You are on page 1of 6

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA

ELEKTRONIK

A. Diod Pemancar Cahaya - L.E.D.


1. Ia adalah sejenis diod
2. Dikenali sebagai "Light Emiting Diod"
3. Digunakan untuk mengeluarkan cahaya dan isyarat
4. Digunakan di dalam alatan elektronik seperti radio, TV, permainan,
pemain CD/DVD
5. Ia mempunyai kaki berkutub - negatif (katod) dan positif (anod)
6. LED tidak boleh dibekalkan voltan melebihi 3 volt

Bahagian LED Simbol LED


B. Diod Kuasa
1. Membenarkan arus mengalis sehala sahaja
2. Digunakan untuk menukar arus ulang-alik kepada arus terus

C. Perintang Tetap Karbon


1. Dibuat daripada karbon dan tanah
2. Digunakan untuk mengurangan arus dan voltan
3. Dibina dalam beberapa unit sukatan dan ditanda dengan kod warna

Jalur Bilangan
Kod Warna Nombor Warna Toleransi
Pertama/Kedua Sifar
Hitam 0
Perang/Coklat 1
Merah 2
Oren/Jingga 3
Kuning 4 0000
Hijau 5 00000
Biru 6 000000
Ungu 7 0000000
Kelabu 8 -
Putih 9 -
Emas - 5%
Perak - 10%
Tiada warna - 20%
D. Perintang Boleh Laras
1. Digunakan untuk mengubah rintangan dalam arus
2. Sering digunakan dalam radio, tv dan unit pembesar suara
E. Kapasitor
1. Digunakan untuk menyimpas cas elektrik
2. Jenis. Terdapat dua jenis
a. Kapasitor berkutub
b. Kapasitor tanpa kutub

F. Transistor
1. Digunakan untuk meninggikan dan merendahkan arus. Berfungsi juga
sebagai suis
2. Jenis. Terdapat 2 jenis transistor
a. Transistor NPN
b. Transistor PNP
3. Transistor mempunyai 3 kaki

i. C = Pemungut (Collector)
ii. B = Tapak (Base)
iii. E = Pemancar (Emitter)
B. Buzzer
1. Digunakan untuk menghasilkan bunyi berfrekuansi tinggi
2. Digunakan dalam litar penggera
C. Suis togel
1. Dikenali sebagai suis satu kutub satu arah

2. Digunakan untuk membuka dan menutup litar

ALATAN TANGAN ELEKTRONIK

A. Playar Muncung Tirus


B. Pemotong Sisi
C. Penjalur Wayar

D. Pemutar Skru

E. Alat Pematri Elektrik


F. Penyedut Patri

BAHAN PEMATRI

1. Timah Patri
1. Dibuat daripada campuran timah dan plumbum
2. Gred timah patri ditentukan oleh peratusan campuran timah dan plumbum
3. Gred timah patri yang biasa digunakan ialah 60:40 iaitu timah 60% dan
plumbum 40%

2. Fluks

KAEDAH MEMATRI

1. Sebelum Mematri
a. Bersihkan hujung bit pematri dengan kertas las
b. Panaskan alat pematri
c. Celupkan hujung bit pematri di dalam bekas fluks
d. Sentuhkan hujung bit pematri kepada sedikit timah pematri
2. Semasa mematri
a. Condongkan pematri sehingga 30 darjah
b. Sentuhkan hujung bit pematri kepada kaki komponen
c. Sentuhkan bahan pematri ke kaki komponen
d. Apabila timah mencair dengan baik jauhkan hujung bit pematri dan timah
patri daripada kaki komponen

Hasil pematrian yang


bahan patri berlebihan bahan patri sangat
baik berlebihan
3. Selepas Mematri
a. Jika di dapati terdapat lebihan timah patri, cairkan dengan hujung pematri
dan sedut dengan menggunakan penyedut patri

b. Hujung kaki komponen yang telah siap dipatri bolehlah dipotong dengan
menggunakan playar pemotong sisi

You might also like