You are on page 1of 37

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Dr Sapora Sipon
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

PENGENALAN

Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling


yang baik perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapa
kemahiran-kemahiran asas kaunseling/membantu. Kecekapan
menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika
berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi
dan psikologi.
Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah
kemahiran membina perhubungan, kemahiran menggalakkan klien
bercakap, kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiran
menyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran
memimpin secara langsung, kemahiran berkomunikasi, kemahiran
melakukan dorongan minima, kemahiran membuat refleksi perasaan,
kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi,
kemahiran meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar,
kemahiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran
mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling, kemahiran memberi
maklumat, kemahiran merumus, kemahiran meninjau klien, kemahiran
konfrontasi dan kemahiran menyemak persepsi.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya


menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang
dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas
klien. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi
dan proses membina matlamat kemudian nanti. Selain itu, kaunselor
juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk
berbincang tanpa banyak gangguan.
Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor
haruslah cuba menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi.
Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang
kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien
dan bersedia memberikan bantuan. Jika tidak klien akan berasa
terancam dan menjadi defensif.
Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling


asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu
lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk
percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah
diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan
pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan
klien tersebut.
Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga
patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah laku
klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan
makna sesuatu pengucapannya itu.
Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat
menggambarkan perasaannya yang sebenar. Ini termasuklah perasaan
hatinya, pemikiran mental dan fizikalnya. Ia dapat menunjukkan sama
ada klien berada dalam keadaan yang selesa ataupun sebaliknya.
Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam
proses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi
dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling,
terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan
yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku
tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.
Oleh itu dikatakan proses mendengar melibatkan seluruh deria
yang terdapat pada diri kaunselor. Telinga digunakan untuk mendengar
apa yang diperkatakan, mata untuk melihat bagaimana gerak laku
semasa perkataan atau ayat dituturkan, hidung juga turut menghidu
bau-bau yang ada di sekeliling dan kadang kala deria sentuhan sebagai
bersalaman dan sebagainya.
Apabila kita memberikan tumpuan sepenuh pada klien tanpa
berbelah bahagi, ini bererti kita menyediakan diri untuk mendengar.
Di sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran
seperti dinyatakan di bawah;

• Kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ


• Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, kaunselor perlu
memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada
nada dan cara yang diperkatakan.
• Kaunselor perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada
klien terlebih awal.
• Kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan-
gangguan sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising atau
gangguan dari dalam diri seperti bisik-bisikan hati sendiri.
Oleh yang demikian, amat penting bagi kaunselor mendengar
dan memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi suara mahupun
tingkah laku bukan lisan klien. Dengan berbuat demikian, barulah
kaunselor dapat benar-benar memahami mesej klien dengan lebih
sempurna. Secara tidak langsung, tindakan ini dapat menunjukkan
kesediaan kaunselor untuk berhadapan dengan klien. Kaunselor boleh
menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara seperti
berikut ;

1. Menyatakan semula
Kaunselor menyebut semula apa yang telah dikatakan oleh
kliennya dengan tepat

2. Menggambarkan semula

Kaunselor akan memfokus pada isi kandungan serta perasaan


klien. Akan tetapi, kaunselor perlulah menggunakan perkataannya
sendiri supaya menunjukkan kaunselor benar-benar faham dan
mendengar percakapan klien tadi.

3. Memberikan respons

Jones (2004) menjelaskan terdapat 10 kemahiran mendengar dengan aktif


iaitu seperti di bawah;

Kemahiran 1: Memiliki sifat menghormati dan menerima

Kemahiran 2 : Memahami sudut pandangan klien

Kemahiran 3 : Menghantar mesej suara yang baik

Kemahiran 4 : Menghantar mesej badan yang baik

Kemahiran 5: Gunakan kata-kata pembuka, ganjaran dan soalan terbuka.

Kemahiran 6: Parafrasa

Kemahiran 7: Membuat refleksi perasaan

Kemahiran 8: Menunjukkan kefahaman konteks perbualan

Kemahiran 9: Mengurus resistan di peringkat awal

Kemahiran 10 : Elakkan perkataan jangan


Kemahiran Membina Perhubungan

Kemahiran membina perhubungan merupakan langkah yang


paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina
perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara
kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap ini
termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang
dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.
Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku
yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini
terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam
sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan
diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada
suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling.
Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien
menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah
laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Dalam erti kata lain, ia
bertujuan untuk memperbetulkan dalih ataupun ketidakseimbangan
kenyataan yang diberikan oleh klien.
Namun, kaunselor perlu berhati-hati semasa menggunakan
kemahiran ini kerana sekiranya klien tersebut belum lagi bersedia
menghadapi konfrontasi, klien itu akan merasakan bahawa dirinya
terancam. Ini adalah kerana klien itu tidak faham bahawa konfrontasi
yang dibuat sebenarnya bukan bersifat agresif dan menentang, tetapi
bertujuan untuk menyedarkan klien tentang ketidakseimbangan
kenyataan yang diberikannya.

Dalam membina kemahiran perhubungan, beberapa perkara


perlu diambilkira iaitu;

 membina suasana alam sekeliling


 suasana terapeutik
 ruang untuk berkomunikasi
 penampilan diri
 ekspresi muka
 kontak mata
 cara duduk dalam sesi kaunseling
 pergerakan tangan dan kaki
 senyuman
 nada suara
 menggalakkan klien bercakap

Membina suasana alam sekeliling


Oleh sebab sesi perbincangan kaunseling selalunya mengambil
masa kira-kira 30 minit atau lebih sedikit serta tajuk perbincangan
adalah serius, maka tempat yang sesuai amat diperlukan. Kerusi meja
yang sesuai perlu digunakan seperti kerusi yang tidak menyakitkan
pinggang atau bergoyang-goyang sehingga mengganggu tumpuan atau
pemikiran. Keadaan bilik haruslah tidak terlalu panas, tidak terlalu
sempit dan tidak terlalu bising. Tidak ada bau yang tidak
menyenangkan seperti bau tandas yang berdekatan dengan seting sesi
kaunseling. Selain itu, tempat menjalankan sesi kaunseling mestilah
kemas supaya tidak menyakitkan penglihatan klien dan kaunselor.

Suasana terapeutik

Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan seperti yang


dinyatakan tadi membolehkan serta memudahkan perbincangan,
penghayatan perasaan dan penglahiran idea-idea tanpa rasa terancam.
Oleh itu suasana terapeutik yang menyenangkan membolehkan sesi
kaunseling berjalan dengan lebih lancar lagi.

Ruang untuk berkomunikasi

Setiap individu mempunyai ruang di sekeliling tubuh


badannya. Ruang itu membesar atau mengecil bergantung kepada
keadaan. Dalam kaunseling, kemahiran mengurus ruang ini penting
bagi menentukan proses kaunseling dapat berjalan dengan baik dan
berkesan tanpa gangguan fizikal dan psikologikal. Kaunselor haruslah
sensitif akan perkara-perkara yang dapat menjadi petunjuk dalam
menentukan ruang antara kaunselor dengan klien. Antara perkara
yang perlu dibincangkan termasuklah agama, jantina, umur, budaya
dan latar belakang etnik serta tajuk perbincangan.
Dalam sesi kaunseling, jarak atau ruang antara klien dan
kaunselor harus dianggarkan tidak terlalu dekat sehingga mengganggu
perbincangan dan tidak perlu terlalu jauh sehingga menyukarkan
kedua-dua pihak. Jarak antara 1-1.5 meter dapat menimbulkan rasa
selesa dan klien berasa beliau diberikan perhatian yang baik. Dalam
menentukan jarak yang sesuai, klien perlu mengambil tempat dahulu.
Seterusnya, kaunselor membetulkan jarak yang dirasakan selesa oleh
kedua-dua pihak untuk berunding.

Penampilan Diri

Pandangan pertama kali amat penting dalam menentukan


keberkesanan hubungan yang akan terjalin seterusnya. Sekiranya klien
berasa selesa dan gembira dengan keadaan dan raut wajah serta cara
kaunselor berpakaian, ini merupakan ciri pertama yang menentukan
kejayaan sesi seterusnya. Kaunselor dan klien harus berpakaian
mengikut norma-norma tempatan. Penampilan kaunselor yang boleh
mengganggu tumpuan klien adalah seperti bau minyak wangi yang
terlalu kuat, berpakaian yang menjolok mata, berpakaian terlalu
selekeh atau badan terlalu berbau busuk

Ekspresi muka

Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu


menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, adalah
penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah
yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil
kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka
dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi.
Misalnya muka menjadi merah ketika marah atau malu.
Ekspresi muka yang tidak sama dengan kata-kata menimbulkan reaksi
kurang senang klien. Misalnya mulut tersenyum tetapi nada suara
mengejek. Senyuman begini tidak akan ditafsirkan sebagai petanda
persahabatan yang baik.

Kontak Mata

Fungsi kontak mata adalah untuk membolehkan kaunselor


memberi tumpuan, menunjukkan minat, menunjukkan tanda hormat,
menggalakkan perundingan, menimbulkan rasa penerimaan,
menimbulkan rasa percaya mempercayai, menimbulkan rasa
keselesaan dan menimbulkan rasa kesungguhan. Kontak mata bukan
bererti kaunselor memandang tepat pada biji mata klien, tetapi
menumpukan pandangan ke arah muka klien. Ini juga tidak bermakna
kaunselor memandang tidak berhenti-henti atau tidak bergerak-gerak
kepada klien.

Cara duduk dalam sesi kaunseling

Seorang kaunselor itu harus peka serta dapat membaca dan


melihat bahasa badan yang dilahirkan oleh kliennya. Kedudukan dan
pergerakan badan ini juga memberi nada dan makna dalam hubungan
kaunseling. Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita
terhadap orang lain. Seseorang yang bersikap terbuka dan mesra akan
duduk condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya.
Manakala orang yang bersifat tidak menerima, lebih cenderung duduk
menyandar ke belakang menjauhi kliennya.
Kaunselor yang baik akan duduk condong sedikit ke hadapan
menghadapi kliennya yang menandakan beliau menerima dan bersedia
untuk membantu. Beberapa ciri penting perlu diamalkan oleh
kaunselor iaitu jangan duduk menyandar di kerusi sambil
menggoyang-goyangkan badannya secara tidak berhenti, jangan
menyilang kaki dengan kaki sebelah di atas lutut, atau sambil tangan
diletak di belakang tengkuk dan menyadar. Kaunselor juga jangan
menjadi terlalu rigid dan tidak bergerak langsung.

Pergerakan tangan dan kaki

Pergerakan tangan dan kaki yang sesuai dapat memudahkan


komunikasi tetapi pergerakan yang terlalu banyak kadangkala akan
menjadi halangan dalam komunikasi antara kaunselor dengan klien.
Contohnya klien yang ‘nervous’ kadangkala melahirkan rasa cemasnya
dengan menggoyangkan kakinya dengan tidak berhenti-henti.
Pergerakan tubuh badan biasanya dipelajari berasaskan budaya
masing-masing. Berikut ialah beberapa contoh pergerakan tangan;

Berpeluk tubuh

-Pergerakan tubuh ini membawa erti seorang yang tertutup,


kurang selamat atau kurang bersedia untuk berbincang, merasa negatif
terhadap diri dan bersifat defensif.

Tangan di dalam kocek

Tangan di dalam kocek seolah-olah menyembunyikan sesuatu.


Kedua-dua belah tangan memegang kuat pada tangan kerusi- merasa
takut atau risau

Tergaru-garu

Pergerakan tangan yang tergaru-garu seolah-olah menunjukkan


rasa ragu-ragu dan tidak pasti

Menggigit jari

Klien yang menggigit jari boleh menunjukkan rasa tertekan, cemas


dan risau

Senyuman

Senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi di


pihak klien. Klien akan berasa lebih selesa dan mudah untuk
memulakan perbincangan. Senyuman juga harus diberikan mengikut
kesesuaian dalam sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak sesuai,
klien akan silap memberi interpretasi.
Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien
mungkin akan tersenyum untuk menutup rasa takut, risau keliru atau
serba salah, malu dan sebagainya. Kepekaan kaunselor melihat
senyuman ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling yang
dijalankan itu sesuai menepati matlamatnya.

Nada suara

Nada suara membantu dalam memahami kontak dan situasi


perkara yang dirundingkan. Dengan mendengar nada suara, kaunselor
dapat memahami klien dengan lebih tepat. Nada suara selalunya
membawa emosi yang terkandung di dalam sesuatu perkataan atau
ayat.
Contohnya perkataan ‘sayang’ jika disebut dengan nada yang
lembut bererti sayang yang sebenar. Tetapi jika ‘sayang’ yang disebut
dengan nada yang keras, mungkin bererti marah. Adalah penting bagi
kaunselor mendengar nada suara kerana ia akan memberi peluang
kepadanya untuk memahami emosi klien seperti nada tegang, geram
atau marah dan sebagainya.

Kemahiran menggalakkan klien bercakap

Kaunselor menggalakkan klien bercakap dengan menggunakan


soalan-soalan jenis terbuka. Semasa klien bercakap, kaunselor perlu
mendengar dengan penuh teliti dan penuh empati. Sementara itu,
semasa klien bercakap, kaunselor harus mendengar dan memberi
perhatian, memberi respons yang minima seperti mengganggukkan
kepala dan sebagainya untuk menggalakkan terus bercakap.

Kemahiran membalas (responding)

Membalas kata-kata merupakan suatu kelebihan kepada


manusia. Dengan membalas kata-kata, manusia dapat mewujudkan
hubungan yang baik antara satu dengan lain. Tujuan utama seseorang
bertindak balas ke atas kata-kata orang lain adalah untuk
menggalakkan penglibatan masing-masing di dalam perbualan itu.
Secara umumnya kemahiran membalas terdiri daripada sub kemahiran
iaitu kemahiran penstrukturan, dorongan minima dan kemahiran
mendengar.

Contoh satu

Klien :Macam-macam yang saya rasa…adakah saya akan


difahami, diterima, dianggap kawan… Macam-
macamlah…”

Kaunselor : “Macam-macam difikirkan sebelum datang ini.”


Contoh dua

Klien : “Saya nak bincang masalah keluarga saya…”


Kaunselor : “Hmmm… silakan”
Klien :”Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam
hidup saya.”
Kaunselor : (angguk).

Kemahiran penstrukturan

Penstrukturan merupakan satu kemahiran yang sangat penting


di dalam sesuatu sesi kaunseling. Ini adalah kerana sekiranya
penstrukturan dilakukan dengan baik dalam sesuatu sesi kaunseling
itu, ia akan dapat membina hubungan yang mesra dengan klien. Proses
penstrukturan boleh dilakukan sama ada dalam bentuk formal atau
tidak formal.
Terdapat dua persoalan yang penting dalam penstrukturan, iaitu
perlukah penstrukturan itu dilakukan secara formal dan bilakah masa
yang sesuai untuk melakukannya. Oleh yang demikian, kaunselor
perlu pandai dalam melakukan penstrukturan.
Penstrukturan formal adalah perlu sekiranya klien merupakan
klien rujukan atau klien itu baru datang untuk sesi kaunseling buat
pertama kali. Penstrukturan formal tidak perlu sekiranya klien itu
pernah berjumpa dengan kaunselor sebelum ini ataupun sekiranya
klien itu ingin terus menceritakan masalahnya.
Dalam penstrukturan, kaunselor harus menerangkan
peranan/tanggungjawab kaunselor dan klien sebelum memulakan sesi
kaunseling. Biasanya, sesi kaunseling akan mengambil jangka masa
selama 30 minit hingga 45 minit. Segala perbincangan antara
kaunselor dengan klien adalah dirahsiakan.
Penstrukturan yang mudah dan ringkas ini dapat membantu
klien memahami apa yang akan dilaksanakan dan apa yang diharapkan
daripadanya. Segala perkara yang dibincangkan nanti akan dirahsiakan
oleh kaunselor. Ini akan menimbulkan rasa selamat dan percaya
kepada kaunselor dan klien akan menceritakan apa sahaja yang
mengganggu atau timbul dalam fikirannya.

Contoh penstrukturan 1

“…Dalam sesi ini, saya sebagai seorang kaunselor dan


anda pula sebagai klien. Sesi ini akan mengambil masa
lebih kurang 45 minit. Peranan saya secara ringkasnya
untuk mendengar, memahami dan cuba untuk membantu
anda. Peranan anda adalah untuk menceritakan apa yang
mengganggu hidup anda. Sesi ini akan dirahsiakan dan
kerahsiaan ini terbatas sekiranya isu yang dibincangkan
melibatkan keselamatan nyawa anda.”

Contoh penstrukturan 2

Ks : “Mungkin ia akan membantu jika saya memberitahu tentang


perkara asas dalam kaunseling”

Kl : “Baiklah”

Ks : “Tujuan kaunseling adalah untuk membantu dan membimbing


anda dalam membincangkan bersama persoalan anda. Tugas
saya sebagai seorang kaunselor adalah untuk mendengar dan
memahami apa yang anda rasa dan fikirkan. Kemudian kita
akan bersama-sama mencari langkah-langkah bagi persoalan
anda”.

Kl : “Baiklah. Tapi apa pula yang perlu saya lakukan, Encik”

Ks : “Tugas anda adalah membantu saya untuk memahami apa


yang anda rasa dan fikirkan. Anda perlu memberi maklumat,
membuat keputusan yang sesuai dan memberitahu saya
perkara-perkara yang perlu untuk mencapai objektif anda”.

Kl : “Susah untuk menangani masalah saya ni Encik”

Ks : “Itulah menjadi pokok utama di sini. Kita akan cuba bersama-


sama memfokuskan pada sasaran atau objektif kaunseling
ini. Pada waktu ini kita hanya sebahagian kecil daripada
permasalahan anda, dan kita akan bersama-sama
menanganinya dari yang ringan kepada yang lebih berat”.

Kl : “Oh begitu..Jadi, maksud encik kita cuma bincangkan satu


persoalan sahaja dalam satu masa ?”

Ks : “Tepat sekali. Satu lagi, saya mahu anda tahu bahawa


kaunseling adalah secara sukarela. Anda boleh
menamatkan sesi pada bila-bila masa. Sesi ini adalah peribadi
dan sulit. Saya tidak akan memberitahu kepada sesiapa
masalah anda kecuali dengan izin anda. Sesi kita akan
mengambil masa lebih kurang 45 minit. Selalunya, ia akan
memerlukan beberapa sesi, bergantung kepada keperluan
anda. Sekarang, anda ada apa-apa soalan?”

Ks : “Tidak ada. Saya jelas dengan penjelasan yang telah encik


berikan”.
-Contoh Penstrukturan 3

Ks : “Aqel, jika tak keberatan, boleh tak saya rekodkan sesi ini? Ini
untuk tugasan saya. Saya akan buat transkrip, dan pensyarah saya
akan baca. Okey, kalau Aqel tidak selesa, saya akan berhentikan rekod
ini bila-bila masa. Saya akan tunjukkan apa yang telah saya tulis jika
Aqel mahu. Jika, selepas ni, Aqel tak benarkan saya gunakan rekod
ini, saya tidak akan gunakan, dan kita akan mulakan sesi ini sekali
lagi”.

Kl : “Baiklah, saya ada sesuatu nak bincangkan dengan encik”.

Ks : “Apa yang Aqel nak bincangkan hari ini ?”

Kl : “Kawan saya. Dia sangat teruk”.

Kemahiran Menyoal

Soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan


dalam sesebuah sesi kaunseling. Ini adalah kerana ia merupakan cara
yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya,
soalan akan ditanya oleh kaunselor dan dijawab oleh klien.
Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan
usaha menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di
samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang
tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan
perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya terggugat.
Namun, kaunselor perlu pastikan bahawa soalan yang hendak
ditanya itu sesuai, mudah difahami dan memudahkan klien untuk
menjawabnya dengan penuh rela. Selain itu, soalan boleh juga
digunakan untuk menggalakkan atau mengurangkan percakapan klien.
Dalam usaha kaunselor memahami lebih lanjut perkara yang ingin
dirundingkan oleh klien, menyoal adalah satu cara yang perlu
dilaksanakan.
Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat
dengan cepat, mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk
mendapatkan kepastian. Di dalam sesi kaunseling terdapat dua bentuk
soalan yang dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka.
Kemahiran menyoal juga boleh menambahkan keupayaan
kaunselor untuk mengumpul maklumat dengan lebih spesifik. Ia
membantu kaunselor memahami butir-butir klien dengan lebih
mendalam bagi membolehkannya membuat keputusan yang tepat
berdasarkan maklumat yang tepat itu. Terdapat dua jenis soalan yang
boleh digunakan oleh kaunselor iaitu soalan jenis terbuka dan tertutup.

Jenis-jenis soalan

Terdapat beberapa jenis soalan. Antaranya ialah soalan yang


menggunakan perkataan “boleh”, “apa”, “bagaimana” dan ”kenapa”.
Soalan-soalan ini mempunyai tujuan masing-masing. Contohnya
soalan yang menggunakan ‘boleh” cenderung lebih terbuka dan kurang
kawalan ke atas klien. Soalan “apa” membawa klien bercakap tentang
fakta dan spesifik tentang situasi.
Soalan “bagaimana” pula membawa klien bercakap tentang
proses dan urutan atau emosi. Soalan “kenapa” memulakan temubual,
membuka era baru dalam perbincangan. Soalan ini juga membantu
klien dalam penerokaan diri dan membantu klien mencari sebab yang
mempengaruhi tingkah laku, pemikiran dan emosinya.

Soalan “boleh” : “Boleh saya tahu apa yang menyebabkan Dila


marah pada kawan baik Dila itu?

Soalan “apa” : Apa yang menyebabkan Dila mengambil tindakan tak


balik rumah.

Soalan “bagaimana”:Bagaimana agaknya perkara ini boleh berlaku?

Soalan “kenapa”: Kenapa semua orang tak percayakan saya”

Soalan tertutup

Soalan tertutup ini ialah soalan yang menghadkan kepada satu


atau beberapa perkataan sahaja dan jawapan ini dapat memberikan
maklumat yang khusus. Contohnya “adakah anda datang bekerja
semalam?. Dan siapakah yang pergi bersama awak ke Langkawi?
Tujuan mengadakan soalan tertutup kepada klien adalah untuk
mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta dan mendapatkan maklumat
yang khusus. Selain itu, soalan tertutup juga dapat memberhentikan
orang daripada terlalu banyak bercakap serta memberi arah tertentu di
dalam perbincangan.
Soalan tertutup adalah soalan yang khas yang cukup sekadar
dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan padat. Ia lebih
spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua
perkataan sahaja, seperti ‘ya’ atau ‘tidak’. Contoh soalan tertutup ialah
“Kamu akan datang esok”? Soalan ini berguna kerana mengambil
masa yang singkat sekali untuk mendapatkan jawapan yang tepat dan
padat.
Soalan tertutup digunakan untuk tujuan seperti menggalakkan
sesi kaunseling daripada terkeluar dari topik perbincangan, memenuhi
jurang maklumat yang spesifik dan mengurangkan percakapan klien
yang banyak. Contoh soalan tertutup adalah seperti di bawah;

Contoh Satu

“…Bila perkara ini telah berlaku?.”

Contoh kedua

“Berapa lama hubungan ini telah terjalin?.”

Soalan tertutup digunakan untuk tujuan seperti

- menggalakkan sesi kaunseling daripada terkeluar dari tajuk


perbincangan
- memenuhi jurang maklumat yang spesifik
- mengurangkan percakapan klien yang banyak

Soalan terbuka

Soalan jenis ini bertujuan menjemput perbincangan,


penjelasan dan huraian yang panjang lebar. Ia tidak memerlukan
jawapan yang khusus. Soalan terbuka ini dapat menimbulkan rasa
selesa pada diri klien dan rasa diterima. Matlamat bertanyakan soalan
terbuka adalah untuk menggalakkan penerokaan dan pengembangan
kepada perkara yang sedang dirundingkan.
Selain itu, soalan terbuka dapat memberi ruang kepada klien
meluahkan perasaannya mengikut arah yang dipilihnya sendiri dan
dikhususkan oleh kaunselor. Oleh itu klien lebih dapat mengawal
perundingan. Soalan terbuka juga membolehkan klien memberi
maklumat tanpa menimbulkan rasa defensif dan membolehkan klien
mengeluarkan pendapat sendiri.
Soalan terbuka seterusnya memberi peluang kepada klien
memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara mengikut
pandangannya sendiri tanpa dinilai terlebih dahulu. Contoh-contoh
soalan terbuka adalah seperti “bagaimanakah kejadian itu boleh
berlaku?” Atau “sejauh manakah kejadian itu mengganggu hidup
anda?”
Soalan terbuka akan memberi peluang kepada klien untuk
menerokai dan membincangkan segala yang dialami dan dirasainya. Ia
turut menggalakkan klien untuk bercakap dengan lebih banyak
ataupun memberikan penjelasan yang lebih jelas. Lazimnya, soalan
terbuka menggunakan kata soal seperti “siapa”, “apa”, “di mana” dan
“bagaimana”. Contoh soalan terbuka ialah seperti “Apa pendapat
kamu tentang adik kamu?”
Soalan jenis ini membolehkan klien untuk bebas bercerita atau
menerangkannya. Terlalu banyak mengaju soalan terbuka akan
mengganggu pendengaran kaunselor. Soalan terbuka boleh diselang-
seli dengan respons lain yang dapat menggalakkan klien berbincang.
Oleh itu, adalah penting untuk kaunselor mengetahui bila dan
bagaimana untuk menggunakan kedua-dua soalan terbuka dan tertutup
dalam sesi kaunselingnya. Kaunselor perlu menyedari, kesan dan
implikasi daripada soalannya terhadap kliennya. Gabungan dua jenis
soalan ini dapat digunakan mengikut kesukaan dan keperluan
kaunselor bergantung kepada jenis maklumat yang diperlukan.
Soalan terbuka digunakan untuk tujuan di permulaan sesi
kaunseling, untuk mendapatkan maklumat lebih jelas dan
menggalakkan klien yang pendiam untuk bercakap
Walau bagaimanapun kaunselor perlu memastikan bahawa
tidak terlalu banyak soalan ditanya pada satu masa. Ini adalah kerana
klien akan keliru dan tidak tahu soalan mana yang hendak dijawab
terlebih dahulu. Soalan yang bermula dengan “mengapa” yang
memerlukan klien membuat penjelasan perlu dielak kerana mungkin
akan menakutkan klien. Soalan-soalan sensitif juga harus dielakkan.

-Contoh soalan terbuka

“Kalau tidak keberatan, boleh anda kongsikan penderitaan anda


tersebut dengan saya.’

“Agaknya bagaimana hal ini boleh berlaku.”

“Boleh tolong jelaskan lagi maksud renggang itu.”

-Perbandingan contoh soalan terbuka dan tertutup

Untuk mendapatkan gambaran dengan lebih jelas mengenai


makna jenis soalan terbuka dan tertutup, beberapa contoh
perbandingan dilakukan.

Soalan tertutup : “Adakah saudari merasa jemu?.”


Soalan terbuka : “Boleh saudari jelaskan mengapa saudari
merasa jemu?.”
Soalan tertutup : “Adakah saudara selalu bermasam muka
dengan rakan saudara?.”
Soalan terbuka : “Boleh beritahu saya sebab-sebab yang anda
selalu bermasam muka dengan rakan saudara?.”
Soalan tertutup :“Bila saudara merasa marah dengan ibu
saudara?.”
Soalan terbuka :“Apakah sebab saudara marah pada ibu
saudara?.”
Jones (2004) menjelaskan kaunselor perlu membuat perkara yang
perlu diambilkira dalam membuat soalan seperti berikut;

Tujuan soalan

Kaunselor yang efektif bertanya soalan yang mengundang kepada


perkembangan pemahaman masalah klien dan dirinya.

Jumlah soalan

Kaunselor boleh bertanya soalan yang hanya bertumpu kepada


masalah semasa atau soalan yang lebih umum.

Tahap intimasi

Kaunselor perlu bersifat sensitif kepada soalan yang boleh memberi


kesan kepada intimasi perhubungan.

Seterusnya Jones (2004) menjelaskan jenis-jenis soalan adalah seperti


berikut;

 Soalan terbuka dengan soalan tertutup


 Soalan berbentuk klarifikasi
Soalan yang memberi peluang untuk mengembangkan apa
yang telah diperkatakan.
 Soalan yang memerlukan maklumat spesifik
Soalan jenis ini bertujuan mengumpul maklumat konkrit
mengenai masalah klien dan maklumat spesifik berfokus
kepada bagaimana, apa, bila dan di mana. Soalan bagaimana
termasuk ”bagaimana anda rasa atau bertingkah laku” Soalan
”bagaimana” adalah amat berguna untuk mendapatkan data
untuk menunjukkan bagaimana klien bertingkah laku.
Soalan ”apa” termasuk ”apa yang berlaku”, ”berikan saya
contoh apa yang telah berlaku”, ”apa yang anda lihat sebagai
masalah”, ”apakah agaknya kesan apabila melakukan perkara
di atas”.

Salah guna soalan

Kadang-kadang soalan digunakan secara salah dan berlebihan


oleh kaunselor. Apabila ini berlaku, ianya memberi kesan kepada
keberkesanan kaunseling dan juga perhubungan kaunselor dan klien.
Penulis-penulis seperti Gazda et al (1977) dan Patterson (1974)
memberi komen mengenai kesan negatif penggunaan solaan yang
salah. Dua perkara yang sering disalahgunakan ialah yang berkaitan
dengan kuantiti dan kualiti soalan.
Penggunaan kuantiti soalan yang tidak bersesuaian akan
membentuk kebergantungan, meletakkan tanggungjawab ke atas
kaunselor, mengurangkan penerokaan kendiri, menghasilkan
maklumat yang tidak tepat, menghasilkan perasaan defensif, ke atas
klien dan membentuk kemahiran membantu yang rendah.

Contoh soalan yang berfokus kepada perasaan dan reaksi fisikal

-Bila anda mula rasai perasaan ini?


-Ceritakan dengan lebih lanjut lagi mengenai perasaan anda
-Apa perasaan anda sekarang?

Contoh soalan yang berfokus kepada pemikiran

-Apakah fikiran anda sebelum/semasa/selepas situasi ini?


-Apakah yang anda rasakan sebelum apa yang anda rasakan
sekarang?.
-Berapa kerapkah anda berfikir begini?
-Apakah kekuatan
Contoh-contoh danyang
soalan potensi anda dalam
berfokus kepadaperkara ini?.
komunikasi/aksi

- Bagaimana anda bertingkah laku?


- Apa yang anda katakana?
- Apa yang berlaku sebelum ini?
- Apakah kesan-kesan di atas tindakan anda itu?

Kemahiran Parafrasa

Kemahiran memparafrasa ini ialah respons kaunselor setelah


mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman
kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek tetapi
tepat dan padat maksudnya. Parafrasa ialah respons kaunselor setelah
mendengar isi dan memerhatikan tingkah laku klien. Matlamat utama
ialah memudahkan penerokaan ke atas klien.
Membuat parafrasa adalah penting untuk menunjukkan
kaunselor mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien.
Parafrasa sangat sesuai digunakan di peringkat awal hubungan
kaunseling kerana parafrasa merupakan pernyataan semula kenyataan
dan mesej yang dibawa oleh klien untuk mendapatkan kepastian.
Selain itu parasfrasa juga digunakan untuk membuat refleksi
kepada apa yang dikatakan oleh klien. Tujuan utama parafrasa
digunakan oleh kaunselor adalah untuk menunjukkan kepada klien
bahawa mesej yang diberikan mula difahami oleh kaunselor. Ia juga
bagi memastikan yang kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien
serta memberi peluang kepada klien mendengar kembali apa yang
dirasa dan dikatakannya.
Namun begitu, kaunselor perlu mahir dalam membuat
parafrasa. Kaunselor perlu memastikan bahawa maksud asal mesej
klien itu tidak berubah. Parafrasa juga boleh dilakukan oleh kaunselor
untuk membantu klien yang tiba-tiba sahaja terputus atau hilang mesej
asasnya. Ini adalah kerana klien mungkin akan terkeluar dari tajuk
perbincangan sekiranya parafrasa tidak dibuat. Tujuannya adalah untuk
mengingatkan klien bahawa beliau sepatutnya menyambung semula
topik perbincangan tadi.

Contoh Satu

Klien : “Saya tahu dia seorang yang baik. tapi…saya belum


bersedia untuk menerimanya…tetapi saya juga susah
hendak menolaknya.”

Kaunselor : “ Nampaknya, anda dalam dilema, belum bersedia


menerima dia tapi juga susah hendak menolaknya.”

Contoh dua

Klien :“Dah lama saya menunggu keputusan darinya…


selama tiga belas tahun, satu respons pun tidak ada.”

Kaunselor : “Selama 13 tahun, anda menunggu respons darinya


tapi satu respons pun tidak ada.”

Ishammudin Hj. Ismail (1999) menjelaskan bahawa tujuan


kemahiran parafrasa adalah

• Mengulangi semula kepada klien kata-kata yang baru disebutkan.


• Menjelas dan memberikan tumpuan kepada apa yang klien baru
sebutkan.
• Memberitahu klien bahawa kaunselor mendengar apa yang
diperkatakan.
• Mendorong klien untuk meneruskan penerokaan
• Menggelak kekeliruan dan ketidaksefahaman
• Membantu klien untuk berfikir dan menumpukan perhatian
terhadap situasi,orang, objek atau idea dengan lebih jelas.

Kemahiran memimpin

Kemahiran memimpin boleh dibahagikan kepada beberapa


bahagian iaitu

Memimpin secara tidak langsung

Tujuan memimpin secara tidak langsung membolehkan klien


memulakan dan mengambil tanggungjawab terhadap sesi yang sedang
berjalan. Selain daripada itu, tujuan memimpin secara tidak langsung
ialah untuk menjemput klien untuk menceritakan atau memperincikan
ceritanya.

Contoh soalan yang menunjukkan memimpin secara tidak langsung


ialah;

“apa yang anda nak bincangkan hari ini?”

“Barangkali, kita boleh mulakan sesi dengan anda beritahu saya di


mana anda sekarang?”

“Bolehkah anda beritahu saya lebih lanjut tentang perkara itu?”

Kemahiran memimpin secara langsung

Kemahiran memimpin secara langsung menggalakkan klien


memperincikan, menjelaskan atau menggambarkan apa yang
diperkatakan. Antara tujuan kemahiran memimpin secara langsung
ialah untuk menentukan tujuan untuk memimpin, meluahkan dengan
perkataan yang dapat memperincikan secara khusus, menggunakan
soalan terbuka dan membolehkan klien bebas mengikut pimpinan
anda. Dalam kemahiran memimpin, adakalanya terdapat elemen
cadangan seperti;

- “beritahu saya tentang ibu anda?”

- “Boleh anda gambarkan apa yang berlaku baru-baru ini?”

Kemahiran Berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang
sangat penting bagi seorang kaunselor. Kaunselor perlu mengelakkan
daripada menggunakan perkataan-perkataan yang sukar difahami oleh
klien. Kaunselor patut menggunakan ayat-ayat yang biasa dan
bukannya dari buku-buku akademik. Ini adalah kerana bukan semua
klien adalah berpelajaran tinggi atau mempunyai pengetahuan yang
begitu luas.
Dengan itu, kaunselor perlu cuba untuk menggunakan
perkataan yang mudah supaya klien tidak berasa rendah diri bila
berdepan dengan kaunselor. Di samping itu, elakkan juga penggunaan
ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit. Ini bertujuan untuk
mengelakkan klien daripada menjadi keliru dan tidak faham apa yang
telah dikatakan oleh kaunselor.
Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan, kontak
mata dan postur badan kaunselor. Kaunselor boleh menggangguk
kepalanya, membesarkan matanya bagi menunjukkan minat,
memberikan postur duduk yang mencodong ke hadapan sedikit dan
lain-lain lagi gerak balas.

Lima cara utama dalam menghantar komunikasi

-Mesej lisan: Mesej yang dihantar melalui perkataan


-Mesej vokal: Mesej yang dihantar melalui suara.
Contohnya melalui volum, artikulasi dan nada.
-Mesej badan: Mesej yang dihantar melalui bahasa badan.
Contohnya melalui renungan, kontak mata, ekspresi
muka, postur badan, pakaian.
-Mesej sentuhan
-Mesej yang berbentuk aksi.

Kemahiran melakukan dorongan minima

Dorongan minima diperlukan untuk memberikan sokongan dan


dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan
minima merupakan respons atau ungkapan ringkas ataupun pergerakan
positif yang menggalakkan klien terus bercakap dan memberikan
penjelasan. Di antara contoh dorongan minima adalah seperti “hm…m,
teruskan, “lepas itu”, “kemudian”, “jadi”, “terangkan lagi”, “oh….
”, sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-
lain lagi.
Tujuan kaunselor mengadakan dorongan minima adalah untuk
memberangsangkan klien untuk terus bercerita. Selain itu, ia
menunjukkan kaunselor sedang mendengar dan faham apa yang
sedang diperkatakan oleh klien.

Ishammuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan


mendorong minima;

a. kaunselor memberi perhatian


b. menolong penerokaan kendiri klien
c. supaya klien terus bercakap
d. mempengaruhi arus perbualan

Kemahiran Membuat Refleksi Perasaan

Jones (2004) mendapati kemahiran membuat refleksi perasaan


melibatkan keupayaan kaunselor berkomunikasi dan mengalami
perasaan klien
Seterusnya Jones (2004) menjelaskan refleksi perasaan
melibatkan kemahiran pihak yang menghantar dan menerima

Kemahiran pihak penerima

 Memahami mesej muka dan badan klien


 Memahami mesej suara klien
 Memahami mesej lisan klien
 Memahami reaksi emosi diri
 Mengambilkira konteks mesej yang disampaikan oleh klien

Kemahiran pihak yang menghantar

 Bertindak balas dalam cara yang menunjukkan kaunselor


memahami perasaan klien melalui perkataan dan frasa
 Memeriksa ketepatan pemahaman kaunselor

Refleksi perasaan merupakan pengulangan atau menyebut


semula percakapan klien dalam satu rangkai kata yang pendek tetapi
padat. Pengulangan yang dibuat oleh kaunselor lazimnya, hanyalah
sebagai pembayang yang mencerminkan perasaan atau keseluruhan isi
yang disampaikan oleh klien tadi. Membuat refleksi perasaan
bukanlah sekadar mengulang semula perkataan yang diluahkan oleh
klien, tetapi merupakan satu cara untuk membuat kesimpulan tingkah
laku tingkah laku klien yang dapat membayangkan isi, pemikiran,
perasaan dan tindakannya sendiri.
Kaunselor akan cuba untuk memahami apa yang di alami atau
dirasai oleh klien secara emosi. Dengan itu, klien akan tahu bahawa
perasaan dan tanggapan yang akan diluahkan oleh klien, tetapi
merupakan satu cara untuk membuat kesimpulan tingkah laku klien
yang dapat membayangkan isi, pemikiran, perasaan dan tindakannya
sekali.
Kaunselor akan cuba untuk memahami apa yang dialami atau
dirasai oleh klien secara emosi. Jadi, klien akan lebih terdorong untuk
menyatakan segala perasaannya dengan lebih mendalam lagi kepada
kaunselor tersebut tanpa was-was lagi.
Walau bagaimanapun, kaunselor bukan sahaja perlu cuba untuk
memahami perasaan klien yang telah dinyatakan atau disebutkan
dalam mesejnya, tetapi perlu cuba untuk memerhatikan perasaan yang
tidak dinyatakan atau disebut oleh klien. Sebagai contohnya, mungkin
klien itu kelihatan muram dan tidak bermaya tetapi klien tersebut tidak
menyatakan perasaannya dalam bentuk lisan, Jadi, kaunselor perlu
bijak dan merefleksikan perasaan klien itu, tidak kira sama ada
perasaan itu dinyatakan atau tidak.
Tujuan utama kaunselor membuat refleksi perasaan ini ialah
untuk memberikan pemusatan kepada perasaan klien sebenar dan
bukannya perasaan helah semata-mata. Selain itu, ia juga
membolehkan klien untuk melihat kembali perkara-perkara yang telah
dikatakan olehnya tadi dengan lebih jelas dan terang daripada yang
asal. Walau bagaimanapun, kemahiran membuat refleksi perasaan ini
bergantung rapat kepada kebolehan klien untuk menentukan perasaan
dan tanda bagi perasaannya (Amir Awang, 1987).
Kemahiran refleksi merupakan satu usaha memahami klien
dari sudut pandangan klien itu sendiri. Dalam kemahiran ini pula
dibahagikan kepada tiga bahagian penting iaitu refleksi isi, refleksi
perasaan dan refleksi pengalaman.

Refleksi isi

Refleksi isi ialah pernyataan semula oleh kaunselor mengenai


idea yang disampaikan oleh klien. Idea ini dinyatakan semula oleh
kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan
tepat. Refleksi isi yang tepat membolehkan klien berasa bahawa beliau
didengari dengan betul dan difahami. Akan tetapi terdapat perhatian
yang harus diketahui oleh kaunselor tersebut. Contohnya jangan
membuat refleksi isi yang terlalu panjang dan jangan menggunakan
perkataan yang sama berulang-ulang kali.

Refleksi perasaan

Kemahiran merefleksi perasaan ialah penyataan semula oleh


kaunselor tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien.
Tujuan kaunselor melakukan refleksi perasaan adalah untuk memberi
tumpuan kepada klien mengenai perasaan atau sikap yang sedang
dialami oleh klien. Selain itu, ia juga meningkatkan segala tanda-tanda
perasaan yang ada pada diri klien dan akhir sekali memberi ruang
untuk klien mengeluarkan perasaan dengan cara yang baik dan
memberi kelegaan kepadanya.

Refleksi pengalaman.

Refleksi pengalaman dibuat setelah kaunselor memerhatikan


gerak-geri tubuh badan semasa sesuatu pengalaman diperkatakan oleh
klien. Oleh itu kemahiran refleksi bukan sahaja diperlukan bagi
perkara-perkara yang didengar dengan mulut tetapi apa yang dilihat
seperti cara duduk, gerak geri, nada suara, pernafasan, wajah dan
sebagainya yang ditunjukkan oleh klien semasa sesi kaunseling
dijalankan.

-Contoh satu

Klien : “Baru-baru ini, saya ada pesan Astro kat rumah…” ramailah
jiran-jiran yang datang tengok…. Tetapi masalahnya, mereka
kata saya nak tunjuk lagak. .Berlagaklah tu… sombonglah tu.”

Kaunselor: “Anda dituduh berlagak dan sombong dengan Astro baru


oleh jiran-jiran.”

-Contoh dua

Klien :“Sejak peristiwa tersebut, saya rasa disisihkan oleh adik


saya. Dia buat saya macam orang luar. Langsung dia tidak
peduli kat saya…tegur pun tidak. Saya rasa sedih sangat.”

Kaunselor: “Anda merasa sedih sangat bila adik anda menyisihkan


anda dan tidak mempedulikan anda.”

-Contoh ketiga

Klien: “Saya ni lain sikit, saya tak boleh dicabar. Saya tak suka
orang mengutuk peribadi saya..”

Kaunselor: “Tuan benar-benar marah bila ada orang campur tangan


dalam hal peribadi tuan.”

Ishamuddin Hj Ismail (1999) mendapati tujuan refleksi


perasaan ialah;

a. Menggalakkan klien meluahkan perasaan sama ada yang positif


atau negatif mengenai sesuatu perkara.
b. Kaunselor memperkatakan mengenai perasaan klien yang samar-
samar dan menyatakan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada
diri klien (perasaan yang tersirat).

c. Refleksi boleh membantu klien mengalami perasaannya secara


mendalam supaya ia boleh menyedari tentang situasi yang tidak
selesai.

d. Membantu klien supaya menyedari tentang perasaan yang sedang


menguasainya ketika itu.

e. Memberi ruang dan peluang kepada klien meluahkan perasaannya


dengan cara yang baik dan akan memberi kelegaan kepadanya

Aktiviti

- Buat latihan ini secara berpasangan.


- Ambil giliran untuk bercakap dan mendengar. Individu
yang bercakap akan memilih satu tajuk yang dirasakan
selesa. Sementara mendengar, bantu pasangan anda untuk
bercakap dengan membuat refleksi.
- Semasa mendengar dan memberi respons, beri perhatian
kepada mesej vokal, badan serta bukan lisan.

Kemahiran Membuat Interpretasi

Kemahiran membuat interpretasi merupakan satu proses yang


digunakan oleh kaunselor untuk memberikan maklum balas atau
“feedback” kepada klien supaya klien berupaya untuk melihat
masalahnya dari satu sudut berbeza. Selain itu, interpretasi digunakan
untuk merujuk dan membuat tafsiran untuk maksud tersirat dalam
mesej klien.
Oleh yang demikian, kaunselor perlu betul-betul menguasai
kemahiran ini terlebih dahulu sebelum digunakan supaya ianya dapat
dilakukan dengan lebih tepat dan betul. Ini adalah kerana sekiranya
kaunselor membuat interpretasi yang salah, ia boleh menyebabkan
gangguan dalam proses kaunseling yang sedang berjalan itu.
Interpretasi akan dikatakan berjaya sekiranya ia boleh meransang
pemahaman dan memberi fokus ke atas masalah klien.
Kemahiran ini merupakan satu proses yang aktif di mana
kaunselor menjelaskan perkara atau isu yang di bawa oleh klien
mengikut fahaman kaunselor dan dari perspektif yang baru.
Kemahiran ini bererti memberi penghuraian kepada klien supaya klien
dapat melihat peristiwa yang berlaku dari perspektif yang berlainan.
Dalam kemahiran membuat interpretasi ini, kaunselor akan
menambah kenyataan yang dibuat oleh klien, terutamanya setelah
kaunselor dapat memahami perkara yang tersembunyi atau perasaan
yang tersembunyi yang mana klien sendiri mungkin tidak
menyedarinya secara sengaja atau tidak sengaja.
Apabila klien memberikan maklumat kepada kaunselor
mengenai masalah klien, tafsiran daripada kaunselor boleh
menimbulkan celik akal klien. Semasa kaunselor membuat
interpretasi, kaunselor haruslah menggunakan bahasa yang mudah
difahami.
Tujuan kaunselor membuat interpretasi adalah untuk
membantu klien mentafsir peristiwa hidup mereka. Selain itu, ia
membantu klien melihat perkara yang tidak dapat dilihatnya dengan
mudah, tersorok atau tidak disedarinya.

Ishamuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan interpretasi


ialah;

a. Kaunselor menawarkan satu bentuk ruang rujukan (perspektif)


yang baru. Masalah adalah sama, yang diubah adalah persepsi iaitu
dengan memberi alternatif atau wawasan kepada perkara yang
diperkatakan.

b. Mengenal pasti perhubungan-perhubungan antara mesej-mesej dan


tingkah laku klien yang berterus-terang dan yang berbentuk kiasan.

c. Membantu klien untuk lebih memahami terhadap perkara-perkara


yang tidak dapat dilihat (yang tersirat ) dengan mudah.

d. Menokok tambah pemahaman diri klien atau memberi wawasan


(celik akal) supaya klien dapat mencapai perubahan yang diingini.

-Interpretasi dalam bentuk metafora dan fantasi

Salah satu cara membuat interpretasi adalah melalui berfantasi


(daydream) yang menggunakan gambaran bahasa metafora.
Contohnya adalah seperti di bawah;

“Saya berfantasi tentang apa yang Rizal katakan tadi.


Saya gambarkan Rizal menelusuri jalan kayu yang rapuh,
menuju ke simpang jalan, dan tidak dapat memutuskan
mana satu jalan yang ingin ditujui. Rizal tidak pasti, lantas
melambung syiling dan berlari girang ke arah jalan yang
telah diputuskan berdasarkan syiling tersebut. Adakah ia
sesuai?.

Metafora juga digunakan untuk memberikan reaksi kepada


seseorang.

“Dalam banyak keadaan saya melihat anda sebagai


“teddy bear” yang lembut dan besar yang berada di satu
tempat dengan pelbagai posisi.”

Metafora juga digunakan untuk meninjau perkataan tentang


tindakan yang khusus yang digunakan klien untuk menerangkan
pengalamannya. Diantaranya;

imej visual: “saya melihat cahaya”


bunyi: “bunyi itu kelihatan”
kinestestik: “Idea itu mencengkam saya”.

Tujuan penggunaan metafora adalah untuk memberi


pengalaman kepada klien untuk memahami dirinya dan kaunselor
meletakkan dirinya untuk mempengaruhi kliennya. Selain daripada itu,
penggunaan klien adalah juga untuk memperluaskan bahasa deria
klien melalui pertanyaan seperti bagaimana kehidupan klien
diteruskan, bagaimana klien melihat kisah silamnya dan bagaimana
masa hadapannya.

Kemahiran Membuat Klarifikasi

Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat atau


penjelasan yang lebih lanjut daripada klien apabila klien
menggunakan perkataan atau ayat yang tidak jelas, tidak spesifik,
umum ataupun kabur ketika menyatakan permasalahannya itu.
Membuat klarifikasi juga adalah satu penjelasan terhadap perkara yang
samar kepada satu fokus yang lebih tepat.
Jadi, dengan menggunakan kemahiran klarifikasi ini, klien
perlu menerangkan tajuk yang diceritakannya itu dengan lebih lanjut
atau dengan lebih mendalam. Ini bukan sahaja membolehkan
kaunselor memahami mesej klien dengan lebih mendalam, malah ia
membolehkan klien itu sendiri lebih memahami kekeliruan yang
timbul.

Antara tujuan membuat klarifikasi ialah;

a. Membantu klien memberikan penjelasan yang lebih baik.


b. Mengelak kaunselor daripada membuat sebarang andaian.
c. Memberi peluang dan ruang klien untuk lebih meneroka diri
sendiri.
d. Menyemak ketepatan kata-kata klien.

-Contoh;

“Saya agak keliru di sini, jadi saya akan cuba nyatakan semula
apa yang saya fikir tentang apa yang telah diperkatakan tadi’

-Contoh;

“Saya kurang jelas bagaimana perasaan anda


tentang perkara itu, boleh anda ringkaskan dan
gambarkannya?”

Kemahiran membuat kontrak

Kaunselor mendapatkan persetujuan dan perjanjian daripada


klien supaya ada tanggungjawab dan kesungguhan untuk
melaksanakan apa yang dipersetujui. Kontrak biasanya dibuat pada
kes-kes yang memerlukan perubahan tingkah laku klien seperti
ponteng, merokok, mencuri, menipu, meniru dan lain-lain. Kontrak
boleh dibuat secara lisan atau bertulis.

Kemahiran Meneroka

Dalam sesi kaunseling, kemahiran meneroka merupakan salah


satu lagi kemahiran yang penting bagi menjayakan sesi kaunseling. Ini
adalah kerana tanpa penerokaan, sesi kaunseling tidak akan berjalan
dengan lancar. Kaunselor tidak akan dapat memahami masalah yang
dihadapi oleh klien dengan lebih lanjut lagi ataupun dengan lebih
mendalam.
Oleh yang demikian, seorang kaunselor perlu memastikan
bahawa dirinya telah menguasai kemahiran ini bagi menjayakan
sesuatu sesi kaunseling itu. Kaunselor boleh meneroka dengan lebih
lanjut dengan menggunakan soalan-soalan tertentu, di mana klien
perlu menjelaskan dengan lebih teliti masalah yang dihadapinya itu.

Kemahiran Pemfokusan

Dengan adanya kemahiran memfokus, kaunselor boleh


mengarahkan aliran perbualan klien kepada bidang yang diingininya.
Selain itu, kemahiran ini sangat berguna sekiranya kaunselor
mempunyai klien yang menceritakan masalah dengan tidak jelas atau
klien yang tidak berfokus dalam penceritaannya. Tujuan kemahiran ini
digunakan ialah untuk memastikan klien tidak akan bercerita sehingga
terkeluar daripada topik perbualan.
Oleh yang demikian, kaunselor perlu pandai memilih tajuk apa
yang perlu difokuskan. Selain itu, kaunselor juga perlu membantu
klien memberi fokus kepada perasaan tersembunyi semasa dalam sesi
kaunseling itu. Sekiranya kaunselor tidak mempunyai kemahiran
memfokus ini, maka kedua-dua klien dan kaunselor akan keliru dan
tidak jelas mengenai persoalan klien.
Biasanya kemahiran ini dilakukan apabila kaunselor memilih
satu perkataan atau ayat pendek daripada percakapan klien dan
memberi penekanan kepada perkataan tersebut.
Kaedah pemfokusan dengan satu perkataan adalah efektif
untuk membantu klien bercakap. Kemahiran ini boleh juga dalam
bentuk dorongan minima. Tujuan utama membuat pemfokusan adalah
untuk mengurangkan kekeliruan klien atau sesuatu yang klien kurang
jelas.

Kemahiran mencabar

Kemahiran mencabar adalah untuk memperakui dengan jujur,


secara langsung dan menarik perhatian klien apa yang sedang berlaku
dan apa yang sedang dirumuskan. Konstruk kemahiran mencabar
melibatkan seperti mengenal pasti perasaan diri sendiri sebagai
kaunselor, menjelaskan dan berkongsi pengalaman dan memberi
maklumbalas dan pandangan.
Jones (2004) menjelaskan kemahiran mencabar perlu
mempunyai ciri seperti di bawah;

 Mulakan dengan membuat refleksi

Kaunselor perlu memulakan respons dengan menunjukkan


bahawa dirinya telah mendengar dan memahami mesej klien.

 Klien mencabar diri

Di mana perlu, bantu klien untuk mencabar diri mereka.


Dengan membuat refleksi mesej yang bercampur, klien boleh
memilih untuk membuat rumusan.

 Jangan Melampau Batas

Kaunselor perlu menyedari bahawa dirinya tidak


mencabar klien sehingga membawa kesan yangburuk
kepada klien.

 Klien Yang Mengambil Tanggungjawab


Kemahiran Berempati

Empati adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan


seseorang. Dengan adanya kemahiran berempati ini, kaunselor
dikatakan berkeupayaan untuk memahami emosi dan dapat merasai
apa jua yang dirasai oleh klien tersebut. Dengan ini, klien akan
merasakan bahawa kaunselor itu memang seorang pendengar yang
baik, memahami keadaannya serta mengambil berat tentang dirinya
kerana kaunselor berupaya untuk memahami situasi sebenar yang
dialaminya.
Emosi seseorang tidak mudah difahami oleh pihak kedua. Jadi,
untuk menguasai kemahiran ini terlebih dahulu, kaunselor perlu
berupaya untuk membezakan antara emosi dan sikap. Emosi adalah
perasaan yang dialami seseorang, manakala sikap adalah kepercayaaan
tentang kejadian semasa, lepas dan masa depan.
Selain itu, kaunselor perlu juga memerhatikan perkara-perkara
lain. Pertama sekali, kaunselor perlu perhatikan tanda-tanda yang ada
pada klien seperti nada suara dan mimik muka. Secara ringkasnya,
memahami diri klien memerlukan satu penilitian yang mendalam.
Selain itu, kaunselor juga perlu peka terhadap semua tingkah laku
bukan lisan klien serta percakapannya bagi memahami perasaan yang
dialami klien dengan lebih mendalam. Kaunselor juga boleh membawa
pengalaman perasaan kliennya kepada pengalaman perasaannya
sendiri bagi memahami kliennya.

Kemahiran Menghadapi Kesenyapan

Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi


kaunseling berjalan. Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk
sama ada menggalakkan klien terus bercakap atau terus mengekalkan
kesenyapan itu. Kesenyapan ini merupakan satu petanda yang baik
kerana ia memberikan masa kepada kaunselor dan klien untuk
memikirkan tindakan apa yang seharusnya diambil seterusnya.
Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada klien yang tidak
sempat menghabiskan hujahnya tadi berfikir kembali dengan tenang
mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali sesuatu yang
barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah
fikirannya.
Kesenyapan yang berlaku banyak memberikan peluang kepada
klien dan kaunselor untuk mengimbas kembali diri masing-masing
semasa sesi kaunseling tersebut. Ia juga memberi peluang kepada
kaunselor untuk mendengar apa yang dikatakan oleh klien dengan
lebih berkesan, dapat memerhatikan gerak geri klien dengan lebih
teliti, menilai hubungan pemikiran, perasaan dan tindakan kliennya
dengan lebih baik serta lain-lain lagi.
Walaupun begitu, kaunselor haruslah mengelakkan kesenyapan
yang terlalu panjang kerana ia akan menghentikan terus pokok cerita
yang diperbincangkan tadi. Secara ringkasnya, adalah penting bagi
kaunselor untuk membenarkan keadaan senyap ini setelah klien dan
kaunselor telah melakukan perkara penting. Klien perlu diberi masa
untuk memikirkan sesuatu tanpa sebarang gangguan.

Kemahiran melakukan percanggahan

Kemahiran melakukan percanggahan wujud dalam dua bentuk


iaitu percanggahan dalam tingkah laku bukan lisan dan tingkah laku
lisan.

-Percanggahan dalam tingkah laku bukan lisan

Percanggahan ini berlaku apabila mesej yang disampaikan


tidak selaras dengan pergerakan badan. Contohnya bercakap tentang
satu-satu topik tetapi dilihat dari segi tingkah laku bukan lisan terdapat
gerakan yang tidak sepadan.

-Percanggahan dalam pernyataan lisan.

Percanggahan dalam pernyataan lisan berlaku apabila dalam


satu kenyataan terdapat dua idea yang bercanggah

Contohnya;

“Dia adalah seorang ketua yang adil tetapi dia selalu pilih
kawan saya untuk menghadiri seminar.”
-Ketidakselarasan antara mesej lisan, vokal dan juga mesej
badan.

“Anda katakan anda rasa gementar tetapi anda nampak gembira


sahaja. Senyum setiap masa”.

-Ketidakselarasan antara kata-kata dengan aksi


“Anda kata anda sayangkan dia, tapi anda langsung tidak ada
masa untuk dia dan sentiasa sibuk”.

-Ketidakselarasan antara memberi dan mengotakan kata-kata

“ Pada waktu yang sama, anda katakan anda hendak


menghubungi dia tetapi anda sentiasa mencari alasan untuk
tidak melakukannya.

-Ketidakselarasan antara kenyataan sekarang dan sebelumnya


“ Dulu anda katakana anda sukakan kawan anda tu, tapi
sekarang lain pula”.
Kemahiran Mengetahui Teori dan Teknik-Teknik Kaunseling

Dengan adanya kemahiran mengetahui teori dan teknik


kaunseling, kaunselor akan menjadi lebih yakin dan bersedia untuk
berhadapan dengan klien. Dengan adanya kemahiran ini, kaunselor
akan lebih berupaya untuk menolong klien menghadapi masalah yang
dihadapi itu.
Namun begitu, kaunselor perlu tahu bagaimana dan bila
masanya untuk menggunakan kemahiran teori dan teknik-teknik
kaunseling yang ada padanya. Kaunselor juga perlu bijak dalam
memilih teknik apa yang patut atau sesuai digunakan apabila
berhadapan dengan klien-klien yang berlainan.

Kemahiran memberi maklumat

Kemahiran memberi maklumat memerlukan sedikit ketelitian


di mana kaunselor berkongsi fakta dan maklumat dengan klien. Antara
jenis maklumat adalah kategori kepakaran seperti instrumen ujian,
kemahiran merancang dan membuat keputusan, merancang kerjaya,
perancangan keluarga dan membuat keputusan bersara.

Kemahiran Merumus

Merumus adalah pernyataan atau pengikatan semula bahagian


isi dan perasaan penting yang telah dikatakan oleh klien dalam sesi
kaunseling tersebut. Rumusan adalah lebih meluas jika dibandingkan
dengan parafrasa. Kemahiran merumus ini bertujuan untuk
menyedarkan klien dan mengimbas kembali apa yang telah
dibincangkan semasa sesi kaunseling itu.
Kaunselor boleh membuat rumusan sama ada di permulaan, di
tengah atau pun di akhir sesi kaunseling. Namun kebiasannya,
rumusan dibuat pada hujung sesi kaunseling, iaitu membuat rumusan
keseluruhan. Di samping itu, kaunselor juga boleh membuat rumusan
di tengah-tengah sesi kaunseling itu sekiranya klien itu sudah hendak
masuk ke topik pebincangan yang baru. Ini adalah supaya klien dan
kaunselor tidak keliru dan mencampur adukkan semua topik yang
telah diperbincangkan.

Ishamuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan merumus


ialah;

a. Menghubungjalinkan beberapa elemen daripada mesej klien


b. Mengenal pasti satu paten atau tema yang konsisten atau yang
selalu timbul berhubung kait dengan mesej tersebut.
c. Supaya klien mendengar semula kata-katanya.
d. Supaya tidak ada berlaku distorsi (distortion)
e. Sesuai digunakan apabila sesi terhenti atau terbantut
f. Dalam kesenyapan yang berpanjangan, rumusan boleh
mempercepatkan proses kaunseling.
g. Sintesis aspek-aspek emosi, tingkah laku dan pemikiran klien.

-Rumusan untuk memulakan sesi

Contoh;

“Pada sesi yang lalu, kita telah bincangkan tentang


perasaan Azura terhadap ibu mertua serta perselisihan
faham dengannya ketika melahirkan anak. Azura
merasakan diri Azura bersalah dan bimbang. Sejak itu,
hubungan Azura dengan mertua tidak baik. Kita juga
bincangkan pelan tindakan pada minggu itu. Bagaimana?.
Adakah berjalan dengan baik?.

-Rumusan pertengahan sesi

Contoh;

“Setakat ini, saya lihat perancangan Kamal tidak berjalan


dengan lancar. Sekali lagi, Kamal rasa bersalah apabila
melihat idea itu dimanipulasi. Namun, satu idea boleh
dilakukan. Kamal telah dapat berbincang dengan Lina
tentang bidang tugasnya, dan inilah kali pertama anda
boleh bercakap tanpa bertengkar. Kamal nampaknya
mungkin dapat membuat perancangan susulan pada
minggu hadapan. Adapan ini benar?.

-Rumusan di akhir sesi

Contoh;

“Di dalam sesi ini, kita telah berbincang mengenai


perasaan Anita terhadap ibu mertua dengan lebih
terperinci. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
Pertama, pelan yang kita bincangkan tidak berjalan
dengan baik, tapi Anita dapat bercakap dengan mentua
tentang satu perkara tanpa menjerit. Seperti dibincangkan,
kita telah kenal pasti beberapa tingkah laku Anita yang
perlu diubah seperti lebih relaks dan mengubah topik bila
Anita rasakan diri Anita mula nak marah. Saya juga
gembira dengan idea Anita di akhir sesi ini mengenai cara
bercakap dengan ibu tentang sesuatu isu. Adakah ini
mencukupi untuk sesi ini?.

Kemahiran meninjau klien.

Kemahiran meninjau klien membolehkan kaunselor meninjau


klien melalui tingkah laku lisan dan bukan lisan. Kemahiran ini juga
dapat membina hubungan. Selain daripada itu, kemahiran meninjau
klien juga dapat memberi responss yang tepat. Antara perkara yang
perlu diberi perhatian ialah tingkah laku lisan dan bukan lisan,
percanggahan dan konflik serta gaya yang disesuaikan dengan individu
yang datang dari pelbagai budaya.

Kemahiran Konfrontasi

Kemahiran ini hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan


yang baik antara klien dengan kaunselor. Semasa kemahiran
konfrontasi dijalankan, kaunselor harus menggunakan nada yang
lembut yang mengandungi unsur-unsur ambil berat agar mesej yang
disampaikan tidak tersalah tafsir oleh klien. Biasanya kemahiran
konfrontasi akan digunakan oleh kaunselor kepada klien dalam situasi-
situasi tertentu seperti dinyatakan di bawah;

a. Terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien


tentang dirinya dengan apa yang dilakukannya.
b. Apabila terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan pada
satu masa dengan apa yang dikatakan pada masa yang lain.
c. Tingkah laku bertentangan dengan apa yang dikatakan
d. Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yang
dikatakan oleh klien mengenai dirinya
e. Menyatakan tentang tingkah laku klien yang didapati tidak sesuai,
sebagai maklumat tambahan mengenai diri klien.

Tujuan kaunselor mengadakan kemahiran konfrantasi adalah


untuk memberikan klien satu pandangan lain dalam usaha meneliti diri
dan membantu mengurangkan blind sport dalam membantu klien
melihat dirinya dengan lebih tepat.

Contoh satu
“Tadi anda kata anda ingin berjaya, tetapi nampaknya anda
langsung tiada persediaan untuk berjaya”.

Contoh dua

“Tadi saya dengar anda rasa kecewa dengan pensyarah itu, tapi
dalam masa yang sama , anda rasa takut berhadapan dengan
pensyarah itu untuk mengetahui isu yang sebenar”.

Contoh tiga

“Saya nampak wajah anda gembira walaupun menceritakan perkara


yang agak sedih. Agaknya ada perkara yang tak kena ke?”’

Tujuan konfrontasi mengikut Ishamuddin Hj. Ismail (1999) adalah


seperti berikut;

a. Membenarkan klien menerokai mekanisme bela diri yang


menghindari pemahaman dan tindakannya.
b. Membantu klien mengenal pasti satu kontradisi, rasionalisasi,
helah atau salah interpretasi
c. Membantu klien menerokai bahagian-bahagian perasaan,
pengalaman dan tingkah laku yang klien sendiri merasa berat
untuk menghadapinya.
d. Menunjukkan kepada klien apa yang sedang berlaku pada diri
klien.
e. Supaya tingkah laku klien menjadi lebih bersepadu.

Contoh Satu;

“Pada sesi lepas Effa dah bincangkan dengan saya mengenai


kekecewaan Effa terhadap rakan sejawat yang selalu menaruh
perasaan dengki dengan apa yang Effa buat. Dalam masa
yang sama Effa juga merasa sedih kerana walaupun
sudah lima bulan Effa berkhidmat, Effa belum lagi
mendapat gaji. Jadi kali ini adakah Effa mahu mendapat
gaji.”

Contoh dua;

“Pada sesi yang lepas Qayyam dah bincangkan dengan saya


tentang halangan yang Qayyum hadapi untuk mencapai cita-
cita Qayyum sebagai seorang pensyarah. Jadi, pada hari ini
apa kata kalau kita menyemak kembali apa agaknya langkah-
langkah yang boleh diambil oleh Qayyum untuk mencapai
cita-cita tersebut.”
Kemahiran menyemak persepsi

Kemahiran menyemak persepsi ini ialah mengesahkan persepsi


kaunselor tentang apa yang klien katakan. Apabila kemahiran ini
dilakukan, klien akan merasa beliau lebih difahami. Garis panduan
untuk membuat penyemakan persepsi ialah membuat parafrasa apa
yang kaunselor fikir kaunselor telah dengar. Selain daripada itu,
kaunselor juga meminta pengesahan klien secara terus terang tentang
ketepatan persepsi kaunselor terhadap apa yang telah diperkatakan
oleh klien.Dalam menyemak persepsi, kaunselor juga akan
membenarkan klien membetulkan persepsinya jika andaian kaunselor
adalah tidak tepat.

Kemahiran Mengurus kesenyapan

Biasanya kesenyapan berlaku semasa sesi kaunseling apabila


klien berfikir tentang beberapa idea yang dibincangkan. Dalam
sesetengah situasi, klien akan menjadi senyap semasa sesi kaunseling
untuk mengorganisasikan semula pemikirannya. Walau bagaimanapun,
kesenyapan yang sedemikian dikatakan amat bermanfaat apabila klien
meneruskannya untuk satu atau beberapa jangka masa untuk
memikirkan isi kandungan yang dibincangkan melalui cara seperti di
bawah;

i. mengulangi semula satu atau beberapa perkataan terakhir yang telah


diungkapkan.

ii. menyatakan semula isi kandungan daripada beberapa kenyataan


terakhir yang di buat.

iii.menanyakan semula soalan tentang isu-isu yang telah di bawa


dalam perbincangan.

Kesenyapan boleh berlaku untuk tiga sebab yang berbeza iaitu;

i.Pada permulaan sesi temuduga, klien mungkin berasa malu dan risau
terhadap proses kaunseling. Dalam keadaan yang sedemikian,
kaunselor boleh mengambil langkah-langkah tertentu untuk
mengurangkan ketegangan supaya klien dapat mengurangkan perasaan
negatifnya dan membincangkan persoalan yang dibawa bersama
dengan bebas.

ii.Klien tidak tahu apa yang sepatutnya dibincangkan seterusnya.


iii.Klien berkemungkinan sedang berfikir tentang apa yang telah
diperkatakannya. Dalam keadaan yang sedemikian, kaunselor haruslah
bersabar sehinggalah klien bersedia untuk memberikan tindakbalas
kepada kaunselor.

Kesenyapan juga membawa erti bahawa klien sedang mengalami


kesulitan dalam meluahkan perasaannya mahupun menceritakan
ideanya. Dalam keadaan yang sedemikian, kaunselor seharusnya
membantu klien secara lisan dengan menyatakan kenyataan seperti :

“Bagaimana saya boleh membantu sekiranya kamu berasa takut


terhadap saya”.

Kesenyapan juga berlaku apabila klien mengalami ketegangan


emosi. Dalam keadaan yang sedemikian, kaunselor haruslah
menunggu sehinggalah klien berasa lega dan selesa untuk bercakap.
Sesetengah klien yang tidak mempunyai kemahiran bersosial
memerlukan sesi temuduga lebih lama untuk membincangkan pokok
persoalannya.
Klien berkemungkinan akan mempelajari bagaimana
meluahkan perasaannya dan membincangkan idea pemikirannya dalam
beberapa perkataan sahaja ataupun bergantung terhadap orang lain
untuk memulakan sesi dan mengambil tanggungjawab mencari jalan
penyelesaian. Dalam keadaan yang sedemikian, kaunselor haruslah
membantu klien memperolehi kemahiran sosial yang perlu untuk
komunikasi yang lebih efektif secara lisan dan bukan lisan.
Kesenyapan jarang berlaku untuk satu jangka masa yang lama
jika sesi temuduga dikendalikan oleh kaunselor yang terlatih.
Bagaimanapun, kesenyapan juga merupakan satu halangan untuk
melanjutkan sesi temuduga. Oleh itu, Wolberg (1954) telah
mencadangkan perkara-perkara berikut sekiranya kesenyapan berlaku;

1. Kaunselor boleh memfokus terhadap tumpuan perhatian klien


dengan menyatakan. “Adakah kamu mendapati susah untuk
bercakap “.

2. Sekiranya masih tidak mendapat maklum balas daripada klien,


kaunselor boleh menyatakan, “ Saya berasa hairan mengapa kamu
senyap”.

3. Kemudian kaunselor berkata, “Mungkin kamu tidak tahu apa yang


harus kamu katakan”

4. “Mungkin kamu cuba untuk merangka apa yang akan


diperkatakan kemudian”.
5. “Mungkin kamu kecewa”.

6. Komen yang seterusnya ialah, “Mungkin kamu takut untuk


menceritakan apa yang difikirkan dalam fikiran kamu”.

7. Akhir sekali, sekiranya kesenyapan masih berterusan, kaunselor


boleh berkata, “Adakah terdapat sesuatu yang menyebabkan kamu
berasa susah untuk bercakap”.

Dalam kebanyakan contoh yang telah diberikan, apabila klien


masih lagi senyap, kaunselor haruslah berkata, “apa kata kita hanya
duduk di sini untuk seketika dan mungkin kamu akan memberitahu
saya apa yang sedang difikirkan”. Selepas itu, kaunselor boleh cuba
sekali lagi untuk mendapatkan respons klien. Sekiranya klien masih
memberikan responss yang sama, kaunselor haruslah menamatkan sesi
dengan memberikan jaminan kesediaannya pada masa akan datang
untuk memberikan perkhidmatannya kepada klien.

RUMUSAN
Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang
berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-
kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus memahami segala
kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien
pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai.
Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai
digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling sepeti
menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan
keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor.
Selain mempunyai kemahiran-kemahiran yang baik, seorang
kaunselor yang berjaya juga harus mempunyai personaliti yang baik.
Ini kerana perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada
ciri-ciri personaliti kaunselor.
Contoh-contoh personaliti kaunselor yang baik ialah seperti
mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati. Sifat mesra dan
jujur kaunselor akan dirasakan oleh klien apabila berinteraksi dengan
klien.
Kaunselor juga harus berpandangan terbuka atau mengelakkan
diri daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap klien.
Kaunselor juga harus berkebolehan memasuki ruang rujuk atau dunia
klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi
yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati
permasalahan klien.
RUJUKAN

Amir Awang (1987). Teori-teori kaunseling dan psikoterapi. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.

Gazda,G.M., Asbury,F.R., Balzer, F.J., Childers, W.C., & Walters, R.P (1977). Human
relations development: A manual for educators (2nd ed). Boston: Allyn &
Bacon.

Ishammuddin Hj. Ismail (1999). Panduan Asas Kaunselor Muslim. Kuala Lumpur.
Aras Mega (M). Sdn. Bhd.

Jones, R.N (2004). Practical Counselling and helping skills . Sage Publications.
London

Patterson, C.H. (1973). Theories of counseling and Psychotherapy (2nd ed). New
York: Harper & Row. Pub.

Wolberg, L.R. (1954). The technique of psychotherapy. American Journal of


psychotherapy. 4, 525-558.

You might also like