyesuaikan mereka yang ada kemahiran.

Di samping itu juga, kerajaan juga memainkan peranan penting untuk menambahkan maklumat tentang peluang pekerjaan dengan mendirikan lebih pejabat pendaftaran buruh di merata-rata tempat. Kerajaan juga perlu menyediakan pelajar-pelajar yang sesuai dengan kehendak ekonomi masa depan. Misalnya untuk mencapai wawasan 2020 kerajaan telah menyusun semula mata pelajaran sains dan matematik dari peringkar rendah. Pelan untuk mengurangkan kadar pertambahan penduduk adalah cara yang berkesan sekali untuk mengurangkan pengangguran dalam jangka panjang. Kerajaan telah mengambil langkah bijak untuk mengatasi masalah pegangguran dengan pelbagai cara yang berkesan. Misalnya baru-baru ini kerajaan memperbanyakan jawatan kontrak di sektor awam untuk mengatasi masalah ini. Jikalau tahap kerja yang baik dan stabil kakitangan kontrak tadi akan diserap terus ke jawatan tetap sektor awam. Selain itu kerajaan menggalakan siswazah yang menganggur menyambung pengajian di IPTA dan IPTS ke peringkat Sarjana dan Phd. Yuran pengajian ditanggung penuh oleh kerajaan untuk setiap yang Berjaya menyambung pelajaran. Dana yang terlibat ialah sebahagian daripada Bajet mini 2009. Dengan cara ini dapatlah masalah pengangguran dikalangan siswazah. Dasar fiskal melibatkan perubahan perbelanjaan kerajaan dan cukai yang diamalkan. Kekurangan perbelanjaan agregat menyebabkan ekonomi tidak dapat berkembang dengan cepat. Ini menyebabkan peluang pekerjaan tidak dapat disediakan. Perbelanjaan agregat yang rendah juga mungkin disebabkan masalah deflasi yang berlaku. Oleh sebab itu kerajaan boleh meningkatkan perbelanjaannya, mengurangkan cukai di kalangan masyarakat atau melaksanakan kedua-dua instrument ini secara serentak.

Tindakan ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna. Oleh itu penggunaan akan meningkat. Oleh sebab penggunaan ialah salah satu komponen perbelanjaan agregat maka perbelanjaan agregat akan meningkat. Oleh itu jumlah barang dan perkhidmatan yang diurusniaga dapat ditingkatkan. Keluaran negara akan meningkat dan ini sekaligus akan menghapuskan masalah deflasi yang wujud. (Abdul Kadir, M. Y. ,2003) Dasar kewangan melibatkan perubahan bekalan wang dan perubahan kadar bunga dalam ekonomi. Sewaktu deflasi, perbelanjaan agregat adalah rendah, oleh itu fenomena pengangguran akan wujud dalam ekonomi. Oleh itu dasar kewangan perlu dilonggarkan supaya perbelanjaan agregat dapat ditingkatkan. Kerajaan melalui bank pusat akan menambahkan bekalan wang dalam ekonomi dan menurunkan kadar bunga supaya pelaburan menjadi lebih kos efektif. Oleh itu perbelanjaan di kalangan pengguna akan meningkat, keluaran negara akan meningkat sekaligus dapat menghapuskan masalah pengangguran dan deflasi. . (Jomo & Ishak, 2003). Secara umumnya peranan dasar kewangan boleh diterangkan dengan menggunakan mekanisme transmisi Keynes. Iaitu apabila bekalan wang ditambah, kadar bunga jatuh, oleh itu pelaburan naik. Oleh sebab pelaburan adalah salah satu komponen perbelanjaan agregat maka, jumlah perbelanjaan agregat akan meningkat. Ini akan meningkatkan pendapatan negara dan menghapuskan lompang deflasi yang wujud dalam ekonomi.

KESIMPULAN Kadar pengangguran global sangat membimbangkan banyak negara, termasuk negara maju ketika dunia berhadapan dengan krisis ekonomi kronik yang menyebabkan puluhan ribu hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Biarpun begitu, walaupun masalah pengangguran negara ini masih dalam keadaan terkawal, sebagai langkah persediaan. Kerajaan perlu merangka pelan strategik bagi mengatasi kemungkinan yang boleh berlaku.

REFERENCES Abdul Kadir, M. Y. (2003). Ekonomi Makro. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Ghazali, M. (2002). Politik Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. y Jamal, A. (2003). Ekonomi Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia. y Jomo, K. S., & Ishak, S. (2003). Makroekonomi. Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. y y Slamon, J. (1999) di dalam buku Economics (Edisi Keempat), Lai, M. C. (2000). Siri Teks STPM Makroekonomi. Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. y y y Ooi, K. L. (1995). Ekonomi Lengkap Makroekonomi STPM. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Sadono, S. (1992). Makroekonomi (Edisi ke-3). Aneka Publishing. Siti Khadijah, C. M., Fauzi, H., & Mohd Razani, M. J. (2003). Ekonomi Malaysia. PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd. y Siti Rohani, Y. (1990). Kemelesetan Ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia. y Laporan Ekonomi Tahun 2000, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA, http://www.treasury.gov.my. y y Pelan atasi pengangguran, Mohamad Sofee Razak.JTK http://jtksm.mohr.gov.my/ Direktorat Pelaksanaan Negeri (DPN), Jabatan Ketua Menteri Melaka 20 Oktober 2009 dan Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia ) y ( Pelan Tindakan Pekerjaan Nasional (NAPE) 2008-2010)

y y

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->