You are on page 1of 7

http://syazalina83.blogspot.

com

M E N G G A M B A R

Tahun : 1

Bidang : Menggambar

Aktiviti : Lukisan

Tema : Alam Benda

Tajuk : Rumah

Masa : 60 minit

Media : Alat : (tiada)


Bahan : paparan slaid, kertas lukisan, pensel
warna, pensel HB, dan pensel 2B

Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh garisan, gambar rumah

EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan,
rupa, warna, imbangan dan kepelbagaian) yang terdapat pada objek buatan manusia dan
karya seni dalam penghasilan lukisan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.

1
16
http://syazalina83.blogspot.com

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Garisan – selari dan melengkung (olahan garisan menghasilkan
rupa)
1.1.1.2 Rupa – organik dan geomatri (dihasilkan daripada garisan)
1.1.1.3 Warna – primer ( biru, kuning dan merah)
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Harmoni – (bentuk, rupa, dan warna)

1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.1.2.1 Alat – (tiada)
1.1.2.2 Bahan – kertas lukisan, pensel dan pensel warna

1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik – lukisan

1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan


kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya
seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni (garisan, warna dan rupa) dan prinsip rekaan
(imbangan dan kepelbagaian) dalam penghasilan karya

1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

2
17
http://syazalina83.blogspot.com

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menerangkan slaid contoh pelbagai jenis garisan.
 Murid menamakan garisan yang ditunjukkan secara lisan.
 Guru menunjukkan garisan selari dan melengkung.
 Murid diminta menyatakan perbezaan garisan tersebut
dengan contoh garisan yang ditunjukkan pada awal
pembelajaran.
 Murid diminta menyatakan media yang digunakan dalam
menghasilkan garisan tersebut.

Aplikasi Seni
 Guru menunjuk cara membuat garisan selari dan
melengkung.
 Guru meminta murid menyatakan cara membuat garisan-
garisan tersebut.
 Guru meminta murid mengeluarkan media yang akan
digunakan dalam membuat garisan.

Ekspresi Kreatif

 Murid menghasilkan lukisan (garisan) dengan bimbingan


guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
 Murid membuat garisan selari dan melengkung
berpandukan contoh dan tunjuk cara guru.
Langkah 2
 Murid membuat garisan-garisan selari dan melengkung
untuk menghasilkan satu karya seni dengan bimbingan
guru.

Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan.
 Murid menceritakan pengalamannya ketika melakukan
aktiviti.

3
18
http://syazalina83.blogspot.com

M E N G G A M B AR

Tahun : 1

Bidang : Menggambar

Aktiviti : Catan

Tema : Alam Benda

Tajuk : Rumah Idamanku

Masa : 60 minit

Media :
Alat : berus warna, palet, dan surat khabar lama
Bahan: kertas lukisan, pensel dan warna air, atau
warna poster atau tempera
Bahan Bantu Mengajar : Contoh slaid atau gambar pemandangan sebuah
rumah

EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif


TMK

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan,
rupa, warna, harmoni, dan kesatuan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan
karya seni dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik catan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.

4
19
http://syazalina83.blogspot.com

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Garisan – lurus dan melengkung (untuk lakaran)
1.1.1.2 Rupa – organik dan geometri
1.1.1.3 Warna – primer dan sekunder
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Harmoni – warna, bentuk, rupa
1.1.2.2 Kesatuan – pelbagai unsur alam semula jadi

1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat – berus warna, palet, dan surat khabar lama
1.2.1.2 Bahan – kertas lukisan dan warna air atau warna poster atau
tempera
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik – catan (basah atas kering)

1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan


kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya

1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

5
20
http://syazalina83.blogspot.com

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru meminta murid menyebut warna yang ada pada
pokok, bunga, awan, dinding, dan atap rumah.
 Berdasarkan objek yang disebutkan, guru meminta murid
mengelaskan objek buatan manusia dan ciptaan Tuhan.
 Guru menunjukkan satu hasil karya yang
mengandungi gambar rumah, awan, dan pokok bunga.

Aplikasi Seni
 Guru menunjukkan 2 jenis gambar yang dihasilkan daripada
2 media yang berbeza iaitu pensel warna dan tempera,
warna air atau warna poster.
 Guru meminta murid membandingkan perbezaan dan
persamaan antara kedua-dua gambar itu.
 Guru memberikan penerangan tentang media yang
digunakan dengan cara yang betul.
 Guru menayangkan video teknik cara menyapukan warna
pada permukaan kertas lukisan.

Ekspresi Kreatif
 Murid menghasilkan karya dengan bimbingan guru
berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1
 Guru mengedarkan kertas lukisan dan bancuhan warna
kepada murid.
Contoh lakaran murid
 Murid diminta membuat lakaran sebuah rumah dan
beberapa batang pokok atau bunga.
Langkah 2
 Murid mewarna lakaran gambar mengikut kreativiti
masing-masing dengan bimbingan guru.

6
21
http://syazalina83.blogspot.com

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan dan menceritakan hasil karya mereka.
 Murid memberi pendapat tentang karya rakan.

Contoh lakaran yang

7
22

You might also like