You are on page 1of 16

Konsep Asas Nilai

• Berikutnya pula kita akan membincangkan


Sistem Nilai (konsep dan jenis-jenis nilai) dan
Teori Etika. Kefahaman perbezaan jenis nilai
memberikan penjelasan tentang pegangan
nilai antara individu, peraturan-peraturan yang
termaktub atau nilai-nilai sejagat. Teori
• etika pula akan membantu pelajar melihat
perbezaan pandangan manusia dalam
• membuat penilaian tindakan masing-masing
daripada pelbagai asas teori
• 3.1 Pernyataan Normatif
• Sebelum kita mulakan tajuk ini, sila rujuk buku Pendidikan Moral oleh
• Koo Kee Peng dan Tang Chee Yee (1990), Bab 1.
• Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik, benar dan
• patut.Contohn ya:
• Kitapatut melakukan apa yangbaik danbenar
Andapatut berkelakuanbaik
Andapatut makan makanan berkhasiat
Menderma adalah satu perbuatan yangbaik dan patut dilakukan

• Sesuatu tindakan itu ‘baik’ atau ‘benar’ sekiranya tindakan sejajar dengan
tugas dan tanggungjawab, dan ‘salah’ jika perlakuan/tindakan bertentangan
konsep baik dan benar. Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli falsafah yang
berlainan telah mentakrifkannya dalam konteks atau cara yang berbeza.
Dalam konteks kematian pasangan Laleh
dan Laden, kembar Iran yang popular,
telah mencetuskan soal pendebatan
moral dalam etika dunia perubatan.
Moral ialah pertimbangan sama ada
sesuatu perbuatan atau perlakuan itu
salah atau sebaliknya. Etika pula sama
ada sesuatu perbuatan itu adil atau tidak.
Secara ringkasnya kes itu menjurus
kepada persoalan patut atau tidak patut
berdasarkan kepada moral dan etika.
Pelbagai tanggapan telah dibuat,
Walaubagaimanapun kes ini boleh
dilihat dari 4 petak:
1 2 3 4
bermoral bermoral tidak tidak
dan tetapi bermoral bermoral
beretika tidak tetapi dan tidak
beretika beretika. beretika.
• Jenis-Jenis Nilai
• Nilai merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga
sesuatu benda. Nilai merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu
benda (manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah,
diingini, atau sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci atau di antara kedua
pola ini, iaitu sederhana. (Koo K.P, 1990: ms 70)
• Menilai sesuatu dengan perkataan, baik, buruk, cantik dan lain-lain adalah suatu
• penilaian yang dibuat oleh akal manusia mengikut piawaian mereka.
• Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara. Justeru,
• wujudlah pelbagai kegunaan nilai:
• •
• Nilai instrumental (ekstrinsik) berbanding nilai instrinsik.
• •
• Nilai subjektif berbanding nilai objektif.
• •
• Nilai relatif berbanding nilai mutlak (absolute)
Nilai Instrumental (Ekstrinsik) berbanding Nilai Intrinsik

Nilai Instrumental (Ekstrinsik) Nilai Intrinsik


Kualiti yang diterima atau ditolak sbagai Kualiti yang diterima atau ditolak
alat mencapai sesuatu matlamat. semata-mata kerana ia baik atau
Bergantung pada nilai lain untuk buruk tanpa mengambil kira
mencapai sesuatu matlamat kesannya.
Nilai peringkat kedua, misalnya Tidak bergantung pada nilai lain untuk
berani, rajin dan hormat mencapai sesuatu matlamat.
menghormati. Nilai tersebut sendiri sebagai
matlamat akhir.
Contoh:
Dia berpura-pura rajin di depan ibunya Nilai peringkat pertama, misalnya
untuk mengambil hati ibunya. baik hati, kasih sayang, keadilan.
Nilai di atas (mengambil hati) Contoh: Hakim menjatuhkan hukuman
bergantung kepada nilai lain (rajin) 20 tahun penjara kepada perogol
untuk mencapai matlamatnya setimpal dengan jenayah yang
dilakukan.
Nilai-nilai di atas pula tidak bergantung
dengan nilai lain untuk mencapai
matlamat
Nilai-nilai ini digunakan untuk
menunjukkan hubungan antara nilai
Nilai Subjektif berbanding Nilai Objektif

Nilai Subjektif Nilai Objektif

Kualiti yang diterima atau ditolak Kualiti yang bernilai atau sebaliknya
oleh seseorang yang yang bebas daripada pilihan
memberikan pandangan peribadi.
Diterima atau ditolak mengikut
pandangan seseorang individu Diterima atau ditolak berdasarkan
satu set kriteria yang dipersetujui
oleh semua atau kebanyakan
orang
Nilai Relatif berbanding Nilai Mutlak atau Nilai Absolute

Nilai Relatif Nilai Mutlak

Nilai yang diterima atau ditolak Nilai yang kebaikan tidak terikat
oleh peraturan sesuatu kepada sesuatu kebiasaan
masyarakat untuk mencapai sesebuah masyarakat.
sesuatu matlamat masyarakat. Diterima umum dan telah diuji
atau terbukti sebagai baik atau buruk.
Nilai relatif ialah arbitrari (tidak
tertentu), tidak sempurna dan Kekal sepanjang masa dan di
berbeza-beza antara semua tempat serta hampir
masyarakat yang berlainan. semua situasi norma masyarakat
Boleh berubah mengikut
masa
Aktiviti 1
Untuk setiap jenis nilai, berikan satu contoh bagi menjelaskan
nilai yang dibincangkan
Jenis Nilai Contoh

Instrumental

Instrinsik

Objektif

Subjektif

Mutlak

Relatif
Konsep Nilai Merentas Kurikulum
• Semua nilai baik sama ada yang termaktub dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, atau mana-mana mata
pelajaran yang diajar di sekolah seharusnya menyelitkan nilai murni untuk dijadikan panduan hidup murid.
• Penerapan nilai-nilai murni dilakukan dengan menyeluruh dalam semua mata pelajaran
• KBSR dan KBSM. Pendekatan ini dikenali sebagai nilai merentas kurikulum. Nilai-nilai murni merupakan unsur yang amat penting dan diserapkan ke
dalam setiap mata pelajaran. Nilai-nilai ini berteraskan kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Matlamat penerapan nilai-nilai murni melalui
pendidikan adalah untuk melahirkan insan dan juga warganegara yang baik serta memiliki akhlak mulia. Antara objektif yang hendak dicapai
menerusinya ialah:
• •
• Menanam kesedaran, kefahaman, keyakinan diri dan juga kesyukuran.
• •
• Menanam semangat cinta akan nilai suci
• •
• Menghormati kebaikan dan membenci keburukan
• •
• Membentuk sikap positif yang berguna kepada agama, bangsa dan juga sewaktu
• menjalankan tugas dan tanggungjawab.
• •
• Menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan
• •
• Menjalankan tugas dengan dedikasi
• •
• Melatih diri dengan displin
• •
• Meningkatkan hasil atau produktiviti
• •
• Berusaha dan mencapai kecemerlangan
• (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990,hal.25)
• Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru dan pihak sekolah untuk
• memupuk nilai kepada murid-muridnya. Contohnya guru matematik boleh menyelitka
Konsep Nilai Merentas Kurikulum
• nilai murni seperti kejujuran, keadilan, hormat pelanggan, semasa menyampaikan topik
ukuran berat dan panjang. Guru boleh mengaitkan cerita tentang peniaga yang berjaya
dalam perniagaan disebabkan pelanggannya percaya terhadap kejujurannya menimbang
dan mengukur barangan yang dijual.
• Selain itu sekolah haruslah mengaplikasikan nilai murni dalam rutin bilik darjah, luar bilik
darjah, kurikulum dan majlis-majlis sekolah. Contohnya ada sekolah yang tandasnya mesra
pelanggan iaitu sama taraf dengan tandas hotel ternama. Mengapakah sekolah tersebut
mampu mempunyai kualiti tandas yang sedemikian hebat sedangkan kebanyakan sekolah
menghadapi masalah mengekalkan tandas dalam keadaan bersih. Siapakah yang harus
diberikan pujian dan apakah kaitannya dengan nilai merentas kurikulum?
• Dalam majlis-majlis di sekolah seperti perhimpunan, murid perlu berdiri tegak semasa
lagu kebangsaan dinyanyikan. Begitu juga mereka perlu berdisiplin sepanjang tempoh
perhimpunan dengan tingkah laku yang telah ditetapkan. Bagaimana budaya sekolah
berupaya memupuk nilai murni ke dalam diri pelajar?
• Rumusannya, penerapan nilai merentas kurikulum perlu dilakukan secara berstruktur dan
bersungguh-sungguh kerana penghayatan nilai murni tidak akan berlaku secara kebetulan.
Semua warga sekolah perlu bekerjasama untuk menentukan kejayaan konsep ini.
• Sesungguhnya pengaruh nilai dalam pembangunan masyarakat dan
• negara amat penting dalam merealisasikan Wawasan 202
• Rumusan
• 1. Nilai adalah ukuran atau piawai yang
ditetapkan oleh seseorang untuk mengukur
• sesuatu.
• 2. Moral adalah suatu nilai tetapi bukan
semua nilai bersifat moral.
• 3. Terdapat banyak jenis nilai dalam kehidupan
yang mempunyai ciri dan
• fungsi tertentu
• baik, benar danpatut merupakan ciri-ciri yang
diperlukan bagi Insan Bermoral
• 5. Dalam masyarakat majmuk, konsep baik,
benar dan patut diamalkan dengan
• mengambil kira kepelbagaian latar belakang
individu seperti agama danadat
• 6. Peraturandan pegangan prinsip moral
seseorang akan menentukan bagaimana
• dia menghayati konsep baik, benar dan patut

You might also like