You are on page 1of 10

Web Site - Free Web Space and Site Hosting - Web Hosting - Internet Store and Ecommerce Solution

Provider - High Speed I

mw s_endsite_bo search

http://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.htm

     
Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya
 
Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberi
kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan
kepada suasana pembelajaran secara khasnya.
 
Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru, murid, sekolah
dan kurikulum tersirat dalam usaha  memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua
murid dari pelbagai kaum dan latar belakang.
 
Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio-
budaya murid, khususnya ketika mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan
pembelajaran.
 
3.1 Guru
 
Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi
dan bersikap profesional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak
mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Murid dari kaum dan jantina
berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk
berinteraksi terbuka luas.
 
 
Rohand Meighan (1986) menulis bahawa kelas sosial menggambarkan perbezaan cara
hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.
 
Karl Marx berpendapat kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan
yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem
pengagihan dan pertukaran. Terdapat lima kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu
golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bahawan, pekerja dan bawah.
 
Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah
dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan
hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan.
 
Guru harus bijak dalam mengendalikan kelas sosial murid dimana akan wujud pergaulan
bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara
ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan
menjadi menyeronokkan.
 
Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai sikap, tingkah laku
uang sesuai. Guru harus melayan keperluan murid kearah perkembangan potensi secara
optimum. Murid harus dibantu untuk memahami kekuatan dan dan kelemahan yang ada
pada diri mereka; setiap kelemahan perlulah diatasi dan kekuatan yang ada boleh
digunakan untuk membantu murid lain yang memerlukannya.
 
Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap
pencapaian mereka. Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri,
memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi
akademik murid yang lemah melalui pengajuran kem motivasi dan sebagainya.
 
Guru mesti membiasakan diri datang awal ke kuliah dan mempunyai amalan sentiasa
menepati masa. Guru harus mengunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
mengikut tahap pencapaian murid. Memulakan set induksi yang menarik dan aktiviti
pembelajaran yang menghilangkan rasa kebosanan atau melakukan tugasan yang berkaitan
dengan isi-isi pengajaran tersebut.
 
Guru tidak harus melengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan akan hanya akan
menamatkan pengajaran pada minit-minit akhir tempoh pengajaran. Masa pengajaran
hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti merangsangkan minda. Kata-kata motivasi dan
penuh senyuman dan jenaka, pujian supaya suasana sentiasa ceria, di samping teguran
berupa nasihat dan bukan leteran.
 
Guru perlu menghormati murid  seperti orang lain, bersikap adil kepada semua murid,
hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan 
hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat untuk meneruskan
pembelajaran.
 
Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan
latar belakang dari pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan
oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara
kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman di
kalangan murid.
 
Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-
murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan
berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan.
 
Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai
dan agama murid mereka.
 
Guru harus mengurangkan bahasa dialek dan mengunakan bahasa yang standard untuk
memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam
aktiviti pembelajaran.
 
Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid, tanpa
mengira jantina. Isu yang mempunyai unsure bias kepada mana-mana jantina mesti
dielakkan untuk memberi peluang yang sama pada setiap murid menerokai aktiviti
pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk
membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup
dengan kecelaruan tersebut.
 
Guru mesti merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai
kaedah yang menarik. Guru bukan sekadar mengambarkan sepintas lalu isi kandungan
tetapi boleh menggerakkan murid memberi rumusan berdasarkan pengalaman
pembelajaran tersebut. Rumusan boleh dibuat seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak,
pantun, soal jawab dan main peranan.
 
Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan
pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta mengemukakan
pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya
pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan  secara lebih sempurna dan
mempunyai penambahbaikan.
 
Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap
segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku
pembaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa
dijalankan.
 
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang
cemerlang; fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati
hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang
dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh di capai, realisitik dan bijak
dalam pengurusan masa.
 
Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam
masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited
dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh melaksanakan
tugas.  Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud ‘ sesungguhnya Allah suka apabila seseorang
itu melakukan perkerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi).
 
Demi memastikan objektif-objektif tercapai, perancangan  guru yang rapi meletakkan
keutamaan terhadap tugasan. Keutamaan diberikan kepada keupayaan, kemahiran
melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi.
 
Guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir, kemahiran
mengaplikasikan peralatan terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang
diamanahkan disamping memilik wawasan yang jelas. Guru harus berkemampuan
membuat pemantauan dan refleksi di atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan
penambahbaikan, di samping memilik sahsiah sebagai guru yang berteladan baik serta
mematuhi Tonggak Dua Belas, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam serta etika kerja
dalam Islam.
 
Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk
pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan
kepada murid telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan
pembelajaran, ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Guru harus kreatif dan
inivatif untuk menjadikan sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi
efektif, menarikdan menyeronokkan. Guru adalah segala-galanya.
 
Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia, permulaan
latihan guru untuk guru pelatih yang berminat dalam profesion keguruan dibuat dengan
teliti. Pelatih harus terdiri daripada mereka yang berminat dan mempunyai sahsiah yang
baik sahaja yang terpilih, langkah-langkah inovatif juga perlu dipergiatkan bagi menarik
lebih ramai murid cemerlang menyertai profesion keguruan.
 
Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh
sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan,
kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak dan patut menjadi guru.
 
Disamping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru, pemantapan kebajikan dan
kerjaya terus diperbaiki dan diberi penekanan.
 
3.2  Murid
 
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru didalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap
kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati dan jiwa
mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkahlaku
manusia. Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang
lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam
pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan
budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan
tepat.
 
Antara perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid ialah
menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka
patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam
melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan
perlu membuang sikap prejudia terhadap bangsa lain.
 
Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan akktiviti yang
dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke
dalam jiwa murid. Proses sosiaisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah
dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara
langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakt dan seterusnya berupaya
membentuk mesyarakat yang toleran kearah memacu pembangunan negara.
 
Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek
mengikut kaum hendaklah dielakkan, seberapa yang terdaya murid harus diingatkanan
untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pengunaan laras
bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea
rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa
bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan
sosial yang sepatutnya.
 
Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina.
Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang
berlainan jantina.
 
Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang oleh guru,
dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegru
dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, disamping menggunakan segala sifat
mahmudah akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap  gurunya,
dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya.
 
Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting kea rah pembentukan budaya
penyayang. Komunksi berkesan dapat dijelmakan melalui cara bertutur, pengunaan bahasa
badan, penulisan, juga melalui pengunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan
sebagainya.
 
Guru yang menggunakan kemahiran berkomunasi sering menjana suasana pembelajaran
yang lebih dinamik dan cara pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran tertentu dapat
dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan.
 
Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Guru
mesti mengunakan komunikasi berkesan untuk menghasilkan motivasi yang berkesan.
Guru diminta membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi
penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya
misalnya kelas yang lebih teratur, bersih dan kemas.
 
Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai
seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program-program yang bertujuan
membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala
tingkahlaku negatif.
 
Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi,
disamping meningkat kecergasan mental, kreatif dan ininovatif dan bermatlamat. Guru
diperlukan membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai
murni, hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru.
 
Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya, tahap
disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti perasaan kasih
saying dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri mereka
kea rah pembentukan modal insane yang berkualiti.
 
Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Guru boleh dapat mengurangkan kadar
ponteng dan masalah disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan.
Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dan tidak seimbang bukanlah ukuran subjektif
bahawa kelas itu tidak dapat dibangunkan. Kecekapan yang ditunjukkan oleh bakal guru
menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat ditransformasikan  menjadi sebuah rumah
yang menepati slogan ‘bilik darjahku, rumahku’.
 
Mungkin terdapat beberapa orang murid yang nakal didalam setiap kelas, namun harus
diingat bahawa bukan murid menjadi puncah permasalahan. Kemahiran mengawal kelas
sebaik sahaja guru memasuki kelas merupa titik noktah penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Murid –murid yang menimbulkan punca permasalahan harus dikenalpasti,
supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’. Guru mesti mencuba membantu
menyelesaikan punca permasalahan dan meneruskan aktiviti pengajaran dengan banyak
berinteraksi dengan murid sehingga ia merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai
sehingga ia merasakan mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana
tingkahlakunya yang disenangi guru.
 
Ketegasan terhadap disiplin murid perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan berhemah
yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan mendera tetapi lebih kepada
pengajaran. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai murid
memang mengambil masa yang lama.
 
Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada
masanya.
 
 
3.3  Sekolah
 
Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara.
Pada peringkat rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah pula terdapat
SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh,  Sekolah Menengah
Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.
 
Sekolah  Premier iaitu sekolah yang mempunyai tradisi penajang seperti sekolah yang
berusia 100 tahun atau lebih dan sekolah di dalam persekitaran yang strategik serta
infrastruktur yang baik seperti sekolah yang berjiran dengan Putrajaya dan Cyberjaya.
Turut tersenarai adalah Maktab Rendah Sains Mara, sekolah swasta dan sekolah
antarabangsa.
 
Di peringkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (bahasa
pengantar utama adalah Bahasa Kebangsaan), SJKC (bahasa pengantar Bahasa Cina) dan
SJKT (bahasa Tamil).
 
Diperingkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang
memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat
pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah. Setiap SBP mempunyai bidang keistimewaan masing-masing
seperti permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar, pencaragam di Sekolah
Menengah Tun Fatimah, pidato di Kolej Islam Kelang.
 
Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam
bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja
mahir dan separuh mahir yang mencukupi.
 
Sekolah menengah teknik menawarkan bidang vokasional seperti ekonomi rumah tangga,
pertanian, ketukangan elektrik, mekanikal dan awam manakala dalam bidang teknikal
termasuklah kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang cemerlang
termasuklah SMT Dato Undang Hj Md Sharip (ekonomi rumah tangga), SMT Chenor
(pertanian), SMT Sri Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah (ketukangan
awam), SMT Shah Alam (ketukangan mekanikal) dan SMT Cheras (kejuruteraan)
 
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawarkan dan menyediakan program
Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti,
sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai
bidang ilmu, dalam dan luar negara.
 
Diantara yang membanggakan ialah SMKA Maahad Haamidiah Kajang, Selangor. Ini
adalah komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerapkan nilai kerohanian dan
kepercayaan beragama kepada murid-murid.
 
Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsure sejarah dan tradisi yang kukuh dan
memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya. Sekolah ini
mempunyai senibina yang bersejarah (historic institution) yang akan memperkayakan
khazanah warisan negara. Sekolah ini menjadi lambing dan kebanggaan negara kerana
kecemerlangannya. Sekolah ini melahirikan tokoh negara dan korporat seperti Victoria
Institution (Kuala Lumpur), Sekolah Zainab (Kelantan), Maktab Sultan Ismail (Kelantan)
dan Sekolah Menengah St.John (Kuala Lumpur).
 
Sekolah 100 tahun ialah sekolah yang dibina sebelum tahun 1905. Sekolah ini mempunyai
cirri-ciri tinggalan sejarah dan sebahagiannya ialah sekolah premier. Diantara sekolah-
sekolah yang tersenarai adalah Penang Free School (Pulau Pinang), Sekolah Tinggi Melaka
(Melaka), Sekolah Menengah Lelaki Methodist (Kuala Lumpur) dan lain-lain lagi.
 
Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia
terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik,
infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategik berhampiran dengan
Kompleks Kerajaan Persekutuan.
Sekolah Model Khas contohnya SMK Meru – Model Khas mengabungkan murid sekolah
rendah pada peringkat Tahap II dan murid sekolah  menengah dibawah satu bumbung, Ia
merupakan konsep baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif bagi murid
yang berpontensi di kawasan luar Bandar seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford,
Kuala Lipis (Pahang), dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun (Kedah).
 
Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah
penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif
rendah, ADHD dan disleksia.  Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang
berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Indrapura contohnya menyediakan kemudahan pelajaran bagi ketiga-tiga
kategori Pendidikan Khas. SMT memberi peluang pendidikan kepada murid bermasaalah
pendengaran dengan menawarkan kursus-kursus anjuran Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan (MLVK).
 
Kepelbagaian sosio budaya juga telah mewujud sekolah yang terdiri daripada pelbagai
bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk
mengetasi masalah kepelbagaian sosiobudaya melalui aktiviti yang dijalankan disekolah.
Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha
Kementerian Pelajaran  untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira
kaum.
 
Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid
disekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain,
kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam.
 
Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak peringkat
awal persekolahan, sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai
budaya. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil iaitu
dibangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih kanak-kanak
yang boleh dilentur.
 
3.4 Kurikulum Tersirat
 
Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi
objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu
rangka masa tertentu. (Saedah Siraj, 2001; Wiles and Bondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert,
1986).
 
Diperingkat pelaksanaan, kurikulum menampilkan penyampaian isi kandungan yang telah
disusun dalam kurikulum itu sendiri. Diperingkat penilaian pula, pengukuran serta
pengujian dijalankan untuk menentukan pencapaian objektif yang tercatat.
 
Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang
sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan lainya bukanlah setakat
kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus tetapi merangkumi 
kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar. (Margolis,
2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994). Ini lah yang dikatakan Kurikulum Tersirat.
 
Idea kurikulum tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson (1968) dalam
bukunya Life in Classrooms yang dijadikan fokus kajian oleh Snyder (1973), Apple
(1980), Bergenhenegouwen (1987), Portelli (1993) dan lain-lain lagi.
 
Ausbrooks (2000)  menjelaskan bahawa kurikulum tersirat adalah “is composed of the
implicit messages in th school’s sosial climate, unwritten yet understood by all. It is the
body of knowledge a child absorbs in school simply by being there day after day. This is
the curriculum that creates a school’s so called ‘learning environment’.
 
Cahfel (1997) berpendapat terdapat dua bentuk kurikulum yang dilaksanakan disekolah
iaitu overt (terbuka) yang memberi fokus kepada kursus pengajian  yang eksplisit dan
covert (tersirat) yang memberi fokus kepada pembelajaran yang tacit (diaplikasikan tetapi
tidak didokumentasikan dan tidak tercatat).
 
Cahfel mendapati bahawa kurikulum tersirat boleh didefinisikan sebagai norma-norma,
nilai dan kepercayaan yang tidak dinyatakan  dalam kurikulum tetapi diajar secara tidak
langsung didalam kelas dan didapati bahawa kurikulum tersirat tidak dinyatakan dalam
kurikulum rasmi sahaja.
 
Diperingkat pengajian tinggi, kurikulum tersirat lebih memberi penekanan kepada
persekitaran yang wujud dalam kalangan warga kampus. Adams (2002) mengenalpasti
budaya akademik sebagai kurikulum tersirat. Margolis (2001) memperolehi dapatan yang
hampir sama mengenai kurikulum tersirat … “tacit learning, unitended and intended
consequences of schooling, political sosialization, role development, mentoring and
intentional practices”.
 
Melalui kurikulum tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan
saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Kurikulum tersirat boleh dilaksanakan
melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti unit
kokurikulum. Guru digalakan menyelit nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, harus
menyelitkan dan mengalakkan interaksi dalam kelas sosial.
 
Ciri-Ciri Kurikulum Tersirat boleh dimaksudkan seperti berikut :
 
merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka
belajar
boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat
relative dan agak sukar diukur secara kuantitatif
merangkumi bilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri
(murid-guru-pengajar). Dipelajari oleh murid tetapi secara tidak langsung misalnya
daya intelek guru/pengajar; tingkahlaku dan akhlak guru/pengajar
kewujudannya adalah berbez-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar
belakang pelaksana kurikulum (murid-guru/pengajar)
kadangkala kurikulum tersirat terdapat pada matlamat atau objektif satu-satu kurikulum
tetapi tidak tertulis dalam kandungan kurikulum berkenaan mahu pun dalam
penilaian
jenis atau pengkategoriannya adalah berbeza-beza mengikut jenis institusi, tahap
pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri
 
Bagi institusi pengajian tinggi keguruan, pengkategorian kurikulum tersirat oleh
Berghenhenegouwen (1987) boleh dijadikan asas dengan beberapa pengubahsuaian. Dalam
peringkat pengajian di pendidikan tinggi keguruan, tiga kategori diperkenalkan seperti
berikut :
 
budaya belajar untuk belajar
budaya belajar untuk pengajar
belajar untuk pembudayaan/pembinaan tingkah laku terpuji
 
Bagi murid peringkat pengajian tinggi, guru pelatih perlu menguasai cara belajar yang
berkesan. Selain menghadiri kuliah, guru pelatih perlu mengetahui kemahiran belajar yang
sesuai untuk diri mereka sendiri bagi memperolehi pencapaian akademik yang terbaik.
Murid diandaikan mempunyai kebiasaan belajar masing-masing dan adalah berbeza
diantara murid diperingkat rendah dan tinggi. Murid seharusnya menguasai kemahiran
belajar melalui proses pembudayaan pembelajaran sendiri yang dipanggil kurikulum
tersirat dan ini termasuklah ;
 
mempelajari, memahami dan mengadaptasikan cara menulis esei, kajian, tesis/disertasi,
kertas projek, kertas kerja dan jurnal/buku dengan sebaiknya mengikut standard
yang telah ditetapkan oleh institusi pengajian tinggi yang berkaitan mahupun
mengikut standard antarabangsa dengan meurujk antaranya APA style (bidang
pendidikan, Sains , Sastera, Sains Kemanusiaan, Agama), the Chicago Manual of
Style (aliran Sastera, Sains Kemanusiaan, Agama).
 
mempelajari, memahami dan mengadapatasikan pengunaan jaringan maya atau internet
itu sendiri dan juga cara menulis kajian, tesis/disertasi, kertas projek, kertas kerja
dan jurnal/buku mengikut kaedah Mobile Learning dengan sebaiknya.
 
 
Carpenter (1985) juga memperolehi kajian selari dengan dapatan diatas dimana beliau
mendapati bahawa kumpulan guru pelatih yang tidak diajar dengan kemahiran belajar
didapati tidak mempunyai keyakinan untuk mengajar kemahiran belajar di sekolah.
 
Bagi pelatih yang dilatih untuk menjadi pakar dalam sebarang profesion murid harus
membudayakan diri mereka dengan pembelajaran kendiri yang menekankan proses
pembelajaran tanpa diarah, dipaksa atau disuruh. Ini adalah bersamaaan dengan budaya
belajar sepanjang hayat.
 
Apa yang pelajar alamai, lihat dan dengar semasa di di dewan bersama pensyarah itulah
yang menjadi kurikulum yang lebih berkesan daripada apa yang bersifat teoristik dikertas-
kertas yang mereka catat.
 
Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa oleh pensyarah sewaktu
menagjar akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap
amalan hidup murid semasa mereka bekerja nanti.
 
Sumber :
 
Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur.
Syed Ismail & Ahmad SUbki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1
Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur
 
 
Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/
Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf
Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html
Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia
Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia
Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu
Teori Perhubungan Etnik http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik
%20di%20IPTA/Bab%202.pdf
Warisan Budaya Malaysia ~ Adat Resam http://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htm 
 
Kembali
 
Dibina pada Disember 1, 2009 oleh dan dikemaskini pada Disember 6, 2009 oleh Pengendali@2006
 
 

You might also like