You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PENGANGKUTAN LUAR

BINA INSAN GURU SIRI 2 2010


IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
BIL 01/10
Tarikh : 9 Oktober 2010

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Pusat Pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Hadir :

1. Nur Fairuz Inani bt Nordin (Pengerusi Pengangkutan Luar)


2. Nur Faizah bt Mohd Fadzil
3. Wan Noorain bt Wan Abd Ghani
4. Rossima bt Ramli
5. Nur Amalina bt Mat Jusoh

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir kerana dapat
meluangkan sedikit masa menghadiri mesyuarat pada kali ini.

2.0 PEMBAHAGIAN TUGASAN


2.1 Setiap ahli diberi tugasan setiap seorang. Tugasan yang telah dibahagikan
adalah seperti berikut :
Bil Tugasan Nama petugas
1 Mengisi borang tempahan kereta dan bas Nur Faizah bt Mohd Fadzil
2 Mengambil tandatangan dan menghantar Rossima bt Ramli
borang tempahan pengangkutan
3 Membina jadual pergi dan balik bas untuk Nur Amalina bt Mat Jusoh
guru pelatih
4 Berurusan dengan pemandu bas Wan Noorain bt Wan Abd Ghani

(Tindakan : Makluman semua)


3.0 PERANCANGAN PERJALANAN BAS
3.1. Terdapat empat buah unit iaitu Pk1, Pk2, Pk3 dan Pk4. Perjalanan pergi
pertama unit yang menaiki bas panjang adalah unit Pk3 (20 orang) dan Pk4 (20
orang) manakala bas pendek dinaiki oleh unit Pk2 ( 20 orang) pada jam 10.00
pagi. Perjalanan seterusnya pada jam 12.00 tengah hari dinaiki oleh guru
pelatih yang mengambil peperiksaan MUET seramai 20 orang yang menaiki
bas pendek.
3.2 Perjalanan pulang pada jam 3.00 petang dengan menggunakan tiga buah bas.
Bas panjang dinaiki oleh unit Pk2 dan Pk3, Pk1 dan Pk4 masing-masing
menaiki bas pendek.
(Tindakan : Petugasan membina jadual)

4.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua AJK dan anggaplah
tugas yang dipertanggungjawabkan ini sebagai amal jariah. Mesyuarat ditangguhkan
pada jam 9.00 malam.

Disediakan oleh,
______________
(NUR FAIZAH BT MOHD FADZIL)
Setiausaha,

Pengangkutan Luar, Bina Insan Guru Siri 2,

IPG Kampus Perempuan Melayu, melaka

You might also like