You are on page 1of 31

A) PENDAHULUAN

Perkataan liberal berasal daripada perkataan Latin liber yang membawa maksud

bebas atau bukan hamba. Perkataan liberal banyak dikaitkan dengan perkataan

Inggeris liberty dan konsep kebebasan.

Oxford English Dictionary menerangkan yang perkataan liberal telah lama berada

di dalam Bahasa Inggeris dengan makna "sesuai untuk orang bebas, besar, murah hati"

di dalam seni liberal. Ia juga bermaksud "bebas dari sekatan bersuara atau perlakuan",

seperti bebas dengan harta, atau lidah bebas, selalunya dengan sikap tidak malu. Walau

bagaimanapun, bermula sejak 1776-88, perkataan liberal mula diberi maksud yang baik

yang bermaksud "bebas dari prejudis, toleransi" oleh Edward Gibbon dan lain-lain.

Maksud "menggemari kebebasan dan demokrasi" mula digunakan di dalam

Bahasa Inggeris sejak tahun 1801 dan berasal dari perkataan Perancis libéral, mengikut

Oxford English Dictionary. Perkataan Perancis itu "pada mulanya digunakan di dalam

Bahasa Inggeris oleh musuh Inggeris (selalunya di dalam Bahasa Perancis) dengan

gambar ketiadaan undang-undang di luar negara".

i) Ideologi Liberalisme

Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai

nilai politik tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil

37
seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin

berubah mengikut konteks sesebuah negara.

Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang.

Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin

mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-

aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir

dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan

undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan

ketelusan sistem pemerintahan. Mereka yang liberal menyokong sistem

kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana

semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.

Di dalam History of Rome from Its Foundation oleh Livy, penulis

mengambarkan pergolakan di antara kelas plebeian dan patrician. Marcus

Aurelius di dalam penulisannya yang bertajuk Meditation menulis "pendapat

polisi pemerintahan yang berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua yang

diperintah dan pendapat tentang kerajaan beraja berdasarkan kebebasan kepada

hampir kesemua yang diperintah".

Di dalam liberalisme atau demokrasi liberal, perkataan ini telah

diperkenalkan oleh sebuah parti politik Sepanyol yang berasal dari sebuah tempat

bernama Liberales yang membantu negara Sepanyol dalam pembentukan

perlembagaannya pada tahun 1791. Setelah didapati sistem liberal ini ideal dan

boleh mencapai matlamat yang dikehendaki, maka England pula telah mencuba

37
mempraktikkan sistem ini dalam abad ke-17 dan 18. Sistem ini telah berjalan

dengan lancar sehingga ianya merebak ke Eropah, beberapa tanah jajahan British

dan lain-lain tempat di dunia.

ii) Dasar Liberalisme

Fahaman liberalisme moden berakar umbi dari Zaman Kesedaran Barat dan

menolak kebanyakan tanggapan asas dalam hampir semua teori pembentukan

kerajaan awal seperti hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan, status yang

berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama. Liberal beranggapan sistem

ekonomi pasaran bebas lebih cekap dan menjana lebih banyak kemakmuran.

Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang.

Pelbagai aliran dengan nama ‘liberal’ mungkin mempunyai dasar dan pandangan

yang berlainan, tetapi secara umumnya bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut

termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa

kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian,

pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Mereka yang liberal

menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan

terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah

undang-undang.

Konsep liberal merupakan satu set kepercayaan yang mengatakan bahawa

tiap-tiap individu dalam masyarakat mesti diberi kebebasan dan individu

adalah penting (supreme importance) dalam kehidupan sosial. Liberal cuba

37
mendapatkan kebebasan dalam masyarakat dan menekankan pemberian peluang

yang sama rata (equality of opportunity).

Konsep liberal juga boleh dikatakan sebagai satu fahaman bebas serta

pembaharuan tetapi menentang hak istimewa. Ianya juga terletak pada tradisi

has asasi semulajadi (natural rights). Semua orang mempunyai hak untuk

memerintah, mengumpul harta, bebas bercakap dan mengemukakan kepentingan

masing-masing. Boleh dikatakan sebagai liberal ini adalah satu konsep yang

mementingkan kebajikan manusia.

iii) Jenis Liberalisme

Terdapat perbezaan pendapat yang mendalam di dalam rangka liberalisme.

Perbezaan pendapat ini selalunya membawa kepada perdebatan yang hebat di

antara ahli-ahli liberal. Daripada perpecahan ini dari sudut liberalisme klasik,

wujud beberapa pergerakan di dalam liberalisme. Seperti di dalam banyak

perdebatan, kumpulan-kumpulan yang bertentangan menggunakan perkataan-

perkataan yang berbeza untuk menyatakan kepercayaan-kepercayaan yang sama

dan kadang-kala, mereka menggunakan perkataan-perkataan yang sama untuk

menerangkan perkara-perkara yang berbeza.

Di sini, terdapat beberapa istilah atau jenis liberalisme menurut beberapa

kajian atau fahaman iaitu liberalisme politik, liberalisme budaya, liberalisme

ekonomik, liberalisme sosial dan liberalisme moden.

37
Bagi istilah "liberalisme politik", ianya digunakan sebagai sokongan

terhadap demokrasi liberal (Sistem Republik atau Raja Berperlembagaan) yang

menentang raja berkuasa mutlak atau diktator. Dalam politik liberal, ianya boleh

dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu liberal bercorak lama dan liberal bercorak

moden (baru). Liberal yang bercorak lama, lebih menekankan kepada hak-hak

asasi dan undang-undang semulajadi mengenai moral, politik, ekkonomi dan

sosial, manakala liberal bercorak moden (baru) lebih menekankan kepada dasar-

dasar awam melalui pengalaman, penelitian dan praktis.

Istilah "liberalisme budaya" digambarkan sebagai sokongan terhadap

kebebasan peribadi yang menentang undang-undang yang mengongkong

kebebasan di atas dasar nationalisme atau agama.

Dalam menafsirkan istilah "liberalisme ekonomik", ianya adalah satu

sokongan terhadap harta peribadi dan menentang peraturan-peraturan yang

mengekang hak-hak terhadap harta peribadi yang ditulis oleh kerajaan.

Manakala "liberalisme sosial" adalah di mana ianya menunjukkan sokongan

terhadap kesaksamaan dan menentang ketidak samarataan peluang.

Secara dasarnya, bebarapa prinsip liberalisme boleh digambarkan dan

dipersetujui di kalangan ahlli-ahli liberal seperti berikut:-

Liberalisme politik:-

Ianya adalah aliran di mana seseorang itu adalah asas undang-

undang dan masyarakat. Masyarakat dan institusi-institusi

37
kerajaan yang wujud di dalam masyarakat, berfungsi untuk

memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa memilih kasih kepada

sesiapa yang mempunyai taraf sosial yang tinggi.

Magna Carta adalah satu contoh di mana dokumen politik

meletakkan hak-hak peribadi lebih tinggi daripada kuasa raja.

Liberalisme politik menekankan perjanjian sosial yang mana

rakyat merangka undang-undang dan bersetuju untuk mematuhi

undang-undang tersebut. Ini adalah berdasarkan pemikiran di

mana seseorang itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk

dirinya.

Liberalisme politik mengandungi semua lapisan masyarakat

tanpa mengira jantina, kaum atau taraf ekonomi. Liberalisme

politik juga menekankan kedaulatan undang-undang dan

demokrasi liberal.

Liberalisme budaya:-

Ianya pula adalah menekankan kepada hak-hak peribadi yang

berkaitan dengan cara hidup dan perasaan hati termasuk

kebebasan seksual, kebebasan beragama, kebebasan

pemahaman dan pelindungan dari campur tangan kerajaan di

dalam kehidupan peribadi.

John Stuart Mill menyatakan dengan tepat di dalam eseinya

yang bertajuk On Liberty, "perlindungan diri adalah satu-

satunya tujuan manusia yang benar dari segi peribadi dan

masyarakat ke atas campur tangan di dalam kebebasan orang-

37
orang lain. Kuasa tertinggi yang benar hanya boleh digunakan

untuk menghalang seseorang di kalangan satu masyarakat yang

bertamadun daripada mengganggu (atau mencederakan)

seseorang yang lain. Kebaikan fizikal atau moral seseorang itu

tidak mencukupi untuk membiarkan dia mengganggu orang

lain."

Liberalisme budaya secara umumnya boleh digambarkan

sebagai menentang peraturan-peraturan kerajaan di dalam

kesusasteraan, seni, akademik, perjudian, seks, pelacuran,

penguguran kandungan, penggunaan pengawalan

kemengandungan, kesakitan muktamad, arak, ganja dan barang-

barang kawalan yang lain.

Kebanyakan ahli-ahli liberal menentang separuh atau semua

peraturan-peraturan kerajaan yang mencampuri hal-hal ini.

Negara Belanda, dari segi liberalisme budaya, mungkin adalah

negara yang paling liberal di dunia. Walaupun terdapat

persetujuan, sesetengah aliran memaparkan berbezaan pendapat

yang mendalam.

Liberalisme ekonomik:-

Ianya juga dikenali sebagai liberalisme klasikal atau liberalisme

Manchester adalah satu ideologi yang menyokong hak-hak

peribadi ke atas harta benda dan kebebasan perjanjian bertulis.

Ia memperjuangkan kapitalisme laissez-faire yang mahu

membuang semua halangan terhadap perdagangan dan

37
pemberhentian kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti

subsidi dan monopoli.

Ahli-ahli liberal ekonomik mahu hanya sedikit atau tiada

langsung peraturan-peraturan kerajaan di pasaran. Sesetengah

mereka menerima halangan kerajaan ke atas monopoli dan

kartel dan sesetengah yang lain menyatakan bahawa monopoli

dan kartel disebabkan oleh tindakan kerajaan.

Liberalisme ekonomik menyatakan bahawa harga barangan dan

perkhidmatan harus ditentukan oleh pasaran yang sebenarnya

ditentukan oleh tindakan-tindakan pengguna. Ada yang mahu

melihat kuasa pasaran bertindak di kawasan-kawasan yang

biasanya dimonopoli oleh kerajaan seperti keselamatan dan

mahkamah.

Liberalisme ekonomik menerima ketidak samarataan sebagai

hasil semulajadi daripada persaingan yang tidak melibatkan

ugutan yang mengancam hak-hak peribadi. Aliran liberalisme

ini dipengaruhi oleh liberalisme Inggeris yang merebak di

pertengahan kurun ke-19. Minarchisme dan anarcho-

kapitalisme adalah antara bentuk-bentuk liberalisme ekonomik.

Liberalisme sosial:-

Turut dikenali sebagai liberalisme baru/moden (tidak patut

dikelirukan dengan neo-liberalisme) mula dilihat berdiri di

kalangan masyarakat negara-negara maju pada akhir abad ke-

37
19. Ia dipengaruhi oleh utilitarianisme yang diasaskan oleh

Jeremy Bentham dan John Stuart Mill.

Ada ahli-ahli liberal yang menerima, sesetengah atau semuanya,

teori penyalahgunaan Sosialis dan Marxis dan ulasan-ulasan

terhadap "tujuan keuntungan" dan membuat kesimpulan bahawa

kerajaan seharusnya menggunakan kuasanya untuk

menyelesaikan masalah itu.

Mengikut fahaman ini, semua individu perlu diberi

perkhidmatan asas yang memuaskan seperti pelajaran, peluang

ekonomi dan pelindungan daripada kejadian makro yang tidak

ditentukan oleh mereka.

Kepada liberalisme sosial, kemudahan-kemudahan ini dianggap

sebagai hak. Ini adalah hak-hak positif yang berbeza secara

kualitatif dari apa yang dibahaskan dari segi klasikal, iaitu hak-

hak negatif yang hanya menuntut seseorang daripada mencabuli

hak-hak orang lain.

Menurut ahli-ahli liberalisme sosial, hak-hak positif ini perlu

dibuat dan dibekalkan kepada orang ramai. Pemastian hak-hak

positif adalah objektif yang berterusan yang secara asasnya

melindungi kebebasan. Pergelutan di antara kebebasan ekonomi

dan kesaksamaan sosial hampir setua dengan idea kebebasan itu

sendiri.

Liberal sosial sebaliknya ingin membentuk kerajaan yang

menjamin kebajikan am rakyat dengan menyediakan makanan

dan tempat perlindungan untuk orang yang tidak berupaya

37
untuk menyediakan keperluan tersebut untuk dirinya sendiri,

perkhidmatan perubatan, perkhidmatan persekolahan, pencen,

kebajikan kanak-kanak dan yang kurang upaya termasuk orang-

orang tua, malapertaka semulajadi, perlindungan untuk pihak

minoriti, pencegahan jenayah dan pembiayaian seni dan sains.

Ini sekali gus meninggalkan idea kerajaan kecil.

Kesemua bentuk atau jenis liberalisme boleh dianggapkan sebagai

mempunyai tujuan yang sama iaitu kebebasan, tetapi tidak bagaimana cara yang

paling baik atau yang paling bermoral untuk mencapai kebebasan.

Kesemua bentuk liberalisme mempunyai pendapat di mana terdapat

keseimbangan di antara tanggungjawab kerajaan dan peribadi yang mana

kerajaan perlu menjalankan peranan yang mana seseorang itu tidak mampu untuk

membuatnya dengan sendiri melalui diri atau pihak swasta.

Liberalisme telah merebak dengan luasnya di dunia moden yang akhirnya

menyebabkan kerajaan-kerajaan dunia moden ini sekurang-kurangnya bercakap

(dan tidak semestinya bertindak) mengenai kebebasan peribadi sebagai asas

masyarakat.

B) LIBERALISME DAN DEMOKRASI

37
Selepas kejatuhan Empayar Roman, pendapat liberalisme tidak cergas di

sepanjang Zaman Kelam di Eropah. Perjuangan untuk kebebasan mula dihidupkan

kembali semasa zaman Renaissance di Itali. Ia tercetus apabila pertelingkahan berlaku

di antara penyokong-penyokong bandar negeri yang bebas dan penyokong-penyokong

Paus (Pope). Niccolò Machiavelli kemudiannya di dalam Discourses on Livy mula

melakarkan prinsip-prinsip kerajaan republik di awal abad ke-16. Pada akhir abad ke-

17, John Locke mengarang England and the thinkers of the French Enlightenment

untuk mengkaji perjuangan kebebasan dari sudut Rights of Man yang ditulis oleh

Thomas Paine pada tahun 1791.

Ahli-ahli ekonomi seperti Adam Smithdi dalam The Wealth of Nations (1776)

pula mengambarkan prinsip-prinsip liberal di dalam perdagangan bebas. Pengarang-

pengarang Perlembagaan Sepanyol 1812 yang dirangka di Cádiz mungkin adalah yang

pertama menggunakan perkataan liberal di dalam maksud politik sebagai kata nama.

Pengarang-pengarang ini menamakan diri mereka sebagai Liberales, untuk menunjukan

penentangan mereka kepada pemerintahan mutlak monarki Sepanyol.

Seperti yang telah dijelaskan di peringkat awal bahawa liberalisme satu

pegangan yang menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang.

Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama ‘liberal’ mungkin

mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran

ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan

bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke

atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Mereka yang

liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan

37
terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-

undang.

i) Liberalisme (Amalan)

Ianya boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti sistem politik, ekonomi,

sosial dan kebudayaan. Pengamalan ideologi ini tidak hanya terkongkong atau

terarah ke aras sistem politik semata-mata, kerana ianya mencakupi aspek yang

agak luas dalam mengamalkan liberalisme dalam setiap sudut.

Jika dilihat kembali kepada maksud awal liberalisme adalah falsafah yang

meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Namun begitu,

ianya masih tetap bergantung kepada maksud perkataan liberal mungkin

berubah mengikut konteks sesebuah negara.

Politik

Dilihat kepada pecahan liberalisme awal iaitu liberalisme politik yang mana

menafsirkan sebagai aliran di mana seseorang itu adalah asas undang-undang dan

masyarakat. Ini boleh digambarkan dengan lebih tepat iaitu sistem politik yang

berasaskan ideologi ini adalah sistem politik Demokrasi Liberal.

Sesetengah parti politik liberal menekankan liberalisme ekonomik dan

sesetengah yang lain lebih mengemari liberalisme sosial. Parti Konservatif pada

kebiasaanya selalu mendekati atau menekankan liberalisme ekonomik dan pada

masa yang sama menolak liberalisme sosial dan budaya.

37
Penggunaan sistem ini dapat dilihat kepada tunjang atau asas liberal itu

sendiri iaitu kebebasan kepada rakyat untuk memilih dan mengkehendakkan

sesiapa sahaja yang digemari atau disenangi sebagai pilihannya. Ini kerana,

fahaman ini meletakkan kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan

kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta

persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan sebagai asasnya.

Ianya boleh digambarkan sebagai digunakan oleh hampir keseluruhan

masyarakat di dunia pada masa kini, di mana dengan meletakkan kebebasan

dalam segala segi dan hal membolehkan manusia, masyarakat dan rakyat

memperjuangkan apa sahaja yang dirasakan benar atau betul.

Sebagai contoh jika dilihat dan diperhatikan di negara-negara barat,

kebebasan dari segala segi adalah segala-segalanya, justeru ianya amat tidak

beretika sekiranya kerajaan menghalang kebebasan rakyat untuk meluahkan apa

sahaja yang dianggap sebagai satu cara menyampaikan hasrat atau pendapat.

Rakyat di mana amat menitik beratkan kebebasan di dalam menyampaikan

apa sahaja yang difikirkan boleh dan betul oleh mereka. Dilihat dari sudut positif

ianya amat tepat dan baik di mana, segala pendapat ini dapat dikongsi bersama,

tetapi sekiranya dipandang dari sudut negatif, kesemua pendapat ini amat

berbahaya sekiranya ianya disampaikan dalam situasi atau keadaan yang tidak

betul dan tepat. Ini ditambah pula sekiranya pendapat atau pandangan yang

disampaikan hanya merupakan pandangan peribadi yang sama sekali tidak sama

37
atau sealiran dengan yang lain dan bertujuan untuk memenuhi kepuasan atau

kehendak hati masing-masing.

Di sini kita cuba lihat dalam skop politik Malaysia yang kini telah menular

dengan ideologi liberalisme ini di mana ada di kalangan parti-parti pembangkang

(peringkat pusat) cuba menggunakan isu-isu liberal atau kebebasan dalam

menunjangi ideologi dan falsafah politik masing-masing sehingga menimbulkan

kesan yang amat mendalam kepada sistem politik dan kebudayaan Malaysia.

Mereka cuba menjuarai dalam segala hal atau perkara dengan falsafah kebebasan

bersuara agar cita-cita mereka berjaya.

Segala macam isu akan dipolitikkan dengan sebaik mungkin menggunakan

dasar hak atau kebebasan ke atas segala-gala dengan berkiblatkan kepada

ideologi barat yang telah digunakan setelah sekian lama. Mereka akan sebaik

mungkin mengaitkan bahawa sistem politik Malaysia ini sebenarnya tidak berada

dalam keadaan yang benar-benar bebas atau demokrasi selagi mereka ini tidak

berjaya merubah atau menjadi kerajaan yang baru memandangkan Malaysia

dikategorikan sebagai negara yang mengamalkan demokrasi hibrid (campuran).

Jika dilihat, ini adalah falsafah liberalisme yang cuba diterapkan di dalam

acuan politik Malaysia di mana, kebebasan diletakkan sebagai segala-galanya

agar mencerminkan negara ini berada dalam keadaan yang benar-benar bebas dan

‘bersih’. Dengan meletakkan Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai

‘mentor’, jelas menunjukkan bahawa kumpulan parti pembangkang ini

37
berpaksikan ideologi liberalisme walaupun tidak diaplikasikan secara total atau

menyeluruh.

Pembangkang di Malaysia berterus-terusan mengatakan bahawa negara ini

tidak benar-benar bebas dalam segala hal kerana ianya dikawal oleh kuasa atau

badan eksekutif (kerajaan) yang berkuasa. Sebagai contoh, Jabatan Kehakiman,

media massa, Suruhanjaya Pilihanraya (EC), PDRM dan pelbagai lagi yang

sentiasa ditafsirkan sebagai tidak bebas dan berada di bawah pengaruh atau

tekanan kerajaan. Mereka sentiasa meletakkan segala beban isu kepada ‘bahu’

kerajaan agar membuktikan bahawa kerajaan benar-benar telus dalam menangani

sesuatu isu atau perkara.

Sosial

Apabila dilihat pula di dalam sosio atau sosial liberalisme (liberal),

liberalisme sosial boleh ditafsirkan sebagai kepercayaan bahawa liberalisme harus

merangkumi keadilan sosial. Ini berbeza dari liberalisme klasik yang mana di

dalam hal ini ianya mengakui peranan yang sah bagi negara dalam menangani

isu-isu ekonomi dan sosial seperti pengangguran, penjagaan kesihatan, dan

pendidikan sekaligus memperluaskan hak-hak sivil.

Dalam liberalisme sosial, kebaikan oleh masyarakat itu akan dipandang

dalam keadaan suasana yang harmoni berbanding dipandang dengan keadaan

kebebasan individu.

37
Dasar sosial liberal telah secara meluas diterima pakai di banyak dunia

kapitalis, terutama selepas Perang Dunia II di mana golongan yang berfahaman

sosial liberal ini pada kebiasannya akan dianggap sebagai golongan berhaluan kiri

di kebanyakkan negara.

Reaksi terhadap liberalisme sosial di akhir abad-20, sering disebut

neoliberalisme, menyebabkan dasar monetaris ekonomi dan pengurangan dalam

penyediaan perkhidmatan kerajaan. Namun, reaksi ini tidak menimbulkan

kembali kepada liberalisme klasik, kerana kerajaan terus memberikan

perkhidmatan sosial dan mengekalkan kawalan ke atas dasar ekonomi.

Istilah “liberalisme sosial" sering digunakan bergantian dengan "liberalisme

moden". Liberal Antarabangsa boleh dikatakan sebagai sebuah organisasi

antarabangsa utama dari kalangan ahli atau pihak liberal meliputi, antara lain

variasi liberal dan parti liberal sosial. Ia menegaskan prinsip-prinsip seperti hak

asasi manusia, pemilihan umum yang bebas serta adil dan demokrasi pelbagai

parti, keadilan sosial, toleransi, ekonomi pasaran sosial, perdagangan bebas,

kelestarian lingkungan dan rasa yang kuat dari perpaduan antarabangsa.

Kebebasan ini telah mempengaruhi corak hidup dan keperibadian

masyarakat di Malaysia. Ini dapat dilihat dengan timbulnya Badan-badan Bukan

Kerajaan (NGO) yang sentiasa memperjudikan atau memainkan isu-isu berkaitan

dengan hak-hak kemanusiaan (human rights), kebebasan bersuara, pemilihan

umum yang bebas serta adil (Pilihan Raya Umum) dan demokrasi pelbagai parti,

keadilan sosial, toleransi, ekonomi pasaran sosial dan perdagangan bebas.

37
Mereka ini (NGO) akan sering dilihat muncul bersama isu-isu yang berkait

rapat dengan ‘kebebasan’ dengan menjadikan rakan-rakan NGO di negara luar

(barat terutamanya) lebih ‘bebas’ bersuara berbanding dengan NGO di Malaysia.

Kalangan NGO ini akan menjadi ‘juara’ dalam kebanyakan isu membabitkan

‘hak-hak asasi manusia’. Sebagai contoh, kerap kali kumpulan-kumpulan NGO

ini akan terlibat di dalam demonstrasi membabitkan bantahan terhadap isu-isu

yang timbul dengan memanipulasikan ‘hak asasi manusia’ dan ‘kebebasan’

sebagai lambang kejaguhan mereka ini.

Inilah yang dikatakan sebagai ideologi liberalisme (sosial) yang telah

menular masuk ke dalam negara ini melalui cara atau kaedah yang tidak

bersesuaian untuk diaplikasikan bersama. Dengan menjadikan negara barat

sebagai contoh dan ‘kiblat’, pelbagai perbuatan membabitkan dasar ‘kebebasan’

akan digunakan sebaik mungkin. Namun begitu, jika dilihat dari pelbagai sudut,

masih terdapat unsur-unsur atau nilai-nilai positif dan negatif sekiranya ideologi

ini diterapkan mengikut kaedah dan acuan sebenar negara.

Kebudayaan (Seni)

Penarifan istilah Kebudayaan (Seni) Liberal turut berkait rapat dengan

ideologi liberalisme di mana dalam memperhalusi kesenian dan kebudayaan ini

kita dapat melihat kepada pengertian asal maksud kebudayaan liberal.

Istilah seni liberal menyatakan bahawa ianya adalah suatu kurikulum yang

mengajar pengetahuan umum dan mengembangkan pemikiran rasional pelajar

37
dan kemampuan intelektual, tidak seperti kurikulum profesional, vokasional dan

teknikal yang menekankan kepada kepakaran. Seni liberal kontemporari terdiri

daripada sastera, bahasa, falsafah, sejarah, matematik, dan ilmu pengetahuan.

Berbanding di zaman klasik, seni liberal ditakrifkan sebagai satu

pendidikan yang tepat bagi seorang yang bebas. Istilah "liberal arts" atau "liberal

persuits" (dalam Bahasa Latin studia liberalia) telah terkandung di dalam silibus

pendidikan rasmi sejak zaman Empayar Rom lagi. Sebagai contoh, Lucius

Annaeus Seneca atau Seneca the Younger (Ahli Falsafah Rom) pernah

membahaskan bahawa seni liberal yang akan menjadi satu pendidikan formal di

Rom (dan abad pertengahan) sebenarnya telah lama digunapakai sebagai

kurikulum asas dalam paideia enkuklios atau "education in the circle" di zaman

Yunani Greek.

Pada abad ke-5 Masihi, Martianus Capella telah mentafkrifkan bahawa

tujuh seni liberal adalah sebagai tatabahasa, dialek, retorik, geometri, aritmetik,

astronomi, dan muzik. Manakala di universiti-universiti negara Barat (di abad

pertengahan), tujuh seni liberal adalah the trivium (tatabahasa, retorik dan logik)

dan the quadrivium (aritmetik, astronomi, muzik dan geometri).

Penularan atau perkembangan seni liberal ini di Malaysia telah terjadi sejak

dari tahun 80an (anggaran) dan ke atas di mana pada lewat zaman ini, muncullah

filem-filem atau seniman-seniman yang berfikiran bebas (indie) dengan

penghasilan karya seni yang bertentangan dengan arus atau permintaan di pasaran

bersandarkan kepada kebebasan berkarya.

37
Seniman-seniman (muzik & filem) ini menghasilkan karya-karya yang amat

bertentangan dengan arus pasaran di Malaysia ketika itu, di mana munculnya

kumpulan-kumpulan muzik bersama karya muzik yang benar-benar dianggap

‘bebas’ dan tidak terikat lagi dengan corak dan kebudayaan muzik di Malaysia.

Kebanyakan dari mereka ini merupakan kalangan yang menyambung

pengajian di negara-negara yang mengamalkan ideologi liberalisme seperti

Amerika Syarikat dan United Kingdom. Justeru tidak mustahil sekiranya ilmu

yang diperolehi bersandarkan kepada ideologi ini dibawa balik bagi diterapkan ke

dalam seni dan kebudayaan Malaysia.

ii) Negara Demokrasi Liberalisme

Negara kebajikan telah tumbuh secara berperingkat dan merata sejak dari

abad ke-19, tetapi menjadi sepenuhnya dibangunkan selepas Perang Dunia II,

bersama-sama dengan ekonomi pasaran campuran. Ianya juga disebut sebagai

"embedded liberalisme", dasar liberal sosial telah mendapat sokongan yang

meluas di seluruh spektrum politik, ini kerana kecenderungan mereka dalam

mengurangkan dan mengganggu polarisasi dalam masyarakat tanpa mencabar

sistem ekonomi kapitalis. Negara liberal (mengamalkan demokrasi liberal) moden

yang boleh dijadikan sebagai contoh adalah Negara Amerika Syarikat, United

Kingdom, Jerman, Australia dan Perancis.

Amerika Syarikat

37
Negara yang mengamalkan liberalisme yang paling awal boleh

digambarkan sebagai Amerika Syarikat, yang didirikan di bawah prinsip "setiap

manusia diciptakan sama taraf; bahawa mereka diberi pencipta mereka

hak-hak yang tidak boleh dinafikan; bahawa antara ini adalah kehidupan,

kebebasan, dan mengejar kebahagiaan; bahawa untuk melindungi hak-hak

ini, kerajaan dibuat oleh manusia, yang menggunakan kuasa mereka secara

adil dengan izin mereka yang diperintah."

Amerika Syarikat (Amerika Utara) pada mulanya telah diterokai dan

diduduki oleh rakyat dari Britain dan Perancis. Rakyat Britain ini telah

menduduki di kawasan perairan/pantai Atlantik dan telah menubuhkan sebanyak

13 buah tanah jajahan dari utara ke selatan Amerika. Pada tahun 1775, Revolusi

Amerika tercetus apabila tentera British telah diserang di beberapa tempat oleh

kumpulan pejuang kemerdekaan. Manakala pada tahun 1776, wakil-wakil dari

badan perwakilan tanah-tanah jajahan telah bersidang dalam Majlis Perwakilan

bagi meluluskan usul deklarasi kemerdekaan (Declaration of Independence).

Majlis Perwakilan ini telah mengisytiharkan bahawa 13 buah negeri (tanah

jajajahn British) ini telah bebas dan merdeka, manakala Jeneral George

Washington telah dilantik sebagai Ketua Pasukan Tentera yang mana pasukan ini

telah mencapai kemenangan selepas berperang selama 6 tahun.

Pada September 1782, satu perjanjian yang dibuat di Paris di antara pihak

Biritish dan pihak revolusi telah mewujudkan Amerika Syarikat yang mana

Document of Independence telah diperkenalkan. Dokumen ini antara lain

37
mengandungi pernyataan penting iaiatu “semua rakyat mempunyai hak yang

sama” dan mempunyai hak terhadap “nyawa (mereka), kebebasan dan

peluang mendapatkan kebahagian”.

Pernyataan di sini jelas telah merubah sosial dan politik Amerika yang

mana telah meletakkan kebebasan sebagai asas mereka. Ini secara tidak langsung

telah mencerminkan proses liberal yang berlaku secara berperingkat-peringkat.

Perang Kemerdekaan Amerika menubuhkan negara yang pertama untuk

merangka satu perlembagaan berdasarkan konsep kerajaan liberal, di mana

kerajaan dibina dengan kerelaan yang ditadbir. Antara yang penting adalah kuasa

pemerintahan terletak di tangan rakyat dan bukan lagi di tangan golongan

aristokrasi (bangsawan). Semua rakyat pula mempunyai kuasa yang sama dan

berhak memilih wakil rakyat masing-masing untuk bersidang di dalam Dewan

Perwakilan untuk membuat undang-undang bagi semua lapisan masyarakat.

Di sini, Amerika Syarikat diletakkan sebagai antara negara yang paling

berjaya dalam mengamalkan penggunaan ideologi ini di dalam sistem politik

mereka. Sehingga kini, Presiden Barrack Hussein Obama merupakan Presiden

Amerika yang ke-44 dengan dimulakan oleh Presiden George Washington yang

menjadi Presiden dari tahun 1789-1797.

Sistem politik Amerika Syarikat pada masa kini hanya mempunyai 2 buah

parti besar sahaja iaitu Parti Demokrat dan Parti Republikan berbanding dengan

setengah dozen parti atau lebih yang terdapat di negara-negara lain. Jika dilihat,

37
tidak begitu jelas bagaimana situasi ini (sistem 2 parti) ini terjadi dan sebab-

musababnya yang mana hanya boleh dirujukkan sebagai disebabkan oleh

peraturan-peraturan pilihanraya negara ini.

Mulanya sistem 2 parti ini boleh dikatakan sebagai bermula bersama-sama

atau hampir serentak dengan pembentukan Kesatuan (United) dan terus berjalan

sehingga kini. Pembentukan parti di Amerika pada peringkat awalnya telah turut

terbentuk kepada beberapa parti lain namun ianya telah lenyap sehingga

terbentuknya kepada 2 parti yang terbesar iaitu Republikan dan Demokrat.

Pembentukan Amerika pada awalnya telah terpecah melalui 2 buah parti

juga iaitu Federalists dan Anti-Federalists yang mana kedua-dua parti ini

mempunyai penyokong dari kalangan mereka yang berbeza-beza latar belakang

kehidupan dan sosio budayanya.

Sistem politik Amerika sememangnya benar-benar mengamalkan

demokrasi di mana mereka telah mengasingkan sistem pemerintahan mereka

kepada 3 Bahagian utama iaitu Badan Eksekutif (Presiden & Kakitangannya),

Badan Kehakiman (Supreme Court of the United States) Badan Perundangan atau

Kongres iaitu Dewan Senat (United States Senate) – Dewan Tertinggi dan Dewan

Perwakilan (House of Representatives) – Dewan Rendah.

Ketiga-tiga badan atau cabang ini mempunyai tugas dan bidang yang

berlainan di mana Badan Eksekutif melalui Presiden akan melaksanakan segala

dasar-dasar yang telah ditetapkan atau ditentukan oleh Pemerintah/Kerajaan

37
terhadap negara. Presiden juga berkuasa untuk melantik Ketua Agensi yang mana

bertanggungjawab untuk Agensi Eksekutif Persekutuan.

Kedua-dua Dewan iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan mempunyai

bidang kuasa yang berlainan di antara satu sama lain. Bidang kuasa ini tidak

berkaitan antara ‘mereka’ sebagai kedudukan Dewan Tinggi dan Dewan Rendah.

Dewan Senat berkuasa untuk mengadili kes-kes pendakwaan yang dihadapi

oleh Pegawai Persekutuan khsusnya pendakwaan yang dikemukakan oleh Dewan

Perwakilan. Dewan Senat juga mempunyai kuasa “advice & consent” terhadap

perlantikan yang dilakukan oleh Presiden seperti Hakim Mahkamah Agung,

Hakim Mahkamah Daerah, Peguam Negara (United States Attorneys), Duta,

Pemerintah Tentera dan beberapa Ketua Agensi Persekutuan yang lain seperti

NASA. Dewan ini juga berkuasa untuk melantik Naib Presiden Amerika Syarikat

sekiranya tiada majoriti yang dapat dicapai di dalam Electoral College bagi

memilih Presiden dan Naib Presiden.

Manakala Dewan Perwakilan adalah berkuasa untuk mendakwa Presiden

sekiranya perlu termasuk pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan yang lain.

Dewan ini juga bertanggungjawab ke atas semakan semula rang undang-undan

(bill).

Pertembungan Demokrasi & Liberal memberi makna yang amat luas terhadap

penggunaannya di kalangan negara-negara barat. Akibat dari penjajahan dan revolusi-

revolusi yang melanda negara-negara barat seperti Revolusi Amerika (1775-1783),

37
Revolusi Perancis (1789-1799) dan Revolusi Rusia (1917), telah menyebabkan negara-

negara seperti Amerika, United Kingdom, German, Australia dan Perancis mengalami

perubahan yang amat ketara di dalam sistem politik mereka.

Tekanan yang diterima dan ketidakadilan yang dialami telah menyebabkan rakyat

mula bangkit dan menentang sistem pemerintahan Raja Mutlak seperti yang telah

diamalkan oleh kebanyakkan negara di dunia pada ketika itu. Rakyat beranggapan

bahawa, Raja yang menjadi Ketua Negara tidak dapat memerintah dengan benar-benar

sempurna dan hanya menumpukan kepada kepentingan diri dan keluarga tanpa

mengambil kira perasaan dan permasalahan yang dialami oleh rakyat.

Rakyat yang telah tertindas mula bangkit melalui beberapa kumpulan seperti

kumpulan-kumpulan penentang dan gerakan-gerakan bagi menjatuhkan raja sebagai

pemerintah. Ini telah disokong oleh kebanyakkan bangasawan (aristocrat) yang

merasakan adanya kepentingan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada dan

menjatuhkan raja sebagai ketua negara.

Kebangkitan rakyat Amerika melalui Tentera Revolusi telah menyebabkan negara

tersebut merdeka dan menjadi sebuah negara Republik dengan melaksanakan sistem

demokrasi secara benar-benar mutlak bagi menzahirkan keinginan rakyat yang turut

serta sebagai sebagahagian daripada kerajaan dan negara. Mereka boleh dikatakan

sebagai negara pertama di dunia yang mula-mula melaksanakan sistem demokrasi

liberal ini. Rakyat bebas dan berhak untuk mengundi dan memilih ketua kerajaan yang

mereka inginkan tanpa dipengaruhi atau dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

37
Walaupun United Kingdom mengamalkan Sistem Raja Berpelembagaan, namun

begitu mereka adalah di antara negara yang mengamalkan Demokrasi Liberal. Rakyat

bebas dan berhak bersuara terhadap kerajaan sekiranya mereka mendapati bahawa

kerajaan yang memerintah tidak melaksanakan kehendak dan tuntutan rakyat.

Begitu juga yang diamalkan oleh negara kolonial Britain iaitu Australia,

walaupun negara ini adalah bekas jajahan Britain dan masih merupakan negara koloni,

namun sistem pentadbirannya diamalkan secara bersendirian tanpa campurtangan dari

Kerajaan Britain. Sistem Demokrasi Liberal yang diamalkan oleh Australia sejak dari

tahun 1901 mencerminkan bahawa sistem ini merupakan antara sistem yang sering

diamalkan oleh negara-negara ‘besar’ di dunia.

C) PANDANGAN/KOMEN IDEOLOGI LIBERALISME

Amalan Liberalisme atau lebih tepat dikatakan sebagai Demokrasi Liberal

merupakan satu ideolagi yang baik dan bertetapan untuk digunakan memandangkan

kebanyakkan negara-negara ‘besar’ di dunia telah mengguna pakai sistem ini sejak dari

dahulu lagi. Kebebasan dalam semua perkara atau segi merupakan antara perkara yang

amat dititik beratkan oleh negara-negara barat. Ianya adalah bagi mengimbangi

pemerintahan dan sistem pentadbiran negara tersebut.

37
Berdasarkan dari corak dan gaya hidup masyarakat barat, perlaksanaan sistem ini

amat baik dan bagus serta bertepatan digunakan oleh kalangan mereka. Kebebasan

bersuara merupakan tunjang utama dalam perlaksanaan sistem ini, sekiranya sesuatu

dasar telah dirancang atau dilaksanakan, rakyat berhak bersuara untuk membantah

sekiranya dasar ini tidak memberi kebaikan kepada rakyat. Ini dapat dilihat dari corak

dan cara mereka ini menyuarakan bantahan dan penolakan ke atas dasar-dasar yang

diperkenalkan oleh kerajaan.

Penterjemahan rasa tidak puas hati ini kebaiasaannya akan dilakukan menerusi

perarakan, perhimpunan, demonstrasi dan protes yang mana kebanyakkan darinya akan

bertukar ganas sehingga berupaya mengorbankan nyawa mereka-mereka yang terlibat

mahupun tidak. Ini adalah satu-satunya cara terbaik bagi meluahkan rasa tidak puas hati

dan marah terhadap sesuatu dasar yang bakal atau telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Sejak dari dahulu lagi, corak menyuarakan rasa tidak puas hati ini sering dipelopori

oleh negara-negara yang pada kebiasaannya mengamalkan ideologi ini.

Amerika Syarikat sebagai contoh adalah antara yang kerap kali mengalami situasi

sebegini sejak dari permulaannya ideologi ini diterapkan di dalam sistem pemerintahan

mereka. Tercetusnya sesuatu isu yang tidak menyenangkan hati rakyat, bakal

menyebabkan mereka berbondong-bondong memenuhi setiap pelosok jalan dan ruang

bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dan amarah mereka terhadap tindakan yang

ditimbulkan oleh sesuatu pihak atau kerajaan.

Kematian Dr. Martin Luther King Jr. (Ketua African-American Civil Right

Movement ) pada 4 April 1968 telah menyebabkan kekacauan dan keganasan berlaku di

37
hampir setiap pelusok bandar sehingga mencecah 110 kesemuanya antaranya di

Washington DC, Chicago dan Baltimore hingga menyebabkan Amerika Syarikat

hampir lumpuh. Banyak lagi insiden kekacauan dan keganasan yang berlaku hampir

setiap tahun, malahan bulan di segenap pelusok Amerika Syarikat akibat dari apa yang

dikatakan sebagai kebebasan bersuara.

Begitu juga yang dialami oleh sebuah lagi negara yang mengamalkan sistem

Demokrasi Liberal iaitu United Kingdom di mana yang terbaru adalah kekacauan atau

protes dari kalangan para pelajar di hampir segenap negara yang membantah tindakan

kerajaan menaikkan yuran pengajian sehingga 400%. Para pelajar yang marah telah

mula bergerak ke jalan-jalan bagi melahir dan menzahirkan rasa marah dan tidak puas

hati mereka terhadap dasar kerajaan ini. Kemarahan ini turut dirasai oleh Keluarga

DiRaja Britain apabila kenderaan rasmi yang dinaiki oleh Putera Charles dan Duchesss

of Cornwall telah diserang oleh para pelajar yang marah.

Disini membuktikan setiap perkara yang terjadi itu ada pro dan kontranya yang

mana ada kebaikan dan keburukannya. Ini bermakna penerapan nilai-nilai liberal di

dalam sistem politik negara perlulah diubahsuai agar ianya bersesuaian dengan corak

kehidupan masyarakat dan suasana di negara ini. Sekiranya ia diaplikasikan secara

meluas tanpa ada diterapkan nilai-nilai murni dan ketimuran, maka akan menyebabkan

negara amat mudah terdedah di dalam situasi yang dialami oleh rakyat negara lain.

Penerapan nilai-nilai kebebasan yang amat tinggi bakal menyukarkan sistem

pentadbiran negara memandangkan Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai

37
rakyat dari kalangan berbilang bangsa (majmuk) dan kecenderungan untuk tercetusnya

isu-isu perkauman dan rusuhan kaum amat tinggi.

D) KESIMPULAN

Secara dasarnya, jika melihatkan kepada maksud liberalisme iaitu falsafah yang

meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Seseorang yang

menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun,

maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara.

Kebebasan adalah tunjang kepada maksud liberalisme yang mana apabila ianya

berkembang kepada ideologi, kebebasan dijadikan sebagai asas kepada perjuangan

ideologi ini. Penerapan kebebasan di dalam sistem politik sehingga tercetusnya

Demokrasi Liberal telah menyebabkan ianya amat disenangi dan disukai oleh rakyat.

Rakyat berhak menyuarakan apa sahaja yang dirasakan tepat dan betul bagi didengari

oleh pihak-pihak tertentu termasuk kerajaan.

Ideologi ini yang dipelopori oleh kebanyakkan negara-negara ‘besar’ barat seperti

Amerika, United Kingdom, Jerman, Perancis dan Australia sekiranya dilihat kembali

amat bersesuaian dengan corak kehidupan dan pentadbiran negara ini, memandangkan

ianya telah digunapakai sejak sekian lama dan amat disenangi oleh kalangan rakyat

mereka.

Dan sekiranya penerapan ideologi ini dikembangkan di Malaysia, dikhuatari

ianya bakal mengundang ketidak tenteraman yang lebih tinggi dan membebankan

37
berbanding dengan kebaikannya. Tidak dapat dinafikan, ideologi ini merupakan satu

perkara yang amat baik dari segi pemahaman maksudnya iaitu kebebasan dalam

menyuarakan segala macam pendapat dan pandangan yang mana lebih mudah disebut

sebagai ‘kebebasan bersuara’.

Jika dilihat kepada sejarah, ‘rasukan’ ideologi ini ke atas para pelajar yang

kebanyakkannya menuntut di negara-negara yang mengamalkan demokrasi liberal,

mereka telah membawa masuk ideologi ini ke dalam negara bagi menyebarkan bahawa

rakyat berhak dan wajib untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka.

Demonstrasi-demonstrasi yang tercetus sejak dari tahun 1970an lagi kebanyakkannya

telah dipelopori oleh kalangan pemimpin yang melanjutkan pelajaran mereka ke

negara-negara ini.

Dari sudut positif, ianya merupakan satu perkara yang amat dialu-alukan untuk

dilaksanakan, namun corak kehidupan masyarakat di Malaysia yang jika dikaji dan

dilihat semula tidak begitu menggemari tradisi merusuh, berhimpun serta

berdemonstrasi. Tidak dinafikan, kalangan rakyat telah berkumpul (berdemonstrasi)

bagi menyuarakan pandangan mereka menentang penjajah Inggeris sekaligus menuntut

kemerdekaan dari British.

Namun pada tahun-tahun berikutnya tidak begitu banyak tindakan sedemikian

rupa dapat dilihat oleh kalangan rakyat di Malaysia dalam menyuarakan apa yang

mereka rasai dan hadapi. Kebebasan yang dilaung-laungkan melalui ideologi ini

perlulah disesuaikan dengan budaya hidup masyarakat Malaysia bagi mengelakkan

ianya disalah erti dan disalah gunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

37
Tidak salah dalam menyuarakan hak dan kebebasan, namun perlulah ada had dan

kaedah-kaedah yang bersesuaian. Sekiranya kelebihan ini disalahgunakan, tidak

mustahil negara Malaysia yang aman damai ini bakal menjadi seperti negara-negara

lain yang terlibat di dalam kancah keganasan dan huru-hara hanya semata-mata

menyuarakan hak dan kebebasan yang senantiasa dirasakan betul dan tepat.

Kebebasan perlulah bertitik tolak kepada sama rata di mana meletakkan sesuatu

yang kena pada tempatnya. Sekiranya kebebasan dilaung-laungkan secara membuta tuli

tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat dan persekitaran, maka akan buruklah

hasilnya. Justeru kebebasan yang dilaung-laungkan perlulah dilaksanakan dengan

penuh etika dan kesopanan bersesuaian dengan corak kehidupan masyarakat Malaysia.

E) BIBLIOGRAFI

i) Asas Sains Politik (Edisi Ketiga)


– Prof. Madya Dr. K.Ramanathan (2003).

ii) Konsep Asas Politik (Edisi Pertama)


– K.Ramanathan (1988).

iii) Ideologi Politik Moden (Nota Tambahan)


– Prof. Madya Dr. K.Ramanathan.

iv) American Politics


– Abraham Ribicoff & Jon O.Newman (1973).

v) Forum Sains: “Liberalisme Sebagai Idea Pragmatis”


– http://www.forumsains.com/index.php?page=37.

vi) Liberalisme-Challenge (Liberty & Security)


– http://www.libertysecurity.org/mot76.html.

37
vii) Wikipedia “Meaning of Liberalisme”
– en.wikipedia.org/wiki/Liberalism.

viii) Liberalisme: “The Independent Review (The Independent Institute)”


– http://www.independent.org/publications/tir/article.asp?a=166.

ix) Australia’s Political System


– http://www.abc.net.au/ra/federasi/tema1/aus_pol_chart_e.pdf.

x) United States of America


– http://www.conservapedia.com/United_States.

37

You might also like