You are on page 1of 10

Falsafah Pendidikan Negara

1.0 Pendahuluan

Pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan cadangan-cadangan yang


terkandung dalam Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960 seperti yang
termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Dari semasa ke semasa peranan dan matlamat
pendidikan tersebut di sesuaikan mengikut keprluan rancangan-rancangan pembangunan
lima tahun negara.

Bagi mencapai matlamat pembangunan negara dan menghasilkan tenaga rakyat


untuk keperluan pembangunan negara, pelaksanaan sistem pendidikan ini telah
ditumpukan kepada keutamaan-keutamaan tertentu mengikut keadaan semasa. Dalam
hubungan ini berbagai-bagai kemajuan telah dicapai selaras dengan keperluan dan
perkembangan negara yang sedang membangun.

Mulai tahun-tahun 80-an, sistem pendidikan di Malaysia perlu pula melihat


peranannya dalam konteks yang lebih luas, dengan menumpukan kepada pembentukan
satu bangsa Malaysia yang lebih berdaya maju, berdaya saing, dinamik dan berjaya. Ia
adalah asas ke arah mencerminkan hasrat dan cita-cita pendidikan Malaysia bagi
membentuk insan yang sempurna serta memenuhi keperluan kecemerlangan pendidikan.
1.1 Pembentukan Falsafah Pendidikan Negara

Dalam sistem Pendidikan kebangsaan yang diamalkan sebelum ini Falsafah Pendidikan
tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan
negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran
1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara,
Sistem Pendidikan Kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara
yang turut menegaskan prinsip kepercayaan kepada Tuhan.

Keperluan menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah lama


disedari. Oleh itu, langkah untuk mengubal Falsafah Pendidikan yang mencerminkan
cita-cita dan idealisme yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini melalui proses
pendidikan memang dinanti-nantikan. Dengan itu, pertimbangan-pertimbangan yang teliti
perlu dilakukan dengan merujuk kepada perkara-perkara berikut:

1. Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.

2. Akta Pelajaran 1961.

3. Laporan Jawatankuasa Mangkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran


Kebangsaan 1979.

4. Rukunegara.

5. Prinsip-prinsip Pendidikan

6. Matlamat Pendidikan

Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan seperti
berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi petensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah
berdasarkan kepercayaaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi


penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke
arah melahirkan insan yang baik dan berjiwa bersih berdasarkan kepercayaan, keyakinan
serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna Falsafah Pendidikan Negara berhasrat untu
melahirkan insan yang berpegang teguh kepada kepercayaan dan agama masing-masing.

Berpandukan pada Falsafah Pendidikan Negara, ditegaskan sekali bahawasanya,


matlamat pendidikan ialah ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang
baik memiliki serta menghayati cirri-ciri berikut:

1. Percaya dan patuh kepada Tuhan.

2. Berilmu pengetahuan.

3. Berakhlak mulia.

4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.

5. Memiliki sahsiah diri yang seimbang dan bersepadu.


1.2 Unsur-unsur Penting dalam Falsafah Pendidikan Negara

Sebagaimana yang telah diterangkan, Falsafah Pendidikan Negara mempunyai matlamat


yang jelas iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis berdasarkan kepada
kekuatan yang ada pada intelek, rohani, jasmani, emosi dan sahsiah. Di samping itu,
terdapat juga unsur-unsur lain yang menyokong pada keseluruhan kemantapan Falsafah
Pendidikan Negara.

Unsur-unsur Penting dalam Falsafah Pendidikan Negara:

1. Menjadi warganegara Malaysia yang baik.

2. Unsur intelek.

3. Unsur rohani dan emosi

4. Unsur jasmani.

5. Sahsiah.

6. Memperkembangkan potensi individu.

7. Menyeluruh dan bersepadu.

8. Insan yang seimbang.

9. Kepercayaan kepada Tuhan.


10. Rakyat Malaysia yang boleh memberi sumbangan.

Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Negara yang sedang berjalan ini, membolehkan


guru-guru dan ibubapa memahami kehendak dasar kerajaan untuk melahirkan pelajar
yang bertanggungjawab, berjiwa murni dan seimbang setiap segi.

Dengan adanya fahaman tersebut, ibubapa dan guru-guru iaitu pembimbing utama senang
mengawal dan membawa pelajar ke matlamat yang sebenar.

Bimbingan peringkat awal ini penting agar pelajar-pelajar yang keluar dari alam
persekolahan akan menjadi masyarakat yang berkemahiran dan boleh membangunkan
masyarakat yang berbilang bangsa dan negara Malaysia.

2.0 Pendidikan Teknik dan Vokasional

Pendidikan teknik dan vokasional merupakan satu konsep yang baru dalam sistem
pendidikan. Sebelum abad ke-20, para pendidik menganggap pendidikan teknik dan
vokasional sebagai suatu bentuk latihan dan bukan pendidikan.

Di negara-negara Barat, terdapat pandangan yang menyifatkan bahawa


pendidikan umum itu sebagai lebih akademik berbanding pendidikan teknik dan
vokasional. Malahan pada abad ke-19, terdapat suatu teori pembelajaran yang dikenali
dengan ‘Teori Disiplin Mental’.
Teori ini menegaskan, bahawa pelajaran akademik seperti Geografi, Sejarah dan
Matematik boleh memperkembangkan keupayaan mental seseorang, dan berpotensi
untuk menghasilkan pemimpin-peminpin negara serta memegang jawatan-jawatan
professional. Maka dapatlah di negara-negara Eropah sekolah-sekolah elit yang member
fokus terhadap matapelajaran akademi semata-mata.

Walaupun pandangan yang sempit terhadap pendidikan teknik dan vokasional itu
kini telah berubah, namun perdebatan mengenainya berlarutan sehingga ke hari ini.
Akibatnya perancang-perancang pendidikan sering menghadapi dilema sama ada hendak
mengutamakan pendidikan umum atau pendidikan teknik dan vokasional.

Negara-negara membangun sentiasa menganggap pendidikan vokasional sebagai


satu sistem pendidikan yang boleh menyelesaikan beberapa masalah sosio-ekonomi
negara. Pendidikan vokasional harus dilihat dari sudut menyokong pelaksanaan dasar-
dasar ekonomi dan perancangan sosial untuk mencapai matlamat sosio-ekonomi.

Pendidikan vokasional dapat memenuhi kehendak-kehendak individu dan negara


peluang-peluang pekerjaan.yang memerlukan tenaga pekerja mahir.

Satu program pendidikan vokasioanal yang baik harus dirancang dan dirangka
untuk memenuhi keperluan latihan kemahiran bagi masyarakat dan keperluan individu
dalam masyarakat itu.

Keperluan masyarakat dalam hal ini dapat dipenuhi dengan melahirkan satu
kumpulan pekerja mahir manakala keperluan individu pula boleh dipenuhi dengan
mewujudkan satu saluran bagi mereka untuk menjadi produktif, berdikari dan ahli
masyarakat yang boleh menyumbang kepada masyarakat amnya dan negara khsusnya.

2.1 Tujuan Pendidikan Teknik dan Vokasional

Tujuan Pendidikan Teknik dan Vokasional ialah:

1. Membentuk kemahiran, kebolehan, kefahaman, sikap, tabiat kerja dan tanggungjawab


dalam diri pelajar supaya dapat digunakan dengan lebih berfaedah dan produktif.

2. Membantu mempercepatkan proses pembagunan dan mempertingkatkan daya


pengeluaran sektor perindustrian dengan memberi sumbangan guna tenaga untuk
menjadikan industri lebh proaktif.

3. Membantu mengembangkan petensi pelajar dan memperbaiki lagi taraf hidup mereka
dengan cara meluaskan alam kecerdasan sambil memperbaiki kemahiran dan
pengetahuan.

2.2 Objektif

Dalam perbincangan di atas telah dipersetujui sistem pendidikan vokasional harus


memenuhi dua keperluan iaitu:

a. Keperluan masyarakat/ negara.


b. Keperluan indvidu dalam masyarakat.

Dengan itu, program pendidikan vokasional harus mempunyai dua objektif:

1. Sesuai dengan kehendak masyarakat/ negara dan disediakan, untuk menjamin


keperluan latihan kemahiran masyarakat.

2. Disediakan untuk memenuhi keperluan individu itu dalam masyarakat tersebut.

a. Masyarakat/Negara

I. Untuk mempertingkatkan kualiti hidup manusia dalam kelompok masyarakat


dengan membantu mereka supaya menjadi produktif, berdikari dan boleh
menyumbang dan juga mendapat menjadi rakyat yang memenuhi kehendak-
kehendak diri.

II. Untuk membantu memenuhi keperluan ekonomi/masyarakat/negara dapat


mewujudkan satu kumpulan pekerja yang terlatih, produktif da mahir.

b. Individu

I. Mengadakan latihan awal bagi setiap individu supaya mereka berpeluang memilih
kerjaya masing-masing.
II. Mengadakan latihan untuk mengemaskinikan kemahiran-kemahiran pekerja yang
ingin meneruskan kerjaya dalam bidang masing.

III. Mewujudkan peluang latihan semula bagi pekerja-pekerja yang ingin menukar
kerja mereka atas sebab-sebab peribadi dan pekerjaan lapuk.

2.2 Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional

Pendidikan Vokasional: sebarang pendidikan mana-mana peringkat yang cuba menyediakan


manusia untuk kerjaya-kerjaya tertentu dalam bidang-bidang tertentu.

Mereka melengkapkan diri dengan profesion-profesion seperti perubatan, kejuruteraan,


undang-undang dan kursus-kursus pengajian tinggi yang lain boleh dikategorikan dalam
pendidikan vokasional.

Sebarang bentuk pendidikan yang dirancang khas dengan tujuan utama untuk
menyediakan manusia dalam bidang pekerjaan sosialyang berfaedah yang tidak memerlukan
sekeping ijazah yang membantu pekerja-pekerja mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran
mereka supaya dapat meneruskan pekerjaan-pekerjaan yang tidak memerlukan kelayakan ijazah.

2.4 Cara Penyampaian Pendidikan Vokasional


Pendidikan vokasional boleh disampaikan dalam dua cara iaitu:

a. Kursus Sepenuh Masa

Latihan dalam bilik darjah, bengkel, makmal atau bekerja sambil belajar atau
tempoh sandaran yang disertai dengan latihan.

b. Kursus Separuh Masa

Melakukan latihan di sebelah petang atau malam dalam jangka masa yang
singkat.

Kursus seperti ini boleh diperkenalkan kepada orang ramai bagi tujuan berikut:

1. Untuk mendapatkan latihan kemahiran.

2. Menambah peluang untuk mendapatkan pekerjaan.

3. Meningkatkan kemahiran pekerjaan yang disandang.

4. Mendapatkan kemahiran sebagai satu hobi.

Kesimpulan yang dapat dibuat bahawa kurikulum pendidikan teknik dan vokasional dapat
menghasilkan pekerja yang berkemahiran, fleksibel, boleh berfikir dengan kreatif dan
mempunyai nilai-nilai murni yang akan menjadi sumbangan ke arah menjayakan hasrat negara
untuk meningkatkan produktiviti dan memajukan ekonomi negara.

You might also like