You are on page 1of 61

BAB 1:

DUNIA MELALUI
DERIA KITA
1.1 ORGAN DERIA DAN
FUNGSINYA
1. Manusia mempunyai lima organ deria:
 Kulit
 Hidung
 Lidah
 Telinga
 Mata

2. Organ-organ deria ini digunakan untuk mengesan


rangsangan luar.

3. Setiap organ deria mempunyai struktur istimewa yang


sensitif kepada rangsangan (reseptor).
Apakah yang akan berlaku selepas rangsangan dikesan?

Reseptor Impuls saraf


Rangsangan dalam organ Saraf
Impuls saraf
deria

Otak

Impuls saraf
Efektor
Gerak balas Saraf
Contoh: otot Impuls saraf

Rajah 1: Laluan gerak balas manusia terhadap rangsangan


1.2 DERIA SENTUH
1. Kulit merupakan organ deria bagi sentuhan.

2. Kulit mempunyai reseptor-reseptor yang peka terhadap


rangsangan sejuk, panas, sakit, sentuhan, tekanan.

Reseptor
3. Apabila kulit menerima rangsangan, Hujung saraf
reseptor akan menghasilkan impuls yang peka
kemudian dihantar ke otak melalui saraf terhadap
rangsangan
tunjang kemudian ditafsirkan.
4. Kulit mempunyai dua lapisan utama:

- Epidermis (kalis air, lapisan pelindung)


- Dermis (mengandungi banyak salur darah dan reseptor)

Reseptor sejuk
Reseptor sakit Reseptor sentuh

Epidermis

Reseptor panas

Dermis

Tisu lemak Reseptor tekanan


5. Kepekaan (sensitiviti) kulit bergantung kepada:
a) Bilangan reseptor
b) Ketebalan lapisan epidermis

6. Fungsi-fungsi lain kulit adalah:


a) Mencegah kemasukan bakteria dan kuman.
b) Mencegah kehilangan air dari badan.
c) Melindungi badan daripada sinaran ultraungu
matahari.
d) Mengawal suhu badan.
Latihan

1. Namakan dan nyatakan fungsi bagi reseptor yang


berlabel A, B, C, D, dan E dalam gambarajah di bawah.

B
C

A
D

E
2. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kepekaan
kulit.
a) :
b) :

3. Mengapakah doktor biasanya menyuntik bahagian


punggung pesakit?
Penyakit apabila
Vitamin Sumber Fungsi kekurangan vitamin
A Lobak merah, telur, • Untuk penglihatan yang • Rabun malam
susu baik waktu malam • Kulit kering dan
• Memelihara kesihatan bersisik
kulit
B Telur, susu, daging, • Mengeluarkan tenaga • Beri-beri
ragi, makanan jenis daripada karbohidrat • Anemia
bijirin (padi, jagung) • Kesihatan kulit
• Pembentukan sel darah
merah
• Kesihatan sistem saraf
C Buah-buahan dan • menyembuhkan • pendarahan gusi
sayuran segar penyakit
• melawan penyakit
Penyakit apabila
Vitamin Sumber Fungsi kekurangan vitamin
D Cahaya matahari, • Tulang dan gigi yang • Riket (kerapuhan
susu, telur kuat tulang dan gigi)
E Minyak sayuran, • membantu melawan • kemandulan
kacang, padi, penyakit
K Kuning telur, sayuran • penggumpalan darah • pendarahan yang
hijau berterusan
Garam mineral

Garam mineral diperlukan dalam kuantiti sedikit sahaja.

Badan kita memerlukan lebih banyak kalsium dan


fosforus berbanding dengan garam mineral lain.

Garam mineral diperlukan untuk mengekalkan kesihatan


badan.
Garam Sumber makanan Fungsi Kesan kekurangan
mineral
Susu, telur, sayur- • Pembentukan tulang dan • Penyakit riket
Kalsium sayuran hijau, keju gigi yang kuat • tulang dan gigi
• Pembekuan darah rapuh
•Pembekuan darah
yang lambat
Hati, daging, telur, Pembinaan hemoglobin
Besi sayur-sayuran dalam sel darah merah • Penyakit anemia
untuk pengangkutan
oksigen
Iodin Makanan laut, sayur – Penghasilan hormon • Penyakit goiter
sayuran, garam untuk mengelakkan (beguk)
beriodin, rumpai laut penyakit goiter
Garam mineral Sumber makanan Fungsi Kesan kekurangan
Natrium Garam (natrium Memelihara Kekejangan otot
klorida) keseimbangan
badan
Fosforus Daging, susu, ikan, Pembentukan • riket
telur, kacang tulang dan gigi • kerosakan gigi
yang kuat
Fluorin Air minuman, ikan, Pembentukan • Penyakit karies
sayur-sayuran tulang dan gigi gigi
yang kuat
Kalium Daging, ikan, bijirin Memelihara fungsi • kelesuan dan
sistem saraf kekejangan otot
Pelawas

Pelawas adalah bahan bergentian (selulosa) yang tidak


dapat dicernakan dalam sistem pencernaan.

Pelawas membantu pergerakan bahan makanan di


sepanjang salur pencernaan.

Kekurangan pelawas menyebabkan sembelit, iaitu


kesukaran membuang tinja.

Contoh makanan yang mengandungi pelawas;


- Sayur-sayuran
- bijirin
- buah-buahan
Air

Kira-kira 70% daripada berat badan seseorang terdiri


daripada air.

Air boleh didapati daripada minuman, sayur-sayuran dan


buah-buahan.
Air diperlukan oleh badan untuk:

• membantu proses pencernaan makanan

• mengangkut makanan yang tercerna dan oksigen

• mengangkut hasil perkumuhan seperti urea dan karbon


dioksida

• mengawal kepekatan darah

• Mengawal suhu badan


2.2 Kepentingan Gizi
Seimbang
Pengertian Gizi Seimbang

Gizi ialah makanan dan minuman yang kita ambil setiap


hari.

Gizi seimbang ialah gizzi yang mengandungi semua


kelas makanan yang diperlukan dalam nisbah yang betul.

Kandungan gizi seimbang adalah mengikut keperluan


seseorang dan berbeza daripada seorang individu kepada
induvidu lain.
Gizi seimbang seseorang bergantung kepada faktor
berikut:
• Umur
• Jantina
• Saiz atau berat badan
• Pekerjaan
• Keadaan kesihatan badan
Nilai Kalori Makanan

Tenaga dalam makanan disukat dalam unit joule (J) atau


kalori (cal).

1 Kalori (cal) = 4.2 joule (J)

Nilai kalori makanan ialah jumlah tenaga haba yang


dibebaskan apabila satu gram makanan dibakar dengan
lengkap dalam udara.
Nilai kalori makanan disukat dalam kilojoule per gram
(kJ g-1) atau kilokalori per gram (kcal g-1)

1000 joule (J) = 1 kilojoule (kJ)


1000 kalori (cal) = 1 kilokalori (kcal)

Nilai kalori makanan boleh ditentukan dengan


menggunakan kalorimeter.
Kelas makan yang berbeza akan mempunyai nlai kalori
yang berlainan.

Nilai kalori bagi tiga kelas makanan utama adalah seperti


berikut:

• karbohidrat – 17 kJ
• protein – 18 kJ
• Lemak – 19 kJ
Nilai kalori juga berlainan bagi makan yang berlainan
jenis seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Makanan Nilai kalori (kJ g-1)


Mentega 35.5
Kek 18.3
Nasi 15.0
Roti canai 13.3
Mi goreng 13.0
Kari ayam 7.8
Telur 6.8
Pisang 3.3
Betik 1.65
Bayam 0.88
Kubis 0.4
Keperluan tenaga harian bagi individu daripada pelbagai
peringkat umur, pekerjaan dan jantina ditunjukkan dalam
jadual berikut.

Jenis individu dan aktiviti Tenaga diperlukan, (kJ)


Lelaki Perempuan
Kanak-kanak 5 tahun 7 600 6 800
Remaja 14 tahun 11 200 9 200
Dewasa 25 tahun (kerja ringan) 9 800 8 500
Dewasa 25 tahun (kerja berat) 14 000 10 500
Dewasa 65 tahun 8 600 6 400
Latihan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan gizi seimbang?
2. Nyatakan faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa
merancang gizi seimbang.

Makanan Kuantiti Nilai kalori (kJ)


Nasi goreng 1 piring 1 273
Susu coklat 1 gelas 800
Donat 1 biji 315

3. Semasa makan tengahari, Syafiq telah mengambil


makanan 1 piring nasi goreng, segelas susu coklat dan 2
biji donat. Anggarkan nilai kalori makan yang diambil
oleh syafiq (rujuk jadual di atas).
2.3 Sistem pencernaan
manusia
Apakah yang berlaku terhadap
makanan yang kita makan?
Makanan yang kita makan mengandungi
campuran karbohidrat, protein dan lemak
perlu dipecahkan kepada molekul yang
lebih kecil.
Pencernaan
Pencernaan adalah proses pemecahan
molekul makanan kepada molekul yang
lebih kecil.
Pencernaan berlaku di sepanjang salur
pencernaan yang bermula dari mulut
hingga ke dubur (8 meter panjang).

Hati dan pankreas


mengeluarkan bahan
kimia untuk memecahkan
makanan yang kita
makan.
2 cara pencernaan makanan:

Pencernaan fizikal
Melibatkan pemecahan makanan kepada
butiran yang lebih kecil oleh gigi.

Pencernaan kimia
Melibatkan tindakan enzim yang
menguraikan molekul kompleks makanan.
Enzim
Suatu bahan yang bertindak sebagai
mangkin yang mempercepatkan tindak
balas kimia dalam badan kita.
3 jenis enzim yang bertindak dalam usus
kita:
1. Amylase – memecahkan molekul
karbohidrat seperti kanji.
2. Protease – memecahkan molekul
protein.
3. Lipases – memecahkan molekul lemak.
Organ yang terlibat dalam sistem
pencernaan makanan

a). Mulut
b). Esofagus
c). Perut
d). Duodenum
e). Bahagian bawah usus kecil
Mulut Mulut

• Makanan dipotong dan dikisar


kepada potongan yang lebih
kecil oleh gigi.

• Kalenjer air liur akan


merembeskan air liur yang
mengandungi enzim.
Esofagus

• Makanan yang telah dicernakan


akan ditolak ke perut melalui Esofagus
pengecutan dan pengenduran
esofagus.

• Proses pengecutan dan


pengenduran otot esofagus
dikenali sebagai peristalsis.
Perut

• Makanan dicampur dengan jus


gaster yang dirembes oleh
kalenjar gaster.

• Jus gaster mengandungi asid Perut


hidroklorik dan enzim
(protease).

• Asid hidroklorik menghentikan


tindakan enzim dalam air liur
dan membunuh bakteria.

• Enzim (protease) dalam jus


gaster akan memulakan proses
pencernaan protein.
Duodenum
• Duodenum ialah bahagian pertama
usus kecil yang bersambung dengan
hati dan pankreas.

• Jus hempedu dan jus pankreas yang


dirembeskan mengalir ke dalam
duodenum semasa pencernaan
makanan.
Duodenum
• Jus hempedu berfungsi untuk:
- Meneutralkan asid daripada perut
- mengemulsikan lemak dan minyak

• Jus pankreas mengandungi amylase,


protease dan lipase.
Bahagian bawah usus kecil

• Makanan yang telah dicernakan dalam


deudenum akan memasuki usus kecil.

• Makanan itu akan bercampur dengan


jus usus.

• Jus usus bersifat alkali dan


mengandungi enzim mengandungi
maltase, protease dan lipase.

Bhagian bawah usus lecil


Hasil Akhir Pencernaan
• Makanan akan dipecahkan kepada bentuk teringkas:

• Karbohidrat ditukarkan kepada glukosa


• Protein ditukarkan kepada asid amino
• Lemak ditukarkan kepada asid lemak dan gliserol
2.4 Penyerapan Makanan
Tercerna
Selain pencernaan makanan, usus kecil
manusia bersedia untuk proses
penyerapan makanan.
Permukaan dalam usus kecil mempunyai
banyak unjuran halus yang disebut vilus.
Usus kecil yang panjang dan kehadiran
vilus yang banyak menambahkan luas
permukaan usus kecil supaya penyerapan
makanan lebih cepat.

Hasil pencernaan seperti glukosa, asid


amino, garam mineral dan vitamin yang
larut dalam air diserap ke dalam kapilari
darah.
Selepas diserap, nutrien diangkut melalui
darah ke hati.

Dari hati, nutrien ini diangkut ke seluruh


badan.
2.5 Penyahtinjaan
Rajah menunjukkan
penyerapan semula air
dan pembentukan tinja
di usus besar.
Bahan makanan yang tidak tercerna dan air
berlebihan akan dibawa dari usus kecil ke
usus besar.

Di dalam usus besar, air diserap semula.


Bahan yang tertinggal ialah tinja yang akan
disimpan dalam rektum usus besar sebelum
disingkir keluar dari badan melalui dubur.

Proses penyingkiran tinja daripada badan


dikenali sebagai penyahtinjaan.
Gizi harian yang kekurangan pelawas
boleh menimbulkan masalah
penyahtinjaan, iaitu sembelit.

Kekurangan pelawas mengakibatkan


pergerakan makanan tidak tercerna dalam
usus besar menjadi lambat dan sukar
dibuang.

You might also like