P. 1
Silibus Silat Cekak 2011

Silibus Silat Cekak 2011

|Views: 575|Likes:
Published by allyis1504

More info:

Published by: allyis1504 on Jan 08, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/08/2013

pdf

text

original

1. Budaya Bangsa Melayu 1.1 Definisi Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia.

Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan ³budaya´ yang bermaksud ´ budi + daya ³; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Ciri-ciri Budaya * Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat * Budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa. * Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran. 1.2 Budaya membentuk jati diri. Konsep kemuliaan insane dan ketinggian taraf sebagai nadi utama masyarakat bertamadun perlu diterpkan dalam rangka pembinaan tamadun Malaysia. Istilah peradapan yang diperjuangkan oleh masyrakat Melayu merangkumi ketinggian akhlak dan budi pekerti perlu mengatasi nilai-nilai material yang diamalkan oleh sebahagian besar masyrakat hari ini. Justeru, dalam usaha membina jati diri manusia Melayu ini ia memerlukan kebudayaan bangsa yang selari dengan prinsip-prinsip Islam. Apa yang jelas mutahir ini ialah nilai-nilai kemuliaan insane ini semakin terhakis akibat gelombang modenisasi dan globalisasi yang melanda umat Melayu Islam di negara kita khususnya. Ia juga dapat diperincikan menerusi:

i.

Pengaruh nilai individualistik. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling menghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.

ii.

Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang menjadikan kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara manusia dilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan sesama manusia tidak lagi bersifat sacral(Zulkiflee & Mohd Nasir, 2005:89).

konsep-konsep asas ini perlu ditakrifkan secara lebih mendalam. kampung kita. dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini. iaitu keluarga kita. ia merangkumi. kita perlu tahu yang asli atau asal pada diri kita agar ia tetap kekal dan tidak rosak oleh sebarang anasir.) [1].3 Ilmu mempertahankan Diri sebagai budaya bangsa melayu. Bermacam-macam lagi budaya negatif yang merosakkan nilai ketimuran dan agama telah menjangkiti anak muda kita.0 menggambarkan konsep jati diri dan pertahanan diri berdasarkan pendidikan menerusi Seni Silat Cekak Malaysia.1 Takrif dan Konsep Untuk mengupas tajuk yang diberikan. Seni Silat Cekak sebagai wasilah yang telah sedia memiliki elemen jati dan ketahanan diri sekiranya dihayati oleh pengamalnya akan dapat membendung diri daripada dirasuk oleh elemen luaran yang negatif dan sebaliknya menerima elemen positif yang selari dengan kehendak agama Islam dan budaya Melayu kita. Keadaan rendah diri tidak bertempat seperti ini merupakan satu bentuk penjajahan baru dan perlu dikaji puncanya agar kaedah pencegahan dapat dicari. Punca kepada keadaan ini memang banyak sekali. sewajarnya umat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang telah diterap oleh umat Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam yang syamul yang tentunya akan melahirkan watak insane Melayu yang beriman. 2. Saya berpendapat perkataan jati diri perlu lanjutan ungkapan seterusnya iaitu ketahanan diri. Skop makna "diri" juga perlu difahami agar ia jelas. maruah. bertakwa dan berakhlak mulia. Kertas ini membincangkan tentang konsep dan elemen jati diri dan ketahanan diri yang ada di dalam Seni Silat Cekak Malaysia. namun ketiadaan konsep sayang akan diri inilah merupakan punca utamanya. Orang yang memiliki ketahanan diri akan berupaya mengekalkan keaslian atau kejatian dirinya dalam sebarang situasi. Jati bermaksud asli atau tulen [1]. Sistem pertahanan diri ini bertindak sebagai perisai yang dapat mengekal jati diri daripada di rosakkan oleh . Hal ini sesuai dengan maksud asal makna perkataan dan matlamat seminar ini. Sekiranya dikaitkan pula dengan yang bukan fizikal diri (batin). sementara tahan pula bermaksud tidak berubah keadaannya atau tidak lekas rosak (luntur berubah dll.Tegasnya. Rajah 1. Apa sahaja yang datang dari barat dan luar negara dianggap kemajuan dan perlu ditiru dan yang ada pada diri kita semuanya mundur. tiada bernilai dan perlu dibuang. negara kita dan juga agama kita. harga diri dan pegangan hati kita. Oleh itu. ketinggalan zaman. Akhir-akhir ini kita sering diperdengarkan dengan permasalahan kelunturan semangat sayang akan diri anak muda kita. 1. Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang selama ini bergerak mempertahankan budaya asli yang positif juga mempunyai peranan penting membantu kerajaan menangani kelunturan jati diri bangsa Melayu. Konsep diri sekiranya diperluas skopnya merangkumi semua yang berkait dengan fizikal diri (zahir). lantaran ramai dalam kalangan anak muda yang terjebak dengan pelbagai bentuk gejala sosial dan keruntuhan akhlak.

anasir luar di samping menapis dan membenar masuk pengaruh luar yang baik untuk diserap tetapi menangkis pengaruh luar yang buruk daripada meresap masuk. silat bermaksud gerak bela diri orang Melayu. Zahirnya perlu mahir dan batinnya pula kuat mentauhidkan Allah. ia akan dapat menambat hati anak muda yang sememangnya dahagakan ilmu mempertahankan diri dan mengalami ketandusan aktiviti pengisian masa senggang mereka. Oleh itu silat sebenarnya merangkumi keduadua aspek iaitu gerak zahir dan batin. Sejarah lampau telah membuktikan betapa silat Melayu telah menjadi wasilah di dalam menjaga agama. ilmu bela diri dikenali sebagai silat atau gayung. bangsa dan negara dari berbagai bentuk ancaman luar dan dalam. Saya yakin pendidikan yang diterapkan menerusi Seni Silat Cekak Malaysia mampu menjadi salah satu elemen utama ketahanan diri dan seterusnya mengekalkan jati diri pengamalnya. Berdasarkan takrifan oleh Silat Cekak. Ilmu bela diri merupakan satu cabang ilmu (jasmani dan rohani) yang digunakan untuk menjaga diri secara bersistem. Gerak ini pada hakikatnya bukan kita punya tetapi dikurniai oleh Allah kepada hambanya. . Kepada orang Melayu. Sekiranya konsep dan falsafah asal silat ini dikekalkan dan diterapkan menggunakan kaedah moden.

Kaedah atau pendekatan yang kurang sesuai akan menyebabkan segala input akan ditolak atau ia tidak dapat menembusi benteng hawa nafsu. Kata Guru "Kenalilah dirimu rata-rata. Kata-kata ini selalu ditekankan agar kita tidak lupa diri dan sentiasa mensyukuri segala nikmat yang Tuhan kurniakan kepada kita serta dapat menghilangkan sifat ego. Dengan kata lain silat ini bertunjangkan akidah seperti mana jelas ternyata dalam dua daripada matlamat perjuangannya iaitu: "Memberi pengertian tentang tujuan dan matlamat bersilat juga tujuan dan mengapa hidup serta matlamat sebenar hidup" [3 ].1 Silat Cekak dan Konsep Jati Diri Silat Cekak menjelaskan secara mendalam tentang konsep diri dan mengenal diri untuk mengenal pencipta-Nya. baru kita kenal Tuhanmu yang nyata" [2]. semata-mata untuk menjadi hambaKu". Matlamat sebenar hidup seperti yang dijelaskan oleh Almarhum Ustaz Hanafi (pengasas PSSCM) selaras dengan yang dijelaskan dalam Al Quran: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia. 3.0 Pendekatan Silat Cekak Konsep sayang akan diri dan nyawa (roh) serta penerapan semula nilai positif perlu kaedah yang bersesuaian dengan jiwa para remaja dan tidak pula menyinggung jiwa orang dewasa. perlembagaan PSSCM dan peraturan-peraturan bertulis Lembaga Pelajaran & Tatatertib PSSCM. terdapat banyak elemen pendidikan diri yang amat tinggi nilainya dalam silat ini.3. Berdasarkan pengalaman saya berkecimpung dengan Silat Cekak selama hampir 25 tahun. contoh dan teladan para pemimpin dan bimbingan serta didikan guru-gurunya. Para pemimpin silat ini juga sering menekankan bahawa mempelajari silat ini bukan untuk bermegah-megah tetapi semata-mata untuk menjaga diri. Pendekatan yang dikemukakan oleh Silat Cekak ini berupaya mendidik kita mengenali jati diri yang sebenarnya dan seterusnya menjadikan kita menghargai dan bertanggungjawab untuk menjaga kurniaan Allah yang ada pada diri kita. "Menanam semangat dan roh Islam sebagai pegangan dalam menghadapi sebarang keadaan"[3 ]. Terdapat juga elemen yang tersirat yang diterapkan secara tidak langsung menerusi kaedah pengajaran dan pembelajaran.[Adz-Dzaariyat:56] . pergaulan guru dan murid. Elemen-elemen ini ada yang telah tersurat seperti mana termaktub di dalam pantang larang dan adat istiadat persilatan. Sayang akan diri pula perlu kefahaman terhadap konsep kejatian dan ketahanan diri.

M Tuan Haji Ishak Itam sentiasa menjelaskan tujuan bersilat seperti di dalam rangkap kata berikut: "Kita bersilat bukan kerana silat. Sebagai panduan. Guru Utama PSSCM Y. menggunakan tangan di tempat tangan. 8]. kita bersilat kerana agama. tertib. Secara praktikal. Tulisan "Muhammad-Ahmad" yang ditulis secara timbal balik pada lambang Seni Silat Cekak menggambarkan penekanan terhadap asuhan jasmani dan rohani seperti yang dimatlamatkan [13]. dan menggunakan kaki di tempat kaki. Silat Cekak juga menjelaskan tentang komponen diri. Adat istiadat Melayu yang tidak bercanggah dengan akidah Islam dikekalkan dan dimajukan dalam perjuangan Seni Silat Cekak Malaysia. Gerak-geri Seni Silat Cekak amat bersopan. tidak menggunakan tangan di tempat kaki atau sebaliknya [9]. Nyawa merupakan amanah Tuhan yang perlu dijaga. Kita bersilat bukan kerana silat. Di samping penjelasan tentang diri. Ciri-ciri pendidikan diri ini dirangkumkan dalam sukatan pelajaran kelas teori dan amali Silat Cekak agar ia dapat difahami dan seterusnya diamalkan oleh ahli-ahlinya [7. misalnya tidak ada kaedah sepak-menyepak melebihi had atas pinggang digunakan. tidak gelojoh. kita bersilat kerana Allah" [4 ]. tatasusila Melayu kekal dalam amali Seni Silat Cekak. Orang Melayu menganggap menyepak ke arah kepala orang adalah "kurang sopan" Begitu juga menunjuk ajar menggunakan kaki juga tidak sesuai dengan budaya orang Melayu dan ia tidak digunakan dalam Seni Silat Cekak. Perkara ini jelas dinyatakan dalam perlembagaan PSSCM iaitu: "Memperkenalkan Seni Silat Cekak sebagai salah satu daripada kebudayaan warisan bangsa Melayu" [5]. kedua-duanya perlu dididik agar ia seimbang. Diri kita terdiri daripada dua komponen asas iaitu yang zahir dan yang batin.Tujuan utama Seni Silat Cekak menekankan konsep menjadi hamba Tuhan ialah agar kita sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugas hidup kita. . Perkara ini juga dijelaskan menerusi Pantun Cekak seperti berikut: Silat Cekak Pada Lahirnya Pengertian Gerak Pada Batinnya Hendaklah Mahir Seluruh Anggotanya Hendaklah Jujur Pada Jiwanya [6 ] Di samping itu Silat Cekak juga menekankan agar kita menghargai nyawa yang Tuhan kurniakan kepada kita.

Di samping penerapan secara amali tentang konsep sayang akan hak sendiri. Konsep sayang akan diri akan membiak menjadi sayangkan budaya warisan sendiri seterusnya akan melahirkan jiwa patriotik yang sayang akan bangsa dan negara. menjelaskan bahawa semua hak Melayu perlu dihormati. Satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya ialah bagaimanakah kita hendak mengembalikan semangat dan keyakinan bahawa bangsa kita juga memiliki khazanah budaya yang amat bernilai tinggi yang dapat membina tamadun ummah. Sebagai contoh. pantang larang Seni Silat Cekak yang kelima iaitu "Tidak boleh mencaci segala rupa Seni Silat Melayu asli yang lain". Mencaci dan memfitnah merupakan tabiat buruk dan terlarang dalam agama kita yang perlu dihakis dan dihindari. Keyakinan terhadap mutu Seni Silat Cekak lahir menerusi kupasan secara ilmiah atau saintifik dan muzakarah ilmiah yang kerap diadakan. penggunaan nama "kelas latihan" bukannya "gelanggang" untuk tempat bersilat adalah bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam Silat Cekak bukan bertarung atau bermain yang bersesuaian dengan penggunaan istilah gelanggang.Pendekatan menerusi pantang-larang juga berupaya membantu ahli Silat Cekak mengenali jati diri dan mempertahankannya. . Agama Islam (pegangan hati) 2. penekanan terhadap kepentingan penggunaan bahasa dan peristilahan Melayu dan pengertiannya amat ditekankan. kertas kerja dan ceramah pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Perkara ini tergambar dengan jelas menerusi ungkapan pantun Seni Silat Cekak. kita perlu alat dan elemen untuk menerap dan mempertahankannya agar ia tetap kekal dalam diri walau apa jua suasana luarannya. Dalam hal ini. Adat-istiadat atau budaya bangsa (Melayu) Kedua-dua aspek jati diri yang perlu diterapkan dan dipelihara dalam diri kita telah jelas diterapkan dalam Seni Silat Cekak. Oleh itu menerusi penjelasan di atas komponen jati diri dalam konteks perbincangan ini dapat disimpulkan menjadi dua perkara pokok iaitu: 1. Aspek budaya ini merangkumi juga aspek seni bela diri atau silat. Almarhum Ustaz Hanafi Hj. Untuk mengekalkan jati diri. Seni Silat Cekak sekali lagi merupakan alat yang sedia memiliki elemen-elemen yang berupaya menjana ketahanan diri. Penekanan terhadap penggunaan istilah dan pengertian bahasa yang betul dan tepat amat penting agar kita mewarisi budaya ilmiah dalam ilmu persilatan [10]. Mencaci silat dan budaya Melayu yang lain walaupun rendah mutunya bererti mencaci diri sendiri. Usaha dalam bentuk penerangan dan penjelasan tentang kebaikan dan kelebihan Silat Cekak memang kerap diadakan agar kita sayangkan warisan sendiri yang tinggi mutunya. Sebagai contoh. Ahmad.

sama ada dalam suasana aman atau tidak aman sekalipun. Berdiri lurus ialah pendirian asal manusia juga pendirian yang disuruh oleh agama Islam [4]. Pendirian betul ini amat penting khususnya apabila kita menghadapi suasana luar yang amat mencabar dan tidak menentu dewasa ini. Almarhum Ustaz Hanafi pernah mengungkapkan supaya kita mencontohi ikan dalam lautan: "Ikan yang lahir dan tinggal di lautan tidak menjadi masin.Komponen Ketahanan Diri Seni Silat Cekak Banyak sekali elemen-elemen positif dalam Seni Silat Cekak yang berupaya menjadi benteng yang kukuh untuk mempertahankan jati diri. Berdasarkan kajian ilmu silat. Menerusi penerapan konsep dan latihan ini. Seterusnya Ustaz Hanafi pernah berpesan kepada penuntut-penuntutnya: "Walau di mana sekalipun kita berada Tuhan itu tetap sama. Prinsip berdiri lurus ketika menunggu serangan musuh menggambarkan pendirian yang tetap atau tegas pendirian (pegangan hati). Pantang-larang utama Seni Silat Cekak telah menggariskan beberapa prinsip utama yang dapat . Konsep berani ini amat penting sehingga ia dianggap sepenuh Iman [4. Pegangan hati atau iman yang kukuh kurniaan Allah dan yakin bahawa kita ini sentiasa diawasi oleh yang empunya hak amat perlu kepada kita tidak kira di mana kita berada dan pada bila-bila masa. Kita tidak boleh takut selain Allah. Silat Cekak juga menunggu serangan dengan tangan kosong walaupun musuh bersenjata. 12]. kerana hantu juga makhluk Allah yang kena jadi. malahan hantu sekalipun kita tidak boleh takut. kebanyakan ilmu bela diri sepakat memperakui bahawa berdiri lurus merupakan pendirian tertinggi atau pendirian peringkat guru. lahirlah ahli yang cekal hatinya dalam menghadapi musuh-musuh Allah yang nyata dan tidak nyata. Kelebihan berdiri lurus daripada berkuda-kuda (gaya berdiri kebanyakan silat) semasa menghadapi serangan boleh dibuktikan secara ilmiah [13]. perlu digaramkan juga apabila hendak digoreng". Sifat berani yang ditanamkan secara langsung menerusi sistem pelajaran Seni Silat Cekak adalah salah satu aspek penting dalam hal ini. Ia tetap melihat kita sama ada kita melakukan perbuatan baik atau sebaliknya". Penerapan konsep berdiri lurus dan kaedah tangkisan serta berpegang teguh terhadap falsafah "ikan di lautan" dan "Tuhan yang sa" merupakan pertahanan terkuat yang dapat mengekalkan jati diri kita. yang juga merupakan satu lagi latihan dan pendidikan diri untuk menjadi berani. Silat Cekak tidak mengelak ke kiri atau ke kanan tetapi mara ke hadapan menangkis serangan musuh dengan menggunakan 4 kaedah pelajarannya walau apa sahaja jenis serangan yang datang [11].

Sementara kesan "keramat" dan "hikmat" kedua ibu bapa pula akan kita perolehi menerusi ketaatan kita kepada kedua-duanya.memperteguh kekuatan dalaman diri (roh) kita. rasuah. . ibu dan bapa merupakan tiga orang yang tidak memiliki sifat dengki dan senentiasa mengharapkan atau mendoakan kejayaan murid dan anak-anaknya. iaitu apabila roh kita bersih baharulah segala ilmu yang baik mudah diterima. kita akan terhindar daripada melakukan kerja-kerja mungkar dan sifat buruk seperti khianat. Gerak silat merupakan pertahanan fizikal dan pendidikan yang diterapkan bersamanya merupakan elemen penting yang akan menjadi benteng pertahanan kuat pengekalan jati diri. Konsep suci dan bersih adalah tuntutan agama. Sekiranya prinsip ini dapat diikuti sepenuhnya. selamatlah semua generasi bangsa daripada segala masalah dunia dan akhirat. berbohong dan sebagainya. Gurulah yang kita dapat lihat secara lahiriah untuk mendidik kita mentaati yang ghaib dan tidak terlihat menerusi mata kasar. Penekanan terhadap perkara ini terkandung dalam rangkap Pantun Cekak yang berikut: "Dua ibu bapa tak boleh derhaka Besar jasanya kepada kita Kalau derhaka bahaya menimpa Di akhirat kita masuk neraka" [6] Guru. iaitu tidak boleh derhaka kepada guru. Roh kita perlu dicuci dengan mengingati dan memohon keampunan Allah di atas semua kesalahan seperti mana kita mencuci anggota lahiriah kita menerusi mandi dan bersabun. Oleh itu. Melalui gurulah kita akan dididik untuk mentaati Rasulullah dan Allah. ego. Konsep menuntut ilmu dalam Islam pula perlu landasan seperti berikut: "Tidak berilmu kalau tidak berguru. ibu dan bapa ialah perintis kepada konsep mengenang jasa dan tatatertib dalam menuntut ilmu. inti sari taat kepada Guru ini ialah konsep "berkat" seperti mana ternyata dalam pantun Cekak berikut: "Taat kepada Guru membawa berkat Sedikit belajar banyak yang dapat Jika menderhaka menjadi mudarat Semua ilmu tiada yang lekat" [6] Dengan berkat dan didikan guru. Di samping itu. Berguru pula perlukan guru yang Mursyid lagi Sidik". Tiga pantang larang utama Seni Silat Cekak.

Seni Silat Cekak Malaysia sebagai salah satu bidang ilmu dapat menjelaskan secara tepat komponen jati diri yang perlu ada dalam diri kita dan perlu dipertahankan. Oleh itu. kerjasama erat di antara badan-badan NGO dan agensi pemerintah yang dipertanggungjawabkan amat penting untuk menjamin keberkesanan pencapaian matlamat untuk membentuk bangsa Malaysia yang berjiwa patriotik. Seni Silat Cekak Malaysia yang telah dijelaskan juga memiliki elemen-elemen pendidikan yang khusus dalam sistem pelajarannya dan berupaya berperanan menjadi benteng atau pertahanan diri. . agama. bangsa dan negara dan seterusnya menjadikan pengamalnya selamat di dunia dan di akhirat.Kesimpulan Kupasan ringkas berkenaan konsep jati diri sebenar dan komponen utamanya iaitu agama Islam atau pegangan hati dan budaya Melayu yang positif perlu kepada pertahanan diri agar ia tidak pupus oleh pengaruh luar. Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia berperanan membantu membentuk ahli masyarakat yang mengenali jati dirinya serta berkeupayaan mempertahan jati diri ini. Pendidikan dalam Seni Silat Cekak juga berupaya melahirkan anggota masyarakat yang sayang akan diri. Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

k. c. e.2. b.1 Ilmu mempertahankan diri di dunia a. i. Korea ± Tae-kwondo China ± Kungfu Indonesia ± Pancak silat Thailand ± Muay Thai Jepun ± Karate Jepun ± Judo Filipina ± Kali Prancis ± Savate Russia ± Sambo India ± Silambam Israel ± Krav Maga Mesir ± Sebek kha . d. h. f. 2. l. Ilmu mempertahankan diri. g. j.

Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah. salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid.M. Kedah. Panglima Ismail. Batu 4 3/4. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini daripada Yahya Said. Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yang mana ianya juga telah diasaskan oleh Y. bersamaan 28 Disember 1965. bertempat di rumah Shafie Darus. Taiping sebagai 'pemegang amanah'. Majlis pengijazahan penuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau di Universiti Pertanian Malaysia pada 13 Oktober. .M. Seterusnya hingga sekarang cawangan-cawangan PSSCM telah berkembang diseluruh Semenanjung Malaysia. Guru Utama merangkap Presiden PSSCM. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad. telah bertemu dengan Yahya Said. hendaklah kau pulangkan kembali". Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975. Y. Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini.Seni silat cekak Asal-usul silat cekak Silat Cekak berasal dari Kedah.M.M. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September. Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah. 1986. Kemudian pada 19 Ogos 1971. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau. 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun. Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu berumur 20 tahun: "Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini. Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos. Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964. Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y. Jalan Gunung Alor Setar. Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y. 1986.

Jalan Gunung Alor Setar. buat pertama kalinya lambang rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah diperkenalkan dan telah digunakan sehingga kini. Bak kata pepatah Melayu 'patah tumbuh hilang berganti'. Di Kuala Lumpur. beberapa kelas telah dibuka. Kegiatannya di Kuala Lumpur telah berjalan di bawah naungan seksi Seni Silat. Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964.Sejarah penubuhan Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah.Bhg. ia berkembang dari satu sudut yang kecil di kedai makan milik En. antaranya di Kampung Baru. Persatuan Bawean Putra. Seni Silat Cekak telah berhijrah ke Kuala Lumpur. bersamaan 28 Disember 1965. Seterusnya. Ahmad. Perkembangan awal Seni Silat Cekak Malaysia telah diterajui oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad sehinggalah beliau kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986 selepas 21 tahun mengembangkan Seni Silat Cekak Malaysia ke seluruh negara. Kuala Lumpur. Silat Cekak telah diperkenalkan dan dikembangkan oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad melalui Persatuan Seni Silat Cekak Kedah Malaysia dan pada tahun 1975 pula. Batu 4 3/4. Kampung Datuk Keramat. Pada tahun yang sama. Jalan Raja Alang. Pada 19 Ogos 1971. tanggungjawab tersebut telah diteruskan oleh YM Tuan Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama dan Presiden PSSCM pada 21 September 1986 sehingga 3 Jun 2009 dan seterusnya oleh Y. Hussain b. bertempat di rumah Shafie Darus. Datuk Haji Maideen Kadir Shah sehingga kini. Kuala Lumpur. . melalui Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Pada akhir tahun 1970. Kedah.

Bend. Anuar Aziz @ Abd Aziz Ketua Penerangan En. Mohd Adanan bin Mohd Dom Juruaudit En. Abdul Rahman bin Abdul Hamid En. Hj. Kassim bin Husin Tn. Isma Amri bin Abdul Manan Penasihat Undang-Undang En. Mustafa bin Abdullah En. Haji Fizol Mohd Saad En. Maideen Bin Kadir Shah Setiausaha Agong En. Mohmad Anuar bin Ahmad En. Agung En. Sazarin Bin Sardomo Tn. Madya Dr. Hj. Faizal bin Mohd Yusof En. Mohd Zaini Bin Marzuki En. S/U Agung II En. Safaran bin Ahmad Prof. Khaharuddin bin Abd. Mohd Hafiz bin Jamil Pen. Abdul Majid bin Ismail En. K. S/U Agung I En.Penerangan En.Carta organisasi Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM Sesi 2008-2011 Pemangku Presiden Datuk Hj. Rosman Bin Mat Deli Pen. Rahman Ahli J/Kuasa En. Roslin Bin Ali Omar Bendahari Agong En. Riza Makhzan Bin Arifin Juruaudit En. Shahrem bin Md Ramli Pen. Suradi Bin Abdul Rahman Pen. Malek Rizal bin Hizat .

2. Membasmi dan menentang tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad Islam. Panglima Kanan Negeri Kedah telah menerima Silat Cekak dari wasilah Panglima Ismail. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Pengasas PSSCM dan sebagai Guru Utama merangkap Presiden selama 21 Ahmad tahun dari 1965 hingga 13 Ogos 1986. Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah Guru Utama merangkap Pemangku Presiden PSSCM mulai dari 3 Jun 2009 hingga sekarang. Menerima Silat Cekak dari Panglima Tok Rashid sebagai "Pemegang Amanah" selama 40 tahun dari 1925 hingga 1965. juga tujuan dan mengapa hidup serta matlamat sebenar hidup itu. . Menanamkan perasaan cinta dan kasih akan hak dan warisan mutlak bangsa Melayu. 5. 4. 6. 3. Menanamkan semangat bahawa kitalah yang bertanggungjawab menjaga diri sendiri. Menghidupkan. tanpa bergantung kepada orang lain. Perguruan Salasilah guru Panglima Ismail Panglima Tok Rashid Yahya Said (Pemegang Amanah) Panglima Kanan Negeri Kedah di zaman Kesultanan Ahmad Tajuddin II. memperkenalkan serta mempersebatikan pusaka bangsa yang merupakan seni kebudayaan keturunan yang hampir dilupakan. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Pengasas PSSCM dan sebagai Guru Utama merangkap Presiden selama 21 Ahmad tahun dari 1965 hingga 13 Ogos 1986. Memberi pengertian tujuan dan matlamat bersilat. Menanamkan semangat dan roh Islam sebagai pegangan bagi menghadapi apa jua keadaan.Matlamat 1.

Ustaz Hanafi juga tidak ketinggalan untuk melakukan pengubahsuaian dalam majlis-majlis penerangan.Biodata pengasas YM Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad Pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Walaupun Ustaz Hanafi dilahirkan dari keluarga petani. Perkara pokok yang diberi perhatian ialah mengubah corak hubungan antara guru dan penuntut. Ketika berusia 18 tahun. Setelah mengkaji dan meneliti secara mendalam segala ilmu yang ditimba. Ustaz Hanafi sedar bahawa beberapa sikap dan tradisi yang perlu diubahsuai bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa. . pernah berjuang bersama-sama rakan seangkatannya termasuk Tan Sri Khir Johari. Ustaz Hanafi akhirnya membuat keputusan mahu mengembangkan Silat Cekak kepada masyarakat Melayu. Bagi memastikan kelicinan setiap perubahan dilakukan itu. akhirnya beliau mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam politik tanah air memandangkan beberapa perubahan telah melanda suasana politik ketika itu. Setelah hampir dua dekad beliau berkecimpung di arena politik. Ustaz Hanafi telah memulakan penghidupannya sebagai perantau sambil menjual ubat-ubatan bersama-sama dengan Pak Ngah Sharif yang bukan sahaja sebagai guru kepadanya tetapi juga bapa angkatnya. Di dalam silat. Rahman serta Mashor Mohammad (abang kepada Datuk Seri Dr. Cara penyampaian silat kepada masyarakat umum turut diubahsuai. Ustaz Hanafi berjaya mengatur sistem pelajaran dan corak pengajaran Silat Cekak secara saintifik dengan menggunakan kebijaksanaan mental dan kaedah yang bersistematik. Menerusi gerakan silat inilah Ustaz Hanafi berhasrat mendidik anak-anak bangsa agar cintakan kebudayaan warisan dan menyalurkan segala pengalaman serta ilmunya di bidang kemasyarakatan. beliau telah mewujudkan satu sistem pentadbiran yang cekap. Mahathir). Memadailah beliau menimba pengalaman bersama dengan politik tanah air ketika itu. Pak Ngah Sharif yang berasal dari Tokai. Kedah telah membimbing beliau mengenali dunia manusia yang bermacam ragam. Ustaz Hanafi beranggapan. namun kepentingan pada pelajaran amat diutamakan oleh bapanya dan beliau telah dihantar ke Sekolah Melayu Gunung bagi mendapatkan pendidikan awal sehingga darjah empat. Tan Sri Datuk Senu Abd. Ustaz Hanafi semasa hayatnya juga pernah menjadi guru agama dan penyelia zakat. mungkin Silat Cekak akan luput dan tidak dikenali. Kemudian beliau dihantar pula ke sekolah agama iaitu di Pondok Alor Gonchah dan Guar Chempedak. Ustaz Hanafi telah berjasa dengan melahirkan semula Silat Cekak. Dalam usahanya mengembangkan silat Melayu. tetapi kerana sifat dan tindak tanduknya yang boleh memenangi hati murid. Beliau sebagai seorang aktivis dalam Pertubuhan Seberkas Kedah. Keadaan ini telah memberi peluang kepadanya bagi mempelajari pelbagai jenis silat Melayu dan menemui beberapa tokoh agama termasuk Kiai Fathulah Suhaimi dan Tuan Haji Abdullah Fahim. jika bukan dengan inisiatifnya. Ustaz Hanafi Yakin kepada hubungan dua hala dan sebab itu rasa hormat dari penuntut bukan hanya sekadar kerana ia guru. Setiap mata pelajaran diajar secara tertib dan teratur dengan menerangkan matlamat dan sebab-sebab sesuatu pelajaran Silat Cekak. Hanafi banyak menghabiskan masanya bagi menyelidiki dua bidang yang digemarinya iaitu mencari silat Melayu yang benar-benar asli dan boleh dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan diri dan mendalami bidang kerohanian Islam khasnya ilmu tauhid. Penekanan yang diberikan kepada sesuatu majlis penerangan ialah memberitahu masyarakat betapa silat masih sesuai untuk diamalkan dan cara bagaimana konsep Silat Cekak dilakukan. Ustaz Hanafi yang berjiwa besar. telah membabitkan dirinya dalam memperjuangkan semangat kebangsaan Melayu. Menyingkap semula zaman mudanya. sikap takut kepada guru dan mengikut apa sahaja kehendak guru di kalangan penuntut akan merugikan sesuatu pergerakkan silat itu.

Osman b. banyak tempat dan Cawangan serta Kelas Latihan telah disertainya termasuklah di TUDM Butterworth (1977). Di samping itu. Kemudian belajar pula di Pondok Pokok Sena (tafsir) dengan Tuan Guru Haji Ahmad b.Biodata guru utama YM Tuan Haji Ishak bin Itam Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia (1986 . Din. Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di UPM pada 13 Oktober 1986 seramai 27 orang. Mohamad Zain dengan penyertaan seramai 16 orang penuntut. Selain daripada ilmu persilatan. YM Ustaz Haji Hanafi b. Pada tahun 1969. Setiap kali latihan. Dalam masa yang sama seorang tukang gunting rambut Encik Wan Omar telah berjaya mengajak YM Tuan Haji Ishak b. dimana pada masa tersebut bergerak di bawah Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah. Sepanjang penglibatan beliau sebagai jurulatih. Kelas ini adalah merupakan kelas pertama yang diwujudkan di Bukit Mertajam. Tuan Haji Hussein. YM Ustaz Hanafi b. Semasa menjadi Guru Tomoi. Itam terus menerajui PSSCM sehingga 3 Jun 2009. beliau telah mempelajari cara-cara membuat ubat tradisional merawat penyakit kencing manis. Shafie b. Ahmad (Man Balak) sehingga beliau menjadi Guru Tomoi selama 2 tahun. Kemudian beliau mempelajari pula Tomoi Siam dari En. Pinang. Beliau seringkali berulang alik mengajar silat ini di S. beliau begitu yakin bahawa tiada satu silat Melayu boleh mengalahkan Tomoi Siam. Kelas ini telah diasaskan oleh Encik Abdullah b. Tuan Haji Ishak b. Kepala Batas (1978).2009) YM Tuan Haji Ishak bin Itam sejak dari kecil lagi telah meminati seni silat Melayu. Haji Ahmad telah dapat membuka kelas di Bukit Mertajam bertempat di Kubang Semang iaitu terletak lebih kurang 2 batu dari Cawangan PSSCM Seberang Perai pada masa sekarang ini. iaitu bermula dari umur 9 tahun sehingga ke umur 18 tahun beliau telah mempelajari Silat Gayung Fatani melalui bapa saudaranya En. Haji Ahmad kemudiannya telah melantik beliau menjadi jurulatih. Hassan Jawa selama 2 tahun dan kemudiannya telah mempelajari Silat Sendeng dan Silat Minangkabau. Itam untuk mempelajari Silat Cekak ini. Itam juga pernah mendapat pendidikan agama secara formal di Pondok Tuan Haji Mat Salleh Mesir. . beliau sering dipukul oleh YM Ustaz Haji Hanafi dengan pokok teh pagar yang bertujuan hendak mengajar beliau supaya bersabar dan menerima ilmu silat ini dengan ikhlas hati dari tangan gurunya sendiri disamping menerima berbagai ujian dari gurunya. YM Tuan Haji Ishak b. Bakar dan En. Seterusnya beliau mempelajari Silat Kuntau Jawa dari En. Apabila YM Ustaz Haji Hanafi kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986. YM Tuan Hj Ishak bin Itam telah berjaya belajar silat ini selama 30 hari latihan sahaja. Perai dan P. Cheruk Tok Kun (1975) dan di Kulim (1982). beliau telah mempelajari ilmu kebatinan melalui Ustaz Azizan (Izan). Tanah Liat yang pada masa ini menempatkan Maktab Adabi. YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah diisytiharkan sebagai YM Guru Utama pada 21 September 1986.

Ahli LPT dan AJK Pusat PSSCM pada tahun 1981. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Wisma Yakin. Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di Pusat Latihan Kuang pada hari Rabu 22 Julai 2009 bersamaan 29 Rejab 1430H seramai 116 orang. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah dilahirkan di Sg. beliau berguru dengan Tuan Syed Harun secara formal dalam bidang al-Quran. Baru. Dari kecil lagi beliau amat meminati seni silat. Pada tahun 1974 semasa usia 17 tahun beliau belajar Seni Silat Cekak Malaysia dengan al-marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad. Besi. Bapanya Kadir Shah bin Syed Maidin dan ibunya Julaiha bte Mohd Ibrahim. 03 Jun 2009 bersamaan 09 Jamadil-Akhir 1430H di kediamannya dan secara beradat pada hari Khamis 23 Jun 2009 bersamaan 29 Jamadil-Akhir 1430H jam 1.00 pagi. Kemudian berterusan dengan YM Tuan Haji Ishak bin Itam. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) mulai 29 Disember 2009. terbukti selama 35 tahun semasa khidmatnya dalam PSSCM. Pada tahun 1975 beliau telah mengambil Ujian Sijil Rendah Silat Cekak dan Ujian Sijil Menengah pada tahun 1980.2). Kuala Lumpur pada 18 Julai 1957 bersamaan 20 Z ulhijjah 1376H (Khamis). Al-marhum Ustaz Hanafi telah melantik beliau sebagai Jurulatih pada tahun 1977. Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Lelaki Ampang (Ampang Boy School). Pada tahun 1997 semasa usia 40 tahun. Imam Masjid Damai Datuk Keramat selama 2 tahun sehingga khatam. Dalam usia tersebut beliau lebih cenderung dalam bidang perniagaan bermula secara kecil-kecilan sehingga berjaya bergelar Tokoh Usahawan. Beliau pernah mempelajari Silat Gayung Malaysia ketika berusia 13 tahun.Bhg. Semasa ³Krisis 1993 dan 1994´. Kuala Lumpur sehingga tingkatan tiga. beliau telah mendalami ilmu al-Quran dengan Tuan Syed Mustaffa bin Syed Othman. Mendirikan rumah tangga dengan Datin Hajjah Roznida bte Ali Omar pada 16 September 1984 bersamaan 20 Zulhijjah 1404H (Ahad). Atas pengalaman beliau selama 19 tahun dalam PSSCM. Kemudian Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Klang (darjah 3 . beliau telah bersama-sama berjuang mempertahankan PSSCM sehingga berjaya. Atas jasa-jasa beliau dalam sumbangan kepada masyarakat.6). Beliau juga pernah mewakili PSSCM dalam Kejohanan Silat Olahraga Kebangsaan di Kuala Lumpur pada tahun 1984 dan mewakili negara dalam Kejohanan Silat Olahraga Sedunia pada tahun 1981 di Singapura serta 1982 di Jakarta Indonesia. beliau seringkali diberi mandat mewakili Guru Utama dan Presiden dalam urusan yang melibatkan PSSCM. Penyerahan ini telah di terima oleh semua pentadbir PSSCM dan Ketua Cawangan Negeri. Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah telah diisytiharkan sebagai Guru Utama PSSCM dan Pemangku Presiden PSSCM pada hari Sabtu 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430H semasa Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa PSSCM yang berlangsung di Hotel DePalma. Beliau anak yang keenam daripada sembilan beradik. Datuk Haji Maideen telah berguru secara peribadi dalam bidang keagamaan dan persilatan dengan Ustaz Hanafi selama 10 tahun. Kg. Semasa remaja. Selaku orang kepercayaan Presiden dan Guru Utama. . YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah menyerahkan Jawatan Guru Utama dan Presiden kepada Datuk Haji Maideen pada hari Rabu.Y. Ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin. Kuala Lumpur (PPWY). Ampang. agensi kerajaan dan swasta. DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung telah berkenan mengurniakan Pingat ³Darjah Panglima Mahkota Wilayah´ membawa gelaran DATUK pada 02 Februari 2009 bersamaan 06 Safar 1430H. Jalan Pudu (darjah 1 . Kuala Lumpur. Guru Utama dan Presiden PSSCM di Jalan Haji Sirat. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pasar Road. beliau dilantik sebagai Naib Presiden PSSCM oleh YM Tuan Haji Ishak bin Itam pada tahun 1993.

C dan D. Buah-buah dasar (basic) sambungan daripada kaedah A. Nama-nama buah Seni Silat Cekak antara lain ialah: y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y Buah Pertama Buah Keputusan Gayung Fatani Buah Keputusan Sendeng Atas Buah Kilas Belakang Buah Kilas Hadapan Buah Kidong Kiri Buah Kuntau Jatuh Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung Buah Kuntau Kanan Gantung Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau) Buah Ali Patah Atas Buah Ali Patah Sudah Buah Selendang Buah Gari & Gari Gunting Buah Paras Buah Keputusan Pasung Kemanga Buah Keputusan Terlak Buah Keputusan Lintau Buah Hempok Buah Luncur . b. Tidak boleh derhaka kepada guru Tidak boleh derhaka kepada ibu Tidak boleh derhaka kepada bapa Tidak boleh bergaduh sesama ahli Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli Struktur persilatan Pelajaran Seni Silat Cekak Malaysia a. c. C dan D. berdiri lurus seperti berdiri waktu sembahyang (tidak berdiri kuda-kuda). Buah-buah dasar dan pecahan-pecahan ini adalah buah-buah segala ilmu keputusan seluruh silat Melayu di dalam alam Melayu seperti Keputusan Sendeng. Keputusan Gayung Fatani. Keputusan Silat Harimau dan lain-lain seperti yang disebutkan pada bahagian awal tadi. Dengan buah-buah pecahan inilah untuk mempertahankan keselamatan daripada segala rupa serangan. B. dilatih bergerak sekali tangan dan kaki. B. 4 pergerakan di tangan kiri dan 4 pergerakan di tangan kanan (kaki tidak bergerak). 3. c. 4. Mempunyai kaedah A. 2.Pantang-larang 1. Buah-buah pecahan atau buah-buah anak sambungan daripada buahbuah dasar pelajaran yang kedua. 5.

. Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Pantun di atas telah diterbitkan oleh PSSCM secara rasmi melalui Majalah Suara Cekak 1 (1975) dan Suara Cekak 2 (1976).Pantun Lahirnya Cekak kerana kesedaran bukan bermusuh sebagai tujuan untuk mendaulatkan seni kebangsaan mensesuaikan dengan makna kemerdekaan Silat Cekak benar-benar asli tidak bercampur hak luar negeri hendaklah belajar bersungguh hati untuk menjaga diri sendiri Silat Cekak tersangatlah mudah bagi mereka yang mendapat hidayah sungguhpun begitu hendaklah tabah InsyaAllah mendapat faedah Silat Cekak pada lahirnya pengertian gerak pada batinnya hendaklah mahir seluruh anggota hendaklah jujur pada jiwanya Taat ke guru membawa berkat sedikit belajar banyak yang dapat jika menderhaka menjadi mudarat semua ilmu tiada yang lekat Sebenar guru ada hakikat dikuat pula amalan syariat ditambah pula ilmu makrifat berpakaian pula dengan isyarat Dua ibu bapa tak boleh derhaka besar jasanya kepada kita kalau menderhaka bahaya menimpa di akhirat kita masuk neraka Wajiblah menjaga diri sendiri menerima amanah Tuhan Rabbi supaya menjadi mukmin sejati demi menegak Islam yang suci.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->