You are on page 1of 32

KOLEJ KEJURURAWATAN

DAN SAINS KESIHATAN


SERI MANJUNG

KES KAJIAN:
GANGGUAN RESPIRATORI
NAMA: NURUL IZZATI BINTI
MAHIZAM
NO. MATRIKS: KKSM/1709/01/09
PENSYARAH: PN. ROSNIZA BINTI
ROSLI
PENDAHULUAN
PENDAHULUAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyempurnakan kes kajian yang telah

diberikan dan ditugaskan kepada saya. Walaupun terdapat pelbagai kesukaran untuk menyiapkan

kes kajian ini, berkat bantuan dan pertolongan Clinical Instructor ( CI ), rakan-rakan dan staf wad ,

akhirnya kes kajian ini dapat disempurnakan walupun tidak sepenuhnya kerana subjek yang dikaji

( klien/ pesakit ) discaj apabila kajian sedang dijalankan. Mujur dengan pertolongan staf di wad,

serba sedikit maklumat dapat dipenuhi.

Kes kajian ini dapat memberi banyak pengalaman dan maklumat yang berkaitan serta kami

dapat lebih memahami terhadap kes yang dikaji. Malah kami dapat memahami keperluan klien

berkaitan dengan penyakitnya. Sepanjang pengumpulan maklumat, klien dapat memberi kerjasama

dengan sepenuhnya walaupun klien menghadapi kesukaran untuk bercakap kerana keadaan klien

yang mengalami sakit dada akibat unstable angina. Klien juga membantu dalam memberi maklumat

dan masih mampu bercakap. Klien discaj selepas dua hari saya mengumpul maklumat dari klien

iaitu pada 13/11/2009.


ISI KANDUNGAN

Pendahuluan

Pengenalan kes kajian

Ringkasan biodata klien

Sejarah kesihatan klien

Manifestasi klinikal pesakit

Penyiasatan/prosedur makmal dan diagnostik

Pengurusan medikal, surgeri dan pengubatan

Perbincangan

Implikasi Kejururawatan

Rumusan

Rujukan
PENGENALAN
KES KAJIAN

COPD
PENGENALAN KES
Chronic Obstructive Pulmonary Disease ( COPD ) merujuk kepada bronkitis kronik dan
emfisema, iaitu penyakit yang digandingkan yang sering dikaitkan dengan kehadiran gangguan
pernafasan di mana salur pernafasan menjadi sempit. COPD juga dikenali dengan nama lain, iaitu
chronic obstructive lung disease (COLD), chronic obstructive airway disease (COAD), chronic
airflow limitation (CAL) and chronic obstructive respiratory disease (CORD).

Emfisema adalah kerosakan paru-paru yang tidak dapat diubah ( irreversible ) yang
menyebabkan kemusnahan dinding alveoli. Emfisema adalah disebabkan oleh pengumpulan udara
dan mengakibatkan pembesaran abnormal pundi udara ( air sac ). Emfisema berlaku secara
perlahan-lahan. Manakala, bronkitis kronik pula adalah disebabkan oleh inflammasi pada lapisan
mukosa bronkus yang ,meningkatkan penghasilan sekresi. Dalam sesetengah kes dilaporkan, COPD
boleh dikaitkan dengan gangguan genetik iaitu kekurangan alpha 1 antitrypsin. Ia adalah kandungan
protein dalam darah di mana proses kemusnahannya adalah lambat. Pesakit yang mengalami tahap
kekurangan alpha 1 antitrypsin ; ketidakseimbangan protein membawa kepada kesan kemusnahan
paru-paru dan COPD. Ia akan bertambah jika individu tersebut adalah seorang perokok.

Asthma juga akan merupakan punca berlakunya COPD. Asthama merupakan suatu keadaan
yang kronik di mana salur pernafasan mengalami inflammasi ( bengkaka dan hadirnya mukus).
Simptom dan gejala adalah seperti gejala COPD termasuklah kesukaran bernafas. Dalam sesetengah
kes asthma, penghidap akan pulih selepas menggunakan ubat-ubatam ( seperti bronkodialator ) dan
selepas itu akan didiagnos dengan COPD. Tambahan lagi, dalam jangka msa panjnag, penghidap
asthma gagal mengawal penyakit tersebut sehingga salur pernafasan dan organ paru-paru gagal
berfungsi dengan baik.

Kebanyakan pesakit dengan COPD akan menghadapi kesukaran bernafas ketika baring dan
lebih selesa bernafas ketika berada dalam posisi semi fowlers. Bagi pesakit COPD, oksigen yang
terlalu sedikit dan terlalu banyak karbon dioksida di dalam darah juga akan memberi impak
terhadap otak, dan mempengaruhi pelbagai masalah kesihatan termasuk sakit kepala, kurang tidur,

kelemahan status mental dan cepat marah. Menurut American Thoracic Society,
perkembangan klinikal COPD terbahagi kepada 3 peringkat:
Peringkat 1: fungsi paru-paru ( dengan ukuran FEV1- forced expiratory volume in one
second) lebih besar atau sama dengan 50% dengan jangkaan fungsi ritma paru-paru yang normal.
Kesan terhadap kualiti hidup adalah minima. Gejala penyakit mungkin akan berkembang pada
tahap ini. Pesakit akan mula mengalami sesak dada serta memerlukan pemerhatian dari pakar.
Peringkat 2: FEV1 hanya berfungsi sekitar 35-49% dari jangkaan normal ritma paru-paru
dan memberi impak yang signifikan terhadap kualiti hidup dan kesihatan.
Peringkat 3: FEV1 kurang dari 35% dari jangkaan normal ritma paru-paru serta beri kesan
yang mendalam terhadap kehidupan seharian.

Faktor risiko untuk mendapat penyakit ini adalah perokok. Jika individu adalah perokok
aktif, maka risiko untuk mendapat penyakit COPD adalah 10 kali lebih berisiko untuk mendapat
COPD berbanding dengan bukan perokok. Dianggarkan seramai 80-90% adalah perokok dari
semua kes. Faktor-faktor risiko lain adalah faktor keturunan, perokok pasif, individu yang terdedah
kepada pencemaran udara dan persekitaran dan mempunyai sejarah jangkitan pernafasan ketika
kanak-kanak.
SIMPTOM

DAN

GEJALA
SIMPTOM DAN GEJALA
 Batuk kronik dan produktif selama 3 bulan atau lebih.
 Sesak dada
 sesak nafas ( Shortness of breath) apabila melakukan aktiviti
 peningkatan keupayaan untuk bernafas.
 Bernafas 'pursed-lips'
 Keluaran sekresi yang berlebihan
 Sering kering tekak
 Perubahan sputum yang akan menyebabkan infeksi pada bahagian dada
RINGKASAN

BIODATA

KLIEN
RINGKASAN BIODATA KLIEN

NAMA KLIEN: RAMLI BIN IDRIS R/N:27354-09

DOA: 09/11/09

Ramli Bin Idris, berumur 71 tahun berasal dari Temerloh, Pahang. Beliau telah berkahwin

dan mempunyai 10 orang anak. Klien menetap di Jalam Mentakab bersama isterinya. Klien telah

bekerja selama 11 tahun di Taman Harapan Temerloh dan telah pun bersara. Kini, klien hanya

bekerja kampung. Klien pernah mendapat rawatan di Hospital Besar Mentakab pada 05/06/03 dan

kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah apabila menghadapi

kesukaran bernafas dan mengalami batuk yang teruk selama 2-3/7 dengan kahak yang berwarna

putih ( whitish ).

Klien saya juga didiagnos dengan penyakit lain selain dari COPD. Klien telah didiagnos

dengan penyakit Hypertension, Ca Rectum, Unstable angina dan post APR. Klien telah discaj pada

13/11/2009.
SEJARAH

KESIHATAN

KLIEN
SEJARAH KESIHATAN KLIEN
Pada hari klien mendapatkan rawatan ( 09/11/2009), klien mengalami SOB secara tiba-tiba

pada jam 12 tengahmalam. Klien juga mengadu mengalami kesakitan di bahagian abdomen, '

burning sensation' dan kesakitan tersebut berterusan. Klien juga menghidapi batuk produktif ynag

kronik dengan sputum 'whitish' selama lebih dari 3 bulan. Menurut beliau, kesakitan di bahagian

tersebut memang berulang kali terjadi. Dikatakan klien telah berhenti merokok selama 15 tahun.

Hal ini disebabkan klien juga menhidapi 'unstable angina'.

Klien juga pernah berulang kali masuk ke hospital apabila mengalami sesak nafas. Klien

juga hilang selera makan akibat penyakit yang dihidapi beliau.


MANIFESTASI

KLINIKAL

KLIEN
MANIFESTASI KLINIKAL KLIEN
 Kesukaran bernafas

 Batuk

 SOB ketika melakukan aktiviti

 Bunyi pernafasan wheezing

 Bernafas menggunakan mulut 'pursed lips'

 Rasa ketat di dada

 'Whitish' sputum
PENYIASATAN

MAKMAL

DAN DIAGNOSTIK
PENYIASATAN MAKMAL

DAN DIAGNOSTIK
 FBS ( Fasting Blood Sugar )

 FLP- fasting lipid profile ( HDL- high density lipoprotein, LDL-low density lipoprotein )

 KP ( keratitic precipitate )

 ABG ( arterial blood gas )

 Sputum C&S

 FBC ( full blood count )

 BUSE ( blood urea serum electrolyte )

 ECG

 Chest X-ray
PENGURUSAN

MEDIKAL
DAN

SURGIKAL

PENGURUSAN MEDIKAL

DAN SURGIKAL
Medikal & Surgeri

 Fisioterapi dada

 on NPO2 3liter

Pengubatan

 3 pint N/saline
 MDI Becotide 11/11 bd

 MDI Combivent 11/11 prn

 T. Naulin SR 250g bd

 T. Lasix 80mg bd

 T. Simvastatin 20mg ON

 T. Felodipine 5g ON

 IV aopmorfin 1.2g tds

 T. claritraycin 500mg bd

 T. Bisolvon 80mg tds

 T. Relodipine 5mg OD

 Neb Combivent QID

PERBINCANGAN
PERBINCANGAN
 Bagaimana klien mendapat penyakit tersebut.

 Bincangkan keputusan ujian makmal yang telah dilakukan.

Bagaimana klien mendapat penyakit tersebut

 Kebanyakan kes COPD adalah dihidapi oleh perokok aktif. Maka, apabila semakin aktif

seseorang itu merokok, risiko untuk mendapat COPD adalah 10 kali ganda tinggi

berbanding individu biasa. Keadaan akan bertambah buruk apabila penghidap mempunyai

penyakit gangguan respiratori yang lainnya seperti asma.


 Manusia mempunyai daya tahan melawan penyakit yang lemah ( antibodi ) terutama apabila

mengalami peningkatan usia.

Keputusan Ujian Makmal

Glucose ( random ) : *5.6

FLP

Cholesterol : 3.6 mmol/L

Triglyceride : 1.0 mmol/L

Sputum C&S : mix growth ( 11/11/09)

RR LFT, Ca, Ml, POY ( 09/11/09 )

Urea: *14.8 mmol/L

Sodium: 145 mmol/L

Pottasium: 5.2 mmol/L

Chloride: *132 mmol/L


Uric acid: 395 umol/L

Creatinine: * 325 ummol/L

Renal Profile ( 11/11/09 )

Urea: *15 mmol/L

Sodium: 140 mmol/L

Pottasium: * 3.4 mmol/L

Chloride: 106 mmol/L

Uric acid: 321 umol/L

Creatinine: * 257 ummol/L

LFT

Total protein: *89 g/L

Albumin: 43 g/L

Globulin: *46 g/L

A/G ratio: 0.9

Alkaline Phosphate: *108 u/L

ALT: 11 u/L

Total billirubin: 7 mmol/L

BUSE, CE

Urea: *14.2 mmol/L

Sodium: 139mmol/L

Pottasium: 4.4 mmol/L


Chloride: 107 mmol/L

Creatinine: * 274 ummol/L

Cardiac Enzyme

LDH : 357 u/L

CK: *213 u/L

AST: 26

IMPLIKASI
KEJURURAWATAN

IMPLIKASI KEJURURAWATAN

DATE/ NURSING INTERVENTIONS EVALUATION


DIAGNOSIS/ OBJEKTIF
09/11/09  Asses kedaan pernafasan 10/11/09
Gangguan pernafasan b/d klien  Klien tidak lagi
bronkitis kronik d/d klien  Posisikan klien dalam mengalami sesak nafas
kelihatan sukar untuk bernafas. keadaan semi-fowler's dan bernafas dengan
atau fowlers bantuan nasal prong
Matlamat:  Galakkan klien berehat. 3liter. Ketepuan
Klien akan bernafas dalam  Berikan terapi oksigen oksigen - SPO2 98%.
keadaan yang normal. seperti yang
dipreskripsikan. 12/11/09
 Berikan ventilasi yang  Klien tidak lagi
efektif. menggunakan nasal
prong dan bernafas
dengan normal.
09/11/09  Galakkan klien 10/11/09
Gangguan nutrisi kurang dari mengambil makanan  klien memakan sedikit
keperluan badan b/d kurang yang lembut. diet yang disediakan
selera makan d/d klien tidak  Galakkan waris/keluaga dan selepas 2 jam
menyentuh diet yang klien membawa makanan kemudian klien
disediakan. yang digemarinya. memakan makanan
 Berikan klien dalam yang sesuai dengan
Matlamat: kuantiti yang sedikit diet yang diber yang
Klien akan mengambil nutrisi tetapi lebih kerap. dibawa oleh waris.
mengikut keperluan tubuh dan  Laporkan kepada 11/11/09
selera makan akan kembali jururawat bertugas  selera makan klien
normal. sekiranya klien masih kembali normal
tidak ada selera untuk
makan.
 Pastikan keadaan
sekeliling klien bersih.
10/11/09  Asses keadaan klien. 11/11/09
Sakit dada b/d unstable angina  Fowlerskan klien.  Klien tidak mengadu
d/d aduan klien  Laporkan kepada sakit dada dan selesa.
jururawat yang bertugas
|Matlamat: bahawa klien masih sakit
Klien tidak mengadu sakit dada. dada.
 Berikan ubat yang
dipreskripsikan.

DATE/ NURSING INTERVENTIONS EVALUATION


DIAGNOSIS/ OBJEKTIF
10/11/09  Nilai tahap 11/11/09
Kebimbangan b/d hospitalisai kebimbangan klien.  Klien tidak lagi
d/d klien kelihatan gelisah.  Dengar aduan klien. kelihatan bimbang dan
 Beri sokongan emosi gelisah serta dapat
Matlamat: kepada klien. berbual dengan klien
Klien tidak lagi kelihatan  Luangkan masa bersam yang lain.
bimbang dan gelisah klien.
 Galakkan waris klien
datang melawat.
 Beri orientsi kepada
klien.
11/11/09  Asses keadaan klien. 12/11/09
Gangguan tidur b/d asma d/d  Tinggikan kepala katil  Klien dapat tidur dengan
aduan klien. klien. lena.
 Optimumkan keselesaan
Matlamat: klien.
Klien akan selesa tidur dan
tidak lagi mengadu mengenai
gangguan corak tidur.
RUMUSAN

RUMUSAN
 COPD boleh dicegah dengan berhenti merokok dan menghindarkan diri dari perokok pasif.

Berhenti merokok boleh mencegah risiko COPD untuk berkembang pada peringkat pertama.

 Vaksinasi influenza adalah vaksin yang membolehkan menghalang infeksi pneumoccocal

( jenis pneumonia ) untuk penghidap COPD, bergantung pada umur penghidap, akan
menghalang infeksi paru-paru dan mengurangkan keterukan COPD.

 Rawatan / pengubatan yang biasa untuk COPD:

-short-acting bronchodilaters:

◦ Beta agonists:

-Albuterol (Proventil® and Ventolin®)Pirbuterol (Maxair®)Metaproterenol (Alupent®)

◦ Anti-cholinergics:

I-pratropium (Atrovent®)

◦ Theophyllins:T

-Theophylline (eg, Theo-dur®, Slo-bid®, Uniphyl®, or Uni-Dur®)

 The American Association for Respiratory Care telah mengumpulkan tips untuk pesakit
COPD
_ mengamalkan pemakanan mengikut piramid makanan.

 hadkan pengambilan makanan yang bergaram. Sodium yang terlalu banyak akan
menyebabkan penyimpanan cecair dan mengganggu salur pernafasaan.

 Hadkan pengambilam minuman yang berkafein. Hal ini akan menggangu tindak balas
ubat yang diambil dan membuatkan individu rasa cemas.

 Cuba makan dengan lebih awal.


RUJUKAN

RUJUKAN
 www.ozonebank.com

 Source: www.medtogo.com/chronic-obstructive-pulmonary...

 the National Heart, Lung, and Blood Institute (in PDF format).

http://www.nhlbi.nih.gov/health/public/lung/other/copd_fact.pdf

 BHT klien di Kenanga 14

You might also like