Professional Documents
Culture Documents
1. Bina satu ayat bagi setiap perkataan yang diberikan dan sebaik-baiknya ialah ayat
berlapis iaitu sesuai dengan peringkat kematangan pelajar Tingkatan 4 dan 5.
2. Satu markah akan diberikan pada ayat yang betul.
3. Setengah markah akan ditolak bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ isi yang tidak jelas.
4. Jangan jadikan perkataan sebagai simpulan bahasa atau nama khas.
5. Jangan bina lebih daripada satu ayat.
6. Jangan tinggalkan imbuhan atau tambah imbuhan pada perkataan yang diberi.
7. Boleh bina ayat dengan menggunakan cakap ajuk. (Ikut peraturan membina ayat cakap
ajuk).
Contoh soalan:
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan
penggunaan dan maksudnya.
i. jari-jari
ii. suka-suka
iii. tinggi-tinggi
iv. angan-angan
Contoh jawapan:
i. Jari-jari
Jari-jari pada jendela di rumah usang itu telah rosak dimakan anai-anai..
ii. Suka-suka.
Saya hanya suka-suka pergi ke pantai tersebut untuk mencari ketenangan.
iii. Tinggi-tinggi.
Bangunan yang terdapat di ibu kota kebanyakannya tinggi-tinggi belaka.
iv. Angan-angan.
Kita hendaklah menjadikan angan-angan kita sebagai satu kenyataan dalam hidup.
Kata ganda separa/ sesuku
Contoh soalan:
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan
penggunaan dan maksudnya.
i. cecair
ii. kekuda
iii. dedalu
iv. jejari
Contoh jawapan:
i. Cecair.
Cecair berwarna kuning yang terdapat di dalam botol itu digunakan sebagai bahan
penyubur pokok.
ii. Kekuda
Tulang bumbung rumah itu dipasang kekuda supaya kukuh dan tidak mudah ditiup
angin.
iii. Dedalu
Banyak pohon dedalu menumpang hidup pada pokok-pokok besar di hutan tersebut.
iv. Jejari.
Lima meter panjang jejari pada bulatan di atas bumbung bangunan itu .
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan
penggunaan dan maksudnya.
i. sayur-mayur
ii. kuih-muih
iii. cerai-berai
iv. karut-marut.
Contoh jawapan:
i. Sayur-mayur.
Sayur-mayur yang masih segar dijual di pasar tersebut pada setiap pagi.
ii. Kuih-muih.
Kuih-muih itu dibuat untuk majlis perkahwinan anak Pak Abu.
iii. Cerai-berai.
Tindakan Haji Hussin yang keterlaluan itu telah mendorong keluarga anak sulungnya
menjadi cerai-berai.
iv. Karut-marut.
Orang Melayu mudah terikut-ikut dengan kepercayaan yang karut-marut itu.
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan
penggunaan dan maksudnya.
i. kayu-kayan
ii. bolak-balik
iii. mandi-manda
iv. Lalu-lalang
Contoh jawapan:
i. Kayu-kayan.
Kayu-kayan yang keras telah digunakan untuk membuat perabot yang berukir itu.
ii. Bolak-balik.
“Jangan bercakap bolak-balik sehingga ayah menjadi marah” kata Ali kepada
adiknya.
iii. Mandi-manda.
“Puteri Bongsu sedang mandi-manda di kolam di belakang istana” kata hulubalang
kepada baginda sultan.
iv. Lalu-lalang.
Banyak kenderaan lalu-lalang di jalan raya di hadapan sekolah tersebut.
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan
penggunaan dan maksudnya.
i. anak-pinak
ii. lintang-pukang
iii. ramah-tamah.
iv. kusut-masai
Contoh jawapan,
i. Anak-pinak.
“ Hampir semua anak-pinak Pak Sulung hadir bersama bagi meraikan majlis hari
jadinya yang keseratus lapan semalam” kata Hajah Siti Hajar kepada emak
saudaranya.
ii. Lintang-pukang.
Penagih-penagih dadah di belakang rumah besar itu lari lintang-pukang apabila
mereka diserbu oleh pihak polis.
iii. Ramah-tamah.
Sikap ramah-tamah yang ditunjukkan Haji Majid dan keluarganya menyebabkan
keluarga kami suka mengunjungi rumahnya.
iv. Kusut-masai.
Rambutnya kelihatan kusut-masai apabila terkena hujan lebat.
2. Membina ayat daripada perkataan yang hampir sama bunyi tetapi berlainan
maksud.
Contoh soalan:
Tuliskan ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk
menunjukkan perbezaan maksud.
i. deklarasi - deklamasi
ii. suram - suam
Contoh jawapan:
i. (a). Deklarasi.
Satu deklarasi mengenai penjagaan alam sekitar telah dibuat di Kuala Lumpur
oleh ketua-ketua negara ASEAN.
(b). Deklamasi.
Pertandingan deklamasi sajak sempena Hari Kebangsaan Peringkat Daerah
Segamat telah diadakan pada bulan lepas.
(b). Suam.
Pak Abu menggunakan air suam untuk melembutkan kerak nasi yang terdapat di dalam
periuk itu.
3. Membina ayat daripada perkataan tunggal atau kata dasar dan perkataan
berganda.
Contoh soalan:
Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan
perbezaan maknanya tanpa menambah sebarang imbuhan.
i. tupai - tupai-tupai
ii. senang - senang-senang
Contoh jawapan:
i. (a). Tupai.
Beberapa ekor tupai telah terperangkap dalam jebak yang dipasang di atas pokok
durian di dusun Pak Leman.
(b). Tupai-tupai.
Tupai-tupai dipasang pada tiang bumbung rumah itu supaya kedudukan bumbung
rumah itu terus kukuh.
(b). Senang-senang.
“ Ketika senang-senang, datanglah ke rumah saya,” kata ibu kepada rakannya.
Contoh soalan:
Tuliskan satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan penggunaan atau maksudnya.
i. hati terbuka
ii. berputus asa
iii. jiwa merdeka
iv. serkap jarang
Contoh jawapan:
i. Hati terbuka.
Cikgu Halimah menerima tetamu pada hari raya dengan hati terbuka.
ii. Berputus asa.
Kita jangan berputus asa walaupun telah lima kali gagal dalam peperiksaan.
Contoh soalan:
Tuliskan ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan penggunaan dan maksudnya.
i. penyedap - menyedapkan
ii. penamaan - kenamaan.
Contoh jawapan:
i. (a) Penyedap.
Rempah ratus dari India digunakan sebagai penyedap dalam masakan itu.
(b) Menyedapkan.
Udang kering yang dikisar dimasukkan ke dalam makanan itu untuk menyedapkan
rasanya.
(b) Kenamaan.
Beberapa orang kenamaan telah hadir untuk menyerikan majlis perkahwinan tersebut.
Contoh soalan:
Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan penggunaan dan maksudnya.
i. ada
ii. berada
iii. mengadakan
iv. keadaan
Contoh jawapan:
i. Ada.
Dia ada wang untuk membeli kereta mewah tersebut.
ii. Berada.
Ketika rumahnya runtuh ditiup angin, dia berada di rumah rakannya.
iii. Mengadakan.
Kerajaan telah mengadakan kempen gaya hidup sihat semenjak dua bulan yang lalu.
iv. Keadaan.
Encik Ramasamy berada dalam keadaan tenat setelah diserang penyakit jantung.
Contoh soalan:
Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan
maknanya.
i. kuat
ii. cetek
Contoh jawapan:
i. Kuat.
1. Walaupun badannya kurus tetapi dia kuat makan.
2. Bangunan yang dibina itu sungguh kuat dan teguh.
ii. Cetek.
1. Sungai di belakang rumahnya tidak berbahaya kerana airnya cetek.
2. Dia tidak terpilih menjadi ketua kerana ilmu persilatan yang dimiliknya masih cetek.
7. Membina ayat daripada pasangan perkataan berimbuhan dan pasangan
perkataan berganda.
Contoh soalan:
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan
maksudnya.
i. mengharapkan - harap-harap
ii. menyenangkan - bersenang-senang
Contoh jawapan:
i. (a). Mengharapkan.
Encik Hassan terlalu mengharapkan anaknya agar dapat melanjutkan pelajaran ke
Institut Pengajian Tinggi Awam pada tahun hadapan.
(b). Harap-haap.
“Harap-harap dia akan melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna” kata
pengetua kepada penolong kanannya.
(b). Senang-senang.
Mohamad Zaki memberi tahu gurunya bahawa soalan peperiksaan akhir tahun
mata pelajaran Matematik yang dikeluarkan oleh gurunya itu senang-senang
belaka.
Latihan 1
Pisahkan ayat-ayat dalam petikan ini kepada enam ayat dasar dengan mengekalkan
struktur dan maksud asalnya.
Iklan mempunyai peranan yang penting dalam mempengaruhi dan memujuk pengguna
agar membeli barangan serta perkhidmatan, di samping berperanan memberi maklumat
yang betul berkenaan sesuatu produk.
Jawapan:
Latihan 2
Petikan berikut mempunyai kata-kata yang salah penggunaan imbuhannya. Cari kata-kata
itu dan betulkan imbuhannya.
Seberapa isu dan masalah yang timbul turut dijejaskan prestasi. Banyaknya masalah ini
berkait rapat dengan perkembangan pesat sektor industri, mengutamakan kilangan dan
khidmatan.
Jawapan:
Beberapa isu dan masalah yang timbul turut menjejaskan prestasi. Kebanyakan masalah
ini berkait rapat dengan perkembangan pesat sektor industri, terutamanya perkilangan
dan perkhidmatan.
Latihan 3
Jawapan:
Norhayati ingin tahu sebab Norasyikin tidak datang ke sekolah pada hari semalam.
Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati dan menyatakan yang dia ada hal di
rumahnya. Norhayati ingin tahu sebab Norasyikin tidak ke sekolah dan meminta agar
Norasyikin menceritakan kepadanya. Norhayati menegaskan bahawa sebarang kesusahan
perlu ditanggung bersama kerana mereka sudah lama berkawan. Norsyikin memberi tahu
keadaan sebenar iaitu ibunya sedang sakit.
Latihan 4
Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja. Susunan dan maksud
asal ayat tersebut hendaklah dikekalkan.
Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan. Cadangan itu supaya lepasan sekolah
menyertai program kerahan tenaga. Hal ini merupakan usaha mengurangkan gejala sosial
di kalangan belia. Program ini dicadangkan berkonsepkan kebajikan. Program ini
bertujuan mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan. Cadangan ini
supaya diwujudkan program latihan. Program latihan itu menerapkan disiplin ala-tentera
di kalangan pelajar. Program itu menerapkan pembinaan diri di kalangan pelajar.
Program ini menerapkan sahsiah di kalangan pelajar.
Jawapan:
Latihan 5
Jawapan:
1. Anak tikus yang hampir mati itu digigit oleh kucing itu.
2. Daging kambing yang liat itu dikunyah oleh Muthu.
3. Baju kurung itu dijahit oleh Julia.
4. Kopi di dapur sedang dibancuh oleh Salina.
5. Udang galah diternak secara besar-besaran oleh Md. Noor.
6. Ikan parang sedang digoreng untuk makan malam oleh emak.
Soalan 3 (c) (d)
KESALAHAN TATABAHASA
Contoh;
Dalam bahasa Melayu hukum D (unsur yang diterangkan) merupakan unsur inti yang
hadir pada kedudukan yang pertama dan M (unsur yang menerangkan) hadir pada
kedudukan yang kedua dalam frasa ayat
Contoh;
3. Perkataan orang, kaum, keturunan, bangsa, bahasa dan suku kaum mesti
digunakan apabila kita hendak menyebut sesuatu kaum, suku kaum, bangsa,
keturunan atau bahasa.
Contoh,
Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (salah)
Kaum Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (betul)
Contoh;
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga memerlukan teknik sinar-X untuk
mengkajinya.(salah)
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga untuk mengkajinya diperlukan
teknik sinar-X. (betul)
Contoh;
Ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur cuma berjumlah
RM2.00 sekilo (salah)
Hal ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur, iaitu berjumlah
RM2.00 sekilo (betul)
6. Ayat tergantung.
Contoh;
Contoh;
8. Kesalahan frasa kerja yang kata kerja transitif tidak diikuti oleh penyambut
(objek).
Contoh;
Contoh;
Ketika keluar daripada kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (salah)
Ketika keluar dari kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (betul)
Contoh;
Contoh;
Contohnya;
· Beda. (salah)
· Beza. (betul)
· Berkesanan. (salah)
· Keberkesanan. (betul)
· Kepimpinan. (salah)
· Kepemimpinan. (betul)
· Mereka-mereka. (salah)
· Mereka. (betul)
· Di masa (salah)
· Pada masa (betul)
· Sri. (salah)
· Seri (cahaya) (betul)
1. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
i. Kesediaan kertas kerja paling penting sekali dalam apa-apa jua projek agar
perlaksanaannya dapat berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat menjadikan teras penumbuhan kebudayaan nasional di dalam
negara yang berbilang kaum.
Jawapan,
i. Penyediaan kertas kerja paling penting dalam apa-apa jua projek agar pelaksanaannya
dapat berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat dijadikan teras pertumbuhan kebudayaan nasional di negara
yang berbilang kaum.
2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperolehi hadiah khas kerana
kemampuannya menguasai bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).
ii. Perabut yang dibeli oleh saya itu diimport daripada luar negeri.
Jawapan,
i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun setengah itu memperoleh anugerah khas
kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi Komunikasi dan Maklumat ( ICT ).
ii. Perabot yang saya beli itu diimport dari luar negeri.
3. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
i. Kain sutera-kain sutera yang terjual di butik itu sangat cantik sekali.
ii. Baju kurung yang emak jahit itu saya akan pakai di pagi hari raya.
Jawapan,
i. Kain-kain sutera yang dijual di butik itu sangat cantik.
ii. Baju kurung yang dijahit oleh emak jahit itu akan saya pakai pada pagi
hari raya.
Latihan 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.
1. Ali ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan tahun yang
lalu.
2. Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan itik, rusa dan Angsa sejak kecil lagi.
Latihan 2
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.
1. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Vietnam,
Singapura,
Laos, myanmar, dan kemboja.
2. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang kancil adalah binatang yang pintar.
Latihan 3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.
1. Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan keselamatan bayi
yang
di kandung.
2. "Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun," berkata
pensyarah tersebut.
Latihan 4
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.
1. "Sekolah saya akan adakan satu persembahan anekaragam," kata Alias kepada ibunya.
2. Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap anasir negatif kalangan ahli
persatuan
ini.
Latihan 5
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.
1. Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangun ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik dan
perfileman
tanahair.
Latihan 6
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.
1. "Dimanakah awak letakkan gergaji yang telah gunakan tadi?" tanya Ramzi kepada
anaknya.
2. "Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata Linggam kepada
lelaki itu.
Latihan 7
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.
1. Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran pada kertas jawap tersebut.
2. Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu engkau di dalam melaksanakan tugas-
tugas tersebut.
Jawapan
Latihan 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.
Latihan 2
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.
Latihan 3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.
1. Tabiat merokok bagi wanita hamil akan membahayakan kesihatan dan keselamatan
bayi
yang dikandung.
2. "Keahlian saya dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun," kata
pensyarah tersebut.
Latihan 4
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.
1. "Sekolah kami akan mengadakan satu persembahan aneka ragam," kata Alias kepada
ibunya.
2. Kita hendaklah senantiasa berwaspada terhadap anasir negatif di kalangan ahli
persatuan ini.
Latihan 5
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.
1. Kami sebagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangunkan ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh melumpuhkan industri seni terutamanya industri muzik dan
perfileman tanah air.
Latihan 6
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.
1. "Di manakah kamu letakkan gergaji yang telah digunakan tadi?" tanya Ramzi kepada
anaknya.
2. "Engkaukah Wakil Jualan yang perlu kami tunggu-tunggu?" tanya Linggam kepada
lelaki
itu.
Latihan 7
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-
kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.
1. Pastikan kamu mencatat nama dan angka giliran pada kertas jawapan tersebut.
2. Pengurus pemasaran akan sentiasa membantu kamu dalam melaksanakan tugas-tugas
tersebut.
Soalan 3e (Peribahasa)
Peribahasa
Beri makna simpulan bahasa di bawah ini dan kemudian bina ayat berdasarkan simpulan
bahasa tersebut:
1. hati bugis
Makna : seorang yang berani
Ayat : Hang Tuah terkenal sebagai seorang pahlawan Melayu yang mempunyai
hati bugis.
2. Orang dapur
Makna : orang perempuan
Ayat : Sudah lama Mak Ngah teringin untuk mendapat orang dapur kerana
semua anaknya lelaki.
Bertanyalah kepada orang yang arif tentang undang-undang kerana jauhari juga mengenal
manikam
Walaupun sudah berkali-kali gagal dalam peperiksaan, namun Mahani yakin bahawa
belakang parang diasah lagikan tajam
C. Menyatakan Peribahasa Berdasarkan Pernyataan
Berdasarkan pernyataan yang berikut, berikan satu peribahasa yang paling sesuai.
2. Pak Cik Mahadi memiliki ilmu yang tinggi tetapi dia tidak mahu mengamalkan semua
ilmu yang ada padanya itu.
(laksana pohon kayu tidak berbuah)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
Razali menceburi bidang perniagaan. Perniagaannya maju tetapi dia lupa akan
pengorbanan dan kesusahan yang dialaminya sewaktu hendak memulakan perniagaan
dahulu. Setiap bulan keuntungan yang diperoleh dibelanjanya sehingga dia tidak dapat
menyimpan wang walaupun sedikit. Dia akhirnya menyesal apabila perniagaannya
bankrap kerana dia tidak dapat membayar hutang piutang kepada pihak bank.