You are on page 1of 8

INSTITUT PERGURUAN IPOH PERAK

31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA PELAKSANAAN SEMINAR


BINA INSAN GURU (BIG)

TARIKH :
19 FEBRUARI 2008

TEMPAT :
MINI TEATER, INSTITUT PERGURUAN IPOH
SEMINAR ETIKA PEMAKAIAN PROFESION PERGURUAN
DAN PROTOKOL DALAM MAJLIS RASMI

PENGENALAN
Seminar sehari berkenaan etika pemakaian dan protokol ini dirancang bagi
memenuhi kehendak kursus yang termaktub dalam aktiviti Bina Insan Guru (BIG) bagi
guru pelatih semester 3, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Institut Pendidikan
Guru Malaysia (PISMP-IPGM).

Fokus utama seminar ini adalah untuk memberi pengetahuan khusus tentang
etika pemakaian dan juga protokol-protokol di dalam pengendalian majlis setelah guru-
guru pelatih ini berkhidmat dengan kerajaan kelak. Diharap dengan pendedahan awal
berkenaan protokol dan etika pemakaian akan menguatkan lagi sahsiah dan disiplin
para guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Seperti yang termaktub dalam etika pemakaian bagi seseorang guru, bersih,
teratur dan kemas adalah tunjang utama dalam penampilan guru. Ini penting bagi
melatih pelajar di sekolah kelak dengan menjadikan diri sendiri sebagai guru dan model
kepada murid-murid seterusnya kepada masyarakat sekeliling. Selain pemakaian yang
mencerminkan keguruan, seorang guru juga harus mahir dalam protokol dalam
sesebuah majlis. Ini bertepatan dengan situasi di alam perguruan di mana banyak
majlis-majlis rasmi harus dihadiri oleh seseorang guru. Sekiranya protokol ini dapat
dipraktikkan oleh seorang guru, sudah tentu dapat menaikkan martabat profesion guru.
Protokol juga tidak terjurus kepada majlis-majlis rasmi sahaja. Protokol juga banyak
dirujuk tentang hubungan kita dan khidmat kita di kaunter-kaunter premis kerajaan,
kawasan sekolah malah hubungan dengan masyarakat ketika berada di khayalak
ramai.
RASIONAL
Program seminar ini dicadangkan untuk diluluskan kerana ini adalah sebahagian
daripada syarat yang harus dilaksanakan bagi memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah kelak. Ini termaktub dalam pro forma Bina Insan Guru (BIG) semester 3 PISMP-
IPGM. BIG kali memperuntukkan 3 jam untuk pelaksanaan aktiviti ceramah atau
seminar. Pihak jawatankuasa mencadangkan agar dilaksanakan dalam 2 sesi bagi 2
orang penceramah, iaitu setiap penceramah memberi ceramah selama 1 jam 30 minit.

Rasionalnya, program seminar ini dapat memberi kesedaran dan input berguna
berkenaan etika pemakaian profesion perguruan dan protokol dalam majlis rasmi. Di
luar skop ceramah pula, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara setiap
pelatih melalui interaksi sesama mereka selain dapat mempelajari selok-belok
mengendalikan sesuatu program.

TUJUAN
Seminar ini dicadangkan bertujuan melaksanakan program BIG semester 3. Ianya juga
bertujuan untuk meningkatkan lagi komitmen pelatih terhadap pelbagai aktiviti menarik
yang memberikan banyak faedah kepada setiap pelatih.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan imej profesion perguruan.
2. Memberi pengetahuan kepada guru-guru pelatih berkenaan etika pemakaian dalam
profesion perguruan dan protokol dalam majlis rasmi.
3. Melaksanakan program Bina Insan Guru (BIG).
4. Meningkatkan kesedaran guru pelatih terhadap kepentingan imej seorang guru
apabila berhadapan dengan masyarakat terutama pelajar-pelajar dan sesama guru
apabila berkhidmat kelak.
5. Meningkatkan tahap disiplin guru pelatih.
6. Perkukuhkan hubungan silaturrahim antara guru pelatih, tutor dan pensyarah.
TARIKH
Khamis, 19 Februari 2009

MASA
Sesi pertama : 2.30pm-4.00pm
Sesi kedua : 4.15pm-5.30pm

TEMPAT
Mini Teater,
Institut Perguruan Ipoh, Perak

SASARAN
 19 orang guru pelatih PISMP-IPGM PENGAJIAN CINA F2
 Tutor F2
 Pensyarah Jabatan lain

PENCERAMAH JEMPUTAN
Encik Mohd.Radzi Bin Johari,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar

ALAMAT SURAT MENYURAT


Institut Perguruan Ipoh, Perak
31150 Hulu Kinta
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-5111311

Lee Ai Win
Bilik no. 52, blok Cempaka
Institut Perguruan Ipoh, Perak
31150 Hulu Kinta
Perak Darul Ridzuan
Tel: 012-4415018
JAWATANKUASA PELAKSANAAN F2

Penasihat : Pn. Roslin Noor Ong bt Abdullah


Pengerusi : Lee Ai Win
Naib Pengerusi : Khoo Bee Kheng
Setiausaha : Lim Jing Zhi
Naib Setiausaha : Yee Yun Shin
Bendahari : Lim Tee Syan
AJK Minuman/ Makanan : Saw Sihat
Protokol dan Jemputan : Soon Bee Har

Khor Hooi Tiang


Hadiah dan Cenderamata : Chiang Wei Luan

Janice Ng Thien Chee

Chan Wan Jing


Keceriaan dan Kebersihan : Wong Hooi Ling

Chew Sin Lin

Diu Wen Jie


Peralatan dan Persiapan : Cheryl Chong Ji Yui
Tempat
Koh Hui Wen

Ooi Soo Ping


Dokumentasi : Chan Xin Lin
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Harga Catatan
1. Cenderamata penceramah *refer to HEP
2. Makanan / Minuman *tolong
dapatkan
sponsor
JUMLAH

Senarai Nama Peserta

1. Chan Wan Jing


2. Chan Xin Lin
3. Cheryl Chong Ji Yui
4. Chew Sin Lin
5. Chiang Wei Luan
6. Diu Wen Jie
7. Janice Ng Thien Chee
8. Khoo Bee Kheng
9. Khor Hooi Tiang
10. Koh Hui Wen
11. Lee Ai Win
12. Lim Jing Zhi
13. Lim Tee Syan
14. Loi Yuk Foong
15. Ooi Soo Ping
16. Saw Sihat
17. Soon Bee Har
18. Wong Hooi Ling
19. Yee Yun Shin

ATURCARA MAJLIS
Masa Aturcara
2.00pm  Semua guru pelatih, tutor, pensyarah, dan
penceramah mengambil tempat

2.15pm - 2.30pm  Ucapan alu-aluan penasihat seminar

2.30pm - 3.50pm  Sesi ceramah 1:


Etika Pemakaian dalam profesion perguruan.
Penceramah: En.Mohd.Radzi bin Johari
Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

3.50pm - 4.10.pm  REHAT

4.10pm - 4.15pm  Semua guru pelatih, tutor, pensyarah dan


penceramah mengambil tempat

4.15pm - 5.25pm  Sesi ceramah 2:


Protokol dalam majlis rasmi
Penceramah: En.Mohd.Radzi bin Johari
Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

5.25pm - 5.40pm  Penyampaian cenderamata kepada penceramah.


 Penutup & Bersurai
PENUTUP
Dengan terlaksananya seminar yang dirancang ini diharap tercapai segala
objektif yang diharapkan. Pihak pelaksana akan mengambil langkah sewajarnya agar
majlis ini dapat berjalan dengan lancar. Kerjasama daripada semua pihak samada
daripada kalangan guru pelatih, tutor, dan pensyarah amatlah diharapkan.

Disediakan oleh :

…………………………………
(LIM JING ZHI)
Setiausaha,
Seminar BIG

Disemak oleh :
………………………………...
(PN ROSLIN NOOR ONG )
Pensyarah penasihat,
Seminar BIG

Disahkan Oleh :

……………………………………
(EN SALEHUDDIN B. HUSSAIN )
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Perguruan Ipoh Perak.

You might also like