You are on page 1of 16

Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10

SOALAN 4

Bagaimanakah sumber dan maklumat dapat diterjemahkan kepada peta?

Pengenalan

Penggunaan peta telah wujud lebih daripada empat ribu tahun yang lampau.Tidak

dinafikan penggunaannya dalam kehidupan seharian manusia yang memerlukan petunjuk atau

arah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.Tempat-tempat, kawasan-kawasan

yang hendak dicari dapat diketahui dengan merujuk peta.Ini memudahkan para pelancong,

pengembara dan ahli geomorfologi untuk mengesan sesuatu lokasi dengan lebih mudah dan

tepat.

Peta juga merupakan alat yang paling efektif dalam merakam maklumat tentang

dunia.Peta memain peranan yang signifikan dalam menunjukkan perkaitan dan perbezaan antara

suatu ciri lokasi dengan lokasi yang lain.Contohnya corak taburan ke atas permukaan bumi

seperti permukaan bandar, corak pembangunan guna tanah bidang pertanian, bidang

perindustrian dan sebagainya dapat diterjemahkan di dalam peta.Maklumat-maklumat penting

yang terdapat di dalam peta akan membantu untuk kita mengenali sesuatu kawasan dengan lebih

mendalam.

Penggunaan peta memberi banyak faedah kepada manusia.Peta yang ada masa kini

digunakan dengan pelbagai tujuan sama ada untuk tujuan umum atau lebih khusus digunakan

oleh ahli geografi fizikal yang akan menggunakan peta topografi untuk menunjukkan ketinggian

permukaan tanah menerusi gharisan kontur.Tidak ketinggalan dengan ahli pelayaran dan

juruterbang menggunakan carta hidragrafi dan carta aeronautical untuk memandu arah perjalanan

mereka.
1
Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10

Definisi peta

Dalam bahasa Inggeris peta diistilahkan sebagai ‘map’.Ia berasal daripada perkataan

Latin ‘mappa’yang bermaksud kain alas.Istilah peta dari sudut kartografi membawa berbagai-

bagai pengertian.Mengikut Encyclopedia Americana 1972, peta ialah tanda-tanda yang

menyatakan atau yang menggambarkan bentuk bumi.Ia dilukis menggunakan skala tertentu

dalam unjuran mengufuk dan perkataan digunakan untuk menerangkan maklumat-maklumat

yang terkandung di dalamnya.

Loxton, John (1980) dalam buku Practical Map Production memberikan makna yang

lebih luas.Menurut beliau, peta ialah gambar, gambar rajah atau analog-nanlog yang selalunya

mempunyai dua damensi dan menunjukkan permukaan bumi atau kawasan-kawasan yang oleh

dipetakan.Menurut Foziah Johar peta merupakan hasil fikiran dan kreativiti manusia hanya

menggambarkan apa yang dimahukan oleh pembuatnya.Maklumat atau objek ini tidak

ditunjukkan dalam bentuk atau saiz yang kelihatan tetapi dipersembahkan melalui simbol-simbol

yang mungkin sama atau boleh jadi juga tidak dengan bentuk objek yang diwakilinya.1

Melalui pendapat-pendapat ini dapatlah diertikan peta ialah penggambaran dua dimensi

(pada bidang datar) dari sebahagian atau keseluruhan permukaan bumi yang dilihat dari atas,

kemudian diperbesar atau diperkecil dengan perbandingan tertentu. Dalam navigasi darat

digunakan peta topografi. Peta ini memetakan tempat-tempat di permukaan bumi yang

berketinggian sama dari permukaan laut menjadi bentuk garis kontur.

1
Foziah Johar, 1992, Pengenalan Kartografi Untuk Perancang Bandar: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.11.
2
Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10

Jenis-jenis peta

Fenomena geografi yang dapat diukur dan dilihat di muka bumi ini boleh dipetakan

dalam bentuk perletakan reruang.Berdasarkan fenomena dan maklumat yang ingin disampaikan,

peta dapat diklasifikasikan kepada jenis yang berikut :

1)Peta Umum

Peta yang menggambarkan perhubungan ruangan pemilihan cirri-ciri geografi yang

pelbagai.2Objektif utama peta umum ialah untuk menunjukkan hubung kait reruang fenomena

geografi.Elemen-elemen seperti sistem perhubungan, kawasan petempatan, sempadan kawasan,

aliran air merupakan elemen-elemn yang lazimnya wujud dalam peta umum.Tiga jenis peta

umum iaitu peta dunia, peta karografi dan peta topografi.

a)Peta dunia memberikan maklumat tentang bentuk dan letaknya wilayah setiap negara di dunia.

b)Peta karografi menggambarkan seluruh atau sebahagian permukaan bumi yang bercorak umum

dan berskala kecil.

c)Peta topografi memberi gambaran tentang permukaan bumi dan reliefnya.Peta ini mempunyai

skala yang besar iaitu kurang daripada 1:10 000 dan lazimnya dikeluarkan secara

bersiri.Contohnya peta topografi Semenanjung Malysia L7010.

2
Mohd Faris Dziaudin dan Ruslan Rainis, 2003, Pengenalan Kepada Kartografi : Prentice Hall, h.34.
3
Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10

2)Peta Tematik

Peta tematik hanya menumpukan kepada kepelbagaian satu fenomena sahaja seperti

taburan penduduk, pendapatan purata, hasil pertanian, hujan, suhu atau bentuk muka bumi.Di

samping itu peta tematik juga digunakan untuk menunjukkan hubung kait antara satu fenomena

dengan fenomena yang lain, contohnya hujan dan bentuk muka bumi. 3Biasanya peta jenis ini

dilukis pada skala kecil bagi tujuan mempotretkan fenomena terpilih.

Fungsi peta

Kepentingan peta kepada manusia tidak dapat dinafikan lagi.Peta merupakan alat atau

bahan rujukan untuk memberi panduan dalam kehidupan seharian.

1)Peta sebagai sumber maklumat dan sistem perhubungan kepada manusia.

Fungsi peta adalah menyajikan suatu informasi kepada pembaca peta. Agar informasinya mudah

diterima dan cepat difahami, maka cara penyampaiannya harus jelas, dengan bahasa yang

sederhana. Bahasa peta adalah simbol-simbol (titik, garis dan luasan/areal, kualitatif/kuantitatif,

warna, simbol, skala dan sebagainya) yang merupakan sistem komunikasi antara pembuat peta

dengan pembaca peta.

2)Perjalanan

Peta jalan, peta laluan bas dan peta pelancong bertujuan untuk menunjuk arah jalan untuk ke

sesuatu destinasi.Peta jenis ini membenarkan seseorang itu mengenal pasti laluan alternatif yang

boleh diikuti , membenarkan perancangan perjalanan dengan beberapa tempat untuk berhenti dan

3
Foziah Johar, 1992, Pengenalan Kartografi Untuk Perancang Bandar: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.18.
4
Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10

ia juga membenarkan penerokaan semula daripada laluan yang salah tadi tanpa perlu mengikut

laluan asal.

3)Visualisasi

Peta membenarkan seseorang itu melihat sendiri tentang perhubungan yang wujud dalam

ruang yang kadangkala sukar dicerap.Penggunaan skala dalam peta membolehkan seseorang itu

mengenal pasti dan memahami kepelbagaian corak dan pertalian ruangan.

4)Pengukuran

Kerja-kerja pengukuran seperti kawasan, ketinggian, jarak, perimeter dan sebagainya

dapat dilakukan dengan mudah menerusi penggunaan peta yang bersesuaian.Peta juga boleh

digunakan untuk memantau perubahan sesuatu kawasan berdasarkan tempoh tertentu.

Komponen Peta

Peta yang baik memberikan maklumat yang benar. Peta yang baik memberikan maklumat

keadaan suatu daerah. Peta yang baik menunjukkan letak dan jarak suatu tempat secara jelas dan

pasti. Peta yang baik memuat sejumlah unsur. Unsur-unsur itu membantu kita mengetahui

keadaan sebenarnya. Terdapat enam unsur utama sesebuah peta iaitu judul peta, garis tepi peta,

legenda, skala, penunjuk arah (mata angin), dan garis astronomi.

5
Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10

Di sini diberikan contoh peta untuk menunjukkan fungsi-fungsi setiap kompenan di atas.

1. Judul peta

Judul peta menunjukkan nama peta. Judul peta ditulis di bagian atas dengan huruf yang

menonjol. Misalnya, peta Provinsi Gorontolo.Tajuk seharusnya dipilih bagi menerangkan tema

peta dengan tepat dan konsisten dengan simbol yang digunakan; serta pentingnya, bertepatan

dengan tajuk petunjuk peta.4

2. Garis tepi peta

Garis tepi peta adalah batas-batas pinggir gambar peta. Fungsi garis tepi untuk menulis angka-

angka derajat astronomis.

4
David J.Cuff Mark T.Mattson, 1993, Peta Tematik Reka Bentuk dan pengeluaran : Dewan Bahasa dan Pustaka,
h.66.
6
Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10

3. Legenda

Legenda adalah keterangan-keterangan yang menjelaskan simbol- simbol pada peta. Biasanya

legenda terletak di bahagian bawah sebelah kiri ataupun kanan. Sedangkan simbol ialah gambar

yang digunakan untuk mewakili objek-objek dalam peta. Misalnya simbol untuk danau, sungai,

jalan, rel kereta, ibukota provinsi, batas kabupaten, dan sebagainya. Pemakai peta boleh melihat

keadaan suatu wilayah. Simbol-simbol peta berbentuk warna, garis, dan gambar.

Peta selalu dilengkapi dengan pemberian simbol-simbol yang merupakan generalisasi

dari suatu benda atau bidang sebenarnya. Simbol hendaknya mudah digambar dan dibaca oleh

pembaca peta atau users serta usahakan dibuat semenarik mungkin. Untuk membuat simbol dan

peta lebih menarik biasanya simbol-simbol tersebut diberi warna atau colouring. Simbol-simbol

yang ditempatkan pada sebuah peta dapat dianalisa dan dapat menentukan tema dari peta

tersebut.

Penggunaan simbol peta dari waktu ke waktu selalu berkembang mengikuti dan sesuai

dengan kemajuan ilmu pengetahuan tentang perpetaan dan menyesuaikan pula dengan jenis peta

sehingga memungkinkan simbol suatu seri peta berbeza dengan simbol seri peta lain. Simbol

yang ada dalam sebuah peta mestilah simbol yang baik dan benar. Dalam buku “Desain dan

Komposisi Peta Tematik” karangan Juhadi dan Dewi Liesnoor, disebutkan bahawa syarat simbol

yang baik secara umum adalah sederhana, mudah digambar, mudah dibaca, mencerminkan data

dengan teliti, berbentuk seragam dalam suatu peta dan bersifat umum.

Simbol kualitatif ialah simbol yang menyatakan keadaaan sebenarnya apa yang

digambarkan dengan bentuk yang lebih sederhana. Simbol ini hanya mewakili unsur yang

berupa titik, garis, maupun luasan.Simbol kuantitatif pula ialah simbol yang menyatakan

7
Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10

keadaaan sebenarnya apa yang digambarkan dengan bentuk yang lebih sederhana dengan disertai

dengan nilai atau kuantitinya. Nilai atau kuantiti tersebut dapat menunjukkan ketinggian, jumlah,

luas, dan sebagainya. Simbol boleh diklasifikasikan secara am kepada simbol titik, simbol

garisan, simbol kawasan dan simbol bergambar.

a)Simbol titik

Simbol titik digunakan untuk menunjukkan bilangan dan lokasi sesuatu fenomena atau cirri

geografi sesuatu kawasan.Penggunaan teknik ini menghasilkan peta titik.Selalunya titik

berbentuk bulat digunakan sebagai simbol untuk mewakili fenomena yang mungkin terdiri

daripada bilangan manusia, ternakan atau sebuah bandar.

b)Simbol garisan

Simbol garisan digunakan apabila sesuatu fenomena atau ciri geografi yang ingin digambarkan

mempunyai cirri-ciri linear.Garisan sempadan boleh ditafsirkan dalam dua cara iaitu yang

pertama garisan dilihat sebagai sebahagian daripada kawasan yang dilingkunginya seperti

sempadan hutan atau tepian tasik.Kedua, ia dilihat sebagai simbol garisan yang terasing secara

sendirinya seperti sempadan politik.5

Contoh simbol garisan dan ertinya.

5
Foziah Johar, 1992, Pengenalan Kartografi Untuk Perancang Bandar: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.61.
8
Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10

c)Simbol berkawasan

Simbol ini digunakan untuk menunjukkan sifat sesuatu kawasan yang besar iaitu hubungannya

dengan skala peta.Contohnya sebuah bandar bagi peta berskala 1/1000 mungkin digambarkan

sebagai satu perbandaran dalam lingkungan garisan sempadan bandar tetapi untuk skala

1/1 000 000 hanya merupakan satu titik.Bentuk dan saiz simbol ini ditentukan juga oleh ciri

kawasan secara fizikal di samping skala peta itu sendiri.

d)Simbol bergambar/deskriptif

Simbol jenis ini sering digunakan untuk menggambarkan identiti dan lokasi fenomena geografi

yang dipetakan.Pembaca dengan mudah dapat mengetahui fenomena geografi dengan merujuk

simbol ini tanpa merujuk petunjuk peta.Simbol ini lazimnya menyerupai gambar fenomena yang

terdapat di muka bumi.

Contoh simbol bergambar/deskripsif

9
Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10

d)Simbol warna

Warna telah digunakan dalam kerja-kerja pemetaan kerana ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri

estetik tetapi yang lebih penting ialah peranannya dalam menimbulkan lihatan yang

jelas.6Penggunaan warna untuk menimbulkan perbezaan di antara kelas-kelas dan kelas kecil

sesuatu fenomena.Warna juga telah digunakan untuk menunjukkan air dan tanah, satu daerah

dengan daerah yang lain, satu guna tanah dengan guna tanah yang lain dan rangkaian-rangkaian

perhubungan. Secara praktisnya, warna biasa dijelaskan melalui tiga damensi iaitu rona,

keamatan (kekuatan) dan nilai (ton) warna.Ia meninggalkan kesan yang menarik dan mudah

ditafsir oleh pengguna.

Contoh-contoh penggunaan warna dalam peta ;

Warna hijau menunjukkkan dataran rendah

Warna kuning menunjukkan dataran tinggi

Warna coklat menunjukkan derah pergunungan

Warna biru menunjukkan daerah perairan (laut, sungai, tasik).Dibezakan kedalamannya

Seperti biru pekat kawasan perairan yang dalam dan biru cair untuk perairan yang

dangkal.

4. Skala

Skala peta merujuk kepada nisbah antara jarak di atas peta dan jarak yang sebenar di atas

permukaan bumi.Skala merupakan unsur penting sebab ia dapat menentukan jarak, keluasan dan

kejituan kawasan-kawasan di dalam sesebuah peta.7 Sebuah peta selalu dibuat jauh lebih kecil

6
Foziah Johar, 1992, Pengenalan Kartografi Untuk Perancang Bandar: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.84.
7
Mohd Faris Dziaudin dan Ruslan Rainis, 2003, Pengenalan Kepada Kartografi : Prentice Hall, h.101.
10
Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10

dari keadaan yang sebenarnya tetapi, letak, jarak, dan arahnya seperti keadaan yang sebenarnya.

Ada dua jenis skala, iaitu skala angka dan skala garis.

a. Skala angka (skala numerik)

Skala angka disebut juga skala perbandingan. Skala ini biasanya ditulis di bahagian bawah.

Misalnya dalam sebuah peta kita temui Skala 1:10.000 (dibaca 1 berbanding 10.000). Ini bererti

bahwa jarak 1 cm pada peta sama dengan 10.000 cm di permukaan bumi. Atau 1 cm pada peta

sama dengan 100 m atau 0,1 km jarak yang sebenarnya. Misalnya, jarak antara bandar A ke

bandar B di peta adalah 5 cm. Ini bererti jarak yang sebenarnya dari bandar A ke bandar B

adalah 5 cm X 10.000 cm = 50.000 cm. Jika dalam meter bererti 500 meter dan jika dinyatakan

dalam kilometer bererti 0.5 km.

b. Skala garis

Skala ini ditunjukkan oleh garis lurus yang diberi dalam bahagian-bahagian yang sama. Panjang

masing-masing ruas = 1 cm.Ini bererti bahawa 1 cm di peta sama dengan 1 km di tempat

sebenarnya.Skala angka boleh ditukar menjadi skala garis.Contohnya dalam sebuah peta tertulis

skala angka 1 : 5.000.000.Ini bererti 1 cm pada peta sama dengan 5.000.000 cm pada jarak yang

sebenarnya (di muka bumi). Atau, 1 cm pada peta sama dengan 50 km pada jarak sesungguhnya.

Jika skala angka tersebut ditukar ke skala garis ia dapat digambarkan seperti berikut.

11
Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10

5. Petunjuk arah (mata angin)

Mata angin atau penunjuk arah ini juga merupakan salah satu unsur yang penting dalam sebuah

peta. Tanda arah atau sering pula disebut mata angin, biasanya menyerupai panah yang hujung

nya runcing menunjukkan arah utara.Arah Utara Benar perlu ditunjukkan dalam peta untuk

menunjukkan kedudukan lokasi.Arah mata angin hendaklah dibuat dalam saiz yang cukup besar

supaya mudah kelihatan tetapi ia tidak perlu menonjol.

Mata angin adalah jarum pedoman atau garis yang menunjukkan arah suatu tempat. Mata angin

juga bererti arah, jurusan, atau kiblat suatu tempat. Penunjuk arah mata angin dalam peta sangat

penting. Penunjuk mata angin membantu kita untuk menjelaskan posisi suatu tempat.

Contoh petunjuk mata angin

6. Garis astronomis

Sebilangan peta mempunayai nilai geografi untuk menunjukkan kedudukannya iaitu garis lintang

(latitud) atau garisan yang terdapat di peta yang dilukis selari dengan khatulistiwa dan garis

12
Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10

bujur(logitud) iaitu garisan yang menghubungkan Kutub Utara Benar dengan Kutub Utara

Selatan.Gambar peta 1.3 terdapat garis-garis tegak (vertikal) dan mendatar (horizontal). Garis-

garis itu disebut garis astronomis. Garis-garis yang tegak disebut garis bujur. Sementara yang

garis-garis yang mendatar disebut garis lintang.Garis astronomis berguna untuk menentukan

letak suatu tempat atau wilayah. Misalnya, letak Provinsi DKI Jakarta itu di antara 106°22‘

sampai 106°58‘ Bujur Timur (BT) dan 5°19‘ sampai 6°24‘" Lintang Selatan (LS).

7.Maklumat Lain

a) Lettering ialah semua tulisan atau pun angka yang lebih mempertegas erti dari simbol-simbol

yang ada.

b)Inset Peta berupaya memberikan tekanan terhadap sesuatu yang ada dalam peta. Inset peta
bertujuan untuk :

1) menunjukkan lokasi yang penting, tetapi kurang jelas dalam peta, dan

2) mempertajam atau memperjelas salah satu bagian peta.

Contoh Inset Peta

13
Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10

c. Garis Tepi biasanya dibuat rangkap. Garis ini dapat dijadikan pertolongan dalam membuat

peta pulau, atau suatu wilayah agar tepat di tengah-tengahnya.

d. Tahun Pembuatan atau reproduksi berlainan dengan tahun keadaan peta. Misalnya, peta

tentang sebaran penduduk Indonesia tahun 2000, yang dibuat pada tahun 2006, maka dalam

judul harus dicantumkan “Peta Sebaran Penduduk Indonesia Tahun 2000”. Sedangkan, di luar

garis kita tuliskan tahun pembuatannya , iaitu tahun 2006.

Selain itu ada beberapa maklumat lain yang mungkin perlu ditunjukkan di dalam peta.Ini

meliputi bahan sumber, tarikh ukur atau pengesahan dan sebagainya.Kesemua kenyataan ini

harus ditempatkan dalam kotak di sebelah kanan atau kiri penjuru peta.8

Kesimpulan

Kepentingan peta kepada manusia tidak dapat dinafikan lagi.Peta digunakan oleh

manusia untuk merancang perjalanan dari suatu destinasi ke destinasi yang lain agar perjalanan

itu lebih tepat dan cepat. Peta yang baik memberikan informasi yang benar keadaan sesuatu

daerah. Peta yang baik juga menunjukkan letak dan jarak suatu tempat secara jelas dan pasti.

Peta yang baik memuat sejumlah unsur-unsur yang membantu kita untuk mentafsir peta dengan

tepat.Pernah dikatakan bahawa peta membawa seribu makna tetapi jika makna terpaksa dicari

dengan bertungkus lumus maka ia tidak akan berfaedah. 9Oleh itu peta harus dipermudahkan,

dinyatakan secara jelas dengan menggunakan simbol-simbol dan maklumat-maklumat yang

bersesuaian.Simbol merupakan salah satu unsur peta yang sangat penting, simbol mampu

memberikan nyawa pada peta sehingga peta menjadi lebih mudah dimengertikan.

8
Foziah Johar, 1992, Pengenalan Kartografi Untuk Perancang Bandar: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.118.
9
Ibid, h.118.
14
Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10

Segala maklumat dan pengetahuan yang diperolehi melalui peta dapat digunakan oleh

manusia untuk tujuan penyiasatan dan pembangunan sesuatu tempat.Seorang pengembara

menjadikan peta sebagai petunjuk arah untuk mengetahui lokasi-lokasi dan tempat bersejarah

yang menarik di negara-negara yang dikunjunginya.

15
Safina Mohamed JMG 101 T1 JM/11160/10

BIBLIOGRAFI

1. Foziah Johar, 1992. Pengenalan Kartografi Untuk Perancang Bandar, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur.

2. Mohd Faris Dziaudin dan Ruslan Rainis, 2003. Pengenalan Kepada Kartografi , Prentice Hall, Selangor.

3. David J.Cuff Mark T.Mattson 1993. Peta Tematik Reka Bentuk dan pengeluaran, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

4.Chong Seck-Chim, 1971. Buku Kerja Kontor, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

5.Mohd Yusof Abdullah, 1993. Teknik Pandu Arah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

6.Jamaluddin Md.Jahi, 1985. Pengantar Kerja Ukur untuk Ahli Geografi, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur.

7.Lawrence, G.R.P., 1971. Cartography Method. Methuens.

16

You might also like