You are on page 1of 20

*Batuk Kering

Batuk kering atau Tuberkulosis adalah jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis, yang
biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari ) juga mampu menyerang sistem saraf tunjang
(meningitis), sistem limfatik, sistem peredaran atau "circulatory system" (TB miliari ), sistem
genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.

Di Malaysia, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk kering di negara ini
pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64 kes bagi setiap 100,000 penduduk
menurut lapuran Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Secara umumnya,
terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus
setahun sejak sepuluh tahun lepas.

Gambar besar kultur Mycobacterium tuberculosis

Sabah dan Sarawak pula menunjukkan kadar penurunan yang ketara iaitu hampir lima peratus
setahun dalam tempoh yang sama, katanya semasa menjawab soalan asal dan tambahan Dr.
Mohamed Hayati Othman (Pas-Pendang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada
bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering.
Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang
teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang
dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70
peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan sekurang-
kurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak
tahun 2002.

Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat dihapuskan di Malaysia ini
memandangkan banyak faktor yang menyumbang kepada kemunculan semula penyakit ini,
antaranya termasuk :-

 Pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.


 Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.
Kementerian Kesihatan khususnya bahagian kawalan penyakit berjangkit sentiasa berusaha
secara intensif untuk membasmikan semua penyakit berjangkit daripada terus menular di
Malaysia.

Mengikut turutan penyakit berjangkit dunia, penyakit tibi berada di tangga ketujuh dan ia tidak
pernah berubah sejak tahun 1990.

Tanda dihidapi penyakit


 Batuk berdarah atau berkahak.
 Sakit di bahagian dada.
 Lemah dan keletihan.
 Susut berat badan.
 Kehilangan selera.
 Menggigil.
 Demam.
 Berpeluh waktu malam.

Mereka Mungkin Diserang:


Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:

 Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).


 Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
 Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
 Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
 Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
 Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.

Cara Batuk Kering Merebak


Batuk kering merebak melalui udara. Apabila penghidap batuk atau bersin, mereka
mengeluarkan bakteria dalam udara akan dihidu orang sekeliling.

Apabila seseorang menghidu bakteria batuk kering, bakteria tersebut akan bertapak di dalam
paru-paru dan membesar serta bergerak melalui darah kepada buah pinggang, tulang
*Penyakit HIV dan AIDS

Pengenalan
"Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit" ataupun AIDS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis
virus yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem
imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.

Penerangan
AIDS melumpuhkan kemampuan tubuh untuk melawan penyakit (sistem imun tubuh). Ini kerana kuman
HIV telah memusnahkan sel T CD4+ yang bertanggungjawab melawan penyakit yang disebabkan oleh
kuman bakteria, virus dan lain-lain. AIDS bukanlah satu penyakit yang tersendiri. Dengan kegagalan
sistem imun, pesakit AIDS lebih mudah terdedah kepada :

� pelbagai kuman, termasuklah yang tidak membahayakan manusia yang normal


� beberapa jenis kanser yang jarang-jarang berlaku

Asas Saintifik
HIV menyerang dengan perlahan-lahan dan memusnahkan sesetengah sel darah putih di dalam badan
(sel T CD4+). Dalam keadaan normal, sel-sel ini membantu tubuh melawan jangkitan kuman dan
penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria. Apabila HIV telah menyerang badan seseorang, sel-sel
ini tidak lagi mampu melaksanakan tanggungjawab mereka kerana telah dimusnahkan secara perlahan-
lahan oleh HIV. Ini bermaksud bahawa HIV akan turut memusnahkan keupayaan tubuh badan untuk
melawan penyakit.

Sebenarnya AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi jangkitan HIV. Perkembangan penyakit ini melalui
beberapa fasa :

� Fasa 1 - bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu

� Fasa 2 - di mana virus tersebut membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan sebarang tanda-
tanda atau gejala-gejala yang tertentu

� Fasa 3 - membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan beberapa tanda dan gejala yang
memburukkan lagi mekanisma pertahanan tubuh.

� Fasa 4 - pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang berlaku yang digelar 'infeksi
oportunistik' seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia dan kanser termasuk Sarkoma Kaposi.

� Fasa 5 - pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam fasa ini, mekanisma pertahanan
mengalami kemusnahan yang teruk dan sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria,
virus dan kuman-kuman lain.

Penyebab
Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan hanya boleh dipindahkan
apabila bendalir badan daripada individu yang telah dijangkiti memasuki ke dalam tubuh individu yang
belum dijangkiti.

HIV berjangkit melalui pemindahan sebarang bendalir dari tubuh mereka yang telah dijangkiti kepada
orang lain. Virus ini boleh didapati di dalam bendalir-bendalir tubuh seperti:

� Darah
� Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi)
� Rembesan faraj
� Susu badan

Perebakan
AIDS merebak terutamanya melalui darah, semen (air mani) dan rembesan faraj mereka yang telah
dijangkiti virus AIDS. AIDS juga boleh merebak dari ibu yang telah dijangkiti kepada bayi yang
dikandungnya.

Berdasarkan fakta di atas, aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan
AIDS adalah seperti berikut:

1. Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina


2. Melakukan hubungan seks dengan pelacur
3. Berkongsi jarum dan picagari di kalangan penagih dadah

Transmisi/Jangkitan Virus AIDS


Virus HIV wujud di dalam bendalir tubuh manusia yang telah dijangkiti seperti di dalam cecair seminal,
rembesan faraj dan darah. Virus ini boleh merebak dari individu yang telah dijangkiti kepada orang lain
melalui perkara-perkara berikut:

� Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (cth : memakai kondom) bersama-sama individu yang
telah dijangkiti

� Pertukaran darah atau produk darah dari individu yang telah dijangkiti ke dalam sistem peredaran
darah orang lain.

� Daripada ibu yang dijangkit kepada janin yang dikandung

� Daripada organ, tisu atau air mani mereka yang telah dijangkiti (contohnya seperti melalui
pemindahan organ)

AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan ataupun konteks biasa seperti:
� Berpegangan tangan
� Bersentuh-sentuhan di kawasan yang sesak
� Berjabat tangan
� Bekerja bersama
� Bermain
� Ciuman ringan
Anda tidak boleh dijangkiti AIDS dengan :
� berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam mandi atau tandas ataupun
melalui gigitan nyamuk

� menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah steril
dan hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tiada risiko AIDS adalah digalakkan untuk menderma
darah.

� proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang didermakan di Malaysia
telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan
oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus AIDS.

� menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS kerana virus AIDS tidak
boleh hidup lama di luar tubuh manusia.
Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus AIDS.

Faktor-Faktor Risiko
Jika anda mengamalkan perkara-perkara berikut, anda adalah golongan yang berisiko tinggi untuk
mendapat HIV/AIDS

� Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina

� Melakukan hubungan seks dengan pelacur

� Berkongsi jarum di kalangan penagih dadah

Insidens
AIDS pertama kali dilaporkan di Amerika Syarikat pada tahun 1981. Semenjak itu ia telah menjadi
masalah kesihatan yang penting di seluruh dunia. Di Malaysia, 300 kes baru HIV yang baru dikesan setiap
bulan. Sejumlah 448 kes AIDS dan 16,349 kes HIV dilaporkan sehingga 30 Jun 1996. Majoriti mereka
yang dijangkiti di Malaysia (iaitu lebih kurang 84%) berada dalam lingkungan umur antara 20 - 39 tahun,
manakala lebih kurang 4% lagi adalah berumur antara 13 ke 19 tahun.

Tanda-tanda dan gejala


Pesakit AIDS akan mengalami gejala-gejala seperti di bawah:

� Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya

� Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan

� Demam yang berpanjangan. Demam ini berlaku samada secara berkala ataupun berterusan

� Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang.


� Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang. Herpes zoster merupakan infeksi saraf oleh virus yang
dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit

� Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis
kulat (fungus).

� Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes simpleks merupakan jangkitan virus pada kulit
yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin.

Komplikasi
Oleh kerana pesakit AIDS telah mengalami kelumpuhan fungsi sistem imun, mereka lebih mudah jatuh
sakit berbanding dengan mereka yang memiliki tindak balas imun yang sihat. Komplikasi-komplikasi
yang mungkin berlaku ialah:

� Pneumocystis Carinii Pneumonia (sejenis penyakit radang paru-paru), yang boleh membawa maut.
Penyakit ini memusnahkan paru-paru pesakit AIDS

� Cytomegalovirus Retinitis merupakan penyakit mata berkaitan AIDS yang serius dan boleh
menyebabkan buta.

� Sarkoma Kaposi merupakan kanser berkaitan AIDS yang menyebabkan ketumbuhan/tumor pada
kulit. Ia berwarna merah jambu atau ungu.

� AIDS Waiting Syndrome melibatkan penurunan berat badan yang ketara, cirit-birit yang kronik atau
rasa lemah dan demam yang berpanjangan atau berkala selama sekurang-kurangnya 30 hari

*Keracunan Makanan

Apakah Keracunan Makanan?


���� Keadaan di mana seseorang itu mengalami
� Loya dan muntah
� Memulas dan sakit perut
� Cirit-birit
� Kadangkala demam dan kesejukan

Bilakah Gejala-Gejala Ini Timbul


Biasanya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun)
atau beberapa hari kemudiannya.

Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada
� Ketahanan seseorang
� Jenis racun
� Jumlah racun yang termakan
� Umur seseorang

Apakah Punca Keracunan Makanan?


Punca utama ialah makan makanan yang
� Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan
laut (�shell-fish�) dan sebagainya.
� Tercemar oleh kuman yang merbahaya
� Tercemar oleh bahan-bahan kimia
� Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya

Bagaimana Cara Jangkitan


� Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya

� Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan

� Menjamah makanan dengan tangan yang kotor

� Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya

� Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli

Bolehkah Masalah Ini Diatasi?


Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak-hak kita untuk

� Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan

� Menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan

� Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari
membeli makanan dari gerai yang kotor

� Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan

� Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran

Bolehkan Keracunan Makanan Berlaku Di Rumah?


Ya ����..
Jika tidak mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan, menghidang dan
juga semasa makan makanan
� Patuhi amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti :

1. Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh
makanan􀂃 Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu
atau penyepit yang bersih
2. Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Jangan gunakan alat-alat
yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak
3. Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk
4. Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan
susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-
baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.

JIKA TERJADI KERACUNAN MAKANAN KEPADA ANDA ATAU KELUARGA


ANDA

� Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan

� Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan, supaya pihak kakitangan kesihatan
dapat membuat kajian selanjutnya.

� Pastikan orang lain tidak makan makanan tersebut

� Laporkan semua kejadian keracunan di Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan yang
berhampiran dengan segera.
PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   

Pengenalan
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa
kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenalpasti).

Deskripsi
Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak
tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya
sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari.

Penyebab
Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang
biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis
kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan
penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam
kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan
Echovirus.

Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca
kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini.
Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus
Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat
penyakit ini di Sarawak pada 1997.

Cara penyakit ini merebak


Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui
sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau
najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu
pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada
atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.

Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFM.


Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2
hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada
hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan
bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam
berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.

Faktor-Faktor Risiko
Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan
mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira
peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu
tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa
jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.

Insidens
Biasanya penyakit ini menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara 2 minggu hingga 3
tahun. Virus Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan, kaki dan mulut yang mencetuskan
endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Pada bulan September
2000, lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnoskan mengidap penyakit
tangan, kaki dan mulut. Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000, sebanyak 137 kes telah
dilaporkan di negeri Johor sahaja yang merupakan 40% dari keseluruhan jumlah kes (362) yang
dilaporkan sepanjang tahun 2000.

Tanda-Tanda Dan Gejala


Di antara gejala jangkitan ialah:
� Demam
� Sakit tekak
� Ulser pada tekak dan mulut
� Sakit kepala
� Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
� Hilang selera makan

Komplikasi
Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.

� Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti Meningitis virus atau
Ensefalitis).

� Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (Myocarditis).

Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.

Ujian-Ujian
Diagnosis penyakit tangan, kaki dan mulut boleh dilakukan berasaskan sejarah penyakit dan
pemeriksaan fizikal. Biasanya pengesahan diagnosis melibatkan ujian darah yang dilakukan di
makmal khas yang akan menentukan jenis virus yang terlibat.

Pemantauan
Sila hubungi doktor jika :-
� Anak anda tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam

� Anak anda kelihatan begitu tidak sihat (kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-
belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin)

� Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari.

� Kesakitan pada mulut semakin teruk.

� Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.

Jika anak anda ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapat rawatan doktor segera. Jangan
bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh
menyebabkan kematian.

Prognosis
Kebanyakkan kes penyakit HFM adalah yang ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa 5
hingga 7 hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh
dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.

Pencegahan
Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak
digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri penyakit HFM jika telah
disyaki. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa
mengira kawasan geografi. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan
keutamaan. Secara amnya, orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :-

� Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan.

� Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit HFM mestilah dibawa
berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam mendapatkan rawatan.

� Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-belah, kolam renang
awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain.

� Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan
selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan
sebelum dan selepas ke tandas.

� Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin.


� Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci.
� Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.

� Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya.

� Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah
mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.

� Elakkan diri daripada mendekati pesakit penyakit HFM.

� Pihak kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai
kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya
tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya.

Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM tidak dibenarkan mengikuti program di pusat
penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain.

Langkah berikut adalah cara lain untuk pencegah yang boleh diambil:-
1. Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFM tetapi jika anda nampak
tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan
rawatan doktor.

2. Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor
semula.

3. Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering, turun berat badan,
meragam, keletihan, kurang air kencingl atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa
doktor.
DEMAM CHIKUNGUNYA   

FAKTA-FAKTA MENGENAI PENYAKIT CHIKUNGUNYA

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujia
pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia end
di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dal
Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes ae
membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam dengg

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada
kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

�Demam panas mengejut

�Sakit teruk pada sendi

�Ruam pada badan

�Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda p
menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau


Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalam
pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Sela
rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes
memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinas
segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

�Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pem
nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada k
dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

�Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

�Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.
H1N1 (selesema B*B*)   

Selesema b*b* merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana
virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi b*b*.
Pada b*b*, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem
pernafasan b*b* dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema.
Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza b*b* (swine influenza virus atau SIV). Kesemua
jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C
(jarang).[1] Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada b*b*. Kesemua tiga
kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan b*b* terutama mereka
yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut
sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia.
SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari
manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi wabak selesema b*b* 2009 dipercayai
telah melalui proses mutasi ini.

nfluenza A

Selesema b*b* diketahui disebabkan oleh influenza A jenis H1N1,[4] H1N2,[4] H3N1,[5] H3N2,[4]
and H2N3.[6]
Pada b*b*, tiga virus influenza A jenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar di sekeliling dunia.
Di Amerika Syarikat,
H1N1 khususnya menular dalam populasi b*b* sebelum 1998; bagaimanapun,
sejak akhir Ogos 1998, sub-jenis H3N2 telah diasingkan dari b*b*.
Sehingga 2004, virus H3N2 diasingkan dari stok b*b* dan ayam turki di
Amerika Syarikat merupakan penyusunan tiga (triple reassortants), mengandungi gen dari susur
galur selesema manusia (HA, NA, dan PB1), b*b* (NS, NP, dan M), dan burung (PB2 dan PA).
[7]

Interaksi dengan H5N1

Virus influenza burung H3N2 adalah wabak dalam populasi b*b* di China dan telah dikesan
pada b*b* di Vietnam, meningkatkan kebimbangan kemunculan variasi baru.[8] Pakar kesihatan
menyatakan bahawa b*b* mampu membawa virus influenza manusia, yang boleh bergabung
(contoh. bertukar genome homologous sub-unit melalui penyusunan genetik dengan H5N1,
memberi gen dan mutasi kedalam bentuk yang mudah tersebar dikalangan manusia.[9] H3N2
evolved from H2N2 by antigenic shift.[10] In August 2004, researchers in China found H5N1 in
pigs.[11]
Majalah Nature melaporkan bahawa Chairul Nidom, pakar virus di Universiti Airlangga pusat
penyakit tropika di Surabaya, Jawa barat,
melaksanakan kajian bebas pada 2005. Dia menguji darah dari 10 b*b*
yang kelihatannya sihat terletak di ladang ayam di Jawa Barat di mana
selesema burung berlaku. Lima dari contoh b*b* mengandungi virus H5N1.
Kerajaan Indonesia sejak itu mendapati keputusan yang sama di daerah (region) sama. Ujian
tambahan pada 150 b*b* di luar kawasan tersebut adalah negetif.

Bagaimana ia menjangkiti manusia

Wabak selesema b*b* ini menjangkiti manusia daripada b*b* yang telah
dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti
manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan b*b*.
Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai
hubungan rapat langsung.

Tanda dan simptom

Simptom utama bagi selesema b*b* pada manusia.[14]

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention
- CDC) di Amerika Syarikat, simptom selesema b*b* pada manusia menyerupai dengan
influenza.
Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh,
sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut
melapurkan cirit-birit dan muntah.[15]
Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat
kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selesema b*b* tetapi juga
sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selesema b*b*
2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka
jangkitan influenza b*b* pada pesakit yang didiagnosis mempunyai
penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang
disahkan mengidap selesema b*b*, atau berada di dalam lima negeri
Amerika Syarikat yang melaporkan kes selesema b*b* atau berada di
Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka."[16] Diagnosis bagi
pengesahan selesema b*b* memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung
atau tekak mudah).[16]
Selesema b*b* adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan
mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh b*b* terdapat tiga
virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke
seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998.
Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1),
swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .
HEPATITIS B   

Apakah itu Hepatitis B


Penyakit Hepatitis B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang 'senyap' dan merupakan
masalah kesihatan awam sejagat yang utama. Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh
kuman virus Hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya
menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati
yang berkekalan. Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B
ini.

Virus Hepatitis B

Enlarge this imageReduce this image Click to see fullsize

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang
kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia didapati
menjadi pembawa kuman virus hepatitis B. Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara
senyap-senyap menjangkiti orang lain. Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200
kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.

Bagaimana Virus Hepatitis B Merebak?


1. Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B
seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu
badan. Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah
yang mengandungi virus. Penyakit ini boleh merebak melalui:

a. Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui pemndahan darah, hemodialisis.
b. berkongsi jarum (seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan), pisau cukur, berus gigi
c. kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan (seperti tercucuk jarum, terkena percikan
darah ke mata atau ke tempat luka)
d. mencacah tatu, akupunktur, elektrolisis dan menindik telinga

2. Perinatal (sekitar kehamilan)- daripada ibu kepada anak ketika kelahiran


3. Hubungan seks.

Kumpulan Berisiko Tinggi


1. Penagih dadah yang menggunakan suntikan

2. Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada
pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan
penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).

3 Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks (homoseksual, biseksual atau


heteroseksual).

4 Pesakit Hemodialisis

5 Penerima hasil atau produk darah seperti pesakit hemofilia dan lain-lain masalah bekuan darah
(yang tidak dijangkiti Hepatitis B).

6 Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV

7 Mereka yang mengidap penyakit kelamin

8 Mereka dari kumpulan etnik tertentu atau penduduk negara di mana HBV merupakan penyakit
yang sangat endemik seperti di China, Asia Tenggara, negara Timur Tengah beberapa bahagian
di benua Afrika dan Amerika Selatan.

9 Pengembara antarabangsa yang berada lebih dari 6 bulan di negara-negara di mana HBV
tersangat endemik.

Tanda dan Gejala


� Gejala seakan-akan mendapat selesema
� Demam
� Sakit-sakit badan (sendi dan otot)
� Keletihan dan lemah
� Hilang selera makan
� Loya dan muntah
� Jaundis (warna kulit dan mata kekuningan)

Jenis Hepatitis B
Berbentuk akut:
� Kebanyakan penghidapnya mempunyai sedikit sahaja ataupun tidak menunjukkan sebarang
gejala.
� Mereka boleh menjangkiti orang lain dalam jangka waktu yang terhad.
� Mereka boleh sembuh sepenuhnya.

Berbentuk kronik (lebih serius selepas serangan yang akut)

� Lazimnya, sesetengah pesakit masih tidak menunjukkan sebarang gejala yang nyata.
� Mereka boleh menjangkiti orang lain untuk jangka waktu yang tidak terhad. Mereka
merupakan 'pembawa'.
� Mereka hanya boleh dikesan melalui ujian darah yang dijalankan 2 kali, dengan jarak di
antara kedua-dua ujian ialah 6 bulan.

Komplikasi
� Sirosis hati (penyakit kronik yang berlaku secara perlahan-lahan di mana sel hati
dimusnahkan secara beransur-ansur.
� Kanser hati - lazimnya berlaku di kalangan kaum lelaki

Pengurusan Sendiri
Langkah-langkah umum yang perlu diambil:
� Pesakit perlu mengelakkan diri dari keletihan, mungkin perlu berehat di katil.
� Mengamalkan pemakanan yang sihat, mengekalkan imbangan cecair dalam badan dan
mengelak dari meminum alkohol, makan makanan berlemak dan mengambil beberapa jenis ubat
yang boleh mengganggu fungsi hati (bertanyalah doktor anda).

Rawatan
Untuk kes-kes tertentu, terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang dapat mengawal jangkitan.
Langkah-langkah yang boleh meningkatkan kemandirian atau survival pesakit yang menghidapi
kegagalan hati termasuklah penjagaan sokongan yang intensif serta rujukan awal untuk
pemindahan organ hati. Pemindahan hati adalah pilihan yang boleh diberikan kepada pesakit
yang mengalami peringkat akhir penyakit hati yang kronik akibat jangkitan kuman virus.

Petua Pencegahan
Terdapat 2 jenis produk yang dapat mencegah jangkitan Hepatitis B: vaksin Hepatitis B yang
dapat memberi keimunan aktif dan antibodi Hepatitis B dan HBIG (Hepatitis B
Immunoglobulin) yang dapat memberi keimunan pasif sementara. HBIG hanya digunakan
sebagai pencegahan selepas terdedah kepada kuman virus Hepatitis B.

Vaksin Hepatitis B diberi secara suntikan otot sebanyak 3 kali dalam beberapa bulan untuk
memberi perlindungan sepenuhnya.
1. Suntikan pertama
2. selepas sebulan - suntikan kedua
3. selepas 6 bulan - suntikan ketiga

Kesan sampingan vaksin : kesakitan di sekitar tempat suntikan, sakit kepala, kelesuan dan
demam

1. Imunisasi untuk penyakit Hepatitis B diberi selepas kelahiran.

2. Suntikan yang diberikan kepada bayi secara rutin merupakan strategi penghapusan primer
untuk Hepatitis B. Bayi yang lahir dari seorang ibu yang menjadi pembawa virus Hepatitis B
akan diberi antibodi Hepatitis B dan juga suntikan vaksin selepas dilahirkan.

3. Saringan untuk virus Hepatitis; pengesanan dan rawatan awal boleh memperbaiki kesan-kesan
kesihatan dan dengan itu dapat mengurangkan kos penjagaan kesihatan. Semua penderma darah
akan disaring secara rutinnya untuk penyakit Hepatitis B.

4. Jika anda tidak mendapat imunisasi Hepatitis B semasa dilahirkan, dapatkan ujian darah untuk
memastikan anda tidak dijangkiti dengan hepatitis B. Antibodi Hepatitis B dan suntikan vaksin
sepenuhnya selalunya didapati berkesan untuk merawat mereka yang terdedah kepada virus
hepatitis B dan belum lagi imun.

a) Suntikan Hepatitis B sebelum pendedahan kepada golongan penduduk yang berisiko tinggi.
b) Amalkan hubungan seks yang selamat (menggunakan kondom, kenali pasangan anda).
c) Elakkan dari menyalahguna dadah dan berkongsi jarum.
d) Jangan berkongsi barangan persendirian (seperti berus gigi, bisau cukur, pengetip kuku,
gunting dan pinggan-mangkuk).
e) Tolak penggunaan semula jarum atau peralatan lain yang telah dipakai (seperti apabila
menjalani rawatan akupunktur, menindik telinga atau mencacah tatu).
f) Jika anda seorang pembawa kuman virus, tutup luka atau kudis dan buangkan barang-barang
yang telah digunakan dengan berhati-hati. Ia mungkin mengandungi darah atau cecair badan lain.

You might also like