You are on page 1of 18

2010

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU


(Versi 3.5)
ARTIKEL PENGIRING: TEMUBUAL BERSAMA SRIKANDI

Original Author: Srikandi


For: MistisFiles
From: Mistis Organisation
Republish by Alam Mala
PERINGATAN: THE TRAFFICKER CODE
‘The Trafficker Code’ terdiri dari tiga perkara penting. Tiga sahaja. Dan ini adalah tunjang kepada
panduan untuk menyelamatkan diri anda dari menjadi keliru. Ingat baik-baik tiga perkara ini:

1. Bukan semua yang ada di dalam dunia ini adalah konspirasi, hasil konspirasi ataupun
bersangkut paut dengan konspirasi. Jika anda bertemu dengan satu fakta bahawa terdapat
konspirasi pada A, maka tidak semestinya B dan C juga ada kaitan dengan konspirasi. Jangan
anggap pokok, kucing anda dan ibu bapa anda adalah ciptaan konspirasi. Ini adalah pandangan
yang ekstrim.

Yang penting, anda mesti tapis dahulu maklumat itu. Jangan terima bulat-bulat atau menolaknya
tanpa mengkaji dahulu. Fikirkan baik-baik.

2. Tidak dinafikan, sebahagian besar sumber Teori Konspirasi adalah dari para pengkaji Barat. Jadi
terdapat dua kategori pengkaji Barat ini
a. Pertamanya mereka yang memang benar-benar jujur mahu mencari kepastian kepada
misteri yang terjadi di sekeliling mereka. Mereka sedar terdapat sesuatu yang tidak kena
dengan sistem sosial masyarakat mereka dan apa yang mereka tahu selama ini. Mereka
pun mula mengkaji dan mengkaji. Dalam hal ini, mungkin 80% kajian mereka boleh
diterimapakai, kerana mereka mengkaji berdasarkan kesan-kesan konspirasi yang
dialami oleh mereka sendiri. Selebihnya perlu ditapis dan dipadankan dengan sumber
kita sendiri.
b. Keduanya para penulis yang diupah oleh The Elite sendiri atau para Orientalis yang
menulis dengan tujuan tertentu bagi menghasilkan kesan-kesan yang negatif terhadap
khalayak. Antaranya dengan tujuan mahu menimbulkan panik atau kesan bahawa
manusia tiada gunanya melawan mereka, kekuatan The Hidden Hand amat gagah dan
telah mempengaruhi segenap kehidupan mereka. Jadi mereka mahu ‘brainwash’
khalayak supaya tunduk berserah diri pada kekuatan mereka, menganggap The Hidden
Hand ini sebagai ‘Tuhan’ yang dapat menaburkan mereka kekayaan. Lihat, pertamanya
mereka menulis segala konspirasi yang berlaku, kemudian mereka akan selitkan seolah-
olah Tuhan langsung tidak berkuasa dan jika mahu selamat, berserah diri sahaja pada
The Hidden Hand ini. Berhati-hati dengan penulis seperti Zecharia Sitchin atau Alberto
Rievera mahupun penulis The Vatican Assassin yang dalam menceritakan pelbagai
konspirasi, boleh meleret-leret sehingga Nabi Muhammad dan agama Islam juga
dikatakan hasil konspirasi juga! Ini dinamakan merepek dan ada juga di antara mereka
yang menganggap makhluk asing adalah punca segala konspirasi ini dan tujuan para
‘alien’ ini adalah untuk menduduki bumi dan memperhambakan manusia!

Moralnya, jangan menjadi mangsa ‘conspiracy theorist’ yang berniat jahat atau keliru.

3. Apa jua konspirasi mereka, perancangan atau pelan, bagaimana hebat atau dasyat sekalipun
perancangan konspirasi mereka, semuanya masih jauh untuk mengatasi perancangan
dan takdir Allah azza wa jalla.

Gunakan kod panduan di atas ketika membaca atau mengkaji pelbagai teori konspirasi di merata-rata
sumber. Ingat tiga poin penting ini.
DARI MISTIS ORGANIZATION
Selepas berakhirnya siri Alter Terahsia Bangsa Melayu (ATBM) Volume 3.0 yang lalu, meja pengarang
MistisFiles (MF) telah dihujani pelbagai pertanyaan tentang rahsia keMelayuan dan Nusantara. Ada
pihak yang menyokong Srikandi malah mengemukakan maklumat-maklumat tambahan untuk
berkongsi dengan pembaca MF. Ada pihak yang membangkang dan mengkritik Srikandi. Ada yang tidak
berpuashati dengan Srikandi. Ada yang memaki-hamun Srikandi seolah-olah Srikandi telah
memusnahkan seluruh hidupnya!

Bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia siri ini telah tersebar dengan meluas apabila seorang
peminat dari seberang (?) telah mengedit siri ATBM di dalam bahasa Indonesia dan menyebarkannya di
dalam blog-blog, forum dan laman web. Bukan sahaja orang Minang, Bugis, Riau dan sebagainya, malah
saudara serumpun dari kalangan orang Jawa dan Sulu tertanya-tanya asal-usul Bani Jawi dan sedar
akan kesamaan budaya dan langgam bahasa antara kaum-kaum Nusantara.

Kami telah mengambil inisiatif bertemu dengan Srikandi, editor ATBM bagi membincangkan beberapa
persoalan yang tidak sempat dirungkaikan di dalam siri yang lepas. Kami juga akan cuba untuk
mengorek pembayang-pembayang bagi siri yang akan datang yang diketahui tajuknya sebagai "The
House of Bani Jawi".

Di sebuah cafe yang berlatarbelakang pantai yang indah di semenanjung Yucatan, kami dengan
bangganya membawakan kepada anda Temubual Bersama Srikandi. Hayatilah sejarah anda, kerana
tanpa sejarah, anda mungkin akan disejarahkan.

~ Mistis Organization

AREA 13

RESTRICTION ZONE
TEMUBUAL BERSAMA SRIKANDI
Catatan:

S: Soalan (dari Mistis Organisation)

J: Jawapan (oleh Srikandi)

S: Sibuk nampak Srikandi sekarang?

J: Tidak juga, kadang-kadang saya ambil angin di Tikal dan Uxmal sambil buat penyelidikan.
Bosan... saya berehat di Cancun, ada sebuah resort yang memang kegemaran saya. Menikmati
angin Caribbean sambil berangan-angan di lembayung senja memang mengasyikkan.

S: Wah, seronok nampak Srikandi, kalaulah saya dapat kerja yang hebat seperti ini...

(Srikandi tersenyum)

J: Sebenarnya saudara, kebanyakan orang akan fikir pekerjaan orang lainlah lebih
menyeronokkan, selesa dan hebat. Seorang jururawat akan fikir kerja seorang doktor adalah
profesion yang hebat. Seorang kerani biasa akan fikir kerja seorang pengurus pejabat adalah
kerja yang hebat. Seorang cikgu sekolah akan fikir kerja seorang pensyarah universiti adalah
kerja yang hebat. Seorang juruteknik fikir kerja seorang jurutera adalah kerja idaman Malaya.
Dan semua orang fikir jadi Perdana Menteri nampak hebat namun anda akan tahu betapa
peritnya jiwa bila kena menguruskan sebuah negara dan kadangkala jasa kita bukan dibalas
dengan terima kasih namun dikutuk dan dimakihamun.

Dahulu ketika saya kecil, saya bayangkan kerja seorang pakar sejarah atau arkeologi yang
menyeronokkan. Saya memang meminati bidang sejarah sejak kecil. Saya seorang ulat buku.
Sejak umur 7 tahun lagi saya telah membaca tentang sejarah negara-negara Asia Tenggara.
Habis satu siri ensiklopedia sejarah di perpustakaan sekolah saya 'dihafal' oleh saya. Ketika di
sekolah menengah saya nekad ambil bidang sastera ketika semua kawan-kawan saya cenderung
ambil aliran sains. Saya terpaksa berpisah dengan kawan baik saya yang selalu di sisi saya sejak
dari kecil, demi mengejar impian saya. Aliran sastera sudah menjadi taboo sebagai aliran yang
susah dapat kerja dan membosankan.Namun saya percaya pada diri saya. Selepas habis SPM,
saya terus memohon ke Tingkatan Enam, ketika sebahagian besar yang lain terus ke
matrikulasi, maktab dan universiti. Sekali lagi saya ambil langkah kurang popular. Anda tahu
'keperitan' di Tingkatan 6? Orang kata kita masih budak sekolah lagi. Masih campur dengan
budak-budak hingusan lagi. Tidak ada class. Masih pakai uniform sekolah. Tapi saya nekad. Saya
gigih belajar dan belajar bersama-sama rakan-rakan di Tingkatan 6 yang sebahagian besarnya
berbangsa Cina. Di sinilah saya belajar bergaul dengan rakan-rakan Cina. Kami bersama-sama
menganjurkan Hari Sukan, Hari Persatuan, Hari Kantin dan pelbagai lagi. Kami memimpin
'budak-budak sekolah' membuat aktiviti kemasyarakatan. Ya, memang kami jadi budak sekolah
tapi inilah yang menjadikan kami kental sebagai pemimpin yang lasak.

Tidak hairanlah apabila saya lulus cemerlang dan diterima ke universiti, saya dengan cepat
diterima untuk menerajui pelbagai acara dan persatuan. Jika tidak saya seorang wanita,
mungkin saya sudah menjawat Pengerusi Persatuan Sejarah di universiti saya. Ketika semua
pelajar di universiti ketika itu tekun mendengar ucapan saya, saya masih teringat peristiwa saya
di‘boo’ dengan samseng-samseng sekolah ketika mengajak mereka derma darah. Saya
dilemparkan bungkusan air sirap dan rantai basikal saya dijatuhkan. Saya menangis ketika itu
mengenangkan betapa bodohnya saya bercampur dengan budak-budak sekolah ini dan degil
tidak mahu memohon ke universiti. Namun rakan-rakan Cina saya menenangkan saya dan
seorang dari mereka yang saya panggil Win Cun berbisik kepada saya:

"...jika awak lemah semangat, tiada siapa di dunia ini akan dapat tolong awak..."

Saya kesat airmata. Saya bangkit dan pulang ke rumah dengan seribu semangat. Saya tidak
mengalah malah terus aktif mengadakan pelbagai acara di sekolah. Saya benar-benar jadi tebal
muka. Segala umpatan dan sindiran saya kesampingkan. Saya tahu, budak-budak tidak suka
saya kerana ketika itu saya seorang yang agak garang. Mereka panggil saya, "Akak Six Muka
Cenge". Perkara paling manis ialah berjaya membawa Pertubuhan Silat Gayong membuka
cawangan di sekolah saya. Dan saya juga berjaya melobi Pejabat Pendidikan Negeri supaya
mengadakan Hari Membaca Peringkat Negeri di sekolah saya. Saya hampir menangis apabila
pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana membantu sekolah. Namun perkara
yang paling saya tidak dapat lupakan sehingga ke hari ini adalah satu peristiwa yang aneh,
apabila seorang pelajar Tingkatan 4 menyampaikan pesanan kepada saya supaya berjumpa
seseorang di kantin sekolah pada waktu petang. Di kantin saya lihat ramai orang. Tiba-tiba Win
Cun menarik tangan saya ke tengah kantin. Saya hanya tersenyum, sebab saya tahu memang
hari itu hari jadi saya. Mereka telah buat satu majlis hari jadi khas untuk saya! Tiba-tiba seorang
pelajar lelaki yang bertutup muka dengan kain hitam datang dengan membawa sebiji kek besar
sambil dipimpin oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5. Saya kenal mereka adalah murid-murid Silat.
Apabila kek diletakkan di hadapan saya, mereka membuka tutup kepala pelajar yang membawa
kek tadi. Anda tahu siapa dia?

Dialah yang melemparkan bungkusan air sirap ke muka saya!

"Kak, saya minta maaf pasal kejadian hari tu, waktu itu saya memang bodoh...akak
maafkan saya ye?"

Saya benar-benar terkedu ketika itu.Waktu ini saya benar-benar menangis. Betapa sikap degil
saya tidak mempedulikan segala gangguan dari pelajar itu memberi kesan dihatinya. Dia telah
menyertai pertubuhan silat yang saya usahakan dan ini telah mematangkan sikap dan
personalitinya.

Apabila saya berada di tempat saya pada hari ini, baru saya sedar betapa sukarnya menjadi ahli
sejarah, lebih-lebih lagi sejarah negara sendiri yang pecah berkeping-keping. Sejarah yang
dijajah, dijarah dan dipalsukan. Apabila saya beritahu tentang kebenaran sejarah, adakalanya
saya dihina dan dicemuh oleh orang yang selesa dengan jatidiri yang diciptakan penjajah
untuknya.

(Suasana hening seketika)

S: Wow! Ini boleh bikin filem (Srikandi tersenyum). Apa pun ini satu pengalaman yang menarik.
Baiklah, kita masuk ke dalam perbincangan utama kita, iaitu siri ATBM. Apakah inti utama siri
ini sebenarnya? Sebab ada yang masih kabur dengan 'puzzle' yang bersimpang-siur di dalam siri
ini.

J: Sejarah Melayu Nusantara terpecah kepada dua. Ini yang ingin disampaikan di dalam siri ini.
Pertamanya ialah Proto Mala yang memang sedia ada di Nusantara. Proto Mala ini memang
misteri namun kehadirannya dapat dikesan dalam bahasa Melayu, tulisan Rencong dan catatan-
catatan bangsa purba lain. Siri ATBM yang mendedahkan tentang kaitan bangsa Phoenicia
(Kanaan) dan Mesir Purba dengan budaya Melayu Nusantara adalah kunci kepada teka-teki ini.
Raja Perehu dan isterinya Hati adalah keturunan Proto Mala. Apabila Nabi Ibrahim a.s tiba ke
Nusantara untuk berdakwah,
baginda membawa sekali budaya
Phoenicia dan tulisannya sekali.
Sebab itu ada tulisan Rencong.
Tulisan-tulisan Phoenicia ini
digunakan untuk menuliskan
ajaran Ibrahim atau Brahma
dalam tradisi Avestan Purba. Dari
sini muncul gaya tulisa Brahmi,
yang digunakan untuk menuliskan
kitab-kitab Veda. Kemudian
Dravidian (Tamil, Telegu,
Malayalam dll) mencedoknya.
Kemudian barulah kaum-kaum
Asia Tenggara seperti Burma, Tai
dan Khmer mencedoknya. Kita juga ada versi dari Brahmi ini iaitu Kawi dan Aksara. Nabi
Ibrahim telah mengambil seorang puteri dari Nusantara sebagai isterinya. Puteri Mayang
Mengurai ini punya gelar diraja dan 'ensign' bagi dinasti diraja ini adalah lambang 'Naga' atau
'Ular Besar'.

Dari perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Puteri Mayang Mengurai (Keturah, panggilan di
Sumeria dan Judah) inilah lahirnya satu ras baru yang lebih bijak dan maju (advance) iaitu
Deutro Mala.

Inilah intipati siri ATBM.

Anda boleh lihat siapa yang mula-mula sekali punya tulisan purba, Melayu Nusantara atau
kaum-kaum India? Rencong adalah setaraf dengan Brahmi dan Phoenicia namun tulisan Tamil,
Devanagari, Khmer dan Tai adalah subBrahmi, iaitu ubahsuai atau dipengaruhi oleh skrip
Brahmi. Bahasa Sanskrit adalah bahasa cedokan dari Avestan yang merupakan bahasa suci kitab
Zend Avesta yang berisikan ajaran Tauhid Nabi Ibrahim. Cyrus The Great (Raja Koresy, Kurusy)
menganut agama Ibrahim yang mentauhidkan Allah s.w.t. Cyrus menganut agama Zoroester
(Zarathustra) yang dibawa oleh seorang nabi yang menyambung risalah Nabi Ibrahim. Nabi ini
telah menentang orang Magus iaitu puak pagan yang menyembah api. Magus inilah yang
membawa agama Majusi.

S: Jadi siapakah Melayu pada hari ini? Adakah orang Jawa itu Melayu?
J: Deutro Mala tiba dari utara semenanjung. Ketika itu Nusantara telah ada Proto Mala. Indochina
ketika itu diduduki oleh Proto Mala. Ketika itu belum wujud lagi orang Tai dan Dai-Viet. Apatah
lagi Siam Sam-sam (Srikandi tersenyum kecil). Yang ada mungkin sebahagian kecil aborigine
Kecinaan seperti Mon atau Pyu. Boleh juga saya katakan bahawa Deutro Mala itu dahulunya
tinggal di Indochina. Jika kita angguk-angguk geleng-geleng dengan Teori Melayu Berasal dari
Palembang/Sumatera, mana nak campak orang Cham? Orang Cham ini (dahulu menetap di
pesisir pantai Vietnam dan sebahagian Kemboja) adalah benar-benar rumpun Melayu. Bahasa
Cham adalah satu bentuk bahasa melayu purba. Anda tahu asal kata 'Orang'? Ini berasal dari
kata 'Uran' yang ditemui pada prasasti-prasasti Cham Kuno. 'Uran Utan' sebagai contoh adalah
kata Melayu Kuno merujuk kepada ‘orang Hutan’ dalam bentuk moden. Dari semenanjung
barulah Deutro Mala ini bergerak ke pulau-pulau sekitarnya termasuk Sumatera.Mereka
bercampur dengan Proto Mala. Di Tanah Jawa tidak dinafikan telah ada suku-suku Proto Mala
ini. Percampuran Deutro Mala dan suku-suku Proto Mala di Jawa menghasilkan etnik Jawa pada
hari ini.

Deutro Mala inilah merupakan nenek moyang kepada melayu moden pada hari ini.

Melayu Riau, Deli, Aceh, Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Pahang, Terengganu, Bugis dan
sebagainya adalah contoh warisan Deutro Mala yang pekat KeMelayuannya. Di Tanah Jawa
terutama di wilayah tengah agak kurang 'rasa Melayunya' kerana ia adalah percampuran Deutro
Mala dan Proto Mala. Jadi ada percampuran darah di sini. Namun dengan adanya orang Sunda
yang punya budaya bercampur antara Kejawaan dan KeMelayuan, menunjukkan bukti
percampuran Deutro Mala dan Proto Mala di Tanah Jawa. Namun Melayu semenanjung adalah
benar-benar Deutro Mala asli. Sebab itu saya bahagikan kaum-kaum Nusantara kepada 3
bahagian:

1. Mala-Polinesia: Kaum-kaum Deutro Mala yang terbuka sifatnya dan tinggal di pesisir
pantai. Profesion mereka adalah perdagangan maritim. Mereka banyak tinggal di
semenanjung, Sumatera dan pulau-pulau lain.
2. Mala KeJawaan: Kaum-kaum Nusantara yang bercirikan budaya Kejawaaan dari induk
di Tanah Jawa.
3. Mala aborigine: Proto Mala yang tertinggal dari arus kemajuan. Mereka masih
mengamalkan cara hidup dan kepercayaan lama. Mereka tidak bercampur darah dengan
Deutro Mala dan terasing dari perubahan. Orang Asli, Jakun dan Dayak adalah contoh
aborigine.

Deutro Mala dahulunya tinggal di Indochina. Mereka ada yang sampai ke Yunnan. Sebab itu ada
teori yang mengatakan Melayu berasal dari Yunnan. Sebenarnya bukan Melayu itu dari Yunnan,
tetapi populasi mereka ada yang sampai ke Yunnan (Yunnan terletak di selatan China dan
bersempadan dengan IndoChina). Macam orang Melayu Johor. Kita tahu di Singapura juga ada
Melayu, namun adakah orang Melayu berasal dari Singapura? Selepas etnik-etnik Cina yang
kalah dan dibuli oleh etnik-etnik yang lebih gagah dan menang perang bergerak beramai-ramai
ke selatan, Deutro Mala ini makin terdesak dengan migrasi yang mendadak ramai ini. Dahulu
bukan ada peraturan Pendatang Tanpa Izin. Kaum-kaum Kecinaan ini mendadak bermigrasi ke
Indochina dalam jumlah yang besar akibat dihalau oleh etnik seperti Han dan Monggol.
Akhirnya Deutro Mala ini terdesak berpindah lebih ke selatan atau ke pulau-pulau sekitar
Kepulauan Melayu.
Oleh itu jika kita ingin beritahu anak kita yang bertanya,
"Orang Melayu sudah bina apa, ibu? Orang Mesir ada piramid, kita ada apa?"
Katakan padanya, orang Melayu dahulu
bina Angkor Wat dan Cham Tower. Namun
semua itu sudah berada di dalam wilayah
orang lain, dan jadi hakmilik orang lain.
Tahukah anda di satu sudut di dalam
Angkor Wat, terdapat ukiran dua orang
gadis berpakaian kebaya! Senibina Angkor
Wat adalah senibina warisan Funan. Orang
Melayu juga telah bina Borobudur yang
merupakan satu keajaiban. Jika orang
Khmer berbangga dengan Bayon dan
Angkor Wat yang punya panel relief yang
banyak, di Borobudur lebih banyak panel
relief ini malah seluruh Borobudur itu
sendiri semacam satu bangunan galeri yang mempamerkan lukisan-lukisan! Adakah Borobudur
semata-mata dibina oleh orang Jawa? Majapahit? Salah sama sekali!
Borobudur dibina ketika era Srivijaya, jauh sebelum muncul Majapahit. Ketika itu Tanah Jawa di
bawah pengaruh Srivijaya. Borobudur dibina oleh dinasti Sailendra yang berasal dari Sumatera.
Dan istimewanya dinasti ini ada kaitan dengan pengasas kerajaan Angkor, Jayavarman II.
Jayavarman II inilah yang membawa budaya dan senibina Sailendra-Srivijaya ke Kemboja.
Nampak tak di sini raja-raja di asia tenggara ada hubungan di antara satu sama lain
seperti raja-raja eropah.
S: Bukankah itu semua adalah kuil Hindu dan Buddha? Nanti ada pihak yang kata Srikandi
mengagungkan sejarah Hindu-Buddha.
J: Ya, namun itu semua adalah hasil karya Bani Jawi sebelum di anugerahkan hidayah Allah. Kita
bukan hendak membincangkan tentang isu agama, namun topiknya di sini adalah pencapaian
dan tamadun orang Nusantara, tidak kira sebelum islam dan selepas menerima islam. Ini
yang penting. Adakah kerana ia adalah kuil Hindu dan Buddha, maka kita tidak mengaku ia
adalah senibina melayu purba? Fikirkan mengapa kuil-kuil firaun di mesir tidak dimusnahkan
oleh tentera islam yang menakluk mesir. Mengapa Amru bin Al-'Ash, seorang sahabat nabi yang
berjaya menakluk Mesir tidak memusnahkan kuil-kuil Mesir ini? Jika mereka memusnahkan
piramid dan segala senibina Mesir Purba ini, sudah tentu kita tidak akan mengenal siapa Raja
Perahu dan Permaisuri Hati.
Sejarah tetap sejarah, namun bagaimana kita bertindakbalas dengan sejarah itu adalah perkara
terpenting. Daripada binaan-binaan ini kita tahu bahawa kita ada kemampuan dalam senibina.
Namun dari sejarah juga kita tahu bahawa nenek moyang kita mengambil pilihan yang tepat
dalam menerima Islam sebagai cara hidup walaupun ketika itu zaman Imperialis telah tiba dan
kita tidak sempat membangunkan binaan berciri Islam dengan banyak kerana banyak tenaga
dan masa dihabiskan untuk menentang penjajah.
S: Terlanjur bercakap tentang Srivijaya, bolehkah Srikandi terangkan struktur empayar ini secara
ringkas?
J: Srivijaya ialah sebuah empayar maritim bersifat penguasaan perdagangan. Pelabuhan-
pelabuhan terbaik di sekitar Kepulauan Melayu berada dalam naungan Srivijaya. Setiap
negarakota, pelabuhan dan negeri yang bernaung di bawah Srivijaya bebas memerintah dan
mentadbir wilayah masing-masing. Namun bila-bila masa balatentera Maharaja akan memantau
aktiviti perdagangan di selat Melaka dan sekitar Kepulauan Melayu. Kedah Tua, Langkasuka,
Gangga Negara dan Gelanggi adalah antara wilayah naungan Srivijaya. Konsep 'Federation'
dalam Srivijaya berbeza dengan konsep Emperium China terhadap negeri-negeri naungannya.
Maharaja China tidak berhak mengambil kekayaan Melaka contohnya namun Melaka
membenarkan pedagang China berdagang di pelabuhan Melaka. Namun Maharaja Srivijaya
mengenakan cukai ke atas pelabuhan-pelabuhan Nusantara menjadikan Srivijaya antara
empayar terkaya di Timur Jauh. Ini ada dalam catatan pengembara Cina dan Arab. Malah
Empayar Srivijaya pernah menggunakan matawang emas sebagai transaksi perdagangan.
S: Sejak bila empayar ini muncul?
J: Srivijaya adalah 'The Lost Empire' yang hanya diketahui oleh masyarakat Nusantara pada abad
ke-20 selepas usaha-usaha penyelidikan dari Barat dan tempatan diusahakan termasuk
perbandingan dengan rekod-rekod China dan Arab. Pendapat yang popular yang mengatakan
empayar ini bermula sejak abad ke-7 adalah kerana lawatan seorang sarjana dan sami dari
China, I-Tsing yang menetap di salah sebuah kota empayar ini untuk mempelajari bahasa
Sanskrit dan agama Buddha.
Seterusnya ditemui juga pada abad
ke-9 catatan-catatan pengembara
Arab yang melawat Zabaj (Srivijaya)
ketika itu. Sebenarnya empayar ini
telah lama wujud jauh sebelum abad
ke-7 Masehi dan di mana para
pengkaji masih berselisih pendapat
tentang bilakah empayar ini
ditubuhkan. Ada yang mengatakan
seawal 3 Masehi dan ada yang
berpendapat kerajaan ini sudah ada
sekitar 1 Masehi. Maharaja Srivijaya
yang terawal dikenal adalah
Dapunta Hyang Sri Jayanasa, itupun
kerana ditemukan namanya pada
Prasasti Kedukan Bukit dan prasasti-
prasasti yang lainnya. I-Tsing juga
dikatakan menemui maharaja ini.
Jika ketika itu catatan pengembara
China ini menunjukkan bahawa
Srivijaya adalah satu kerajaan yang
kaya dan makmur maka sudah tentu Srivijaya telah wujud lebih lama dari saat I-Tsing
menjejakkan kaki ke Nusantara. Satu empayar yang sudah mewah dan kukuh seperti itu sudah
tentu telah melalui jangka masa yang lama untuk bangkit. Kewujudan empayar ini ditimbulkan
oleh sarjana Perancis, George Coedès sekitar 1918. Di mana sarjana Belanda dan Inggeris yang
menjajah Nusantara? Adakah mereka benar-benar tidak tahu kewujudan empayar ini? Kita
kena faham sebarang perkara yang menaikkan semangat, jatidiri dan identiti akan
menyukarkan hegemoni imperialis. Jika rakyat Hindia Timur (nama lama Indonesia ketika
era penjajahan) sedar tentang kegemilangan mereka dahulu maka ini mungkin akan
membangkitkan jatidiri dan semangat nasionalis mereka. Jadi sebenarnya kewujudan empayar
ini telah lama diketahui oleh pihak Belanda namun sengaja disenyapkan. Baca catatan seorang
sarjana Belanda yang ikut bersama-sama tentera Belanda yang menyerang istana Raja Lombok,
di mana tentera Belanda dikatakan telah membakar perpustakaan istana yang menyimpan
rekod-rekod penting sejarah Nusantara. Manuskrip-manuskrip daun lontar yang jumlahnya
mencapai ratusan musnah begitu sahaja. Antara yang sempat diselamatkan ialah
Negarakertagama, yang menceritakan tentang Hayam Wuruk dan Majapahit. Itupun telah
disimpan Belanda sehinggalah pada tahun 1973, naskhah asli kitab ini diserahkan kepada
kerajaan Indonesia ketika kunjungan ratu Belanda, Juliana Louise Marie Wilhelmina van Oranje-
Nassau. Adakah isi perpustakaan Raja Lombok Cakranegara telah terbakar habis? Tidak sama
sekali!
Sebenarnya pihak belanda telah mengangkut sejumlah besar khazanah manuskrip
nusantara sepanjang penjajahan mereka dan kini tersimpan kemas di Universiti Leiden
dan lain-lain.
Kisah rompakan khazanah manuskrip berharga ini sama seperti kisah kapal The Fame yang
belayar ke England sambil membawa beribu-ribu khazanah kitab, manuskrip, surat dan skrol.
Kapal ini kononnya terbakar di tengah pelayaran padahal sebenarnya khazanah kita selamat
sampai di bumi Eropah. Apabila satu universiti di sana mengadakan pemeran surat-surat
Melayu, alangkah terkejutnya kita dari mana mereka mendapat semua manuskrip dan surat-
surat Melayu ini. Saya sendiri telah menghadiri pameran ini sekitar 90-an dahulu dan hampir
menitiskan airmata membaca bait-bait surat cinta seorang jejaka kepada kekasih hatinya yang
ditulis lebih kurang 300 tahun yang silam. Betapa halusnya bahasa orang Melayu dahulu, betapa
tingginya seni dan sastera mereka.
S: Jadi pada pandangan Srikandi, bilakah wujudnya Srivijaya?
J: Empayar ini telah wujud sekitar ratusan tahun sebelum Masehi, secara peringkat demi
peringkat. Bermula dari sebuah negarakota kecil, mereka telah menakluk sedikit demi sedikit
Nusantara. Pada awalnya pemerintahan mereka berpusat di semenanjung, kemudian berpindah
ke Sumatera, kerana mudah mengawal selat Melaka. Ketika I-Tsing sampai ke kota Srivijaya,
empayar ini telah berpusat di Sungai Musi berdekatan Bukit Siguntang. Ingat lagi perjanjian
Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun? Demang Lebar Daun inilah antara maharaja Melayu
Srivijaya yang tersembunyi dalam sejarah.
S: Menarik, Demang Lebar Daun adalah watak yang misteri dalam Sejarah Melayu. Berkenaan
Sungai Musi dan Sumatera, ada teori yang mengatakan orang Melayu berasal dari Sumatera. Apa
pandangan Srikandi?
(Srikandi tersenyum kecil, dan melemparkan pandangan ke arah pantai Caribbean)
J: Tidak sudah-sudah dengan teori yang kurang berpelajaran. Anda tahu apa tujuan orang-orang
kurang cerdik ini buat teori-teori mengarut ini? Tujuannya supaya untuk mengatakan
bahawa orang Melayu bukan penduduk asal Semenanjung. Setengahnya mereka-reka
bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan, yang lain mengatakan dari Taiwan dan yang lain
pula mengatakan dari Sumatera pula. Yang mana satu betul ini? Jika anak-anak Melayu angguk-
angguk geleng-geleng dengan semua teori dungu ini saya tidak hairan satu hari nanti mereka
mungkin mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari suku kaum alien dari Planet Zargus.
(Srikandi ketawa kecil).
Orang Melayu telah lama menetap di semenanjung, malah dahulu sempadan populasi Melayu
sampai ke Indochina. Lama sebelum kerajaan Majapahit muncul, telah ada kerajaan Funan dan
Champa. Ini adalah benar-benar kerajaan yang didirikan oleh rumpun Melayu. Siapa orang
Aceh? Mereka adalah keturunan Champa yang bermigrasi dari tempat asal mereka akibat
perluasan kuasa oleh raja-raja Dai-Viet. Bayangkan dari Vietnam mereka berlayar sehingga ke
Sumatera. Jadi sekali lagi, orang Cham telah menyelamatkan kita. Perpindahan orang Cham ke
Sumatera adalah bukti bahawa orang Melayu telah sedia ada di tanah besar. Sukukaum-
sukukaum KeMelayuan memang dari ras yang terbuka, cepat mesra dan berdiri di atas interaksi
bersifat antarabangsa. Sebab itu mereka cepat membina empayar jauh terlalu lama sebelum
giliran sukukaum Jawa di Tanah Jawa membina empayar kebanggaan mereka, Majapahit. Raja-
raja Majapahit itu sendiri bukanlah semuanya berdarah Jawa asli.
S: Apa maksud anda?
J: Mari kita belajar sejarah Majapahit. Ketepikan sikap dungu sesetengah orang seberang yang
buta sejarah. Saya akan bukakan rahsia sebenar buah maja yang pahit. Hanya waris berdarah
‘buah maja yang pahit’ tahu rahsia keturunan mereka. Pengasas Majapahit, Raden Wijaya adalah
anak kepada Rakeyan Jayadarma dan Dyah Lembu Tal. Rakeyan Jayadarma adalah anak kepada
pemerintah kerajaan Sunda Galuh manakala ibunya, Lembu Tal adalah berdarah kerabat
Singhasari. Jadi dari sini kita tahu bahawa Raden Wijaya adalah berdarah campuran Sunda-
Jawa. Raden Wijaya mempunyai 5 orang isteri di mana empat darinya adalah puteri
Kertanagara, raja terakhir dinasti Singhasari yang dibunuh oleh Jayakatwang, seorang gabenor
sebuah wilayah naungan Singhasari yang memberontak. Saya tidak mahu sentuh 4 orang isteri
berdarah kerabat diraja Singhasari ini, saya mahu sentuh tentang seorang lagi isteri Raden
Wijaya, kerana dia adalah satu-satunya isteri pengasas Majapahit itu yang melahirkan anak
lelaki.
Dia bernama Dara Petak. Anda tahu siapa Dara Petak ini? Dia adalah puteri kepada Srimat
Tribhuwanaraja Mauliawarmadewa,raja kerajaan Dharmasraya, penyambung dinasti kerabat
Srivijaya yang masih tinggal setelah empayar Srivijaya berpecah. Dara Petak adalah berdarah
Melayu dinasti Malayu Dharmasraya, tinggalan Srivijaya. Ketika kunjungan hormat Singhasari
ke Dharmasraya, rombongan Kertanagara telah menghadiahkan Arca Amoghapasa, satu arca
seni yang dibuat khas sebagai persefahaman diplomatik. Ekspedisi ini sering digelar sebagai
Pamalayu dan disalahtafsir sebagai 'Perang ke atas Malayu'. Ini adalah tafsiran yang kurang
tepat kerana bagaimana Kertanagara boleh menghantar satu arca yang tinggi seninya dalam
masa mahu berperang? Sebenarnya kertanagara mahu menyatukan kerajaan-kerajaan
Sumatera bersama sama mereka menghadapi serangan Monggol Yuan. Tanpa sokongan
balatentera dari kerajaan-kerajaan Nusantara lain, susahlah Singhasari mahu menghadapi
tentera Monggol yang terkenal amat ganas.
Sebagai balasan, raja Malayu Dharmasraya telah menghantar dua orang puterinya, Dara Jingga
dan Dara Petak untuk dijadikan sebahagian keluarga kerabat diraja Singhasari untuk
mengeratkan hubungan baik antara dua kerajaan. Dara Petak berkahwin dengan Raden Wijaya,
menantu Kertanagara yang kemudiannya mengasaskan Majapahit. Dari perut Dara Petak,
lahirlah satu-satunya zuriat lelaki Raden Wijaya, iaitu Jayanagara dan dia inilah maharaja kedua
Majapahit setelah ayahnya meninggal dunia. Jadi maharaja kedua Majapahit ialah dari
keturunan Melayu-Jawa. Dara Jingga pula berkahwin dengan seorang pendeta yang dihormati.
Dari perkahwinan ini lahir Adityawarman yang kemudiannya menjadi jeneral perang Majapahit
dan kemudiannya menubuhkan kerajaan Pagar Ruyung atau nama lamanya Malayapura (Kota
Melayu). Dalam sejarah Bali pula, seorang anak Dara Jingga ini menurunkan keturunan raja-raja
Tabanan dan Badung. Hmm… seorang keturunan Melayu-Jawa menjadi asal-usul raja-raja Bali.
Sebab itu orang Melayu dan Jawa berkongsi budaya dan langgam bahasa kerana dahulu nenek
moyang kita berhubungan di antara satu-sama lain, bukan hanya duduk di kampung bagai katak
di bawah tempurung. Jadi kalau darah Melayu sudah ada pada raja-raja Bali, adakah mereka
tidak ada kena mengena dengan keris Bali, silat, batik dan tariannya sekali? Ini bukan rakyat
biasa, ini keturunan raja-raja.
S: Menarik sungguh cerita raja-raja Nusantara dahulukala ya! Nampaknya mereka ini
mengamalkan perkahwinan campur untuk menghasilkan ras diraja yang unik dan terbaik.
J: Ya, kita tidak boleh menyebutkan sejarah
Majapahit tanpa menyebutkan peranan
Sumatera, kerana tanpa Sumatera, orang-orang
di Tanah Jawa tidak mampu membina empayar.
Raden Wijaya berdarah Sunda-Jawa dan anak
lelakinya berdarah Melayu-Sunda-Jawa. Sepupu
Jayanagara, Adityawarman (dari sebelah Dara
Jingga) adalah jeneral perang Majapahit dan
bersama-sama Gajah Mada menawan wilayah-
wilayah seperti Madura, Bali dan juga
Sumatera. Perkahwinan campur begini
menghasilkan keturunan yang bijak pandai.
Mereka pandai berdiplomasi dan berinteraksi
antara sesama etnik Nusantara jadi ini
memudahkan mereka membina empayar
kekuasaan. Jika raja-raja Nusantara ini bersikap
dungu seperti bapak-bapak Indonan yang masih hingusan dengan sikap berpecahbelah sesama
rumpun Nusantara, nyawa Srivijaya dan Majapahit tidak akan lama memerintah. Mungkin 4-5
tahun terus jatuh kerana tidak bersatu-padu. Ada yang mahu berperang dengan saudara
serumpun mereka dari Malaysia semata-mata berebutkan kain batik dan tarian padahal Cina
Singapura yang acapkali menipu bapak Indonan ini dengan mencuri air dan 'mengancam'
Indonesia tidak pula sibuk-sibuk mahu mengacu-ngacukan buluh runcing kepada Singapura.
Takut? Takut dengan kuasa militer Singapura? Mana dia jiwa berani Gajah Mada dan
Kertanagara dalam jiwa-jiwa pak Indonan ini? Kertanagara sanggup menghantar arca sebagai
tanda persefahaman dengan Dharmasraya dalam menghadapi Monggol, namun bapak Indonan
tidak mahu bersatu dengan kita untuk menghadapi ancaman tersembunyi Singapura. Saya
pernah membaca satu artikel seorang wartawan Indonesia yang menganalisis hubungan antara
Singapura dan Indonesia. Alangkah sedihnya saya betapa negara sebesar Indonesia mampu
diperkotak-katikkan oleh negara sekecil Singapura. Bapak Indonan lebih suka melompat-lompat
terkinja-kinja memegang buluh runcing sambil menjerit "ganyang Malaysia" saudara serumpun,
sebudaya, sebahasa dan seagama dengan mereka dari mengambil tahu betapa Indonesia dibuli
oleh Singapura secara senyap.
Orang Singapura yang mencipta video Tarian Pendet, bapak Indonan pula menari tarian Buluh
Runcing secara tiba-tiba bagai dirasuk hantu Belanda. Begitu pelik penyakit mereka yang
termakan racun Belanda. Padahal jika Indonesia dan Malaysia bersatu, mereka akan kembali
menjadi harimau-harimau ekonomi sepertimana era Suharto-Mahathir dahulu. Zionis Singapura
campak racun di tanah, pak Indonan berebut-rebut menjilat racun itu sambil terkinja-kinja
mahu ganyang Malaysia. Bila orang Malaysia dan Indonesia bergaduh berebut baju dan tarian,
yang bertepuk tangan adalah Zionis Singapura.
Sedih sungguh mendengar kedua-dua rumpun ini berebut tarian dan baju batik, namun sejuk
mata saya apabila melihat Presiden Indonesia mengadakan kunjungan hormat ke Malaysia dan
bertemu dengan Sultan Mizan. Kedua-dua mereka beramah mesra dengan masing-masing
memakai songkok.
S: Ini ada soalan yang agak sensitif bagi sesetengah orang. Apabila membaca artikel 'Dilema
Melayu dan Siam', nampaknya Srikandi menyerang habis-habisan Anai-anai. Apa sebenarnya
yang berlaku?
(Srikandi tersenyum sambil mencebikkan bibir)
J: Saya hanya mengusik Anai-anai sahaja. Namun di hati kecil saya, saya tetap menghormati beliau
lebih-lebih lagi Nai Long Kassim yang usianya sekitar usia bapa saya. Saya tiada masalah dengan
teori salasilah Ayutthaya beliau namun saya terpanggil untuk tampil menjawab kekeliruan
beliau yang di tahap kronik apabila merapu-rapu tentang asal-usul Melayu. Teori Anai-anai
mengatakan bahawa orang Melayu itu berasal dari Xian, di tengah China! Ini amat melucukan
dan benar-benar menggeletek kedua buah pinggang saya (Srikandi ketawa kecil) Sebenarnya
lagi jauh Anai-anai merapu dengan teori Melayunya, lagi seronok saya mengusiknya. Ini kerana
kelemahannya mula muncul apabila membincangkan asal-usul Melayu dalam kerangka
tempurung Siam ciptaannya. Jika Anai-anai tidak memandai-mandai merapu pasal Melayu,
teorinya boleh jadi benar. Ini kerana ramai orang tahu sejarah raja-raja Thai yang banyak palsu
dan menyeleweng.
S: Tetapi beliau mengemukakan peta-peta lama dan kitab Undang-undang Kedah (UUK).
J: Peta-peta tidak berguna itu? Useless! Peta itupun
dilukis oleh orang Eropah. Orang Perancis yang
melukis Peta Siam tahun 1730 itu menyangka
kerajaan Ayutthaya amat besar. Ini kerana
mereka melukis peta itu selepas melawat
Ayutthaya. Bagaimana dengan peta semenanjung
Melaka itu? Pelukisnya yang kemungkinan
pengembara Portugis melukiskan peta itu apabila
melawat Melaka dan menganggap seluruh
semenanjung di bawah kekuasaan Melaka. Saya
sudah tegaskan bahawa terma 'Siam' hanya
muncul ketika era Ayutthaya. Sebelum era itu
kita masih kabur dengan status orang Siam ini,
mungkin kelompok-kelompok etnik-etnik
Kecinaan yang menjadi pendatang di Indochina
sepertimana orang Tai. Anai-anai dengan
angkuhnya mengatakan Melayu itu di bawah
rumpun Siam. Saya ingin bertanya sekali lagi,
wujudkah rumpun Siam ini? Apa kata bapak
Indonan pula? Adakah bapak Indonan bersedia
untuk mengaku Siam? (Srikandi ketawa sinis).
S: Bagaimana dengan UUK? Cerita tentang adat
Siam ada disebut dalam kitab itu.
J: Itu hanya silap faham Anai-anai mentafsir UUK. Anai-anai mendakwa raja-raja Melayu
beradatkan raja-raja Siam, atau dengan kata lain mencedok budaya Siam. Ini adalah tafsiran
yang dangkal dan bersifat komik Naruto. Saya petik ayat dalam UUK itu di mukasurat 36:
"Fasal pada menyatakan adat raja-raja yang besar yang dahulu-dahulu itu jika bergelar
Paduka Seri Perdana Menteri Mangkubumi.Demikianlah zaman raja-raja dahulu.Pada
adat raja-raja di benua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan"
Anai-anai terkeliru apabila menyangka adat raja-raja Melayu berasal dari adat raja-raja Siam
apabila membaca sepintas lalu perenggan ini. Nampaknya Anai-anai gagal memahami laras
Bahasa Melayu Klasik. Ayat ini menjelaskan tentang adat raja-raja jika membawa gelaran
Paduka Seri Perdana Menteri Mangkubumi. Selepas itu diterangkan bahawa di negeri Siam,
protokol ini digelar sebagai ‘cau phaya kersan’ mengikut bahasa Siam.
Ini sama seperti jika saya bagi contoh:
"Ini adalah fasal yang menyatakan undang-undang Larangan Merokok. Demikianlah pada
zaman itu. Pada tradisi undang-undang di sebelah negara-negara Barat pula undang-
undang ini dipanggil Smoking Ban dalam bahasa Inggeris"
Maksud saya perenggan ini menerangkan protokol yang sama namun dipanggil dengan bahasa
berbeza. Itu sahaja. Mana datangnya teori mengarut pula adat Melayu berasal dari adat Siam
berdasarkan perenggan ini.
Selepas itu penyakit Sam-samnya semakin tenat apabila mendakwa dia langsung tidak menemui
kata 'Melayu' dalam UUK. Saya petik dakwaaannya dalam artikel Renungan terbit pada April
2008 di ruangan komen:
"Kalau serumpun, disatukan, rumpun Siamlah kita ini sebab raja-raja daerah kita
mengamalkan adat istiadat raja siam. Hari ini raja daerah dah jadi Sultan negeri.
Perkataan ‘Melayu’ ini saya belum jumpa lagi dalam Undang-Undang Kedah walau pun ia
bahasa pengantar Undang –Undang kedah. Kebaikkan tu banyak lah, antaranya
menjelaskan semula sejarah kita. Saya mengaku saya dari rumpun siam. Ramai penduduk
dari kedah ini adalah dari rumpun Siam dan mengaku bahawa datuk dan nenek mereka
dahulu boleh bertutur dalam bahasa Siam, bukan bahasa thai. Ada yang berasal dari
Patani, Yala, Phuket(nama lamanya, Hujung Salang) dan Trang. Di sebelah Yan pula,
mereka dari rumpun Acheh seperti Datuk Sanusi Junid, pembaca berita TV3 Yushanani
Yushak berasal dari Yan, Kedah. Sementara itu, kenalan saya dari Selangor, ramai dari
rumpun Jawa. Namun begitu,bagi kami bekas ikatan utamanya, Siam dan bukannya
melayu"
Perhatikan pada bahagian yang mengatakan dia belum jumpa lagi perkataan 'Melayu' di UUK.
Ini pembohongan atau lawak jenaka ditahap komik Ujang dan Apo. Padahal pada mukasurat
yang sama di UUK ada menyebut kata 'bahasa Melayu'. Saya petik perenggan seterusnya:
"Maka pada zaman raja Johor keturunan daripada anak cucu Sultan Iskandar itu diubah
pula digelar mangkubumi itu Paduka Seri Maharaja.Maka pada bahasa Melayu
bendahara itu panglima negeri..."
Di mukasurat yang sama, selepas perenggan adat Siam, diikuti pula perkataan 'Melayu'. Jadi apa
yang menyebabkan Anai-anai begitu mamai sampai tidak perasan perkataan 'bahasa Melayu'
ini?
S: Agak menghairankan penulisan blog sejarahnagarakedah ini. Apa tujuan Anai-anai sebenarnya?
J: Jangan tanya saya pasal tujuan dia menulis blog itu, tapi jika anda bertanya mengapa Anai-anai
meleret-leret sampai ke asal-usul Melayu, saya boleh jawab, sebenarnya anai-anai ingin
mensiamkan semua orang melayu. Jika semua orang Melayu merasakan mereka berasal dari
orang Siam maka secara tidak langsung orang Melayu akan tertunduk-tunduk, tertabik-tabik
dan merendahkan kepala di hadapan Anai-anai. Orang Melayu akan dipaksa secara halus untuk
memanggil Anai-anai sebagai 'Yang Mulia Anai-anai'. Anai-anai adalah keturunan raja-raja Siam
Ayutthaya yang menjajah Melayu. Jadi orang Melayu hari ini kena tunduk hormat dengan
keturunan Anai-anai kerana orang Melayu hanya salah satu sukukaum dalam rumpun Siam.
Rumpun Siam ini termasuk orang Jawa, Sunda, Bugis, Minang, Aceh dan sebagainya. Maka Anai-
anai berhak menuntut takhta kerajaan Malaysia dan Indonesia kerana katanya Ayutthaya
dahulu menguasai seluruh Nusantara. Tiada Majapahit dan Srivijaya. Semuanya khayalan. Yang
benar ialah Siam Ayutthaya Traikolanat Wat Pat Pat Sikulipatsiapacepatdiadapat. Orang Melayu
hanya mencedok budaya Siam Sam-sam ini. Orang Melayu adalah pendatang dari Xian.
Kemudian orang Melayu jadi rakyat bawahan Siam Ayutthaya. Kemudian orang Melayu
berkerjasama dengan Tai dan Inggeris menjahanamkan orang Siam ini sehingga hilang takhta
dan wilayah. Orang Melayu perampas takhta raja-raja Siam ini. Inilah cerita Dragonball versi
Siam di bawah arahan Anai-anai. Menarik kan?
S: Jadi yang manakah betul rumpun Melayu atau rumpun Siam?
J: Untuk mengetahui yang mana betul, kita lihat apakah bahasa yang benar-benar berkuasa
menjadi bahasa penyatuan Nusantara. Adakah anda dan saya ini sekarang bercakap bahasa
Siam Ayutthaya? Raja-raja Melayu juga pernah diburu, dijatuhkan dari takhta atau ditakluk.
Namun bahasanya tetap menjadi lingua franca Nusantara, bukti kerajaannya pernah menjadi
empayar. Raja-raja Ayutthaya juga diburu namun siapa yang mahu bercakap bahasa Siam? Raja-
raja Ayutthaya ini sendiri mengharapkan orang-orang Melayu membantu mereka dari kejaran
askar Thai. Jadi akhirnya mereka terpaksa belajar bahasa Melayu dan menjadi orang Melayu.
Jika Ayutthaya pernah menjadi empayar, sekurang-kurangnya bahasanya tetap kuat sampai ke
hari ini. Sepertimana negara-negara Amerika Latin seperti Mexico dan Brazil yang masih
berbekas bahasa Sepanyol di sana kesan penjajahan. Mesir kini berbahasa Arab padahal
sebelum menerima budaya Arab-Islam, orang Mesir ada bahasa dan tulisan sendiri. Negara-
negara Timur Tengah majoriti berbahasa Arab hasil perluasan empayar-empayar Arab-Islam.
Mengapa bahasa Inggeris begitu penting berbanding bahasa Perancis pada hari ini? Ini kerana
perluasan empayar imperialis British. Jadi ini adalah kesan sosio-politik yang biasa. Bahasa
Melayu senang diterima sebagai bahasa penyatuan kerana ia adalah bahasa standard yang
digunakan oleh empayar-empayar Nusantara, terutamanya disebarkan ketika pemerintahan
empayar Melayu Srivijaya.
Sejarah Melayu ada di Tanah Jawa, apatah lagi di Sumatera. Sehingga pulau Bali sendiri pun
berajakan darah Melayu. Anda tahu, tanpa bantuan cucu Raja Malayu Dharmasraya, Gajah Mada
pun tidak mampu menakluk Bali. Jadi pada awal pembentukan Majapahit, orang Melayu dan
Jawa bekerjasama membina empayar Nusantara. Sejarah Melayu juga ada di Kalimantan dan
Borneo. Adakah Brunei itu kerajaan Batak Karo atau Jawa atau Siam Sam-sam? Sejarah Melayu
ada di Thailand, Kemboja dan Vietnam. Sejarah Melayu ada di mana-mana sahaja di Asia
Tenggara.
Jika benar Ayutthaya menjadi 'federation', raja-raja Ayutthaya mesti berdarahkan Melayu.
Bukan semata-mata Siam. Kita tidak pasti, adakah orang Siam Kedah ini berdarah campuran
Melayu-Mon, Melayu-Thai atau Melayu-Khmer. Ini kerana nama 'Siam' itu adalah panggilan
umum kepada sukukaum-sukukaum utara semenanjung, ringkasnya Indochina. Hari ini orang
Thai dan Siam Ayutthaya ini berebutkan nama Siam ini. Nampaknya sekarang siapa yang terlalu
panik mencari identiti? Orang Melayu tetap dengan KeMelayuannya. Dan nama Melayu itu
sendiri berjaya kekal sebagai inti dalam nama sebuah negara. Mungkin benar sumpah Hang
Tuah, "Tidak Melayu Hilang Di Dunia".
Adakah hari ini ada negara bernama Siam? Adakah negara bernama Jawanesia, Sundanesia,
Bugisesia atau sebagainya? Namun nama Melayu tersembunyi dalam nama sebuah negara. Ini
bukan masalah adakah orang Melayu lebih hebat dari yang lain tetapi budaya KeMelayuanlah
yang paling kuat sehingga mempengaruhi budaya etnik-etnik nusantara. Jika orang Jawa hanya
duduk diam di dalam pulau Jawa tanpa berinteraksi dengan orang Sumatera dan semenanjung,
mungkin mereka hari ini hanya menjadi seperti kaum Batak atau Toraja sahaja. Siapa yang bina
Borobudur yang hebat itu? Siapa bina Prambanan? Rakai Pikatan dari dinasti Sanjaya? Siapa
permaisuri hati raja Sanjaya Mataram itu? Rakai Pikatan yang dikatakan membina Prambanan
berkahwin dengan anak perempuan Samaratungga, Maharaja Srivijaya.
Moralnya sekarang, kita berkongsi budaya yang sama kerana raja-raja Nusantara
bercampurgaul antara satu sama lain. Melayu kawin Jawa, Jawa kawin Sunda, Sunda kawin
Melayu dan seterusnya. Raja-raja ini memilih berkahwin dengan putera-puteri luar adalah
bertujuan menghasilkan baka keturunan yang bijak pandai.
S: Jadi adakah benar-benar ada sukukaum Melayu?
J: Dimana sukukaum Melayu itu tinggal? Orang Sunda tanahairnya di barat Jawa. Orang Madura di
timur Jawa. Orang Jawa di tengah Jawa. Orang Bugis di Kalimantan, Sulawesi dan Makasar.
Orang Siam, Tai, Khmer dan lain-lain sejarahnya hanya seputar di Indochina. Namun di
manakah Melayu itu jika benar-benar ada sukukaum Melayu? Jika saya katakan memang ada
sukukaum Melayu, maka ini bermakna tanahair sukukaum Melayu ini adalah mencakupi
semenanjung, sumatera dan borneo. Luas bukan? Sebab itu saya bahagikan rumpun Bani Jawi
kepada dua subkategori; KeMelayuan dan Kejawaan (tidak termasuk Proto Mala yang
aborigine). Ini adalah Deutro Mala yang membentuk orang Melayu dan orang Jawa pada hari ini.
Orang Melayu dan Jawa ibarat dua saudara dari satu induk.
Bukti kepada sejarah KeMelayuan yang agung adalah bahasa Melayu. Mengapa bahasa ini tetap
wujud dan menjadi bahasa persatuan Nusantara? Sebab-sebab politik dan sosial sudah saya
terangkan namun sebenarnya terdapat satu rahsia lain.
S: Apa dia?
J: Sebab darah diraja empayar Srivijaya masih mengalir sehingga ke hari ini. Warisan dari
maharaja Srivijaya ini adalah Kesultanan Johor, Pahang dan Perak. Kita tahu bahawa salah
seorang keturunan Srivijaya ini telah membina kerajaan di Temasik (Singapura) selepas
diancam oleh Majapahit yang mula meluaskan kuasanya. Pernah dengar nama Sang Nila Utama?
Makamnya masih ada di Fort Canning, Singapura. Kemudian salah seorang keturunannya iaitu
Paduka Sri Maharaja (terkenal dengan panggilan Parameswara) telah berpindah ke Melaka,
membina kerajaan. Kita tahu cerita selepas itu. Setelah kejatuhan Melaka, warisan Kesultanan
Melaka masih berlangsung di Pahang (Kesultanan Pahang berasal dari keturunan raja Melaka
dan Bendarahara), di Perak (Tengku Muzaffar Syah) dan Johor (Tengku Alauddin Syah). Jika
diambilkira darah keturunan Srivijaya ini yang masih menjadi raja-raja, usia dinasti
Srivijaya berusia lebih 1400 tahun!
S: Sungguh menarik bila kita menyusuri sejarah Nusantara ya!
J: Sebab itu kita kena belajar sejarah kita sendiri, kalau tidak akan terjadi perpecahan akibat salah
faham. Kita berperang dengan orang lain padahal rupa-rupanya orang yang kita perangi adalah
adik-beradik kita sendiri. Sejarah juga berperanan sebagai pemangkin motivasi. Satu-satunya
negara yang mengabaikan sejarah ketika semua negara menumpukan kepada pembangunan
sejarah walaupun semiskin Kemboja dan Burma adalah negara kita. Sungguh sedih melihat cara
ahli sejarah kita membuat kesimpulan sejarah. Mesti mahu mengaitkan budaya kita datang dari
luar. Bila dijumpai ada aborigine Taiwan berbahasa rumpun Melayu, cepat-cepat terhegeh-
hegeh menjilat buntut orang Barat dengan mendakwa orang Melayu berasal dari Taiwan. Bila
dijumpai ciri-ciri rumpun Melayu di Yunnan, tiba-tiba jadi separuh gila mengatakan Melayu
berasal dari Yunnan pula. Ketika ahli sejarah pemalas kita sibuk mengaitkan asal-usul orang
Melayu dari pelbagai arah, para pengkaji Barat sedang sibuk mengkaji adakah orang Melayu ini
warisan dari benua Lemuria atau Mu yang tenggelam. Menarik kan? Kita sebenarnya memang
dari dulu berada di sini, di sini, dan di sini. Bukan dari mana-mana.
S: Terlanjur menyebut tentang Mu, boleh Srikandi cerita sedikit tentang darah naga?
(Srikandi tersenyum aneh)
J: Awak nak pancing saya ya? Saya sudah katakan rahsia darah naga ini amat merbahaya kerana
sedikit saya dedahkan, ramai pula mendapat bisa tulahnya sehingga demam kekeliruan
(Srikandi tersenyum aneh lagi). Saya bukakan sedikit rahsia. Jika anda mahu mengetahui rahsia
Darah Naga ini, anda kena dekodkan tulisan-tulisan hiroglif di makam Hatshepsut di Luxor,
Mesir. Di sana tersembunyi rahsia Raja Perahu dan Permaisuri Hati, pemerintah Punt. Saya
ada draf hasil terjemahan tulisan ini dari Egyptologist di sana. Mereka tidak memahami
sebahagian istilah dalam relief itu, tetapi malangnya saya tahu sebahagian perkataan itu
bersekali dengan rahsia Perehu dan Hati ini.
(Srikandi merenung tajam, dengan senyuman aneh)
S: Teruskan...
J: Cukup! Biarlah saya simpan dahulu rahsia ini. Biarlah rahsia, kata Siti Nurhaliza.
Siapa yang mahu mendekodkan semua manuskip dahulukala kena kuat dalam pengetahuan
sejarah. Misalnya Hikayat Merong Mahawangsa. Ada kisah kapal putera Rom di serang garuda.
Lucunya ada orang yang percaya ia benar-benar burung garuda yang besar itu. Salah
seorangnya ialah geng Anai-anai. Salah sama sekali. Perlambangan 'garuda' adalah merujuk
kepada Empayar Srivijaya. Ketika itu Srivijaya adalah tuan punya Selat Melaka. Siapa yang mahu
lalu di selat ini mesti dipantau oleh kapal-kapal peronda Srivijaya. Tidak dinafikan terdapat
lanun-lanun di selat ini, dan lanun-lanun ini mempunyai hubungan dengan Srivijaya. Ini
samalah seperti Kerajaan British yang mengupah privateer mereka sebagai lanun-lanun untuk
merompak kapal-kapal Sepanyol di Atlantik dan Caribbean. Antara warisan Srivijaya yang
tertinggal dalam budaya masyarakat Asia Tenggara adalah lambang garuda. Lambang ini adalah
lambang Srivichai dan diambil oleh kerajaan Khmer sebagai seni mereka, kemudian dicedok
oleh Tai ketika serangan raja Tai ke ibukota Khmer menyaksikan pemindahan segala budaya
Khmer ke istana raja Thai. Catatan sejarah menyaksikan bahawa raja Tai mengangkut beratus-
ratus penari, tukang ukir dan seniman Khmer ke ibukota mereka sekaligus menyerap segala
budaya, tulisan dan kostum Khmer ke budaya Tai yang baru bertapak di Indochina. Tai juga
mencedok budaya negeri-negeri Melayu Kuno di selatan Indochina seperti Ligor dan Sri
Dharmaraja. Gabungan dari semua budaya cedokan ini lahirlah bangsa Thai sekarang.
Di dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal misalnya terdapat nama Raja Bedurai Putih. Di dalam
Hikayat Anggun Cik Tunggal, Raja Bedurai Putih dari Negeri Tambang Papan itu sebenarnya
perlambangan dari raja Portugis, gabenor atau wakil raja atau sekurang-kurangnya raja dari
sebuah negeri di Eropah. 'Bedurai' adalah kata 'viceroy' yang diMelayukan atau dalam versi lain
menjadi 'wizurai'. Anda boleh nampak sekarang, untuk memahami hikayat-hikayat Melayu, kita
kena kuat asas kronologi sejarah. Jika tidak, kod-kod dalam hikayat-hikayat ini tidak dapat
dipecahkan. Samalah seperti untuk memahami rahsia tradisi Darah Naga dan 'Pisau Ular'.
S: Bercakap mengenai Khmer, Srikandi ada menyentuh mengenai pengasas Angkor atau Empayar
Khmer iaitu Jayavarman II di dalam salah satu siri ATBM. Siapakah beliau sebenarnya?
J: Saya cenderung mengatakan beliau ialah gabenor atau mempunyai hubungan darah dengan
dinasti Sailendra. Dinasti Sailendra ialah raja-raja Srivijaya yang menetap di Jawa. Asal-usul
mereka ialah dari Sumatera. Jadi mereka adalah cabang dari keturunan diraja Malayu Sumatera.
Namun ada pengkaji yang menolak pendapat ini seperti Claude Jacques dan lain-lain. Mereka
mengatakan bahawa kata 'chvea' pada batu bersurat di Sdok Kok Thom itu merujuk kepada
orang Cham. Ini kerana pada pendapat mereka, Jayavarman II telah lama berhubungan dengan
orang Cham dan ini lebih munasabah berbanding beliau tinggal di istana Sailendra di Jawa. Bagi
kita, mana-mana teori pun menunjukkan bahawa budaya Khmer adalah berasal dari rumpun
Melayu. Mengapa? Teori pertama mengatakan Jayavarman II berasal dari istana Sailendra.
Dinasti Sailendra berasal dari Sumatera, dari kerajaan-kerajaan Melayu Purba. Teori kedua
mengatakan Jayavarman II ada hubungan dengan orang Cham, dan orang Cham adalah
sememangnya rumpun Melayu dan pernah mempunyai tamadun Melayu Purba yang agung! Jadi
budaya Khmer tidak dapat lari mesti duduk di bawah bayang-bayang sejarah KeMelayuan.
Sebab itu saya katakan tamadun purba Melayu ada di Indochina. Ini benar-benar ‘The Lost
Civilization of Malays’.
S: Kalau boleh kami mahu berbual panjang lagi dengan Srikandi, namun akur dengan masa yang
diberi oleh Srikandi...
J: Oh ya! Nasib baik anda ingatkan, saya ni kalau sudah syok bercakap pasal sejarah, lupa dunia...
(Srikandi ketawa kecil)
S: ...jadi sebelum mengakhiri temubual kita, boleh Srikandi ceritakan asal-usul salasilah Srikandi
sendiri, mungkin pembaca ingin tahu, sebagai pengkaji sejarah sudah tentu sang pengkaji tahu
sejarahnya sendiri.
J: Emmm… emmm… (Srikandi merenung tajam dengan senyuman mencurigakan) Awak nak jerat
saya ke? Ini soalan perli nampak?
(Srikandi mula ketawa kecil)
Baiklah, bapa saya berketurunan Jawa yang jika ditelusuri berasal dari Jawa Tengah. Moyang
saya jika diselidiki mempunyai hubungan darah dengan Embah Gyatri, salah seorang isteri
Raden Wijaya. Cukup saya katakan bukanlah hubungan dekat, bau-bau bacang sahaja. Salasilah
ini terlampau kompleks, dan saya pernah melihat salasilah ini ketika kunjungan saya ke
Magelang. Itu pun nasib baiklah saya membawa bapa saya kerana dia masih fasih berbahasa
Jawa halus. Ibu saya pula berasal dari Perak, tepatnya dari Beruas. Nenek saya (sebelah ibu)
punya hubungan dengan salah satu kerabat diraja Perak. Cukup?
S: Nampaknya Srikandi punya darah kedua-dua warisan empayar ini; Srivijaya dan Majapahit...
(Srikandi hanya tersenyum aneh)
J: Saya tidak mahu komen tentang itu, namun saya mahu ulang apa yang dikatakan oleh Win Cun,
rakan Cina saya ketika di Tingkatan Enam dahulu, seperti yang saya ceritakan di awal temubual:
"...jika awak lemah semangat,tiada siapa di dunia ini akan dapat tolong awak..."
Hidup ini sebenarnya kejam dan hanya orang yang benar-benar kuat sahaja akan terus wujud.
Orang yang lemah semangat, hilang identiti dan jatidirinya akan menunggu masa untuk pupus.
Terima kasih kerana menemubual saya.
S: Oh, sepatutnya kami yang berterima-kasih kepada Srikandi kerana sudi meluangkan masa
bersama kami.

You might also like