You are on page 1of 24

AMALI INTERAKSI 1

Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam


Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tajuk yang dipilih untuk tunjuk cara & praktis teori
Huraian Bahasa ialah:

AYAT TUNGGAL
Aplikasi Teori Tradisional
• Menggunakan pendekatan pengajaran
Deduktif iaitu mengutamakan
penguasaan undang-undang atau
peraturan bahasa dahulu sebelum
memberikan contoh-contoh.

• Cara-cara pelaksanaannya ialah:


1. Guru memberi penerangan tentang takrif
ayat tunggal.
Contohnya:
AYAT TUNGGAL
Ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu
yang mempunyai satu unsur subjek dan
predikat.

Ayah Siti membaca akbar itu.


SUBJEK PREDIKAT
2. Selepas memberi penerangan kata tunggal,
guru memberikan contoh-contoh ayat tunggal.

Contoh-contoh Ayat Tunggal:


Dia bermain bola tampar.

Buku itu di atas meja

Abu makan Ayam panggang.


3) Guru meminta pelajar memberikan contoh ayat tunggal
untuk memastikan pelajar memahami konsep ayat tunggal.

Berikan contoh-contoh ayat tunggal.


4) Setelah pelajar dapat memahami bentuk
ayat tunggal. Guru memberikan latihan
pengukuhan kepada murid-murid supaya
meraka dapat menguasai ayat tunggal
dengan baik.
Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh
dilaksanakan ialah:
i. Membina ayat tunggal.
ii. Mencari ayat tunggal dalam petikan.
iii. Berdasarkan gambar, murid diminta
membuat ayat tunggal.
Contoh Soalan Aktiviti Pengukuhan

1. Bina 5 ayat tunggal yang ringkas.


2. Berdasarkan teks dibawah, kenalpasti ayat
tunggal.
Hari ini panas. Ibu menjemur pakaian. Ayah
menolong ibu membawa pakaian yang
sudah dibasuh. Pakaian itu disidai di
ampaian supaya kering.
3. Bina ayat tunggal bagi setiap gambar.

Fahmi – abang Fahmi - bermain


CONTOH:
1. Fahmi bermain bola. Adik – menangis – sakit gigi
2. Abang Fahmi bermain bola

Keluarga – berkelah Abang – membuang sampah


Aplikasi Teori Struktural
• Menggunakan pendekatan pengajaran
induktif iaitu mengutamakan contoh
penggunaan bahasa daripada undang-
undang atau peraturan bahasa.

• Cara-cara pelaksanaannya ialah:


1. Guru memberikan contoh-contoh ayat dan
meminta pelajar mengenal pasti jenis ayat.

Contohnya:

Aminah seorang jururawat.


Kucing itu sangat comel.
Cikgu Tey sedang berucap.
2. Setelah pelajar dapat mengenalpasti
jenis ayat yang diberikan, guru akan
menghuraikan atau menerangkan
konsep ayat tunggal.
Contohnya:
AYAT TUNGGAL
Ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu
yang mempunyai satu unsur subjek dan predikat.

Aminah seorang jururawat.


SUBJEK PREDIKAT
3. Guru meminta pelajar memberikan contoh
ayat tunggal untuk memastikan pelajar
memahami konsep ayat tunggal.
4. Setelah pelajar dapat memahami bentuk ayat
tunggal. Guru memberikan latihan
pengukuhan kepada murid-murid supaya
mereka dapat menguasai ayat tunggal.
dengan
Contoh baik.
aktiviti pengukuhan yang boleh dilaksanakan ialah:
i. Membina ayat tunggal.
ii. Mencari ayat tunggal dalam petikan.
iii. Berdasarkan gambar, murid diminta membuat ayat
tunggal.
• Dalam pengajaran & pembelajaran Bahasa
Melayu, ciri-ciri bahasa dikaji melalui analisis
struktural.
– Analisis struktural ini menganalisis pola ayat
dengan menggunakan konsep Konstituen
Terdekat, iaitu pola ayat dianalisis & diperincikan
hingga kepada struktural tatabahasa yang paling
kecil.

– Contoh analisis struktural ialah:


CONTOH ANALISIS AYAT KEPADA KELAS (GOLONGAN) KATA.

1. Murid-murid itu sungguh rajin.


SUBJEK PREDIKAT
Kata nama Murid-murid itu Sunggu rajin. Kata Adjektif

Frasa Nama (FN) Frasa Adjektif (FA)


Strategi pelaksanaan analisis bahasa secara
struktural ialah:
1. Guru meminta bantuan murid membina
beberapa ayat tunggal untuk dianalisis.
2. Seterusnya, guru akan membantu dan
meminta murid-murid merumus dan
mencerakinkan jenis golongan kata dalam
ayat telah dibina oleh murid.
Aplikasi Teori Transformasi
Generatif
• Teori transformasi generatif sangat berkesan
dalam pengajaran & pembelajaran
tatabahasa, kerana teori ini melihat bahasa itu
mempunyai ciri yang unik.
– Contoh yang boleh mengatakan bahasa itu unik
ialah:
 Terdapat ragam ayat dalam bahasa Melayu seperti
kejadian ayat aktif dan ayat pasif.
• Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif,
melibatkan perpindahan tempat frasa nama
yang menjadi subjek & objek ayat berkenaan.
Contoh ayat aktif (Ayat Tunggal) kepada ayat pasif:

Ali membaca buku itu Buku itu dibaca oleh Ali


SUBJEK OBJEK OBJEK SUBJEK
Strategi pelaksanaan pengajaran &
pembelajaran menukar ayat tunggal kepada
ayat pasif ialah:
1. Guru menyediakan ayat-ayat tunggal kepada
murid-murid untuk ditukarkan kepada bentuk
ayat Pasif.
2. Setelah pelajar menguasai kemahiran
membentuk ayat pasif, pelajar diminta
menukarkan ayat Pasif kepada dalam bentuk
ayat aktif.
Contoh tugasan bagi menukar Ayat Aktif
kepada Pasif dan sebaliknya.
1. Menukar Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
i. Abang saya menerima jawapan itu. (Aktif)
…………………………………………………… (Pasif)

ii. Banjir memusnahkan kawasan pertanian


itu. (Aktif)
……………………………………………………. (Pasif)
2. Menukar Ayat Pasif kepada Ayat Aktif.
i. Jawatan itu diterima oleh abang saya.
(Pasif)
………………………………………………… (Aktif)

ii. Masalah penyalahgunaan dadah telah


dibincangkan oleh anggota-anggota
Jawatankuasa itu. (Pasif)
…………………………………………………… (Aktif)
Aplikasi Teori Fungsional
• Berdasarkan teori fungsional, pengajaran &
pembelajaran bahasa mementingkan fungsi
sosial sesuatu bahasa.
• Dalam P & P bahasa, fungsi sesuatu bahasa
dapat diajar oleh seseorang guru dengan
memberi situasi kepada pelajar dan
mengkehendaki mereka membuat ayat
berdasarkan situasi tersebut.
Contoh situasi yang boleh diberikan kepada pelajar ialah:

1. Berdasarkan gambar situasi A dan situasi B, senaraikan


perkataan yang sesuai. Kemudian, bina ayat tunggal yang
memberi penerangan kepada situasi yang diberi dengan
menggunakan perkataan tersebut.
SITUASI A

Contoh perkataan: beratur


Contoh ayat tunggal: Vincent sedang beratur bersama rakan-
rakannya.
SITUASI B

Contoh perkataan:
Contoh ayat tunggal:

• Berdasarkan situasi-situasi yang diberikan, murid-murid akan lebih mahir


untuk mengunakan atau bertutur dengan baik mengikut fungsi sosial
sesuatu bahasa tersebut.

• Contohnya, dalam situasi yang diberikan, murid diminta memberi


penerangan. Berdasarkan situasi tersebut murid akan memberikan ayat
tunggal/ ayat penyata yang berfungsi memberi keterangan.

You might also like