You are on page 1of 17

Isu Kesantunan Guru

Oleh:
Zuraidah bt Johar
Shara Nor Raifana bt Shamsuddin
NurHamizah bt Hamim
KONSEP KESANTUNAN
Perlakuan /tingkahlaku yang mampu
menjalinkan hubungan antara satu sama
lain yang menjadikan sesuatu pergaulan itu
berada dalam keadaan harmoni dan mesra.
Melibatkan verbal dan nonverbal.
Merujuk kepada tatacara, adat atau
kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.
KESANTUNAN MENURUT
ZA’BA
Beliau menyenaraikan beberapa perkara yang
menjadi peraturan ketat dalam masyarakat bagi
mengawal perlakuan dan etiket seperti
perlakuan dalam percakapan.
Menurutnya;
pengawalan suara penting (tidak menjerit dan
tinggi nada)
Tidak membolot sidang perbualan dan
bercakap terlalu banyak tentang diri sendiri.
KESANTUNAN MENURUT NORIATI (2004)
Bermula dari hati yang ikhlas dan jujur akan
menzahirkan perlakuan sama ada perlakuan
berbahasa ataupun perlakuan bukan bahasa
yang menyenangkan semua pihak.
Kesimpulannya, kesantunan :
Dapat dilihat dari pelbagai segi dalam
pergaulan seharian.
Memperlihatkan sikap yang mengandungi
nilai sopan santun atau etiket dalam
pergaulan seharian.
KESANTUNAN = BIPOLAR
KENAPA KESANTUNAN GURU
PENTING?
Guru berperanan membina modal insan.
Guru sebagai agen pembentuk tingkah laku.
Guru wajib mempamerkan perlakuan yang
santun menerusi kata-katanya dan mahir
berkomunikasi dengan menggunakan
peraturan-peraturan berbahasa serta
mengawal tingkah lakunya.
Menjaga tingkah laku atau imej
Kesan: mewujudkan suasana belajar yang
kondusif dan teraputik
KESANTUNAN BERBAHASA
(tatacara berkomunikasi secara lisan)
Haruslah mengikut norma budaya, bukan
sekadar tatacara sendiri.
Sesuai dengan budaya masyarakat setempat
(ketika berkhidmat). Ini membantu
memudahkan pelaksanaan tugas harian dan
dihormati masyarakat.
Penting dalam proses P&P agar
penyampaian sempurna.
PANDUAN CARA BERBAHASA
BERGANTUNG KEPADA:
◦ Waktu dan keadaan tertentu
◦ Ragam bahasa dalam situasi tertentu
◦ Bila dan bagaimana giliran berbual dimulakan.
◦ Bagaimana mengatur kelantangan suara.
◦ Bagaimana sikap dan gerak geri.
◦ Bila seharusnya diam dan menamatkan
perbualan.
Kesantunan=etiket
Def: tatacara, adat/kebiasaan yang berlaku
dalam masyarakat.
Cara bercakap– pengawalan kenyaringan
suara (LOUDNESS)
• tidak monopoli perbincangan/perbualan
• tidak terlalu banyak bercakap mengenai
diri sendiri (saya)
• menjaga kesantunan dalma hubungan
dengan semua orang walaupun tukang
kebun/pak guard
Kualiti peribadi seorang guru
1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa
seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid
kerana mereka akan belajar dalam suasana yang
tenteram, yakin dan senang hati.
2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan
membawa suasana riang gembira kepada murid-
murid dalam bilik darjah. Guru yang suka
berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh
muridnya.
3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat
sabar adalah guru yang boleh mengawal
perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat
menjalin perhubungan yang erat dengan murid-
muridnya.
4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab
akan sentiasa mendorongkan guru
mementingkan tugas yang telah diamanahkan
kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha
mejalankan tugasnya dengan sempurna.
5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin
tidak akan merasa takut apabila perlu membuat
sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid
akan lebih menghormati guru yang boleh
mengambil tindakan dengan tegas.
6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi
segala tunjuk ajar dan arahan guru yang
mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti
kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini,
segala aktiviti pembelajaran akan dapat
dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.
Kesan positif
Guru sebagai model yang menjadi ikutan
murid.
Membentuk identiti dan jati diri yang jitu.
Memartabatkan imej profesion keguruan.
Menjamin kualiti modal insan.
Sebagai pemangkin ke arah membentuk
masyarakat yang harmoni dan berbudi
bahasa.
Sekolah menjadi platform untuk murid dan
guru meningkatkan potensi diri.
Implikasi
 Guru sebagai model
◦ Tidak dihormati oleh murid, rakan sejawat dan masyarakat
◦ Memberikan perspektif negatif masyarakat terhadap profesion
keguruan
◦ Dorongan negatif kepada murid
 “guru kencing berdiri, murid kencing berlari”
 Institusi pendidikan

◦ Melahirkan guru yang tidak berdaya saing dan berkualiti


◦ Tidak dapat melahirkan generasi yang inovatif
◦ Memberi pengaruh negatif kepada perkembangan prestasi
sekolah.
Kesimpulan
Kesantunan bukanlah sesuatu yang
dipelajari tetapi merupakan nilai yang
perlu ada dalam diri seorang guru sebagai
model kepada murid.
Bagi menjaga imej profesion, setiap guru
perlu patuh kepada etika profesionalisme,
etika pengajaran, etika tingkah laku dan
etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim,
2007).

You might also like