You are on page 1of 14

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 1

HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Integrasi aktiviti main dalam pembelajaran kanak-kanak adalah penting untuk


memaksimumkan hasil pembelajaran yang berkesan di samping mempengaruhi
perkembangan fizikal kanak-kanak.

1. Huraikan kenyataan di atas dengan teori-teori yang dikemukakan oleh Craig dan Kremis
(1995) serta Doherty dan Brennan (2008). Kemukakan jurnal-jurnal yang berkaitan untuk
menyokong ulasan anda.

Dalam alam kanak-kanak, bermain merupakan satu kegiatan yang penting dan tidak
dapat dielakkan. Secara am aktiviti bermain boleh didefinisikan sebagai apa-apa kegiatan
yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan
apakah hasil atau akibat kegiatan itu. Kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan
sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain bukanlah satu kegiatan yang dipaksa
malah merupakan perkembangan semulajadi kanak-kanak.

Main dalam konteks prasekolah ialah satu proses yang berstruktur dalam tujuan
meningkatkan proses perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Main juga
merupakan jambatan yang akan dilalui oleh kanak-kanak bermula dari nilai simbolik
menuju ke arah situasi pengalaman yang sebenar (Meaning 1977). Menurut teori Rubin,
Fein dan Vanderbergh (1983) sesuatu aktiviti itu perlu mempunyai lima perwatakan yang
mustahak sebelum ianya dikategorikan sebagai main.

Pendidikan prasekolah telahpun mempunyai kurikulum yang sesuai serta strategi


pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan kognitif, afektif, fizikal
dan sosial kanak-kanak. Kurikulum bukan sahaja meliputi mata pelajaran dan
pengalaman terancang yang berlaku dalam bilik darjah tetapi meliputi juga semua
kegiatan kebudayaan, kesenian, permainan dan interaksi sosial yang dilakukan oleh
kanak-kanak di dalam dan di luar kelas di bawah kelolaan sekolah (Al-Tourny Al-
Syaibany, 1979: Gordon and Brown, 1989).

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI


UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 2
HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Craig dan Kremis (1995) telah menyatakan bahawa terdapat enam kategori dalam
bermain. Setiap kategori ini mempunyai ciri dan fungsi khusus. Kategori dalam bermain
untuk kanak-kanak adalah untuk deria, gerakan, bergusti, bahasa, drama dan main
berperaturan. Doherty dan Brennan (2008) pula mengkategorikan main kepada dua
bentuk iaitu main bebas (free play) dan main berstruktur (structured play). Main dapat
membantu perkembangan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak akan berasa seronok dengan
aktiviti fizikal tersebut dan seterusnya meningkatkan kemahiran motor mereka.

Menurut Gordon Brown (2000), main merupakan intipati kreativiti bagi kanak-kanak.
Ianya bersifat universal sehingga para pengkaji menyebutnya sebagai refleksi tumbesaran
kanak-kanak. , menyatakan kanak-kanak dapat menyusun pengalaman mereka dengan
menggunakan kemampuan fizikal dan mental melalui permainan imaginatif. Beliau juga
berpendapat bahawa melalui penerokaan alam menjadikan kanak-kanak berkebolehan
dalam menyelesaikan masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.

Vygotsky (1967) berpandangan bahawa permainan juga dapat membantu


perkembangan pembelajaran dan pengajaran. Struktur mental dapat dibentuk dengan
menggunakan kaedah nyanyian dan permainan membantu dalam pembentukan ini.
Kanak-kanak dapat mengawal emosi di mana mereka akan laluidalam dunia sebenar.
Almy (1984) pula menyatakan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka
sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka bebas dari segala
peraturan. Melaluinya, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru.

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI


UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 3
HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Mohd. Sharani (2006), menyatakan bermain membolehkan kanak-kanak melepaskan


ketegangan yang disebabkan oleh halangan persekitaran terhadap tingkah laku mereka.
Di samping itu, mereka belajar bersosial dan menyelesaikan masalah, belajar menjadi
pemimpin dan pengikut, belajar berkerjasama, bertoleransi dan bertolak ansur. Kanak-
kanak banyak belajar melalui aktiviti main yang melibatkan sensori dan juga hasil
interaksi mereka dengan orang sekeliling. Mereka menajamkan skema melalui interaksi
dengan objek, individu lain dan komunikasi yang berulang-ulang. Mereka juga akan cuba
berdikari dan menunjukkan minat dalam aktiviti main melalui percubaan pelbagai jenis
mainan dan mencuba pelbagai cara memanipulasinya. Apabila usia kanak-kanak
bertambah, mereka menunjukkan kemampuan untuk bermain bersama rakan secara
tersusun dan berkerjasama. Main adalah satu cara bagaimana kanak-kanak boleh
melepaskan perasaan mereka.

Terdapat banyak definisi main serta pelbagai pandangan yang berbeza terhadap
konsep bermain. Apa yang utama ialah ibu bapa seharusnya lebih peka kepada keperluan
anak-anak mereka dan sentiasa memberi galakan serta sokongan untuk anak-anak
bermain, bukannya menghalang anak-anak bermain kerana apabila anak-anak bermain,
secara tidak langsung memberi banyak faedah terhadap anak-anak tanpa disedari oleh ibu
bapa. Dari sudut psikologi, terdapat duabelas bahagian perkembangan yang dapat dikenal
pasti semasa memerhati kanak-kanak yang sedang bermain yakni perkembangan emosi,
mengenal identiti diri sendiri, bermain dengan rakan sebaya, tingkah laku prososial,
perkembangan motor kasar dan motor halus, perkembangan kognitif (klasifikasi dan
seriasi), perkembangan kognitif (nombor, masa, ruang, memori), bahasa percakapan,
bahasa penulisan, kemahiran seni dan imaginasi.

Seperti yang kita sedia maklum, pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal
yang penting dalam dunia persekolahan seseorang kanak-kanak. Pengalaman
persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan dapat
memperkembangkan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai
persediaan untuk memasuki kea lam persekolahan formal.

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI


UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 4
HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Justeru itu, pengajaran guru yang berkesan perlu mengambil kira gaya pembelajaran
kanak-kanak. Terdapat banyak teori dan kajian tentang gaya pembelajaran kanak-kanak
prasekolah. Menurut Teori Pembelajaran Sosial Bandura (1977), salah satu
pembelajaran yang amat berkesan ialah melalui model atau teladan yang sesuai, jelas dan
menarik. Di peringkat prasekolah proses pemodelan dan percontohan adalah amat baik
untuk mencapai matlamat yang abstrak.

Khadijah Rohani (1992) mendapati program prasekolah yang menekankan akademik


menyebabkan kanak-kanak mengalami kegagalan dan kehilangan kepercayaan diri.
Keadaan ini akan menjadikan kanak-kanak tertekan, kehilangan minat untuk belajar dan
menimbulkan masalah pembelajaran di bilik darjah. Katz (1985) menyatakan
pendedahan akademik kepada kanak-kanak yang terlalu awal akan merosakkan
perkembangan minat belajar kanak-kanak.

Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu terdiri
daripada bahan konkrit, bahan sebear dan relevan kepada kehidupan kanak-kanak.
Kanak-kanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar
sebelum mereka boleh memahami makna simbol sebenar seperti abjad dan nombor.
Oleh itu penggunaan buku kerja, buku warna dan model yang dibina oleh orang dewasa
untuk disalin oleh kanak-kanak adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur antara
empat hingga enam tahun. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak menunjukkan
kebolehan dan keinginan belajar melalui latihan lisan, lukisan dan membuat
persembahan lain-lain aktiviti seperti diarahkan oleh orang dewasa.

Pusat Perkembangan Kurikulum menyarankan pendekatan belajar melalui bermain


adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada
murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar
melalui bermain dirancang supaya penekannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana melalui bermain mereka dengan gembira dan senang hati membuat
penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi.

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI


UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 5
HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk
meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan motor halus,
serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Pusat Perkembangan
Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar sambil bermain yang
menggembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-kanak dengan
persekitaran, melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri, memberi peluang kanak-
kanak untuk menumpukan perhatian dan kelonggaran masa bermain.

Terdapat empat jenis permainan yakni permainan ‘solitary’, permainan ‘parallel’,


permainan ‘associative’ dan permainan ‘cooperative’. Permainan ‘solitary’ adalah di
mana kanak-kanak bermain bersendirian dan tidak berkaitan dengan orang lain atau
secara bebas. Permainan ini dianggap kebudak-budakan dan tidak matang tetapi
pengkaji percaya jenis permainan ini boleh menjadi pengalaman yang matang dan
menggembirakan. ‘Parallel play’ pula bermaksud kanak-kanak bermain secara bebas
dan bersendirian tetapi berhampiran dengan kanak-kanak lain. Contohnya, dua orang
kanak-kanak mungkin bermain benda yang sama tetapi tidak bermain bersama-sama.

‘Associative play’ ialah seorang kanak-kanak bersama kanak-kanak lain terlibat


dalam aktiviti yang sama tetapi tidak ada kerjasama ataupun menjadikan minat sendiri
kepada minat kumpulan. Misalnya, beberapa orang kanak-kanak mahu menjadi emak
dan ayah dalam kumpulan tersebut. Guru perlu campur tangan dan memberi cadangan.
‘Cooperative play’ ialah di mana kanak-kanak bermain bersama kanak-kanak lain.
Mereka saling lengkap melengkapi. Terdapat kerjasama dan mengamalkan sikap
bertolak ansur. Minat sendiri boleh dijadikan minat dalam kumpulan. Guru kurang
untuk campur tangan.

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI


UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 6
HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung, 1979) menitikberatkan bermain bagi kanak-


kanak kerana dengan bermain kanak-kanak boleh mengembangkan sifat semulajadi
mereka di samping menyuburkan tubuh dan menguatkan otot-otot. Beliau juga
menyatakan bermain boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak
selepas penat belajar. Menurut Caplan dan Caplan (1973), main sebagai penentu penting
bagi perkembangan kekuatan sahsaiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan
intelek dan sosial di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan
ketangkasan seseorang murid.

Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan


mengambilkira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu
sesuai dan berfaedah kepada perkembangan kanak-kanak. Bahan konkrit, benar dan
bermakna perlu disediakan untuk menggalakkan komunikasi, imaginasi dan yang
terpenting sekali ialah permainan ini menarik minat dan menggembirakan murid.

Melalui pendekatan bermain juga dapat mengukuhkan konsep pembelajaran dari


umum kepada yang lebih spesifik. Ia juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif,
bersosial dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini turut meningkatkan
penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai
kemahiran manipulasi, menguasai daya reka cipta secara konseptual dan di harap kanak-
kanak dapat melahirkan dan menyatakan perasaan sendiri.

Kita tidak sepatutnya menyekat kebebasan kanak-kanak bermain. Ini disebabkan


bermain banyak mendatangkan faedah kepada mereka terutamanya dari segi fizikal,
mental dan sosial. Di antara faedah yang diperolehi kanak-kanak dengan cara bermain
terutamannya dalam permainan aktif, seseorang kanak-kanak dapat belajar mengawal
pergerakan dan mengimbang tubuhnya serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh
seperti sistem pernafasan dan sistem saraf. Melalui aktiviti bermain juga ianya mampu
mengurangkan ketegangan mental.

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI


UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 7
HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan


kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Selain itu
bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk
melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.

Secara ringkasnya, aktiviti main dapat memberangsangkan perkembangan bahasa.


Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru dikuasai,
mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan
bahasa. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui
bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang
kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan
bermakna.

Kanak-kanak seharusnya dibenarkan bermain di luar rumah kerana ruang yang luas
menggalakkan mereka bebas berlari. Langkah sebegini membantu mengurangkan risiko
obesiti dan membantu mereka tidur lena di waktu malam. Melalui bermain, kanak-kanak
berupaya mengawal rasa takut sambil berlatih menjadi lebih dewasa atau matang. Dalam
dunia tersebut, mereka memperolehi kebolehan-kebolehan baru yang membawa kepada
keyakinan diri serta ketabahan yang diperlukan bagi menghadapi cabaran-cabaran
mendatang. Pakar perkembangan kanak-kanak mengatakan bahawa kanak-kanak yang
banyak menghabiskan masa di luar mempunyai perilaku yang lebih baik, kurang nakal
serta lebih mudah dikawal.

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI


UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 8
HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Kesimpulan

Berdasarkan huraian di atas, permainan merupakan aktiviti yang paling penting untuk
kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak belajar melalui permainan kerana permainan
merupakan cara semula jadi kanak-kanak mengenal dunia dan persekitarannya. Ada
pelbagai teori tentang tujuan dan fungsi permainan. Melalui permainan, mereka dapat
mengenal peranan-peranan diri mereka. Kedua, telah didapati kanak-kanak mempunyai
tenaga yang berlebihan dan kita dapati kanak-kanak sentiasa bermain sama ada di dalam
ataupun di luar bilik darjah. Menurut teori cathartic, adalah dipercayai kanak-kanak
menggunakan permainan sebagai cara menghilangkan rasa kekecewaan dan emosi serta
mengurangkan ketegangan. Menurut Piaget pula, permainan memainkan peranan
asimilasi, iaitu kanak-kanak boleh menerima maklumat yang membantu perkembangan
melalui permainan.

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI


UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 9
HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

2. Sebagai seorang guru prasekolah, berikan cadangan beberapa jenis mainan luar bangunan
yang sesuai untuk dipraktikkan di sekolah anda. Sokong cadangan anda dengan
mengambil kira ciri-ciri keselamatan dan ruang yang ada.

Aktiviti luar bilik darjah selain dapat mengembangkan perkembangan fizikal kanak-
kanak, ianya juga mampu menambah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi,
berkerjasama dan menambah kemahiran bersosial kanak-kanak. Aktiviti di luar bilik
darjah boleh melibatkan pelbagai kemahiran gerakan motor kasar seperti keseimbangan,
berlari, melompat, memanjat dan bermain bola.

Jenis permainan luar bangunaan dapat diklafikasikan mengikut zon aktiviti yang
akan diadakan. Kanak-kanak biasanya gemar memilih aktiviti yang diminatinya semasa
berada di ruang luar bangunan. Guru perlulah menyediakan pelbagai peralatan dan
bahan yang boleh diklafikasikan dan diletakkan kepada zon-zon tertentu. Setiap zon
akan memainkan peranan yang unik di dalam memperkembangkan tahap jasmani, emosi,
rohani dan sosial kanak-kanak. Adalah diharapkan semasa kanak-kanak ini berada di
luar bangunan bilik darjah, ia akan dapat meningkatkan kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi, memperluaskan lagi tahap kemahiran berfikir, mengamalkan sikap
berakhlak mulia dan beretika, sentiasa berkeyakinan dan berdisiplin, melahirkan kanak-
kanak yang sihat dan cergas serta boleh menjadikan kanak-kanak itu seorang kreatif dan
imaginatif.

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI


UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 10
HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Di antara jenis mainan luar bangunan yang sesuai untuk dipraktikkan di sekolah
ialah seperti;

(a) Zon senyap

i. Zon transisi: Ini merupakan zon peralihan yang diletakkan di bahagian hadapan
tempat permainan. Di zon ini juga kanak-kanak akan memikirkan di zon mana yang
ia akan bermain.

ii. Zon main air: Di zon ini merupakan zon yang membolehkan kanak-kanak bermain
air samada air itu diletakkan di dalam besin, kolam atau pada tempat khas yang telah
tersedia bina. Ruang ini boleh dimasukkan permainan seperti alat permainan air, pili
air dan kotak main air.

iii. Zon main pasir: Di zon ini kanak-kanak dapat membina dan membentuk kekuatan
tangan dan jari dan ini membolehkan kanak-kanak itu mengimbangi otot-otot motor
halus di dalam mengkoordinasikan mata-tangan kanak-kanak. Guru hendaklah
menyediakan pasir yang bersih dan alat permainan pasir seperti baldi yang kecil,
cangkul plastik, penyodok plastik, lori mainan dan sebagainya. Semasa bermain
pasir, guru hendaklah mengingatkan peraturan bermain pasir yakni pasir hanya
dimainkan di dalam kawasan berpasir atau sandpit dan tidak dibenarkan membaling
pasir kepada rakan.

iv. Zon main drama: Tempat yang sesuai untuk kanak-kanak bermain peranan dan amat
berguna untuk memperkembangkan kemahiran sosialisasi dan kemahiran literasi
kanak-kanak. Pada zon ini perlu disediakan satu pondok agar kanak-kanak dapat
memainkan peranan dan berinteraksi bersama. Ruang pondok boleh diwujudkan di
dalam atau luar kelas. Ia diwujudkan bagi membolehkan murid menjalankan aktiviti
sendiri, berinteraksi dan berkomunikasi, melahirkan emosi dan mengembangkan
minat serta bakat, melakonkan cerita berdasarkan pengalaman di rumah dan
persekitaran serta mengalami suasana seperti rumah kediaman, kedai dan klinik.
Cadangan pengisian di ruang ini ialah set peralatan permainan memasak, pakaian

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI


UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 11
HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

doktor dan peralatan perubatan. Selain daripada itu set permainan tradisional seperti
congkak, guli, batu seremban dan konda-kondi.

(b) Zon Bising

i. Zon main buaian: Ini merupakan permainan yang paling diminati oleh kanak-kanak
dan aktiviti ini hendaklah diletakkan berjauhan dengan tempat permainan lain untuk
tujuan keselamatan. Kita hendaklah memastikan kerangka yang digunakan stabil dan
memastikan tiada unit buaian yang bersentuhan. Tali buaiannya ada lapisan plastisol
atau yang setara untuk mengelakkan berlakunnya kecederaan. Ketinggiannya antara
2000-2100 milimeter. Saiz tempat duduk ialah 600 x 100 milimeter serta tali
buaiannya berukuran 1250-1800 milimeter panjang. Tujuan permainan buaian ini
adalah untuk latihan kekuatan tangan dan membina keyakinan diri.

ii. Zon permukaan kasar: Zon ini mengandungi permukaan konkrit yang melibatkan
aktiviti bermain seperti melantunkan bola, melompat, mengayuh basikal dan aktiviti
yang banyak melibatkan motor kasar dan penglibatan koordinasi anggota badan.

iii. Zon biasa: Ianya adalah sebuah padang yang mana menggalakkan kanak-kanak
berlari, bermain bola dan sebagainya. Seelok-eloknya terdapat banyak pokok dan
tempat berpayung untuk kanak-kanak berehat.

iv. Zon permainan motor kasar: Merupakan zon yang dilengkapi dengan peralatan
permainan seperti papan gelongsor, palang bergayut, jongkang-jongkit, papan
imbangan, terowong dan getah pelapik. Alat permainan luar disediakan bagi
membolehkan murid meningkatkan kemahiran motor kasar dan mendisiplinkan diri
semasa menggunakannya.

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI


UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 12
HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Guru juga perlu menitikberatkan soal keselamatan kanak-kanak yang


menggunakan kemudahan dan peralatan bermain. Pembahagian ruang mestilah
seimbang dengan peyusunan permainan memudahkan pergerakan murid supaya tidak
berlanggar di antara satu dengan yang lain dan boleh mendatangkan kecederaan.
Penyusunan permainan tidak melindungi pandangan guru untuk memerhati
pergerakan murid. Di samping itu juga setiap prasekolah perlu menyediakan peti
pertolongan cemas yang lengkap dan berada di tempat yang selamat serta boleh
dicapai.

Guru harus bijak menjana kreativiti untuk mewujudkan ruang bermain sebagai
pusat pembelajaran tidak formal dengan mengambilkira aspek keselesaan,
keselamatan yang memberikan manafaat untuk kanak-kanak. Selain itu, ianya juga
seharusnya dapat membantu kanak-kanak dalam pembentukan dan penyuburan
dirinya secara menyeluruh dan seimbang. Guru perlu memahami keperluan bermain
untuk kanak-kanak dan seterusnya mewujudkan ruang bermain ini secara bijaksana
dan mengunakannya dengan sepenuhnya.

Semasa kanak-kanak bermain guru haruslah menjalankan peranannya sebagai


pemerhati, perancang, penyelia dan penilai. Ini bertujuan agar guru dapat
menentukan sama ada kanak-kanak menghadapi masalah ataupun memerlukan
bantuan. Guru juga dapat mengenal pasti tahap pemikiran, kebolehan, interaksi dan
kemahiran motor kanak-kanak. Di samping itu, guru berupaya mengenal kanak-
kanak, memberi maklum balas ataupun memberi sokongan kepada kanak-kanak
walaupun hanya mengangguk kepala ataupun senyuman.

Guru juga sambil memerhati dan menyelia kanak-kanak bermain, berupaya


menilai kanak-kanak secara berterusan kerana bermain adalah cara belajar yang asas.
Memerhati kanak-kanak bermain adalah cara menilai perkembangan dan kemahiran
intelektual, sosial, emosional dan fizikal mereka.

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI


UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 13
HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Kanak-kanak juga perlu diasuh dan diajar untuk mencuci alat permainan,
mengeringkannya dan mengembalikannya ke tempat asal selepas digunakan.
Peralatan sukan yang sudah digunakan perlu dibersihkan dan dikembalikan ke stor
penyimpanan agar dapat digunakan pada masa yang lain. Kawasan berpasir
hendaklah sentiasa ditutup bagi mengelakkan daripada najis haiwan. Guru juga harus
memastikan peralatan yang rosak diperbaiki dan seelok-eloknya tidak
menggunakannya sehingga dibaiki.

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI


UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 14
HBPS4203: PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

RUJUKAN

Almy, M. (1984). A Child Right to Play. Administrating for young


children.Washington:NAEYC.

Craig dan Kremis. (1995). Children today. Eaglewood Cliffs. Prentice-Hall.

Doherty dan Brennan. (2008). Physical Education and Development 3-11. New York:
Routledge Field, T.M. (1990), Infancy. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Jean Piaget. (1958). The language and thought of the child. Meridian Book.

Katz, L.C. (1985). Early Education:What Should Young Children Be Doing? The National
Debate: Yale University Press.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru. (1991). Sukatan Pelajaran


Ilmu Pendidikan, Kursus Perguruan Asas Lima Semester Awal Kanak-Kanak.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khadijah Rohani. (1992). Kurikulum Pendidikan Awal: Ke Arah Pendidikan Holistik.


Pendidikan dan Pendidik12, 33-44.

Mohd. Sharani, Nani Menon dan Dr. Rohani Abdullah. (2006). Panduan Kurikulum
Prasekolah. Cergas (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Rozumah Baharuddin. (1992). Perkembangan Kanak-kanak. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

Vygotsky, L. S. (1967). Mind in Society. Cambridge, MA:Harvard University Press.

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA | JUNAIDI BIN JUHARI

You might also like