You are on page 1of 11

Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk tertentu yang

bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi. Ia merupakan salah satu aktiviti
manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan
bantuan alat muzik atau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya. Nyanyian
memerlukan daya kreativiti manusia dan dianggap sebagai salah satu cabang seni.
Mereka yang menyanyi digelar penyanyi.

Konduktor muzik ataupun pemimpin muzik ialah seorang pemimpin persembahan


sebuah orkestra, opera, koir, konsert atau ensembel muzik [1]. Pengarahan menerusi cara
gerak isyarat yang dapat dilihat ini ialah tindakan perlaksanaan arahan muzik menerusi
seni pengawalan untuk persembahan - persembahan kumpulan pemuzik [2]. Kebanyakan
konduktor muzik di rumah-rumah opera dan dewan-dewan simfoni memegang jawatan
sebagai Pengarah Muzik di tempat-tempat tersebut.

Konduktor muzik utama untuk sesebuah syarikat orkestra atau opera kadangkala dirujuk
sebagai pengarah muzik atau ketua konduktor, atau dalam bahasa Jerman sebagai
kapellmeister. Konduktor-konduktor untuk koir pula kadang-kala dipanggil pengarah
koral, pemimpin korus, atau pemimpin koir, terutamanya kepada koir-koir yang bersekutu
dengan sesebuah orkestra.

Konduktor-konduktor untuk pasukan ketenteraan atau lain-lain kebiasaannya digelar


pemimpin pancaragam. Kebiasaannya, konduktor-konduktor yang berpengalaman digelar
maestro yang diambil dari bahasa Itali yang bermaksud pakar atau guru.

Buku rujukan
 Norman Lebrecht, The Maestro Myth: Great Conductors in Pursuit of Power,
Edisi ke-2, Citadel Press 2001
 Brock McElheran, "Conducting Technique"
 Frederik Prausnitz, "Score and Podium"
 Max Rudolf, "The Grammar Of Conducting"
 Larry G. Curtis and David L. Kuehn, "A Guide To Successful Instrumental
Conducting."
 Michel Faul, "Louis Jullien, musique, spectacle et folie au XIXe siècle" (edisi
Atlantica, France 2006).

[sunting] Pautan luar


Alat Muzik
Kempul
  Kempul berperanan sebagai alat kolotomik dalam rangkaian Gamelan di Malaysia yang berhubung
dengan genre Gamelan Melayu. Ianya merupakan satu penambahan barn daripada yang sedia ada.
Disiplin asal yang hanya terdiri daripada alat-alat seperti Bonang/Keromong, Gambang kayu, Saron
Barung, Saron Demung, Kenong, sebiji Gendang Dua Muka serta Gong Agung dan Gong Suwukan, tetapi
mampu untuk menghasilkan suatu fizikal muzik yang dinamis bagi memenuhi keperluan tarinya.
Alu Bunyi
  Merupakan sebuah alunan irama muzik yang dilahirkan melalui kegiatan menumbuk padi.

Angklung
  Alat idiofon yang digoyang. Ianya diperbuat daripada pipa ataupun tabung buluh yang terpilih. Sebuah
Angklung lazimnya terdiri dari dua hingga empat tabung yang diikat pada 'rumahnya' yang dikenali
sebagai 'ancak'.

Beduk
  Beduk adalah Gendang satu muka yang berbentuk memanjang iaitu elongated. Peranannya dalam
budaya masyarakat Melayu khususnya di Nusantara adalah bersifat non-musical. Malah ianya merupakan
sebagai instrument untuk mengesakan perintah Allah s.w.t. Digunakan di surau ataupun masjid di
kampung-kampung bagi menandakan masuknya waktu untuk bersolat. Ianya dipukul dengan pemukul
kayu dalam pola rithme yang beransur cepat iaitu accelerando.

Cak Lempong
  Alat melodi dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ianya diperbuat daripada gangsa dan
menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk mendiskripsikan jenis
ensemblenya.

Canang
  Canang sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat 'penanda masa'
(time marker) dalam ensemble paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.

Cerek Kecerek / Centong


  Alat idiofon berbentuk 'bilahan'. Lazimnya diperbuat daripada buluh dan berukuran 45 sm panjang dan 6
sm lebar. Secara umum ianya dikenali sebagai alat clappers iaitu menggunakan prinsip clap ataupun
'tepuk' untuk menghasilkan bunyinya. Alat ini disertakan secara berpasangan, dimainkan oleh seorang
pemain. Alat Kecerek ini sering digunakan dalam teater tradisional seperti 'Menora' oleh masyarakat
tempatan berketurunan Thai di Kelantan, Mak Yong Laut di Perlis, Jikey dan Mek Mulung di Kedah.

Engkeromong
  Engkeromong istilah tempatan bagi alat daripada keluarga knobedgong atau 'gong berbusut'. Ianya
berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada perunggu.

Gambang Kayu
  Sumber bunyinya berasaskan kepada kayu yang dilaras mengikut pic yang dikehendaki dan diatur di atas
kotak kayu yang berfungsi sebagai kotak gema (resonator). Kepingan kayu itu dikenali sebagai 'belira' di
negeri Kelantan.

Geduk
  Gendang dua muka yang berbentuk silinder. Ianya sering digunakan dalam permainan Wayang Kulit dan
Menora di Kelantan dan Wayang Gedek di Kedah. Baluhnya diperbuat daripada kayu keras seperti
nangka ataupun angsana (sena) dan pada kedua-dua permukaannya diregangkan dengan belulang
lembu dengan menggunakan bahan pelekat dan berbaji ataupun pasak yang diperbuat daripada kayu
keras, lazimnya daripada kayu nibung.

Gendang Ibu
  Dalam konteks persembahan Gendang Ibu akan disertai secara berpasangan dengan Gendang Anak
untuk memainkan pola-pola paluan yang khusus secara meningkah bagi pembinaan setiap struktur irama
mengikut disiplin yang didukunginya seperti ensemble Wayang Kulit, Mak Yong, Menora dan Silat.
Gong
  Keluarga Gong dalam muzik tradisional secara umumnya terdiri daripada jenis-jenis berbusut atau
bertombol. Antara yang termasuk dalam keluarga gong ialah tetawak, kenong, kromong. kempul dan
canang, Perkataan yang amat meluas dugunakan di Malaysia dikatakan berasaskan kepada sistem
"anomatopocia" iaitu satu sistem penamaan yang diilhamkan melalui peniruan bunyi yang diterbitkan oleh
alat berkenaan.

Gong Agung
  Gong Agung diperbuat daripada 'perunggu', mempunyai ukuran 90 - 95 sm pada garisan lintang serta
ketinggian di antara 28 - 30 sm dan mampu untuk menerbitkan siri overtone yang terbanyak dan
mempunyai pic suara yang terendah dalam keluarga gong.

Gong/Tetawak Ibu
  Gong/Tetawak Ibu mendukung peranan sebagai alat kolotomik yang utama dalam budaya muzik
masyarakat Melayu tradisi di Malaysia. Ianya sering digunakan secara berpasangan dengan Tetawak
Anak khususnya dalam ensemble bagi mengiringi teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang Kulit
Kelantan, Menora dan Main Petri serta tarian klasik istana seperti Asyik dan tarian-tarian rakyat seperti
'Garong', 'Wau Bulan', 'Ulit Gambuh', yang berkembang di negeri Kelantan. Tetawak Ibu, secara dikotomi,
mempunyai pic suara yang lebih rendah dan bentuk fizikal yang lebih besar daripada Tetawak Anak.

Gordang Sembilan
  Merupakan salah satu alat muzik tradisional masyarakat Melayu yang berketurunan Mandaling. Ianya
didapati berkembang di negeri Selangor dan dimainkan sebagai muzik iringan untuk tarian dan juga
hiburan.

Kemplingan
  Kemplingan sejenis gendang satu muka yang digunakan dalam tradisi bacaan rawi yang menyerupai
berzanji oleh masyarakat Melayu berketurunan Jawa di Johor. Kesenian ini juga dikenali dengan nama
Kemplingan.

Kenong
  Kenong diperbuat daripada 'perunggu' dan mendukung peranan sebagai alat kolotomi yang dominan
dalam rangkaian Gamelan di Malaysia. Dalam ensemble Gamelan Melayu, Kenong disertakan dalam satu
oktaf yang berlaras Pentatonik (anhemitonic Pentatonic) iaitu skala lima nada tanpa semiton pada
jedanya, mempunyai pic yang tetap iaitu fixed-pitch yang diasaskan kepada Western Tempered Pitch,
manakala tradisi Gamelan di Johor mengamalkan dua sistem skala iaitu slendro, bermaksud lima nada
dan skala Pelog yang mengandungi tujuh nada.

Kertuk Buluh
  Kertuk Buluh sejenis alat yang dapat digolongkan di bawah keluarga 'Kertuk'. lanya diperbuat daripada
tabung buluh dan pada permukaannya ditebuk satu lubang khas yang berfungsi sebagai lubang suara. Ini
bagi menjamin supaya udara yang berada dalam ruang tabung alat berkenaan dapat mengalir keluar
dengan bebas apabila alat ini diketuk.

Kertuk Kayu / Kerantung


  Kertuk Kayu sejenis alat idiofon yang mempunyai peranan yang suci bagi masyarakat Islam di Malaysia,
khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman dan desa. Diperbuat daripada jenis kayu yang terpilih,
lazimnya dari spesis 'Nangka' dan berbentuk 'oblong' iaitu memanjang. Pada permukaannya ditebukkan
lubang khas yang berfungsi sebagai lubang suara ataupun gema. Ianya dipalu dengan kayu yang
diperbuat daripada kayu yang keras untuk menghasilkan bunyi. Sering kelihatan digantung pada anjung
masjid ataupun surau di kampung-kampung dan dipalu menandakan masuknya waktu-waktu untuk
bersolat dan diikuti dengan laungan azan.

Keromong / Bonang
  Gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama dalam
ensemble Gamelan Melayu. Mengandungi dua oktaf yang berlaras anhemitonik pentatonik dan disusun di
atas tapak khas secara mendatar dalam kedudukan yang menyongsang. Secara fizikal, alat Bonang
mempunyai bentuk seperti kendi (kettle-shaped) dan sifat bunyinya berprinsipkan kepada 'dengung'.
Secara dikotomi bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai wedok (perempuan) dan yang beroktaf
tinggi sebagai lanang (lelaki) mengikut bahasa Jawa. Dalam permainan Gamelan Melayu, melodi pokok
diimprovisasikan secara berkumpulan yang dapat diterjemahkan sebagai heterofoni. Ianya menggunakan
sistem notasi angka dikenali sebagai French Cheve System sempena dengan nama pengasasnya iaitu Dr
Emile Cheve daripada Perancis.

Kesi
  Sejenis alat idiofon dari keluarga 'simbal' yang dibentuk daripada kepingan tembaga. Bahagian tengah
permukaannya kelihatan melengkung ke dalam. Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam
ensemble paluan tradisional.

Kompang
  Mempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat daripada kayu jenis keras. Lazimnya dari spesis Nangka
dan nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus. Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai
bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat kemudian
ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kompang juga memerlukan rotan sedak
sebagai alat tala untuk menghasilkan suara yang baik.

Kulintangan
  Kulintangan merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang berukuran kecil.
Ianya diperbuat daripada gangsa ataupun perunggu. Dalam konteks persembahan ianya diletakkan di
atas tali yang diregangkan pada tapak kayu ataupun para dalam satu barisan yang mengandungi lapan
biji kesemuanya. Dipalu dengan menggunakan sepasang kayu pemukul dari jenis lembut oleh seorang
pemain untuk mengiringi tarian 'Sumazau', 'Limbai', 'Silat' serta 'Tingkad-tingkad'.

Maruas
  Gendang dua muka yang berukuran kecil dan berbentuk silinder. Baluhnya diperbuat daripada kayu
nangka dan kedua-dua permukaannya telah diregangkan dengan belulang kambing sebagai bahan bunyi.
Maruas dipalu dengan sebelah tangan secara meningkah untuk mengiringi tarian Zapin. Ianya juga
dikatakan telah mewarisi pengaruh daripada Timur Tengah. Dalam amalan persembahan, meruas
dimainkan oleh tiga orang pemain dan setiap daripada meruas tersebut mempunyai pic yang berbeza-
beza iaitu rendah, menengah dan tinggi.

Rebana
  Sejenis gendang satu muka yang digunakan untuk mengiringi tarian dan juga nyanyian rakyat yang
dikenali sebagai 'Adai-Adai' oleh masyarakat Melayu berketurunan Brunei di daerah Papar, Beaufort dan
Sipitang. Rebana dipalu dengan sebelah tangan seperti juga teknik yang digunakan untuk rebana yang
terdapat dalam ensemble muzik sinkretik yang lain. Paluan rebana serta nyanyian Adai-Adai diadakan
untuk meraikan majlis-majlis keramaian dan menyambut tetamu kehormat.

Rebana Besar
  Gendang satu muka yang terbesar pernah wujud dalam budaya muzik masyarakat Melayu. Temalang
ataupun baluhnya yang berbentuk seperti pasu ataupun potted type itu diperbuat daripada kayu yang
keras seperti 'merbau' ataupun 'cengal'.

Rebana Mangkuk
  Rebana Mangkuk juga merupakan sejenis gendang satu muka. Baluhnya diperbuat daripada mangkuk
yang diguna untuk mengumpul susu getah. Lazimnya mangkuk-mangkuk tersebut diperbuat daripada
tanah Hat. Pada permukaannya ditutup dengan beberapa lapisan getah sebagai bahan bunyi
menggunakan kaedah siratan rotan dan bahan pelekat. Untuk menegangkan lapisan getah itu tadi, dua
keping berbaji kayu dimasukkan secara bertentangan pada bahagian bawah alat berkenaan kemudian
diketatkan. Berbaji kayu ini adalah berfungsi sebagai alat tala kepada rebana berkenaan seperti juga yang
digunakan untuk alat rebana yang lain seperti Rebana Ubi dan sebagainya.

Saron Demung
  Dalam tradisi Gamelan yang berkembang di Johor, Saron Demung digunakan sebagai alat melodi yang
membawa melodi pokok dan juga bunga-bunga lagu mengikut irama-irama tertentu yang lebih bersifat
dekoratif. Bilahan bagi alat Saron tersebut lazimnya diperbuat daripada besi yang menggunakan teknik
kikir dan tempa.

Sarong Barong
  Alat idiofon berbentuk bilahan yang diperbuat daripada perunggu. Mempunyai oktaf tengah (middle
octave) dalam keluarga saron yang terdapat dalam ensemble Gamelan Melayu. Juga berperanan sebagai
alat yang membawa melodi pokok dan 'Cincang'.

Saron Penerus / Pekin


  Alat idiofon berbentuk bilahan yang diperbuat daripada perunggu. Merupakan alat penambahan baru bagi
ensemble Gamelan Melayu. Berperanan sebagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok (double
the main melody). Teknik perdam juga diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya mempunyai
oktaf yang tertinggi dalam keluarga Saron serta mampu untuk menghasilkan suara yang lantang dan
nyaring. Dari segi fizikalnya, Saron Penerus mempunyai bilah-bilah yang berukuran lebih kecil tetapi lebih
menebal jika dibandingkan dengan bilah-bilah yang ada pada Saron Barong. Alat pemukul (sounding
device) bagi Saron Penerus juga berbentuk penukul (hammer) yang diperbuat daripada tanduk kerbau.

Slenteng
  Alat 'bilahan' daripada perunggu. Merupakan sebagai alat penambahan baru dalam permainan Gamelan
Melayu. Ianya berperanan sebagai alat melodi yang dapat menghasilkan suara yang lembut dan
mempunyai dengung yang agak panjang. Teknik perdam juga diamalkan dalam pemakaian alat Slenteng,
supaya pencemaran bunyi (sound pollution) tidak berlaku apabila dimainkan serentak dengan alat-alat
melodi yang lain Alat Slenteng juga memerlukan 'resonator' iaitu kotak gema untuk meningkatkan
(amplify) suaranya.

Gedombak
  Secara prinsipnya, Gedombak adalah gendang dua muka iaitu compound hole, tetapi pada sebelah
permukaan besar sahaja telah diregangkan dengan kulit dan pada permukaan satu lagi (ponget) dibiarkan
terbuka. Ianya berbentuk seperti piala iaitu 'goblet-shaped'. Baluhnya diperbuat daripada kayu jenis keras,
lazimnya daripada kayu nangka ataupun angsana.

Gendang
  Gendang

Gendang Gamelan
  Mendukung peranan sebagai penyokong irama dalam ensemble Gamelan Melayu. Ianya merupakan jenis
gendang dua-muka iaitu compound hole dan berbentuk seperti 'tempayan' iaitu barrel-shapped. Pada
permukaan besarnya diregangkan dengan belulang lembu sebagai bahan bunyi, dan pada permukaan
kecil dengan belulang kambing.

Gendang Nengkara
  Gendang Nekara/Nengkara merupakan sejenis gendang satu muka yang terdapat dalam ensemble Nobat
Di Raja di Istana Kedah, Perak, Terengganu dan Selangor. Ianya berbentuk seperti kendi iaitu kettle
shaped. Baluhnya diperbuat dari kayu Merbau ataupun 'putat' dan pada permukaannya telah diregangkan
dengan kulit kijang ataupun kulit rusa sebagai bahan bunyi iaitu sounding body. Manakala bagi Gendang
Nekara yang terdapat dalam ensemble Nobat Di Raja Terengganu, baluhnya diperbuat daripada perak
dan diukir dengan corak bunga-bungaan. Dalam konteks persembahan ianya dipalu dengan sepasang
bilah daripada rotan Gendang Nekara yang terdapat dalam ensemble Nobat Di Raja Perak dikenali
sebagai 'Nengkara'. Kesenian muzik Nobat yang berfungsi di istana-istana di Kedah, Perak, Terengganu
dan Selangor adalah dipercayai berasal dari negara Timur Tengah iaitu Parsi.

Gendang Nobat
  Gendang Nobat, sejenis gendang dua muka yang digunakan dalam ensemble Nobat Di Raja seperti yang
terdapat di istana-istana raja di Selangor, Kedah, Perak dan Terengganu. Alat ini merupakan sebahagian
daripada alat muzik di Raja dan telah didaulatkan sebagai objek seni yang mempunyai kedudukan yang
begitu istimewa di kalangan istana. Alat ini diperbuat daripada kayu jenis keras yang terpilih dan pada
kedua-dua permukaannya dipasangkan dengan belulang lembu. Ada juga yang berpendapat, Gendang
Nobat di Raja yang terdapat di istana Kedah telah dipasangkan dengan belulang dari kulit harimau, untuk
menghasilkan jenis suara sepertimana yang dikehendaki dan baluhnya diperbuat daripada kayu 'Putat'.

Tar Rodat
  Sejenis rebana yang boleh kita takrifkan sebagai The framed Drums. Pada dindingnya dilengkapkan
dengan tiga pasang kercing yang diperbuat daripada kepingan tembaga dan berbentuk bulat. Baluhnya
diperbuat daripada kayu-kayu jenis keras seperti sena, merbau dan lazimnya kayu nangka.
Permukaannya diregangkan dengan belulang lembu sebagai bahan bunyi menggunakan teknik 'paku'.
Alat Tar dipalu dengan sebelah tangan untuk mengiringi permainan Rodat iaitu sejenis nyanyian zikir yang
berunsur keagamaan yang berkembang di Terengganu. Tarian juga diselitkan dalam tradisi berkenaan.
Penarinya terdiri daripada kaum lelaki sebagai 'anak pelengkuk' dan penari wanita sebagai 'Inang'.
Manakala pemain-pemain rebana TAR digelar sebagai 'Pengadis'. Rebana TAR dikenali umum dengan
nama kompounnya sebagai Tar Rodat. Perkataan Tar yang bermaksud gendang bagi masyarakat Arab,
Mesir dan juga negara-negara Teluk yang lain. Dalam bahasa Parsi, perkataan 'Tar' adalah merujuk
kepada tali umpamanya alat sehtar adalah bermaksud alat muzik yang mempunyai tiga tali.

Engkerurai
  Engkerurai merupakan sejenis alat muzik yang dikategorikan sebagai aerofon kerana bunyi nadanya
dihasilkan melalui tiupan mulut. Dari segi bahan, alat muzik ini banyak menggunakan buluh dan sejenis
labu.

Batang Serunai
  Ianya ditarik dan ditebuk secara selari dengan bentuk luaran iaitu berbentuk 'Kun'. Pada permukaan
atasnya ditebukkan lubang-lubang penjarian dan satu lubang ibu jari pada bahagian permukaan
bawahnya. Kikir yang berbentuk bulat digunakan untuk tujuan melicinkan pada bahagian tebukan dalaman
yang bertindak sebagai 'saluran udara' iaitu air passage.

Kecopong
  Berbentuk seperti 'loceng' iaitu membesar ke bawah. Lazimnya jenis kecopong yang mempunyai tebukkan
dalaman yang luas digunakan untuk memainkan kategori 'lagu-semasa' yang sesuai dalam aspek
persembahan Wayang Kulit tertentu di Kelantan

Mouth organ
  Dalam penulisan ini juga adalah amat menarik untuk kita memberi perhatian kepada jenis-jenis alat muzik
utama yang terdapat di kalangan masyarakat suku kaum bumiputera di Sarawak dan Sabah. lni
memandangkan alat 'tiup' daripada keluarga mouth organ ataupun 'organ mulut' seperti 'Engkerurai',
'Keledi' (Keluri) di Sarawak serta 'Sompoton' di Sabah, adalah merupakan di antara yang tertua yang
pernah wujud di rantau ini. Secara evolusi, ianya dikatakan alat 'asli' bagi masyarakat di rantau Asia
Tenggara dan dipercayai telahpun wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Pipit
  Merupakan bahagian yang menghasilkan suara ataupun sounding device bagi serunai. Ianya diperbuat
daripada daun lontar dan dibentuk seperti kipas. Pipit yang berlapis empat ini diikat secara berpasangan
iaitu dua lapis sebelah, pada penghujung Menali. Bagi persediaan untuk persembahan, Pipit perlu
dibasahkan terlebih dahulu untuk menjaminkan getaran yang seimbang apabila ianya ditiup.

Seruling
  Alat tiup yang diperbuat daripada buluh. Ianya dicipta dalam pelbagai jenis dan bentuk serta mempunyai
lubang petik yang berbeza jumlahnya. Alat tiup daripada buluh ini dikatakan sebagai alat asli
(indegeneous) bagi masyarakat di rantau ini. Ianya wujud di merata-rata kawasan pendalaman di Asia
Tenggara. Dalam permainan Cak Lempong yang berkembang di Negeri Sembilan, alat tiup daripada
buluh telah dicipta dalam tiga bentuk yang khusus dan mempunyai nama serta jumlah lubang yang
berbeza-beza. Di antaranya seperti 'salung', 'bangsi', dan 'puput', 'seruling' didapati berkembang di
daerah-daerah tertentu di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di negeri Sembilan.
Jenis-jenis seruling dari buluh ini sering digunakan sebagai alat melodi dalam persembahan Cak Lempong
dan juga dimainkan secara solo untuk muzik hiburan.

Serunai
 
Maklumat Lanjut

Serunai Batang Padi


  Sejenis serunai yang diperbuat daripada batang padi dan dikatakan mempunyai keunikan serta
keunggulan yang tersendiri. Ianya dicipta dalam beberapa jenis dan bentuk. Lelidahnya iaitu sounding
device adalah sama seperti yang terdapat pada alat 'Klarinet Berkembar' dari negara Timur Tengah.
Serunai Batang Padi ditiup secara menegak pada bahagian hujungnya yang lebih kecil. Ianya sering
dipersembahkan oleh kanak-kanak belasan tahun untuk memainkan muzik-muzik eksperimental yang
diilhamkan daripada lagu-lagu yang berkembang dalam teater Wayang Kulit ataupun Silat. Secara
praktiknya, Serunai Batang Padi telah menjadi 'alat perintis' kepada kebanyakan tokoh Serunai yang ada
di Kelantan khususnya dan juga di kawasan-kawasan perkampungan di negeri-negeri lain yang
mempunyai kawasan penanaman padi.

Serunai Daun Kelapa


  Serunai Daun Kelapa adalah alat tiup berpipit. Ianya diperbuat daripada daun kelapa dan dibentuk seperti
tanduk. Merupakan satu ciptaan terhasil dari pemikiran masyarakat Melayu zaman silam yang perlu
dirakamkan sebagai khazanah manusia, berhubung dengan ilmu bunyi. Ianya merupakan suatu
pengalaman dasar suci manusia, hasil daripada pengaruh serta interaksi dengan alam sekeliling dan
sekaligus melahirkan penciptaan untuk memenuhi tuntutan rohani dan jasmani mereka.

Sompoton
  Sompoton sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di kalangan suku kaum Dusun dan
Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan 'khene' sejenis organ mulut yang terdapat di
Laos. Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari jenis 'sumbiling' yang
dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Pipa-pipa buluh tadi dipasangkan kepada buah labu yang
dikeringkan sebagai ruang gemanya ataupun windchest dengan menggunakan sejenis bahan pelekat
dikenali sebagai 'sapinit' daripada lilin 'kelulut' iaitu sejenis lebah kecil. Pada pipa buluh yang berperanan
sebagai chanter telah dipasangkan dengan 'lelidah' iaitu the sounding device. Lelidah tersebut diperbuat
daripada jenis logam nipis.

Tetuang
  Tetuang adalah alat 'tiup' jenis trumpet. Ianya diperbuat daripada tanduk lembu ataupun kerbau dan
lazimnya digunakan untuk berhubung khususnya di kalangan para nelayan di Pantai Timur Semenanjung
Malaysia. Mereka akan meniup Tetuang apabila tiba masanya untuk turun ke laut. Kini alat Tetuang sudah
dijadikan sebahagian daripada alat tiup untuk menghasilkan melodi drone dalam ensemble bagi perarakan
dalam majlis konvokesyen di pusat pengajian tinggi dan persembahan seni pentas seperti dramatari
tradisional ataupun kontemporari.

Gambus
  Alat tali dari keluarga 'Ud'. Ianya berasal dari Timur Tengah dan telah ditakrifkan secara umum sebagai
alat lute yang berleher pendek. Di Malaysia terdapat dua jenis Gambus yang sering digunakan untuk
memainkan muzik yang berunsur Arab dan juga Ghazal.

Menali
  Menali

Sape
  Sape merupakan sejenis alat tali dari keluarga lute yang berleher pendek dan talinya dipetik. Diperbuat
daripada jenis kayu lembut, lazimnya 'meranti'. Badannya yang agak memanjang iaitu elongated telah
ditebuk dan berperanan sebagai ruang gema.

Kecapi
  Kecapi Buluh juga dikenali sebagai 'Gendang Kecapi'. Ianya dicipta daripada tabung-tabung buluh yang
terpilih dan tali-talinya juga diambil ataupun dikopek daripada sebahagian kulitnya dan tanpa diputuskan
hujungnya

Perkhidmatan

Nyanyian merupakan salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati. Nyanyian boleh
dilakukan dengan bantuan alat musik atau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya.
Nyanyian memerlukan daya kreativiti manusia dan dianggap sebagai salah satu cabang seni.

Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk tertentu yang bertujuan menghasilkan
nada dan melodi yang disenangi mereka yang menyanyi digelar penyanyi.
Penyanyi

Penyanyi adalah mereka yang menyampaikan lagu atau nyanyian dengan diiringi muzik. Terdapat beberapa
jenis muzik daripada jenis tradisional, klasik, rock and roll, pop, alternatif, dan nasyid. Penyanyi boleh
menyanyi secara solo ataupun secara berkumpulan.

Kordofon Membranofon

| Beduk || Gedombak || Geduk || Gendang Jawa || Jidur || Kompang || Maruas ||


Nahara || Rebana Besar || Rebana Ubi || Tabla ||ang berikut ialah 3 daripada 3 buah
laman dalam kategori ini.

K
1. jenis jenis suara merujuk kepada beberapa kriteria.
Mungkin anda dah tahu beberapa jenis suara yg selalu anda dengar cthnya Soprano,Tenor,Bass
dan beberapa lagi!
Kali ini saya akan tunjukkan beberapa jenis suara nyanyian serta bagaimana ianya
diklasifikasikan.
Dan selepas itu anda akan mendapati dengan tepat apakah jenis suara UNIK anda!
Dengan adanya pengetahuan tentang jenis suara ini akan dapat membantu anda dalam melatih
suara anda dengan lebih baik dan tahu apakah range atau julat suara anda dan seterusnya dapat
menyanyikan lagu dengan baik

Secara asasnya ada 3 jenis suara untuk wanita dan 4 jenis suara untuk lelaki

1)Jenis suara lelaki - Countertenor, Tenor, Baritone, Bass


2) Jenis suara wanita- Soprano, Mezzo Soprano, Contralto

Berikut adalah criteria utama pengklasifikasian untuk menentukan jenis suara anda:

1. Vocal Range/Julat Suara


Vocal Range/Julat suara adalah penunujuk utama apakah jenis suara yang dimiliki oleh setiap
penyanyi
Sebagai contoh jika seorang penyanyi lelaki mempunyai suara yang tinggi, dia mungkin boleh
diklasifikasikan sebagai Tenor atau lebih tinggi iaitu Counter Tenor,manakala jika penyanyi
wanita yang mempunyai suara yang tinggi pula dikenali sebagai Soprano
Pengetahuan mengenai vocal range /julat suara anda adalah amat vital kerana ianya nanti
memudahkan kita untuk mengetahui note manakah yang akan kita lakukan latihan suara/warm-
up suara sebelum nyanyi
Ini akan mengelakkan suara anda dari menjadi rosak dek kerana berlatih menggunakan
key/note-note yang tinggi/tak sesuai dengan jenis suara/range suara anda

2. Penukaran Register
Suara kita apabila menyanyi, akan melalui beberapa proses pernukaran tona dan kualiti tona
suara apabila kita bergerak dari pic rendah ke pic yang lebih tinggi ,ini lah yang dimaksudkan
dengan Penukaran Register Suara
Dengan adanya pengetahuan mengenai penukaran register atau saya lebih suka pakai 'tukar
gear suara' ni akan menyenangkan kita mengenali apakah jenis suara kita dan yg penting
membantu kita dalam menentukan jenis latihan vocal yang lebih efficien dalam melancarkan
penukaran 'gear suara"

3. Tona Vokal
Setiap penyanyi mempunyai perbezaan Tona Suara,dimana ada antara penyanyi yang
mempunyai tona yang cerah dan lantang/jelas manakala ada juga penyanyi yang mempunyai
tona yang agak dalam/suram serta berat
Pengetahuan mengenai tona suara agak penting dalam menetukan apakah jenis jenis lagu yang
dikira sesuai untuk kita nyanyikan atau apakah lagu yang perlu kita elakkan apabila kita hendak
membuat persembahan atau ke ujibakat nyanyian[tak semua dari kita versatile-ini adalah
hakikat]
Sebagai contoh kalau kita mempunyai tona suara yngheavy atau berat,kita akan lebih sesuai
menyanyikan lagu lagu yang memerlukan belting atau vocal projection
Manakala jika anda mempunyai tona suara yang agak ringan dan lembut,disarankan agar anda
menyanyikan lagu2 berentak seperti Bossa Nova dan balada dimana lagu2 seperti ini
memerlukan sensitivity dan kelembuatn dalam dalam tone nyanyian

4. Tessitura atau Kekuatan Suara


Tessitura merujuk kepada julat terbaik suara anda dimana ianya adalah agak selesa untuk suara
anda dan ianya juga elok/sedap didengar oleh audien
Ada sesetengah guru vocal panggil ini sebagai "Sweet Voice"
Pengetahuan mengenai tessitura ini membolehkan kita mengetahui apakah jenis suara kita
Sebagai contoh ,penyanyi soprano mempunyai head voice yang mantap manakala penyanyi bass
mempunyai middle voice yang mantap

5. Suara Pengucapan
Suara pengucapan adalah suara yang selalu kita gunakan apabila kita bercakap dan adalah suara
yang paling selesa untuk dilontarkan
Ini menunjukkan kita adalah dalam kategori tenor,baritone atau bass ,ini adalah memandangkan
kita selalunya bercakap menggunakan tessitura atau range suara selesa kita
Nah itu dia 5 jenis criteria yang boleh diguinakan untuk menetukan apakah jenis suara anda dan
boleh membantu anda untuk melatih suara anda dengan lebih berkesan
Untuk mengelakkan penderaan suara kebiasaanya guru vocal melatih menggunakan vocal range
pertengahan terlebih dahulu sebelum perlahan2 bergerak keatas dan kebawah{range}untuk
melatih suara pelajar menjadi lebih bagus dalam "kelasnya"[range]
Setelah kita memahami dengan lebih mendalam apa itu jenis suara,kita akan mampu melatih
suara kita dengan lebih effisyen dan juga tahu bagaimana untuk memilih lagu untuk
persembahan dan ujibakat nyanyian yang bakal anda sertai
Latihan yang kerap dan berterusan juga akan merubah kualiti suara kita,sebagai cthnya,suara
akan menjadi lantang dari sebelumnya atau menjadi lebih tinggi dari sebelumnya.Jadi jangan lah
sedih atau patah semangat untuk menyanyi dek kerana memeiliki suara yang anda tak berapa
suka

You might also like