You are on page 1of 5

Diumumkan ketibaan

1) Yang Berbahagia Tuan Haji Muhammad Azman Ariff B. Jaaafar, Pengarah


Institut Perguruan Darulaman.
Dengan diiringi oleh
2) Ketua-ketua Jabatan
3) dan barisan exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar masuk ke dalam dewan.

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi Rabbila’lamin Wassalatuwassala Mua’la Ashrafil Ambiya Iwal Mursalin
Waa’la Alihi Wasahbihi Ajmai’n.

Yang Berbahagia Tuan Haji Muhammad Azman Ariff B. Jaafar, Pengarah Institut
Perguruan Darulaman,

Yang Berusaha Encik Khuzairi B. Mahamad, Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Perasmaian Minggu Senandung Muhibah
peringkat Institut Perguruan Darulaman.

Yang Dihormati Ketua – ketua Jabatan, Ketua – ketua Unit, Para Pensyarah, Barisan
Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, seterusnya para pelajar, hadirin hadirat
sekalian.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka kata.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Ustaz Muhamad Heilmi B. Zahari , pensyarah Jabatan Pengajian Islam
dan Moral untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

( Bacaan Doa ).

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Muhamad Heilmi B. Zahari.

Hadirin hadirat sekalian,


Buat pengetahuan semua, tema bagi Minggu Senandung Muhibah pada tahun ini
adalah “Budi Bahasa Budaya Kita”. Bersesuaian dengan temanya, majlis ini bertujuan
untuk menyahut saranan kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap
anggota masyarakat. Justeru itu, apabila budi bahasa dapat diterapkan maka, akan
wujudlah sebuah kelompok masyarakat yang muhibah.

Meneruskan aturcara, majlis menjemput Saudari Fauziah Bt. Hashim dari kelas
PPISMP Mat/Bi/Bm untuk menyampaikan renungan yang bertajuk, ’Budi Bahasa
Budaya Kita’.

( Renungan Pagi )

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Fauziah Bt. Hashim di atas renungan sebentar
tadi. Diharapkan hadirin hadarat dapat mengambil ikhtibar daripada renungan tersebut
dan seterusnya dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Aturcara majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Jawatankuasa


Majlis Perasmian Minggu Senandung Muhibah. Dengan ini majlis menjemput Yang
Berusaha En. Khuzairi B. Mahamad, Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Ucapan KJ Jabatan Pengajian Melayu).


Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Khuzairi B. Mahamad, Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Melayu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Perasmian
Minggu Senandung Muhibah peringkat Institut Perguruan Darulaman.

Atur cara majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan perasmian. Majlis dengan penuh
hormatnya menjemput Yang Berbahagia Tuan Haji Muhammad Azman Ariff B. Jaafar,
Pengarah Institut Perguruan Darul Aman untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Minggu Senandung Muhibah Peringkat Institut Perguruan Darul Aman.
Majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan.

( Ucapan )

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Tuan Haji Muhammad Azman Ariff B. Jaafar di atas ucapan dan perasmian sebentar
tadi.

Hadirin yang diharmati sekalian,

Majlis ini tidak lengkap jika tidak diserikan persembahan daripada para pelajar Institut
Perguruan Darulaman. Maka dengan itu, majlis mempersilakan Saudara Mohd. Hanif
B. Alias dan Saudari Nur ‘Amirah Bt. Ahmad Shushami pelajar PPISMP semester 3
Mat/Bi/Bm untuk mendeklamasikan sajak-sajak mereka. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

( Deklamasi Sajak ).

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Mohd. Hanif B. Alias dan
Saudari Nur ‘Amirah Bt. Ahmad Shushami.

Bagi memeriahkan lagi majlis, majlis mempersilakan barisan pemantun Institut


Perguruan Darulaman yang diketuai oleh Saudari Noor Rafidah Bt. Abdullah untuk
menyampaikan pantun-pantun mereka. Kita akan menyaksikan sebuah persembahan
berbalas pantun

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pemantun Institut Perguruan
Darulaman.

Hadirin hadirat sekalian,


Persembahan kita tidak berhenti setakat itu sahaja, majlis dengan sukacitanya
menjemput Saudari Sahidatul Hidayah Bt. Mohd Fauzi dan Saudara Mohd. Shafiq B.
Abd. Rahim dari kelas PPISMP semester 3 Mat/Bi/Bm untuk menyampaikan madah-
madah indah melalui syair-syair mereka. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Sahidatul Hidayah Bt. Mohd Fauzi dan
Saudara Mohd. Shafiq B. Abd. Rahim.

Kini, tibalah masa untuk persembahan yang terakhir. Bagi persembahan kali ini, kita
akan disajikan dengan sebuah forum yang akan dipengerusikan oleh Saudari Siti
Noraisyah Bt Azmi. Majlis dengan segala takzimnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat dalam menjayakan forum
sebentar tadi. Diharapkan menerusi forum ini, para pelajar dapat mengambil input-input
yang berguna untuk dijadikan panduan hidup kelak.

Sebelum mengakhiri majlis kita pada pagi, saya ingin menjemput Saudari Sharmilaa a/p
Selvam untuk memberikan sedikit pengumuman.

Terima kasih kepada Saudari Sharmilaa.

Dengan itu, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.


Sekalung penghargaan dan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada

Pengarah IPDA
Ketua-ketua Jabatan
Pensyarah-pensyarah &
Para pelajar
Yang telah menyempurnakan majlis pada hari ini.

Segala yang baik datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu merupakan takdir
yang Maha Berkuasa. Sebelum bersurai, terimalah serangkap pantun daripada saya.

Akar keladi melilit selasih,


Selasih tumbuh di hjung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra bersimpul zaman – berzaman.

Sekian, Wabillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum wbt.

You might also like