You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

HARI
MINI KANTIN
SAM TENGKU AMPUAN
JEMAAH, SG. BESAR

TARIKH:
4 NOVEMBER 2010

ANJURAN:
JAWATANKUASA KANTIN SAMTAJ, SG.
BESAR
PROJEK HARI MINI KANTIN

1.0 Rasional

Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya


Bahagian Pendidikan Guru untuk melahirkan murid-murid yang kreatif dan kritis serta
mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan sebagai persediaan awal dan
pengaplikasian mereka terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam topik
Perniagaan dan Keusahawanan.

Melalui program ini murid-murid yang berkebolehan dan ingin mencuba


pengalaman baru dapat mengambil bahagian dalam akitviti-aktiviti yang disediakan
malah mereka berpeluang didedahkan dengan aspek-aspek pentadbiran dan
pengelolaan sesebuah organisasi. Projek ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk
mengamalkan gaya hidup muhibah melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian, sejajar
dengan kehendak 1 Malaysia yang diwar-warkan oleh kerajaan dalam menekankan
konsep perpaduan dan semangat muhibah di antara kaum.

2.0 Objektif

Pelaksanaan Projek Hari Kantin ini diharapkan memberi peluang kepada


guru-guru dan murid-murid untuk,

2.1 mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan

dan keusahawanan.

2.2 mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru,murid,ibu-bapa dan


pihak pentadbiran sekolah.

2.3 mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid-murid dalam bidang


keusahawanan .

2.4 mengumpulkan dana bagi aktiviti kanti tahun hadapan


3.0 Tarikh

4 November 2010 (Khamis)

4.0 Peserta

Terbuka kepada semua guru, murid, Ibu-bapa dan pihak pentadbiran sekolah
SAM Tengku Ampuan Jemaah, Sg. Besar

5.0 Kawasan Perniagaan

Plan Kawasan (Lampiran 1)

6.0 Jawatankuasa Pengelolaan

Penaung : Puan Jemaah Bt Shahabuddin

Pengerusi : Ustaz Khirul Anuar bin Lakimin

Naib Pengerusi 1 : Ustaz Idris bin Marjunid

Naib Pengerusi 2 : Puan Asmah bt Abd. Rahman

Setiausaha : Cik Syafawati bt Arrifin

Bendahari : Puan Salmah bt Jaafar

Ahli Jawatankuasa

Poster, Promosi / penyewaan tapak : En. Luqman Hakim bin Mohd Said

Peralatan/Penyediaan tempat : En. Shaharuddin bin Sahak

Kawalan Murid/

Keceriaan/Kebersihan : Pn. Nooraini bt Samsusah


Pertandingan : Puan Asmawati bt Yusof

: Puan Rossuhaila bt Mohd. Nor

Hadiah : Puan Rosnida bt Ahmad Hassan

Puan Rashidah bt Hamzah

8.0 Program

8.1 Penjualan tapak sewa gerai ( RM 40 per tapak, deposit RM20)

8.2 Pertandingan Makanan & Minuman Kesihatan

a) Pertandingan membuat sandwich terbuka

b) Pertandingan membuat jus kesihatan terbuka

8.3 Pertandingan gerai tercantik dan terbersih

8.4 Pertandingan gerai paling untung.

9.0 Syarat Pertandingan

Seperti lampiran 2

10.0 Tentatif program

Masa Acara

7.30 – 12.30 Pembukaan gerai

11.00 – 11.45 Pertandingan makanan dan minuman kesihatan

1.30 – 2.00 Pemeriksaan kebersihan tapak gerai

2.30 Bersurai

9.0 Anggaran Pembelanjaan


No Perkara Kuantiti Jumlah Peruntukkan

1 Promosi

 Flryers 400 keping RM 20 Duit kantin

2. Penyediaan tempat 12 gerai Sewa gerai


(RM20 per
tapak)

Deposit (RM20
satu tapak)

3. Hadiah pertandingan

 Pertandingan  Tempat pertama (RM10 x 2)  RM 20


membuat sandwich &
 Tempat kedua (RM 7 x 2)  RM 14
minuman jus
 Tempat ketiga ( RM 5 x 2)  RM 10 Yuran
pendaftaran
pertandingan
(RM3.00) satu
pendaftaran
 Hamper ( RM 20 x 2)  RM40
 Pertandingan gerai
tercantik dan paling
untung

4. Kebersihan Plastik sampah RM10

5. Kecemasan RM 20

Jumlah : RM134

Lampiran 1: pelan tapak gerai


Lampiran 2: Syarat-syarat pertandingan

 Pertandingan membuat sandwich dan jus

1. Terbuka kepada semua warga SAMTAJ dengan yuran pertandingan


sebanyak RM3.00. (dibayar sebelum 28 Oktober 2010 kepada Pn
Salmah)

2. Bahan dan peralatan perlu disediakan sendiri. Hanya tempat pertandingan


sahaja disediakan.

3. Setiap peserta perlu menyediakan menu ( senarai bahan-bahan yang


disediakan dalam bentuk bercetak) dan makanan/minuman untuk
penghakiman perlu disediakan dalam 2 set hidangan.

4. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap segala aspek


keselamatan dan kehilangan barangan adalah dibawah tanggungjawab
sendiri.
Disediakan oleh: Disemak oleh

( USTAZ KHIRUL ANUAR BIN


LAKIMIN)
( SYAFAWATI BT ARRIFIN)
Pen. Kanan HEM,
S/usaha Jawatankuasa Kantin
SAMTAJ, Sg. Besar
SAMTAJ, Sg. Besar.

Disahkan oleh,

( PN JAMAAH BT SHAHBUDDIN)

Pengetua,

SAMTAJ, Sg. Besar

You might also like