You are on page 1of 11

Semantik. Perubahan Makna.

1) Pendahuluan

Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu

unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai

pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji

bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantic, yang sebenarnya menjadi

sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan

hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsure makna.

Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan

salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Sementara itu, Firth (1944)

menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata ‘makna’

memberi erti ‘maksud’ atau ‘erti’. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi

bermacam-macam pergertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku The Meaning

of Meaning (1956) pernah memberi 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya makna

adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan. Dengan

yang demikian, kita dapat membayangkan betapa rumit sekali makna bagi ‘makna’.

Asas kaedah kajian untuk tajuk di atas telah di buat berdasarkan dari majalah Dewan

Bahasa dan internet. Matlamat utama kajian ini, adalah untuk menunjukkan bagaimana,

semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek – aspek seperti erti dan rujukan,

perkataan dan perubahan makna.


2) Semantik

Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani

semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’. Semantik pula, secara ringkas,

dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam

bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut.

Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan

rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk

simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.

3) Perkataan dan Makna

Perkataan, menurut pandangan ahli-ahli bahasa, adalah unit bahasa yang terkecil yang

mengandung makna. Dalam pada itu, Lyons dalam bukunya Introduction of Theoretical

Linguistics (1968), berpendapat bahawa perkataan merupakan suatu ‘tanda’ yang mencakupi

dua bahagian, yakni bentuk dan maknanya. Misalnya kata ‘dua’, ada bentuknya yang terdiri,

iaitu d u a dan maknanya, ‘jumlah satu campur satu atau 1 + 1’. Manakala, kata ‘beras’,

misalnya, ada bentuk be – ras dan maknanya ‘padi yang sudah dikupas kulit dan sedia untuk

dimasak’.

Ada juga perkataan dalam bahasa Melayu yang ada satu bentuk tetapi maknanya yang

banyak, seperti kata dalam, semak, dan rendang. Hal ini akan terbukti jika dicari makna bagi

perkataan – perkataan tersebut dalam kamus. Selain itu, ada perkataan yang berkongsi dan

bertindan makna dengan kata yang lain. Contohnya, perkataan bercakap berkongsi dan

bertindan makna dengan kata bisik, jerit, teriak kerana dalam semua perkataan ini ada

komponen makna yang berkaitan dengan hal penyuaraan. Demikian juga mawar, teratai,
orkid, semua bertindak makna dengan satu sama lain kerana memiliki dalamnya makna

umum bunga.

Oleh sebab ada pelbagai jenis kata, bentuk kata, makna yang pelbagai, maka kata-kata

dalam bahasa Melayu seperti dalam bahasa-bahasa lain dapat dikategorikan kepada beberapa

golongan seperti sinonim (makna yang sama), antonim (makna yang berlawan), hiponim

(bentuk yang sama tetapi makna yang berbeza) dan sebagainya.

4) Konteks dan Makna

Dalam hal komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting (Leech,

Semantics, 1974). Mengikut pengalaman bahasa ada banyak ketika kita rasa bingung akan

makna dalam sesuatu ujaran atau tulisan kerana kurangnya maklumat kontekstual. Dengan

mengambil kira konteks, unsur ketaksaan, makna yang pelbagai dapat dielakkan, walaupun

ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran atau tulisan kita. Misalnya, dalam

ujaran, Kamal! Kambing!, makna yang hendak disampaikan ialah ‘Kamal, tolong halau

kambing – kambing itu’ yang mungkin mahu masuk ke dalam kebun, rumah, atau tempat,

bergantung pada tempat ujaran itu dilafazkan.

Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan

makna. Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu – satu

ujaran atau tulisan. Misalnya, untuk membezakan golongan kata untuk menentukan makna,

seperti dalam kata ‘bilas (basuh / cuci)’ sebagai kata kerja dan ‘bilas (kabur)’ sebagai kata

adjektif, konteks amat perlu.


Konteks juga menjadi amat mustahak dalam hal homonim. Umpamanya, untuk

membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau berkurangannya besar kerana tergosok,

kita perlu lihat pada konteks penggunaan ayat atau ujaran tersebut. Mungkin, dalam ayat ini

‘Kami semua rasa haus, selepas berjalan kaki ke rumah’ maknanya ialah rasa dahaga.

Dalam hal ini, Wittgenstein dalam bukunya Philosophical Investigations (1953), yang

juga seorang ahli falsafah yang terkenal, pernah dengan tegas menyatakan bahawa makna

kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya, atau dalam konteks

penggunaannya. Demikian juga Ullmann berhujah bahawa makna perkataan hanya dapat

ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya.

Oleh itu, makna kata tidak akan menjelma selain dalam konteks pengunaan perkataan

atau ayat dalam ujaran atau tulisan. Misalnya, ujaran kata ‘cantik’, amat kabur maknanya,

kecuali dinyatakan dalam satu konteks seperti diucapkan untuk memberitahu orang lain akan

kecantikan seseorang atau pandangan, benda dan sebagainya, atau untuk memberi

penghargaan atau pujian terhadap sesuatu perbuatan seperti menjaringkan gol dalam

permainan bola sepak. Dalam kedua – dua situasi tadi, kata ‘cantik’ memang tidaklah sama.

Dengan yang demikian menjadi nyata bahawa perkataan memperlihatkan makna yang

berbeza – beza ketika digunakan dalam pelbagai situasi sosial oleh manusia.

5) Perubahan Makna

Salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah perubahan makna

dalam bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang menjadi unit asas

kepada bahas, sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati oleh

pengkaji bahasa. Menurut mereka, terdapat banyak factor yang merangsangkan perubahan.
Ullmann dalam bukunya Semantics: An Introduction to the Science of Meaning

(1962), misalnya memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa.

Antaranya adalah seperti sebab-sebab sejarah, sebab-sebab sosial, sebab-sebab psikologi,

pengaruh luar, keperluan untuk kata baharu.

Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan sembilan jenis

perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurutnya, makna kata boleh disempitkan dan

diperluaskan. Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan

ameliorasi yang juga menandakan perubahaan-perubahan dalam sesuatu bahasa.

Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri. Ini bermaksud,

makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan

hubungan sosial masyarakat. Misalnya, kata belayar, pada satu ketika dahulu digunakan

untuk perahu yang ada layar, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak

menggunakan layar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Atau, contoh perkataan rawat: Makna

umum adalah menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna barunya sekarang meliputi

merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri).

Demikian juga kata tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan.

Tetapi, makna diubah untuk mencakup makna ‘menguruskan’, mengendalikan’, dalam ayat

seperti ‘Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini’. Ada kalanya makna negatif

berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Umpamanya, kini kita

sering menemukan ayat atau ujaran. “Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan

pengguna bahasa Melayu.” Dalam contoh ini, kata gejala bukan dinyatakan sebagai suatu
unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan – perubahan seperti ini banyak

berlaku dalam bahasa kerana sebab – sebab perubahan dalam bahasa itu sendiri.

Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi juga, banyak kata yang telah

mengalami perubahan makna. Misalnya, kata taman, pada masa dahulu hanya digunakan

untuk merujuk kepada ‘kebun bunga’, tetapi maknanya sekarang diperluaskan untuk

mencakup makna tambahan seperti ‘ kawasan perumahan’, kawasan perindustrian’ dan

‘kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu’. Demikian juga kata datuk, kini bukan

sahaja digunakan untuk merujuk bapa ayah atau ibu seseorang, malah sebagai gelaran

kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa – jasa mereka.

Dalam arus perubahan zaman, banyak kata mengalami perubahan makna. Kata – kata

yang merujuk kepada objek, institusi, idea, dan konsep – konsep saintifik merupakan antara

kata yang mengalami perubahan makna. Misalnya, kata kebal berubah daripada makna asal

kuat dan kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta kebal.

Bahasa juga berubah kerana sebab – sebab sosial. Peredaran masa menyebabkan

munculnya bidang – bidang baharu dalam satu – satu budaya masyarakat bahasa. Faktor –

factor seperti emosi, tabu menjadi punca perubahan makna dalam bahasa. Misalnya,

ungkapan orang gaji kini berubah menjadi pembantu rumah, budak pejabat bertukar menjadi

pelayan pejabat, dan Hari Buruh menjadi Hari Pekerja. Perubahan – perubahan ini berlaku

kerana ungkapan yang digunakan dahulu membawa konotasi negatif, dan dengan demikian

perlu diubah menjadi lebih halus atau yang tidak membawa unsur negatif.

Selain itu, unsur larangan atau tabu juga menyebabkan perubahan perkataan.

Umpamanya, tidak sopan kalau dikatakan ‘saya hendak kencing’ di khalayak ramai, tetapi
ungkapan buang air atau ‘ saya hendak ke tandas’. Kini kata tandas pula membawa makna

yang tidak begitu sopan, maka sudah ada ungkapan bilik air yang digunakan untuk tujuan

yang sama, iaitu kencing atau buang air kecil. Ada juga ungkapan bilik selesa yang

digunakan untuk merujuk kepada konsep tandas. Pilihan perkataan atau ungkapan seumpama

ini, sebenarnya merujuk kepada gejala yang disebut segai eufemisme, yakni penggunaan

bahasa secara halus dan sopan.

Dalam Bahasa Melayu, kata daging disempitkan makna untuk merujuk kepada

‘daging lembu’ sahaja tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam,

atau daging arnab. Sedangkan makna dalam kamus adalah ‘isi pada manusia atau binatang

antara kulit dan tulang’ (Kamus Dewan, 1994).

Ada juga makna yang diperluaskan, seperti dalam kata tangan yang menjadi

menangani, taman yang merujuk kepada kawasan perumahan atau kawasan perindustrian

seperti yang dijelaskan di atas. Untuk menerangkan konsep – konsep baharu yang timbul

akibat perkembangan sains dan teknologi, maka perluasan makna bagi beberapa banyak

perkaaan diperlukan.

6) Kesalahan Semantik dalam Bahasa

Oleh sebab maklumat semantik amat penting dalam bahasa, maka hal makna dalam

ayat harus diberi perhatian oleh pengguna bahasa. Jika aspek makna tidak diambil kira dalam

binaan atau ujaran ayat, maka ayat – ayat yang diujar atau dibina akan merupakan ayat yang

taksa, atau tidak benar.


Justeru itu binaan atau ujaran ayat – ayat seperti yang berikut seharusnya dielakkan

oleh pengguna bahasa Melayu, memandangkan ayat – ayat ini tidak betul dari segi semantik,

walaupun memenuhi aturan nahu. Perhatikan contoh – contoh yang berikut:

1) Mereka – mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini.

2) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi.

3) Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik.

4) Pekerja – pekerja akan memulakan kerja mereka bila hujan berhenti.

5) Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu.

6) Ayah menghantar kawat kepada abang saya di Johor.

7) Ayah menghadiahkan saya jam tangan.

Dalam ayat – ayat di atas, nyata ada kekeliruan dalam memahami makna yang

terkandung dalam ayat – ayat tersebut. Umpamanya, mereka – mereka dalam ayat 1

adalah kelewahan semantik, yakni makna yang berlehihan, yang sebenarnya tidak

diperlukan. Demikian juga dalam ayat 2, tidak jelas siapa yang meninggal dunia,

sama ada ibu kepada bapa Ali atau kedua – dua ibu dan bapanya yang meninggal.

Dalam ayat, 6 pula, apakah hapa menghantar dawai atau berita kepada abang?

Mungkin ayat 7, perlu diperbetul menjadi ‘Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan

kepada saya’ atau ‘Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan’.

Demikinalah suatu huraian tentang semantik dalam bahasa Melayu dari aspek

makna dan perubahan makna dalam semantik. Seperti yang dinyatakan dalam

perbincangan di atas, aspek makna menjadi penting dalam bahasa, dan jika tidak,

bahasa yang digunakan mungkin hanya betul dari segi nahu tetapi tidak boleh
difahami manusia kerana bahasa itu tidak jelas maknanya, atau kabur, taksa, dan

kerana ada pertentangan makna serta ada unsure kelewahan dan seumpamanya.

Sesungguhnya, semantik merupakan suatu bidang kajian yang cukup menarik

dan memberangsangkan jika didekati dan dikaji.

Definisi Semantik
Istilah ‘semantik’ berasal dari perkataan Yunani ‘semantickos’ yang bermaksud
‘penting; bererti’.

Semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M.
Verhar, 1996).

Semantik merupakan bidang studi linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa
(Abdul Chaer,1994).

Kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. (Kamus
Dewan, 1997: 1228)

Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat.

Secara umumnya ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan.
Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang
menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh
makna terhadap masyarakat.

Kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan


antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat

Bibliografi

Majalah

S.Nathesan. (2001). “Semantik dalam Bahasa Melayu: Satu Pandangan Komprehensif.”

dalam Dewan Bahasa, 1(9), 21-28


Internet

“Semantik”, http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/semantik/semantik.htm

You might also like