You are on page 1of 3

Garis Panduan Tugas Jawatankuasa Kelab Sukan dan Permainan

1. Menentukan objektif sukan tercapai


2. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka pendek/panjang
3. Mengenalpasti T.O.V dan merancang aktiviti sukan.
4. Merancang aktiviti peningkatan dan penglibatan pelajar dalam sukan
5. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.
6. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan
7. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin
8. keselamatan, kelincinan, dan kelancaran pelaksanaan.
9. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya.

Garis Panduan Tugas Setiausaha Sukan

1. Mengatur rancangan/ jadual sukan sekolah sesuai dengan rancangan/jadual


MSSD, MSSK, dan MSSM.
2. Membahagikan pelajar mengikut rumah sukan.
3. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara rumah-rumah dan
sekolah-sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan
padang.
4. Mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan sukan tahunan sekolah.
5. Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan.
6. Menyelaraskan pernyertaan sekolah dalam kegiatan yang dianjurkan oleh
badan-badan sukan yang lain.
7. Mengawal dan menjaga alat sukan dalam keadaan baik dan mengemaskinikan
buku stok.
8. Mengagihkan alat-alat sukan kepada guru-guru berkenaan.
9. Mencadangkan peralatan dan kemudahan yang patut dibeli atau diperbaiki oleh
pihak sekolah mengikut keutamaannya.
10. Mengatur pengangkutan untuk pasukan sukan sekolah sekiranya perlu.
11. Menyediakan laporan sukan tahunan.
12. Menilai semula rancangan sukan sekolah dan mencadangkan langkah-langkah
untuk meningkatkan prestasi sukan sekolah.
13. Merekodkan penglibatan/pencapaian pelajar dalam kegiatan sukan serta
mencadangkan olahragawan dan olahragawati sekolah.
14. Melaksanakan tugas-tugas seperti diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya.
Garis Panduan Tugas Guru Permainan Sekolah

1. Memajukan kemahiran pelajar dalam permainan di bawah jagaanya dengan


cara melatih mereka mengikut jadual yang telah di tetapkan atau masa-masa
lain dengan persetujuan Setiausaha Sukan dan mengatur seberapa banyak
permainan atau perlawanan persahabatan dengan pasukan lain atau sekolah-
sekolah berdekatan.
2. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum melalui
Setiausaha Sukan.
i Peraturan/Perlembagaan
ii Senarai AJK
iii Rancangan/Kegiatan setahun
iv Anggaran perbelanjaan/penyata kewangan
3. Mengurus dan melatih Pasukan Sekolah mengikut kumpulan untuk pertandingan
MSSD dan MSSK.
4. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam
permainan.
5. Menguruskan pengangkutan dengan bantuan Setiausaha Sukan untuk pasukan
sekolah ke pertandingan luar dan mengurus surat kebenaran ibubapa.
6. Mengiringi dan menjaga disiplin pelajar dalam satu-satu perlawanan.
7. Bertanggungjawab atas kehadiran pemain pada masa latihan dan perlawanan.
8. Kehadiran pelajar mesti ditandatangani didalam kad/buku rekod kehadiran
selepas tamat perjumpaan.
9. Bertanggungjawab serta mengagihkan alat-alat dan pakaian pemain dan
memungut balik disimpan tempat yang selamat.
10. Menyimpan rekod perlawanan yang disertai pada semua peringkat dengan
mencatat butir-butir, tarikh, pasukan lawan, tempat berlawan dan keputusan.
11. Menjaga kebajikan pemain-pemain seperti keselamatan, minuman, kecederaan
dan sebagainya.
12. Memastikan pasukan sekolah memiliki semangat kesukanan yang tinggi
disamping menjunjung undang-undang dan disipilin sekolah.
13. Menentukan peralatan atau gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan
sempurna dan selamat digunakan.
14. Menilai prestasi pasukannya dalam permainan.
15. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke
semasa.

You might also like