You are on page 1of 18

EDU 5044 – Change In Pedagogy

Final Exam 1st Semester 2010/2011


GS24657

EDU 5044 – Change In Pedagogy


Final Exam 1st Semester 2010/2011
Mohd Mohshen bin Jaamat (GS24657)

Soalan :

Dengan menganalisis beberapa buah negara (sekurang-kurangnya 5) dan membandingkannya

dengan Malaysia,

a) Huraikan fasa-fasa perubahan dalam pendidikan .

b) Nyatakan faktor-faktor yang berkait dengan fasa perubahan tersebut.

c) Apakah yang perlu dipelajari Malaysia kita sekiranya perubahan dalam pendidikan

ingin dilaksanakan.

a) Fasa-fasa perubahan dalam pendidikan

Dasar pendidikan adalah dasar yang terpenting di dalam pembinaan modal insan sesebuah

negara, yang menjadi penentu kemajuan dan masa depan sesebuah negara. Dasar pendidikan

juga pada asasnya adalah dasar yang dinamik yang senantiasa berubah mengikut kesesuaian

budaya, ekonomi dan kemajuan teknologi. Namun begitu perubahan dasar pendidikan

kebiasaannya tidak berlaku secara terlalu drastik, sebaliknya berperingkat-peringkat

berdasarkan beberapa fasa. Fasa-fasa perubahan dalam pendidikan pula berbeza di antara

sebuah negara dengan negara yang lain berdasarkan perbezaan dasar pemerintah dan halatuju

negara yang ditetapkan mereka.

Singapura

Singapura adalah negara jiran Malaysia yang mengalami beberapa fasa perubahan dalam

dasar pendidikannya dalam tempoh sedekad. Sistem pendidikan di Singapura tidak

menetapkan dasar pendidikan wajib kepada rakyatnya, namun begitu hampir kesemua kanak-

1
EDU 5044 – Change In Pedagogy
Final Exam 1st Semester 2010/2011
GS24657

kanak di sana mengikuti persekolahan dari umur 6 tahun. Sistem pendidikan di Singapura

juga melibatkan 10 tahun persekolahan, iaitu 6 tahun pendidikan di sekolah rendah dan 4

tahun pendidikan menengah. Sebelum berlakunya fasa perubahan pendidikan di Singapura,

para pelajarnya di asingkan mengikut aliran akademik ataupun vokasional selepas

persekolahan di peringkat menengah.

Namun begitu, di antara tahun 1992-1995, Singapura mengalami beberapa fasa

perubahan yang melibatkan sistem pendidikan mereka di mana penetapan aliran (streaming)

bermula selepas tahun keempat di sekolah rendah. Pelajar yang rendah pencapaian akademik

akan menduduki peperiksaan yang berorentasikan kemahiran teknikal, di mana kurikulum

bagi kedua-dua aliran akademik dan teknikal memberi fokus kepada penjanaan proses

berfikir di kalangan pelajar. Fasa seterusnya di dalam tempoh ini adalah pengagihan kuasa

(decentralise) pentadbiran kepada sekolah, di mana pengetua sekolah diberi kuasa untuk

memperuntukkan masa kurikulum yang fleksibel. Di dalam fasa ini juga sekolah mempunyai

autonomi sendiri untuk mendapatkan dana tambahan bagi menampung proses perkembangan

kurikulumnya.

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi serta globalisasi yang melanda dunia

sekali lagi menganjak sistem pendidikan Singapura ke fasa yang seterusnya. Di antara tahun

1996-2001 matapelajaran teknologi maklumat (IT) diperkenalkan di semua peringkat

sekolah. Penekanan terhadap kandungan kurikulum dikurangkan sebaliknya penekanan

diberikan terhadap pembentukan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan pelajar. Perubahan

fasa ini juga mengakibatkan sistem pentaksiran sekolah dan sistem penilaian pencapaian

pelajar berubah kepada sistem yang lebih dinamik, yang disesuaikan mengikut potensi

sebenar pelajar berdasarkan teori kepelbagaian kecerdasan oleh Gardner. Ledakan teknologi

maklumat ini juga mendorong Singapura memberi penekanan semula terhadap pendidikan

2
EDU 5044 – Change In Pedagogy
Final Exam 1st Semester 2010/2011
GS24657

kewarganegaraan bagi menyemarakkan kembali semangat cintakan negara, di samping

meningkatkan lagi kuasa autonomi yang dimiliki oleh pengetua sekolah.

Taiwan

Dasar ‘Pendidikan Kebangsaan’ di Taiwan bermatlamat untuk menanam kesedaran

kebangsaan seterusnya menyumbang ke arah pembangunan ekonomi. Matlamat inilah yang

membawa Taiwan melangkah ke beberapa fasa perubahan di dalam dasar pendidikannya.

Pada tahun 1946, ‘Pelan 5 Tahun Pertama untuk Penubuhan dan Pembangunan Pendidikan

Kebangsaan’ telah dilancarkan yang menyasarkan 6 tahun pendidikan wajib sekolah rendah

bagi murid berumur 6 hingga 12 tahun. Dasar 6 tahun pendidikan wajib ini diteruskan selama

21 tahun, sebelum pada tahun 1967 dasar ini memasuki fasa perubahan seterusnya iaitu

dilanjutkan kepada 9 tahun pendidikan wajib. Sekolah menengah sebelum tahun 1968 di

Taiwan terbahagi kepada dua iaitu sekolah tinggi umum yang berorentasikan persiapan pra-

kemasukan ke kolej dan sekolah tinggi vokasional yang berorentasikan pasaran buruh.

Perubahan fasa pendidikan ini telah merangsang percambahan bilangan universiti,

kolej dan pendidikan teknikal-vokasional yang memberi manfaat besar terhadap

perkembangan ekonomi dan semangat nasionalisme Taiwan. Perkembangan yang pesat ini

telah membawa pendidikan di Taiwan memasuki fasa perubahan seterusnya selepas tahun

1987, di mana dasar Pembaharuan Terbuka (Open to Reform) diperkenalkan. Dengan

bermulanya zaman pengagihan kuasa (decentralisation) dan demokrasi terbuka, rakyat

Taiwan semakin berani besuara mendesak kerajaan mengambil langkah ke arah pembaharuan

sistem pendidikan.

Keadaan ini telah membawa Taiwan memasuki fasa pembaharuan sistem pendidikan

secara besar-besaran yang melibatkan pembaharuan kurikulum sekolah rendah dan

menengah, serta pembaharuan pendidikan vokasional di mana sistem lesen vokasional

diperkenalkan. Perubahan dan pembaharuan sistem pendidikan rendah, menengah dan


3
EDU 5044 – Change In Pedagogy
Final Exam 1st Semester 2010/2011
GS24657

vokasional tersebut pula merangsang pertambahan bilangan universiti dan kolej secara drastik

dari 39 ke 78 buah di seluruh Taiwan bagi menampung keperluan. Pertambahan ini pula

membawa kepada penubuhan dasar pendidikan sepanjang hayat pada tahun 1988, yang

kemudiannya dasar ini menjadi wawasan pendidikan Taiwan selepas tahun 1994.

Thailand

Dasar pendidikan di Thailand adalah berasaskan keperluan mendesak untuk merangsang

pertumbuhan ekonomi disamping memelihara warisan budaya. Malang sekali, perubahan

pendidikan telah terkebelakang berbanding penekanan terhadap agenda politik, menyebabkan

pencapaian pendidikan di dalam kebanyakan matapelajaran ketinggalan jauh berbanding

negara Asia lain yang setara dengannya. Sebelum tahun 1990, pendidikan asas di Thailand

hanya bertujuan untuk membekalkan generasi muda dengan kemahiran asas, manakala hanya

segelintir golongan elit sahaja yang menerima pendidikan melebihi 6 tahun. Namun begitu

selepas tahun 1993, perubahan pendidikan di Thailand memasuki fasa baru di mana

pendidikan asas dilanjutkan selama 9 tahun sebelum dilanjutkan lagi sehingga 12 tahun pada

tahun 1996. Pembangunan pemikiran kreatif dan kritis di dalam pendidikan serta pendidikan

sepanjang hayat di dalam pendidikan hanya diberi penekanan selepas tahun 1995, namun

implementasi terhadap dasar ini terlalu perlahan. Dasar pendidikan di Thailand sebelum fasa

pembaharuan adalah pemusatan kuasa, di mana Kementerian Pendidikan berkuasa penuh di

dalam membuat keputusan dan melaksanakan dasar-dasar pendidikan. Fasa perubahan

pendidikan di Thailand dapat dinilai melalui dua program utama yang dilakukan dalam

tempoh sedekad iaitu program The Basic and Occupational Education and Training (BOET)

dan Pembaharuan Pendidikan Kementerian Pendidikan (MOE’s Reform) 1996.

The Basic and Occupational Education and Training (BOET) adalah program

eksperimen yang direka khas untuk menyatukan bahagian-bahagian di dalam Kementerian

Pendidikan di dalam satu sistem yang tersusun, yang bermula pada tahun 1993 sehingga
4
EDU 5044 – Change In Pedagogy
Final Exam 1st Semester 2010/2011
GS24657

1998. BOET merupakan projek eksperimen yang melibatkan sekolah terpilih di beberapa

daerah sahaja, yang bertujuan membangunkan satu rekabentuk pembaharuan pendidikan yang

akan memperbaiki kualiti pendidikan asas mahupun pendidikan lanjutan. Kumpulan yang

terlibat di dalam program BOET ini mengikuti lawatan sambil belajar ke beberapa negara

seperti Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand untuk menambahkan lagi pengetahuan

mereka terhadap pengihan kuasa (decentralization) dalam pendidikan. Sekolah yang terlibat

di dalam program BOET ini dikehendaki menubuhkan satu jawatankuasa yang

bertanggungjawab menggubal plan penambahbaikan sekolah. BOET bukanlah perubahan

pendidikan Thailand yang berskala besar, namun ia menjadi asas kepada pembuat dasar

pendidikan untuk menggabungkan pelajaran-pelajaraan yang mereka dapati daripada program

ini untuk menghasilkan perubahan berskala besar yang digerakkan oleh Kementerian

Pendidikan pada tahun 1996.

Pembaharuan Pendidikan Kementerian Pendidikan (MOE’s Reform) 1996 adalah

projek berskala besar melibatkan 20,000 buah sekolah yang terhasil daripada program BOET

yang hanya melibatkan 100 buah sekolah sahaja. Pembaharuan ini akhirnya menjadi rangka

perubahan pendidikan Thailand sehingga hari ini. Proses pembaharuan dan perubahan ini

membawa pendidikan Thailand ke fasa yang baru di mana terdapat empat agenda utama yang

ditekankan iaitu insfrastruktur asas, guru, kurikulum dan pentadbiran sekolah. Secara

umumnya, pendidikan di Thailand telah mengalami perubahan yang ketara dari pemusatan

kuasa (centralization) kepada pengagihan kuasa (decentralization), kesan daripada

peningkatan tahap pendidikan. Kesan yang akhirnya menimbulkan kesedaran yang lebih

mendalam di kalangan individu yang terlibat secara langsung di dalam dunia pendidikan

(pengetua, guru dan ibubapa) untuk terlibat secara langsung di dalam membuat keputusan.

5
EDU 5044 – Change In Pedagogy
Final Exam 1st Semester 2010/2011
GS24657

Hong Kong

Fasa perlaksanaan pendidikan wajib untuk sekolah rendah dan menengah di Hong Kong

bermula sekitar tahun 1970-an. Sistem pendidikan Hong Kong pada ketika itu berkembang

dengan cepat bagi memenuhi keperluan perkembangan pesat ekonominya, di mana dasar

pendidikannya dibentuk semata-mata bagi memenuhi permintaan tenaga kerja. Sekitar tahun

1990-an, Hong Kong berubah dari sebuah negara yang lebih banyak menumpukan

pembangunan ekonomi perindustrian dan tenaga buruh kepada sebuah yang menjadi negara

pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa. Perubahan corak ekonomi ini telah membawa

kepada perubahan sistem pendidikan yang lebih menekankan kualiti berbanding kuantiti,

meningkatkan sumber input bagi menambah keberkesanan pendidikan.

Secara umumnya fasa-fasa perubahan pendidikan di Hong Kong terbahagi kepada

gelombang pembaharuan pertama dan gelombang pembaharuan kedua. Gelombang

pembaharuan yang pertama merujuk kepada pendekatan atas ke bawah (top-down), di mana

kementerian menetapkan satu dasar bagi mengatasi masalah di semua sekolah. Fasa

gelombang pertama ini menekankan campurtangan kerajaan di dalam meningkatkan sumber

input, di samping memberi fokus yang sederhana terhadap beberapa aspek di dalam amalan

pendidikan.

Fasa gelombang kedua pembaharuan pendidikan di Hong Kong pula menggunakan

pendekatan bawah ke atas (bottom-up) yang juga lebih dikenali sebagai pendekatan

penambahbaikan berasaskan sekolah. Hong kong melangkah positif setapak ke hadapan di

mana pengetahuan dan kajian ilmiah menjadi asas penting di dalam proses membuat

keputusan. Pengalaman perubahan pendidikan tempatan dan antarabangsa juga menjadi tajuk

perbincangan sebelum sesuatu perubahan dasar pendidikan diputuskan.

6
EDU 5044 – Change In Pedagogy
Final Exam 1st Semester 2010/2011
GS24657

New Zealand

Pendidikan di New Zealand memberikan contoh yang terbaik tentang kesan pengagihan

kuasa (decentralization) di dalam pendidikan. Fasa perubahan ini bermula pada tahun 1989 di

mana pentadbiran pendidikan di agihkan (decentralize) kepada sekolah-sekolah, di mana

setiap sekolah ditadbir oleh lembaga pemegang amanah (board of trustees). Lembaga

pemegang amanah ini terdiri daripada 5 orang wakil ibubapa, pengetua sekolah, wakil

kakitangan dan wakil pelajar sekolah (melibatkan sekolah menengah sahaja), yang dipilih

oleh ibubapa sekolah terbabit. Lembaga pemegang amanah mempunyai kuasa autonomi di

dalam pengurusan sekolah, membuat keputusan dan menentukan piagam sekolah masing-

masing.

Sistem persekolahan di fasa ini beroperasi di dalam mengikut garis panduan berpusat

termasuklah kurikulum kebangsaan. Namun begitu, garis panduan berpusat ini adalah umum

dan luas di mana lembaga pemegang amanah berkuasa mentafsir dan melaksanakannya

mengikut tahap yang ditentukan oleh mereka sendiri. Kawalan Kementerian Pendidikan ke

atas sekolah-sekolah dikurangkan dan Lembaga Pendidikan Daerah dimansuhkan. Manakala

beberapa agensi baru ditubuhkan iaitu Education Review Office (ERO) yang berperanan

memantau keberkesanan operasi sekolah, dan New Zealand Qualifications Authority yang

memantau kualiti pendidikan di sekolah-sekolah. Di dalam fasa pengagihan kuasa

(decentralization) ini, sekolah menerima peruntukan dana secara langsung daripada

Kementerian Pendidikan.

Pada tahun 1990, persaingan di antara sekolah semakin meningkat sehingga

membawa pendidikan New Zealand ke fasa seterusnya. Sistem pendaftaran mengikut zon

dimansuhkan dan ibubapa diberi kuasa yang lebih untuk memilih sekolah yang sesuai untuk

anak-anak mereka. Dana sekolah daripada kerajaan adalah berdasarkan formula per-kapita

pelajar. Pada tahun 1993, Garis panduan Pendidikan Kebangsaan diwartakan, yang

7
EDU 5044 – Change In Pedagogy
Final Exam 1st Semester 2010/2011
GS24657

menekankan matlamat pendidikan kebangsaan, kurikulum kebangsaan dan garis panduan

pentadbiran kebangsaan. Kebanyakan sekolah mula memperkenalkan program pendidikan

kemahiran sosial dan pendekatan penyelesaian masalah.

Terdapat beberapa kesan daripada fasa pengagihan kuasa (decentralization)

pentadbiran ke sekolah. Di antaranya adalah semakin lama sistem pentadbiran berasaskan

sekolah ini di laksanakan, semakin lembaga pemegang amanah mendapati bahawa dana

kerajaan tidak mencukupi, dan mereka (lembaga pemegang amanah) menumpukan lebih

banyak masa ke arah meningkat dana sekolah. Beban kerja guru dan pengetua khususnya

semakin bertambah, dan terdapat penurunan moral di kalangan mereka yang berasakan

bahawa kerajaan dan masyarakat kurang memberi sokongan di dalam mengurangkan beban

kerja mereka. Persaingan di antara sekolah meningkat dengan ketara seiring dengan

penambahan kuasa ibubapa memilih sekolah untuk anak-anak mereka. Namun begitu, bagi

sekolah di kawasan sosio-ekonomi rendah yang majoritinya didiami etnik pribumi Maori,

perubahan pendidikan ini menyebabkan mereka semakin jauh ketinggalan kebelakang.

Keadaan ini memaksa kerajaan mengubah sistem dana sekolah, di mana dana bagi sekolah

yang ‘kaya-aset’ dikurangkan manakala dana bagi sekolah yang ‘kurang-aset’ ditambah bagi

merapatkan jurang pendidikan di antara kawasan sosio-ekonomi yang berbeza.

Malaysia

Pendidikan di Tanah Melayu pada zaman penjajahan dipengaruhi oleh penjajah Inggeris yang

mengamalkan dasar pecah dan perintah. Di mana fasa pendidikan awal Tanah Melayu,

pendidikan plural (plural educatin al system) terbahagi kepada empat aliran iaitu pendidikan

Melayu, pendidikan Cina, pendidikan Tamil dan pendidikan Inggeris. Sebelum Tanah

Melayu memperoleh kemerdekaan, beberapa kajian dan laporan pendidikan telah

dibentangkan seperti Laporan Barnes dan Laporan Fen Wu. Selepas kemerdekaan Tanah

Melayu pada tahun 1957, Laporan Razak pada tahun 1957, Laporan Rahman Talib (1960)
8
EDU 5044 – Change In Pedagogy
Final Exam 1st Semester 2010/2011
GS24657

dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) membawa pendidikan Malaysia memasuki fasa

yang baru iaitu ke arah pembentukan sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia.

Dasar Pendidikan Kebangsaan pada fasa tersebut menekankan tiga aspek penting iaitu

pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan, bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar

utama dan pembentukan kurikulum yang berorientasikan persekitaran dan sosio-budaya

Malaysia. Pembentukan sistem pendidikan yang menekankan semangat kebangsaan ini sama

seperti dasar pendidikan di Taiwan ketika pemerintahan Koumintang (KMT).

Pembentukan kurikulum teknik dan vokasional natijah daripada Laporan Rahman

Talib membawa pendidikan di Malaysi memasuki fasa yang baru. Pembentukan aliran teknik

dan vokasional ini sama seperti di Singapura dan Taiwan. Namun begitu Singapura telah

membuat perubahan pengagihan aliran (streaming) pelajar ke aliran vokasional sewal akhir

tahun ke 4 sekolah rendah, berbanding Malaysia dan Taiwan yang hanya melakukan

streaming selepas persekolahan menengah rendah.

Selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971, pendidikan di

Malaysia memasuki fasa perubahan seterusnya di mana pendidikan wajib selama 11 tahun

diperkenalkan. Dasar persekolahan wajib ini sama seperti negara Taiwan dan Thailand, tetapi

berbeza dengan Singapura yang tidak menetapkan dasar pendidikan wajib. Taiwan

melakukan perubahan dasar pendidikan wajib dari 6 tahun kepada 9 tahun, manakala

Thailand pula daripada 6 tahun kepada 12 tahun.

Dasar Pembangunan Nasional pada tahun 1991 pula membawa pendidikan di

Malaysia kepada fasa perubahan yang seterusnya. Fokus pendidikan pasca Dasar

Pembangunan Nasional adalah untuk merapatkan jurang pendidikan masayarakat bandar dan

luar bandar, disamping meningkatkan penggunaan sains dan teknologi. Berbanding dengan

New Zealand yang memberi fokus kepada pendidikan penduduk pribumi Maori, Malaysia

juga turut memberi fokus pembangunan masayrakat orang asli di pendalaman semenanjung

9
EDU 5044 – Change In Pedagogy
Final Exam 1st Semester 2010/2011
GS24657

Malaysia, Sabah dan Sarawak. Berbeza dengan Thailand yang menghapuskan sistem

persekolahan aliran Cina, Malaysia masih lagi mengekalkan keharmornian pendidikan

mereka dengan kewujudan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah

jenis kebangsaan Tamil sehingga hari ini.

Selepas Malaysia melancarkan misi nasional Wawasan 2020, fasa pendidikan di

Malaysi bergerak setapak ke hadapan. Bagi memenuhi permintaan guna tenaga kerja mahir

selepas pelancaran Multimedia Super Corridor (MSC), pendidikan di Malaysia memberi

tumpuan penuh kepada pendidikan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Pendidikan

ICT diperkenalkan bermula dari sekolah rendah lagi melalui sistem pengajaran merentas

kurikulumnya seperti ICT Learning (ICTL) for English bagi matapelajaran Bahasa Inggeris.

Penekanan terhadap perkembangan ICT ini adalah serupa dengan penekanan dalam

perubahan fasa pendidikan di Singapura dan Hong Kong. Sepertimana Hong Kong yang

menekankan pendidikan ICT bagi memenuhi permintaan tenaga kerja mahir di bidang

perdagangan antarabangsa dan kewangan, Malaysia pula menekankan pendidikan ICT bagi

memenuhi keperluan tenaga kerja mahir bagi Multimedia Super Corridor (MSC) yang

dilancarkannya.

b) Faktor-faktor berkaitan fasa perubahan dalam pendidikan

Perubahan di dalam pendidikan dipengaruhi oleh banyak faktor yang berkait rapat dengan

dunia pendidikan. Walaupun mengalami fasa perubahan pendidikan yang berbeza bagi setiap

negara, namun setiap negara tersebut sekurang-kurangnya berkongsi satu faktor perubahan

pendidikan yang sama.

10
EDU 5044 – Change In Pedagogy
Final Exam 1st Semester 2010/2011
GS24657

Singapura

Terhadap hubungan yang rapat di anatara pembangunan pendidikan dengan pertumbuhan

ekonomi di Singapura. Boleh dikatakan bahawa pertumbuhan ekonomi Singapura yang pesat

sebagai pusat perdagangan antarabangsa dan pusat pemindahan teknologi mendorong

perubahan di dalam fasa pendidikannya. Faktor ekonomi inilah yang mempengaruhi

penetapan aliran (streaming) sama ada aliran akademik ataupun vokasional pelajar diubah

kepada seawal penghujung tahun ke 4 sekolah rendah. Perubahan ini dilakukan semata-mata

untuk memenuhi tuntutan guna tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan perkembangan

ekonomi Singapura.

Ledakan teknologi komunikasi dan informasi (ICT) yang melanda dunia menjelang

abad millenium turut menjadi faktor utama perubahan fasa pendidikan Singapura selepas

tahun 1996. Kurikulum digubah bagi memenuhi keperluan kemahiran ICT di kalangan

pelajar. Bagi memastikan warganegara Singapura mampu bersaing dengan masyarakat

antarabangsa di dalam era ICT, kurikulumnya diubah dengan memasukkan elemen pemikiran

kritis dan kreatif. Kebimbangan tentang akan terhakisnya jatidiri kewarganegaraan Singapura

yang wujud akibat perkembangan pesat dunia teknologi pula, menyebabkan dasar pendidikan

Singapura kembali menekankan pendidikan kewarganegaraan di era millenium.

Taiwan

Perubahan pendidikan di Taiwan pula kebanyakannya dipengaruhi oleh satu faktor yang

utama iaitu politik. Dengan tercetusnya Perang Saudara Cina di antara Parti Komunis Cina

dan Koumintang (KMT), memaksa Koumintang berundur ke Taiwan dan menubuhkan satu

parti tunggal yang memerintah secara autoritarian. Oleh yang demikian perubahan

pendidikan di Taiwan lebih banyak tertumpu kepada menanamkan semangat kebangsaan

Taiwan.

11
EDU 5044 – Change In Pedagogy
Final Exam 1st Semester 2010/2011
GS24657

Keinginan pemerintah Taiwan untuk menyaingi kuasa ekonomi Tanah Besar China

juga memberi kesan yang besar terhadap perubahan pendidikannya. Penggubalan kurikulum

sekolah tinggi vokasional dan perkembangan kolej teknikal-vokasional yang pesat adalah

merupakan kesan daripada faktor ini. Dalam tempoh fasa perubahan pendidikan ini, ekonomi

Taiwan mendapat banyak manfaat dengan pertambahan bilangan tenaga kerja mahir ,

juruteknik kelas pertengahan dan semi-profesional.

Perubahan politik dari pemerintahan bersifat autoritarian Koumintang ke arah

menghampiri sistem demokrasi selepas tahun 1986, memberi mandat yang lebih besar kepada

rakyat untuk bersuara. Suara rakyat mula di dengari pemerintah untuk mengambil satu

langkah besar ke arah pembaharuan dan perubahan sistem pendidikan Taiwan. Walaupun

anjakan dari sistem pemerintahan autoritarian kepada demokrasi ini kelihatan amat sukar,

namun kesedaran rakyat untuk terlibat secara langsung di dalam perubahan pendidikan

menunjukkan peningkatan. Ini membawa maksud, perubahan pendidikan di Taiwan banyak

dipengaruhi oleh faktor sejarah politik dan perkembangan ekonomi.

Thailand

Seperti beberapa negara yang lain, politik juga menjadi faktor utama yang mempengaruhi

perubahan pendidikan di Thailand. Sebagai sebuah negara yang tidak pernah dijajah dan

mengamalkan pemerintahan mutlak diraja, pendidikan Thailand pada fasa sebelum perubahan

lebih banyak tertumpu ke arah menanamkan semangat kebangsaan dan kecintaan kepada raja.

Sebelum tahun 1990, pendidikan wajib hanya ditetapkan selama 6 tahun sahaja di aman

hanya golongan elit kelas atas dan kerabat diraja sahaja yang berpeluang menikmati

pendidikan melebihi 6 tahun. Keadaan ini menyebabkan Thailand ketinggalan jauh

kebelakang di dalam reformasi pendidikannya berbanding negara Asia yang lain.

Rasa tidak puashati di kalangan rakyat akibat ketidakadilan ini telah membawa

kepada Revolusi Thai pada tahun 1939 yang menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
12
EDU 5044 – Change In Pedagogy
Final Exam 1st Semester 2010/2011
GS24657

Penguasaan orang berbangsa Cina terhadap ekonomi Thailand juga menimbulkan rasa tidak

puashati sehingga membawa kepada pembubaran akhbar dan sekolah Cina. Pertambahan

bilangan golongan intelek yang berpendidikan barat juga telah membawa kepada desakan

perubahan pendidikan Thailand, sehingga dasar persekolahan wajib ditukar kepada 9 tahun

dan kemudiannya 12 tahun pada tahun 1996. Desakan rakyat dan revolusi ini juga mendorong

kepada perlaksanaan dua program perubahan pendidikan yang utama di Thailand iatu BOET

dan MOE’s Reform selepas tahun 1996.

Hong Kong

Perkembangan politik juga dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi perubahan pendidikan

di Hong Kong. Sebagai sebuah wilayah milik Tanah Besar China yang berada di bawah

pentadbiran British, Hong Kong berubah dari wilayah pelabuhan antarabangsa dan ekonomi

perindustrian kepada pusat perdagangan dan kewangan antarabangsa. Perkembangan

ekonomi kapitalis Hong Kong berlaku dengan pesat sehingga jauh meninggalkan Tanah

Besar China.

Sebagai sebuah wilayah yang mempunyai kuasa autonomi yang sangat tinggi, Hong

Kong berkuasa di dalam menentukana matawang, pentadbiran, sistem perundangan bahkan

sistem pendidikannya sendiri. Walaupun selepas berlaku penyerahan semula wilayah Hong

Kong oleh kerajaan british kepada kerajaan China pada tahun 1997, Hong Kong masih

mengekalkan status autonominya di dalam beberapa bidang.

Perkembangan ekonomi Hong Kong yang pesat membawa kepada perubahan dasar

pendidikannya. Pendidikan di Hong Kong berganjak dari tumpuan terhadap kuantiti kepada

kualiti bagi menghasilkan tenaga kerja mahir yang berkesan di dalam memantapkan lagi

kemajuan ekonominya. Sehubungan dengan itu, kajian ilmiah menjadi semakin penting di

sisi pemerintah untuk membuat keputusan dan dasar yang penting di dalam perubahan sistem

pendidikan di Hong Kong.


13
EDU 5044 – Change In Pedagogy
Final Exam 1st Semester 2010/2011
GS24657

Sebagai kuasa ekonomi serta pusat perdagangan dan kewangan antarabangsa, dasar

pendidikan Hong Kong tidak terkecuali dari dipengaruhi oleh faktor perkembangan teknologi

komunikasi dan maklumat (ICT). Selepas tahun 1997, kerajaan hong Kong melancarkan

inisiatif untk pendidikan dan pendidikan sepanjang hayat bagi memenuhi keperluan

kemahiran ICT di kalangan rakyat.

New Zealand

Perubahan pendidkan di New Zealand selepas tahun 1989 adalah dipengaruhi oleh reformasi

sektor awam pada tahun 1984 ketika Parti Buruh menjadi kerajaan. Perubahan ini memberi

fokus kepada pengagihan kuasa (decentralization) dan pentadbiran berautonomi bukan sahaja

di dalam sektor pendidikan bahkan beberapa sektor awam yang lain. Pada tahun 1993, ketika

kerajaan Parti Nasionalis memerintah, Garis panduan Pendidikan Kebangsaan diwartakan.

Walaupun tiada sebarang perubahan yang besar-besaran terhadap sistem pengagihan kuasa

pentadbiran (decentralization) sekolah, penekanan diberi terhadap matlamat pendidikan

kebangsaan, kurikulum kebangsaan dan garis panduan pentadbiran kebangsaan. Keadaan ini

membawa kepada kebanyakan sekolah mula memperkenalkan program pendidikan

kemahiran sosial dan pendekatan penyelesaian masalah. Faktor politik sekali lagi dilihat

sebagai faktor utama perubahan dasar pendidikan di New Zealand sebagaimana negara-

negara yang lain.

Faktor sosial dan perbezaan etnik juga merupakan isu yang sangat berkait rapat

dengan perubahan pendidikan di New Zealand. Bangsa Maori iaitu penduduk pribumi New

Zealand seringkali menjadi mangsa dan ketinggalan dalam pelbagai perubahan negara sama

ada ekonomi mahupun pendidikan. Suku kaum Maori rata-ratanya mendiami wilayah yang

rendah aktiviti sosio-ekonominya. Keadaan ini membawa kepada perubahan sistem dana

sekolah, di mana dana kerajaan bagi sekolah yang ‘kaya-aset’ dikurangkan manakala dana

14
EDU 5044 – Change In Pedagogy
Final Exam 1st Semester 2010/2011
GS24657

bagi sekolah yang ‘kurang-aset’ ditambah bagi merapatkan jurang pendidikan di antara

kawasan sosio-ekonomi yang berbeza.

Malaysia

Sepertimana negara-negara yang telah dinyatakan di atas, perubahan pendidikan di Malaysia

juga tidak terkecuali dari fakro utamanya iaitu politik. Kesan dari penjajahan yang

mengamalkan dasar pecah dan perintah, perubahan pendidikan Malaysia pasca kemerdekaan

memberi penekanan terhadap pemupukan semangat kebangsaan di kalangan rakyat berbilang

kaum. Berbeza dengan Hong Kong yang menjadi ‘anak emas’ kepada penjajahan British,

pendidikan di Malaysia menekankan tentang kepentingan memahami sejarah bagaimana

penjajahan telah melebar luaskan jurang sosio-ekonomi masyarakat majmuk di Tanah

Melayu zaman dahulu. Malaysia dan Thailand pula mempunyai perubahan pendidikan yang

hampir sama dari sudut penekanan terhadap kesetiaan kepada sistem beraja. Berbeza juga

dengan Taiwan yang menyelitkan unsur ketidak puashatian terhadap kesan Perang Saudara

Cina di dalam pendidikan kewarganegaraannya, pendidikan kewarganegaraan di Malaysia

semangat kekitaan dan kebersamaan masyarakat majmuk.

Faktor etnik dan matlamat merapatkan jurang pendidikan antara kaum yang

dipraktikkan Malaysia mempunyai persamaan dengan New Zealand yang memberi fokus

kepada penduduk pribumi Maori. Namun berbeza dengan Thailand yang menghapuskan

sekolah aliran Cina akibat rasa tidak puashati rakyat terhadap penguasaan ekonomi bangsa

Cina, Malaysia berjaya menangai perbezaan pendidikan masyarakat majmuk dengan baik.

Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) menjadi faktor perubahan

pendidikan di Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Ketiga-tiga negara ini mempunyai

persamaan dari sudut matlamat pendidikan ICT iaitu untuk membekalkan rakyat dengan

kemahiran ICT yang sewajarnya bagi menangani kesan globalisasi dunia.

15
EDU 5044 – Change In Pedagogy
Final Exam 1st Semester 2010/2011
GS24657

Faktor ekonomi adalah jelas mempengaruhi perubahan pendidikan di Malaysia

melalui pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional.

Sepertimana Singapura, Taiwan, Thailand dan Hong Kong perubahan di dalam pendidikan di

Malaysia juga bertujuan memenuhi permintaan tenaga kerja mahir bagi menampung

kepesatan perkembangan ekonomi. Kurikulum di semua peringkat sentiasa digubal bagi

disesuaikan mengikut pasaran kerja semasa.

Berbeza dengan New Zealand yang mengamalkan dasar pengagihan kuasa

(decentralization), Malaysia masih lagi mengamalkan dasar pemusatan kuasa (centralization)

di dalam hampir kesemua dasarnya termasuk pendidikan. Kuasa pentadbiran sekolah masih

lagi terhad di dalam bidang pengurusan sahaja, sedangkan kurikulum, dana, pentadbiran,

piagam pendidikan di Malaysia masih lagi ditentukan oleh kementerian. Kementerian melalui

beberapa agensinya seperti Jabatan Pelajaran Negeri-negeri, Jemaah Nazir dan Pejabat

Pelajaran Daerah masih memegang kuasa pentadbiran di dalam membuat keputusan dasar

dan menentukan halatuju pendidikan di sekolah.

c) Perkara yang perlu dipelajari Malaysia di dalam perubahan dalam pendidikan

Terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari oleh Malaysia di dalam membuat perubahan di

dalam pendidikan berdasarkan perbandingan dengan negara-negara di atas. Malaysia perlu

belajar dari Singapura yang berjaya mengimplementasikan kemahiran berfikir secara kritis

dan kreatif dengan berkesan sehingga rakyatnya begitu mudah mendapatkan tempat di

pasaran kerja negara lain. Walaupun tidak dinafikan bahawa Malaysia turut menanamkan

kemahiran pemikiran kritis dan kreatif melalui sistem KBSR dan KBSM, namun

keberkesanannya masih boleh dipertikaikan memandangkan iklim pendidikan di Malaysia

yang masih berorentasikan peperiksaan sepenuhnya.

16
EDU 5044 – Change In Pedagogy
Final Exam 1st Semester 2010/2011
GS24657

Kejayaan Taiwan di dalam pembangunan pendidikan teknik dan vokasionalnya perlua

dipelajari oleh Malaysia. Taiwan mendapat banyak manfaat dengan pertambahan bilangan

tenaga kerja mahir , juruteknik kelas pertengahan dan semi-profesional kesan kurikulum

teknik dan vokasionalnya. Penambahan universiti dan kolej universiti di Taiwan yang

menekankan penguasaan kemahiran berbanding pencapaian teori akademik, membawa

kepada kejayaan ini. Justeru, Malaysia perlu membuat penilaian semula pendidikan teknik

dan vokasional bukan sahaja di peringkat sekolah menengah sahaja, bahkan mempunyai

kesinambungan sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Walaupun Thailand ketinggalan kebelakang dari sudut perubahan pendidikannya,

namun kesungguhannya melaksanakan pembaharuan secara berperingkat wajar dicontohi.

Bermula dengan program BOET yang berskala kecil iaitu melibatkan 100 buah sekolah

eksperimen sahaja, Thailand kemudian mempertingkatkan perubahan pendidikannya melalui

MOE’s Reform 1996 yang melibatkan 22,000 buah sekolah. Satu perkara yang perlu

dipelajari oleh Malaysia adalah perubahan dalam pendidikan memerlukan usaha yang

berperingkat sepertimana di Thailand. Walaupun Malaysia juga mempunyai sejarah

perubahan sistem pendidikan berperingkat dari zaman Laporan Razak sehingga zaman

Wawasan 2020, namun kegopohan melaksanakan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains

dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) perlu dijadikan iktibar.

Hong Kong adalah contoh terbaik sebagai sebuah negara yang mementingkan kajian

ilmiah dan pengalaman perubahan pendidikan antarabangsa di dalam menetapkan apa-apa

keputusan dan perubahan berkaitan pendidikan. Perkembangan ekonominya yang pesat

mendorong Hong Kong berubah dari mementingkan kuantiti kepada kualiti pendidikannya

yang berdasarkan kajian ilmiah. Bagi menghasilkan keberkesanan perubahan pendidikan

yang efisien, pemerintah di Malaysia perlu lebih memberi lebih banyak perhatian terhadap

kajian-kajian ilmiah sebelum menetapkan sesuatu dasar berkaitan pendidikan.

17
EDU 5044 – Change In Pedagogy
Final Exam 1st Semester 2010/2011
GS24657

Selaku negara yang masih tebal dengan amalan pemusatan kuasa (centralization),

Malaysia perlu belajar dari New Zealand tentang pelaksanaan dasar pengagihan kuasa

(decentralization) ke sekolah. Walaupun dasar decentralization New Zealand ini mempunyai

kelemahannya tersendiri, namun kejayaan New Zealand meningkatkan penglibatan ibubapa

dan masyarakat di dalam pendidikan wajar dicontohi. Prinsip pendidikan ‘no one size fit all’

yang di amalkan New Zealand perlu menjadi rujukan Malaysia sekiranya hendak berubah ke

arah decentralization di dalam pendidikan.

Bibliografi

Townsend, T. & Cheng, Y. C. (2000). Charting the progress: influences that have shaped

education in the Asian Pacific region. Lisse, Netherlands: Swets & Zeitlinger.

Wylie, C. (2008). Impact of education reforms 1989-1999. Retrieved October 31, 2010 from

the World Wide Web: http://www.nzcer.org.nz

18

You might also like