You are on page 1of 2

DOA MAJLIS PERKAHWINAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.

Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang
Engkau kurniakan kepada kami pada malam ini iaitu Malam Majlis Perkahwinan di
antara Pengantin Lelaki, Sdr Mohd Zahed bin Zulkeplee dan juga Pengantin
Perempuan Sdri Farah Irdawaty bte Kasmany.

Ya Allah, pada malam yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda
kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang
diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna
dan juga pada petang tadi bagi pernikahan anakanda mereka.

Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah,


kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat
dan selamat sejahtera serta dikurniakan zuriat yang soleh.

Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka,


berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah.

Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan pada hari ini diberkati olehMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon

Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini

Kurniakanlah kepada si suami kekuatan untuk menjadi suami yang mampu memandu,
membimbing dan mendidik Isterinya menuju ke jalan yang Engkau redhai

Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah Zuriat yang soleh solehah

Dan agar berkekalan mempelai ini sehingga ke dalam syurga


Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-
afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah Pengantin Lelaki, Tuan Hj Zulkeplee bin Hj
Mustafa beserta Isteri, Puan Hjh Mahani bte Hj Abdullah dan tuan rumah Pengantin
Perempuan, Tuan Hj Kasmany bin Sanif serta isteri Puan Hjh Zaiton bte Hamzah dan
sekalian yang hadir, sanak saudara, adik beradik, ipar duai serta sahabat handai bagi
meraikan majlis yang diberkati ini.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan


perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.
Wassalallahu’ala saiyidina Muhammad wa’ala alihi wasahbihi Wassalim,
Walhamdulillahi Rabbil A’lamin.

You might also like