You are on page 1of 34

www.rasuldahri.

com

PERINTAH BERWUDUK

Menurut bahasa, kalimah wuduk apabila dibaca dengan


iaitu dengan didhammahkan huruf wawnya, ia bermaksud perbuatan
berwuduk. Dan apabila difathahkan wawnya, maka ia bermaksud air
wuduk.

Wuduk menurut syarak ialah: Menggunakan air bersih (suci lagi


mensucikan) untuk membasuh anggota-anggota tertentu yang telah
ditetapkan oleh syarak.

Berwuduk untuk solat adalah merupakan perintah dari Allah Azza


wa-Jalla sebagaimana firmanNya:

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan


mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan
kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta
(basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki!” [1]

Tidak sah solat seseorang tanpa bersuci atau berwuduk terlebih


dahulu, sebagaimana perintah dan penjelasan dari hadis-hadis sahih:

1
Al-Maidah. 5:6

2
www.rasuldahri.com

"Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwuduk". [2]

"Allah tidak menerima solat tanpa bersuci (berwuduk)". [3]

"Tidak diterima solat seseorang antara kamu jika berhadas


sehinggalah dia berwuduk". [4]

"Kunci solat itu ialah bersuci, diharamkan (melakukan sesuatu


kecuali pekerjaan solat) setelah bertakbir dan penghalalannya ialah
setelah memberi salam" [5]

"Sesungguhnya aku diperintah agar berwuduk apabila aku


ingin mendirikan solat". [6]

2
H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah.
3
H/R Muslim 1/60.
4
H/R Bukhari. 1/206. Muslim. No. 225.
5
H/R Abu Daud. No 60. Tirmizi. No. 3. Dan Ibnu Majah. No 275.
6
H/R Abu Daud 3760. Tirmizi 1848. Nasa’i 1/73. Disahihkan oleh Al-Albani. Lihat: as-Sahihah.
57621.

3
www.rasuldahri.com

WUDUK YANG SEMPURNA


MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA

Pengambilan wuduk yang sempurna bukan sahaja menjamin


diterimanya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa
selagi tidak melakukan kesyirikan. Rasulullah  bersabda:

"Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Telah


bersabda Rasulullah : Apabila seseorang hamba muslim
atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh
wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat
oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang
terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari
kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua
tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir.
Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua
kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama
air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai
berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya". [7]

7
H/R Muslim 1/148.

4
www.rasuldahri.com

"Dari Umar radialIahu'anhu berkata: Sesungguhnya


Rasulullah  bersabda: Barang siapa berwuduk dengan
sebaik-baik wuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari
tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya". [8]

"Barang siapa yang berwuduk seperti ini (seperti


wuduknya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah
berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi
pahala". [9]

“Dari Abu Malik al-Asy'ari radiallahu 'anhu berkata: Telah


bersabda Rasulullah : Bersuci itu sebahagian dari iman” [10]

"Dari Humran bin Aban, bahawasanya Uthman


radiallahu 'anhu meminta air untuk berwuduk, lain dia
menyebutkan sifat wuduk Nabi  kemudian beliau berkata di

8
H/R Muslim 3/133.
9
H/R Muslim 3/113.
10
H/R Muslim 1/140.

5
www.rasuldahri.com

penghujung hadis: Barang siapa yang berwuduk seperti


wudukku ini, kemudian ia mendirikan solat dua rekaat dengan
tidak berkata-kata yang keji pada dirinya maka (wuduk dan
solatnya) maka diampunkan baginya segala dosa-dosa yang telah
berlalu " [11]

"Barang siapa berwuduk lalu menyempurnakan


wuduknya kemudian ia pergi ke masjid, lulu ia dapati orang-
orang sudah selesai mengerjakan solat maka Allah
memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang
yang sudah solat, tidak dikurangi sedikitpun dari ganjaran yang
mereka perolehi". [12]

“Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata:


Rasulullah  bersabda: Mahukah aku tunjukkan kepada
kamu beberapa perkara yang dengannya Allah akan
menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat darjat kamu?
Mereka menjawab : Mahu wah ai Ras u lu llah ! Bag ind a
bersabda: Iaitu menyempurnakan wuduk walau dalam keadaan
susah, [13] sering berjalan ke masjid (solat jamaah ) d an
menun ggu solat s etelah s e lesai menunaikan solat. Yang
demikian itu adalah ribat (jihad/perjuangan), yang demikian
itu ribat, yang demikian itu ribat". [14]

11
H/R Bukhari 11/213. Muslim 226. dan An-Nasa’i. 1/698.
12
H/R Abu Daud No. 564. Nasa’i. No. 865. Disahihkan oleh Al-Albani. Lihat: Sahih Jamiu as-Saghir.
No. 6039.
13
Kalimah yang jamaknya ialah keadaan susah/sulit untuk mengerjakan wuduk. seperti
dalam keadaan sakit atau terlalu sejuk.
14
H/R Muslim. 133.

6
www.rasuldahri.com

"Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata:


Bahawa Rasulullah  ketika sampai ke perkuburan, baginda
mengucapkan salam: (Kesejahteraan atas kamu wahai penghuni
negeri kaum mukminin, insya-Allah tidak lama lagi kami akan
menyusul kamu). Alangkah gembiranya hatiku ketika hendak
melihat saudara-saudaraku! Para sahabat berkata: Bukankah
kami saudara-saudara engkau wahai Rasulullah? Baginda
bersabda: Kamu ini adalah para sahabatku, adapun saudara-
saudaraku ialah orang-orang yang belum muncul Mereka
bertanya: Bagaimana engkau dapat mengenali keadaan umat
yang belum muncul itu wahai Rasulullah? Baginda
menjawab: Bagaimana pendapat kamu, dimisalkan ada
seorang mempunyai seekor kuda berwarna putih yang berada di
tengah-tengah kuda yang berwarna hitam pekat, tidakkah
ia dapat mengenali kuda itu? Benar wahai Rasulullah, ujar
mereka! Baginda bersabda: Demikianlah halnya mereka itu,
mereka datang dalam keadaan putih cemerlang bertanda
disebabkan dari wuduk, sedangkan aku menjadi perintis
mereka menuju telaga. Ketahuilah, sesungguhnya ada beberapa
orang yang didorong masuk telaga sebagaimana unta yang
sesat yang diusir, aku menyeru mereka: Marilah ke sini,
marilah ke sini, marilah ke sini!" [ 15]

15
H/R Malik. Nasa’i 1/93-94. Ibnu Majah No. 4306. Ibnu Khuzaimah No. 6. Ahmad 2/300. 408.
Muslim. 1/150. Lihat Mukhtasar Sahih Muslim No. 129. Baihaqi 4/78. Dan Abu Daud. No. 3237.

7
www.rasuldahri.com

"Dari Abi Umamah radiallahu 'anhu berkata:


Rasulullah  bersabda; Apabila seseorang muslim berwuduk
maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya
(telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya.
Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan
(diampunkan) dosa-dosanya" [16]

16
H/R Ahmad. 5/252. Dihasankan oleh Nasiruddin al-Albani rahimahullah dalam Jamiu as-Saghir.
No. 461.

8
www.rasuldahri.com

TATACARA (SIFAT WUDUK)


RASULULLAH

1. Berniat
Amalan niat di dalam hati tanpa dilafazkan dengan lisan, kerana
niat adalah tempatnya di hati dan kerja hati bukan di lisan.

Maksud niat ialah menyengajakan atau bersungguh-sungguh untuk


mengerjakan sesuatu kerana menunaikan perintah Allah Azza wa-Jalla.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

"Tempat niat itu di hati, bukan di lisan sebagaimana yang


disepakati oleh para imam kaum Muslimin, sama ada pada ibadah,
taharah, solat, zakat, puasa, haji, membebaskan hamba, jihad
dan selainnya. Jika diucapkan dengan lisannya tetapi berlainan
dengan kehendak hatinya maka yang diterima hanya yang
diniatkan oleh hatinya bukan lafaznya. Sebaliknya jika diucapkan
niat dengan lisannya sedangkan berlainan dengan niat yang di
hatinya maka ia tidak diterima menurut kesepakatan Imam-
Imam Muslimin ". [17]

Setiap amal ibadah dituntut agar dimulakan dengan niat


sebagaimana sabda Rasullullah :

"Setiap amal itu dimulakan dengan niat, sesungguhnya


bagi setiap insan mengikut apa yang diniatkan ". [18]

17
Lihat: Majmu’ ar-Rasail al-Kubra. 1/234.
18
H/R Bukhari. 1/9. Muslim. 6/48.

9
www.rasuldahri.com

2. Membaca Basmalah (bismillah)

Rasulullah  telah memerintahkan agar membaca basmalah


(bismillah) setiap kali hendak berwuduk. Baginda bersabda:

"Tiada wuduk bagi siapa yang tidak menyebut nama


Allah di atas wuduknya ". [19]

Di ketika kekurangan air, Rasulullah  pernah meminta air untuk


berwuduk maka setelah memperolehi air, baginda memasukkan tangannya
ke dalam air tersebut. Baginda memerintahkan para sahabat agar membaca
basmalah ketika hendak berwuduk:

"Semasa Rasulullah meletakkan tangannya di dalam air,


baginda bersabda: Berwuduklah kamu sekalian dengan nama
Allah. Maka aku melihat air keluar dari celah-celah jari-jemari
baginda sehinggalah orang yang terakhir (dapat berwuduk).
Thabit bertanya (kepada Anas): Berapa jumlah mereka? Sekitar
tujuh puluh orang (jawab Anas) ". [20]

Telah dijelaskan oleh lbnu Qudamah rahimahullah, bahawa


berdasarkan hadis-hadis di atas maka menurut Imam Ahmad
rahimahullah membaca bismillah ketika hendak berwuduk, hendak
mandi dan bertayamum adalah wajib hukumnya. Al-Hasan al-Basri dan
Ishaq bin Rahawiyh serta ramai para imam-imam yang lain juga
berpendapat seperti itu. Menurut lbnu Qudamah:

"Apabila ditetapkan wajibnya (membaca basmallah),


jika ditinggalkan dengan sengaja maka taharahnya tidak sah
kerana meninggalkan yang wajib dalam taharah sama seperti

19
H/R Ahmad. Abu Daud 101 Al-Tirmizi 26. Ibnu Majah 399. Lihat: lrwaul Ghalil. Dan disahihkan
oleh Al-Albani dalam al-Jami' 7444.
20
H/R Bukhari. 1/236. Muslim. 8/411. dan Nasa’i. 78.

10
www.rasuldahri.com

meninggalkan niat. Adapun jika meninggalkan dengan tidak


disengajakan (terlupa) maka taharahnya tetap sah " [21]

3. Membasuh Kedua Telapak Tangan

Disunnahkan membasuh kedua tangan sebelum memasukkannya


ke dalam air atau sebelum berkumur-kumur. Dan dituntut agar
mendahulukan yang sebelah kanan. Rasulullah  bersabda:

"Dari Aisyah radiallahu 'anha, bahawa Nabi  menyukai


mendahulukan yang kanan apabila memakai sandalnya (kasut),
berjalan, bersuci dan dalam segala urusan". [22]

"Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu, bahawa Nabi 


bersabda: Apabila kamu berpakaian, apabila kamu berwuduk maka
mulakanlah dari anggota-anggota kanan kamu". [ 23]

Sangat ditekankan membasuh tangan ketika baru bangun dari tidur


malam atau tidur yang lama, sebagaimana sabda Rasulullah :

21
Lihat: Al-Mughni. 1/84.
22
H/R Ahmad, Bukhari dan Muslim.
23
H/R Ahmad dan Abu Daud.

11
www.rasuldahri.com

"Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah  bersabda:


Apabila salah seorang antara kamu bangun dari tidurnya maka
janganlah memasukkan tangan ke dalam air sebelum
membasuhnya tiga kali kerana ia tidak tahu di mana
tangannya (berada semasa tidur)". [24]

"Pada lafaz Tirmizi dan Ibnu Majah: Apabila salah


seorang antara kamu bangun dari (tidur) malam".

"Bahawasanya Uthman pernah meminta air untuk


berwuduk maka dibasuhnya kedua telapak tangannya tiga kali.
Kemudian beliau berkata: Aku telah melihat Rasulullah berwuduk
seperti wudukku ini". [25]

"Dari hadis Abdillah bin Zaid radiallahu 'anhu, beliau telah


ditanya tentang wuduknya Nabi  maka beliau menuangkan air
dengan tangannya, lalu membasuh tangannya tiga kali". [26]

24
H/R Jamaah. Dalam riwayat Bukhari tidak disebut tiga kali.
25
H/R Bukhari dan Muslim.
26
H/R Bukhari. 1/255. Dan Muslim. 3/121.

12
www.rasuldahri.com

"Dari Aus bin Abi Aus dari datuknya berkata: Aku telah
melihat Rasulullah  berwuduk maka baginda membasuh
telapak tangannya tiga kali iaitu membasuh kedua telapak
tangannya". [27]

Membasuh sela-sela (celah-celah) jari-jemari sama ada tangan


atau kaki adalah perbuatan sunnah yang telah ditinggalkan, ia sangat
dituntut kerana telah diperintahkan oleh Rasulullah :

"Dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah  bersabda: Apabila


kamu berwuduk, maka sela-selalah (celah-celah) jari-jemari
kedua tangan kamu dan kakikamu". [28]

"Dari Laqit bin Sabirah radiallahu 'anhu berkata: Telah


bersabda Rasulullah : Sempurnakanlah wuduk dan basuhlah sela-
sela (celah-celah) jari-jemari kamu ". [29]

Menurut Imam San'ani rahimahullah [30]:

"Secara lahirnya, lafaz jari-jemari yang dimaksudkan adalah


jari-jemari kedua tangan dan kedua kaki. Ianya telah dijelaskan
melalui hadis Ibnu Abbas".

27
H/R Ahmad 4/9. An-Nasa’i. 1 /55 dengan isnadnya yang sahih.
28
H/R Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi.
29
H/R Abu Daud No. 142. Tirmizi No. 38. Nasa’i No. 114. Ibnu Majah No. 497. Hakim 1/148. Dan
disahihkan oleh AJ-Albani rahimahullah dalam Sahih Jamiu as-Saghir No. 940.
30
Lihat: Subulus Salam 1/47.

13
www.rasuldahri.com

Syarih rahimahullah berkata: Hadis ini menunjukkan dituntut atau


diperintahkan agar menyela-yela jari-jari kedua tangan dan kedua kaki.
Dan hadis-hadis ini antara satu dengan yang lain saling memperkuat
sehingga menunjukkan hukumnya menjadi wajib. [31]

Ketika berwuduk, disunnahkan juga menggerak-gerakkan


cincin untuk menghilangkan daki atau kotoran:

"Dari Abi Rqfi' bahawa Rasulullah  apabila berwuduk,


baginda menggerak-gerakkan cincinnya" [32]

Syarih berkata: Hadis ini menunjukkan diperintahkan menggerak-


gerakkan cincin agar hilang kotoran-kotoran yang berada di bawahnya,
begitu juga yang sama dengan cincin seperti gelang, perhiasan-perhiasan
dan sebagainya. [33]

4. Berkumur-kumur, Istinsyaq dan Istinsar

Berkumur-kumur ialah memasukkan air ke dalam mulut


sambil beristinsyak.

Berkumur-kumur dan menghirup air secara bersamaan dari satu


telapak tangan sebanyak tiga kali cedukan. [34] Hal ini diterangkan dalam
beberapa hadis di antaranya adalah hadis Abdullah bin Zaid.

31
Lihat: Nailul Autar. 1/131.
32
H/R Ibnu Majah dan Daraqutni.
33
Lihat: Nailul Autar. 1/131.
34
Menurut Imam An-Nawawi rahimahullah: "Dari hadis Amru bin Yahya, diambil dalil yang
menunjukkan bahawa mazhab yang paling benar ialah sunnah di ketika berkumur-kumur
dengan membasuh (memasukkan air) ke hidung dengan melakukan kedua-duanya
serentak pada setiap kali (berwuduk) dengan tiga kali cedukan air". Lihat: Sahih Muslim.
3/123.

14
www.rasuldahri.com

"Maka beliau berkumur-kumur dan menghirup air dari satu


35
telapak tangan, beliau kerjakan itu sebanyak tiga kali". [ ]

Syarih berkata bahawa dalam mulut dan hidung termasuk muka. [36]
Ketika berkumur-kumur hendaklah menggerak-gerakkan air di dalam
mulut dengan bersungguh-sungguh.

"Dari Aisyah radiallahu 'anha pada mensifati wuduk Nabi


Bahawa apabila baginda berwuduk, baginda berkumur-kumur ". [37]

Istinsyak ialah: Memasukkan air ke dalam hidung dengan


tangan kanan, menggerakkan air di dalam hidung, membasuh dan
kemudian menghembuskan keluar air tersebut. Cara mengeluarkan air
dari hidung "istinsyak ialah setelah mengeluarkan air dari mulut
(setelah berkumur-kumur). Rasulullah  bersabda:

"Baginda berkumur-kumur memasukkan air ke hidung


(serentak) dengan sebelah tangan dan melakukannya tiga kali”. [38]

Istinsar ialah bersungguh-sungguh menghirup atau


memasukkan air ke hidung dengan tangan kanan (jika tidak berpuasa),
kemudian menghembuskan (menyemburkan) air tersebut dari hidung
dengan tangan kiri:

35
H/R Bukhari dan Muslim.
36
Lihat: Nailul Autar. 1/125.
37
H/R Bukhari dan Abu Daud. 143.
38
H/R Bukhari 1/255. Muslim. 3/121.

15
www.rasuldahri.com

"Dari Laqit bin Sabirah radiallahu 'anhu berkata: Wahai


Rasulullah, khabarkan kepadaku tentang wuduk! Baginda
bersabda: Sempurnakanlah wuduk kamu, sela-selalah celah-
celah jari-jemari kamu dan basuhlah hidung dengan menyedut
air ke hidung kecuali ketika kamu berpuasa". [39]

"Dari Ali radiallahu 'anhu bahawa beliau meminta air


wuduk, kemudian ia berkumur-kumur dengan menghisap
air dengan hidungnya dan menyemburkan (menghembuskan)
dengan tangan kirinya maka ia berbuat ini tiga kali, kemudian
berkata: Inilah cara bersuci Nabi " [40]

Hendaklah dipastikan iaitu ketika menghembuskan air dari


hidung, ia dilakukan setelah berkumur-kumur (mengeluarkan air dari
mulut) sebagaimana sabda Rasulullah :

"Bersabda Rasululullah : Apabila seseorang kamu


berwuduk maka hendaklah ia memasukkan air ke dalam
hidungnya kemudian ia menyisihkan (menghembuskan) keluar".
[41]

"Dari Abdi Khairin berkata: Suatu ketika kami sedang


duduk memerhatikan Ali berwuduk maka beliau pun memasukkan
air yang separuh takungan tangannya ke dalam mulutnya
(serentak memasukkan ke dalam hidungnya). Beliau berkumur-
kumur dan membasuh hidungnya. Setelah itu beliau
menghembuskan keluar dengan tangan kirinya, beliau
melakukannya demikian tiga kali. Kemudian beliau berkata:
Barang siapa yang suka untuk menyaksikan tatacara wuduk
Rasulullah maka berwuduklah seperti ini” [42]

39
H/R Tirmizi. 38. Abu Daud. 142. Ibnu Majah. 407. Ibnu Hibban. Hakim dan Az-Zahabi.
Disahihkan oleh Ibnu Hajar.
40
H/R Ahmad dan Nasa’i.
41
H/R Bukhari 1/229. Muslim. 237. Abu Daud 140.
42
H/R Ad-Darimi. Al-Albani mensahihkan hadis ini.

16
www.rasuldahri.com

5. Membasuh Muka dan Menyela-nyela


Janggut

Cara membasuh muka ialah bermula dari atas dahi (tempat


tumbuhnya rambut) sehingga ke bawah dagu. Dari anak telinga kiri ke
anak telinga kanan.

Membasuh muka adalah perintah dari Allah Azza wa-Jalla. Allah


berfirman:

"Dan basuhlah muka kamu". [43]

Di dalam hadis sahih, dari Humran bin Aban berkata bahawa cara
Uthman bin Affan radiallahu 'anhu berwuduk semasa mengajarkan sifat
wuduk Nabi  ialah:

"Beliau membasuh muka sebanyak tiga kali". [ 44]

“Dari Miqdam bin Kariba radiallahu 'anhu berkata: Telah


diberi kepada Rasulullah  air wuduk, lalu baginda berwuduk,
kemudian ia membasuh kedua tapak tangannya tiga kali,
kemudian membasuh mukanya tiga kali". [ 45]

Batas muka yang wajib dibasuh ialah (sebagaimana dijelaskan di


atas): Panjangnya dari sebelah atas dimulai dari bahagian yang ditumbuhi
rambut (jambul) di kepala (di atas dahi), sehinggalah ke dagu dan janggut.
Dan lebarnya bermula dari tepi telinga kanan sehinggalah ke bahagian tepi
telinga kiri.

Sebahagian ulama seperti Abu Tsaur dan Ishak menghukum


wajib mensela-sela janggut, jika meninggalkannya dengan sengaja maka
43
Al-Maidah. 5:6.
44
H/R Bukhari. 1/312. Muslim. 226.
45
H/R Abu Daud.

17
www.rasuldahri.com

wajib mengulangi wuduk dan solatnya kerana Nabi Muhammad 


sentiasa mensela-sela janggutnya dengan air semasa berwuduk:

"Dari Anas radiallahu 'anhu, bahawa Nabi  mengambil


seceduk air lalu dimasukkan di bawah dagunya dan mensela-sela
(menyilang-nyilang) air pada janggutnya. Kemudian baginda
bersabda: Beginilah yang diperintahkan oleh Tuhanku Azza wa-
Jalla". '[46]

"Dari Uthman, bahawa sesungguhnya Nabi  mensela-


sela air pada janggut baginda". [47]

6. Membasuh Kedua Tangan Hingga Siku

Siku ialah tempat percantuman antara hasta (lengan sebelah


bawah) dengan lengan sebelah atas. [48] Allah Azza wa-Jalla berfirman:

"Dan (basuhlah) tangan-tanganmu sehingga kesiku-


sikumu" [49]

46
H/R Abu Daud l45. Baihaqi. 1/54. Hakim. 1/49. Menurut al-Albani: Hadis sahih. Lihat: Sahih Al-
Jamiu as-Saghir. 4572.
47
H/R At-Tirmizi. 31. Disahihkan olehnya. Ibnu Majah. 430. Hakim 1/149. Ibnu Khuzaimah. Ibnu
Hibban. Menurut Tirmizi. Hakim dan Ibnu Khuzaimah. hadis sahih. Lihat: Kitab Syarus as-Sunnah.
1/421. Al-Bagawi. Dan Tahzibut Tahzib. 5/69.
48
Lihat: Kamus Muhith.
49
Al-Maidah. 5:6.

18
www.rasuldahri.com

"Dari Nu'aim bin al-Mujmir ia berkata: Aku pernah


melihat Abu Hurairah berwuduk lalu ia
menyempurnakan wuduknya, kemudian ia membasuh tangan
kanannya hingga mengenai lengan atasnya (sikunya), kemudian
membasuh tangan kirinya hingga mengenai bahagian lengan
kirinya hingga mengenai bahagian lengan atasnya. Di akhir
hadis ini Abu Hurairah berkata: Demikianlah aku melihat
50
Rasulullah  berwuduk". [ ]

"Dari Jabir radial I aim 'anhu, bahawa Nabi  berwuduk


meratakan air hingga sampai kedua-dua sikunya". [51]

7. Mengusap Air Ke Seluruh Kepala

Pendapat yang paling rajih cara menyapu air di kepala ialah


menyapu sehingga ke seluruh bahagian kepala iaitu berdasarkan
penjelasan Ibnu Qudamah rahimahullah [52] bahawa:

"Terdapat sebahagian orang yang berpegang dengan


pendapat bahawa: Menyapu kepala hanya sebahagian sudah
memadai Mereka berpendapat bahawa huruf dalam al-
Quran bermakna sebahagian Mereka
menafsirkan ayat tersebut: Sapulah air pada sebahagian kepalamu.
Walau bagaimanapun pendapat kami bahawa huruf

50
H/R Muslim 1/246. Dalam Sahih Muslim 1/149.
51
H/R Daruqutni 1/15. Baihaqi 1/56. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih Al-Jamiu as-Saghir No.
4574.
52
Lihat: Al-Mughni (Dalam persoalan wuduk).

19
www.rasuldahri.com

bermakna: Seluruh kepala sebagaimana firman Allah:

"Dan sapulah kepalamu (bermaksud: keseluruhan


kepalamu) "

Menurut Imam Asy-Syaukani rahimahullah:

"Sesungguhnya tidak ada penjelasan yang tepat yang


boleh menafsirkan kepada erti sebahagian . Malah
Sibaweih sendiri telah membantah tafsiran tersebut di 15 tempat
di dalam kitab beliau". [53]

Keterangan dari hadis yang membuktikan bahawa Rasulullah 


menyapu (mengusap) seluruh kepala baginda ialah:

“ Dari A b d u llah b in Z aid rad iallah u 'an h u ,


bahawasanya Nabi  menyapu (mengusap) kepala baginda
dengan kedua tangannya maka ditemukan kedua
tangannya, digerakkan ke belakang. Dimulakan dari bahagian
hadapan kepalanya kemudian terus menyapu dengan kedua
tangannya sehingga ke tengkuknya, kemudian dikembalikan
semula kedua tangannya ke bahagian di mana baginda bermula".
[54]

Ali bin Abi Talib radiallahu 'anhu ketika beliau mencontohkan wuduk
Rasulullah  :

"Kemudian beliau mengusap kepalanya satu kali" [55]

53
Lihat: Nailul Autar 1/193.
54
H/R Bukhari 1/251. Muslim 235. Tirmizi No. 28.
55
H/R Abu Daud no. 111, Tirmizy no.48, An-Nasa`i no. 92, Ahmad 1/154, Al-Baihaqi 1/68,
Al-Maqdasy no.642 dan lain-lainnya dan disahihkan oleh Syeikh Muqbil dalam Al-Jami'
Ash-Sahih.

20
www.rasuldahri.com

8. Langsung Mengusap Kedua Telinga

Setelah menyapu air di kepala kemudian langsung mengusap


kedua telinga di bahagian luar dan dalam telinga dengan sisa air di
tangan. [56]

Menurut Syeikh al-Albani rahimahullah: Tidak ada keterangan di


dalam as-Sunnah yang mewajibkan pengambilan air baru untuk
menyapu telinga. Maka memadailah dengan sisa air yang
digunakan untuk menyapu kepala, sebagaimana hukumnya harus
menyapu air di kepala dengan sisa air dari membasuh tangan. Yang
demikian adalah berdasarkan kepada hadis Ar-Rabi’ binti Mu'awiz:

"Dari Rabi’ binti Mu'awiz bahawa nabi  menyapu air di


kepala baginda dengan sisa air yang ada pada kedua tangan
baginda". [57]

"Dari Ibnu Abbas, bahawa nabi  mengusap kepala dan


kedua telinganya pada bahagian luar dan bahagian dalamnya".
[58]

"Dan bagi Nafi': (Nabi) mengusap (menyapu)


kepalanya dan kedua telinganya, bahagian dalamnya dengan
kedua jari telunjuknya dan bahagian luarnya dengan ibu
jarinya". [59]

56
Lihat: Sifat Wuduk Nabi. Him. 15. Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin.
57
H/R Abu Daud. Lihat: Silsilah Dho'ifah. Hlm. 995.
58
H/R Ahmad 4/132. Abu Daud. 1/19 dengan sanad yang sahih. Disahihkan oleh al-Albani dalam
Silsilah Hadis Sahihah No. 261.
59
H/R Nasa’i.

21
www.rasuldahri.com

"Dari Abdullah bin Amru radiallahu 'anhu — pada


mensifati wuduk Nabi — berkata: Kemudian baginda menyapukan
air di kepala dan memasukkan kedua jari telunjuknya ke dalam
telinga, lalu mengusap bahagian belakang kedua kuping telinga
baginda dengan menggunakan kedua ibu jari baginda". [60]

Menurut Imam Ahmad rahimahullah, Ibnu Musayyib, 'Ato, Al-


Hasan al-Basri, Ibnu Sirin, Sa'ied bin Jubair, An-Nakhaie, At-Thauri dan
Malik bahawa kedua telinga termasuk bahagian kepala maka hukum
menyapunya sama dengan menyapu kepala. Kerana Rasulullah 
bersabda:

"Dari Ibnu Majah selain dari muka, dari Nabi  baginda


bersabda: Kedua-dua telinga termasuk sebahagian dari kepala".
[61]

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: "Dan cara wuduk yang


pasti dari beliau  dalam riwayat Ash-Sahihain (Bukhary-Muslim) dan
lain-lainnya dari beberapa jalan tidak ada padanya (keterangan)
mengambil air baru bagi telinga". [62] Berkata Ibnul Qayyim: "Dan
tidak tsabit (tidak sahih) dari beliau bahawa beliau mengambil air baru
untuk kedua (telinga)nya". [63] Pendapat yang kami kuatkan ini adalah
pendapat Jumhur ulama. [ 64]

Tentang mengusap leher dan tengkuk, berkata Imam An-


Nawawi: "Tidak ada sama sekali (hadis) yang sahih dari Nabi 
dalamnya (yakni dalam masalah mengusap leher atau tengkuk -pent.)".

60
H/R Abu Daud l35. Nasa’i 140. Ibnu Majah 422 dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah.
61
H/R Abu Daud. No. 134. Tirmizi No. 37. Ibnu Majah No. 44. Menurut al-Albani: Hadis sahih.
Lihat: As-Silsilah As-Sahihah. 1/36.
62
Lihat: Al-Fatawa 11/279.
63
Lihat: Zadul Ma'ad 1/195.
64
Lihat: Al-Mughny 1/183-184, Al-Majmu' 1/424-426, Nailul Author 1/204 dan lain-
lainnya.

22
www.rasuldahri.com

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Ta‫ه‬miyah: “Tidak benar dari Nabi 


bahawa beliau mengusap lehernya dalam wuduk bahkan tidak
diriwayatkan hal tersebut dari beliau dalam hadis yang sahih. Bahkan
hadis-hadis yang sahih yang di dalamnya ada (penjelasan) sifat wuduk
Nabi , beliau tidak mengusap lehernya kerana itulah, hal tersebut
tidak dianggap sunnah oleh Jumhur Ulama seperti: Malik, Ahmad dan
Syafie dalam zahir mazhab mereka … dan siapa yang meninggalkan
mengusap leher maka wuduknya adalah benar menurut kesepakatan
para ulama". [65] Berkata Ibnul Qayyim: "Tidak ada satu hadispun yang
sahih dari beliau tentang mengusap leher". [66]

9. Menyapu Serban dan Ubun-Ubun


(Jambul)

Bagi yang memakai serban, [67] maka memadai menyapu di atas


serbannya tanpa ditanggalkan atau menyapu di atas ubun-ubun
kemudian di atas serbannya, sebagaimana amalan Nabi Muhammad :

"Dari 'Amru bin Umaiyah berkata: Aku telah melihat


Rasulullah  menyapu air ke atas serban dan kedua sepatu baginda".
[ 68]

Menurut Imam Ahmad rahimahullah, bahawa Nabi  mengusap


(menyapu dengan air) serban dan jambulnya, ini dilakukan sejalan
(bersamaan) berdasarkan hadis Mughirah bin Syu'bah [69] di bawah ini:

65
Lihat: Majmu’ Fatawa 21/127-128.
66
Lihat Zadul Ma'ad 1/195. Baca: Al-Majmu' 1/488 dan Nailul Authar 1/206-207.
67
Perhatian: Serban tidak sama dengan songkok. kupiah atau topi kerana semua ini wajib
ditanggalkan. Tidak boleh menyapu air di atas songkok. kupiah atau topi.
68
H/R Bukhari 1/266.
69
Lihat: al-Mughni. 1/310.

23
www.rasuldahri.com

"Dari Mughirah bin Syubah, bahawa Nabi  berwuduk lain


menyapu ubun-ubun (jambul) [70] dan atas serban serta dua
sepatunya". [71]

"Dari Bilal radiallahu 'anhu berkata: Bahawa Nabi 


menyapu air di atas kedua sepatutnya dan kain penutup kepalanya
(serbannya) ". [72]

10. Menyapu di atas Telekung atau Jilbab

Dibolehkan bagi para wanita mengusap (menyapu) air di atas


telekung atau jilbabnya. Kenyataan ini berdasarkan amalan Ummu
Salamah radiallahu 'anha yang pernah mengusap (menyapu) air di atas
jilbabnya. Hal ini telah di nyatakan oleh Ibnu Munzir. [73]

11. Membasuh Kedua-dua Kaki

Diwajibkan membasuh dua kaki sampai kedua mata kaki atau buku
lali. Allah Subhanahu wa-Ta 'ala berfirman:

"Dan (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga kedua mata


kaki”. [ 74]

70
Menurut Lisanu al-Arabi. kalimah ialah rambut yang tumbuh di dahi. Asal kalimahnya
yang jamaknya bermakna jabul.
71
H/R Ahmad. Bukhari dan Muslim. 1/159.
72
H/R Bukhari. No. 204-205. Muslim 1/159.
73
Lihat: Al-Mughni 1/312 dan 1/383-384.
74
Al-Maidah. 5:6.

24
www.rasuldahri.com

"Dari Uthman bin Affan radiallahu 'anhu, bahawa ia


pernah meminta bejana, lain ia menuangkan air atas kedua
telapak tangannya tiga kali, kemudian membasuhnya, lain
memasukkan yang sebelah kanannya dalam bejana,
kemudian berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung,
kemudian membasuh mukanya tiga kali dan kedua tangannya
sampai siku-siku tiga kali, kemudian mengusap kepalanya, lalu
membasuh kedua kakinya tiga kali sampai mata kakinya,
kemudian ia berkata: Aku melihat Rasulullah berwuduk seperti
wudukku ini". [75]

"Dan diriwayatkan oleh Ahmad, ia berkata dalam hadis


tersebut: Kemudian ia mengusap kepalanya sebagaimana yang
diperintahkan oleh Allah kepadanya, kemudian ia mencuci kedua
kakinya sehingga ke mata kaki sebagaimana yang diperintahkan
oleh Allah kepadanya".

" D a r i A b d i l l a h b i n A m r i a b e r k a t a : Ra s u l u l l ah 
pernah tertinggal dari kami dalam satu perjalanan (safar), lalu ia
menyusul kami, sedang waktu Asar telah melintasi kami, maka
kami mulai berwuduk dan mengusap kaki-kaki kami.
Abdullah bin Amr berkata: Kemudian Nabi  memanggil

75
H/R Ahmad. Bukhari dan Muslim.

25
www.rasuldahri.com

dengan suara yang tinggi: Celaka bagi tumit-tumit dari nereka,


dua kali atau tiga kali". [76]

“Dan dari Abu Hurairah radiallahu anhu, bahawa Nabi 


pernah melihat seorang lelaki yang tidak membasuh tumitnya,
lalu baginda bersabda: Celaka bagi tumit-tumit dari neraka". [77]

"Dari Jabir bin Abdillah ia berkata: Rasulullah  pernah


melihat suatu kaum berwuduk sedang tumit-tumit mereka tidak
terkena air, lain ia bersabda: Celaka bagi tumit-tumit dari neraka".
[ 78]

“Dari Abdullah bin al-Harith ia berkata: Aku pernah


mendengar Rasulullah  bersabda: Celaka bagi tumit-tumit dan
dalam telapak-telapak kaki dari neraka". [79]

76
H/R Ahmad. Bukhari dan Muslim.
77
H/R Muslim.
78
H/R Ahmad.
79
H/R Ahmad dan Daruqutni.

26
www.rasuldahri.com

"Dari Jarir bin Hazim dari Qtadah dari Anas bin Malik bah
aw a ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi sedang ia telah
berwuduk, ia meninggalkan punggung kakinya sebesar tempat
kuku - lalu Nabi bersabda kepadanya: Ulangilah dan baguskanlah
(sempurnakan) wudukmu ". [80]

Berkata Syarih: "Celaka bagi tumit-tumit dari neraka " bahawa


hadis ini menunjukkan atas wajibnya membasuh dua kaki, begitulah
pendapat jumhur. [81]

Supaya lebih sempurna maka dibasuh kaki sampai ke betis


sebagaimana yang ditunjukkan oleh Abu Hurairah radiallahu 'anhu:

"Kemudian membasuh kaki kanannya sehingga ke


paras betisnya kemudian membasuh kaki kirinya sehingga ke
paras betisnya - Di akhir hadis beliau berkata: Beginilah aku lihat
Rasulullah  (berwuduk) ". [82]

Begitu juga supaya sentiasa sempurna hendaklah dibasuh


celah-celah jari-jemari kaki dan mencela-cela dengan jari yang paling kecil
iaitu mencela-cela menggunakan jari kelingking. Sebagaimana yang
ditunjukkan oleh Rasulullah:

80
H/R Abu Daud. Ahmad dan Daruqutni.
81
Lihat: Nailul Autar. 1/143.
82
H/R Muslim. 1/246.

27
www.rasuldahri.com

"Dari Al-Mustaurid radiallahu 'anhu berkata: Bahawa


Nabi  apabila berwuduk menggosok-gosok (celah-celah) jari-
jemari kedua kakinya dengan jari kelingkingnya". [83]

Imam As-San'ani rahimahullah menjelaskan:

"Hadis ini adalah dalil yang menjelaskan kewajipan


menggosok celah-celah jari-jemari, sebagaimana yang ditetapkan
dari hadis Ibn Abbas, seperti yang telah kami jelaskan iaitu hadis
yang telah diriwayatkan oleh Tirmizi, Ahmad, Ibnu Majah, al-
Hakim dan dihukum hasan oleh Imam Bukhari. Adapun
caranya ialah dengan menggosok-gosokkan dengan
menggunakan jari kelingking tangan kiri bermula dengan bahagian
bawah jari-jemari. Mengenai menggosok dengan tangan kiri
maka sebenarnya ia tidak terdapat walaupun satu nas, hanya
itulah yang dikatakan oleh Imam al-Ghazali, yang demikian
diqiaskan kepada istinja. [84]

83
H/R Abu Daud. 148. Tirmizi no. 40. Ibnu Majah no. 446. Menurut Al-Albani: Hadis ini sahih. Lihat:
Sahih Al-Jamiu as-Saghir. 4576.
84
Lihat: Subus Salam Syarah Bulughul Maram. As-San’ani.

28
www.rasuldahri.com

MEMBASUH SATU KALI, DUA


KALI DAN TIGA KALI

Dibolehkan membasuh anggota wuduk satu kali - satu kali, dua


kali - dua kali dan tiga kali - tiga kali, tetapi tidak dibolehkan membasuh
sehingga empat kali. Sepakat ulama bahawa membasuh sekali hukumnya
wajib. Sementara membasuh dua kali dan tiga kali adalah sunnah. [85]

Kecuali kepala dan telinga hanya diusap sekali (dan hukumnya


bid'ah jika diusap melebihi sekali). [86] Yang paling sempurna ialah
mencontohi Nabi  dengan melakukan tiga kali (selain kepala dan telinga).
Adapun hadis-hadis yang membolehkan satu kali, dua kali dan tiga kali
cucian ialah:

"Dari Ibnu Abbas radiallahu 'anhu berkata: Telah berwuduk


Nabi  (dengan membasuh) satu kali, satu kali" [87]

85
Lihat Majmu al-Fatawa. 1/229.
86
Lihat: Bidayatul Mujtahid 1/13. Tarjih Ibnu Rusyd.
87
H/R Bukhari 1/226.

29
www.rasuldahri.com

Adakalanya Rasulullah  membasuh anggota wuduknya dua kali,


dua kali.

"Dari Abdullah bin Zaid radiallahu 'anhu berkata:


Bahawa Nabi  berwuduk (membasuh anggota wuduk) dengan
dua kali, dua kali” [88]

Ada kalanya baginda membasuh anggota wuduk dengan tiga kali,


tiga kali.

"Baginda membasuh anggota-anggota wuduknya tiga


89
kali". [ ]

"Dari Uthman bahawa Nabi  berwuduk (membasuh


anggota wuduk) tiga kali - tiga kali” [90]

"Dan Amr bin Syu'aib radiallahu 'anhu dari ayahnya dari


datuknya, ia berkata: Telah datang seorang Badwi kepada
Rasulullah  menanyakan masalah wuduk lalu Rasulullah 

88
H/R Bukhari 1/226.
89
H/R Bukhari dan Muslim.
90
H/R Ahmad dan Muslim.

30
www.rasuldahri.com

memperlihatkannya tiga kali tiga kali dan baginda bersabda:


Itulah bilangan wuduk maka barang siapa menambah dari itu
maka ia telah berbuat keburukan, pelanggaran dan kezaliman".
[91]

Imam Al-Bukhary berkata:

“Dan Nabi  menerangkan bahawa kewajiban wuduk


adalah satu-satu kali dan beliau juga berwuduk dua-dua kali dan
tiga-tiga kali dan beliau tidak menambah di atas tiga kali dan para
‘ulama menganggap makruh berlebihan di dalamnya dan melebihi
perbuatan Nabi ”.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata:

“Itu juga adalah bid’ah dan kesesatan menurut kesepakatan


kaum muslimin. Bukanlah sunnah dan bukan ketaatan dan qurbah
(pendekatan diri) dan siapa yang mengerjakannya di atas dasar itu
sebagai ibadah dan ketaatan maka hendaknya dilarang dari hal
tersebut. Kalau tidak mau maka diberi takzir (hukuman pelajaran)
untuknya kerana itu”. [92]

Sunnah menggunakan air dengan cermat dan jimat,

“Adalah Rasulullah  berwuduk dengan satu mud”. [93]

Sunnah bersiwak setiap kali berwuduk., karena Rasulullah bersabda,

"Sekiranya aku tidak memberatkan umatku, niscaya aku


perintah mereka bersiwak (menggosok gigi) setiap kali akan
berwuduk." [94]

91
H/R Ahmad. Nasa’i dan Ibnu Majah.
92
Lihat: Al-Mughny 1/193-194, Sahih Al-Bukhary bersama Fathul Bary 1/232-234, Al-
Majmu’ 1/466-468, Al-Fatawa 21/168, Nailul Authar 1/218.
93
H/R Muttafaqun’alaihi.
94
H/R Ahmad dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Irwa'.

31
www.rasuldahri.com

BERDOA SELEPAS BERWUDUK

Berkata Ibnu Qaiyim rahimahullah:

"Setiap hadis mengenai zikir ketika sedang berwuduk yang


dibaca oleh orang awam bagi setiap anggota wuduk adalah
bid'ah, tiada asalnya dari syarak. Hadis-hadis mengenainya
bercanggah dan dusta semata-mata. Nabi tidak pernah
mengucapkannya dan tidak pernah mengajarkannya kepada
ummah. Yang benar diterima dari Nabi hanyalah tasmiyah
(membaca bismillah) pada permulaan wuduk dan selepas (selesai)
berwuduk, tidak pula diriwayatkan sesuatu pun dari Nabi, tidak juga
dari para sahabat, tabi'in bahkan tidak terdapat dari imam yang
empat".

Tiada sebarang apapun bacaan, doa atau zikir semasa berwuduk,


sama ada sebelum atau semasa membasuh tangan, berkumur-kumur,
membasuh muka atau semasa membasuh setiap anggota-anggota
wuduk lainnya. Menurut Imam an-Nawawi rahimahullah:

"Semua doa-doa ketika sedang berwuduk tidak ada


asalnya (dari syarak), tidak pernah disebut oleh para salaf dan
tidak pernah disebutkan oleh orang-orang terdahulu di kalangan
Syafi’iyah. Maka dengan ini tidak diragukan bahawa do’a ini
termasuk bid’ah sesat dalam wuduk yang harus ditinggalkan.” [95]
[Lihat: Al-Majmu’ 1/487-489.]

95
Lihat: Al-Majmu’ 1/487-489.

32
www.rasuldahri.com

Namun terdapat doa sejurus atau selepas berwuduk sebagaimana


yang diamalkan oleh Rasulullah :

"Dari Umar bin al-Khattab radiallahu 'anhu berkata: Telah


bersabda Rasulullah : Tiada seorang pun antara kamu yang
berwuduk dengan sempurna, kemudian ia mengucapkan:

Pasti (yang membaca doa di atas ini) akan dibukakan


baginya kelapan-lapan pintu syurga, ia boleh masuk yang
mana dia kehendaki". [96]

Dalam riwayat yang lain disambung dengan doa ini.

"Ya Allah, jadikanlah aku golongan yang bertaubat dan


jadikanlah aku golongan yang membersihkan diri!" [97]

"Dari Abi Said al-Khudri radiallahu 'anhu berkata: Telah


bersabda Nabi : Barang siapa berwuduk kemudian setelah
selesai ia membaca:

Maka (dengan membaca doa ini) dituliskan di tempat


tulisan, kemudian terpelihara dalam lembaran, maka tidak
akan binasa sehingga ke hari kiamat". [98]

96
H/R Muslim No. 234. Abu Daud no. 169. Tirmizi, No. 55. Nasa’i. 148. Dan Ibnu Majah. 470.
97
H/R Tirmizi dan disahihkan oleh Al-Albani rahimahullah
98
Disahihkan oleh al-Albani. Lihat: Al-Jami' 6046.

33
www.rasuldahri.com

Membaca Basmallah

Apabila seorang hendak berwuduk, maka


berniatlah di dalam hatinya, dan membaca
Basmalah.
Cuci kedua-dua telapak tangannya.
3 kali
Mencuci mulut

Berkumur-kumur dan menghirup air ke hidung


secara bersamaan dari satu kali cidukan air
dengan satu telapak tangan. Keluarkan air dari
hidung dengan tangan kiri .
3 kali

Mencuci muka

Dari tumbuhnya rambut kepala bagian atas


sampai dagu dan dari anak telinga kanan hingga
anak telinga kiri.
Cuci muka sambil mencelah-celahi janggut.
3 kali
Mencuci tangan

Cuci dari hujung jari sampai siku.


Mulakan dengan tangan kanan.
3 kali

Mengusap kepala dan telinga

Dimulai dari bahagian depan kepala lalu


diusapkan ke belakang kepala lalu
mengembalikannya ke depan kepala.
Setelah itu langsung mengusap kedua telinga
dengan air yang tersisa pada tangannya.
1 kali

Mencuci kaki

Sela celah-celah jari kaki dengan kelingking lalu


cuci hingga mata kaki.

Mulakan dengan kaki kanan.


3 kali
Sumber: Tatacara Berwudhu, Syeikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin

34

You might also like