You are on page 1of 2

Garis Panduan Tugas Ketua Rumah Sukan

1. Menguruskan latihan pelajar mengikut jadual yang ditetapkan oleh S/U Sukan.
2. Mengagih tugas kepada guru penolong rumah.
3. Menyediakan dan mempastikan adanya buku kedatangan ahli-ahli rumah.
4. Membentuk pasukan rumah mengikut kumpulan
5. Merangkakan kegiatan-kegiatan rumah.
6. Menubuhkan Jawatankuasa pengurusan rumah.
7. Memastikan peralatan sukan mencukupi untuk kegunaan rumah serta
bertanggungjawab menjaga peralatan tersebut.
8. Mencadangkan peralatan-peralatan yang patut dibeli kepada setiausaha sukan
9. Menyerahkan laporan kegiatan pertandingan antara rumah-rumah kepada
Setiausaha Sukan Sekolah.
10. Mencadangkan ahli-ahli rumah yang berpotensi untuk diserapkan kepada pasukan
sekolah.
11. Mengagihkan pelajar-pelajar kepada jenis permainan yang disediakan.
12. Menyimpan rekod penyertaan pelajar dalam aktiviti rumah untuk diserahkan kepada
setiausaha sukan.
13. Memilih dan menentukan ahli-ahli pasukan rumah untuk menyertai kegiatan pada
peringkat sekolah.
14. Menjamin keselamatan ahli-ahli rumah dan sentiasa menjaga nama baik sekolah
15. Melaksanakan tugas-tugas seperti diarahkan Pengetua atau wakilnya.

Garis Panduan Tugas Guru Rumah Sukan

1. Mengadakan mesyuarat rumah/pasukan dan menyediakan senarai AJK rumah atau


pasukan. Satu salinan senarai AJK hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Sukan.
2. Mematuhi arahan ketua guru rumah dan menjalankan tugas dengan dedikasi.
3. Bertanggungjawab dalam membentuk pasukan rumah.
4. Mengurus dan mengawas latihan rumah mengikut jadual yang telah ditetapkan:
i. kedatangan pelajar
ii. kawasan atau gelanggang permainan
iii. peralatan dan minuman pelajar dan lain-lain
5. Menjamin keselamatan ahli-ahli rumah dan sentiasa menjaga nama baik sekolah.
6. Merekodkan kegiatan-kegiatan permainan antara rumah dan melaporkan kepada
ketua rumah untuk diserahkan kepada Setiausaha Sukan.
7. Membimbing dan mendidik ahli-ahli rumah:
i. Pengurusan
ii. Kepimpinan
iii. Mematuhi undang-undang dan peraturan permainan
iv. Kemahiran
v. Teknik dan strategi permainan
8. Mencadangkan kepada ketua rumah peralatan-peralatan yang perlu dibeli untuk
dipanjangkan kepada Setiausaha Sukan.
9. Mencadangkan pemain-pemain yang berpotensi kepada ketua guru rumah untuk
perhatian guru-guru permainan.
10. Menyimpan rekod kegiatan pelajar dalam aktiviti rumah untuk diserahkan kepada
ketua guru rumah
11. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan Pengetua atau wakilnya.

JADUAL LATIHAN MINGGUAN

A. Sebelum Kejohanan Sukan

Hari Perkara Masa


Isnin Latihan Rumah Sukan (Laksamana + Syahbandar) 4.00 – 6.00
Selasa Latihan Rumah Sukan (Bendahara + Temenggung) 4.00 – 6.00
Rabu Latihan Rumah Sukan (Laksamana + Syahbandar) 4.00 – 6.00
Khamis Latihan Rumah Sukan (Bendahara + Temenggung) 4.00 – 6.00
Jumaat Bebas -

B. Selepas Kejohanan Sukan

Hari Perkara Masa


Isnin Bebas -
Selasa Bebas -
Perjumpaan Pasukan Uniform (minggu 3 dan 4)
Rabu Perjumpaan Kelab dan Persatuan (minggu 2) 2.00 – 5.00
Perjumpaan Kelab Sukan/ Permainan (minggu 1)
Khamis Bebas -
Jumaat Bebas -

*Jadual tertakluk kepada pindaan

You might also like