You are on page 1of 16

1

BAHAGIAN A (SOALAN STRUKTUR)


[40 Markah]

Jawab semua soalan

1 Perjanjian Hudaibiyah dimeterai pada tahun 628M di antara orang Islam dengan
orang Arab Quraisy telah membuka peluang kepada perkembangan Islam di
Tanah Arab
( ms 131 – 133 )

(a) Mengapakah Uthman bin Affan dipilih sebagai utusan di Hudaibiyah.

i. ………………………………… …………………………………………………

ii. …………………………………………………………………………………….
(2 markah )

(b) Nyatakan dua syarat yang terkandung dalam Perjanjian Hudaibiyah

i. …………………………………… ………………………………………………

ii. …………………………………… ………………………………………………


( 2 markah )

(c) Namakan dua tokoh panglima Arab Quraisy yang memeluk Islam selepas
perjanjian ini ditandatangani

i. ……………………………………………………………………………………

ii. …………………..…………………………………………………………………
( 2 markah )

(d) Apakah faedah yang diperolehi oleh orang-orang Islam Madinah menerusi
Perjanjian Hudaibiyah ini?

i. ……………..………………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………………………………..
( 2 markah)

(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Nabi Muhammad


menandatangani Perjanjian Hudaibiyah walaupun dikatakan menguntungkan
pihak Arab Quraisy?

i. ……………. ………………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………………………………..
( 2 markah )

[ 10 Markah]
2

2. Zaman Gelap merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan di Eropah.


( ms 215-216 )

(a) Apakah peristiwa yang membawa kepada kemunculan Zaman Pertengahan di


Eropah?
……..………………………
…………………………………………………………….
[1 Markah ]
(b) Senaraikan tiga peringkat Zaman Pertengahan.

ii. …..........................................................................................................

ii. ……......................................................................................................
.
iii. …...........................................................................................................
[ 3 markah ]

I Nyatakan dua ciri Zaman Gelap.

i. ………..………………………………………………………………………

ii. ………..………………………………………………………………………
[2 Markah ]

(d) Bagaimanakah bentuk hubungan antara golongan baron dengan petani pada
Zaman Gelap.

ii. …..……………………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………………………….
[ 2 Markah ]

(e ) Mengapakah kegiatan perdagangan tidak dapat dilakukan secara meluas di


Eropah pada Zaman Gelap

i. …………………..…………………………………………………………..

ii. ………………………………………………………………………………
[2 Markah ]

[ 10 Markah]
3

3 Pembinaan negara bangsa di Barat seperti yang dilaksanakan di


Italy dan Jerman adalah berbeza dengan pembentukan negara
Islam Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w.
( ms 67 – 71 )

(a) Berikan dua peristiwa penting yang berlaku di Barat yang telah mencetuskan idea
negara bangsa

i. ….……………………………………………………………………………….

ii. ………………………………………………………………………………….
[2 Markah]

(b) Nyatakan dua taktik yang digunakan oleh Otto Von Bismarck untuk mencetuskan
peperangan dalam menyatukan Jerman 1871.

i. ………………………………………………………………………………….

ii. ………………………………………………………………………………….
[2 Markah]

(c) Nyatakan dua amalan yang diwajarkan oleh Realpolitik untuk mencapai matlamat
politik.

i. …………………………………………………………………………………..

ii. .…………………………………………………………………………………
[2 Markah]

(d) Apakah langkah awal yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa
membentuk kerajaan Islam di Madinah?

i. …………………………………………………………………………………….

ii. .…………………………………………………………………………………
[2 Markah]

(e) Pada pendapat anda, apakah amalan yang patut dicontohi bagi menjamin
keutuhan bangsa dan negara kita?

i. …………………………………………………………………………………….

ii. ..…………………………………………………………………………………..
[2 Markah]

[ 10 Markah]
4

4.
KEMERDEKAAN
PAKATAN MURNI TANAH MELAYU
1957

( ms 119 – 123 )

(a) Apakah maksud Pakatan Murni?

……......………………………………………………...……………………………

......…………………………………………………………..............………………
[ 1 Markah ]

(b) Nyatakan usaha-usaha mewujudkan Pakatan Murni praperikatan di Tanah


Melayu.

i. ………………….…………………………………………………………

ii. .……………………………………………………………………………
[ 2 Markah ]

c) Namakan dua orang tokoh yang terbabit dalam kerjasama UMNO-MCA bagi
menghadapi Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada bulan Februari
1952.

i. UMNO :……………………………………………………………….

ii MCA :………………………………………………………………
[2 Markah]

d) Nyatakan manifesto Parti Perikatan bagi menghadapi Pilihan raya Majlis


Perundangan Persekutuan (MPP) 1955?

i …………………………………………………………………………….........

ii ..........……………………………………………………………………. .......

iii ………………………………………………………………………........ .......


[3 markah]

(e) Apakah kesan daripada penubuhan Pakatan Murni kepada proses kemerdekaan
Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957?

i. ……………………………………………………………………..……….......

ii. ……………………………………………………………………………….....
[ 2 Markah ]

[ 10 Markah]
5

BAHAGIAN B
[ 60 Markah }

Arahan : Jawab tiga (3) soalan sahaja

5 Kerajaan agraria merupakan kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia
Tenggara.
(ms 75 – 77 )

(a) Huraikan ciri-ciri kerajaan agraria.


[ 8 Markah]

(b) Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan agraria maju dalam bidang
pertanian.
[ 6 Markah]

(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan kebergantungan kerajaan


maritim kepada kerajaan agraria?
[ 6 Markah]

6
Undang-undang
Tidak Bertulis

Adat Pepatih Adat Temenggung

( ms 198 – 199 )

(a) Jelaskan ciri-ciri Adat Perpatih yang diamalkan oleh orang Melayu Minangkabau di
Negeri Sembilan dan Naning utara Melaka.
[ 8 markah ]

(b) Jelaskan amalan Adat Temenggung dalam kehidupan masyarakat Melayu


tradisional.
[ 6 markah ]

(c) Nyatakan unsur-unsur Islam yang terdapat dalam Adat Pepatih dan Adat
Temenggung.
[ 6 markah]
6

7 Kejayaan British menjajah, tidak mematahkan semangat penduduk tempatan


menjalankan gerakan nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua.
(ms 46-56)

(a) Jelaskan peranan sistem pendidikan dalam membangkitkan semangat


nasionalisme di Tanah Melayu
[ 4 Markah]

(b) Terangkan isu-isu yang diperjuangkan oleh Gerakan Islah


[ 8 Markah ]

(c) Jelaskan mengenai Kesatuan Melayu Muda ( KMM ) di Tanah Melayu sehingga
Perang Dunia Kedua
[ 8 markah ]

8. Perlembagaan Perjanjian
Suruhanjaya Persekutuan Tanah
Persekutuan Tanah
Reid Melayu 1957
Melayu
Ms 125 – 130

(a) Terangkan peranan yang telah dimainkan oleh Suruhanjaya Reid dalam merangka
perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka?.
[ 8 markah ]

(b) Jelaskan kandungan yang terdapat dalam perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1957.
[ 6 markah ]

(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, huraikan kepentingan perjanjian


Persekutuan Tanah Melayu 1957?
[ 6 markah ]

9. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam pertubuhan-pertubuhan dunia


terutama dalam memperjuangkan isu-isu antarabangsa.
Ms 249 – 252

(a) Nyatakan isu-isu yang telah diperjuangkan oleh Malaysia dalam Pergerakan
Negara-negara Berkecuali (NAM)
[ 6 markah ]

(b) Terangkan faedah yang diperoleh Malaysia apabila menyertai Pertubuhan


Persidangan Islam (OIC)
[ 6 markah ]

(c) Huraikan langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia dalam menghadapi
cabaran globalisasi
[ 8 Markah ]
KERTAS SOALAN TAMAT
7

PERATURAN PEMARKAHAN SET 1

1. (a) Sebab Uthman bin Affan dipilih sebagai utusan di Hudaibiyah.

F1 Uthman mempunyai ramai saudara mara di Makkah


F2 Uthman merupakan sahabat yang matang dan tua berbanding sahabat lain.
F3 Sifat Uthman yang lemah lembut dan bertolak ansur.
Mana-mana 2 X 1m = (2m)

1.(b) Dua syarat yang terkandung dalam Perjanjian Hudaibiyah

F1 Bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun.


F2 Kabilah Arab yang lain bebas berpihak kepada orang Islam Madinah atau Quraisy Makkah.
F3 Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu
dipulangkan.
F4 Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan.
F5 Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya
Mana-mana 2 X 1m = (2m)

1.(c) Dua tokoh panglima Arab Quraisy yang memeluk Islam selepas perjanjian ini
ditandatangani

F1 Khalid bin al-Walid


F2 Amru bin al-As
F3 Uthman bin Talhah
Mana-mana 2 X 1m = (2m)

1.(d) Kemudahan yang diperolehi oleh orang-orang Islam Madinah menerusi Perjanjian
Hudaibiyah

F1 Berpeluang menunaikan haji


F2 Memberi kebebasan kepada orang Islam untuk masuk dan beribadat di Kaabah pada
bila-bila masa
F3 Dakwah Islamiah dapat disebarkan secara aman
F4 Islam dapat dikembangkan dengan meluas
F5 Kehidupan orang Islam menjadi aman damai
Mana-mana 2 X 1m = (2m)

1.(e) Sebab Nabi Muhammad menandatangani Perjanjian Hudaibiyah walaupun


dikatakan menguntungkan pihak Arab Quraisy

F1 menunjukkan Islam menganjurkan perdamaian


F2 mewujudkan keamanan
F3 misi perjuangan dapat dilaksanakan
F4 Islam dapat dikembangkan dengan meluas
F5 strategi Nabi untuk masa depan Islam
Mana-mana 2 X 1m = (2m)

2.(a) Peristiwa yang membawa kepada kemunculan Zaman Pertengahan di Eropah

F1 kejatuhan Tamadun Rom.


Mana-mana 1 X 1m = (2m)
8

2.(b) Peringkat Zaman Pertengahan

F1 peringkat awal (tahun 476-1050 M)


F2 peringkat kemuncak (tahun 1050-1300 M)
F3 peringkat akhir (tahun 1300 – 1450)
Mana-mana 3 X 1m = (2m)
2.(c) Ciri Zaman Gelap

F1 pusat pemerintahan yang lemah


F2 kegiatan perdagangan yang terhad.
F3 kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan.
F4 Gereja mengongkong kehidupan masyarakat.
Mana-mana 2 X 1m = (2m)

2.(d) Bentuk hubungan antara golongan baron dengan petani pada Zaman Gelap

F1 Baron (tuan tanah ) memberi perlindungan kepada petani.


F2 petani membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah.
F3 menyerahkan tanah mereka kepada tuan tanah jika tidak mampu
F4 mereka terpaksa menjadi hamba
Mana-mana 2 X 1m = (2m)

2.(e) Kegiatan perdagangan tidak dapat dilakukan secara meluas di Eropah pada Zaman
Gelap

F1 Pantai Utara dan Barat Eropah diserang oleh orang gasar seperti Viking dan Magyar.
F2 Kawasan Meditteranean dikuasai oleh Orang Islam.
F3 Penggunaan mata wang yang terhad.
Mana-mana 2 X 1m = (2m)

3.(a) Peristiwa penting yang berlaku di Barat yang telah mencetuskan idea negara bangsa

F1 Revolusi Inggeris 1688


F2 Perang Kemerdekaan Amerika 1776
F3 Revolusi Perancis 1789
Mana-mana 2 X 1m = (2m)

3.(b) Taktik yang digunakan oleh Otto Von Bismarck untuk. mencetuskan peperangan
dalam usahanya menyatukan Jerman pada tahun 1871

F1 tipu helah.
F2 pemalsuan dokumen.
F3 provokasi
F4 penipuan dan ugutan
F5 ugutan
Mana-mana 2 X 1m = (2m)

3.(c) Amalan yang diwajarkan oleh Realpolitik untuk mencapai matlamat politik.

F1 tipu helah
F2 kekerasan bersenjata
F3 peperangan
Mana-mana 2 X 1m = (2m)
9

3.(d) Langkah awal yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa membentuk
kerajaan Islam di Madinah

F1 menyusun perlembagaan
F2 Membentuk kerajaan Islam Madianah
Mana-mana 2 X 1m = (2m)

3.(e) Amalan yang patut dicontohi bagi menjamin keutuhan bangsa dan negara kita?

F1 Amalan kerjasama
F2 Pemuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin
F3 Pemuafakatan antara pemimpin dengan rakyat
F4 Perundingan
F5 Pakatan Murni
F6 Tolak ansur
F7 Bijaksana
F8 Pemimpin yang berpandangan jauh
Mana-mana 2 X 1m = (2m)

4.(a) Makna Pakatan Murni

F1 kerjasama dan tolak ansur politik


F2 melalui rundingan oleh semua kaum
Mana-mana 1 X 1m = (1m)

4.(b) usaha-usaha mewujudkan Pakatan Murni praperikatan di Tanah Melayu.

F1 penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum


F2 membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu
F3 penubuhan IMP / Parti Kemerdekaan Malaysia
F4 penubuhan Persidangan Kebangsaan pada Februari 1953
F5 menganjurkan Kovensyen Kebangsaan pelbagai parti politik
Mana-mana 2 X 1m = (2m)

4.(c) tokoh yang terbabit dalam kerjasama UMNO Kuala Lumpur-MCA Selangor

F1 Dato Abdul Razak Yahya


F2 Ong Yoke Lin
Mana-mana 2 X 1m = (2m)

4.(d) manifesto Parti Perikatan bagi menghadapi Pilihan raya Majlis Perundangan
Persekutuan (MPP) 1955

F1 Mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun


F2 Mewajibkan pendidikan
F3 Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
F4 Menjaga hak asasi manusia
F5 Melindungi hak raja-raja Melayu
Mana-mana 3 X 1m = (3m)

4.(e) kesan daripada penubuhan Pakatan Murni kepada proses kemerdekaan Tanah
Melayu

F1 menyatupadukan pelbagai kaum


F2 pembentukan parti Perikatan
10

F3 disokong pelbagai kaum


F4 memenangi pilihan raya Majlis Bandaran
F5 memenangi pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
F6 pembentukan kabinet pertama Tanah Melayu
F7 Persetujuan British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
Mana-mana 2 X 1m = (2m)

5.(a) Ciri-ciri kerajaan agraria

F1 kedudukan di kawasan pertanian yang subur


H1a berhampiran sungai
C1a kerajaan Dvaravati di Sungai Menam (Thailand) / Sungai Irrawaddy (Myanmar) / Sungai
Merah (Vietnam) / Sungai Mekong (Kemboja,Laos dan Vietnam

F2 terletak di kawasan pedalaman


H2a di kawasan berbukit / di lereng tanah gunung berapi
C1a kerajaan Taruma di Tanah Tinggi Dieng (Indonesia)

F3 kegiatan ekonomi berasaskan pertanian


H3a tanaman utama ialah padi
H3b kawasan mendapat bekalan air mencukupi
C1a menanam padi sawah
C1b menanam padi huma di kawasan tanah tinggi/bukit
C1c tanaman sampingan jagung/pisang/keledek/sayur-sayuran

F4 menghasilkan pelbagai jenis rempah


C4a cengkih dan lada hitam

F5 mengumpul hasil hutan


C5a kayu gaharu/tanduk/gading/damar/kayu
C5b cendana/pelbagai jenis buah-buahan
C5c sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan

F6 kegiatan menangkap ikan


H6a di sawah / paya / sungai
C6a mendapatkan kulit kura-kura / ikan

F7 menternak binatang
C7a lembu/ kerbau/ kambing dan ayam

F8 peringkat awal tujuan pertanian untuk tanaman sara diri


H8a lebihan hasil pertanian dipasarkan
H8b dibekalkan untuk memenuhi keperluan penduduk yang tidak terlibat dengan pertanian
C8a masyarakat bandar / penduduk kerajaan maritim

F9 mempunyai sistem saliran


H9a untuk memajukan perkembangan kawasan pertanian
H9b mendapatkan sumber daripada sungai dan tasik
C9a di Funan bersumber dari Sungai Mekong
C9b di Angkor bersumber Tasik Tonle Sap
Mana-mana 8 X 1m = Maksimum 8 markah

5. (b) Faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan agraria maju dalam bidang pertanian

F1 sistem pengairan yang baik


F2 bersumber dari Tasik Tonle Sap
F3 peranan raja membina sistem pengairan
F4 kerajaan bertanggung jawab secara langsung dalam sistem pengairan yang baik
11

F5 bersumber dari Tasik Tonle Sap


F7 kerajaan bertanggung jawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan
F8 Raja Indravarman 1 membina sistem pengairan dan baray
F9 hasil padi dapat menampung keperluan beras kerajaan Angkor
F10 kedudukan berhampiran tasik Tonle Sap
F11 tanah yang subur
F12 iklim yang panas dan lembab
F13 sumber ikan air tawar dari tasik Tonle Sap
F14 Tasik Tonle Sap punca utama mengairi sawah padi
Mana-mana 6 X 1m = Maksimum 6 markah

5.(c) Kerajaan maritim bergantung kepada kerajaan agraria

F1 kerajaan agraria membekalkan tenaga kerja mencukupi kepada kerajaan maritim


H1a kerajaan Sailendra di Jawa Tengah mempunyai penduduk yang ramai

F2 kerajaan agraria membekalkan beras kepada kerajaan maritim


H2a beras menjadi dagangan utama antara kerajaan agraria dan kerajaan maritim

F3 kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk dapatkan barangan mewah
H3a barang mewah dari China dan India
H3b barang mewah menjadi sumber kekayaan dan keagungan kerajaan agraria
H3c barang mewah ialah tembikar/gelas dan manik dari China/tekstil dari India

F4 kerajaan agraria membekalkan bahan mentah kepada kerajaan maritim


H4a iaitu bahan makanan dan hasil hutan kepada kerajaan maritim

F5 kerajaan agraria membekalkan binatang kenderaan


H5a iaitu gajah untuk kenderaan raja diperoleh dari Burma dan Siam

F6 kerajaan agraria membekalkan bahan kayu kepada kerajaan maritim


H5a untuk membuat kapal

F7 kerajaan agraria membekalkankan tukang kayu dan tukang batu


H7a kerajaan maritim / Pegu di Burma mendapatkan tenaga tersebut daripada kerajaan agraria
Mana-mana 6 X 1m = Maksimum 6 markah

6.(a) ciri-ciri Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning Utara Melaka

F1 Musyawarah menjadi asas dalam pentadbiran dan penyelesaian masalah


F2 Musyawarah dihadiri oleh perwakilan semua suku.
F3 Ahli suku tidak dibenarkan berkahwin dengan seseorang daripada suku yang sama.
F4 Setiap suku ini mempunyai ketua adat yang dipanggil Lembaga.
F5 ketua di pelbagai peringkat dilantik oleh kumpulan ketua daripada peringkat bawah
F6 anak buah memilih Buapak
F7 Buapak memilih Lembaga
F8 Lembaga memilih undang
F9 Undang memilih Yang Dipertuan Besar
F10 Pengasas Adat Perpatih ialah Datuk Perpatih Nan Sebatang berasal dari Pagar Ruyung.
F11 Adat Perpatih bersifat matrilineal iaitu lebih mengutamakan jurai / nasab keturunan ibu.
F12 Anak perempuan diberikan hak mewarisi harta.
Mana-mana 8 X 1m = Maksimum 8 markah

6.(b) amalan Adat Temenggung dalam kehidupan masyarakat Melayu

F1 Adat Temenggung berasaskan patrilineal iaitu jurai keturunan bapa.


F2 Keturunan bapa lebih diutamakan darida jurai keturunan ibu.
F3 Pembahagian harta pusaka, anak lelaki diutamakan daripada anak perempuan.
12

F4 Bertepatan dengan hukum faraid dalam Islam.


F5 Dalam perkahwinan, seseorang individu bebas untuk berkahwin dengan pasangan
pilihannya, asalkan tidak melanggar ketetapan hukum Islam.
F6 Jawatan pemimpin adalah diwarisi daripada bapa kepada anak lelaki.
F7 Sistem politik bersifat autokrasi.
F8 Kuasa politik berpusat pada Sultan yang memerintah.
Mana-mana 6 X 1m = Maksimum 6 markah

6.(c) unsur-unsur Islam yang dapat dikesan dalam Adat Perpatih dan Adat Temenggung

F1 amalan konsep musyawarah dalam pentadbiran / penyelesaian masalah.


F2 Amalan konsep gotong royong dan bantu membantu dalam kehidupan harian.
F3 Kerjasama erat merapatkan hubungan kemasyarakatan.
F4 seorang lelaki dan perempuan dari suku yang sama tidak dibenarkan berkahwin.
F5 Dalam Islam hak mewarisi harta diberikan kepada anak lelaki dan perempuan.
F6 Seorang lelaki dan wanita boleh berkahwin asalkan bukan muhrim.
F7 Adat temenggung pula mempunyai unsur Islam.
F8 disesuaikan dengan ajaran Islam mengikut mazhab Shafie
F9 Pembahagian harta pusaka mengutamakan anak lelaki./ hukum faraid
F10 Seorang lelaki dan wanita bebas berkahwin dengan pasangan yang disukai asalkan
tidak melanggar syarak.
Mana-mana 6 X 1m = Maksimum 6 markah

7.(a) peranan sistem pendidikan dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah


Melayu

F1 pengenalan sistem pendidikan Inggeris dan sekolah Vernakular Melayu yang


diperkenalkan pada akhir abad ke-19
F2 telah melahirkan golongan intelek Melayu
F3 Golongan intelek Melayu ini mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya
F4 menyedari sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu
F5 Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri
F6 dan menolak penjajahan British
Mana-mana 4 X 1m = Maksimum 4 markah

7.(b) Isu-isu yang diperjuangkan oleh Gerakan Islah


F1 Menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam
H1a dari sudut kemajuan dunia

F2 Gesaan orang Melayu untuk memajukan diri


H2a dalam bidang ekonomi/ pendidikan/ politik / sosial

F3 Menyematkan sikap mengkritik ke dalam fikiran orang Islam


H3a Mengkritik penjajah
H3b Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang
Melayu

F4 Menjalankan sistem pendidikan Islam


H4a meliputi pendidikan dunia dan akhirat

F5 Mendirikan madrasah
H5a melaksanakan pengajaran mata pelajaran Islam
H5b termasuklh fardu ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris

F6 Memberi peluang pendidikan kepada pelajar perempuan.


Mana-mana 8 X 1m = Maksimum 8 markah
13

7.(c) Kesatuan Melayu Muda ( KMM )

F1 Ditubuhkan pada tahun 1939


F2 bercorak separa politik
F3 Pemimpinnya Ibrahim Hj. Yaakob
F4 Nama KMM diilhamkan oleh Sultan Djenain
F5 Objektifnya galak perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung
F6 Meningkatkan tahap pendidikan orang-orang Melayu
F7 Didaftarkan oleh Mustafa Husseinpada 1940
F8 Penubuhannya bersifat politik
F9 berkerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu
F10 menjadi badan propaganda Jepun
F11 Membeli Warta Malaya
F12 Mengelilingi Tanah Melayu mencari sokongan
F13 tubuhkan cawangan bagi meluaskan propaganda menentang British
F14 tubuhkan Maahad II Ihya Assyariff, di Gunung Semanggol.
F15 jadi penyokong KMM / melatih kader-kader dikenali tentera semut untuk menentang British
Mana-mana 8 X 1m = Maksimum 8 markah

8.(a) peranan yang telah dimainkan oleh Suruhanjaya Reid

F1 menyusun perlembagaan PTM yang merdeka


H1a mengenalpasti isu-isu yang dibangkitkan

F2 ke arah pembentukan sebuah kerajaan persekutuan


H2a kerajaan yang kuat dan berkesan

F3 pemberian kuasa autonomi


H3a kepada kerajaan negeri dalam bidang tertentu

F4 memberi perhatian kepada kedudukan Raja-Raja Melayu

F5 memberi perhatian kepada hak istimewa orang Melayu

F6 memastikan pembentukan sebuah bangsa Persekutuan Tanah Melayu.

F7 menyelesaikan isu kerakyatan / jus soli


H7a yang menjadi tuntutan orang dagang
H7b yang tidak diterima oleh orang Melayu

F8 Terima dan kaji memorandum


H8a daripada semua pihak di Tanah Melayu

F9 Menerbit dan mencadangkan draf perlembagaan


H9a untuk diserahkan kepada kerajaan British
Mana-mana 8 X 1m = Maksimum 8 markah

8.(b) kandungan yang terdapat dalam perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

F1 pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan


F2 pemisahan kuasa persekutuan dengan kuasa negeri
F3 melalui Senarai Persekutan dan Senarai negeri
F4 Institusi raja menjadi Raja Berpelembagaan di peringkat negeri dan Negara
F5 tiga jenis kerakyatan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang / Permohonan / Naturalisasi
/ prinsip jus soli diterima
F6 kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
F7 agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan
14

F8 Tanah Simpan Melayu dikekalkan


F9 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
F10 Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara
F11 pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen
F12 iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara di peringkat negera
F13 diperingkat negeri Menteri Besar menjadi pelaksana Pentadbiran
F14 beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO
Mana-mana 6 X 1m = Maksimum 6 markah

8.(c) kepentingan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

F1 pembentukan sebuah kerajaan demokrasi dibentuk


H1a dengan konsep Raja Berperlembagaan
H1b hasil persetujuan yang dicapai menerusi pakatan Murni

F2 Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan murni


H2a menyedari bahawa pakatan ini mewujudkan perpaduan antara kaum
H2b keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah

F3 memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan


H3a mentadbir sebuah negara
H3b mengikut acuan sendiri

F4 setiap kaum berusaha melahirkan identiti masyarakat yang merdeka


H4a berasaskan pengalaman sejarah yang sama
H4b perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan
Mana-mana 6 X 1m = Maksimum 6 markah

9.(a) Isu-isu yang diperjuangkan oleh Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara


Berkecuali (NAM)

F1 mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah


F2 menghormati kedaulatan sesebuah negara.
F3 menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan
persefahaman.
F4 menghormati hak asasi manusia.
F5 menyeru kepada PBB menyelesaikan isu Palestin
F6 Benua Antartika menjadi warisan dunia tanpa dimiliki oleh oleh mana- mana negara.
F7 menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan
F8 Mewujudkan kerjasama sesama negara membangun
F9 menubukan Kumpulan G15
F10 ahli kumpulan 16 membincangkan isu kerjasama politik negara anggota
F11 menghidup kembali NAM
F12 pernyataan bersama mengenai kedudukan Palestin.
F13 Deklarasi Kuala Lumpur bincangkan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq
Mana-mana 6 X 1m = Maksimum 6 markah

9.(b) Faedah-faedah yang diperoleh Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan Islam


(OIC)

F1 pinjaman kewangan daripada Bank Pembangunan Islam


H1a melaksana projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat

F2 bantuan OIC dari segi pendidikan


H2a menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa / UIA

F3 tawaran biasiswa
15

H3a kepada pelajar-pelajar negara OIC yang belajar di UIAM

F4 penghormatan daripada negara-negara anggota


H4a kerana memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam

F5 Mencadangkan penggunaan dinar emas


H5a dalam urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi di kalangan negara-negara Islam
Mana-mana 6 X 1m = Maksimum 6 markah

9.(c) Langkah yang diambil oleh Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi

F1 menyediakan diri dengan mengikut arus perubahan semasa terutamanya dari segi
Teknologi komunikasidan Maklumat (ICT)
H1a Menyediakan prasara untuk memajukan ICT
C1a Mempromosi penggunaan ICT kepada masyarakat
C1b Melancarkan projek Koridor Raya Multimedia(MSC)

F2 usaha-usaha mempersiapkan diri dengan pemasaran tanpa sempadan (PTS)


C2a Memulakan e-pendidikan / pemasaran tanpa sempadan / e-dagang / penyiaran digital

F3 Menyediakan peruntukan kewangan yang besar


H3a diberikan dalam usaha memajukan projek berasaskan ICT.
C3a sebanyak RM5.2 billion bagi projek berasaskan ICT

F4 Merapatkan jurang antara bandar dengan luar bandar.


H4a melalaui galakan perkembangan dan penggunaan ICT secara positif
C4a RM 1 billion daripa peruntukan diagih bagi program luar bandar

F5 Perlaksanaan ekonomi berlandas pengetahuan (k-ekonomi)


H5a meningkatkan mutu pengeluaran dan perkhidmatan yang disediakan
H5b memastikan rakyat negara ini memiliki pengetahuan dalam bidang ekonom dan teknologi
C5a melahirkan modal intelek dan pekerja berpengalaman

F6 Menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)


H6a menghasilkan inovasi baru yang menjadi penentu kejayaan k-ekonomi
C8a dengan menyediakan peruntukan yang besar

F7 Menggalakkan penciptaan baru / pendaftaran paten


H7a Galakkan rakyat supaya guna penemuan baru dalam usaha tingkatkan kemajuan

F8 Prasarana untuk pertumbuhan k-masyarakat


H8a membaiki dan memperkaya diri dengan pengetahuan agar dapat terus bersaing.
C8a terutamanya dalam bidang pendidikan

F9 membangunkan dan menyusun semula sistem pendidikan


H9a bertujuan mewujudkan masyarakat berpengetahuan dan sentiasa memperbaiki serta
memperkaya diri dengan pengetahuan
C9a Penubuhan sekolah wawasan bagi memupuk perpaduan
C9b penubuhan sekolah bestari yang dilengkapi prasarana ICT
C9c ubahsuai kurikulum ke arah melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan tinggi,
bermotivasi dan berkemahiran tinggi.
Mana-mana 8 X 1m = Maksimum 8 markah

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT


16

You might also like