You are on page 1of 15

Malnutrisi : Pengertian Dan Kandungannya

Pengenalan

Malnutrisi adalah salah satu masalah kesihatan yang penting yang kini telah dikenal pasti
oleh Kerajaan Malaysia. Masalah ini adalah menjadi factor penyumbang kepada masalah-
masalah lain seperti nutrisi, parasitisme, tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak dan
juga aspek sosio-budaya yang berkaitan dengan kesihatan. Malnutrisi menjadi masalah
yang penting terutamanya negara-negara mundur yang ekonomi dan pendidikan lemah di
dunia seperti Somalia, Senegal dan Uganda di benua Afrika serta Bangladesh, Selatan
India dan Pakistan di benua Asia. Di Malaysia ia merupakan masalah yang sederhana
yang terkawal, hasil daripada keadaan ekonomi yang stabil dan pendidikan yang
berkesan. Cuma malnutrisi ini masih terdapat di kawasan-kawasan pedalaman Malaysia
kerana masalah lokasi dan perhubungan antara satu tempat dengan tempat lain yang lebih
maju. Di kawasan terpencil ini perkhidmatan penjagaan kesihatan moden adalah rendah
atau tidak kedapatan. Mengikut fakta, 2/3 kanak-kanak tidak sihat di dunia adalah di Asia
manakala ¼ adalah daripada benua Afrika.

Menurut kajian terdapat banyak penyakit yang berpunca daripada malnutrisi. Terdapat
persetujuan mengatakan bahawa malnutrisi merupakan punca utama kepada kematian
kanak-kanak di negara mundur dan sedang membangun termasuk Malaysia. Kajian
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga antaranya mengatakan : “Seluruh dunia,
disebabkan kekurangan langkah kesihatan walaupun langkah yang paling mudah, ramai
orang mati disebabkan oleh penyakit yang boleh dicegah dan diubati, yang biasanya
dapat dikaitkan dengan malnutrisi, ataupun hidup dengan kecacatan anggota dan mental.”

Definisi Malnutrisi

Malnutrisi adalah satu keadaan yang terhasil atau terjadi apabila badan manusia
memperolehi atau menerima kandungan yang tidak seimbang untuk vitamin, mineral dan
nutrien yang lain, dimana kandungan tersebut diperlukan untuk mengekalkan kesihatan
tisu badan dan fungsi organ tubuh.
Dalam ertikata lain, malnutrisi ( nutrisi yang tidak teratur ) adalah keadaan patologi yang
terhasil daripada kekurangan relatif atau mutlak atau kelebihan satu atau lebih nutrien.

Kategori dan Jenis Malnutrisi

Malnutrisi boleh di kategori kepada 2 iaitu :

1. Malnutrisi primer – keadaan dietari yang tidak teratur.


2. Malnutrisi sekunder – ketidaknormalan nutrisi akibat proses penyakit di dalam
badan manusia.

Dua kategori utama malnutrisi ini dapat dibahagi lagi kepada empat jenis keadaan
patologi seperti yang berikut :

i. Nutrisi berkurangan

Keadaan akibat daripada pengambilan nutrien yang tidak mencukupi. Lazimnya ia


ádalah kesan penggunaan terlalu sedikit nutrien yang penting atau menggunakan atau
proses perkumuhan yang terlalu pantas daripada proses menggantikannya. Kanak-kanak,
remaja, wanita mengandung dan perempuan yang menyusui bayi sangat memerlukan
nutrien tambahan. Kehilangan banyak nutrien boleh juga disebabkan oleh diarrhea, kadar
perpeluhan melampau, kehilangan banyak darah dan buah pinggang kurang berfungsi.
Sementara itu pengambilan nutrien yang sepatutnya akan terhalang akibat daripada
penyakit tua, proses diet yang melampau, alahan makanan, kecederaan yang tertentu atau
penggunaan bahan makanan yang sia-sia.

ii. Nutrisi berlebihan

Hasil daripada pengambilan makanan yang berlebihan. Dietari yang tidak seimbang ini
juga akibat pengambilan makanan berlebihan yang salah dari segi kandungan nutriennya,
senaman yang tidak mencukupi dan pengambilan terlalu banyak vitamin atau suplemen
diet yang salah. Risiko ini turut bertambah sekiranya memiliki berat badan berlebihan 20
%, pengambilan lemak dan garam berlebihan serta pengambilan dos berlebihan untuk ;
niacin untuk merendahkan tahap kolestrol yang tinggi, vitamin B6 untuk melegakan
sindrom pre-menstrual, vitamin A untuk menghilangkan masalah kulit dan zat besi atau
bahan mineral lain yang tidak mendapat preskripsi doktor. Pengambilan nutrien yang
tidak teratur boleh mempengaruhi sistem tubuh badan serta deria bau, rasa dan melihat. Ia
juga dapat melahirkan perasaan cemas, perubahan perasaan hati dan simptom psikiatri.

iii. Kekurangan spesifik

Keadaan berlaku akibat kekurangan relatif atau mutlak sesuatu nutrien yang penting
seperti contohnya asid amino dan vitamin A.

iv. Ketidakseimbangan

Keadaan terhasil akibat daripada pengambilan nutrien yang diperlukan tidak seimbang
bukan disebabkan kekurangan sesuatu nutrien.

Faktor-faktor Penyebab Malnutrisi

Terdapat faktor tidak langsung dan faktor penyebab cara langsung yang menyebabkab
berlakunya malnutrisi. Di antara faktor-faktor penyebab yang utama adalah :

a) Keadaan sosio-ekonomi yang mundur – Kemiskinan dan Pengetahuan yang


Rendah

Menurut satu kajian : “….bagi sesuatu kumpulan yang dikaji, tahap kemiskinan
didapati berkadar songsang dengan tahap pengambilan protein sumber haiwan…..”.
Ini jelas menunjukkan bahawa kemiskinan adalah salah satu punca utama manutrisi
dan berkait rapat dengan tahap pengetahuan yang rendah. Pendapatan yang rendah
menyebabkan mereka tidak berkeupayaan membeli makanan yang mempunyai diet
yang seimbang. Ini akan menyebabkan diet berkurangan dan tidak sempurna.

b) Amalan Pemakanan dan Penyakit

Tabiat pemakanan semakin berkurangan apabila usia semakin meningkat. Orang tua
yang hilang tabiat pemakanannya akan semakin diancam oleh malnutrisi. Penyakit
yang sering menyerang orang tua seperti Alzheimer akan menyebabkan mereka lupa
untuk makan makanan yang seimbang.

Risiko malnutrisi juga semakin meningkat bagi orang yang mengidap sesetengah
penyakit bahaya contohnya buah pinggang, hati, kanser, AIDS dan gastrik. Penghidap
penyakit ini akan terhalang untuk memakan sesuatu jenis diet dan kelemahan sistem
badan mereka untuk menyerap makanan yang telah dicernakan.

Orang yang bergantung hidup dengan dadah dan alkohol juga mempunyai risiko
tinggi terhadap malnutrisi. Golongan ini mempunyai diet tertentu yang perlu
diamalkan dalam satu tempoh jangkamasa yang ditetapkan. Diet ini akan
mengurangkan keseimbangan makanan yang diambil, dan selalunya golongan ini
mempunyai kegagalan dalam sistem pencernaannya akibat kesan pengambilan dadah
dan alcohol terutama yang melibatkan organ hati, pankreas dan buah pinggang.

Alahan terhadap sesejenis makanan akan menyukarkan seseorang itu memperolehi


makanan yang boleh mereka cernakan. Golongan ini memerlukan kalori tambahan
yang diambil untuk mengekalkan berat yang diambil dan seterusnya mengekalkan
berat badan mereka sendiri.

Sifat terlampau ingin kurus menyebabkan pemakanan yang tidak teratur bagi
golongan anoreksia dan bulimia yang terlampau menghadkan pengambilan makanan
mereka, sehingga tidak sihat akibat kekurangan nutrien yang penting untuk badan
mereka.
Adat resam sesuatu masyarakat juga mempengaruhi amalan makanan sesuatu
golongan. Contohnya amalan masyarakat Melayu, wanita di dalam pantang di halang
memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutrien yang tinggi.
Sedangkan pada masa ini ibu yang sedang menyusui bayi memerlukan kandungan
nutrien yang tinggi. Ini menyebabkan mereka mudah terdedah kepada penyakit
seperti anemia.

c) Parasitisme dan Infeksi Penyakit

Masih terdapat penyakit berjangkit dan penyakit berparasit yang kronik berlaku di
sesetengah tempat yang boleh menjurus kepada malnutrisi. Penyakit berjangkit yang
lazim seperti tuberkulosis, malaria dan semua jenis disentri contohnya cirit birit,
sementera penyakit berparasit adalah seperti askaris, trikuris, cacing usus dan kutu
kepala.

Penyakit- penyakit ini akan menyebabkan masalah-masalah berikut :

 Kehilangan nutrien yang tinggi


 Keperluan fisiologi yang lebih tinggi terhadap nutrien dengan beban yang
lebih, akibat daripada penyakit

 Malfungsi sistem penyerapan yang menghasilkan malserapan

Simptom Malnutrisi

Di antara simptom-simptom kemungkinan malnutrisi adalah kehilangan berat badan


tanpa disedari sebanyak 10 pound atau lebih. Orang yang tidak subur kebiasaannya
berbadan kurus dan kepala agak besar dengan keadaan kulit mereka pucat, tebal, kering
dan mudah nampak lebam. Gatal-gatal kulit dan perubahan pigmentasi selalu biasa
berlaku kepada mereka.
Rambut adalah nipis, kerinting kasar dan mudah tercabut dari kulit kepala. Selalu berasa
sakit pada bahagian sendi dan tulang mereka lembut dan mudah patah. Bahagian gusi
selalu mengalami pendarahan dan lidah yang membengkak, berkedut serta retak-retak.
Berlaku gangguan pada penglihatan termasuklah rabun malam dan sangat sensitif pada
cahaya serta kilauan.

Simptom-simptom malnutrisi yang lain adalah :

 Diarrhea
 Kebingungan

 Berkeadaan bimbang

 Kehilangan tindakan refleks dan koordinasi otot semakin berkurangan

 Otot tersentak

 Amenorrhea

 Bibir dan mulut yang pecah dan retak

Kanak-kanak yang menghidapi malnutrisi kebiasaannya pendek umur, kurus, tidak dan
mempunyai daya tahan badan yang sangat lemah.

Diagnosis Malnutrisi

Kehadiran malnutrisi pada seseorang dapat dikesan daripada penampilan keseluruhan diri
seseorang, tingkah laku, agihan lemak pada badan dan fungsi organ tubuh badan.

Pesakit akan di temu bual dan direkodkan data tentang bahan yang dimakan pada waktu-
waktu spesisifik mereka. X-ray boleh dijalankan bagi mengesan isipadu tulang, gangguan
pada organ perut dan kerosakan pada bahagian hati serta jantung.
Ujian darah dan air kencing juga dapat dilakukan bagi mengukur peringkat kandungan
vitamin, mineral dan bahan kumuh pesakit.

Status nutrisi pada seseorang juga dapat di anggarkan secara :

 Membandingkan berat pesakit dengan carta Standard


 Mengira indeks jisim badan (BMI) berdasarkan formula yang membahagikan
tinggi terhadap berat

 Mengukur ketebalan kadar lipatan kulit (‘skinfold’) atau lilitan pada lengan atas

Jenis-jenis Penyakit Akibat Malnutrisi

Di antara penyakit-penyakit utama berpunca daripada malnutrisi adalah seperti berikut :

i. Kwashiorkor
Penyakit berpunca daripada kekurangan zat protein atau di kenali juga sebagai penyakit
“red boy”. Seseorang yang kekurangan protein asid–asid amino. Penyakit ini biasanya
dijangkiti oleh kanak–kanak yang tidak lagi menyusu dengan ibunya ketika berusia 5
tahun dan selalunya akan makan makanan yang mengandungi sama ada bijirin, ubi
kentang atau yang berkanji.
Simptom umum Kwashiorkhor :
 Penampilan seolah-olah seperti anak gemuk (gemuk air)
 Penurunan kesedaran (lebih sering dari anak yang berpenyakit marasmus)
 Tubuh menjadi lemah dan urat saraf
 Otot-otot mengecil, anak berbaring terus-menerus
 Anak sering menolak segala jenis makanan
 Rambut berwarna kusam dan mudah dicabut
 Gangguan kulit berwarna kemerahan dan merebak serta berubah menjadi hitam
dan terkelupas
 Pembesaran hati disebabkan kemasukan lemak.
Rawatan biasanya ialah memberi kanak–kanak makanan yang mengandungi asid–asid
amino. Susu tepung tanpa lemak juga boleh diberikan bagi meningkatkan zat protein.

ii. Marasmus
Marasmus adalah sejenis penyakit yang terjadi disebabkan oleh kekurangan kalori dan
protein (Protein Clorie Malnutrition Diseases). Ia biasanya berlaku pada kanak–kanak
yang berumur 1 tahun di negara yang miskin dan sedang membangun.
Simptomnya adalah seperti :
 Wajah seperti orang tua
 Sering terdapat penurunan kesedaran
 Kulit kering, dingin dan kendur
 Otot-otot mengecil sehingga tulang-tulang kelihatan jelas
 Sering disertai diare atau konstipasi
 Tekanan darah, frekuensi jantung dan frekuensi pernafasan berkurangan
 Berat badan merosot
 Sering cirit birit

Pemakanan yang diambil perlulah dapat menampung kalori dari jumlah protein yang
diambil mencukupi dan mengandungi kandungan biologi yang baik serta kandungan
mineral dan vitamin. Pengawalan penyakit ini boleh dilakukan dari awal iaitu dengan
meminum susu kering tanpa lemak.

iii. Xeroftalmia
Merupakan penyakit mata yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A. keadaan ini
menyebabkan mata seseorang itu mengalami sensitif pada cahaya. Akibat dari pada
penyakit ini, kelopak mata akan menjadi bengkak akibat daripada tiada rembesan air
mata dan seterusnya melekat pada nanah. Selain itu juga, bakteria akan memasuki mata
dan tumbuh pada kornea. Jika keadaan ini berterusan pesakit itu boleh menjadi buta.
iv. Rabun Malam
Penyakit ini adalah kegagalan penglihatan untuk menyesuaikan secara pantas dari
keadaan yang terang kepada keadaan gelap di dalam bilik pada masa yang lama. Pesakit
yang mengalami penyakit ini disebabkan kekurangan vitamin A.
Pesakit hendaklah memperbanyakkan makan makanan yang mempunyai vitamin A yang
boleh di dapati dari :
 Susu
 Mentega keju
 Kuning telur
 Hati
 Ikan berlemak
 Sayur sayuran
 Buah buahan

v. Beri –Beri
Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B1 tiamina. Ia adalah satu penyakit
suku bangsa yang bergantung kepada makanan beras kisar sahaja sehingga memberi satu
wabak penyakit.
Tanda – tanda penyakit ini :
 Kecederaan saraf
 Kaki dan jari–jari kaki menjadi kebas dan terasa sengal – sengal.
 Pergelangan kaki kaku
 Badan menjadi lemah
 Susah berjalan
 Kemungkinan kaki boleh menjadi lumpuh
 Hilang nafsu makan
 Cepat letih
 Pencernaan makanan tak sempurna
Terdapat dua jenis penyakit beri–beri iaitu :
a) Beri–beri basah
Penyakit orang dewasa, badan pesakit menjadi bengkak yang bermula dari kaki. Ini
disebabkan oleh kelemahan jantung untuk mengepam darah ke paru–paru. Oleh itu tisu–
tisu pada tangan akan penuh dengan cecair tisu dan akan membengkak serta boleh
menyebabkan kematian.

b) Beri–beri kering
Juga terjadi pada orang dewasa, badan tidak menunjukkan bengkak tetapi otot–otot
menjadi lisut dan boleh lumpuh. Penyakit ini adalah dari sistem saraf terutamanya
bahagian yang mengawal otot–otot tangan dan kaki. Lama-kelamaan bahagian ini akan
menjadi lemah dan tidak bermaya. Pesakit perlulah makan makanan yang banyak tiamina
seperti beras yang belum dikisar, kacang pis dan bijirin tulen.

vi. Penyakit tulang


Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan vitamin D yang menyebabkan tumbesaran
tulang yang terencat berlaku pada kanak–kanak. Vitamin ini amat penting dalam
metabolisme kalsium dan fosfurus yang membolehkan garam tak organik kalsium fosfat
dienapkan di dalam tulang–tulang. Kekurangan vitamin ini menyebabkan kemerosotan
enapan kalsium dalam tulang dan mengakibatkan tulang menjadi rapuh serta
mempercepatkan pembongkokkan dan pembantutan.

vii. Beguk
Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan iodin. Kelenjar tiroid membengkak dan
menyebabkan kemerosotan metabolisme asas seterusnya menjejaskan fizikal dan mental
pesakit. Penyakit ini sering berlaku pada negara yang tiada sumber makanan diri laut, ini
keranan ikan air laut mempunyai banyak iodin.

iix. Anemia
Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat besi. Jika berlaku penurunan kepekatan
hemoglobin, ini menunjukkan tanda–tanda berlakunya Anemia. Tanda–tandanya adalah
keletihan, hati membesar, susah bernafas dan kulit yang pucat. Punca kekurangan zat besi
adalah dari segi amalan pemakanan, kehilangan darah yang berlebihan dan penyerapan
zat besi yang lambat.

Langkah-langkah Rawatan Secara Am

Kebiasaannya status nutrisi bermula dengan penilaian terhadap nutrisi tersebut. Proses ini
membolehkan ‘clinical nutrionist’ atau pakar pemakanan menentukan kehadiran
malnutrisi, menilai kesan terhadap kekacauan nutrisi dan memformulasikan satu diet
yang menyimpan nutrisi yang mencukupi.

Pesakit yang tidak boleh atau tidak mahu makan atau sesiapa yang tidak dapat menyerap
nutrient yang dimakan, akan disuap secara intravenous atau melalui kapilari tiub yang
disumbat ke dalam ‘gastrointestinal (GI) tract’.

Sistem menyuap menggunakan tiub biasanya digunakan kepada pesakit yang menderita
terbakar badan atau penghidap penyakit yang melibatkan usus. Prosedurnya ialah
memasukkan tiub kecil melalui hidung sepanjang kerongkong sehingga sampai ke dalam
perut atau usus kecil. Sekiranya pesakit memerlukan cara tiub dalam jangkamasa yang
lama, tiub akan dimasukkan terus ke dalam perut atau usus kecil melalui potongan/hirisan
pada bahagian abdomen.

Pemakanan secara tiub tidak selalu boleh membekalkan nutrien yang mencukupi kepada
pesakit yang :

 Serius ketidaksuburannya
 Memerlukan pembedahan
 Menjalani kemoterapi atau rawan radiologi

 Terbakar yang serius

 Cirit birit dan muntah yang berterusan

Bagi sistem pemakanan melalui saluran darah boleh membekalkan hamper kesemua
nutrien yang diperlukan oleh pesakkit.

Langkah-langkah Pencegahan Awal

Memberi susu badan kepada bayi untuk selama sekurang-kurangnya enam bulan pertama
adalah langkah terbaik mencegah malnutrisi pada peringkat awal bayi. Pada peringkat
umur melebihi dua tahun adalah digalakkan mengikut tabiat yang berikut :

 Memakan banyak buah-buahan, bijirin dan sayuran


 Makan makanan yang berkandungan lemak dan kolestrol yang rendah serta
mengandungi kandungan garam, gula dan sodium yang berpatutan

 Melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian selama lebih kurang 30 minit


beberapa kali dalam seminggu

 Mencapai atau mengekalkan berat badan yang ideal

 Elakkan penggunaan alkohol yang berlebihan

Setiap pesakit yang dimasukkan ke hospital perlulah di periksa dan di saring bagi
mengesan kehadiran penyakit serta keadaan yang boleh menjuruskan kepada malnutrisi
tenaga protein. Pesakit yang mempunyai risiko tinggi terhadap malnutrisi perlulah diberi
penilaian yang lebih selama mereka dirawat di hospital atau di rumah.
Kesimpulan

Malnutrisi sepatutnya boleh dicegah dari peringkat awal lagi sekiranya masyarakat sedar
dan tahu kesan-kesan yang boleh disebabkannya. Pendidikan nutrisi merupakan langkah
yang penting bagi melengkapkan pendidikan kesihatan. Pendidikan ini akan menjadi
mustahak kepada sistem penjagaan kesihatan yang menekankan langkah-langkah
mencegah dan promosi . Dalam erti kata yang lain, pendidikan nutrisi adalah berkesan
bagi memerangi kejahilan tentang keperluan nutrisi dan ancaman-ancaman yang
berkaitan dengannya. Kita perlu mengadakan aktiviti-aktiviti nutrisi yang cekap seperti
pemeliharaan halaman rumah, kebersihan diri, pengimunan dan lain-lain program
piawaian nutrisi yang penting dalam mengurangkan serta menghapuskan masalah
malnutrisi dalam masyarakat kita.
Bahan Rujukan

 Grigsby, Donna G., MD. "Malnutrition." eMedicine December 18, 2003.


http://www.emedicine.com/ped/topic1360.htm.

 Noura Syifa & Suharni Supaat (2005). Keseimbangan Makanan. Kuala Lumpur.
Goodmark Enterprise.
 Phuah Kooi Ean (1984). Pemakanan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Tan Loong Hoe (1990). Malnutrisi, Sumber Kesihatan Dan Pendidikan Di
Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
 World Health Organization (WHO) Nutrition web site.
http://www.who.int/nut/index.htm.

Isi Kandungan

1. Pengenalan
2. Definisi Malnutrisi

3. Kategori Dan Jenis

4. Faktor-faktor Penyebab Malnutrisi

5. Simptom-simptom Malnutrisi

6. Diagnosis Malnutrisi

7. Jenis-jenis Penyakit Akibat Malnutrisi

8. Langkah-langkah Rawatan Secara Am

9. Langkah-langkah Pencegahan Awal

10. Kesimpulan

11. Bahan Rujukan

You might also like