You are on page 1of 27

PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

1.0
PENGENALAN

Penilaian ialah proses mendapat,menentukan dan memberi maklumat yang


berguna ataupun menganalisis hasil pengukuran, bagi tindakan selanjutnya.
Dalam proses pembelajaran penilaian adalah proses mengumpul maklumat,
membuat analisis dan keputusan berkenaan perubahan tingkah laku ataupun
perkembangan kanak-kanak. Kini di prasekolah, istilah pentaksiran sering
digunakan bersilih ganti dengan istilah penilaian. Namun,pentaksiran adalah
proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian. Penilaian
pula melibatkan pengumpulan maklumat, merekodkan, menganalisis dan
melaporkan berdasarkan data yang diperoleh. Di prasekolah, penilaian
dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi memudahkan guru
mengambil tindakan susulan.

TUJUAN PENILAIAN

 Mengumpul maklumat berkenaan perkembangan kanak-kanak selepas


ataupun semasa melakukan aktiviti kumpulan ataupun individu.
 Mengenal pasti kekuatan ataupun kelemahan setiap kanak-kanak.
 Menentukan pencapaian objektif pembelajaran dan keberkesanan
pengajaran guru.
 Merekodkan maklumat bagi tujuan sewajarnya.
 Mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi bagi dipertingkatkan
ataupun diberi pengukuhan.
 Merancang dan mengubahsuai aktiviti pengajaran
 Melapor kepada ibubapa.
 Menjalankan langkah-langkah pencegahan.
 Merujuk kepada professional.
1.1 PERBEZAAN ANTARA FORMATIF DAN SUMATIF

ASPEK PENILAIAN FORMATIF PENILAIAN SUMATIF


KONSEP Mengesan penguasaan Mengesan pencapaian
kanak-kanak pada suatu hasil kanak-kanak dalam
pembelajaran melalui tempoh tertentu
pengujian yang dapat dibina persekolahan melalui
danditadbir secara formal pengujian yang
ataupun tidak formal dijalankan secara formal
WAKTU Sepanjang proses pengajaran Pada pertengahan
PENILAIAN dan pembelajaran ataupun akhir
berlangsung penggal/semester
persekolahan
KAEDAH Formal:Pensel,Kertas. Dibuat secara formal:
Tidak formal:Pemerhatian,soal Ujian pensel dan kertas,
jawab,latihan. Lisan.
Dibuat secara individu ataupun Dijalankan secara
berkumpulan berkumpulan.
SELEPAS Menjalankan tindakan susulan Memperbaiki kurikulum
PENILAIAN ke atas kanak-kanak: sdia ada.
DIJALANKAN a.Aktiviti bimbingan bagi
kemahiran yang belum Mengumpulkan kanak-
dikkuasai. kanak mengikut tahap
b.Aktiviti pengukuhan yang penguasaan.
sudah mula dikuasai.
c.Aktiviti pengayaan bagi
memperkembangkan
penguasaan kemahiran.
Mengubahsuai proses
pengajaran dan pembelajaran.
1.2 Banyak kaedah boleh digunakan oleh seseorang penyelidik ke atas kanak-kanak
di persekolahan.tetapi kaedah yang kerap diguna di prasekolah ialah pemerhatian.

KONSEP PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

Perkataan pemerhatian membawa maksud perbuatan melihat perilaku seseorang


atau sesuatu tanpa perlu menyertainya. Pemerhatian dilakukan bagi mendapat
informasi, bukan hanya melihat dengan pandangan yang kosong. Sebagai contoh,
sekiranya kita memerhati pada jam dinding,sebenarnya kita bukan hanya melihat
ukiran ataupun corak, tetapi bagi menentukan ataupun mengetahui berkenaan
masa. Begitu juga apabila memerhati kanak-kanak yang sedang bermain blok kayu.
Apakah yang kita perhatikan? Adakah warna-warna blok kayu atau pun perasaan
kanak-kanak itu semasa bermain? Kekuatan tanganya? Idea kreatifnya? ataupun
cara mereka bersosial bersama rakan?

Setiap pemerhatian memerlukan interpretasi tersendiri pada maksud perlakuan


kanak-kanak.Interpretasi penilaian akan memberikan keputusan sama ada tidak
membuat apa-apa ataupun bertindak. Pemerhatian mungkin ada kalanya tidak
signifikan walaupun ia dikesan. Namun, tidak mustahil akhirnya ia berguna bagi
menginterpretasikan sesuatu maksud apabila berlaku insiden yang tidak dijangka.
Melalui pemerhatian ,guru dapat memahami tingkah laku kanak-kanak serta menilai
perkembangan mereka.

Manakala penilaian adalah proses pengumpulan maklumat berkenaan kemajuan


dan perkembangan murid. Proses penilaian dilakuakn melalui pemerhatian dengan
menggunakan pelbagai kaedah. Dengan adanya penilaian,guru dapat mengenal
pasti potensi, kekuatan ataupun kelemahan kanak-kanak dalam pembelajaran dari
semasa ke semasa.Seterunya dapat melakukan tindakan susulan jika perlu. Guru
juga dapat mengembangkan potensi murid ke tahap optima dalam domain
kognitif,afektif dan psikomotor.
MENGAPA PEMERHATIAN PERLU SEBAGAI
PENILAIAN?

 Perlu berikan bantuan


 Pembelajaran tambahan
 Penilaian
 Megukur pencapaian
 Komunikasi bersama kanak-kanak
 Pengubahsuaian Strategi P&P
 Komunikasi bersama ibu bapa
 Minat / potensi
 Mengetahui intervensi

Apabila guru melakukan pemerhatian, segala data dan informasi dikumpul serta
dinilai.Penilaian dibuat bukan hanya pada perkembangan kanak-kanak secara
keseluruhan, tetapi juga perkembangan individu secara kursus. Ia digunakan bagi
membuat tindakan susulan keatas kanak-kanak itu. Tindakan yang dibuat
berdasarkan pemerhatian yang sudah dilakukan. Pemerhatian dilakukan bagi
memahami tingkah laku kanak-kanak serta menilai perkembangan mereka. Oleh itu,
tujuan pemerhatian dalam membuat penilaian adalah supaya guru dapat :

 MEMBERI BANTUAN SEGERA

Pemerhatian dapat memberikan petunjuk sekiranya bantuan perlakuan. Sebagai


contoh semasa aktiviti mengunting ,seorang kanak-kanak tidak dapat memegang
gunting dengan betul. Guru akan membantu dengan memegang tangan kanak-
kanak itu serta menunjukkan cara mengunting dengan betul.
 MENGETAHUI MINAT DAN POTENSI

Pemerhatian menolong guru mengetahui minat dan kecenderungan kanak-kanak.


Contohnya seorang kanak-kanak yang kerap melukis gambar kenderaan,mungkin
meminati bidang automotif. Ini memberi peluang kepada guru memupuk dan
memperkembangkan minat itu. Apabila guru menghargai hasil kerja kanak-kanak
,peningkatan harga diri kanak-kanak terserlah. Ada banyak lagi perkara yang dapat
dikaitkan dengan pemerhatian seperti peningkatan hubungan antara rumah dan
sekolah ataupun ibubapa dan sekolah apabila perbincangan berkenaan kanak-
kanak dijalankan oleh kedua-dua pihak. Selain itu, dengan pengetahuan ini,minat
dan kecenderungan kanak-kanak juga dapat diasah melalui pembanitan dalam
pertandingan – pertandingan tertentu.

 MELAKUKAN AKTIVITI PEMULIHAN ATAUPUN PENGUKUHAN

Melalui pemerhatian, guru boleh membuat penilaiian sama ada memberikan


pemulihan ,latihan ataupun pengayaan. Kanak-kanak yang dilihat tidak dapat
menulis huruf dengan betul akan dilatih menulis mengikut titik-titk dan diajar
memegang alat tulis dengan betul berulang kali sehingga ia mencapai kemahiran
yang perlu dikuasainya. Manakala kanak-kanak yang dilihat sudah dapat menulis
dengan baik akan diberilatihan tambahan sebagai aktiviti pengkuhuan. Setelah itu,
aktiviti pengayaan yang lebih mencabar boleh diberikan bagi mengasah minda dan
bakat kanak-kanak.

 MELAKUKAN INTERVENSI

Keselamatan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah perlu dititik baratkan. Melalui


pemerhatian yang rapi, intervensi segera dapat menyelamatkan keadaan. Sebagai
contoh, kanak-kanak yang sedang membuat tugasan dan, tetapi dikacau oleh
rakanya,yang cuba mengambil pensel warna kanak-kanak itu. Dalam keadaan
marah,kanak-kanak tadi mengeluarkan kata –kata kesat sambil mencuba merebut
kembali pensel warna. Dengan pantas guru perlu campur tangan sebelum kejadian
yang tidak diingini berlaku. Melalui pemerhatian ini penilaian ke atas kanak-kanak
dapat dilakukan. Guru juga menyelidik status emosi kanak-kanak tersebut sekiranya
perkara sedemikian melakukannya.

 MENGUKUR PENCAPAIAN DAN MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-


KANAK

Melalui pemerhatian tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak dapat diukur.


Sebagai contoh, kanak-kanak yang pada mulanya hanya tahu memegang berus dan
menconteng akhirnya dapat melukis serta melakar gambar ibu dan ayahnya. Guru
dapat melihat perkembangan motor halus serta tahap emosi kanak-kanak semasa
melukis.Sebenarnay pelbagai jenis perkembangan dapat dikenal pasi semasa
menjalankan aktiviti ini.Melalui inilah,pencapaian dalam perkembangan kanak-kanak
dapat diukur dengan alat penaksiran yang ssesuai.

 MEMBUAT PENILAIAN

Penilaian adalah proses mengumpul maklumat. Ia dapat dilihat melalui pelbagai


cara. Pemerhatian adalah cara penilaian yang bermakna. Informasi dikumpulkan
bagi mengukur perkembangan kanak-kanak mengikut tahap atau norma yang
diteapkan. Ia mengukur tahap pencapaian kanak-kanak pada masa itu, dan
mengenal pasti tahap selanjutnya yang dapat dicapai.

 BERKONGSI MAKLUMAT BERKOMUNIKASI BERSAMA IBU BAPA

Pemerhatian yang direkodkan memperjelaskan kepadsa ibubapa berkenaan


pencapaian anak-anak mereka. Pemerhatian yang dilakukan bukan perbandingan,
tetapi lebih kepada kemahiran atau kemampuan yang sudah dan sepatutnya
dicapai. Dengan adanya penilaian ini, ibubapa merasakan anak mereka berada di
bawah pengawasan yang rapi. Guru yang prihatian pada setiap perkembangan
kanak-kanak, bukan hanya member markah Kepada setiap ujian, malah mampu
berkongsi idea dan pengalaman dalam mendidik kanak-kanak.
 BERKONGSI MAKLUMAT DAN BERKOMUNIKASI BERSAMA KANAK-
KANAK

Kadangkala pendapat kanak-kanak sering diketepikan. Semasa menjalankan


pemerhatian, guru boleh menyoal kanak-kanak apa yang sudah mereka lakukan.
Sebagai contoh dalam aktiviti mewarna, kanak-kanak disoal supaya membuat
perbandingan antara aktiviti yang sama sebulan dahulu dengan apa yang dilakukan
sekarang. Dengan menunjukkan hasil kanak-kanak itu, guru bertanya apakah
persamaan dan perbezaan warna yang digunakan.Kanak-kanak bebas
menyampaikan pendapat dan ini meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak itu.

 MENGUBAHSUAI STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Semasa pemerhatian dilakukan,guru boleh mengubahsuai aktiviti dengan melihat


pendekatan yang sesuai dengan kanak-kanak. Adakah kanak-kanak itu lebih sesuai
dengan pendekatan trial and error, arahan lisan ataupun diberi contoh. Dengan
membuat refleksi pada proses pembelajaran,ia dapat membantu guru
mengaplikasikan pengajaran yang sesuai dengan kehendak dan keperluan kanak-
kanak.

 Untuk tugasan ini penyelidik akan memilih kaedah pemerhatianke atas kedua
dua orang kanak-kanak yang berumur antara 4-6 tahun. Tujuan pemerhatian
ke atas kedua-dua kanak-kanak itu adalah untuk mendapat dan mengetahui
perkembangan kognitif dan berubahan tingkahlaku pada mereka.
2REKOD MAKLUMAT KANAK-KANAK

Untuk tujuan kajian ini penyelidik telah memilih dua orang kanak-kanak iaitu
Clatina a/p clerence dan Naves a/l Ravi .Mereka masing –masing 6 tahun.
2.1 Sebab –sebab penyelidik memilih Clatina a/p Clerence.

2.1.1 Sebab pilih Clatina

Untuk kerja kursus ini saya memilih Clatina yang berumur enam tahun untuk
membuat pemerhatihan dan penilaian.Saya memilih dia kerana dia selalu tidak
menyiapkan kerja sekolah dan tinggalkan buku-buku di rumahnya.Kadang-kadang
dia datang ke sekolah lambat dan memakai pakaian biasa.Dia juga cepat rasa
bosan dan mengantuk.Dia juga selalu memberitahu bahawa ibu-bapanya tidak
sayang dia dan kurungkan di bilik.Ibunya adalah seorang pekerja kilang dan
setiausaha belia Melaka.Dia jarang duduk di rumah dan banyak keluar.Ayahnya
bekerja di kilang tetapi dia mengambil berat tentang anaknya.Clatina juga mudah
menangis.Kadang-kadang dia memberitahu dia takut dengan guru.Dia sentiasa diam
dan suka marah.Apabila guru dokong dan sayang murid lain,Clatina asyik
memerhatikan sahaja.Clatina juga seorang kanak-kanak yang mudah marah orang
lain.Dia juga seorang penyayang.Dia suka mengambil berat tentang adiknya.Apabila
guru telah mengambil strategi pengajaran dan membuat dia mengembangkan
potensi dia.Dia ada banyak perubahan dalam tingkahlaku dia.Penyelidik juga dapat
mengetahui masalah dia,dan dapat tolong dia.Segala perubahan Akid dapat
membantu guru untuk membetulkan cara pengajaran dan menjadi guru yang
berpengetahuan dan penyayang.
2.1.2 Sebab penyelidik memilih Naves a/l Ravi

Saya telah memilih Naves a/l Ravi iaitu enam tahun untuk membuat penilaian dan
pemerhatian kerja kursus ini.Saya memilih dia kerana dia seorang pemalu,penakut
semasa lima tahun.Apabila enam tahun penyelidik mendapati banyak perubahan
pada diri Naves dan tingkahlakunya.Selain itu,Penyelidik memilih Naves kerana
ibunya adalah seorang suri rumah dan sentiasa mengambil berat tentang
dirinya.Ibunya selalu mengantar Naves lalu suka bertanya tentang perkembangan
dia.Selain diatas faktor makanan naves juga sebab utama penyelidik memilih dia.Dia
tidak makan seperti kanak-kanak lain.dia hanya makan roti,ikan &
goreng,kokoranch,dan minum susu sahaja.dia selalu memberitahu bahawa dia
sayang ibubapanya.dan guru.Dia juga suka kawan –kawan di kelas dan adik-beradik
dia.Dia tidak suka membuat kerja kumpulan kerana kawan-kawanya membuat
kerjanya lambat dan kadang-kadang kumpulanya tidak dapat bintang yang
banyak.Dia juga sentiasa memberitahu bahawa dia nak jadi macam Vijay iaitu
pelajar tahun lepas yang cemerlang dalam semua aspek.Penyelidik pilih dia untuk
mengetahui apa berubahan yang ada pada dia tahun ini.Selain itu penyelidik juga
ingin mengaji kanak-kanak yang ibubapanya yang mengambil berat dan kurang
mengambil berat.segala perubahan Naves tahun ini membuktikan bahawa
penyelidik menjalankan tugas sebagai guru yang ada potensi .
2.2 INSTRUMEN PEMERHATIAN

Terdapat beberapa instrument yang digunakan dalam pemerhatian.Ianya


bargantungkepada tujuan,aktiviti dan lokasi pemerhatian dijalankan.Instrumen
pemerhatian boleh dikategorikan kepada penerangan ,persempelan,skala kadar dan
senarai semak.Setiap kategori pula mempunyai cara masing-masing seperti yang
dipamerkan dalam kotak dibawah.

Penerangan

 Rekod anekdot
 Rekod berterusan

Persampelan

 Persampelan masa
 Persampelan peristiwa

Skala Kadar

 Angka
 Abjad
 Grafik
 Semantik

Senarai Semak

 Perkembangan
Instrumen pemerhatian yang digunakan oleh penyelidik untuk membuat pemerhatian
dan penilaian ke atas kedua-dua kanak-kanak ialah rekod anekdot dan senarai
semak.

2.2.1REKOD ANEKDOT

Dalam pengajaran seharian di tadika ,anda mungkin dapat mengesan tingkahlaku


kanak-kanak yang luar jangkaan.Rekod yang anda lakukan mengenai peristiwa ini
dikatakan sebagai rekod anekdot.

 Rekod anekdot ialah catatan yang dibuat oleh pengasuh atau guru secaa
tidak formal mengenai sesuatu peristiwa yang berkaitan
dengan,perkembangan bahasa,pola interaksi sosial,kemahiran
menyelesaikan masalah dan sebagainya.
 Merekod ppemerhatian yang tertumpu kepada individu.
 Merekod peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang.
 Membuat catatan ringkas mengenai tingkahlaku yang luar dari kebiasaan
sama ada positif atau negatif
 Anda harus mengelak daripada menggunakan perkataan yang agak
mengelirukan seperti pandai,nakal,kurang ajar,baik,cemerlang.
 Guna ayat pendek tetapi padat seperti:
i) Mengambil bahagian dengan aktif
ii) Ambil masa terlalu lama untuk menyiapkan
iii) Mempunyai masalah menyebut
 Rekod ringkas menceritakan tentang satu insiden atau peristiwa yang
menunjukkan tingkahlaku penting dan signifikan kepada aspek
perkembangan kanak-kanak yang boleh dijadikan rujukan tingkahlaku yang
akan dating.
 Rekod anekdot menceritakan maklumat tingkahlaku dan peristiwa pada masa
tertentu.
 Rekod anekdot merupakan rekod yang menerangkan peristiwa pada masa
yang singkat,sesingkat beberapa saat atau minit.
 Rekod anekdot memastikan rekod tentang peristiwa,bila,di mana,siapa dan
apa yang berlaku
 Laporan individu ini boleh dikongsi dengan ibubapa
Kelebihan Rekod Anekdot

 Pemerhati tidak perlu latihan yang khusus.


 Pemerhatian ini berbentuk terbuka.
 Pemerhati boleh menulis apa yang dilihat
 Pemerhati boleh menyaksikan peristiwa dan insiden yang tidak
dijangkakan pada bila-bila masa.
 Pemerhati boleh melihat dan merekod tingkahlaku yang ketara

Kelemahan Rekod Anekdot

 Tidak memberi gambaran yang jelas kerana rekod sesuatu


peristiwa atau insiden hanya menarik minat pemerhati sahaja.
 Ia bergantung kepada terlalu banyak memori pemerhati dan ia
direkodkan selepas peristiwa berlaku.
 Peristiwa atau insiden dikhuatiri disalah ertinya.
 Sukar untuk analisa dan tidak membuktikan secara saintifik

Tips penulisan:

Merekod pemerhatian amat penting kerana perkara yang diperhatikan


berlaku,bergerak atau bercakap terlalu pantas.Berikut adalah panduan kepada anda
untuk merekod pemerhatian agar pemerhatian anda lebih tepat.

Maklumat yang perlu direkod adalah:

 Ekspresi muka
 Bahan interaksi
 Interaksi dengan rakan dan guru
 Pergerakan badan
 Bahasa tubuh
 Bahasa yang diucapkan
 Masa tumpuan

\
2.2.2 SENARAI SEMAK

Kaedah pemerhatian ini adalah merujuk pada senarai tingkahlaku atau


perkembangan kanak-kanak.

 Kaedah yang paling mudah dalam merekod perkembangan kanak-kanak.


 Senarai semak atau inventori juga mestilah berasaskan kepada tujuan dan
perkembangan yang boleh dikaitkan dengan kemahiran yang dilihat.
 Senarai semak yang disusun biasanya mengikut urutan.
 Pemerhati mestilah memastikan kewujudan tingkahlaku yang diperhatikan.
 Senarai semak tidak menunjukkan darjah kemajuan tingkahlaku yang
diperhatikan.
 Pemerhati hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan
maklumat/amalan yang lebih tepat.
 Senarai semak digunakan dengan berbagai cara bergantung kepada objektif
dan tujuan yang dilakukan.
 Untuk penilaian secara individu kemungkinan senarai semak yang berbeza
digunakan kepada kanak-kanak yang berbeza tetapi senarai semak yang
sama boleh digunakan sekiranya melibatkan semua kanak-kanak ,Perkara
yang penting adalah tarikh dan masa tingkahlaku itu berlaku.

KELEBIHAN :

 Mudah dan berkesan


 Boleh memerhati ramai kanak-kanak pada satu masa.
 Memberi gambaran yang jelas mengenai perkembangan kanak-kanak.

KELEMAHAN:

 Maklumat yang diperolehi tidak terperinci.


 Tidak member tahap penguasaan.
 Tidak menyatakan bagaimana perkembangan berlaku.
 Hanya bergantung pada senarai yang disediakan.
2.0 PROSES PEMERHATIHAN
Proses pemerhatian telah dibuat oleh penyelidik dengan menggunakan borang
anekdot keatas kedua-dua kanak-kanak tersebut.Penyelidik juga mencatat
bilaperistiwa itu berlaku ,tarikh.Penyelidik dapat mengkaji kanak-kanak tersebut
dengan mengguna dengan bahan bercetak.

3.0.1 Cara membuat pemerhatian

Kanak-kanak diberikan aktiviti.Setiap tingkahlaku kedua kanak-kanak


penyelidik dapat mencatat dalam borang senarai semak.setiap tingkahlaku
Clatina dan Naves telah dicatat dalam borang tersebut.

3.2 Laporan Pemerhatian

Setelah saya membuat kajian terhadap Clatina dan Naves,Penyelidik dapat


mengetahui bahawa kanak-kanak memang ada ciri kebaikan dalam diri
mereka.Pada keseluruhannya kanak-kanak ini telah menunjukkan peningkatan dari
semua aspekdi atas dari tahun lepas dan tahun ini.Mereka telah menunjukkan
keyakinan diri dalam semua aspek.walau begaimanapun mereka perlukan
bimbingan dan galakan untuk mencapai ke peringkat yang lebih optima.Dari laporan
memerhatian di atas penyelidik dapat mengetahui bahawa Clatina hanya
mempunyai masalah kasih sayang di rumah.Dia tidak dapat kasih sayang yang
secukupnya dan pemerhatian dari ibu.selain itu,dia juga seorang penyayang keatas
adik beradik dia.Naves pula menunjukkan sikap,yang berlainan dari tahun lepas.Dia
sangat berani dan ada cirri kepimpinan.Beliau juga menunjukkan sifat toleransi dan
kerjasama.Dia menunjukkan bayak sikap positif di kelas.Dia mula suka tolong
kawan-kawanya di kelas.Dia juga sudak minat membuat aktiviti kumpulan.Pada
keseluruhanya penyelidik mendapati bahawa apabila adanya kasih sayang dan
pemerhatian yang sepenuhnya kanak-kanak ini dapat dibentuk menjadi insan yang
berguna kepada keluarga,masyarakat dan Negara.Yang paling utamanya ialah guru
tadika .Beliau yang sangat berdekatan dengan mereka dan merekalah mencorakkan
kanak-kanak ini.Setiap berubahan tingkahlaku kanak-kanak dipengaruhi faktor
persekitaran,keluarga,masyarakat,sekolah dan Negara.

3.0 TINDAKAN SUSULAN


Penilaian keatas setiap kanak-kanak yang bersifat formatif memerlukan guru
melakukan tindakan susulan bagi memastikan sejauh mana kanak-kanak dapat
menerima pembelajaran yang disampaikan.Seperti yang kita sedia maklum,di
dalam sesebuah kelas kanak-kanak tadika terdiri daripada kebelbagaian
lingkungan sosioekonomi dan budaya.Kadar perkembangan dan pembelajaran
setiap individu adalah berbeza.Selepas menilai,guru boleh mengenalpasti
kanak-kanak yang belum menguasai dan yang telah menguasai.Melalui aktiviti
bimbingan dan pengayaan dalam tindakan susulan,guru boleh
mempertingkatkan penguasaan kanak-kanak dalamperkembangan dan
pembelajaran.

Tindakan susulan ialah aktiviti yang dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan
perkembanagn dan pembelajaran kanak-kanak dikenalpasti selepas penilaian
dianalisis.Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti bimbingan dan
pengayaan.

TUJUAN
Tindakan susulan dilakukan untuk:
 Memastikan kelemahan kanak-kanak tidak terhimpun sehingga terjejas
perkembangan dan pembelajaran seterusnya:
Kanak-kanak ini perlu bimbingan.Pencapaian kanak-kanak yang tidak
sampai ke tahap perkembangan yang sebenar mengikut umur yang sama
denganya memerlukan bentuk aktiviti yang berbeza.Aktiviti itu hendaklah
dibentuk sesuai dengan masalah pembelajaran yang dihadapinya.
 Mempertingkatkan kekuatan pembelajaran kanak-kanak:
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan
mencabar untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan
lagi sifat ingin tahu,semagat berdikari,daya cipta serta bakat kepimpinan
mereka.
 Mencadangkan kepada ibubapa pakar rujuk yang berkaitan dengan
keistimewaan yang ada pada kanak-kanak itu.

4.1 Penyelidik telah menyediakan aktiviti pengayaan,pengukuhan dan bimbingan


dalam pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak yang dia memerhati dan
membuat penilaian.

Aktiviti bimbingan

Ada kalanya hasil penilaian menunjukkan kedua-dua kanak-kanak itu belum dapat
menguasai kemahiran yang dibelajari.Dalam keadaan ini,bimbingan telah diberikan
bagi membantu kanak-kanak mengatasi masalah ini supaya kelemahan mereka
tidak terus terkumpul.Penyelidik telah merancang aktiviti-aktiviti yang dapat
membantu mereka sesuai dengan aras penguasaan semasa
mereka.Contohnya,apabila mereka masih belum dapat menbaca suku kata dengan
betul selepas empat bulan berada di tabika.Penyelidik menggunakan kaedah-
kaedah lain seperti membaca terus suku kata tanpa mengeja.Tindakan ini dapat
memastikan proses pembelajaran tidak terencat dan boleh diteruskan.Penyelidik
telah kreatif dalam memilih aktiviti bimbingan supaya kedua kanak-kanak itu tidak
menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran atau pengetahuan yang
dirancang.

Penyelidik juga member bimbingan secara personal kerana kelemahan itu mungkin
kesan pada emosi kanak-kanak.Kanak-kanak akan mudah rasa rendah diri
sekiranya beliau mengetahui dirinya mempunyai kelemahan berbanding rakan
sebaya.Bimbingan secara personal juga memudahkan kanak-kanak menguasai
kemahiran yang diajar kerana penyelidik dapat mengenal pasti aspek sebenar
bantuan yang diperlukan olek kanak-kanak itu.Proses penilaian perlu dilaksanakan
semula selepas aktiviti bimbingan dijalankan.Ini bagi menetukan sejauh mana
tindakan susulan yang dijalankan membantu kanak-kanak.Penilaian semula ini juga
bakal menentukan tindakan susulan yang seterusnya dan dapat memberikan
maklumat yang baru ataupun tidak.
AKTIVITI PENGUKUHAN

Apabila Clatina dan Naves mula menguasai kemahiran atau pengetahuan yang baru
dipelajari,aktiviti-aktiviti pengukuhan telah diberi.Ini dilakukan supaya kemahiran dan
pengetahuan yang mula dikuasai mereka berdua akan memberikan kesan yang
berpanjangan.Sebagai contoh apabila mereka berdua mula minat membuat aktiviti
dalam kumpulan dengan minat,aktiviti pengukuhan bagi menguatkan minat aktiviti
kumpulan seperti kolaj,lengkapkan puzzle,membuat persembahan dalam
kumpulan,menyanyi,menari,telah diberikan.Selain itu kumpulan terbaik telah diberi
hadiah ataupun ganjaran.Tujuanya supaya penglibatan mereka dalam aktiviti
kumpulan dapat meningkat dan kanak-kanak berasa lebih berminat.Maka aktiviti
pengukuhan diberi supaya aspek yang sudah dibelajari diperkukuhkan dan
penghasilannya berlaku secara semula jadi.

AKTIVITI PENGAYAAN

Selepas kemahiran atau aspek yang sepatutnya dibelajari sudah dikuasai oleh
mereka,maka penyelidik menyediakan aktiviti yang lebih mencabar telah
diberi.aktiviti pengayaan adalah aktiviti-aktiviti yang dapat membawa mereka ke
tahap kebolehan yang lebih tinggi menggunakan kemahiran atau pengetahuan yang
sudah mereka kuasai.Selain itu,penyelidik dapat mengembangkan dan
memperluaskan sifat ingin tahu mereka,aktiviti pengayaan juga memberi peluang
kepada Clatina dan Naves untuk berdikari dan menunjukkan kreativiti
mereka.Contohnya apabila mereka berdua sudah menguasai kemahiran mengeja
dan menilis suku kata ,aktiviti berbentuk teka silang kata yang menggunakan
gambar sebagai pembayang boleh diberi.Aktiviti ini kemahiran sedia ada mereka
kerana bagi melaksanakan aktiviti ini.mereka perlu memikirkan jawapan
berpandukan gambar,diikuti dengan membunyikan sukukata dan
perkataan,kemudianya Menulis jawapan di petak yang betul.Aktiviti pengayaan ini
menginterasikan kemahiran menulis dan membaca mereka berdua.
4.2 Maklum balas: perbincangan dengan ibubapa

Semasa melaksanakan penilaian dan pemerhatian terhadap Clatina dan Naves


penyelidik juga membuat temu bual dengan ibubapa kedua –dua kanak-kanak
tersebut.Selain itu beliau juga sering menelifon ibupaba mereka untuk mengetahui
berubahan yang ada pada mereka.Penyelidik juga meminta ibubapa mereka
mencatat perubahan ada pada anak mereka dalam satu kertas.ini juga dapat
membantu penyelidik mengetahui perubahan mereka lebih mendalam lagi.Untuk
ibubapa mengetahui perkembangan anak-anak mereka dalam pembelajaran dan
kemehiran lebih mendalam lagi maka penyelidik juga men gadakan perjumpaan
dengan ibubapa iaitu hari terbuka Tabika .Segala komitmen daripada ibubapa dapat
membantu lagi penyelidik membuat penilaian dengan senag dan mudah.Lebih lagi
penyelidik dapat mengetahui lagi tentang dan perkembangan kanak-kanak lebih
mendalam lagi.
4.3 PENGUBAHSUAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penyelidik mengambil banyak tindakan untuk menambahkan perasaan minat


dan ingin belajar dalam hati Clatina dan Naves.Pada mulanya penyelidik
memastikan kedua-dua murid tersebut sentiasa memenuhi masa mereka dengan
tugasan yang berfaedah,iaitu dengan memberi kerja tambahan kepada mereka dan
member layanan individu kepada mereka.Dengan cara ini,mereka tidak akan berasa
bosan dan tidak mungkin menimbulkan masalah dalam pembelajaran.Selain
itu,penyelidik juga mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin.Penyelidik juga
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan banyak mengunakan alat bantu
mengajar,dan seperti radio,televisyen,dan slaid untuk menarik minat
belajar.Penyertaan kedua dua kanak-kanak tersebut dalam proses pengajaran
pembelajaran hendaklah sentiasa digalakkan supaya mereka tidak berasa bosan
atau gelisah.Selain itu,penyelidik juga menghormati kedua kanak-kanak itu seperti
manusia biasa.Layanan baik yang diberikan telah merapatkan hubungan guru dan
murid.Hubungan rapat seperti ini dapat mewujudkan perasaan selesa dan ingin
belajar dikalangan pelajar.Pujian telah diberikan kepada murid yang menyiapkan
tugasan dengan baik.Perasaan Berjaya dan diiktiraf akan menimbulakan perasaan
belajar.

Teknik pengajaran yang berpusatkan guru berubah kepada teknik berpusatkan


murid-murid agar keperluan mereka dapat dilayani.Aktiviti yang dirancangkan
hendaklah menarik minat mereka dan menyeronokkan kanak-kanak.Di samping
itu,pembelajaran akan menjadi lebih bermakna.Murid-murid berasa gembira dan
tidak ada masalah dalam pembelajaran.Bahan pengajaran yang disediakan oleh
guru perlulah sesuai dengan kebolehan murid-murid ,tidak terlalu susah sehingga
mengecewakan mereka dan tidak terlalu mudah sehingga tidak mencabar
langsung.Dengan ini,keperluan murid yang lemah dan murid yang cerdas akan
dapat dipenuhi.Murid-murid yang kehendak mereka dipenuhi kurang cenderung
untuk menimbulkan masalah dalam pembelajaran.Penggunaan alat bantu mengajar
perlu digiatkan oleh guru.Alat-alat mengajar seperti slaid,pita
rakaman,radio,televisyen,carta,kad imbasan dan gambar berwarna perlu digunakan
dengan meluas.Penggunaan alat-alat tersebut akan mewujudkan suasana yang
menyeronokkan murid-murid.Perhubungan guru dan murid dan antara murid dengan
murid juga akan bertambah rapat.Situasi seperti ini akan menyebabkan murid-murid
ingin ke sekolah dan dengan itu mengurangkan masalah dalam pembelajaran.

Seperti pengajaran rakan sebaya,perbincangan,kumpulan berlaku secara semula


jadi.Guru memainkan peranan sebagai fasilitator dan pembimbing.Apabila kanak-
kanak belajar dan bermain bersama,masalah dan kekeliruan sering berlaku.Guru
boleh membantu menyelesaikan masalah,membimbing mereka bercakap mengikut
giliran,mencungkil perasaan dan sikap,merumuskan isi dan membuat
kesimpulan.Tajuk-tajuk yang dibincagkan boleh terdiri daripada aktiviti yang akan
dijalankan.peristiwa yang berlaku atau bercerita.Perbincangan secara kelas atau
kumpulan kecil boleh dijalankan.Bagi setiap jawapan yang diberikan kanak-kanak
ucapkan “Terima Kasih”.

Penggunaan computer di kalangan kanak-kanak bukanlah merupakan


pengganti guru atau tambahn pada kurikulum.Tetapi computer adalah behagian
yang penting di dalam kurikulum bersepadu jika penggunaanya dirancang di dalam
kurikulum menyeluruh,jika kanak-kanak menggunakannya secara aktif dan jika
bahan “software”yang sesuai dipilih.Kecerdasan (IQ)kanak-kanak boleh dikukuhkan
dengan penggunaan computer jika guru menyediakan pelbagai
pengalaman,pelbagai kecekapan,peluang pembelajaran dan melahirkan
perasaan.Kajian terdahulu menunjukkan kepentingan computer di dalam
menggalakkan kemahiran kognitif dan bahasa.Komputer boleh juga memupuk
pelbagai kecekapan seperti menggalakkan potensi imaginative,kreatif,emosi dan
pemikiran logic dan kritikal.Misalnya,kanak-kanak boleh menggunakan computer
sebagai pelukis,bercerita,penulis,mereka bentuk dan pemikiran logic.Penggunaan
computer boleh disepadukan dengan penggunaan multimedia.

Guru seharusnya cuba meluangkan masa untuk mendengar masalah


murid.Sesi kaunseling yag dijalankan oleh guru boleh meliputi aspek
akademik,kerjaya dan peribadi.Dengan cara ini,masalah murid dapat dikurangkan
dan perasaan kkecewa tidak mungkin dialami.Guru perlu mengambil cara yang
paling berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran di kelas dapat berkesan dan
dapat melahirkan insane yang berguna kepada sekolah,keluarga,masyarakat dan
Negara.

4.4 Apabila mengadakan berubahan dalam pengajaran dan pembelajaran kedua


dua kanak-kanak dapat menunjukkan sikap minat untuk datang ke sekolah dan
belajar dengan penuh bersemangat.Selain itu,kanak-kanak juga tidak menghadapi
kesukaran dalam menguasai kemahiran atau pengetahuan yang dirancang.Apabila
adanya berubahan maka kanak-kanak bersedia bagi menerima pengajaran dalam
masa yang berpanjangan.Kanak-kanak mengembangkan lagi sifat ingin
tahu,semangat berdikari,daya usaha serta bakat kepimpinan mereka.Perubahan
dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat mengalakkan kanak-kanak dapat
menyoal guru tentang aspek pelajaran yang belum difahami.Murid-murid dapat
melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajran sebagai pelajar pelajar yang
aktif.Murid dapat peluang untuk mengemukakan pendapat mereka.Keyakinan diri
murid-murid dapat dipupuk melalui interaksi.sifat kepimpinan murid dapat dibina
ketika terlibat dalam perbincangan kumpulan.Kemahiran bersosialisasi dapat dibina
dan dikembangkan.Nilai-nilai murni seperti kerjasama,bertoleransi,tolong-menolong
dan bertimbang rasa dapat dipupuk.Guru lebih memehami masalah murid dan
dengan itu lebih berupaya membantu mereka sama ada dari segi akademik
mahupun peribadi.Melalui interaksi juga penyelidik dapat mengenal pasti kelemahan
murid-muridnya.Harga diri murid dapat ditingkatkan apabila dibenarkan
mengemukakan idea.Interaksi menggalakkan pembentukan kemahiran
berkomunikasi murid-murid.keseluruhannya Perubahan dalam pengajaran dan
pembelajaran membantu mengembangkan potensi kanak-kanak.
4.0 KESIMPULAN

Melalui kerja kursus ini saya dapat meningkatkan pengetahuan tentang


Pemerhatian.Pemerhatian merupakan satu kaedah penilaian di mana apa yang
dilakukan oleh seorang kanak-kanak.Kita sebagai guru akan memerhatikan
begaimana kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti atau bagaimana mereka
menguruskan diri mereka sendiri.Selain itu saya juga dapat belajar cara menyedia
dan nyatakan maklumat kanak-kanak.Seterusnya saya juga dapat belajari
menggunakan instrument pemerhatihan terhadap kanak-kanak.Selain itu,saya juga
dapat membelajari merancang dan mengelolaaktiviti susulan dan tindakan susulan
yang sesuai bagi meningkatkan lagi perkembangan kanak-kanak.

Selain itu memahami tentang aspek-aspek pemerhatihan dan penilaian kanak-


kanak secara mendalam lagi.Selain ini kerja kursus ini memberi banyak pengajaran
seperti cara pengumpulan maklumat menggunakan pendekatan terus dan
pendekatan tidak langsung.Kerja kursus ini juga meliputi instrument pemerhatian
dan instrument lisan yang boleh digunakan di kalangan kanak.Selain itu,saya juga
dapat membelajari cara membuat penilaian secara menyeluruh yang merangkumi
domain kognitif,afektif dan psikomotor.Terdapat beberapa aspek perkembangan
dalam setiap domain.Saya baru mengetahui bahawa hasil kerja kanak-kanak adalah
himpunan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang mereka berada di tabika.Selain di
atas saya juga mengetahui maksud tindakan susulan dan bagaimana
mengaplikasikan tindakan susulan.

Dengan adanya kerja kursus ini baru saya mengetahui menulis cara pelaporan
dilakukan dan memastikan portfolio setiap kanak-kanak dikemskinikan sebelum
menyampaikan kepada ibubapa atau penjaga. Selain tindakan guru ibu bapa dan
masyarakat di kawasan tersebut juga memainkan peranan penting untuk kejayaan
seseorang kanak-kanak.Ibu bapa dan guru mempunyai tugas utama ataupun model
untuk mengenal pasti dan berusaha membantu perkembangan anak-anak.semua
pihak harus memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi yang bijak
pandai dan beraklah mulia.

Refleksi
Saya amat berbangga kepada kerana memberi tugasan ini
kepada saya. Sebelum saya memulakan tugasan ini saya menganggapkan
membuat Pemerhatian dan penilaian terhadap kanak-kanak adalah satu kerja yang
senang tetapi di sebaliknya ia adalah satu kerja yang sukar untuk saya. Setelah balik
dari kurusus saya pun mula mencari bahan untuk tugasan saya. Saya mulakan
tugasan saya untuk mendapatkan bahan rujukan. Pada mulanya saya beranggapan
senang untuk membuat Pemerhatian dan Penilaian tetapi sebaliknya saya terpaksa
selalu menelifon kawan saya..Banyak kali saya telifon kawan saya sampai dia
adakalanya marah,ini kerana bimbang kerjanya tidak dapat siap.Tapi saya cuba
kumpulkan segala maklumat.Kawan saya tidak membenarkan saya pergi rumah dia
kerana dia sibuk dengan program jabatan dia.Keesoknya saya pula pergi
keperpustakaan untuk mencari bahan rujukan untuk meyiapkan tugasan.

Dan akhirnya kawan saya dan saya bercadang pergi ke rumah kawan saya iaitu di
Duria Tunggal sahaja.Awal pagi kami pun pergi Durian Tunggal iaitu ke tadika dia
dan merangka kertas kerja kami dengan bahan yang kami cari. Kami juga berkongsi
maklumat untuk meyiapkan tugasan. Setelah perbincangan saya pun mula menaip
tugasan kami yang telah di rangka.saya berasa sangat letih ini kerana saya terpaksa
membuat tugasan lain juga.Kadang-kadang kala saya berasa bersalah kerana saya
tidak memberi tumpuan untuk meyiapkan tugasan saya.Tetapi semasa saya
membuat tugasan ini,banyak cabaran telah saya hadapi.Saya tidak pernah masalah
untuk membuat tugasan tugasan sebelum ini.Selepas balik dari kursus saya
habertungkus- lumus untuk menyiapkan tugasan ini.Tetapi setiap hari saya terpaksa
membuat persediaan untuk penyampaian hari kanak-kanak di tadika kami. 7..Selain
itu saya juga terpaksa mengajar anak sya Maheshvara keran dia akan menduduki
peperiksaan U.P.S.R. tidak lama lagi. Saya terpaksa berhenti membuat tugasan
ini,supaya menjelaskan kerja itu.Saya juga terpaksa menyiapkan Manual (sejarah
Tadika saya),Ini kerana Hari penyampaian sijil adalah sambutan terakhir untuk
tadika kami bagi tahun ini.Waktu itu,saya memang sibuh dan,kadang-kadang saya
lupa untuk makan.Waktu itu memang hati saya takut kerana belum siap
tugasan,tetapi saya rasa penat lalu tidak buat kerja.Saya berasa penat sanggat
kerana semua kerja di tadika saya seorang sahaja membuat ,pembantu saya kurang
memberi pertolongan dan kerjasama.Walaubagaimanapun saya curi masa juga
untuk pergi rumah kanak-kanak yang saya membuat pemerhatian dan
penilaian.Saya membuat berbincangan dengan ibubapa kanak-kanak itu.Baru saya
memahami bahawa kanak-kanak saya sayang saya dari ibubapa mereka.Setiap kali
ibubapa memberitahu bahawa anak-anak mereka selesa di sisi saya, membuatkan
saya terkilan lalu menangis.Waktu itu baru saya sedar bahawa anak murid saya
anggap saya sebagai ibu mereka dan saya juga boleh melahirkan insan yang
berguna dan pengajaran pembalajaran yang saya adakan di tadika merangsang
kedua kanak-kanak itu.Apabila habisnya segala program saya telah berniat
menyiapakan tugasan saya.Walaupun saya telah menghadapi pelbagai rintangan
namun atas usaha saya dan kerajinan saya serta sokongkan kawan saya serta
tidak lupai tuhan yang amat menyayangi saya yang selalu bersama saya untuk
menyiapkan tugasan ini.

Apabila saya mendapat input yang baru saya dapat menambah ilmu dan kadang-
kala berasa salah kerana ingat anak murid saya yang cinta saya. Baru saya sedar
kejayaan dan perkembangan anak murid saya adalah di tangan saya.Saya akan
menggunakan segala nasihat ,cadangan yang diberi untuk melicinkan lagi proses
pengajjaran dan pembelajaran di kelas saya.Saya anggap segalanya sebagai
panduan dalam hidup saya.Saya baru sedar bahawa untuk membuat penilaian dan
pemerhatiann bukanlah kerja yang senang. Saya akan jadikan tugasan saya
sebagai panduan untuk masa depan nanti.Saya ingin mengucapkan berterima kasih
kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk meyiapkan
tugasan saya.

Sekian Terima Kasih.!!!!!

Disediakan Oleh : Gayathry a/p Jayapragasam

790111 – 04- 5308

You might also like