You are on page 1of 2

Terapi cara kerja

Pengenalan

Terapi cara kerja adalah sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang.
Ia bertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti hidup seharian,
penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah. Terapi cara kerja melibatkan
penilaian fungsi kognitif dan persepsi murid-murid Pendidikan Khas, kebolehan
menjalankan tugas harian seperti berjalan, mandi, memakai baju, makan dan membuat
kerja rumah.

Konsep

Terapi cara kerja juga merupakan aktiviti yang menjurus kearah membantu individu
bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang
mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot
untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.
Pemulihan cara kerja atau lebih dikenali dengan nama Occupational Therapy adalah
profesyen kesihatan yang memberi fokus kepada penghakupayaan individu dalam
merawat kecederaan , penyakit, kecacatan dan keuzuran bagi mencapai kehidupan
produktif, berdikari dan bermakna. Terapi cara kerja melibatkan peniaian fungsi kognitif
dan persepsi mangsa strok, kebolehan menjalankan tugas harian seperti berjalan,
mandi, memakai baju, makan dan membuat kerja rumah. Memandangkan skop yang
luas ini, terdapat sedikit pertindihan dengan tugas ahli fisioterapi dan ahli patologi
pertuturan. Secara ideal, semua ahli terapi perlu bekerja secara berkumpulan untuk
mengatasi masalah yang timbul. Guru Pendidikan Khas boleh menerapkan terapi cara
kerja kepada murid Pendidikan Khas dengan proses P&P yang dijalankan. Contohnya
terapi ini boleh diterapkan dalam mata pelajaran Pengurusan Diri atau Kemahiran
Hidup. Diharapkan dengan terapi yang dijalankan, murid-murid dapat menjalani
kehidupan dengan lebih tersusun dan sempurna.

Kepentingan terapi cara kerja

 Membantu kanak-kanak dalam pekembangan asas seperti mandi, berpakaian,


memberus gigi, dan makan sendiri.
 Membantu kanak-kanak dengan gangguan perilaku emosi dengan mempelajari
teknik-teknik penggurusan emosi. Sebagai contoh, tidak memukul orang lain
ketika marah ataupun bertindak ganas bila menghadapi sebarang masalah.
 Kanak-kanak akan belajar cara-cara yang positif untuk menghadapi kemarahan,
seperti menulis tentang perasaan atau menyertai dalam aktiviti fizikal.
 Mengajar kanak-kanak dengan kecacatan fizikal kemahiran koordinasi yang
diperlukan seperti makan sendiri.
 Menilai kemampuan setiap anak dalam setiap peralatan khusus seperti kerusi
roda, peralatan mandi, dan pengurusan pakaian.
 Menggunakan komputer, atau meningkatkan kelajuan dan keterbacaan tulisan
tangan mereka.

You might also like