You are on page 1of 5

SEJARAH

Permainan sepak takraw pada asalnya dikenali sebagai sepak raga. Ia dimainkan dalam
sekumpulan pemain yang membentuk bulatan. Mata dalam permainan tersebut dikira bilangan
kemahiran menimang bola, menanduk, mendada, menggunakan paha. Bolanya pula dibuat
daripada gelung rotan yang dijalin menjadi bulat.
 
Permainan ini dimainkan oleh masyarakat sekitar Tanah Melayu dan Siam (Thailand). Di tanah
Melayu permainan ini dimainkan oleh masyarakat kelas pertengahan dan bangsawan
 
Di dalam buku Sejarah Melayu diceritakan anak Bendahara Paduka Raja iaitu Tun Besar telah
mati dibunuh oleh Raja Muhammad anak Sultan Mansor Syah ketika Tun Besar bermain sepak
raga. Bola yang disepak oleh Tun Besar terkena destar Raja Muhammad sehingga destar itu
terjatuh ke tanah. Ketika itu sepak raga menjadi permainan masa lapang dan untuk hiburan
dalam suatu majlis

Pada awal abad ke 20 permainan sepak raga semakin popular. Sepak raga jaring telah
diperkenalkan selepas Perang Dunia II. Sepak raga jaring semakin popular di kalangan pelajar
dan belia. Pada tahun 1965 nama Sepak Raga Jaring ditukar kepada Sepak Takraw yang
mengabungkan perkataan Sepak (Malaysia) Takraw (Thailand - bola) oleh yang Berhormat En.
Muhammad Khir Johari
 
 

En. Muhammad Khir Johari


Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (Pertama)
 
Sepak Takraw diperkenalkan dalam gelanggang yang dimainkan oleh tiga orang pemain iaitu
Tekong, feeder dan Killer
 
Persatuan Sepak Takraw Kebangsaan juga ditubuhkan (PSM). Serentak dengan itu persatuan
peringkat negeri dan daerah juga ditubuhkan
 
 
INFO
 Di Malaysia, permainan sepak takraw dulunya lebih dikenali sebagai sepak raga. Ia turut
popular di negara rantau Asia yang lain seperti Thailand, Filipina, Myanmar, Laos dan
Indonesia.
Terdapat perbezaan dari segi panggilan di setiap negara ini iaitu: Thailand - Takraw Filipina -
Sipa Myanmar - Ching Loong Laos - Kator Indonesia – Rago

Keperluan Asas
 
Gelanggang
 Luas
 Garisan sempadan
 Garisan teras
 Garisan suku bulatan
 Bulatan sepak mula

Tiang
 Ukuran
 kedudukan
 Bahan

Jaring
 Bahan
 tinggi
 panjang
 ketegangan

Bola Takraw
 Bahan
 berat
 saiz

Bola Sintatik

 Peraturan dan Undang-undang


 
Peraturan
Peraturan yang dimaksudkan adalah peraturan pertandingan atau peraturan kejohanan
 
 Undang-undang yang digunapakai
 Jenis pertandingan
 Pengurusan
 Peraturan
 Penyertaan dan Pendaftaran
 Sistem pertandingan
 Menarik diri
 Pengadil dan penjaga garisan
 Penggantungan
 Bantahan dan rayuan
 Jawatankuasa tatatertib
 Juri rayuan

 
 
Undang-undang
Undang-undang yang dimaksudkan adalah undang-undang permainan. Perkara-perkara yang
ditetapkan sebelum, semasa atau selepas sesuatu permainan.
 
 Gelanggang
 Tiang
 Jaring
 Bola Takraw
 Pemain-pemain
 Peralatan pemain
 Gantian pemain
 Pegawai-pegawai
 Undian
 Pemanasan badan
 Kedudukan pemain
 Permulaan permainan dan sepak mula
 Perkara-perkara batal
 Tukar sepak
 Masa rehat
 Cara mendapatkan mata
 Kiraan mata
 Permaian tergendala sementara
 Tatatertib
 Hukuman
 Kelakuan buruk pegawai
 Umum

You might also like