You are on page 1of 25

1:1 (bahagian 

2)
Posted: 22 November 2008 by MELOR in baja semburan
Tags: kursus online
14

kadar 1:1 boleh dipakai untuk menghasilkan baja foliar atau baja kompos. pertama, kita cuba
nisbah 1:1 ni untuk buat baja foliar. satu pelajaran dalam satu masa. sekarang kita bercakap
mengenai BAJA FOLIAR atau bagi yang kurang fasih bab baja ni kita panggil BAJA
SEMBURAN DAUN.

apa yang 1:1 tu? 1 bahagian adalah sisa organik, dan 1 bahagian lagi adalah gula merah. sisa
organik yang biasa digunakan untuk buat BAJA FOLIAR ada 4 jenis. (A) buah-buahan, (B)
sayuran, (C) ikan/hidupan laut & (D) herba.

(A) buah-buahan. semua jenis buah hampir boleh digunakan. buah import/tempatan


macam pisang, manggis, anggur, dokong balun semua. Antara buah-buah yang baik ialah labu,
tembikai, nenas. yang tak sesuai ada beberapa, contohnya betik sebab akan jadi arsenik, buah
kelapa sawit banyak minyak. minyak tak rasi dengan EM. minyak molekulnya terlalu kompleks,
EM tak faham macamana nak makan kompleks2 ni…

Buah-buah yang masak banyak kandungan gula. buah-buah yang muda banyak


hormon pertumbuhan. jadi kedua-duanya boleh digunakan.  Baja ini dipanggil FERMENTED
FRUIT JUICE (FFJ).

(B) sayuran. semua jenis sayuran boleh digunakan. sawi, kailan, kulit timun, paku pakis. sayuran
ni banyak sikit serat, vitamin larut air macam A,D,E,K. banyak juga klorofil yang merupakan
antioksidan. Baja ni dipanggil FERMENTED PLANT JUICE (FPJ).

(C) ikan. ikan sumber asid amino. rumpai laut pun boleh. ikan bilis, perut ikan, darah ikan,
semuanya sesuai. yang tak sesuai adalah hidupan laut yang Allah jadikan sebagai ‘majlis
perbandaran’. kerjanya mencuci dasar laut daripada sampah,logam berat dan toksik. contoh
sotong, ikan pari. apa lagi? kalau buat baja tak sesuai, makan sesuai tak? baja ini dipanggil
FERMENTED FISH AMINO (FFA).

(D) herba. herba ni tumbuhan juga, cuma dia ada nilai perubatan yang tinggi. contoh bawang
putih, halia, licorice, habbatussauda, kulit kayu manis. biasanya tumbuhan herba tidak disukai
perosak dan kurang musuh. herba mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan
kebanyakannya antikulat, antikuman, antibiotik. Baja ni dipanggil ORIENTAL HERBAL
NUTRIEN (OHN).

apa yang kita nak buat bersama rakan peserta isnin ni ialah baja dari herba, OHN tu. Yang ni
banyak sikit boleh cerita.

Gula merah pulak berFUNGSI sebagai sumber tenaga bagi bakteria baik. Gula apa pun boleh
pakai, gula putih, gula apong, gula melaka, gula kerek, gula perang, molasses. Saya pilih gula
merah sebab senang nak dapatkan dan tak dirawat secara kimia, natural. Tanpa sumber tenaga,
bakteria baik lambat nak membiak kerana terpaksa bersaing makanan dengan bakteria2 jahat
atau yang tak berkaitan. Jadi, kita perlukan sumber tenaga pada nisbah yang mencukupi supaya
simple sikit kerja kita. 

Seelok-eloknya simpan dalam balang kaca, bukan plastik. anda pernah dengar tak balang plastik
ni merbahaya untuk kesihatan kita sebab plastik dia larut dalam makanan kita? jadi untuk
menghasilkan baja yang bagus sikit dari biasa, kita start dengan pakai balang kaca.

esok para peserta yang menyertai kursus online suka-suki ni bolehlah mula menyediakan barang.
basuh bersih-bersih ya semua barang yang nak pakai. tahap kebersihan tu, tahap kita nak prepare
makanan untuk masuk mulut sendiri dan mulut para tetamu. itu salah satu adab menghormati
bakteria yang kita nak jemput kedalam baja. selamat beramal!

KURSUS ONLINE percuma!!
Posted: 13 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online
50

KURSUS ONLINE PERCUMA : PENGHASILAN BAJA ORGANIK

Anda amat berminat untuk membuat baja sendiri, tetapi tiada panduan asas yang mudah diikuti?
Jom ikut kursus pendek secara online bersama saya selama 15 hari untuk membantu anda
membuat baja dan memberi panduan bagaimana cara untuk mencerap potensi bahan dan
kegunaannya.

DAFTAR HARI INI!

Kursus ini akan bermula hari isnin minggu hadapan (24 NOV 2008), kepada bakal peserta yang
berminat untuk menyertai bimbingan asas penghasilan baja organik ini sila daftarkan diri anda di
post ini. Cuma nyatakan kesediaan anda untuk menyertai kursus ini. Lagi ramai, lagi baik.
Tujuan anda ‘mendaftar diri’ adalah untuk ‘check in’ penyertaan & komitmen anda dan mudah
untuk saya selia progres anda dari awal lagi.

PERSEDIAAN KURSUS ONLINE

Didalam kursus ini kita akan belajar membuat sejenis baja larutan @ ‘foliar spray’ yang bernama
Oriental Herbal Nutrient (OHN). OHN yang akan kita buat adalah menggunakan halia, bawang
putih dan gula merah.

Peserta kursus yang berminat dikehendaki menyediakan:

a) 250gram bawang putih

b) 250gram halia
c) 500 gram gula merah

1 balang kaca ( untuk memuatkan 1 kg baja OHN)

Hari isnin depan kita akan buat baja 1:1, selangkah demi selangkah. selama 15 hari anda akan
dibimbing dengan konsep, diskusi, teknik mencerap bahan, cara penggunaan serta cara ‘upgrade’
yang mudah dan ringkas.

PELAJARI TEKNIK MENGENALPASTI KUALITI BAHAN MENTAH

Selama 15 hari, anda akan dibimbing untuk belajar memerhatikan sesuatu dengan perspektif
yang berbeza, berfikir diluar kotak dan bermain-main dengan bahan yang anda selalu lihat, tetapi
‘gagal’ untuk ‘nampak’ nilainya yang sebenar.

Bersedialah untuk menyahut cabaran 15 hari ini dan rebutlah faedah ini dan buatlah baja bersama
kami. 

HARI KE-2: Fungsi OHN


Posted: 14 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online
20

MEMBONGKAR RAHSIA BAJA ORGANIK BERKUALITI

Jadi anda mahu tahu apakah rahsia pengusaha baja sehingga dapat menghasilkan baja organik
yang hebat? Berapa ml ekstrak propolis yang diperlukan dalam 1L OHN saya? Berapa kg zeolite
untuk setiap tan bokashi? Cik melor sila beritahu kami dgn lebih spesifik. Kalau anda nak tahu,
maka anda perlu berfikir seperti pengusaha baja organik.

Pengusaha baja organik berfikir seperti seorang saintis islam. Seorang saintis islam
berfikir daripada ibu segala kitab – kitab nan satu yang menyimpan segala rahsia langit dan
bumi. kitab ini merupakan mekanisma dalam minda saintis islam dan mereka bekerja mengikut
prinsipal dalam mekanisma tersebut.

BAGAIMANA CARA MEREKA BERFIKIR?

acapkali sudah dicetuskan dalam ibu kitab ini bahawa adakah sudah cukup kita
memerhatikan kejadian langit & bumi? berapa peratus perkataan langit dan bumi disebut dalam
kitab? anda beritahu saya
PRINSIP LANGIT DAN BUMI

mulai sekarang, buang segala sekularism, dan terjemahkan suatu bahan menggunakan prinsip
langit dan bumi. cara asas untuk membaca potensi suatu bahan mentah untuk dijadikan baja ialah
dengan memadankan konsep langit dan bumi dengan bahan tersebut. contoh: halia.

HALIA = BUMI, PERSEKITARAN HALIA = LANGIT

Bayangkan halia sebagai bumi, ia mempunyai bentuk, warna, solid, boleh dipegang, boleh
dilihat. kaji dari kulit sampai ke isinya. dari permukaan bumi sampai ke kerak dan segala
komposisinya. kajian mengenai bumi.

persekitaran halia adalah langit yg luas. jenis tanah, cuaca, iklim, musuh alam semulajadi,
makanannya. semuanya berinteraksi antara satu sama lain dan saling mempengaruhi. unsur2 luar
yang mempengaruhi pertumbuhan halia. unsur langit amat penting dan merupakan aspek paling
mudah diperhatikan dan paling banyak membuatkan kita berfikir. Jadi perhatikan
‘langit’nya dahulu.

MENCERAP POTENSI BAHAN MENTAH BAJA

FUNGSI

Apakah kegunaan OHN? OHN bertindak sebagai baja semburan, penghalau serangga organik
& makanan tambahan ternakan & ubat penyakit kulit. KEGUNAAN suatu baja bergantung
kepada SIFAT bahan mentah baja tersebut. OHN merupakan baja yang diperbuat daripada
HERBS & SPICES (H&S) – herba & rempah ratus.

unsur langit: faktor persekitaran & perspektif umum

Sifat herba & rempah ratus biasanya beraroma kuat, kerana ia mempunyai minyak pati yang
beraroma. jika dimakan mentah/begitu sahaja tidak berasa sedap dan kebanyakannya pedal
(pedas & payau). Rasa pedal biasanya disebabkan oleh sulfur/belerang. Tetapi ia menambah
kelazatan makanan jika dimasak dengan bahan-bahan lain.  Setiap H&S ada faedah dari segi
perubatan & kesihatannya yang tersendiri. ia merupakan antara bahan dagangan tertua didunia,
mudah ditanam, mudah dipasarkan dan pasaran tidak pernah surut.

unsur bumi: sifat bahan & komposisi kimianya

Halia & bwg putih merupakan H&S jenis umbisi/ubi. Pertumbuhan lambat, banyak makan baja,
senang hidup dimana-mana, kulit nipis, musuh alam kurang, rasa pedal, bau kuat, banyak air,
banyak serat.

kuiz:

sebelum balik, semua orang kena jawab kuiz, sapa cepat bleh balik awal. sapa nak jawab kena
angkat mouse tinggi2, nanti saya tak nampak.
1. mengapa bwg putih dan halia tidak dimakan oleh binatang2, kulat, bakteria?

2. bolehkah kita pakai baja OHN pada bunga orkid?

3. anda rasa selepas 5 hari, adakah OHN yg anda buat akan ditumbuhi yis macam bokashi? EM
kan ada yis.

HARI KE-3: Tindakan OHN


Posted: 15 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online
11

Membuat tafsiran umum

Jadi, kita dah kerap membaca khasiat bahan seperti halia & bawang putih di dada-dada akhbar,
majalah & internet. bagaiamana caranya untuk mengaitkan khasiat ini dengan penghasilan baja?
bagaimana mencari kata kunci dalam perenggan ayat?

PANDUAN DARI UNSUR LANGIT

Sifat herba & rempah ratus biasanya beraroma kuat, kerana ia mempunyai minyak pati yang
beraroma. jika dimakan mentah/begitu sahaja  tidak berasa sedap dan kebanyakannya pedal
(pedas & payau). Rasa pedal biasanya disebabkan oleh sulfur/belerang. Tetapi ia menambah
kelazatan makanan jika dimasak dengan bahan-bahan lain.  Setiap H&S ada faedah dari segi
perubatan & kesihatannya yang tersendiri. ia merupakan antara bahan dagangan tertua
didunia, mudah ditanam, mudah dipasarkan dan pasaran tidak pernah surut.

Bagaimana agaknya orang dulu2 mula-mula menjumpai bawang putih, haiwan tak makan,
makan begitu sahaja rasanya pula pedal. Apakah bahan yang mengelak serangan musuh? Bahan
yang memiliki rasanya pedal, ia dibangkitkan oleh unsur belerang/sulfur. Contoh: halia,
bawang, serai, kentang. secara umum, belerang ni panas dan haiwan tak suka sulfur. kalau tabur
sulfur di kebun, ular dan haiwan tak masuk. mungkin sulfur cepat meningkatkan metabolisme
haiwan menyebabkan hormon mereka tak stabil, tp untuk manusia ia baik untuk nyahtoksik.
maka kita lihat halia & bawang kurang musuh alami tetapi selamat dimakan oleh manusia.

sebab itu ia berupaya memanaskan badan, buang toksik dan menaikkan syahwat. zaman firaun
dulu, firaun beri hamba2nya yang bina piramid makan bawang putih semata2 utk membekal
tenaga. bawang putih jg diguna masa perang dunia 1&2 sebagai antiseptik, bunuh kuman utk
elak gangren. 
selain binatang, kulat dan bakteria tidak tumbuh padanya. ia tidak diserang penyakit kulat, atau
memiliki bakteria pengikat nitrogen dalam ubinya seperti nodul tumbuhan kekacang. kesimpulan
yang boleh kita buat, kedua2nya mempunyai fungsi penghalau serangga, antikulat &
antibakteria. ia tidak menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kulat. jadi kalau kita nak
memakai OHN ni pada orkid, memang boleh. tetapi kalau anda membela orkid di atas
kulat/lumut, ia mungkin merencat pertumbuhan pokok kerana ia mungkin membunuh mikroriza
dlm lumut, sejenis kulat baik.

perhatiakan OHN yang anda buat, adakah ia sudah ditumbuhi kulat dibahagian permukaannya?
kalau anda buat baja FFJ, FPJ, FFA sekarang dah boleh nampak lapisan putih yis. saya
pernah cuba buat kompos pakai OHN, kompos tak masak. mgkn reput dgn kadar perlahan sbb
yis tak ada/tak cukup dan tak semua jenis bakteria baik wujud dalam OHN. jadi kalau saya
masukkan EM dalam OHN, apa yang terjadi? 

kedua2nya jg mudah diniagakan kerana tahan lama. walaupun sudah dicincang & terdedah pada
udara, perhatikan halia/bwg putih tidak cepat rosak, bertukar warna dan dihinggap
lalat. kesimpulan ketiga, ia mengandungi antioksidan yang tinggi. antioksidan
merupakan teras dalam produk kecantikan & kesihatan.

antioksidan merupakan bahan pengawet semulajadi. ia rahsia awet muda dan bahan tahan lama.
bila bahan tahan lama, maknanya sistem imun dan ketahanan dia tinggi, tak mudah dirosakkan
elemen luar. ini sebahagian sifat yang menyumbang kepada sifat antikuman dan antikulat. maka
kalau kita bagi pada pokok, fungsi antioksidan, antikulat dan antikuman ini akan
menguatkan sistem pertahanan pokok dari serangan kulat/virus dan serangga perosak.

patut ke kita pakai banyak2 untuk hasil insect repellant & imunisasi yang lbh kuat? be
moderate. halia/bwg putih ni manusia sendiri tak suka makan byk2, tumbuhan pun begitu jg,
hari2 makan OHN pun tak sesuai.

HARI KE-4 : Penggunaan OHN


Posted: 16 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online
21

Baiklah, hari ini sudah 3 hari kita buat OHN. Tinggal 4 hari lagi sebelum semua
campuran betul-betul mesra dan boleh digunakan. Mari kita bincang bagaimana cara nak
menggunakannya dan mencari calon-calon ujikaji

 FUNGSI 1 : BAJA FOLIAR


Halia dan bawang putih mengandungi antioksidan, vitamin dan mineralnya tersendiri. Ia
mengandungi NPK dan mineral dalam jumlah tertentu dan khasiatnya sesuai dijadikan baja
semburan. Gabungan kedua-duanya menguatkan sistem ketahanan/imunisasi pokok terhadap
serangan perosak dan faktor luaran serta melancarkan sistem perkumuhan pokok. Baja ini
sesuai untuk semua jenis pokok.

Gunakan sesudu untuk 1 liter air. Boleh siram pada pokok atau sembur pada daun. Gunakan
sekali seminggu dan selang seli dengan baja semburan lain seperti FFJ,FPJ,FFA. Pokok juga
suka makan zat-zat yang berbeza.

Tidak perlu masukkan lebih dari sesudu sehingga dapat mencerap perubahan warna. Pokok serap
sedikit sahaja, sama banyak dengan apa yang ia serap dari hujan. Sangat cair.

FUNGSI 2 : PENGHALAU SERANGGA

Memandangkan baunya yang tidak disukai serangga, ekstrak halia dan bawang putih sering
digunakan sebagai racun penghalau serangga dalam pertanian organik. Bau ini melitupi
permukaan daun dan ‘masking’ bau daun, menyebabkan serangga tidak mengesan bau daun dan
tidak suka bau OHN yang kuat.

Gunakan sesudu untuk 1 liter air. Sembur pada pokok. Gunakan sekali seminggu dan selang seli
dengan racun organik lain. Biasanya sekali semburan sudah menjalankan dua fungsi, baja
semburan dan penghalau serangga.

 FUNGSI 3 : RAWATAN TERNAKAN

Sifat antibakteria dan antikulat OHN banyak sekali faedahnya kepada makhluk. Untuk merawat
penyakit kulit atau luaran haiwan ternakan, haiwan peliharaan dan ikan seperti luka-luka kecil,
kurap, puru dan seumpamanya, OHN bolehlah digunakan untuk merawat masalah tersebut.

Untuk luka-luka besar dan serius penggunaannya perlulah dibantu dengan bahan yang lebih kuat
seperti gamat kerana walaupun OHN berkesan untuk merawat jangkitan kuman, tetapi
tindakannya tidak secepat gamat. Maka penggunaan OHN ini lebih sesuai disembur untuk
mentenance kesihatan ternakan berbanding menggunakannya apabila haiwan sakit serius. Ia
lebih murah daripada menggunakan EM dan mudah dihasilkan, tetapi amat sedikit orang yang
menyedarinya J

Saya menggunakannya sebagai ubat luka-luka kecil untuk diri sendiri. Untuk rawatan kulat/luka
ternakan, gunakan sesudu untuk 1 liter air. Bersihkan kawasan jangkitan,  1-3 hari sekali. OHN
agak pedih dalam keadaan pekat, gunakan dalam keadaan cair sudah mencukupi sebenarnya.
Seminggu boleh cerap perubahan. Reaksi haiwan terhadap OHN mungkin berbeza dari manusia.
Jadi pastikan anda gunakan dengan cair.

 FUNGSI 4: CUCI TANDAS

Setakat ini ia berkesan juga. Sesudu untuk 1 liter air, simbah pada tandas. Ia akan menyahbau.
 Potensi OHN untuk dicuba:

1. halau hama dalam vermikompos


2. cuci kandang ternakan
3. sebagai supplement dalam minuman dan makanan ternakan

Assignment :

Ok, kita cari mangsa ujikaji :P yang akan menggunakan OHN ni mulai 1 Disember ni.
Contohnya tangan anda yang calar-balar, kucing kurap, pokok limau daun berkarat, kacang botol
yang berkarat, pokok daun kekuningan, reban ayam atau vermikompos. Assignment kena submit
1 disember kuikuikui ;P

HARI KE-5: minilab OHN


Posted: 17 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online
7

Ok, larutan OHN begiu banyak, apaaa la nak dibuat dengan jeruk halia banyak2
ni. pakai setahun pun tak habis ni.

Anda tentu tak sabar nak guna OHN kan? Lagi tak sabar rasanya nak buat ‘added value’. Nak tau
apa bahan yang boleh dijadikan ‘booster’ kepada performance baja dan sebagainya. jangan
khuatir, kursus 15 hari dah cukup panjang nak digunakan mengupas bawang putih dan halia.

MULAKAN MINILAB YG COMEL DI RUMAH ANDA

Kita akan buat makmal baja yg kecil dirumah dengan membahagikan OHN yang kita buat tu
kepada 3 bekas. Maknanya anda perlu cari 2 bekas lagi. Gunakan bekas plastik pun tidak
mengapa jika tiada balang kaca. Bekas yang kecil untuk simpan sambal pun tidak mengapa.
Mengapa? Kerana saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh add value kedalamnya serta
membanding2kan prestasi baja2 yg anda hasilkan sendiri.

Tujuannya simple, anda dapat ‘feel’ bagaimana membuat sesuatu perubahan kepada baja asas
yang teramat cikainya kepada suatu produk yang ada kualiti dan ‘nilai’. Kita buat 3 jenis supaya
tak perlu tunggu terlalu lama untuk melihat perbezaan baja biasa dgn baja ‘luar’ biasa. Kita ada
‘kayu ukur’ yang mudah. Biarpun baja yg kita buat sikit, kita dapat faedah tu banyak. part ini
hanya perlukan kreativiti dan minat, itu saja.
Jadikan OHN yg anda buat tu kepada 3 bekas.

BEKAS 1: balang asal yang anda buat buat OHN ni lah. kalau dah buat OHN lebih dari satu
balang, maka tak perlulah buat sampai 4-5 balang. balang ni berisi OHN kita yang asli, pure, tak
dicampur apa-apa bahan lain.

BEKAS 2: (OHN + 10% bahan lain) ini balang baru yang kita isi 1/3 dari jumlah OHN yg kita
buat sebelum ni. maknanya baja OHN tu dibahagikan sama rata antara 3 balang ni.catatlah berat
OHN dalam balang ni sebabnya dalam balang ni kita akan tambah 10% bahan lain.

BEKAS 3: (OHN + 30%bahan lain) balang baru ni berisi 1/3 OHN yg kita tu campur 30% bahan
yg kita masukkan dalam BEKAS 2 tadi. bahan baru BEKAS 2 & BEKAS 3 mestilah bahan yg
sama. catatlah berat OHN dalam balang ni.

BAHAN BARU YANG NAK DITAMBAH DALAM OHN

Carilah satu bahan baru yang tuan2 berkenan nak tambah dalam OHN tuan2 tu. Apa kriteria yg
membuatkan anda nak guna bahan tu? mungkin sbb bahan tu ada nilai antikulat yg tinggi, atau
mineralnya tinggi, atau sejenis penghalau serangga yg kuat. Kita kongsi di sini apa bahan yg
anda nak masukkan dalam OHN bekas 2 & 3 tadi.

Contoh bahan ialah serai, madu, propolis, neem, kayu manis, licorice, ginseng, kulit telur, garam
bukit, kurma, kismis. Ada banyak lagi bahan yg kita boleh cadangkan dan bincangkan. Bahan2
ni biasanya mempunyai khasiat yang tinggi dari segi kesihatan seperti kandungan hormon,
enzim, antikulat/antibakteria/antioksidan tinggi dan byk mineral. Jadi kita nak eksperimentasi
dgn bahan ni dan tengok kesannya pada baja kita.

Gunakan satu jenis bahan sahaja. Pakai 2-3 jenis bahan tambah hanya akan mengelirukan proses
belajar. Kefahaman akan datang dengan sendiri selepas itu. Bila dah pandai nanti kita masuk bab
lanjutan pula. Selamat beramal

HARI KE-6: Cara ‘tambah nilai’ dalam baja organik


Posted: 18 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online, tambah nilai
14

No rocket science. Kaedah yang saya anjurkan adalah mudah, praktikal & sesuai
untuk tahap kita yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Kita tinggakan segala graf, spektrometer
& alat radas yang kompleks kepada saintis untuk menjalankan ujikaji terperinci.

Untuk tahap ini, kita bermula tanpa segan silu. Satu langkah mudah dalam satu masa.
Add value adalah penambahan bahan lain ke dalam baja asas yang memperhebat prestasi awal
baja. contoh baja asas ialah OHN halia & bawang putih yang kita buat ni. Asas sahaja ni, sebab
kita membuat teras baja. Tanpa teras, sukarlah hendak merekacipta aksesori dan mencari bahan
pelengkap.

bahan ‘tambahnilai’ adalah bahan2 yang kita masukkan ke dalam baja asas untuk
mempertingkatkan kualitinya. Untuk OHN saya, saya tambah dengan sarang kelulut (lebah
kecil), sumber propolis dan madu. Sarang kelulut ni saya dah bincangkan dalam post terdahulu
beserta gambarnya dalam post bertajuk ‘madu & propolis’.

Saya memilih sarang kelulut kerana ia mempunyai nilai antioksidan, antikuman dan antikulat
yang tinggi. Maka ia akan memperkuatkan fungsi baja OHN saya sebagai penghalau serangga
dan penguat sistem imunisasi pokok. Saya buat penambahan seperti berikut:

BEKAS 1: 200gram OHN asli semata-mata.

BEKAS 2: 90gram OHN + 10gram sarang kelulut (10%)

BEKAS 3: 70gram OHN + 30gram sarang kelulut (30%)

Nisbah penambahan boleh dibuat dalam timbangan berat atau timbangan isipadu. Contoh
timbangan berasaskan berat bahan:

BEKAS 2: 90gram OHN + 10gram serai wangi (10%)………….(10% w/w)

TImbangan ini bagi kedua-dua bahan dia guna nisbah berasaskan berat. Kaedah ini dinamakan
w/w iaitu weight/weight.  
Kalau nak timbang bahan berasaskan isipadu, jadi macam ni pula:

BEKAS 2: 90ml OHN + 10ml serai wangi (10%)………….(10% v/v)

TImbangan ini pakai isipadu pula, ratio 90:10 tu diaplikasikan melalui timbangan isipadu.
Kaedah ini dinamakan v/v iaitu volume/volume.

Timbangan w/v atau v/w pun ada juga..kalau susah sangat nak timbang, buh je isipadu kepada
berat ke (v/w), berat kepada isipadu ke (w/v) ..bukan nak spesifik sangat pun, cuma pelajaran..

Sekurang-kurangnya bila nampak simbol v/v, w/w, w/v, v/w tu kita dah faham la sikit

HARI KE-7: Cara menggunakan OHN


Posted: 19 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online
8

OHN yang dihasilkan adalah satu larutan ibu yang pekat dan tidak mengandungi
air. Air yang ada dalam bahan datang semata-mata daripada halia dan bawang putih itu sendiri.
Jus OHN yang dihasilkan itulah yang akan kita tapis dan gunakan.

 Untuk apa-apa pun tujuan penggunaan, samada memberi minum ternakan, baja semburan
pokok, penghalau serangga atau sebagainya, biasakan mula-mula itu menggunakannya secair-
cairnya dulu.

 Mencukupi sesudu jus OHN untuk setiap 1 liter air. Tidak perlu menantikan perubahan warna 1
liter air tersebut, memadai anda menggunakan 1 sudu teh OHN sahaja.

 Setiap bahan atau makhluk akan menunjukkan reaksi berbeza terhadap bahan lain pada
kepekatan yang sama. Maka cacing, lembu, pokok bunga dan pokok limau akan menunjukkan
reaksi pada tahap-tahap berbeza. Ia bergantung kepada saiznya, kadar tumbesaran dan macam-
macam lagi. Pun begitu, kelainannya kebiasaan tidak banyak banyak beza antara satu sama lain.

 Sesudu untuk seliter sudah memadai. Mengapa ia memadai? Sebagai baja foliar, pokok tidak
makan banyak melalui daun, ia hnya boleh makan secair-cair air hujan yang Allah jadikan
membasahi daun-daunnya. Sebenarnya secara relatif, dalam setahun pokok cuma makan 2-3
sudu mineral sahaja. Jadi kita perlu mencerap kejadian alam untuk mencari relatifnya seperti
nenek moyang kita dahulu.
HARI KE-8: Kunci Pembuka Khazanah Langit & Bumi
Posted: 20 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online
10

Setelah tujuh hari saya membongkar rahsia nenek moyang dan memberi panduan
kepada anda bagaimana cara menghasilkan baja organik sendiri di rumah, maka tibalah
masanya bahagian yang menjadi rahsia – bahagian kesan OHN kepada organisma hidup.

Bahagian ini saya serahkan kepada anda untuk mencari sendiri jawapannya. Tujuh hari kita
berbincang secara teori, mana buktinya OHN ini benar-benar berkesan? maka mulai sekarang,
anda sudah boleh mula mencari jawapan. saya yakin ada banyak jawapan berbeza dari tuan-tuan.

Jika anda benar-benar mencari, dalam najis haiwan yang hina itu anda akan mencari-cari sesuatu
di langit dan bumi. Tahi itu akan membuatkan anda mengkaji isi langit, lautan, makhluk
melata dan bumi. Ia membuatkan pamplet-pamplet makanan kesihatan dan produk MLM
kedengaran seperti bahan tambah dalam baja. Ia membuatkan dapur anda mula dipenuhi
makanan organik.

Terdapat satu rahsia yang belum diceritakan kepada anda mengenai panduan mencari kajian
bahan. Panduan ini saya jumpai dalam sebuah buku kesufian berjudul ‘Ilmu perubatan kesufian’
tulisan Dr. Aminuddin Al-Chishtiyyah. Saya suka buku ini kerana konsep sains islam sangat
berlainan dengan sains sekular, macam lainnya ilmu baja organik dan baja kimia. 

Dalam internet ini saya jumpa keterangan yang serupa dari weblog blogger popular, alivewire
(http://alivewire.wordpress.com) yang mengumpulkan himpunan doa-doa dan ibadah. Selain itu,
seorang blogger jutawan berusia 25 tahun (seusia dengan saya), dari seberang yang lebih dikenali
sebagai dino (www.jutawanblog.com, www.tanyasifu.com ) turut mengamalkan ayat ini. Dino
ini saya kenali menerusi cik ishak (www.secretsteps.com) dan teringin juga nak ke kursusnya
lepas raya haji ni.

Amalan wirid ini dinamakan Kunci Pembuka Khazanah Langit & Bumi. Ia beberapa kali
dinyatakan dalam Al-Quran, bukanlah saya ambil-ambil sahaja sebarangan. Saya juga
bukan alim ulama’ yang layak mengajar agama, tetapi untuk berkongsi bukanlah satu masalah.

Petikan dari blog An Open Book, nukilan alivewire :

Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Affan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang
firman Allah Berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi (yang tersebut
beberapa kali dalam al-Qur’an).
Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya: “Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain
belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi itu adalah yang berikut:

La ilaha illa llahu wa-Llahu akbar.

Wa subhan Allahi wal-hamdu li-Llahi

Wastaghfiru Llah alladhi la ilaha illa Hu

Wal-Awwalu wa-Akhiru waz-Zahiru wal-Bathinu

Yuh yii wayumitu wa huwa hayyunl la yamutu

Bi-yadihil-khayr wa huwa ‘ala kulli shay’in Qadir.

Ertinya:

Tiada yang disembah melainkan Allah

Allah Maha Besar Maha Suci Engkau

Segala Puji Bagi Allah

Aku memohon Ampun kepada Allah

Tiada yang patut disembah melainkan Dia

Dia yang awal Dia yang akhir

Dia yang zahir Dia yang bathin

Yang menghidupkan Yang mematikan

Dia yang hidup tanpa mati

Pada-Nya segala kebaikan

Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu.

Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda : “Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100 kali sehari,
akan dikurnia 10 faedah:
Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni

Kedua : terlepas daripada siksaan neraka

Ketiga : dua orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit
dan siksaan

Keempat : dia di kurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat

Kelima : dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada
keturunan Nabi Ismail r.a.

Keenam : dia di beri pahala seperti membaca seluruh Al-Qur’an, Zabur, Taurat dan Injil

Ketujuh : sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga

Kelapan, dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga

Kesembilan, dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan

Kesepuluh : permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.

 Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan
termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum
kamu dan selepas kamu”.

Boleh juga membaca testimoni Dino tentang ayat ini di forum:

http://www.tanyasifu.com/forum/ibadat-serta-amalan-keagamaan/14-kunci-khazanah-langit-dan-
bumi.html

 Alhamdulillah wirid ini sangat mustajab. Nak cakap lebih-lebih saya tak layak, tapi wirid ini
sangat kuat kesannya. Lain orang lain ragamnya, tapi kalau pengalaman saya sendiri, sebelum
dapat rezeki yang besar, dugaannya pun besar juga. Saya mengajarkan makcik saya juga dan dia
mengamalkan lepas tengok kesannya pada saya dan dia pun akui kesannya, segala urusannya
dipermudahkan. Maha Suci Allah Lebih Mengetahui.

HARI KE-9: Aplikasi OHN


Posted: 21 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online
17
Ada beberapa faktor mengapa saya memilih OHN untuk kursus online ini.
Pertama, untuk berhubung dengan seantero Malaysia, saya perlu memilih baja yang mudah
dihasilkan tetapi unik. bahan-bahannya perlulah tidak membebankan para peserta dan amat
mudah didapati di dapur rumah.

Kalau saya memilih OHN dari kulit kayu manis, licorice, cuka asli, tuak dan spirit maka
pembabitan orang ramai pastinya sangat rendah kerana availability bahan-bahan tersebut. Maka
kita tidak akan tahu dan cuba manfaatkan halia/bwg putih cara yang berbeza.

Kedua, bahan-bahan ini depan mata tapi jarang sekali kita dapat mentafsirnya sebagai baja.
Penggunaan dan konsep bahan-bahan ini senang difahami kerana hari-hari dok tengok dan rasa,
maka tak susah nak dapat ‘feel’. Antara kepandaian mentor-mentor baja organik yang saya
tengok ialah mereka ‘melihat’ seperti orang lain tetapi mereka ‘nampak’ apa yang orang lain
tidak nampak. Paklias juga pernah memberi bayangan, sebenarnya bahan-bahan tu ada dalam
pinggan kita, ia sisa-sisa makanan kita.

Kalau nak buat FFJ, FFA atau FPJ mudah juga tapi orang tak terdedah nak buat pakai herba.
Cuba anda ‘google’kan OHN, tak banyak info mengenai baja dari herba kecuali cerita perubatan.
Mungkin ini sedikit pendedahan mengenai halia dan bawang, serai sebagai baja.

Ada yang bertanya mengapa pakai halia & bawang putih sebagai bahan utama, melalui
pengamatannya ia cuma bahan tambah dan kulit kayu manis lebih baik. 

Katakan kita rujuk nisbah OHN jurnal natural farming dari jabatan pertanian, 2:1:1:1 untuk
angelica : kulit kayu manis : halia : bawang putih. OHN disediakan dalam 2 cara berbeza. halia +
bawang putih : gula merah disediakan mengikut kadar 1:1. angelica dan kulit kayu manis
disediakan dengan mencampurkannya dalam tuak & spirit dan beberapa kali peram.

Nisbah halia : bawang putih yang kecil (1:1) berbanding angelica : kulit kayu manis (2:1) tidak
semestinya menunjukkan sesuatu bahan tu adalah bahan tambah. halia dan bawang putih adalah
bahan teras. ia berkepekatan lebih tinggi dari OHN angelica, pada nisbah 1:1 sudah mencukupi. 

Ekstrak angelica: kulit kayu manis terlarut kedalam tuak dan spirit yang merupakan pelarut
berkutub, maka kepekatannya lebih rendah walau blh diekstrak banyak kali. tanpa
mencampurkan kedua2 OHN ini pun masih blh guna secara berasingan. maka OHN bawang
putih/halia boleh berdiri dengan sendiri.

Sebelum mengesyorkan pada orang ramai, saya dah pakai sendiri. setakat ni berkesan dan
menarik. saya buh pada luka kecil (tak dilute) , ia cepat kering. kucing saya berkurap, dia akan
menggaru biarpun berdarah-darah. saya sental dengan OHN (tak dilute), bagi mandi OHN 2 kali
(dilute sesudu OHN:seliter air) lepas seminggu bulunya tumbuh kembali dan kurap hilang. sama
juga sekor lagi yg bernanah sampai ke isi, saya dilute OHN dan cuci dagingnya yang
terdedah, buat 2 kali, buh gamat, ia sembuh dengan sendiri. 

OHN ni dah pakai pada 2 ekor anak lembu kawan yang kena ‘puru’. satu sudu penuh : 1 cebok
air. lepas seminggu puru tu beransur2 pulih, tapi dia terlalu sibuk nak melayan puru anak lembu,
kalau pakai 2 hari sekali katanya boleh baik.

Saya guna nisbah yg sama utk karat daun limau, slow sikit tp ok. kawan saya penternak kambing
dan 10 tahun, katanya dulu dia pakai campuran gula merah, halia dan bawang putih ni sebagai
garam jilatan untuk kambingnya. cuma dulu dia tak tahu namanya OHN. Jadi kesimpulannya,
banyak lagi cabang boleh pegi.

HARI KE-10: Baja OHN pelbagai jenis


Posted: 22 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online
10

Selain halia dan bawang putih, ada beberapa option lain untuk bahan-bahan yang
boleh digunakan. Cuma halia dan bawang putih ini biasa dijadikan bahan ‘core’ dalam
pembuatan OHN. OHN pula boleh dijadikan bahan tambah / ’booster’ dalam faja foliar FFJ,FPJ,
FFA.

Petikan daripada sebuah website mengenai Korean Natural Farming oleh Masami Sakaban, 1999
mengenai OHN: http://www.genevar.com.au/seedsavers/resources/10.html

” Made from some popular oriental herbs (such as Angelica , Glycyrrhiza uralenses,
Cinnamomum lureirii) We can use ginger or garlic instead. It is softened and fermented by
adding beer. Nutrients are extracted by adding spirits. OHN is applied to plant leaves to fortify
phyllosphere microbes used for seed treatment.(0.1% concentration) “

Angelica ialah sejenis tumbuhan yg menyerupai daun pasli, saderi atau lobak, sila baca di
http://jusherba.wordpress.com di sini: http://72.14.235.132/search?
q=cache:8WS4KIQpwTIJ:jusherba.wordpress.com/2007/07/24/herba-dan-tubuhan-ubatan/
+tumbuhan+angelica&hl=en&ct=clnk&cd=2&gl=my. Angelica melancarkan pengambilan
nutrien bagi tumbuhan.

Glycyrrhiza uralenses ialah licorice dan Cinnamomum lureirii pula kulit kayu manis. disini juga
ada cerita mengenai licorice, halia dan bawang putih. ternyata bahan-bahan OHN ni banyak
dimanfaatkan dalan Chinese Oriental Herbal Medicine. Ia mirip-mirip sebenarnya. Anda nak
tengok gambarnya sila ke http://www.aidanbrooksspices.blogspot.com/2007/10/angelica.html ,
blogger ini mengumpul semua jenis rempah dalam blognya, complete guide.
penyediaan ekstrak angelica, kulit kayu manis dan licorice berbeza daripada OHN halia/bawang
putih. Saya kira perbezaan ini mungkin kerana kandungan air dalam bahan berbeza antara dua
jenis OHN. halia dan bawang putih mengandungi air lebih banyak daripada
angelica/cinnamon/licorice yang lebih kering. bila kurang air, maka ekstrak bahan sukar melarut
dalam bahan lain seperti gula merah. maka seperti amalan perubatan cina tradisional, cara untuk
mengekstrak ginseng dan akar-akar kayu adalah dengan menggunakan pelarut berkutub seperti
tuak dan cuka.

licorice/angelica/cinnamon akan direndam dalam tuak semalaman untuk melembutkan struktur


selulosa dan ligninnya sebelum dicampurkan gula merah (seperti biasa) pada kadar 1:1 dan
diperam seminggu. dengan adanya tuak dan gula merah, ia menggalakkan pembiakan EM. selain
itu, sumber alkohol / tuak bertindak sebagai pengawet semulajadi.

selepas seminggu, campuran tersebut ditambah dengan spirit yang mengandungi 37% alkohol.

‘spirit’ dengan kandungan alkohol 37% yang dimaksudkan disini ialah arak keras yang disuling
daripada penapaian bijirin, sayur atau buah tanpa menggunakan gula. nama lain bagi spirit
ialah ’liquor’ dan contoh spirit ialah rum, vodka, tequila atau wisky. spirit adalah panggilan
kepada minuman keras yang mengandungi paras alkohol paling rendah sebanyak 30%.

minuman keras yang ditapai menggunakan yis seperti tuak, beer dan wine mengandungi paras
alkohol yang rendah iaitu 15% ke bawah. beer mengandungi 4-6% alkohol, manakala tuak dan
wine mengandungi 9-15% alkohol. penapaian yis tidak mampu menghasilkan alkohol melebihi
15% dan penapaian berhenti setakat ini saja.    

kebiasaannya spirit atau liquor dipasarkan dengan menambah gula dan bahan perisa. istilah
‘fortified wine’ atau dipanggil ‘liqueur’ pula merujuk kepada penambahan sedikit liquor/spirit
kepada wine. spirit ditambah kepada tuak bertujuan untuk mengawetkannya supaya tahan lama
dan keupayaan mengektrak bahan bioaktif lebih kuat. ia ditambah sebelum penapaian lengkap
tuak yang membunuh yis dan meninggalkan sisa gula merah. hasilnya liqueur menjadi lebih
manis dan kuat serta peratus alkohol akan meningkat dari 15% kepada 20%.

sama seperti OHN halia/bawang putih, tiada kulat/yis yang terbentuk.

Rujukan:

http://en.wikipedia.org/wiki/Liquor

HARI KE-11: OHN sebagai biorepellant


Posted: 23 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online

19
Di sunting dari akhbar India, The Hindu:

 http://www.hindu.com/seta/2008/04/03/stories/2008040350141800.htm

Even if some critics say that organic farming cannot provide the same high yields as chemical farming,
the organic farmers argue that at least their land is safe; that they have not invested in buying the
chemicals and increasing their cost of cultivation.

“If you look at the suicides by farmers, then you will understand that all those farmers who committed
suicides have built up huge debts.

The debts kept growing because of borrowing at high interest rates for buying these chemicals
which promised to increase the yield. In the end, it only increased their debts,” she
explains.Ginger garlic extract  

“If only farmers use safer and natural pest repellents and manures then where is the question of
debt and suicides,?” she enquires.

She has been using only organic manures and bio-repellents made from locally available
resources.

Another tried and proven mixture she uses is ginger garlic extract (called inji poondu karaisal in
Tamil). About 1 gm of ginger and garlic each, 2gm of green chilli and 5 litres of cow’s urine and
water are taken. The garlic, ginger and green chilli are ground into a paste and mixed with cow’s
urine and water. After 10 days the mixture is filtered and used.

The prescribed quantity is about 500 ml of this solution diluted in 10 litres of water which can be
sprayed over the plants.

———————————————————–

Ginger, garlic, and chilli


extract
(Sridhar; et. al. 2002: p. 33)

25 grams of ginger
50 grams of garlic
25 grams of green chili
10 ml of kerosene
12 ml of soap
3 liters of water
Grinder
Pail
Soak garlic in kerosene overnight.Grind and make into a paste.Add 50 ml water to chili, grind,
make into a paste.Grind ginger and make into a
paste as well.Mix all ingredients into the water.Add soap.Filter the extract.
Stir well before spraying.Spray on infested plants thoroughly. Controls Aphids,
Armyworm,Bollworm, Caterpillars, Fruit borer,Leaf miner,Shoot borer,Thrips,Whiteflies.

—————————————————-

Dari http://www.neemuses.com/other_plants.php

Ginger, Garlic and Chilli Extract

This recipe is a mixture of 3 plant extracts. 1 kg of Garlic should be immersed in 100 ml


kerosene and kept overnight. Next day, the outer skin should be removed and made into a paste.
In another vessel, ½ kg chilly should be mixed with 50 ml water and made into a paste. Likewise
½ kg of ginger should be made into a paste. All the three mixtures should be mixed together with
100 litres of water and 50 grams soap solution as emulsifier. This mixture should be stirred well
and filtered before spraying. The above quantity is needed for an acre. Allicin present in garlic
serves as a repellent and capcicin in chilli serves as a pesticide.

———————————————————–

Dari sebuah jurnal di http://www.ingentaconnect.com :

Nematicidal Action of Some Edible Crops

Authors: Sukul, N.C.1; Das, P.K.1; De, G.C.1

Source: Nematologica, Volume 20, Number 2, 1974 , pp. 187-191(5)

Publisher: BRILL

Abstract:

Extracts of ginger, garlic and chilli pepper showed strong nematicidal action by killing
Meloidogyne incognita and other species of soil nematodes in 40 min. Ladies’ finger plants
inoculated with M. incognita and then treated with the aqueous extracts of these plant materials
showed marked increase in growth and decreased root galling. The population of M. incognita
was considerably reduced in the pots treated with the plant extracts. The garlic extract was highly
phytocidal but most effective in reducing Meloidogyne infestation of ladies’ finger. Ginger
showed mild phytotoxicity and capsicum none. Besides their nematicidal activity the plant
extracts served as a manure.

……………………………………………………………………………………..

oleh sebab para peserta lebih berminat menjadikan OHN ginger-garlic ni sebagai biopestisid berbanding
baja dan rawatan kulat, maka saya sertakan modifikasi ini.

Saya sendiri telah mencuba OHN sebagai biopestisid, kesannya agak perlahan dan kurang efektif kecuali
agak pekat. Tetapi untuk merawat penyakit kulat pada haiwan, kesannya amat positif untuk 1-2kali
penggunaan.

biopestisid yang dibuat daripada EM5 adalah dengan memasukkan halia/bwg putih kedalam EMAS dan
diperam semalaman sebelum digunakan. saya mendapati ia juga kurang berkesan untuk mengawal afid.

mungkin rakan-rakan ada pendapat lain

HARI KE-12: perbincangan hasil penggunaan OHN


Posted: 24 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online
7

sudah hampir 10 hari kursus ini ditangguhkan, terima kasih kerana menunggu .
saya assume peserta baru yang ketinggalan sudah cukup masa untuk catch up dan rakan-rakan
yang mengikuti blog ini sudah ada sedikit pengalaman menggunakan OHN.

ilmu teori sudah saya kupas dengan panjang lebar, tak banyak sangat ilmu OHN ni, sebenarnya
ia amat ringkas, cuma boleh diserapkan dalam OHN konsep pembikinan baja dengan kupas ke
dalam, kupas keluar. sebahagian pengetahuan lagi boleh dikembangkan lagi melalui pengalaman
menggunakan OHN.

jadi apa perkembangan para peserta selepas menggunakan OHN ni, adakah ia mengurangkan
masalah hama, meningkatkan kesihatan ternakan atau tak nampak bezanya? kita bincangkan
semula penggunaannya. tahap perbincangan ini sebenarnya sudah masuk fasa ke-2 dalam
eksperimen: cerapan & perbincangan. fasa 3: kesimpulan & saranan.

setakat ini sudah 3 kali saya menghasilkan OHN, selain daripada penggunaan sendiri, saya beri
pada rakan, saudara dan tetamu yang datang untuk mengutip ilmu. pakai untuk pertanian,
ternakan dan household.  sepanjang penggunaan OHN saya tidak mengalami masalah, sebab
kadang kala ia perlu di’oter’/diubahsuai terutamanya bila tak ada perubahan.
saya tengok kalau OHN sebagai insect repellant, perlu pakai pada frekuensi yang lebih
tinggi/lebih pekat.  dalam 3 hari hama dan afids akan berkurangan dengan ketara. saya
perhatikan lebah masih mendatangi pokok yang disembur, jadi barangkali ia bersifat selektif,
tidak memusuhi semua jenis serangga.

sebagai baja semburan ia sebaik FFJ, FPJ lain. pucuk dan tunas membesar dengan baik, nampak
daun muda kurang musuh. kalau disiram tak sesuai terlalu pekat. untuk pokok sensitif seperti
bunga ros daun tua cepat kuning. jadi pembajaan secara cair sahaja dan boleh lebih kerap, bunga
boleh tahan lama.

HARI KE-13: Cabaran ujian OHN


Posted: 25 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online
0

Jika anda tidak tahu apalagi yang boleh dibuat dengan OHN, saya cabar anda buat apa yang saya
katakan ini:

Bancuh OHN dgn air pada kadar 1:4 dalam sebesen air dan tuang ke pangkal pokok tanaman.
Apa yang terjadi dalam 4 minggu

Baja organik samada kompos atau OHN memang agak lambat kesannya, ia akan menjadi lebih
ketara dalam 3-4 minggu penggunaan. Pun begitu biasanya dosis penggunaan baja organik tetap
dipakai dengan kerap, contohnya 1 minggu sekali. banyak faktor yang mempengaruhi, contohnya
kualiti baja, pH tanah, ketersediaan tanah untuk serap nutrien, larut lesap dan sebagainya.

Jika tanah mempunyai pH yang terlalu berasid atau beralkali, ada unsur-unsur nutrien yang tak
dapat diserap tumbuhan. Jadi apabila membaja dengan banyak, one-shot untuk sebulan biasanya
baja tadi terbazir kepada larut lesap daripada diserap pokok. Tetapi pada tanah yang sihat,
sekali/dua kali pakai untuk sebulan tidak membazir. Untuk menstabilkan pH tanah dan
ketersediaannya untuk bertukar2 unsur nutrien, maka petani memperbetul pH melalui
pengapuran.

Ada juga feed back dari sahabat yang memberitahu, pemakaian OHN tanpa dilution kepada luka
ternakan menyebabkan ternakan menggarunya dengan lebih lagi. Pakai OHN tanpa dilution
untuk rawatan luka dan puru memang boleh dilakukan, tetapi jangan lupa membasuhnya. saya
menggunakan OHN asli keatas luka haiwan peliharaan, tetapi saya membasuhnya. Begitu juga
bila memandikan dengan OHN, saya cairkan lain sebelum sapu pada bulunya. Konsepnya mudah
saja, kalau kita pakai OHN pada luka sendiri dan rasa pedih, maka begitu juga haiwan. Ia
menyebabkan rasa tidak selesa, terutama baunya haiwan tidak suka.

Maka OHN bukanlah tidak sesuai dipakai untuk luka rawat ternakan, tetapi cara merawat juga
perlu penyesuaian dan jika anda suka untuk membuat ujian sendiri, cuba-cubalah pelbagai cara
untuk mencari keserasian, insya Allah anda akan semakin selesa menggunakannya.
HARI TERAKHIR: OHN UNTUK SEMUA
Posted: 27 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online
13

Tujuan sebenar saya mengadakan kursus online percuma OHN ni adalah untuk menghargai
rakan-rakan online yang sudah rapat dan amat berminat dengan topik yang saya bawa disini.

Kehadiran rakan-rakan online yang rajin komen dan membuka blog ini amatlah saya hargai.
Sebetulnya saya amat terharu dengan sambutan yang diberikan. Yang mengharukan itu apabila
ada yang tak dapat hadir ke kursus, tapi rajin sekali menelaah tulisan saya. Timbul rasa nak
memberikan sokongan semula.

Sebuah blog tidak ceria tanpa komen dan rakan-rakan. Malah ada pembaca blog ini yang sudah
cam beberapa nama yang selalu komen disini. Lingkungan sahabat di internet ada impaknya
sendiri, ada sahabat yang kerap menelefon, ada yang membimbing hal-hal teknikal internet, ada
yang bersahabat sejak zaman forum di bicarajutawan.com, ada yang menyumbangkan buku,
bahan dan pelbagai lagi. Semoga keakraban ini berterusan dan ada aktiviti susulan yang boleh
diatur selepas ini.

Saya akan menjawab setiap soalan yang berkumpul di post-post terdahulu, harap tidak berkecil
hati. OHN adalah asas baja organik. Harapan saya dengan memahami asas, anda boleh membuat
banyak lagi. Part yang menjadi rahsia disini hanyalah result OHN. itu rahsia yang saya
tinggalkan untuk anda kupas sendiri.

OHN bukan ilmu baru. ia amalan kuno pertanian dan masih diamalkan oleh sesetengah petani
organik di rantau Asia. Googlekan ‘ginger-garlic extract’ dan anda akan bertemu lebih banyak
info. Selamat beramal!

NISBAH CARBON / NITROGEN (BAHAGIAN II)


Posted: 4 August 2008 by MELOR in tips
Tags: KOMPOS ORGANIK
2

Dengan mengetahui kadar C/N, kita boleh mengagak bahan yang ingin digunakan atas tanaman,
contohnya tanaman jagung memerlukan nitrogen yang tinggi untuk menggalakkan berbuah,
pertumbuhan klorofil dan daunnya yang lebar. Jagung memerlukan nitrogen yang tinggi, maka
tinja haiwan seperti tahi ayam sesuai digunakan.

Sayuran kekacang pula sememangnya mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi, jadi ia tidak
memerlukan unsur nitrogen dengan banyak, tetapi memerlukan kalium dan fosforus yang tinggi.
Fosforus menggalakkan pertumbuhan akar dan kalium memastikan aktiviti metabolisma berjalan
lancar. Jadi kita boleh mengurangkan penggunaan tinja ayam dan menggantiannya dengan
serbuk ikan atau kacang soya.

Bahan mentah untuk baja organik terdapat 3 jenis, iaitu :

A. Sumber karbon : bahan mentah utama yang membentuk sifat fizikal baja organik seperti
sekam padi, batang jagung, batang pisang, habuk gergaji, jerami, kulit kekacang.

B. Sumber nitrogen : untuk tindakan penguraian bateria dalam tanah dan bekalan makanan untuk
tumbuhan. Contohnya sisa soya, najis haiwan, sisa daging atau tulang haiwan.

C. Tinja haiwan : najis binatang yang tidak semestinya memerlukan fermentasi.

Kadar campuran antara bahan mentah A dan B ialah samada 90%A + 10%B, 80%A + 20%B
atau 70%A + 30%B. Jika memerlukan sumber fosfat yan tinggi, boleh gunakan tahi kelawar.
Jika memerlukan sumber kalium yang tinggi, gunakan abu tandan kelapa sawit. Cari sumber
dengan kadar N/P dan N/K yang rendah untuk mendapatkan fosforus dan kalium yang tinggi.

NISBAH CARBON / NITROGEN


Posted: 4 August 2008 by MELOR in tips
Tags: KOMPOS ORGANIK
0

Menurut Cik Mohammad Azoddin dari Chengai Indah Enterprise, pengetahuan mengenai
kadar C/N amat berguna untuk pembikinan baja. Ia sebahagian daripada asas memilih bahan
mentah yang sesuai, customized samada dari segi kos efektif, kualiti tinggi atau memilih
kandungan nutrien tertentu yang tinggi. Karbon merupakan sumber tenaga untuk mikrob.
Nitrogen pula penting untuk menjalankan proses metabolisme.

Semasa pereputan, nisbah unsur karbon kepada nitrogen atau kadar C/N dalam bahan mentah
adalah tinggi. Bacaannya menghampiri 30 ke atas, tetapi apabila fementasi selesai bacaan berada
dalam lingkungan 20 ke bawah.
Untuk mendapatkan nisbah C/N yang tepat ia perlu dilakukan melalui analisa kimia. Nisbah C/N
secara kasar untuk beberapa bahan mentah yang selalu digunakan ialah tahi lembu kering (15-
20), tinja ayam (10-15), serbuk ikan (5-8), kacang soya (6-8), melukut/ temukut padi (15-25) dan
sekam padi (70-80).

Bahan mentah mengandungi nitrogen dalam kuantiti yang rendah dan ada juga dalam kuantiti
nitrogen yang tinggi. Bahan mentah dengan kandungan nitrogen rendah adalah sisa-sisa
tumbuhan seperti rumput kering dan habuk kayu. Kalau anda gunakan bahan ini 100% untuk
membuat baja organik, pada peringkat awal kesannya tidak berapa jelas. Namun, sisa tumbuhan
mengandungi serat / fiber yang tinggi, ia merupakan elemen penting untuk mengubah struktur
tanah dan meningkatkan aktiviti mikroorganisma.

Kumpulan nitrogen tinggi adalah seperti najis haiwan, serbuk ikan dan tumbuhan kekacang.
Kandungan nitrogen tinggi menyebabkan kesan baja dapat diperhatikan lebih cepat berbanding
tindakan baja sisa tumbuhan. Oleh kerana kandungan fibernya amat rendah, maka nisbah C/N
juga rendah dan kurang sesuai untuk fungsi pemulihan tanah untuk aktiviti organisma. Jika
terlalu banyak diberikan pada tanaman juga menyebabkan ‘gila daun’ dan senang diserang
penyakit. Maka campuran antara keduanya perlu dalam kadar yang sesuai.

PENYEDIAAN BOKASHI
Posted: 5 July 2008 by MELOR in kompos
Tags: KOMPOS ORGANIK
2

Encik Wildan Firdaus bin Badaruddin, Pegawai Pertanian Lenggong, Perak bersama-sama
Paklias telah mengajar para peserta (termasuk saya sendiri) resepi baja bokashi teras ALFA-G ini
semasa menganjurkan satu kursus organik di Pejabat Pertanian Lenggong. Berikut adalah cara
penyediaannya:

BAHAN-BAHAN:

1. 3 bahagian – 30 kg (siap dicincang) bahan organik reput (habuk papan, tandan kelapa
sawit, rumpai, batang jagung, jerami padi, menerong)
2. 1 bahagian – 10 kg tahi kambing atau tahi ayam
3. 0.5 kg – guano atau tahi kelawar
4. Hampas foliar/ penghalau serangga/pencegah kulat yang telah diperah (sebanyak mana
yang ada)
5. 1 bahagian – 10 kg GML atau kapur pertanian
6. 2 bahagian – 20 kg tanah biasa

PENYEDIAAN:

 Cincang bahan 1, 2, dan 4 kepada ketulan-ketulan sederhana besar


 Masukkan ke dalam tray atau biarkan sebagai satu lapisan diatas tanah
 Tambahkan kesemua bahan 3, 5 dan 6 dan gaul rata
 Gunakan plastik untuk menutup bahan campuran ini
 Balik-balikkan bokashi sekurang-kurangnya seminggu sekali
 Kompos ini sidah sedia digunakan selepas 1 hingga 1 setengah bulan disimpan
 Gunakan terus di atas batas atau pada pangka tanaman

You might also like